[55] Seterusnya, HMT telah mendapati ada keterangan sokongan yang mencukupi untuk menyokong keterangan SP16 (perenggan 66-70 Alasan Penghakiman) seperti berikut: “Selain keterangan lisan SP1 yang melihat SP16 telah dilarikan oleh dua orang menggunakan kereta Proton Gen 2 berwarna hitam No. WPV 3132, juga terdapat keterangan saintifik yang mengaitkan semua OKT dengan jenayah yang dipertuduhkan. Terdapat bukti DNA dari rambut dan segumpal kertas tisu yang dijumpai dalam kereta yang telah digunakan oleh OKT1 dan seorang lagi yang masih bebas untuk melarikan SP16. Barangan milik pribadi SP16 berupa Gel Rambut (P 161 A) dan Hair Spray (P161B) turut dijumpai 30 dalam kereta yang sama. Kereta WPV 3132 didaftarkan atas nama saksi SP20, adalah isteri kepada OKT1. Keterangan SP20 menyatakan OKT1 sering menggunakan kereta tersebut termasuklah pada hari kejadian dimana SP16 mengesahkan OKT1 berada bersama seorang lagi semasa melarikan SP16 ke Chemor, Perak menggunakan kereta itu. Keterangan SP16 bahawa OKT2 dan OKT3 selain dari OKT1 dan seorang lagi berperanan mengurung beliau dirumah di Chemor disokong dengan bukti forensic. Terdapat DNA dan kesan cap jari semua OKT dan seorang lagi yang masih bebas berada dibeberapa tempat dalam rumah tersebut. Saksi SP19 mengesahkan telah mengutip kesan cap jari setiap OKT yang terdapat dalam rumah tersebut.Saksi SP10, tuanpunya rumah mengesahkan telah menyewakan rumah tersebut kepada OKT1 sejak pertengahan bulan April 2012. Mengenai permintaan wang tebusan bagi membebaskan SP16, terdapat keterangan kukuh dan mencukupi diberikan oleh SP17, bapa mangsa dalam kes ini. SP16 menyatakan bahawa suspek yang masih bebas telah meminta maklumat peribadi dan kata laluan akaun Facebook milikbeliau. Maklumat penting tersebut telah diberikan oleh SP16. SP17 pula mengesahkan beliau telah 31 menerima permintaan untuk wang tebusan dan telah berhubungan dengan para penculik melalui akaun Facebook anaknya. Setelah wang tebusan dibayar, mangsa telah dibebaskan. OKT2 dan OKT3 telah membawa SP16 ke R & R Rawang untuk dibebaskan setelah wang tebusan dibayar. Sebelum membebaskan SP16, OKT2 telah memberikan satu telefon Nokia dan wang RM50 kepada SP16. Barang-barang kes tersebut telah kemudiannya ditemui semula daripada SP16. Selain itu terdapat saksi bisu yang menyokong keterangan SP16 terhadap fakta SP16 diculik dan dilarikan. Keterangan bisu itu adalah berbentuk rakaman CCTV yang telah diterima oleh Mahkamah ini dan telah ditayangkan semasa perbicaraan.SP16 dapat mengecamkan OKT1 dan pemandu kereta hitam yang masih bebas semasa SP16 ditolak masuk dan dilarikan menggunakan kereta WPV 3132 tersebut. Melalui keterangan ASP Zuraini (SP15), beberapa barangan peribadi SP16 telah ditemui dari dalam rumah tempat SP16 dikurung. Barangan tersebut termasuklah sepasang pakaian sekolah yang berwarna oren (P42A dan P43A) milik SP16. Ini konsisten dengan keterangan SP16 bahawa OKT telah menukar pakaian SP16 setelah sampai dirumah tersebut.” 32 [56] Setelah menilai dapatan HMT, kami berpuas hati bahawa adanya keterangan bebas yang menyokong keterangan SP16. [57] Mengenai isu niat bersama tersebut, kami berpuas hati bahawa adanya keterangan yang kukuh untuk HMT membuat dapatan niat bersama ketiga-tiga OKT berhubung dengan pertuduhan terhadap mereka. HMT telah membuat inferens yang munasabah daripada fakta dan keadaan kes bahawa terdapat satu perancangan awal atau satu pemuafakatan fikiran di kalangan ketiga-tiga OKT. HMT dalam alasan penghakimanya menyatakan: (di perenggan 44-46). “Fakta bahawa semua perlaku kesalahan tinggal di Chemor, Perak sedangkan mangsa tinggal di sebuah kediaman mewah di Mont Kiara, Kuala Lumpur. Tentu satu perancangan awal dan teliti telah diatur sejak membuat pemilihan target atau mangsa yang akan diculik. Termasuklah cara mana dan dari mana mangsa akan dilarikan dan dikurung sehingga wang tebusan dibayar kepada mereka sebelum mangsa dibebaskan. OKT1 telah membenarkan kereta Proton Gen 2 berwarna hitam milik isteri beliau untuk digunakan bagi mencapai niat bersama mereka untuk menculik mangsa. 33 Kereta itu telah dipandu oleh Lee Chung Kee (Thomas) yang masih bebas. Setelah dilarikan, mangsa telah disimpan disebuah rumah yang telah disewa khas atas nama OKT1. Rumah itu baru disewakan daripada saksi SP10 pada pertengahan bulan April 2012 dan mula diduduki oleh OKT1, OKT2 dan OKT3 pada penghujung bulan tersebut. Malahan Lee Chung Kee turut disyaki tinggal dirumah yang sama memandangkan keterangan SP29 yang menyatakan terdapat kesan cap jari beliau dirumah itu. Cap jari ketiga-tiga OKT turut ditemui dibeberapa tempat dalam rumah sewa tersebut.” [58] Daripada keterangan, HMT juga telah mendapati kewujudan pemuafakatan di antara ketiga-tiga OKT. Antaranya, menyembunyikan kereta yang digunakan untuk menculik mangsa dengan menghantar kereta itu untuk dicat semula; menggunakan sebuah kereta Honda berwarna coklat untuk menghantar mangsa ke R & R Rawang, merancang tempat wang tebusan akan diserahkan oleh bapa mangsa. [59] Satu pemuafakatan untuk mencapai niat bersama antara ketiga-tiga OKT boleh didapati daripada peranan yang dimainkan oleh setiap OKT, termasuk Thomas. Menurut HMT: 34 “…Ini termasuklah tugas OKT1, OKT2 dan OKT 3 untuk menjaga dan melayan dengan baik mangsa sepanjang dikurung dirumah itu. Apa yang lebih penting peranan mereka untuk memastikan mangsa tidak akan dibiarkan lari dari rumah itu. Mereka telah didengar oleh mangsa bercakap-cakap sesama sendiri dalam Bahasa atau loghat Cina yang langsung tidak difahami oleh mangsa. Mangsa juga menyatakan sepanjang masa apabila dibawa keluar dari bilik kecil dimana mangsa dikurung terutama ketandas akan dikawal atau diescort oleh salah satu OKT. Ini menunjukkan kesepakatan dan niat bersama semua OKT termasuk yang masih bebas untuk mengurung dan menahan mangsa untuk mendapatkan wang tebusan. Sebaik wang tebusan diperolehi, mangsa terus sahaja dibebaskan di R & R Rawang”. [60] HMT juga tidak membuat kesilapan dalam mengambil pendirian bahawa kehadiran setiap OKT dalam mana-mana bahagian menculik, melarikan, mengurung dan meminta wang tebusan adalah tidak diperlukan untuk mencapai niat bersama menurut seksyen 34 Kanun Keseksaan. Rujukan dibuat pada kes Sabarudin bin Non & 3 Ors v PP (No. 1) [ 2005]1 AMR 4 dan Krishna Rao a/l Guru murthi v PP [2009] 2 CLJ 603 35 [61] Setelah menilai keterangan serta alasan penghakiman HMT, kami sebulat suara berpendapat bahawa sabitan ketiga-tiga OKT terhadap pertuduhan adalah selamat. Oleh itu, kami kekalkan sabitan yang dijatuhkan oleh HMT dan menolak rayuan ketiga-tiga OKT. Rayuan Pendakwa Raya terhadap Hukuman [62] Pendakwa Raya telah merayu terhadap hukuman penjara seumur hidup terhadap OKT 2 dan OKT3 yang dijatuhkan oleh HMT. Menurut Pendakwa Raya, hukuman yang lebih berat ia itu, hukuman gantung adalah lebih bersesuaian memandangkan mangsa hanya kanak-kanak yang berumur 12 tahun dan telah dikurung selama 7 hari sebelum dibebaskan.HMT telah mengambil kira bahawa mangsa telah dilayan dengan baik dan ketiga–tiga OKT tiada sabitan lampau dan akan berada di dalam penjara sekurang-kurangnya 20 tahun. Berdasarkan faktor-faktor yang relevan [perenggan 89- 91 alasan penghakiman] HMT telah menggunakan budibicaranya untuk menjatuhi hukuman penjara seumur hidup dan 6 sebatan rotan ke atas setiap OKT. Kami berpendapat tiada sebab untuk mengusik keputusan HMT berkenaan hukuman. Dengan itu, rayuan Pendakwa Raya terhadap hukuman juga ditolak. 36 [63] Akhir kata, kami kekalkan sabitan dan hukuman terhadap ketiga-tiga OKT. Sabitan di bawah seksyen 3 Akta Penculikan 1961 dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan dan hukuman penjara seumur hidup bermula dari tarikh tangkap dan 6 kali sebatan rotan oleh HMT terhadap Perayu-Perayu disahkan dan dikekalkan. 11 OKTOBER 2017 TT DR. BADARIAH BINTI SAHAMID HAKIM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA 37 COUNSEL: W-05(SH)-241-09/2015 En Rejinder Singh Rejinder Singh & Associates Puan Nurshafini binti Mustafha Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara W-05(SH)-243-09/2015 En Amirul Ridzuan bin Hanif [Dato’ Hanif bin Hashim En Safuan Haslan bersama] Hanif & Co Puan Nurshafini binti Mustafha Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara 38 W-05(SH)-244-09/2015 En Amirul Ridzuan bin Hanif [Dato’ Hanif bin Hashim En Safuan Haslan bersama] Hanif & Co Puan Nurshafini binti Mustafha Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara W-05(H)-247-09/2015 Puan Nurshafini binti Mustafha Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara En Rejinder Singh Rejinder Singh & Associates