Content
1 | P a g e DALAM MAHKAMAH SESYEN DI IPOH DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN (BIDANG KUASA SIVIL) GUAMAN SIVIL NO: AA-A51NCvC-04-07/2024 CHONG YEE SHAN (NO. K/P: 841113-14-5828) ...PLAINTIF
AA-A51NCvC-4-07/2024
Sessions Court of Malaysia11 Mar 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 | P a g e DALAM MAHKAMAH SESYEN DI IPOH DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN (BIDANG KUASA SIVIL) GUAMAN SIVIL NO: AA-A51NCvC-04-07/2024 CHONG YEE SHAN (NO. K/P: 841113-14-5828) ...PLAINTIF
1
MOHD SUKARI BIN SAIDIN (No.K/P: 830504-08-5187
3
PENGARAH PEJABAT TANAH DAN GALIAN NEGERI PERAK ...DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN KORUM: NORASHIMA BINTI KHALID HAKIM MAHKAMAH SESYEN MAHKAMAH SESYEN IPOH PERAK 28/04/2025 09:46:06 AA-A51NCvC-4-07/2024 Kand. 28 S/N k3lqa0//cUeyCoh9CFPjyQ 2 | P a g e [1] PENGENALAN Ini adalah rayuan oleh pihak perayu Defendan-Defendan yang tidak berpuashati dengan keputusan Mahkamah pada 11hb Mac 2025 yang menolak permohonan perayu Defendan-Defendan seperti mana Kandungan 9 dengan kos RM2000 kepada pihak responden Plaintif. Notis permohonan pihak perayu Defendan-Defendan sepertimana Kandungan 9 memohon perintah Mahkamah ini menurut Aturan 20 Kaedah 4 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dan/atau Aturan 92 Kaedah 4 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 bagi perintah-perintah seperti berikut: a) Keseluruhan pindaan yang dibuat oleh Plaintif melalui Pernyataan Tuntutan Terpinda bertarikh 16 Julai 2024 yang dipinda pada 5 September 2024 di bawah Aturan 20 Kaedah 3 (1) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (‘Pernyataan Tuntutan Terpinda’) tidak dibenarkan dan dipotong di bawah Aturan 20 Kaedah 4 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012; b) Secara alternatif, keseluruhan pindaan pada Pernyataan Tuntutan Terpinda dibatalkan menurut Aturan 92 Kaedah 4 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dibatalkan c) Segala prosiding selanjutnya di dalam tindakan ini terhadap Defendan-Defendan ditangguhkan sehingga permohonan ini didengar dan diputuskan; d) Kos permohonan ini ditanggung oleh Plaintif; dan e) Lain-lain perintah yang difikirkan patut dan suai manfaat oleh Mahkamah Yang Mulia ini. S/N k3lqa0//cUeyCoh9CFPjyQ 3 | P a g e Alasan-alasan permohonan ini adalah:
1
Keseluruhan pindaan (‘pindaan tersebut‘) yang dibuat oleh Plaintif adalah amat memprejudiskan, bukan bona fide dan sangat tidak adil kepada Defendan-Defendan;
2
Selepas Defendan-Defendan memplidkan pembelaannya terhadap penyataan-penyataan asal Plaintif, Plaintif membuat pindaan tersebut untuk membaiki penyataannya yang terdahulu yang telah diplidkan 3. Pindaan tersebut yang dibuat oleh Plaintif adalah pemikiran terkemudian (afterthought), remeh, menyusahkan serta adalah satu penyalahgunaan proses Mahkamah yang membawa suatu ketidakadilan kepada Defendan-Defendan;
4
Pindaan tersebut menimbulkan versi fakta yang sememangnya tidak masuk akal(inherently implausible), bercanggah (self-contradictory) dan tidak wajar dibenarkan oleh Mahkamah yang mulia ini. Kertas-kertas kausa yang dirujuk:
1
Writ Saman – Kandungan 1 2. Pernyataan Tuntutan-Kandungan 2 3.
4
Pernyataan tuntutan terpinda - Kandungan 8
5
Notis permohonan - Kandungan 9
6
Afidavit sokongan - Kandungan 10
7
Afidavit Plaintif - Kandungan 11
8
Hujahan bertulis Defendan - Kandungan 12
9
9.
