Content
1 | P a g e DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI BUTTERWORTH DALAM NEGERI PULAU PINANG, MALAYSIA [PERBICARAAN JENAYAH NO. PA-45A-1-01/2019] ANTARA PENDAKWA RAYA
PA-45A-1-01/2019
High Court of Malaysia22 Feb 2023
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“ua dan ketiga. [61] Bagi membuktikan elemen pemilikan, pihak pendakwaan hendaklah membuktikan bahawa OKT mempunyai jagaan, kawalan dan pengetahuan mengenai dadah tersebut (rujuk Chan Pean Leon v. PP [1956] MLJ 237). Adalah juga diputuskan dalam kes Chan Pean Leon **Note : Serial number will be used to verify the origin”
“s kepada kebersalahan tertuduh (rujuk kes Arulpragasan a/l Sandaraju v. PP [1996] 4 CLJ 597; [1997] 1 AMR 329; Looi Kow Chai & Anor v. PP [2003] 1 CLJ 734; [2003] 2 AMR 89; Abdullah Zawawi Omar v. PP [1985] CLJ 19 (Rep); [1985] 2 CLJ 2; [1985] 2 MLJ 16 dan PP v. Kasmin bin Soeb [1974] 1 LNS 116; [1974] 1 MLJ 230). [17]”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 | P a g e DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI BUTTERWORTH DALAM NEGERI PULAU PINANG, MALAYSIA [PERBICARAAN JENAYAH NO. PA-45A-1-01/2019] ANTARA PENDAKWA RAYA
1
Tertuduh (OKT) telah didakwa atas kesalahan mengedar dadah berbahaya di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama. Pertuduhan adalah seperti berikut: 2 | P a g e “Bahawa kamu pada 14/05/2018 jam lebih kurang 4.00 petang, di hadapan alamat Blok 8-12-7, Sri Kristal Lengkok Angsana Bandar Baru, 11500 Air Itam, Pulau Pinang, di dalam Daerah Timur Laut di dalam Negeri Pulau Pinang telah mengedar dadah berbahaya iaitu sejumlah 478.5 gram (358.8 gram Heroin dan 119.7 gram Monoacetylmorphines) dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama.”
2
OKT mengaku tidak bersalah dan pihak pendakwaan telah memanggil seramai 8 orang saksi untuk memberi keterangan. Perbicaraan telah dijalankan di hadapan Hakim terdahulu dengan semua saksi pendakwaan telah selesai memberi keterangan di peringkat kes pendakwaan. Hakim terdahulu telah menamatkan perkhidmatannya sebelum beliau sempat membuat keputusan di akhir kes pendakwaan.
3
Pihak-pihak telah memfailkan hujahan bertulis seperti yang telah diarahkan oleh Hakim terdahulu. Di hadapan saya, pihak-pihak memohon untuk mengemukakan hujahan lisan. Peguambela OKT tidak menggunakan haknya di bawah seksyen 261 Kanun Tatacara Jenayah untuk memanggil semula mana-mana saksi yang telah memberi keterangan. 3 | P a g e
4
Saya telah meneliti keterangan saksi-saksi pendakwaan yang direkodkan melalui catatan bertulis oleh Hakim terdahulu. Saya juga telah mendengar dan melihat rakaman elektronik oleh sIstem CRT dan RVT, saya berpuas hati bahawa keterangan yang ada di hadapan Mahkamah ini adalah mencukupi dan tidak perlu untuk Mahkamah ini memanggil semula mana-mana saksi pendakwaan untuk memberi keterangan.
5
Setelah meneliti dan menilai keterangan saksi-saksi pendakwaan secara penilaian yang maksimum, Mahkamah ini memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kes prima facie terhadap OKT. Oleh itu Mahkamah ini telah memerintahkan OKT dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri.
6
Semasa menyampaikan keputusan, Mahkamah ini telah memberikan alasan ringkas bahawa terputusnya rantaian keterangan mengenai pengendalian, penjagaan dan kawalan barang kes selepas rampasan oleh pegawai serbuan (SP7) sehingga diserahkan kepada pegawai penyiasat (SP8), oleh itu telah menimbulkan keraguan mengenai identiti barang kes dadah berbahaya tersebut yang dikatakan telah 4 | P a g e dirampas oleh SP7 dan kemudiannya dihantar untuk analisis oleh Ahli Kimia (SP1).
7
Maka Mahkamah berpendapat bahawa pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan secara prima facie bahawa OKT mempunyai jagaan dan kawalan serta memiliki dadah berbahaya tersebut, sehubungan itu pihak pendakwaan juga gagal membuktikan bahawa OKT mempunyai pengetahuan mengenainya.
8
Pihak pendakwaan telah memanggil seramai 8 orang saksi untuk memberi keterangan, mereka ialah: SP1 – Puan Siti Aishah binti Che Ani (Pegawai Kimia) SP2 – Insp. Nurna Asyikin binti Ab Rahim (Pegawai Penyiasat menggantikan SP8 yang bertukar) SP3 – L/Kpl. Muhammad Efendy bin Saiful Azlimi (Penjaga Stor Ekshibit di BSJN Daerah IPD Timur Laut, Pulau Pinang) SP4 – Kpl. Damanhuri bin Mohamad Bakri (Jurugambar) 5 | P a g e SP5 – D/Kpl. Thanesrau a/l Simasalam (Anggota Serbuan) SP6 – Sjn. Mohd Assan bin Warso (Penjaga Stor Barang kes) SP7 – ASP Harinderan a/l Krishnan (Pegawai Serbuan) SP8 – Insp. Mohd Faizul bin Ismail (Pegawai Penyiasat)
9
Bertindak atas satu maklumat yang telah diterima oleh ASP Harinderan a/l Krishnan (SP7) pada 14.5.2018 mengenai aktiviti pengedaran dadah berbahaya di Pangsapuri Sri Kristal, Lengkok Angsana Bandar Baru 11500 Air Itam, Pulau Pinang, SP7 bersama 6 orang anggota serbuan telah pergi ke alamat tersebut dengan menggunakan dua buah kenderaan pasukan polis jenis Proton Waja. Mereka tiba di kawasan Pangsapuri tersebut pada jam lebih kurang 3.50 petang.
