YUE WAI YAN (NO. K/P: 850412-14-5080) …DEFENDAN-DEFENDAN PENGHAKIMAN [1] Tuntutan ini melibatkan suatu kemalangan jalan raya yang berlaku pada 3 Februari 2021 di lampu isyarat di Jalan Bunga Mawar, Taman Muda, Ampang. Plaintif merupakan isteri dan wakil sah kepada penunggang motosikal no. WLJ 7467, Lee Kum Choong (mendiang si mati) manakala defendan pertama merupakan pemandu kenderaan motokar WRN 8085 dan defendan kedua merupakan pemilik motokar WRN 8085 tersebut. [2] Keterangan pegawai penyiasat adalah kemalangan berlaku apabila pemandu motokar iaitu defendan pertama sedang membelok dan telah gagal mengawal kenderaan dan telah merempuh motosikal yang ditunggang oleh mendiang si mati. Mendiang si mati pada ketika itu sedang berhenti menunggu di lampu isyarat yang berwarna merah. Kemalangan yang berlaku ini telah melibatkan lima buah kenderaan. Selanjutnya, saman telah dikeluarkan terhadap defendan pertama. [3] Mendiang si mati telah mengalami kecederaan yang parah akibat kemalangan dan telah menuntut ganti rugi terhadap defendan-defendan. [4] Setelah meneliti Ikatan Pliding, segala keterangan dan hujahan serta otoriti-otoriti yang difailkan, Mahkamah memutuskan berdasarkan hal dan keadaan kes ini, di atas imbangan kebarangkalian plaintif telah berjaya membuktikan tuntutan ke atas defendan-defendan. LIABILITI [5] Berdasarkan keterangan pegawai penyiasat, adalah jelas bahawa kemalangan ini terjadi atas kecuaian pemanduan defendan pertama yang telah gagal mengawal kenderaan ketika membelok dan telah melanggar mendiang si mati yang berkedudukan statik di lampu isyarat. Gambar-gambar kenderaan dan motosikal juga menyokong keterangan pegawai penyiasat. Maka, atas imbangan kebarangkalian, defendan pertama didapati bertanggungan 100% terhadap kecuaian yang mengakibatkan kemalangan ini berlaku. KUANTUM GANTI RUGI AM [6] Mendiang si mati telah meninggal dunia pada 22 Disember 2022 akibat serangan jantung. Namun, akibat kemalangan, mendiang si mati telah mengalami pelbagai kecederaan parah. Mendiang si mati telah dimasukkan ke hospital akibat kemalangan pada 3 Februari 2021 dan telah didiscaj pada 8 Februari 2021. Berdasarkan laporan perubatan dari Jabatan Kecemasan Hospital Ampang, mendiang si mati telah mengalami closed segmented fracture left distal 3rd tibia and transverse fracture left fibula with left tibia plateau fracture – Schatzker VI dan multiple abrasion wound over bilateral lower limb. Mendiang si mati kemudiannya telah dirujuk ke Jabatan Ortopedik.Laporan dari Jabatan Ortopedik Hospital Ampang menyatakan bahawa kecederaan mendiang si mati didiagnosis sebagai alleged closed segmented fracture distal 3rd of left tibia and transverse fracture left fibula with left tibia plateau fracture – Schatzker VI and multiple abrasion wound over the lower limbs. [7] Kemudiannya, mendiang si mati telah dimasukkan ke Hospital Tung Shin pada 8 Februari 2021 dan telah didiscaj pada 11 Februari 2021. Laporan perubatan Hospital Tung Shin menyatakan bahawa kecederaan mendiang si mati didiagnosis sebagai close fracture proximal left tibia extending into the tibial plateau dan fracture distal third left tibia and fibula. [8] Laporan pakar ortopedik plaintif, Dr Simmrat Singh atas pemeriksaan yang dilakukan pada 12 November 2021 adalah the patient has sequelae after the injuries he suffered from the MVA on 03-02-2021. He is not been to ambulate without a walking aid because there is pain over the injured limb. He has not been able to work since. The distal tibial fracture is not united; there is only minimal union over the posterior aspect with resultant lucency around the screws. Di dalam menilai kuantum ganti rugi tersebut, Mahkamah telah mengambilkira faktor umur, jantina, kesakitan dan kesengsaraan yang dialami mendiang si mati akibat kecuaian defendan. Selari dengan prinsip tersebut juga, award ganti rugi dibuat berdasarkan trend semasa dengan mengambil kira faktor inflasi dan nilai mata wang semasa. Bagi tujuan kemudahan pihak-pihak, senarai kecederaan, kuantum yang dihujahkan oleh plaintif dan defendan-defendan serta award yang diberikan Mahkamah adalah diringkaskan seperti berikut: Jumlah Ganti rugi Am RM 92,000.00.