Akta Bekalan Elektrik 1990 atas alasan bahawa Defendan ialah pengguna berdaftar dan bertanggungjawab membayar walaupun tidak menyedari berlaku pengusikan kerana tanggungjawab itu kekal sepanjang tempoh perjanjian dan tidak boleh dipindahkan kepada pihak ketiga. [7] Walaubagaimanapun, Defendan menafikan dengan menyatakan bahawa identitinya telah disalahgunakan sebagai seorang pengguna berdaftar. Defendan bukan pihak yang membuat pendaftaran dengan Plaintif dan pendaftaran bekalan elektrik bagi Premis tersebut telah dipalsukan oleh pihak ketiga. [8] Oleh itu, Defendan memfailkan permohonan di Lampiran 15 bahawa keterangan-keterangan baharu yang dilampirkan dalam Afidavit S/N eZLCxvlgv0GtPqpdefDhbQ Sokongan Defendan diterima dan dibaca bagi tujuan rayuan di Mahkamah ini. Hujahan Pihak-Pihak Hujahan Defendan [9] Defendan telah merujuk kepada keterangan baharu iaitu Laporan Kimia oleh Jabatan Kimia Malaysia (JKM) yang ditandakan sebagai Ekshibit “CSF-1” iaitu – Spesimen “Q” a. Salinan “Borang Pembukaan Akaun” bagi Premis tersebut bertarikh 1.3.2019 ditandakan sebagai “Q1” mengandungi satu contoh tandatangan Defendan yang ditandakan setiap satu sebagai “Q1A”; b. Salinan “Tenancy Agreement” bagi Premis tersebut bertarikh 1.3.2019 ditandakan sebagai “Q2” mengandungi satu contoh tandatangan Defendan yang ditandakan setiap satu sebagai “Q2A”; c. Salinan “Borang Pembukaan Akaun” bagi Premis tersebut bertarikh 1.3.2019 ditandakan sebagai “Q3” mengandungi satu contoh tandatangan Defendan yang ditandakan setiap satu sebagai “Q3A”; dan d. Salinan “Tenancy Agreement” bagi Premis tersebut bertarikh 1.3.2019 ditandakan sebagai “Q4” mengandungi satu contoh tandatangan Defendan yang ditandakan setiap satu sebagai “Q4A”. S/N eZLCxvlgv0GtPqpdefDhbQ Spesimen “SA” a. Empat helai kertas (requested specimen) ditandakan sebagai “SA1” setiap satu bertarikh 30.12.2024. Setiap helai mengandungi 5 contoh tandatangan Defendan yang kesemuanya ditandakan sebagai “SA”; dan b. Empat helai kertas (requested specimen) ditandakan sebagai “SA2” setiap satu bertarikh 30.12.2024. Setiap helai mengandungi 5 contoh tandatangan Defendan yang kesemuanya ditandakan sebagai “SA”. Spesimen “S” a. Satu salinan asal “Appointment Letter” yang telah ditandatangani pada 07.01.2010 ditandakan sebagai “S1” mengandungi satu contoh tandatangan bagi Defendan yang ditandakan setiap satu sebagai “SA”; b. Satu salinan asal “Pay Slip” bagi bulan Mei 2016 yang telah ditandatangan, ditandakan sebagai “S2” mengandungi satu contoh tandatangan bagi Defendan yang ditandakan setiap satu sebagai “SA”; c. Satu salinan asal “Pay Slip” bagi bulan Julai 2017 yang telah ditandatangan, ditandakan sebagai “S3” mengandungi satu contoh tandatangan bagi Defendan yang ditandakan setiap satu sebagai “SA”; d. Satu salinan asal “Confirmation of Appointmnet” yang telah ditandatangan pada tarikh 26.09.2011 ditandakan sebagai S/N eZLCxvlgv0GtPqpdefDhbQ “S4” mengandungi satu contoh tandatangan bagi Defendan yang ditandakan setiap satu sebagai “SA”; e. Salinan Repot Polis asal ditandakan sebagai “S5” dan bertarikh 01.07.2022 mengandungi satu contoh tandatangan bagi Defendan yang ditandakan setiap satu sebagai “SA”; f. Salinan Repot Polis asal ditandakan sebagai “S6” dan bertarikh 24.03.2009 mengandungi satu contoh tandatangan bagi Defendan yang ditandakan setiap satu sebagai “SA”; Salinan asal dilampirkan bersama dan; g. Satu salinan “Appointment Letter” yang telah ditandatangani pada 14.05.2011 