10
Sebaik tiba di lokasi, SP7 bersama pasukan serbuan telah mendapatkan bantuan pekerja pengurusan Pangsapuri tersebut untuk naik ketingkat 12 dengan menaiki lif yang menggunakan kad akses. Apabila sampai di tingkat 12, SP7 telah membuat pemerhatian selama lebih kurang 10 minit, kemudiannya SP7 nampak seorang lelaki 6 | P a g e berbangsa cina (OKT) telah keluar dari rumah bernombor 8-12-7 dengan memegang dua buah beg pakaian iaitu sebuah beg dipegang di tangan kiri (P17) dan sebuah beg dipegang di tangan kanan (P46). SP5 yang berada di lokasi tersebut juga melihat OKT memegang P17 dan P46 pada masa tersebut.
11
SP7 telah menahan OKT, dan perkenalkan diri sebagai “polis”.
Preamble
Menurut SP7, OKT dalam keadaan terkejut sewaktu ditahan. SP7 telah menjalankan pemeriksaan ke atas OKT dan juga ke atas P17 dan P46. [12] Hasil pemeriksaan ke atas P17 dan P46 mendapati pada P17 tertulis perkataan “HIGHTRAIL”, dan di dalamnya mengandungi 9 bungkusan surat khabar yang di dalam setiap satu bungkusan tersebut mengandungi satu paket plastik lutsinar berisi serbuk dan ketulan disyaki dadah jenis Heroin. Manakala pada P46 juga tertulis perkataan “HIGHTRAIL”, yang di dalamnya mengandungi 22 bungkusan surat khabar yang di dalam setiap satu bungkusan tersebut mengandungi satu paket plastik lutsinar berisi serbuk dan ketulan disyaki dadah jenis 7 | P a g e Heroin. SP7 telah memberitahu OKT mengenai kesalahannya, lalu OKT ditangkap dan semua barang kes dirampas. [13] Bahan-bahan yang disyaki dadah telah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia Pulau Pinang untuk dianalisis dan telah disahkan oleh Ahli Kimia, Siti Aishah binti Che Ani (SP1) bahawa bahan-bahan tersebut mengandungi 358.8 gram Heroin dan 119.7 gram Monoacetylmorphines, iaitu dadah berbahaya seperti yang tersenarai dalam Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952. Tugas Mahkamah di Akhir Kes Pendakwaan [14] Di akhir kes pendakwaan Mahkamah ini hendaklah menentukan sama ada suatu kes “prima facie” telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan terhadap OKT. Jika pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie, maka OKT akan dipanggil membela diri tetapi jika sebaliknya, maka OKT hendaklah dilepaskan dan dibebaskan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen 180(2) dan 180(3) Kanun Tatacara jenayah. 8 | P a g e [15] Mahkamah ini perlu meneliti keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan dan membuat penilaian secara maksimum dan mengajukan pertanyaan utama pada tahap ini iaitu: “Jika Mahkamah ini memutuskan untuk memanggil OKT membela diri dan OKT memilih untuk berdiam diri, adakah Mahkamah ini bersedia untuk sabitkan OKT berdasarkan kepada keseluruhan keterangan yang telah dikemukakan dalam kes pendakwaan?” Sekiranya Mahkamah ini mendapati jawapan kepada persoalan tersebut adalah positif, maka OKT hendaklah dipanggil untuk membela diri. Sebaliknya, jika jawapan kepada persoalan tersebut adalah negatif, maka kes prima facie telah gagal dibuktikan dan OKT hendaklah dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil untuk membela diri (Mahkamah ini merujuk kepada penghakiman dalam kes Looi Kow Chai & Anor v. PP [2003] 1 CLJ 734; Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85; [2005] 2 MLJ 301; [2004] 2 MLRA 547; [2005] 1 AMR 321; Magendran Mohan lwn. PP [2011] 1 CLJ 805 FC; [2011] 6 MLJ 1; [2012] 5 MLRA 333; [2011] 2 AMR 680). [16] Satu kes prima facie juga gagal dibuktikan jika terdapat kelompongan (gap) dalam kes pendakwaan atau jika keterangan saksi-saksi pihak pendakwaan mewujudkan lebih daripada satu inferens selain daripada 9 | P a g e inferens yang menjurus kepada kebersalahan tertuduh (rujuk kes Arulpragasan a/l Sandaraju v. PP [1996] 4 CLJ 597; [1997] 1 AMR 329; Looi Kow Chai & Anor v. PP [2003] 1 CLJ 734; [2003] 2 AMR 89; Abdullah Zawawi Omar v. PP [1985] CLJ 19 (Rep); [1985] 2 CLJ 2; [1985] 2 MLJ 16 dan PP v. Kasmin bin Soeb [1974] 1 LNS 116; [1974] 1 MLJ 230). [17] Jika keterangan pihak pendakwaan menjurus kepada dua atau lebih inferens yang memihak kepada pihak pendakwaan dan juga pembelaan, maka Mahkamah hendaklah merujuk kepada inferens yang memihak kepada pihak pembelaan. Dapatan Mahkamah di akhir kes pendakwaan [18] Seperti yang dinyatakan di atas tadi bahawa OKT dilepas dan dibebaskan di akhir kes pendakwaan kerana Mahkamah ini mendapati wujud keraguan mengenai identiti barang kes dadah berbahaya yang dikatakan telah dirampas oleh Pegawai Serbuan (SP7). 