Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR RAYUAN JENAYAH NO: WA-42K-9-07/2024 ANTARA CHOW SIAN POH …PERAYU LAWAN PENDAKWA RAYA …RESPONDEN ALASAN PENGHAKIMAN A. Latar belakang
WA-42K-9-07/2024
High Court of Malaysia9 Apr 2026
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR RAYUAN JENAYAH NO: WA-42K-9-07/2024 ANTARA CHOW SIAN POH …PERAYU LAWAN PENDAKWA RAYA …RESPONDEN ALASAN PENGHAKIMAN A. Latar belakang
1
Ini adalah rayuan Tertuduh terhadap sabitan dan hukuman penjara 4 tahun atas kesalahan di bawah seksyen 137(1) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (“Akta”) yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen. Mahkamah ini turut mengesahkan sabitan dan hukuman yang diputuskan tersebut.
2
Pertuduhan terhadap Perayu adalah seperti berikut: S/N rmCfjiq5UE2G/wPhljwnsQ “Bahawa kamu, Chow Sian Poh (No K/P: 590716-07-5511) di antara bulan 18/07/2014 hingga 31/07/2014 di Maybank cawangan Bandar Sri Permaisuri, dalam daerah Cheras, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, kamu telah menerima deposit daripada Siaw Hum Kiow (No K/P: 610817-06-5377) berjumlah RM130,350.07 tanpa suatu lesen yang sah yang diberikan di bawah seksyen 10 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (Akta 758) dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 137(1) Akta yang sama dan boleh dihukum di bawah seksyen 137(2) Akta yang sama.” B. Dapatan Hakim Bicara dan Mahkamah ini
3
Hakim Bicara telah membuat dapatan bersabit perkara utama pembuktian seperti berikut: a. Pelaburan yang dibuat oleh SP4 (mangsa) kepada tertuduh adalah satu bentuk deposit; b. Ini berdasarkan dokumen eksibit P4 yang mengandungi terma dan syarat terhadap SP4 berhubung penyerahan wang yang diputuskan Mahkamah sebagai deposit; c. Pemberian “share certificate” kepada mangsa oleh syarikat “The Fragrant Prosperity Limited (FPL) menunjukkan terdapat suatu perjanjian pelaburan, dengan tertuduh Perayu bertindak sebagai ejen kepada FPL; d. Perayu adalah ejen kepada FPL tanpa mengambil kira jikapun tertuduh turut menjadi mangsa pelaburan. S/N rmCfjiq5UE2G/wPhljwnsQ C. Pelaburan oleh SP4 adalah suatu deposit
4
Seksyen 137 Akta memperuntukkan: Section 137. Restriction on accepting deposits
1
No person shall accept deposits except under a licence granted under section 10 regardless of whether the transaction is described as a loan, an advance, an investment, a savings, a sale or a sale and repurchase or by whatever name called.
2
Any person who contravenes subsection (1) commits an offence and shall, on conviction, be liable to imprisonment for a term not exceeding ten years or to a fine not exceeding fifty million ringgit or to both.
5
Seksyen 136 Akta pula mendefinisikan “deposit” sebagai: Section 136. Deposit For the purposes of sections 137 and 138, “deposit” means a sum of money or any precious metal or precious stone, or any article or thing as may be prescribed by the Minister, on the recommendation of the Bank, accepted, paid or delivered on terms under which it will be repaid or returned in full, regardless whether the repayment or return is by way of instalments, with or without interest or any other consideration in money or money’s worth, either on demand or at a time or in circumstances agreed by or on behalf of the person making the payment or delivery and the person accepting it, but excludes money paid bona fide—
a
by way of an advance or a part payment under a contract for the sale, hire or other provision of property or services, and is repayable only in the event that the property or services are not in fact sold, hired or otherwise provided; S/N rmCfjiq5UE2G/wPhljwnsQ
b
by way of security for the performance of a contract or by way of security in respect of any loss which may result from the non-performance of a contract;
c
without limiting paragraph (b), by way of security for the delivery up or return of any property, whether in a particular state of repair or otherwise; and
d
in such other circumstances, or to or by such other person, as set out in
Schedule
Schedule 2. 6. Hakim Bicara membuat dapatan berdasarkan keterangan saksi pendakwaan melalui SP1 daripada Bank Negara. SP1 menunjukkan syarikat-syarikat Fragrant Prosperity PLC, Fragrant Prosperity London dan The Fragrant Prosperity tidak mempunyai lesen atau tidak pernah berdaftar dengan Bank Negara, untuk menawarkan pelaburan atau mengambil deposit daripada orang ramai. Tertuduh juga tidak mempunyai lesen untuk menerima deposit. 7. Keterangan SP2 dan SP3 pegawai Maybank menunjukkan kemasukan wang bagi tempoh 1.4.2014 hingga 31.10.2014 dari akaun mangsa SP4 ke akaun Tertuduh. Terdapat kemasukan sejumlah RM38, 570.00 dari akaun mangsa SP4 ke akaun Tertuduh dan kemudian dipindahkan ke akaun Chow Guai Sim pada 23.6.2014 (penama ini seorang wanita berdasarkan no kad pengenalannya) yang merupakan kakak tertuduh. Resit penyata Bank juga menunjukkan terdapat pengeluaran dibuat daripada akaun ini pada hari yang sama untuk RM37,352. S/N rmCfjiq5UE2G/wPhljwnsQ 8. Mahkamah ini bersetuju kemasukan wang oleh SP4 Siaw Hum Kiow ini akibat daripada tarikan SP4 terhadap penyataan untuk melabur yang dibuat oleh tertuduh kepada SP4, dengan bersandarkan dokumen P4. SP4 dan tertuduh merupakan kenalan lama. P4 yang sebahagian penyataannya dalam Bahasa Cina dan turut mengandungi catatan dalam Bahasa Inggeris, (lihat: lampiran 9 Rekod Rayuan Jilid 3 muka surat 37 pdf. atau muka surat 35 Rekod Rayuan). 9. Isu P4 tidak diterjemahkan ke Bahasa Malaysia tidak menghalang kedua-dua pihak SP4 untuk memberi keterangan megenai apakah dokumen ini. Malahan, Mahkamah telah melihat nota keterangan dan mendapati Tertuduh tidak menghadapi apa-apa kesukaran untuk menyoal-balas SP4 kerana dokumen ‘sales kit’ ini berasal daripada Tertuduh sendiri dan ditunjukkan Tertuduh kepada SP4. 10. Soal balas Tertuduh bersabit P4 tidak menafikan versi yang diberikan oleh SP4 sebagaimana ia (P4) diperkenalkan kepada SP4. Oleh itu, tiada apa-apa mudarat atau prejudis P4 tidak diterjemahkan ke Bahasa Malaysia. Ini juga mengambil kira P4 juga mengandungi catatan dalam versi Bahasa Inggeris dan jelas serta tidak rumit untuk difahami. Tertuduh juga tidak menafikan P4 adalah dokumen yang dirujuk olehnya kepada SP4. S/N rmCfjiq5UE2G/wPhljwnsQ 11. Menurut SP4, tertuduh menunjukkan P4 sebagai ‘sales kit’ dengan kiraan pelaburan dalam ‘POUND’. Plan pelaburan saham yang diperkenalkan Tertuduh ialah pelaburan kasino yang menjanjikan pulangan pada pelaburan yang dibuat selepas 2 tahun. SP4 faham kandungan P4 dan tiada halangan menjelaskan maksud P4 semasa memberi keterangan. 12. SP4 menjelaskan P4 menetapkan pulangan berbeza mengikut fasa dan menurut P4, pulangan akan berkurang apabila fasa meningkat. Atas alasan ini, Tertuduh menggesa SP4 untuk segera melabur bagi mendapatkan pulangan. Kesemua ini adalah keterangan yang diberikan saksi-saksi pendakwaan. Hakim Bicara bersandarkan kepada keterangan ini untuk mencapai keputusan bahawa pelaburan oleh SP4 ialah satu deposit menurut seksyen 136 Akta. Mahkamah ini bersetuju dengan dapatan Hakim Bicara ini. D. Kegagalan memanggi Dato’ Seri Alex Teh 13. Menurut SP4, Tertuduh telah menerangkan lanjut berkenaan saham dan saham ini dikatakan oleh tertuduh sebagai telah disenaraikan dalam pasaran saham London. Tertuduh juga ada menyebut seorang Dato’ Seri Alex Teh seorang ahli perniagaan dan boleh membantu melabur untuk mendapat keuntungan yang tinggi. S/N rmCfjiq5UE2G/wPhljwnsQ 14. Pihak Tertuduh Perayu menghujahkan pihak pendakwaan sepatutnya memanggil Dato Seri Alex Teh untuk memberi keterangan. Mahkamah ini bersetuju dengan dapatan Hakim Bicara bahawa tanpa keterangan Dato’ Seri Alex Teh, keterangan oleh SP4 sendiri memadai untuk Mahkamah ini membuat dapatan satu kes prima facie di akhir kes pendakwaan. 15. Ini adalah kerana pemeriksaan balas SP4 membawa kepada keterangan oleh SP4 bahawa Tertuduh yang menggambarkan dirinya sebagai agen kepada PLC. SP4 menyatakan tiada perjanjian yang dikemukakan oleh Tertuduh berkenaan kuasanya sebagai agen tetapi SP4 bergantung kepada sijil saham untuk mencerminkan keadaan ini. 16. Tertuduh juga turut melabur dan mendapat keuntungan. Ini membawa SP4 membuat bayaran untuk tujuan pelaburan ke akaun Tertuduh. Alasan ialah Tertuduh dapat membantu. Malahan Sijil saham “share certificate” juga diterima oleh SP4 daripada Tertuduh. Sijil ini dikatakan datang daripada Fragrant Prosperity PLC (lihat: eksibit P6 di RR Jilid 3). Namun keterangan pegawai penyiasat SP6, syarikat ini tidak wujud. S/N rmCfjiq5UE2G/wPhljwnsQ 17. Sijil saham ini juga dikeluarkan kepada Perayu (lihat: eksibit D9 RR Jilid 3) dan Perayu Tertuduh menggunakan D9 ini untuk menggambarkan Tertuduh turut menjadi mangsa kepada pelaburan yang rugi ini. Bagi SP4 pula, dia telah menerima insentif pulangan pada tahun pertama 2015 tetapi tiada pulangan sama sekali bagi tahun 2016. 18. Cubaan dibuat untuk berjumpa dengan Dato Seri Alex Teh tetapi Perayu menyatakan Dato Seri tidak dapat dihubungi. Perayu menggunakan bukti D9 untuk menunjukkan dia juga merupakan mangsa kepada pelaburan yang dijanjikan oleh Dato’ Seri Alex Teh. Meskipun pertemuan dengan Dato’ Seri Alex Teh ada dibuat sebelum berbangkit masalah pulangan, tiada pemeriksaan balas oleh Tertuduh untuk menafikan bersabit ketiadaan Dato’ Seri Alex Teh kemudian. 19. Malahan, pegawai penyiasat SP6 juga menyatakan Dato’ Seri gagal dikesan. Oleh itu, Mahkamah ini bersetuju dengan dapatan dan keputusan Hakim Bicara bahawa keterangan pihak Pendakwaan melalui saksi-saksi yang dipanggil adalah memadai meskipun tanpa keterangan Dato’ Seri Alex Teh. Inferen bertentangan seksyen 114(g) tidak berbangkit kerana penama ini tidak dapat dikesan. S/N rmCfjiq5UE2G/wPhljwnsQ 20. Malahan, keterangan SP6 menyatakan siasatan money trail tamat dengan Tertuduh. Tiada keterangan untuk tunjuk Tertuduh telah serahkan wang pelaburan kepada Dato’ Seri Alex Teh. Semakan dengan SSM eksibit P8 juga menunjukkan syarikat FCG dan FPL tidak berdaftar dengan SSM. 21. Hakim Bicara telah mencapai keputusan pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie dan memanggil tertuduh membela diri. Tertuduh di dalam keterangannya pula, bersersetuju menerima wang pelaburan daripada SP4 yang masuk ke akaun Tertuduh dan kakaknya. Tertuduh bersetuju dia tidak mempunyai lesen untuk menerima wang pelaburan (yang diputuskan Hakim Bicara sebagai “deposit”). 22. Dapatan Hakim Bicara memutuskan keterangan menunjukkan Tertuduh yang memperkenalkan skim pelaburan itu dari awal menurut P4 dengan pulangan bersama keuntungan yang akan diperolehi SP4 selepas 24 bulan dan ini memenuhi elemen seksyen 136 Akta. Keterangan juga menunjukkan Tertuduh tiada lessen dan entity yang dinamakan tidak berdaftar dengan SSM. Tiada apa-apa keraguan yang munsabah berjaya ditimbulkan oleh pihak pembelaan. S/N rmCfjiq5UE2G/wPhljwnsQ 23. Hakim Bicara dalam membuat analisa dan penemuan dapatan, telah merujuk kepada kes-kes yang telah diputuskan sebagai perbandingan dan garispanduan. Ini dapat dilihat di dalam penghakimannya apabila rujukan dibuat kepada kes Gemilang Mirza Sdn Bhd & Ors v PP (2013)9 CLJ 214, kes Nanthakumar n Pitchai Manickam v PP (2021) 10 CLJ 296. E. Hukuman jika terlalu berat ataupun munasabah 24. Mahkamah telah melihat peruntukan hukuman bagi kesalahan ini. Hukuman 4 tahun penjara bermula dari tarikh jatuh hukum 29.7.2024 yang dijatuhkan oleh Hakim Bicara adalah satu tempoh yang munasabah mengambil kira prinsip penghukuman menekankan kepentingan awam. Ia juga tidak terlau berat mengambil kira peruntukan hukuman maksima ialah 10 tahun. 25. Hukuman penjara adalah suatu bentuk hukuman yang sesuai bagi mencegah dan mengajar berbanding hukuman denda. Ini juga berdasarkan kepada fakta bahawa bukan SP4 seorang yang menjadi mangsa tetapi beberapa orang pelabur yang telah dipengaruhi untuk mengikuti skim pelaburan ini dan membuat bayaran. Rayuan terhadap sabitan dan hukuman ditolak. Keputusan Hakim Bicara dikekalkan. S/N rmCfjiq5UE2G/wPhljwnsQ Bertarikh 9 April 2026 -t.t.- (NURULHUDA NURAINI BTE MOHAMAD NOR) Hakim Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur Bagi pihak Perayu Iskandar Shah Ibrahim Tetuan Iskandar Shah & Co Bagi pihak Responden Haslinda Isamail Timbalan Pendakwa Raya S/N rmCfjiq5UE2G/wPhljwnsQ
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.