10
Hujahan bertulis Plaintif - Kandungan 14 Hujahan balas Plaintif – Kandungan 16 S/N k3lqa0//cUeyCoh9CFPjyQ 4 | P a g e Ringkasan latarbelakang kes Tuntutan pihak responden Plaintif di dalam tindakan ini adalah untuk ganti rugi khas,am dan teruk terhadap pihak perayu Defendan-Defendan atas satu kejadian yang diplidkan oleh pihak responden Plaintif sebagai serangan dan serang sentuh pada 24 Oktober 2023 pukul 9 pagi oleh pihak perayu Defendan 1 terhadap pihak responden Plaintif. Pada 5 September 2024,pihak responden Plaintif telah memfailkan pernyataan tuntutan terpindanya menurut Aturan 20 Kaedah 3 (1) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 seperti berikut : Perengggan 4 Pernyataan Tuntutan Responden Plaintif yang dipinda Pada atau kira-kira pukul 7.30 pagi, pada 24.10.2023, Chong memandu ke Kawasan Perindustrian Kanthan ("Tanah" tersebut) Kanthan, Chemor, Perak. Ini bagi membantu petani-petani dari pengusiran petani dari Tanah tersebut oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Perak.Chong telah dijemput ke Kawasan tersebut oleh seorang petani yang mengerjakan tanah tersebut. (perkataan yang digelapkan adalah pindaan dan tambahan yang dibuat oleh pihak responden Plaintif) Perenggan 4 Pernyataan tuntutan responden Plaintif yang asal Pada atau kira-kira pukul 7.30 pagi, pada 24.10.2023, Chong memandu ke Kawasan Perindustrian Kanthan ("Tanah" tersebut) Kanthan, Chemor, Perak. Ini bagi membantah pengusiran petani dari Tanah tersebut oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Perak. S/N k3lqa0//cUeyCoh9CFPjyQ 5 | P a g e Manakala perenggan 8 pernyataan tuntutan responden Plaintif seperti berikut: Pada jam 9.00 pagi, 3 kenderaan Hilux tersebut memandu melepasi Chong yang menyebabkannya dan ahli-ahli PSM yang lain berdiri dihadapan kenderaan-kenderaan Hilux untuk menghalang mereka daripada memasuki Tanah tersebut. telah dipadamkan secara keseluruhannya oleh pihak responden Plaintif di dalam pernyataan tuntutan terpindanya. Oleh itu pihak perayu Defendan-Defendan telah memfailkan permohonan ini bagi membantah pindaan yang telah dibuat oleh pihak responden Plaintif ini dengan alasan ianya adalah tidak dibuat secara bona fide serta memprejudiskan pihak perayu Defendan-Defendan kerana pindaan tersebut dibuat oleh pihak responden Plaintif setelah menerima penyata pembelaan dari mereka. Dapatan Mahkamah Setelah meneliti kertas-kertas kausa serta hujahan kedua-dua pihak ,Mahkamah memutuskan permohonan pihak perayu Defendan-Defendan sepertimana Kandungan 9 ditolak. S/N k3lqa0//cUeyCoh9CFPjyQ 6 | P a g e
1
Pindaan yang dibuat oleh pihak responden Plaintif ke atas pernyataan tuntutannya menurut Aturan 20 Kaedah 3(1) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 adalah teratur .
3
Pindaan pliding tanpa kebenaran (A.20,k.3)
1
Suatu pihak boleh ,tanpa kebenaran Mahkamah, meminda mana-mana plidingnya sekali pada bila-bila masa sebelum pliding itu disifatkan tertutup dan,jika dia berbuat sedemikian dia hendaklah menyampaikan pliding terpinda itu kepada pihak lawan
2
Jika suatu pernyataan tuntutan terpinda disampaikan kepada defendan-
a
defendan itu sekiranya dia telah menyampaikan pembelaan kepada plaintif,boleh meminda pembelaannya ; dan
b
tempoh untuk penyampaian pembelaannya atau pembelaan terpindanya,mengikut mana-mana yang berkenaan,hendaklah samada tempoh yang ditetapkan oleh atau di bawah Kaedah-kaedah ini bagi penyampaian pembelaanya,atau suatu tempoh empat belas hari selepas pernyataan tuntutan terpinda itu disampaikan kepadanya,mengikut mana-mana yang terkemudian. S/N k3lqa0//cUeyCoh9CFPjyQ 7 | P a g e Berdasarkan kronologi kes dalam tindakan ini adalah jelas menunjukkan bahawa pindaan ke atas pernyataan tuntutan oleh pihak responden Plaintif adalah dibuat sebelum pliding adalah tertutup. Selanjutnya pihak responden Plaintif juga telah menyampaikan pernyataan tuntutan terpinda tersebut kepada pihak perayu Defendan-Defendan sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Aturan 20 Kaedah 3(1) Kaedah-Kaeadah Mahkamah 2012. Justeru pihak responden Plaintif telah pun mematuhi peruntukan Aturan 20 Kaedah 3(1) tersebut bagi membuat pindaan terhadap pernyataan tuntutannya .
2
Mahkamah juga berpendapat bahawa tidak timbul isu permohonan pihak responen Plaintif ini adalah tidak bonafide memandangkan pindaan yang dibuat tidak mengubah bentuk atau sifat tindakan mereka terhadap pihak perayu Defendan-Defendan. Selanjutnya pihak perayu Defendan-Defendan juga tidak diprejudiskan dengan pindaan ini memandangkan mereka masih berpeluang untuk membuat pindaan terhadap pembelaan mereka bagi menjawab kepada pindaan yang telah dibuat oleh pihak responden Plaintif terhadap pernyataan tuntutannya. Ini adalah sebagaimana diperuntukkan dalam Aturan 20 Kaedah 3(2) (a) dan (b) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. Di peringkat ini Mahkamah juga merujuk kepada kes Yamaha Motors Co Ltd v Yamaha Malaysia Sdn Bhd S/N k3lqa0//cUeyCoh9CFPjyQ 8 | P a g e & Ors [1983] CLJ Rep 428 berkaitan prinsip-prinsip asas bagi membenarkan sesuatu pindaan yang dibuat iaitu: (dengan izin ) “..The general principle is that the Court will allowed such amendments as will cause no justice to the other parties.Three basic question should be considered to would or would not result,
1
Whether the application is bona fide
2
Whether prejudice caused to the other side can be compensanted by costs and
3
Whether the amendments would not in effect turns the suit from character into a suit of another and inconsistence character If the answers are in the affirmative,an application for amendments should be allowed at any stage of the proceedings particurlaly before trial even if the effect of the amendments would be to add or substitute a new cause of action ,provided the new cause of action arises out of the same facts or substantially the same facts as a cause of action in respect of which relief already has been claimed in the original statement of claim..” Mengguna pakai prinsip-prinsip di dalam tindakan ini, Mahkamah berpendapat permohonan pindaan yang dibuat oleh pihak responden Plaintif adalah bona fide dan tidak mengubah sifat tindakannya. Selanjutnya pindaan yang dibuat oleh pihak responden Plaintif juga tidak memprejudiskan pihak perayu Defendan-Defendan.Jika pun terdapat prejudis sepertimana yang S/N k3lqa0//cUeyCoh9CFPjyQ 9 | P a g e dihujahkan oleh pihak perayu Defendan-Defendan ,ianya masih boleh disangkal oleh pihak perayu Defendan-Defendan dengan memfailkan pembelaan terpinda mereka sebaik sahaja menerima pernyataan tuntutan terpinda daripada pihak responden Plaintif ,sepertimana di peruntukkan di bawah Aturan 20 Kaedah 3(2) (a) dan (b) Kaedah-kaedah Mahkamah 2012.
3
Selanjutnya Mahkamah juga berpendapat tidak timbul isu ketidakadilan ataupun prejudis terhadap pihak perayu Defendan-Defendan di peringkat ini memandangkan pihak responden Plaintif atau saksi-saksinya masih boleh diperiksa balas oleh pihak perayu Defendan-Defendan diperingkat perbicaraan kelak. Penutup Berdasarkan alasan-alasan di atas, Mahkamah telah menolak permohonan pihak perayu Defendan-Defendan sebagaimana Kandungan 9 dengan kos RM2000 kepada pihak responden Plaintif. Bertarikh : 24hb April 2025 (Norashima binti Khalid) Hakim Mahkamah Sesyen Sivil 2 Ipoh. Perak Darul Ridzuan. S/N k3lqa0//cUeyCoh9CFPjyQ
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.