10 | P a g e [19] Isu keraguan identiti dadah tersebut telah ditimbulkan oleh pihak pembelaan, bahawa terputusnya rantaian keterangan mengenai kawalan terhadap dadah tersebut selepas rampasan hingga diserahkan kepada pegawai penyiasat (SP8). Tiada penjelasan dan tiada keterangan yang kukuh bagaimana pengendalian barang kes selepas rampasan hingga diserahkan kepada SP8. Adakah dadah yang dikatakan dirampas oleh SP7 daripada OKT merupakan dadah yang sama diserahkan kepada SP8 dan kemudiannya diserahkan kepada SP1. [20] Di bawah subseksyen 180(4) KTJ, menetapkan bahawa satu keterangan yang boleh dipercayai (credible evidence) hendaklah dikemukakan untuk membuktikan wujudnya kes prima facie dalam setiap elemen pertuduhan yang mana jika keterangan tersebut tidak disangkal maka OKT boleh disabitkan atas pertuduhan. [21] Oleh itu, untuk menentukan sama ada kes prima facie telah berjaya dibuktikan atau sebaliknya, maka Mahkamah hendaklah membuat penilaian maksimum terhadap semua keterangan di hadapan Mahkamah ini, termasuk menilai kredibiliti saksi dan membuat 11 | P a g e kesimpulan berdasarkan keterangan pendakwaan untuk memastikan bahawa semua elemen pertuduhan telah dibuktikan (rujuk kes PP v. Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457). Elemen Yang Perlu Dibuktikan Oleh Pihak Pendakwaan [22] Terdapat tiga elemen penting yang perlu dibuktikan bagi kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta 234 sebagaimana yang berikut:
1
Dadah tersebut tersenarai di bawah Akta 234 dan dengan berat seperti yang dinyatakan dalam pertuduhan.
2
Dadah yang dirampas ada di dalam milikan OKT dan OKT mempunyai jagaan dan kawalan ke atas dadah tersebut serta mempunyai pengetahuan bahawa dadah tersebut adalah dadah berbahaya.
3
OKT telah mengedar dadah tersebut. 12 | P a g e Elemen pertama: Berat dan jenis dadah berbahaya [23] Bagi membuktikan elemen pertama, Mahkamah ini bergantung kepada keterangan SP1. Beliau ialah seorang ahli kimia yang berkelayakan berdasarkan kelulusan dan pengalamannya untuk menjalankan analisis ke atas dadah tersebut. [24] Keterangan SP1 bahawa dadah yang diterima dan dianalisis olehnya adalah dadah berbahaya jenis heroin dan monoacetylmorphines seperti yang ditakrifkan dalam seksyen 2 Akta 234 dan mempunyai berat seperti yang dinyatakan dalam pertuduhan. [25] Pihak pembelaan telah mencabar SP1 berkaitan dengan kaedah analisis yang telah dijalankan olehnya. Atas isu ini, Mahkamah merujuk kepada keputusan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Chu Tak Fai v. Public Prosecutor [2006] 4 CLJ 931; [2007] 1 MLJ 201 seperti berikut; "[20] On the sufficiency of the evidence of the chemist, we wish to reiterate that the court is entitled to accept the evidence of the chemist on its face value without the necessity for him to go into details of what he did in the 13 | P a g e laboratory step by step unless the evidence is so inherently incredible that no reasonable person can believe it to be true or the defence calls evidence in rebuttal by another expert (see Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85; [2005] 2 MLJ 301, Munusamy Vengadasalam v. Public Prosecutor [1987] CLJ Rep 221; [1987] 1 CLJ 250; [1987] 1 MLJ 492, Public Prosecutor v. Lam San [1991] 1 CLJ Rep 391; [1991] 3 CLJ 2410; [1991] 3 MLJ 426 and Khoo Hi Chiang v. Public Prosecutor and another appeal [1994] 2 CLJ 151; [1994] 1 MLJ 265). " [26] Berpandukan keputusan tersebut maka Mahkamah ini berhak untuk menerima keterangan SP1 pada nilai mukanya tanpa perlu bagi SP1 menjelaskan secara terperinci, iaitu secara langkah demi langkah apa yang dilakukan semasa uji kaji dijalankan. Melainkan jika terdapat keadaan yang luar biasa sehingga tiada sesiapa boleh mempercayai keterangannya sebagai benar, atau pihak pembelaan telah mengemukakan keterangan melalui saksi pakar yang lain bagi menyangkal keterangan SP1. [27] Oleh itu, Mahkamah ini menerima keterangan SP1 yang merupakan seorang Ahli Kimia yang berkelayakan dan berpengalaman untuk menjalankan analisis ke atas dadah berbahaya. Mahkamah ini juga menerima keputusan analisis yang dibuat oleh SP1 berkaitan dengan sifat serta kuantiti dadah berbahaya yang diterima olehnya adalah 14 | P a g e dadah berbahaya jenis heroin dan monoacetylmorphines seperti yang ditakrifkan dalam seksyen 2 Akta 234. Rantaian keterangan mengenai pengendalian dadah [28] Dalam membuktikan elemen pertama, pihak pendakwaan juga bertanggungjawab untuk mengemukakan keterangan yang kukuh mengenai pengendalian barang kes bagi membuktikan bahawa rantaian keterangan adalah utuh dan tidak terjejas. Mahkamah ini merujuk kepada keputusan oleh Mahkamah Agung dalam kes Mohd Osman Pawan v. Public Prosecutor [1989] 1 CLJ Rep 108 SC; [1989] 2 MLJ 110; [1989] 1 MLRA 67. [29] Keterangan saksi-saksi pendakwaan hendaklah dapat meyakinkan Mahkamah ini bahawa rantaian keterangan berkenaan identiti dadah berbahaya adalah kukuh iaitu bermula dari masa dadah tersebut ditemui dan dirampas sehinggalah semasa dianalisis oleh SP1 kerana penemuan dan kesimpulan