ditandakan sebagai “S7” mengandungi satu contoh tandatangan bagi Defendan yang ditandakan setiap satu sebagai “SA”; Salinan asal dilampirkan bersama. [10] Selain itu, Defendan memohon kepada Mahkamah ini untuk menerima dan merujuk kepada Ekshibit “CSF-2” iaitu Surat daripada peguamcara Defendan (Tetuan Y S Ling & Co.) bertarikh 24.4.2025 kepada peguamcara Plaintif (Tetuan Edorra Arfah Khandhar) yang memohon dokumen-dokumen yang lebih jelas, Surat Balasan Peguamcara Plaintif bertarikh 8.4.2025 kepada peguamcara Defendan yang menyatakan bahawa permohonan untuk mengakses dokumen tersebut tidak dibenarkan dan e-mel bertarikh 6.5.2025 daripada pegawai JKM menyatakan masih dalam proses analisis dan penyediaan laporan kimia. [11] Bagi menyokong permohonan ini, Defendan berhujah bahawa Laporan Kimia mempunyai pengaruh terhadap keputusan Mahkamah Majistret kerana ia juga akan menyokong pembelaan Defendan. S/N eZLCxvlgv0GtPqpdefDhbQ Keputusan Majistret sebelum ini yang menolak permohonan Defendan untuk mendapatkan Laporan Kimia sebelum perbicaraan telah memprejudiskan kes Defendan untuk membuktikan elemen pemalsuan dalam tandatangan. [12] Tambahan pula, Defendan menyatakan bahawa tidak mempunyai pengetahuan berkenaan kewujudan dokumen asal ketika perbicaraan di Mahkamah Majistret. Defendan terpaksa mendapatkan Laporan Kimia daripada JKM kerana tiada kerjasama daripada Plaintif untuk membekalkan dokumen asal bagi perbandingan tandatangan di JKM. Defendan juga tidak dapat membuat permohonan penzahiran dokumen di bawah Aturan 24 KKM 2012 pada tahap rayuan ini. Oleh itu, dalam apa jua keadaan, permohonan Defendan untuk mengemukakan keterangan baharu ini tidak akan memprejudiskan Plaintif. [13] Perbicaraan kes ini di Mahkamah Magistret telah dijalankan pada 19.11.2024 – 20.11.2024 di mana keputusan telah diberikan pada 23.01.2025 dan tuntutan Plaintif telah dibenarkan (Keputusan tersebut). [14] Pada 20.05.2025, pihak Defendan telah menerima kembali Laporan Kimia bertarikh 20.05.2025 mengenai pemeriksaan pemalsuan tandatangan (Laporan Kimia). Selepas mendapatkan Laporan, Defendan meneruskan untuk memfailkan permohonan ini di Mahkamah ini. Hujahan Plaintif [15] Plaintif membantah permohonan ini dengan berhujah bahawa permohonan ini sepatutnya dibuat oleh Defendan lebih awal iaitu pada tahun 2023 ketika Defendan melantik peguamcara untuk mewakilinya. S/N eZLCxvlgv0GtPqpdefDhbQ Kegagalan untuk berbuat demikian menunjukkan bahawa permohonan kini bersifat tindakan susulan yang tidak wajar “afterthought”. [16] Defendan konsisten dengan pembelaan bahawa tandatangannya telah dipalsukan. Walaubagaimanpun, Defendan tidak pernah pada bila-bila masa memfailkan sebarang permohonan atau membuat permintaan ketika perbicaraan di Mahkamah Majistret untuk mendapatkan dokumen asal bagi tujuan perbandingan tandatangan atau untuk dihantar ke Jabatan Kimia. [17] Defendan hanya memohon kepada Mahkamah Magistret untuk menangguhkan perbicaraan kira-kira dua (2) minggu sebelum perbicaraan atas alasan ingin mendapatkan Laporan Kimia bagi membezakan tandatangan-tandatangan dalam dokumen tersebut. Permohonan ini dibuat lebih kurang empat belas (14) bulan selepas memfailkan permohonan mengenepikan Penghakiman Ingkar pada 22.01.2025. Oleh kerana permohonan ini dibuat pada saat-saat akhir dan bukannya di peringkat awal prosiding, adalah wajar bagi Majistret menolak permohonan tersebut. [18] Oleh itu, Defendan gagal membuktikan elemen di bawah Aturan 55 