membantu dalam menjalankan suatu loteri awam; adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, jika disabitkan, dikenakan denda tidak kurang dari dua puluh ribu ringgit dan tidak lebih dua ratus ribu ringgit dan hendaklah juga dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun. . 22) Merujuk kes Ong Choon Keong lwn. PP [2021] CLJU 1521, menyatakan bahawa; “Seseorang yang memiliki suatu rekod pertaruhan-pertaruhan loteri awam tanpa lesen hendaklah dianggap membantu dalam satu loteri tanpa lesen yang sedang berjalan sehingga sebaliknya dibuktikan. Ini mewajarkan pemakaian anggapan berdasarkan s.11(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 untuk membuktikan kesalahan bawah s.4A(a) Akta yang sama.” 23) Merujuk pada kes yang sama dan berdasarkan peruntukan yang dinyatakan, intipati bagi kesalahan tersebut adalah seperti berikut; i) Terdapat rekod dengan catatan pertaruhan loteri awam; ii) Tertuduh memiliki rekod dengan catatan pertaruhan loteri awam. Intipati Pertama: Terdapat rekod dengan catatan pertaruhan loteri awam. 24) Terlebih dahulu mahkamah merujuk seksyem 11(1)(c) Akta yang sama di mana dalam membuktikan bahawa kesalahan di bawah seksyen 4A(a) Akta yang sama, anggapan terhadap orang orang yang menjual tiket-tiket loteri adalah terpakai. Seksyen 11(1)(c) menyatakan bahawa; “dijumpai memiliki apa-apa akaun, memorandum, teka-teki atau rekod pertaruhan-pertaruhan atau berkaitan dengan suatu loteri; atau Hendaklah dianggapkan, sehingga sebaliknya dibuktikan, membantu dalam suatu loteri awam yang sedang berjalan. 25) Berdasarkan anggapan tersebut mahkamah terlebih dahulu perlu merujuk Laporan Pakar Judi (P22) dan Laporan Unit Pemeriksaan Unit Pencegahan Jenayah Komputer (P13) bagi mempertimbangkan samada rekod-rekod yang ditemui di dalam telefon bimbit merupakan rekod bagi pertaruhan loteri awam haram. 26) Sebelum dipertimbangkan Laporan Pakar Judi, pihak pembelaan telah menimbulkan isu bahawa Pakar Judi yang dilantik tidak digazetkan kepakarannya di bawah Akta Rumah Judi Terbuka sepertimana keterangan SP5 sendiri sekaligus laporan judi yang dikemukakan adalah tidak selamat untuk dijadikan panduan. Mahkamah merujuk kes PP v. Disa Anak Joum [2018] MLRHU 639, di mana diputuskan bahawa (dengan izin); “In respect of grounds (a) stated above, PW1 testified that his appointed as a gaming expert in gambling cases. The prosecution did not produce the appointment or the gazette. The trial judge ruled that in finding to tender the gazette publication, it was not safe to conclude that he was a gaming expert and his gaming report could not be considered in total court.” 27) Seterusnya, mahkamah meneliti keterangan SP5 dan mempertimbangkan hujahan pihak pembelaan. Mahkamah menerimapakai hujahan yang dikemukakan oleh pihak pembelaan. Adalah tidak selamat untuk mahkamah hanya bersandarkan keterangan SP5 dan Laporan Judi semata-mata yang menyatakan seseorang yang dijumpai dalam milikannya barang kes tersebut adalah seorang yang bantu-membantu dalam menjalankan kegiatan loteri awam yang tidak sah di sisi undang-undang di dalam Akta Rumah Judi Terbuka 1953. Tambahan pula Laporan Unit Foreksik, P13, tidak dapat menyokong laporan judi tersebut. 28) Mahkamah walaubagaimanapun berpendapat sekiranya Laporan Judi tersebut diterima pakai isu utama yang perlu diutamakan adalah berkenaan milikan barang kes. Berdasarkan intipati pertama, mahkamah masih berpendapat adalah tidak selamat untuk menyatakan pihak pendakwaan berjaya membuktikan bahawa rekod yang ditemui adalah rekod pertaruhan. 29) Merujuk juga Laporan Judi yang menyatakan bahawa sesiapa yang dijumpai dalam milikannya adalah orang yang bantu-membantu dalam mengendalikan pertaruhan awam haram. Mahkamah kemudiannya merujuk kes Lee Hwa Liang v. Public Prosecutor [1964] CLJU 76, telah diputuskan bahawa (dengan izin); “In my opinion the demarcation line between assisting and not assisting is to be found in the nexus, or absence thereof, between the party alleged to be assisting and the party carrying on a lottery. Common sense provides the answer. The vendor of any games or device capable of being used for a public lottery cannot in my view, be said to assist the purchaser in carrying on such lottery merely by reason of the sale. Further participation of the vendor in the purchaser’s activities is a necessary ingredient of the offence. This is because they had no further connection one with the other after sale and delivery. One purchaser might keep the outfit he purchased without using it. Another might innocently use it for a children’s party without committing any offence.” 30) Selain itu, Suffian J di dalam Public Prosecutor v. Seow Boon Hooi [1962] CLJU 135, turut memutuskan bahawa (dengan izin); “It cannot be assumed that every purchaser must necessarily use it for the purpose of a public lottery, and in the instant case, there is no evidence whatsoever that any lottery had been carried on or contemplated by the only person who bought a board from the appellant. Even assuming that PW1 did carry on a lottery, the facts of this case are sufficiently clear that the appellant lifted not a finger to assist PW1 in committing the offence. The decision rested with PW1 alone-or any other customer of the appellants’s whether ot not to carry on a lottery with the board he owned. If the customer chooses not to do so, there can never be a lottery carried on, and therefore the appellant cannot be said to be assisting in something nonexixtent. Furthermore, the necessary mens rea was absent, because the true intention of the appellant-to-be gathered form the circumstances-was to sell anarticle, not to assist in, promote or instigate the commission of an offence against the Ordinance. 31) Mahkamah merujuk ekssibit uatama P13 dan P22 dan seterusnya keterangan SP3 (Pakar Forensik) dan SP5 (Pakar Judi). Berdasarkan keterangan-keterangan dan eksibit yang dikemukakan, pihak pendakwaan tidak dapat membuktikan kaitan Tertuduh dengan tuduhan yang dikenakan terhadap Tertuduh. 32) Mahkamah juga merujuk semula Laporan Pemeriksaan Unit Siasatan Jenayah Komputer (P15) yang tidak dapat menunjukkan data-data berkaitan dengan siasatan di aplikasi Whatapps dijumpai dan juga Safari yang menunjukkan kaitan wujudnya rekod pertaruhan sepertimana seksyen 11(1)(c) peruntukan. 33) Memandangkan tiada bukti yang dapat mengaitkan wujudnya perjudian atas talian maka pihak pendakwaan gagal untuk mengaitkan Tertuduh dalam pengurusan perjudian atas talian melalui barang kes tersebut. Intipati Kedua: Tertuduh memiliki rekod dengan catatan pertaruhan loteri awam. 34) Seterusnya, pihak pendakwaan perlu membuktikan bahawa telefon yang dijumpai adalah milik Tertuduh dan Tertuduh mempunyai kawalan terhadap telefon bimbit tersebut. 35) Dalam membuktikan isu pemilikan ini, perkara utama yang dipertimbangkan adalah apakah yang dimaksudkan dengan pemilikan. Takrifan pemilikan merupakan suatu persoalan undang-undang. Merujuk kes Yee Ya Mang v. Public Prosecutor [1972] 1 MLRH 269, Hakim Sharma, menerangkan pemilikan seperti berikut (dengan izin); “The word “possession” implies a physical capacity to deal with the thing as one likes to the exclusion of everyone and a determination to exercise that physical power on one’s own behalf. It implies dominion and consciousness in the mind of the person having “possession” that he not only has such dominion but also that he can exercise it.” 36) Isu ini telah dibangkitkan oleh pihak pembelaan di mana merujuk keterangan SP3 bahawa tidak boleh diketahui siapa yang mengendalikan telefon bimbit tersebut dan keterangan yang sama turut dinyatakan oleh SP6, Pegawai Penyiasat. Tiada siasatan lanjut dibuat bagi memastikan kawalan dan milikan terhadap barang kes yang dirampas. 37) Fakta tersebut diakui oleh saksi-saksi pihak pendakwaan yang membuat pemeriksaan terhadap telefon tersebut. Inferen yang dibangkitkan pihak pembelaan telah menimbulkan keraguan di mana terdapat juga kemungkinan yang menunjukkan telefon bimbit tersebut digunapakai oleh individu yang lain. Pernyataan tersebut tidak dapat disangkal kerana tiada siasatan lanjut dibuat berkenaan perkara tersebut. Dengan wujudnya lebih dari satu inferen telah memberikan kelebihan kepada Tertuduh. 38) Sepertimana Laporan Pemeriksaan Unit Siasatan Jenayah Komputer (P15) telah menunjukkan bahawa tiada sebarang unsur-unsur melibatkan transaksi perjudian mahupun tambah nilai judi atas talian dalam telefon bimbit yang dirampas (P6). 39) Berdasarkan keterangan saksi, laporan pakar dan juga eksibit-eksibit yang dikemukakan, pihak pendakwaan gagal membuktikan bahawa telah wujud suatu perjudian atas talian yang juga ditafsirkan sebagai perjudian terbuka. Oleh itu, pihak pendakwaan gagal untuk membuktikan intipati kedua ini. 40) Berdasarkan kelompangan isu tersebut, kes pihak pendakwaan menjadi lemah dalam membuktikan bahawa tertuduh mempunyai milikan dan kawalan terhadap barang kes. F. ISU-ISU YANG DIBANGKITKAN Siasatan Pegawai Penyiasat Tidak Lengkap 41) SP6 merupakan Pegawai Penyiasat di dalam kes ini iaitu bagi kesalahan di bawah seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan SP6 yang bertanggungjawab menjalankan siasatan berkenaan kesalahan yang dipertuduhkan. 42) Perihal pentingnya pegawai penyiasat menjalankan siasatan menyeluruh dan terperinci dan mengumpul kesemua keterangan serta mengelakkan kelompangan dalam kes pendakwaan telah ditekankan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Bunga Jalong v. PP [2015] 5 CLJ 893 yang menyatakan (dengan izin); "The duty of the investigators is to investigate the facts and to collect all the evidence. The police as investigators are public officers. Their concern must be to investigate the facts without fear or favour, so that all wrongdoers may be brought to justice. The completed investigation, compiled in the investigation papers is referred to the Public Prosecutor if an offence is disclosed. A completed investigation is one that includes investigation of the defences that emerged from the investigation. This includes such gaps or weaknesses emerging from the statements of witnesses and of defences from the statement of the accused person. Such investigations may eliminate the gaps or weaknesses, and provide substance to be tested against defences when raised. This is important as it ensures that if charges are to be preferred, there are no gaps or weak links in the prosecution case in the way of a successful prosecution." 43) Merujuk juga kepada kes Deepanraj a/l Subramaniam lwn Timbalan Pendakwaraya [2016] 1 MLJ 413, YA Balia Yusof, Hakim Mahkamah Rayuan menyatakan seperti berikut (dengan izin): “The failure of the police to carry out proper investigation has deprived not only the prosecution but also the defence of the best and must important evidence to resolve the case. Learned counsel further submitted the failure to do so means, there was withholding or suppression of evidence favourable to the defence and thus the s.114(g) presumption ought to be invoked. We were also reminded of the passage from the judgment of the Federal Court in Pang Chee Meng v. Public Prosecutor [1992] 1 MLJ 137 which states: “The accused cannot be penalized for lack of ingenuity in police investigation depriving him of the time honoured benefir of doubt.” 44) Merujuk keterangan SP6 menyatakan siasatan telah dibuat terhadap barang kes serta keterangan saksi-saksi, namun siasatan lanjut gagal dibuat ke atas maklumat-maklumat yang terdapat di dalam telefon bimbit tersebut. Terdapat banyak kemungkinan yang dibangkitkan oleh pihak pembelaan namun gagal diperjelaskan oleh pegawai penyiasat atas alasan tiada siasatan lanjut dibuat berkenaan perkara-perkara yang ditimbulkan. 45) SP6 juga gagal membuat siasatan lanjut berkenaan milikan dan kawalan telefon bimbit tersebut dengan hanya membuat anggapan bahawa Tertuduh yang melakukan kesalahan. Ini turut dibangkitkan di dalam hujahan pihak pembelaan. 46) Tanpa siasatan lanjut dan keterangan berkenaan kelompongan yang wujud dalam penyiasatan SP6 telah meranapkan kes pihak pendakwaan. SP6 sebagai pegawai penyiasat seharusnya menjalankan siasatan penuh dan mengemukakan keterangan yang lebih terperinci tanpa sebarang keraguan yang timbul berkenaan kaitan Tertuduh dengan barang kes dan kaitan (nexus) Tertuduh dengan telefon bimbit seterusnya data-data yang ada di dalam telefon bimbit tersebut. Siasatan lanjut juga dibuat terhadap lain-lain individu yang wujud di dalam maklumat telefon bimbit tersebut. 47) Keterangan SP6 sendiri menunjukkan bahawa siasatan yang dijalankan oleh pegawai penyiasat tidak menyeluruh dan tidak lengkap. Ianya telah melemahkan kes pihak pendakwaan dan (dengan izin) ‘benefit of doubt’ perlu diberikan kepada Tertuduh. G. DAPATAN MAHKAMAH 48) Atas alasan-alasan tersebut dan setelah membuat pertimbangan secara maksima keterangan-keterangan saksi-saksi pendakwaan, mahkamah mendapati bahawa kes prima facie tidak dapat dibuktikan sekiranya terdapat lompang dalam kes pihak pendakwaan. 49) Begitu juga sekiranya kes pihak pendakwaan membenarkan lebih daripada satu inferen selain menjurus kepada kebersalahan tertuduh maka prima facie gagal dibuktikan. Kes pendakwaan juga gagal mencapai tahap pembuktian kes prima facie dengan terdapat keraguan dalam kes pendakwaan itu sendiri. 50) Oleh itu, berdasarkan pertimbangan tersebut, mahkamah berpendapat pihak pendakwaan gagal membuktikan satu kes prima facie terhadap tertuduh di atas pertuduhan di bawah seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. 51) Dengan ini, Tertuduh, Christopher a/l Lawrence, dilepaskan dan dibebaskan daripada Pertuduhan tanpa dipanggil untuk membela diri. DISEDIAKAN PADA 8 DISEMBER 2025; nurshahida NURSHAHIDA BINTI ABDUL RAHIM MAJISTRET MAHKAMAH MAJISTRET KANGAR PERLIS