dibuat oleh Ahli Kimia pada peringkat itu. 15 | P a g e [30] Oleh itu, pihak pendakwaan hendaklah mengemukakan keterangan yang boleh dipercayai dan melampaui keraguan yang munasabah bahawa dadah berbahaya jenis heroin dan monoacetylmorphines yang ditemui dan dirampas daripada OKT pada hari kejadian (14.5.2018) adalah dadah yang sama dengan dadah yang telah dianalisis oleh SP1, selanjutnya dikemukakan sebagai barang kes di Mahkamah. [31] Pada setiap masa adalah menjadi tanggungjawab pihak pendakwaan untuk membuktikan rantaian keterangan adalah utuh dan tidak putus. Isu ini telah diputuskan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Gunalan Ramachandaran & Ors v. PP [2004] 4 CLJ 551 CA; [2004] 4 MLJ 489; [2004] 2 MLRA 180; [2004] 6 AMR 189 seperti yang berikut: "41. First, by way of a general observation, I am of the view that, in a drug trafficking case what is important is that it must be proved that it is the substance that was recovered that was sent to the chemist for analysis and it is that same substance that is found to be heroin or cannabis etc., and it is in respect of that substance that an accused is charged with trafficking. So, the chain of evidence is more important for the period from the time of recovery until the completion of the analysis by the chemist Even then it does not necessarily mean that if the exhibit is passed from one person to another, every one of them must be called to give evidence of the handing 16 | P a g e over from one person to another and if there is a break, even for one day, the case fails. There should be no confusion between what has to be proved and the method of proving it What has to be proved is that it is the substance that was recovered that was analysed by the chemist and found to be heroin, cannabis etc, and it is for the trafficking of that same substance that the accused is charged with.
42
The proof of the chain of evidence is only a method of proving that fact. The fact that there is 'a gap', does not necessarily mean that that fact is not proved. It depends on the facts and circumstances of each case. There may be a gap in the chain of evidence. But, if for example, during that 'gap' the exhibits are sealed, numbered with identification numbers, there is no evidence of tempering, there is nothing that would give rise to a doubt that that exhibit is the exhibit that was recovered in that case and that was analysed by the chemist, the fact that there is a gap, in the circumstances of the case, may not give rise to any doubt of that fact. [32] Kebiasaannya terdapat dua keadaan yang boleh menyebabkan terputusnya rantaian keterangan berkaitan barang kes. Keadaan pertama, apabila pihak pendakwaan gagal memanggil saksi-saksi material berhubung dengan pengendalian ekshibit. Manakala keadaan kedua, adalah mengenai pengendalian barang kes yang tidak jelas. [33] Dalam kes ini, Mahkamah dapati keterangan SP7 mengenai pengendalian barang kes adalah tidak jelas hingga menyebabkan terputusnya rantaian keterangan. Keterangan mengenai 17 | P a g e pengendalian barang kes yang melibatkan dadah berbahaya adalah sangat penting untuk membuktikan bahawa rantaian keterangan adalah kukuh kerana dadah berbahaya merupakan barang yang berisiko dan mudah untuk diganggu. [34] Dalam isu ini, Mahkamah merujuk kepada kes Public Prosecutor v. Sim, Odita, Muhammad Sdn Bhd [2008] 3 CLJ 623; [2008] 7 MLJ 164 yang diputuskan seperti berikut: "[10] it was also the contention of the defence case that there is break in chain of evidence, as during the testimonies of the prosecution and the defence witnesses, evidence tends to show that there is opportunity for tampering to exist. If the opportunity of tampering existed, there would be a break in the chain of evidence, irrespective of whether the opportunity was taken or not. [35] Pihak pembelaan berhujah bahawa terputusnya rantaian keterangan mengenai pengendalian dadah-dadah tersebut dari masa rampasan sehingga diserahkan kepada SP1 untuk dianalisis. Ini kerana P17 dan P46 yang berisi dadah berbahaya hanya diserahkan kepada SP8 selepas hampir 22 jam rampasan dilakukan. Rampasan dilakukan pada 14.5.2018 pada jam 4.00 pm. SP8 telah menerima barang kes 18 | P a g e daripada SP7 pada 15.5.2018 jam 1.30 pm. Dalam tempoh 22 jam tersebut, di manakah barang kes disimpan? Siapakah yang mengawal atau menjaganya. [36] Pihak pendakwaan berhujah bahawa rantaian keterangan mengenai pengendalian barang kes adalah utuh dan kukuh kerana SP7 sendiri yang membuat rampasan dadah tersebut. Keterangan SP7 dalam pemeriksaan utama menyatakan bahawa “Barang rampasan tersebut disimpan dalam kawalan saya dan pasukan sehingga repot disediakan, diserahkan kepada I/O kes”. [37] Mahkamah dapati keterangan SP7 yang tersebut adalah bersifat umum. Sewajarnya pihak pendakwaan meminta SP7 untuk memberi penjelasan mengenainya bagi mengenepikan segala kemungkinan bahawa berlakunya percampuran barang kes atau berlakunya kacau ganggu terhadap barang kes tersebut. Ini kerana SP7 mengakui telah terlibat dalam dua rampasan dadah di dua lokasi yang lain selepas tangkapan terhadap OKT dilakukan. 19 | P a g e [38] Mahkamah dapati tiada keterangan yang kukuh oleh SP7 bahawa sepanjang tempoh 22 jam beliau telah menyimpan selamat dadah tersebut dan tidak bercampur dengan barang kes yang lain. Tanpa sebarang penjelasan lanjut oleh SP7, telah menimbulkan persoalan yang tidak dijawab mengenai pergerakan, kawalan dan penyimpanan barang kes dadah tersebut dari masa rampasan hingga diserahkan kepada SP8. [39] SP7 dalam keterangannya menyatakan bahawa pada 14.5.2018 jam 4 pm beliau telah melakukan tangkapan ke atas OKT dan rampasan barang kes di tingkat 12 Pangsapuri tersebut. Kemudiannya SP7 telah masuk ke dalam rumah OKT untuk membuat pemeriksaan lanjut. SP7 tidak menjumpai apa-apa barang salah. Kemudiannya SP7 membawa OKT ke Balai. Di Balai, SP7 menjalankan soal siasat ke atas OKT dan semasa di Balai, SP7 tidak membuat laporan polis berkaitan tangkapan OKT dan rampasan barang kes tersebut. Selepas soal siasat ke atas OKT, SP7 telah pergi ke lokasi kedua dan membuat rampasan dadah berbahaya di lokasi kedua tersebut. Selepas selesai tugasan di lokasi kedua, SP7 telah balik ke IPK Pulau Pinang bersama rampasan dadah berbahaya. SP7 keluar semula untuk pergi ke lokasi 20 | P a g e ketiga. Di lokasi ketiga SP7 telah juga membuat rampasan dadah pada 15.5.2018 jam 1 pagi. [40] Pihak pembelaan berhujah bahawa rantaian keterangan mengenai penjagaan dan kawalan barang kes telah terputus apabila SP7 tidak mengemukakan keterangan yang jelas di manakah barang kes dadah berbahaya tersebut semasa SP7 berada di dalam rumah OKT, adakah beliau membawa kedua-dua beg tersebut masuk ke dalam rumah OKT. [41] Begitu juga semasa OKT dibawa ke Balai, di manakah barang kes tersebut disimpan? Selanjutnya SP7 telah pergi ke lokasi kedua dan lokasi ketiga, adakah barang kes yang dirampas itu dibawa bersama ke lokasi kedua dan lokasi ketiga? Tiada penjelasan mengenai keberadaan barang kes tersebut semasa SP7 pergi ke lokasi kedua dan lokasi ketiga. [42] Sekiranya barang kes tersebut dibawa bersama ke lokasi kedua dan lokasi ketiga, maka ada kemungkinan ianya boleh bercampur dengan barang kes yang dirampas di kedua-dua lokasi tersebut. 21 | P a g e [43] Semasa di Balai, SP7 tidak membuat laporan polis mengenai tangkapan OKT dan rampasan dadah tersebut. SP7 hanya membuat laporan polis mengenai tangkapan OKT dan rampasan dadah berbahaya tersebut pada 15.5.2018 pada jam 6.27 pagi iaitu selepas 14 jam 27 minit tangkapan terhadap OKT dilakukan. [44] Mahkamah dapati hujahan pembelaan dalam isu ini bermerit dan Mahkamah berpendapat bahawa keterangan mengenai keberadaan dua buah beg yang berisi dadah berbahaya tersebut pada sepanjang masa perlu dibuktikan secara kukuh bagi memastikan tidak terputusnya rantaian keterangan mengenai identiti dadah yang dirampas dengan dadah yang dikemukakan di Mahkamah. [45] Berdasarkan keterangan SP7 yang tidak jelas mengenai pengendalian barang kes tersebut, maka Mahkamah dapati terputusnya rantaian keterangan mengenai pengendalian barang kes dadah berbahaya tersebut hingga menimbulkan keraguan terhadap identiti barang kes, adakah dadah yang dikatakan dirampas daripada OKT semasa di tingkat 12 Pangsapuri Sri Kristal adalah dadah yang diserahkan 22 | P a g e kepada SP1 untuk analisis dan dadah yang sama dikemukakan di Mahkamah. [46] Haruslah sentiasa diingat bahawa bukanlah tugas pihak pembelaan untuk mencabar rantaian keterangan barang kes yang dirampas, sebaliknya tugas pendakwaan untuk membuktikannya. Mahkamah ini merujuk kepada kes Kumaraguru a/l N Muniandy & Ors v. PP [1994] 2 CLJ 53; [1994] 1 MLJ 254. Penandaan Barang Kes [47] Pihak pembelaan telah mencabar mengenai penandaan barang kes dan berhujah bahawa walaupun SP7 dan SP8 telah camkan barang kes di Mahkamah, tetapi tiada keterangan yang jelas mengenai penandaan barang kes. SP7 dalam keterangannya tidak menyatakan di manakah dan bila tandaan barang kes dibuat. Manakala keterangan SP8 bahawa beliau telah membuat tandaan yang berupa tandatangannya dan tarikh 15.5.2018. 23 | P a g e [48] Pihak pembelaan berhujah bahawa keterangan SP8 mengenai penandaan barang kes adalah bercanggah dengan apa yang kelihatan pada gambar-gambar barang kes (ekshibit P9(1 – 11)) dan barang kes fizikal yang dikemukakan di Mahkamah. [49] Pihak pendakwaan berhujah bahawa SP7 dan SP8 telah camkan barang kes di Mahkamah. Mahkamah telah meneliti keterangan SP7 dan SP8 dalam isu ini dan mendapati bahawa SP7 sekadar menyatakan “saya ada tandakan barang kes dengan membuat tandaan H dan tandatangan saya”. Manakala SP8 pada mulanya tidak ingat apakah tandaan yang dibuat ke atas barang kes dan beliau menyatakan bahawa beliau ingat tandaan yang dibuat oleh SP7. Mahkamah melihat dan mendengar keterangan SP8 melalui rakaman CRT dan mendapati peguam bela telah membantah untuk SP8 melihat barang kes sebelum SP8 menyatakan apakah tandaan beliau. Akhirnya SP8 menyatakan bahawa tandaan beliau adalah tandatangan dan tarikh 15.5.2018. 24 | P a g e [50] Mahkamah ini telah meneliti ekshibit P9 (1 – 11) dan tidak mendapati tandaan tarikh 15.5.2018 pada gambar beg (P17 dan P46) dan barang kes yang lain. Tandaan yang jelas kelihatan pada ekshibit P9 (1-11) adalah tarikh 14.5.2018. Sebaliknya jelas kelihatan dalam gambar-gambar tersebut terdapat tandaan A dan B pada beg (P17 dan P46) dan juga bungkusan kertas surat khabar. [51] SP8 dalam keterangannya tidak menyatakan mengenai tandaan A dan B tersebut. Siapakah yang membuat tandaan A dan B tersebut? Tiada penjelasan dari mana-mana saksi pendakwaan mengenai tandaan A dan B tersebut. [52] Maka percanggahan yang wujud dalam keterangan SP8 dan penandaan ekshibit P9(1-11) telah menyebabkan timbul keraguan mengenai identiti barang kes dadah berbahaya heroin dan monoacetylmorphines tersebut. Adakah barang-barang kes yang dikemukakan di Mahkamah merupakan barang kes yang dirampas. [53] Oleh itu, timbul keraguan sama ada ketulan-ketulan dan serbuk warna putih pudar yang dianalisis oleh SP1 merupakan ketulan dan serbuk 25 | P a g e warna putih pudar yang ditemui dan dirampas oleh SP7 daripada OKT di tempat kejadian. Faedah keraguan adalah hak OKT, jika ada percanggahan material atau perbezaan atau peninggalan walaupun kecil mesti diberikan kepada OKT. [54] Memandangkan tiada keterangan yang dikemukakan mengenai kawalan dan penyimpanan selamat barang kes asal semasa ditemui pada 14.5.2018, jam 4 pm sehingga diserahkan kepada SP8 pada 15.5.2018, jam 1.30pm, dan wujudnya percanggahan yang material terhadap keterangan SP8 berhubung dengan penandaan barang kes, maka terdapat kemungkinan berlakunya percampuran barang kes dalam kes ini dengan barang kes yang dirampas dalam dua serbuan berasingan di lokasi kedua dan lokasi ketiga. [55] Kegagalan pihak pendakwaan untuk membuktikan rantaian keterangan mengenai pengendalian barang kes secara kukuh adalah fatal kepada kes pendakwaan kerana telah menimbulkan kelompongan dalam kes pendakwaan dan seterusnya menimbulkan keraguan mengenai identiti dadah berbahaya yang dipertuduhkan. 26 | P a g e [56] Di dalam kes Lee Chee Meng v. PP [1992] 1 CLJ 345 adalah diputuskan seperti berikut: “Where there is a serious doubt as to the identity of the exhibit as clearly is the case here it cannot be said that the prosecution has established a prima facie case under the charge [vide Shamsuddin bin Hassan & Anor v. PP [1991] 1 CLJ (Rep) 428, Abdullah bin Yaacob v. PP [1991] 1 CLJ Rep 5, Abdul Jalil bin Abdul Satar v. PP [1991] 1 CLJ (Rep) 1.]” [57] Oleh itu, Mahkamah ini tidak dapat membuat kesimpulan yang mantap bahawa dadah heroin dan monoacetylmorphines yang dirampas dari OKT di tingkat 12 Pangsapuri Sri Kristal adalah merupakan dadah berbahaya yang sama yang telah dihantar kepada SP1 untuk dianalisis. [58] Memandangkan elemen pertama tidak berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan, maka sewajarnya OKT dilepas dan dibebaskan kerana pihak pendakwaan gagal membuktikan wujudnya kes prima facie terhadap OKT. 27 | P a g e [59] Untuk tujuan kesempurnaan Mahkamah ini akan juga membincangkan dapatan Mahkamah berkaitan elemen kedua dan ketiga dalam pertuduhan tersebut. Elemen Kedua: Pemilikan dadah berbahaya oleh OKT [60] Untuk membuktikan elemen kedua, pihak pendakwaan bergantung kepada fakta dan andaian yang berikut: i. OKT mempunyai jagaan dan kawalan dan mempunyai kuasa untuk melupuskan dadah tersebut melalui tindakan OKT yang memegang dua buah beg (P17 dan P46) di tangan kanan dan tangan kiri OKT. ii. Dadah dijumpai dalam paket-paket plastik yang dibungkus dengan kertas surat khabar yang terdapat dalam P17 dan P46. iii. OKT mempunyai pengetahuan mengenai dadah tersebut memandangkan OKT sendiri yang memegang P17 dan P46 di tangan kanan dan tangan kiri OKT. Ini menunjukkan bahawa 28 | P a g e OKT mempunyai milikan, kawalan dan jagaan ke atas dadah tersebut. Tambahan pula semasa tangkapan keatas OKT, dia dalam keadaan terkejut maka inferens yang dapat dibuat daripada reaksi OKT adalah terdapatnya guilty of mind dan reaksi OKT yang terkejut adalah relevan di bawah seksyen 8 Akta 56 dan menunjukkan OKT bukanlah seorang “innocent carrier” . Tindakan OKT yang menyimpan dadah di dalam P17 dan P46 dengan cara dibungkus dalam kertas surat khabar, menunjukkan OKT hendak menyembunyikan dadah tersebut daripada dikesan oleh mana-mana pihak. iv. Rantaian keterangan adalah kukuh, bahawa dadah yang dirampas telah dibawa dan dikemukakan ke Mahkamah sebagai ekshibit pendakwaan. v. Saksi-saksi pendakwaan merupakan saksi yang boleh dipercayai. Jika terdapat percanggahan dalam keterangan mereka, ianya semata-mata perbezaan. 29 | P a g e Pihak pembelaan berhujah sebaliknya dan menyatakan bahawa: i. Pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan elemen milikan dan pengetahuan atas kewujudan dadah tersebut. Tidak ada keterangan oleh saksi pendakwaan untuk membuktikan bahawa tertuduh mengetahui bahan yang terdapat dalam paket plastik lutsinar yang dibungkus dalam kertas surat khabar adalah dadah jenis Heroin dan Monoacetylmorphines. ii. Tidak ada apa-apa bukti yang menunjukkan OKT telah memegang dan mengendalikan bungkusan-bungkusan surat khabar (ekshibit P18 hingga P26 dan P47 hingga P68) yang dikatakan mengandungi paket-paket plastik lutsinar (ekshibit P27 sehingga P35 dan P69 sehingga P90) yang mengandungi heroin dan monoacetylmorphine. Oleh itu pihak pendakwaan gagal membuktikan tertuduh mempunyai “custody” dan “control” terhadap dadah yang dijumpai dalam paket-paket plastik tersebut. 30 | P a g e iii. Dalam keterangan SP8, tidak menunjukkan bahawa beliau telah membuat apa-apa pemeriksaan dan penyiasatan berkaitan pengesanan cap jari ataupun analisis DNA terhadap barang kes untuk mengesahkan bahawa OKT ada mengendalikan dadah tersebut. iv. Tangkapan ke atas OKT dan rampasan barang kes dikatakan berlaku pada 14.5.2018 jam 4 petang. Laporan polis mengenai tangkapan dan rampasan hanya dibuat oleh SP7 pada 15.4.2018 jam 6.27 pagi iaitu selepas 14 jam 27 minit tangkapan dilakukan. Maka satu inferen yang boleh dibuat berkaitan kelewatan membuat laporan tangkapan tersebut, iaitu tiada apa-apa barang salah yang dijumpai pada OKT semasa tangkapan dibuat. Barang kes dadah hanya dirampas dalam operasi yang dilakukan di lokasi kedua dan ketiga. [61] Bagi membuktikan elemen pemilikan, pihak pendakwaan hendaklah membuktikan bahawa OKT mempunyai jagaan, kawalan dan pengetahuan mengenai dadah tersebut (rujuk Chan Pean Leon v. PP [1956] MLJ 237). Adalah juga diputuskan dalam kes Chan Pean Leon 31 | P a g e bahawa seseorang itu dikatakan memiliki sesuatu jika dia mempunyai kuasa untuk berurusan dengannya sebagai pemilik dengan mengecualikan orang lain. [62] Mengenai elemen pengetahuan, Mahkamah ini merujuk dan berpandukan keputusan di dalam kes PP v. Badrusham bin Baharom [1987] 1 LNS 72, Lim Beng Choon J memutuskan bahawa: “I believe it is well settled at least by our court that to establish possession by an accused person of any dangerous drugs or to impute to him possession of the said drugs, it must first be shown that he had knowledge of the drugs which were found to be in his possession.” [63] Selanjutnya dalam kes Parlan bin Dadeh v. Public Prosecutor [2009] 1 CLJ 717, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa pengetahuan OKT mengenai dadah berbahaya boleh diandaikan; “Proof of knowledge is very often a matter of inference. The material from which the inference of knowledge can be drawn varies from case to case. It would be sufficient for the prosecution to prove facts from which it could properly be inferred that the accused had the necessary knowledge.” 32 | P a g e [64] Berdasarkan fakta kes ini, pihak pendakwaan bergantung kepada keterangan SP5, SP7 dan SP8 untuk membuktikan bahawa OKT memiliki dadah berbahaya tersebut dan OKT mempunyai pengetahuan mengenainya kerana semasa ditahan OKT sedang memegang dua buah beg (P17 dan P46) yang berisi dadah berbahaya yang dikaitkan dengan OKT. [65] Mahkamah ini menegaskan bahawa untuk membuktikan OKT memiliki dadah tersebut, pihak pendakwaan hendaklah membuktikan OKT mempunyai kuasa untuk berurusan dengan dadah tersebut sebagai pemilik dan mengecualikan penglibatan orang lain. [66] Pihak pendakwaan berhujah bahawa dadah yang dirampas adalah milik OKT kerana semasa tangkapan, OKT memegang P17 dan P46. Selanjutnya tindakan OKT yang menyimpan dadah dalam bungkusan kertas surat khabar dan memasukkan ke dalam P17 dan P46 menunjukkan niat OKT hendak menyembunyikan dadah tersebut daripada dikesan oleh mana-mana pihak. Selanjutnya pihak pendakwaan berhujah bahawa berdasarkan keseluruhan keterangan 33 | P a g e yang telah dikemukakan maka inferen dapat dibuat bahawa OKT mempunyai pengetahuan terhadap barang kes tersebut. [67] Meneliti keterangan saksi-saksi, Mahkamah berpendapat bahawa keterangan yang dikemukakan tidak mencukupi untuk membuktikan bahawa OKT memiliki dadah tersebut, di mana tiada keterangan bahawa OKT telah memegang dan mengendalikan dadah tersebut. Keterangan yang ada hanyalah setakat OKT memegang dua buah beg tersebut. Keterangan SP8 juga tidak menunjukkan bahawa beliau telah menjalankan siasatan untuk pengesanan cap jari atau analisis DNA terhadap barang kes. [68] Disebabkan tiada keterangan yang menunjukkan bahawa OKT telah mengendalikan dadah tersebut maka Mahkamah ini berpendapat pihak pendakwaan tidak mempunyai bukti yang kukuh untuk mengaitkan OKT dengan dadah yang dirampas. Malah jarak fizikal yang dekat tidak menimbulkan inferens bahawa OKT berhasrat untuk mengendalikan dadah tersebut seolah-olah dadah tersebut adalah miliknya (lihat kes Chan Pean Leon). 34 | P a g e [69] Dari segi pengetahuan, mahkamah ini tidak dapat membuat sebarang inferens yang sah untuk memutuskan OKT mempunyai pengetahuan mengenai dadah yang dirampas dari P17 dan P46. Mahkamah tidak mendapati keterangan bahawa OKT tidak melawan semasa serbuan dan penangkapan ke atasnya. Tiada keterangan bahawa OKT cuba melarikan diri. Semata-mata OKT terkejut dengan kehadiran polis adalah tidak mencukupi untuk memutuskan bahawa OKT mempunyai pengetahuan mengenai dadah tersebut. Mahkamah ini berpendapat fakta bahawa OKT terkejut adalah isyarat biasa bagi seseorang yang ditahan oleh sekumpulan orang yang tidak dikenali (lihat kes Abdullah Zawawi bin Yusoff v. Public Prosecutor [1993] 4 CLJ 1). [70] Dalam kes ini perkara OKT “terkejut” tidak dinyatakan dalam Laporan Polis SP7. Mahkamah ambil maklum bahawa bukan semua perkara perlu dimasukkan dalam Laporan Polis tetapi Mahkamah berpendapat perkara yang berkaitan dengan perlakuan OKT seperti terkejut, cuba melarikan diri, menentang atau menghalang tangkapan ke atasnya adalah amat penting untuk dinyatakan dalam laporan polis. Ini kerana perkara-perkara tersebut merupakan “conduct” OKT yang relevan untuk pertimbangan Mahkamah. 35 | P a g e [71] Secara keseluruhannya Mahkamah ini mendapati keterangan yang dikemukakan oleh saksi-saksi pendakwaan telah gagal membuktikan OKT memiliki dadah tersebut dan sekali gus telah gagal membuktikan OKT mempunyai pengetahuan mengenainya. Elemen Ketiga: OKT mengedar dadah tersebut [72] Memandangkan berat bersih dadah itu melebihi berat minimum yang dinyatakan dalam Akta Dadah Berbahaya, maka pihak pendakwaan bergantung kepada anggapan mengedar dadah di bawah seksyen 37(da) Akta Dadah Berbahaya 1952. [73] Namun, sebelum anggapan tersebut dapat digunakan, elemen memiliki dadah tersebut mesti dibuktikan oleh pihak pendakwaan. Seperti yang dinyatakan di awal tadi bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen pemilikan dan pengetahuan; maka anggapan statutori ini tidak boleh digunakan terhadap OKT. 36 | P a g e Isu yang lain: Kredibiliti SP5 dan SP7 [74] Pihak pembelaan berhujah bahawa SP5 dan SP7 bukanlah saksi yang kredibel kerana keterangan mereka adalah berbeza dalam beberapa perkara. SP5 dan SP7 telah bersama-sama dalam serbuan di tingkat 12, maka sepatutnya keterangan mereka adalah saling menyokong dan bukan bercanggahan. [75] Pihak pembelaan berhujah bahawa keterangan kedua-dua saksi ini adalah berbeza dalam perkara berikut: Pertama: mengenai masa yang diambil untuk pergi ke tempat serbuan dari Pejabat Narkotik IPK Pulau Pinang. SP5 menyatakan masa perjalanan adalah 45 minit, manakala SP7 menyatakan 15 minit. Kedua: mengenai cara untuk naik ke tingkat 12 Pangsapuri tempat kejadian. SP5 menyatakan “cip” plastik bentuk bulat digunakan, sebaliknya SP7 menyatakan naik lif dengan menggunakan kad akses pekerja management. 37 | P a g e Ketiga: mengenai penyediaan borang senarai geledah (ekshibit P3), di mana SP5 menyatakan borang tersebut disediakan oleh SP7 di tingkat 12. Tetapi keterangan SP7 bahawa ekshibit P3 telah disediakan di pejabat IPK Pulau Pinang. [76] Mahkamah ini telah meneliti keterangan SP5 dan SP7, dan mendapati memang wujud percanggahan seperti yang dihujahkan oleh pihak pembelaan. Percanggahan tersebut kelihatan kecil tetapi ianya memberi impak yang besar kepada kes pendakwaan kerana melalui percanggahan tersebut, Mahkamah boleh membuat kesimpulan bahawa keterangan kedua-dua saksi tersebut tidak boleh dipercayai sepenuhnya. 38 | P a g e Keputusan Mahkamah Di Akhir Kes Pendakwaan [77] Berdasarkan perbincangan dan dapatan di atas dan merujuk kepada panduan yang dinyatakan dalam kes PP v. Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457, Mahkamah ini berpuas hati bahawa pihak Pendakwaan telah gagal membuktikan satu kes prima facie terhadap tertuduh, oleh itu tertuduh dilepaskan dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri. Bertarikh pada : 17 APRIL 2023 (FATHIYAH BINTI IDRIS) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya di Butterworth
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.