Kaedah 7 KKM 2012 bahawa dokumen atau keterangan yang ingin dikemukakan itu tidak boleh diperoleh semasa perbicaraan di Mahkamah Majistret, walaupun dengan usaha yang munasabah. [19] Selain itu, Laporan daripada Encik Teo Chee Hau, selaku Pemeriksa Dokumen JKM telah mengesahkan bahawa beliau tidak dapat membuat perbandingan atau pengesahan terhadap tandatangan Perayu. Ini S/N eZLCxvlgv0GtPqpdefDhbQ menunjukkan bahawa laporan tersebut tidak membawa sebarang pengaruh penting terhadap keputusan kes. ANALISA DAN DAPATAN [20] Permohonan untuk keterangan baharu ini dibawa menurut Aturan 55 Kaedah 7 KKM 2012. Mahkamah ini setelah meneliti dokumen berkaitan dan hujahan Defendan, bersetuju bahawa demi keadilan, maka dokumen-dokumen yang dikemukakan Defendan boleh diterima sebagai keterangan baharu. Ianya tidak memprejudiskan Plaintif kerana rayuan di Mahkamah ini tetap diteruskan tanpa penangguhan dan telah dilupuskan tanpa lengah. [21] Prinsip untuk mengemukakan keterangan baharu boleh dirujuk dalam kes Mahkamah Rayuan Datuk Seri Panglima Mohd Sari bin Datuk Hj Nuar v. Vee Seng Development Sdn Bhd & Ors [2009] 6 MLJ 643; [2009] 6 CLJ 102 yang telah merujuk kepada prinsip yang ditetapkan dalam Ladd v Marshall (1954) 3 All ER 745 iaitu- “[16] The jurisdiction to admit fresh evidence begins with the case of Ladd v Marshall [1954] 3 All ER 745, a decision of the English Court of Appeal with a coram of Denning, Hodson and Parker LJJ. All the three Lord Justices wrote separate judgments. Of importance would be the judgment of Denning LJ. There Denning LJ laid down the principles for the reception of fresh evidence at p 748 in this way: In order to justify the reception of fresh evidence or a new trial, three conditions must be fulfilled: first, it must be shown that the evidence could not have been obtained with reasonable diligence for use at the trial: second, the evidence must be such that, if given, it would probably have an important influence on the result of the case, although it need not be decisive: third, the evidence must S/N eZLCxvlgv0GtPqpdefDhbQ be such as is presumably to be believed, or in other words, it must be apparently credible, although it need not be incontrovertible. [17] And according to three Malaysian Court of Appeal cases, the conditions stipulated in Ladd v Marshall are to be read cumulatively and not disjunctively.”. [22] Seterusnya Datuk Seri Panglima Mohd Sari (supra) telah memutuskan- “Restriction on fresh evidence (O. 55, r. 7) At the hearing of any appeal, fresh evidence shall not be admitted unless the Judge is satisfied that— a) at the hearing in the Subordinate Court, the new evidence was not available to the party seeking to use it or that reasonable diligence would not have made it so available; and b) the fresh evidence, if true, would have had or would have been likely to have a determining influence upon the decision of the Subordinate Court.” [23] Selanjutnya Mahkamah Rayuan dalam kes Dato' Ahmad Johari bin Tun Abdul Razak v. A Santamil Selvi a/p Alau Malay @ Anna Malay & Ors and another appeal [2020] 7 CLJ 588; [2020] 4 MLRA 565; [2020] 6 MLJ 133, memutuskan- “[18] Thus, it is trite that in order for the plaintiffs to succeed in their notices of motion, the plaintiffs must satisfy the following three pre-conditions as laid down in Ladd v. Marshall (supra) before this fresh/new evidence can be admitted at the hearing of the appeals proper. The plaintiffs must show as follows: