Namun demikian penelitian kepada Borang 5DK Geran Mukim Hakmilik GM 1398 yang didaftarkan pada 01 Februari 1996 menyatakan bahawa pemilik adalah Chang Seng. Ini setakat 06 April 2007. [10] Mahkamah ini mendapati perintah bahawa Chong Keow iaitu pihak yang dilantik sebagai perwakilan kuasa itu telah meninggal dunia pada 29 Disember 1983 di mana Chong Yoon Choy telah memohon sebagai pentadbir harta pesaka kedua pada 20 Februari 2008 di dalam senarai harta tak alih GM 1398, Lot No. 12082, Mukim Gali, Raub, Pahang tersebut. Wong Fong Thay (f) pula meninggal dunia pada 12 November 1995. [11] Cukai tanah GM 1398, Lot No. 12082, Mukim Gali, Raub, Pahang pada tahun 2005 hingga 2008 yang dikemukakan bersama-sama dokumen dalam kes ini tercatat nama Chang Seng. Analisa [12] Penelitian kepada kes ini menunjukkan bahawa terdapat perjanjian melalui Letter of Undertaking di antara mendiang Chang Seng, Chong Keow dan Wong Fong Thay (f). Ekoran daripada Letter S/N 4/0eq6fe30edYN2JD1Vyew of Undertaking itu telah disediakan surat perwakilan yang melibatkan pihak-pihak yang sama. Saksi-saksi yang memberikan keterangan dalam perbicaraan ini adalah waris kedua-dua pihak yang tidak dapat mengesahkan apakah yang berlaku berkenaan perjanjian antara Chang Seng, Chong Keow dan Wong Fong Thay (f). Apa yang ada ialah terdapat wasiat daripada Chang Seng yang tidak menyenaraikan harta tanah A.A 459/59 dalam wasiat tersebut. Mahkamah dalam petisyen untuk probet 38/1973 bagi hartanah A.A 549/59 tidak disenaraikan dalam senarai harta. Ia hanya muncul pada pindaan petisyen probet tersebut pada 13 Julai 2010. [13] Mahkamah ini mendapati wasiat tersebut dibuat pada 07 Disember 1967 iaitu selepas Letter of Undertaking pada 25 Jun 1960. Adakah menjadi prinsip undang-undang yang termaklum wasiat adalah merupakan tindakan seorang yang menyatakan hasrat untuk pegangan harta-hartanya selepas dia meninggal dunia. Ketiadaan harta yang tidak disenaraikan dalam wasiat tersebut, pada hemat mahkamah ini menunjukkan bahawa pada masa yang matan Chang Seng sedar bahawa harta-harta yang boleh diwasiatkan kepada warisnya adalah seperti yang dinyatakan dalam wasiat iaitu tidak termasuk hartanah A.A 549/59 tersebut. Ini disahkan dengan tindakan waris yang memfailkan petisyen probet dengan tidak menyenaraikan harta tersebut. Penelitian kepada affidavit sokongan Chang Ah Hoi bagi menyokong permohonan pindaan petisyen probet di para [6] dinyatakan seperti berikut: S/N 4/0eq6fe30edYN2JD1Vyew Seterusnya pada 22hb Mei 1974, geran Probate No: 38 Tahun 1973 telah dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Raub yang telah melantik saya sebagai Pentadbir Harta Pusaka Simati Chang Seng. Geran Probate bertarikh 22hb Mei 1974 tersebut dilampirkan di sini dan ditandakan sebagai Eksibit “B”. Walau bagaimanapun, sekitar awal 1996, saya telah mendapat tahu bahawa mendiang bapa saya Chang Seng masih mempunyai sebuah tanah yang terletak di bawah pegangan hakmilik GM 2398, Lot No. 12082, Mukim Gali, Raub, Negeri Pahang Darul Makmur, yang mana hartanah tersebut telah tercicir dari senarai harta di dalam Wasiat mendiang bapa saya bertarikh 7hb Disember 1967 dan juga seterusnya di dalam Petisyen untuk Probate No. 38/1973. [14] Persoalannya ialah bagaimana maklumat itu diperolehi tidak dinyatakan di dalam affidavit tersebut atau keterangan saksi-saksi dalam kes in. SD1 hanya mengetahui berkenaan tanah itu daripada mendiang bapanya. [15] Apa yang jelas daripada keterangan dan dokumen yang ada pada masa yang matan Chang Seng telah menjual tanah tersebut kepada Chong Keow dan Wong Fong Thay (f). Ini disokong dengan surat kuasa wakil. Mahkamah ini merujuk kepada seksyen 85 Akta Keterangan 1950 yang memberikan anggapan berkenaan dengan sesuatu surat kuasa wakil seperti berikut: S/N 4/0eq6fe30edYN2JD1Vyew “85 Presumption as to powers of attorney The court shall presume that every document purporting to be a power of attorney, and to have been executed before and authenticated by a Notary Public or Commissioner for Oaths, or any court, Judge, Magistrate, or consular officer of Malaysia was so executed and authenticated.” [16] Mahkamah juga merujuk pemakaian seksyen 85 Akta Keterangan 1950 ini dalam kes NKR Arunasalam Chettiar a/l Karuppan Chettiar v Goh Yew Jing & Ors 1999 6 MLJ 202 seperti berikut: “Therefore in the circumstances of this case the court shall presume that the said PA executed before the Notary Public in India was so executed and authenticated. In the absence of any cogent evidence produced by the plaintiff to challenge the validity of the said PA other than a mere denial of the fact that he executed the said PA, I am of the view that the plaintiff has failed to rebut the said presumption under the provision of the said s 85 of the Evidence Act 1950.” [17] Kesan Power of Attorney telah dinyatakan oleh Thomas CJ dalam kes Idris Bin Haji Mohamed Amin V Ng Ah Siew [1935] 1 MLJ 257 seperti berikut: “It is true, of course, that some of the rights conferred do not necessarily, if taken by themselves, create an interest in land, but S/N 4/0eq6fe30edYN2JD1Vyew in my opinion, in a case of this kind one must look at the transaction as a whole. And when one considers the Power of Attorney and Agreement in conjunction with the Charges, it seems clear that the intention of the parties was that the appellant should transfer to the respondent everything but the actual ownership of the lands in question.” [18] Ia juga telah dinyatakan dalam kes Wee Tiang Peck v Teoh Poh Tin [1995] 1 MLJ 446. [19] Mahkamah ini mendapati bahawa dengan Letter of Undertaking dan Power of Attorney yang dikemukakan kepada mahkamah tanpa sebarang keterangan saksi-saksi yang dapat menunjukkan bahawa terdapatnya pemalsuan tandatangan di dalam surat kuasa wakil tersebut ia membawa kesan Chang Seng telah menjual tanah tersebut kepada Chong Keow dan Wong Fong Thay (f). [20] Ini ditambah pula dengan keterangan bahawa harta tersebut tidak dimasukkan di dalam wasiat akhir Chang Seng. Ia lebih ketara lagi apabila permohonan dibuat untuk memasukkan harta tersebut di dalam pindaan perintah probet pada tahun 2010 iaitu lebih kurang 50 tahun selepas perjanjian tersebut. [21] Walau bagaimanapun mahkamah perlu juga mengambil perhatian bahawa nama Chang Seng masih terdapat di dalam hakmilik hartanah tersebut dan perintah pada tahun 2010 itu adalah untuk membolehkan nama pemegang pentadbir harta pesaka dimasukkan S/N 4/0eq6fe30edYN2JD1Vyew dalam hakmilik tersebut. Namun mahkamah berpendapat pada hakikatnya harta tersebut bukan lagi merupakan harta Chang Seng dan ia telah menjadi milik Chong Keow dan Wong Fong Thay (f) berdasarkan kepada Letter of Undertaking dan Power of Attorney yang dinyatakan di atas. Ini ditambah pula dengan harta tersebut terdapat dalam permohonan harta pesaka kecil Chong Keow dan Wong Fong Thay (f). [22] Namun demikian mahkamah mendapati keterangan yang dikemukakan oleh Plaintif tidak dapat menunjukkan bahawa pihak Defendan telah secara frod memindahkan hartanah tersebut kepada mereka. Ia tidak dapat dinafikan permohonan untuk pindaan senarai harta probet itu dibuat di mahkamah dan mahkamah telah menggunakan budi bicara untuk membuat pindaan tersebut yang pada mahkamah ini adalah tidak teratur berdasarkan kepada fakta dan keterangan yang ada di hadapan mahkamah yang tidak dapat ditunjukkan di hadapan Penolong Kanan Pendaftar ketika itu sehingga menyebabkan mahkamah melalui Penolong Kanan Pendaftar membenarkan permohonan meminda senarai aset tersebut di dalam geran probet. [23] Mahkamah berpendapat ujian di dalam kes Sinnaiyah & Sons Sdn Bhd v Damai Setia Sdn Bhd [2015] 5 MLJ 1 seperti berikut: “Accordingly as stated earlier we agree with the reasons given by learned counsel for both parties that the present standard of proof for fraud in a civil claim in this country is not in line with the S/N 4/0eq6fe30edYN2JD1Vyew principle as applied in other common law jurisdictions and should therefore be reviewed (see: Chua Kwee Chen v Koh Choon Chin [2006] 3 SLR 469 which discusses the thorny issues related to the application of the criminal standard in a civil claim involving the allegation of fraud). Indeed it is quite obvious in Narayanan that Lord Akin did not provide any cogent reason for applying the criminal standard of proof in a civil claim when fraud is alleged. Similarly in Saminathan the principle in Narayanan was applied without any discussion on its rationale. We therefore reiterate that we agree and accept the rationale in In re B (Children) that in a civil claim even when fraud is alleged the civil standard of proof, that is, on the balance of probabilities, should apply. And perhaps it is not out of place here to restate the general rule at common law that, ‘in the absence of a statutory provision to the contrary, proof in civil proceedings of facts amounting to the commission of a crime need only be on a balance of probabilities’ (see Boonsom Boonyanit v Adorna Properties Sdn Bhd [1997] 2 MLJ 62, at p 74). Accordingly, despite the reaffirmation of the law on the issue in Yong Tim v Hoo Kok Cheong we hold that it is no longer the law in this country. Similarly, the principles as pronounced in Ang Hiok Seng and Lee You Sin v Chong Ngo Khoon despite applying the civil standard to a certain extent are also no longer the law. Hence, the disapproval of Lau Kee Ko in Ang Hiok Seng is no longer relevant. S/N 4/0eq6fe30edYN2JD1Vyew However, we should make it clear that this judgment only applies to this appeal and to future cases and should not be utilised to set aside or review past decisions involving fraud in civil claims.” [24] Persoalannya ialah adakah tindakan untuk memasukkan aset di dalam pindaan geran probet itu adalah satu tindakan yang boleh dibuktikan oleh Plaintif bahawa ia adalah satu frod. Dalam hal ini mahkamah perlu meneliti keterangan bahawa permohonan tersebut dibuat setelah lebih kurang 36 tahun daripada tarikh geran probet asal diperolehi. [25] Pada masa yang sama mahkamah juga merujuk kepada A. 71 k 36 Kaedah-kaedah Mahkamah (KKM) 2012 yang memperuntukkan bahawa Pendaftar boleh membuat pindaan atau membatalkan mana-mana geran probet setelah berpuas hati bahawa perlu ada pindaan atau pembatalan. Ia dinyatakan seperti berikut: