of the Evidence Act 1950 in this regard provides that the court many presume that judicial and official acts have been regularly performed. In the case of PP v. Dato' Seri Anwar Ibrahim [2014] 4 CLJ 162, the Court of Appeal said — "It must be borne in mind that s. 114 illustration (e) of the Evidence Act 1950 provides that the court may presume that judicial and official acts have been regularly performed. In State of Punjab v. Rameshwar Dass [1957] Cri LJ 1630, the Punjab & Haryana Court held at p. 1631 as follows: “It is well settled that prima facie the public servants must be assumed to act honestly and conscientiously. It would, therefore, be basically wrong, without other cogent ground to consider them as untrustworthy witness in respect of their activities in performance of their official duties merely because of their official status unless the evidence is considered to be suspicious and that the conviction of the accused cannot be sustained on the statements of the official witnesses. The presumption that a person acts honestly applied as much in favour of a police officer as of other persons, and it is not a judicial approach to distrust and suspect him without good grounds?” [31] Accordingly, without cogent reasons that would allow us to hold otherwise, it would be manifestly wrong to consider PW4 and PW5 as untrustworthy witnesses in handling this case. In the end what we have before us is nothing more than the bare oral testimony which was a mere denial." [33] Persoalannya, apakah Mahkamah ini harus menerima bahawa serbuan di Shah Alam, Pandora dan Parloma adalah terkait dengan serbuan di Pelabuhan Klang dan merupakan satu transaksi sepertimana dihujahkan oleh Peguambela Perayu sehinggakan kesemua fakta dan keadaan sekeliling harus dipertimbang bersama-sama dalam menentukan kebenaran serbuan dan rampasan di Pelabuhan Klang. Peguambela telah merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan di dalam kes Teo Chee Kong [supra] dan memetik: “[27] It must be noted that the fourth exception in the above excerpt pertains to section 170(1). It permits more than one accused person to be tried together although the offences in question may not be the same. As we said earlier, the primary requirement is that the offences in question were committed in the same transaction. The test that has been adopted by our courts to determine what is “same transaction” is the test that was given in the well-known case of Amrita Lal Hazra v Emperor 42 Cal 957. It was described as the “best test” by the former Court of Appeal in Chin Choy v PP [1955] 1 MLJ 236. The Amrita test is as follows: “It is not possible to frame a comprehensive formula of universal application to determine whether two or more acts constitute the same transaction; but circumstances which must bear on the determination of the question in an individual case may be easily indicated: they are proximity of time, unity or proximity of place, continuity of action and continuity of purpose or design.” [28] In respect of the Amrita test which has been consistently followed by Malaysian courts to determine the test of “same transaction”, Lee Hun Hoe J in PP v Loh Ang Sing [1965] 2 MLJ 129 said that it is not necessary for all the limbs of the test to be satisfied. The crucial limb is unity of purpose or design. The relevant passage reads as follows: “The usual tests applied to decide whether different acts are parts of the same transaction are proximity of time, unity of place, unity of purpose or design and continuity of action. However, I do not think it is necessary that all of them should be present to make the several incident parts of the same transaction. In my view the main test is that of unity of purpose or design. Unity of purpose or design and continuity of action are essential elements to link together different acts into one and the same transaction. If the various acts are done with a particular end in view they may be treated as parts of the same transaction.” [penekanan oleh Perayu] [34] Perlu disebut bahawa kes Teo Chee Kong [supra] adalah berkaitan pemakaian seksyen 170(1) Kanun Tatacara Jenayah mengenai kebolehan menuduh dan membicarakan lebih dari seorang yang melakukan kesalahan yang sama atau menuduh lebih dari seorang yang telah melakukan kesalahan berbeza tetapi di dalam transaksi yang sama atau di mana seorang melakukan kesalahan dan seorang lain hanya melakukan perbuatan bersubahat atau percubaan melakukan kesalahan. Isu yang ditimbulkan di dalam kes itu adalah sama ada perayu boleh dituduh dan dibicarakan bersama dengan tiga tertuduh lain dalam pendakwaan yang melibatkan berbagai kesalahan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 termasuk tindakan pelucutanhak. [35] Dalam menolak rayuan perayu di dalam kes itu, Mahkamah Rayuan memutuskan walaupun terdapat tertuduh lain yang melakukan kesalahan yang berbeza di bawah Akta yang sama, namun setiap mereka dilihat sebagai telah memainkan peranan masing-masing dalam melaksanakan satu niat yang sama iaitu salahguna kuasa dan pengubahan wang haram. Maka, walaupun setiap tertuduh melakukan perbuatan yang berbeza, namun terdapat kesatuan niat, tujuan dan usaha dalam melakukan perbuatan yang berbeza itu kepada berlakunya satu kesalahan induk yang sama iaitu salahguna kuasa dan rasuah: “[29]…We also think that in money laundering or corruption cases that involves several persons and an elaborate scheme, it is entirely probable that the place of crime or the time applicable to a particular accused may differ from that of a co-accused. However, the common link between accused persons would be “unity of purpose or design” to commit the crime in question. In the instant case, all the money laundering charges in question are allegedly in relation to corrupt practices committed by accused persons who held senior positions in the Sabah Water Department. Awang Mohd Tahir bin Mohd Talib was the director of the department and the appellant was his deputy. Lim Lam Beng is a former deputy director.” [36] Berbalik kepada Rayuan ini, kami berpendapat kes semasa tidak melibatkan pertimbangan pemakaian seksyen 170(1) Kanun Tatacara Jenayah dan dengan yang demikian, kes Teo Chee Kong [supra] adalah tidak relevan untuk pertimbangan Mahkamah ini dan harus dibezakan. Sebagai menjelaskan, Perayu tidak dipertuduhkan dengan lebih satu kesalahan tetapi hanya 1 kesalahan. Selain itu, hanya Perayu seorang berhadapan Pertuduhan tanpa adanya pesalah lain. Maka rujukan kepada perbincangan di dalam kes Teo Chee Kong [supra] adalah tersasar. [37] Namun begitu, adalah tidak salah untuk Perayu mengutarakan kesnya bahawa pihak Pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie atau gagal membuktikan satu kes melampaui keraguan yang munasabah terhadapnya kerana timbulnya keraguan berdasarkan faktor-faktor yang telah dihujahkan. [38] Kami tidak mendapati isu mengenai rampasan barang dadah di Pandora atau Parloma telah menyebabkan keraguan terhadap kes Pendakwaan mengenai serbuan dan rampasan barang dadah sepertimana Pertuduhan. Bahkan kami mengatakan pihak Perayu adalah terikat dengan keterangan saksi-saksi Polis yang telah dipanggil memberi keterangan iaitu SD3, SD4 dan SD6 yang masing-masing telah mengesahkan bahawa barang dadah dirampas dari Parloma manakala SD3 dan SD4 menafikan berlakunya ugutan mengenai RM50,000. SD4 juga tidak bersetuju apabila dicadangkan Perayu telah berjanji untuk membawa pasukan serbuan ke Palorma setelah tiada dadah dan wang dijumpai di Pandora. [39] Adalah menjadi prinsip undang undang keterangan bahawa pihak yang memanggil saksi adalah terikat dengan keterangan saksi itu [lihat John Nyumbei v PP [2007] 2 CLJ 509; [2007] 7 MLJ 206]. Maka Perayu adalah terikat dengan keterangan SD3, SD4 dan SD6 yang telah bercanggah dengan kes Perayu bahawa: (i) Perayu telah diugut oleh SP3; (ii) Perayu menjanjikan wang sebanyak RM50,000 yang akan diambil dari Pandora; dan (iii) oleh kerana wang itu tiada di Pandora, maka sebagai gantinya Perayu membawa SP3 kepada penemuan barang dadah di Parloma. [40] Berhadapan dengan keterangan sedemikian, Perayu seharusnya mencabar keterangan SD3, SD4 dan SD6 sebagai saksi belot di bawah peruntukan Kanun Tatacara Jenayah tetapi tidak berbuat demikian. Kegagalan berbuat demikian menyebabkan keterangan mereka tetap utuh dan memberi kesan sebagai menyokong versi kes Pendakwaan. [41] Sebagai menambah, kalaupun terdapat percanggahan dalam keterangan SP3 mengenai perbezaan deskripsi bagaimana barang dadah dijumpai di Parloma berdasarkan perbezaan ekshibit D24, D25 dan keterangan lisan SP3, kami tidak mendapati percanggahan itu telah menyentuh kebenaran versi kes Pendakwaan mengenai rampasan barang dadah dari Perayu di Pelabuhan Klang. Dalam keadaan apa sekalipun, adalah menjadi prinsip undang-undang bahawa kalaupun timbulnya percanggahan, ia tidak semestinya menyebabkan keterangan saksi itu harus ditolak selagi mana percanggahan itu tidak menyentuh akar umbi Pertuduhan (lihat PP v Datuk Haji Harun bin Idris (No 2) [1977] 1 MLJ 15; [1976] 1 LNS 19). [42] Begitu juga dengan hujahan sama ada rakaman CCTV ekshibit D34 tidak menunjukkan Perayu menyerahkan barang dadah kepada SP3 atau telah menunjukkan Perayu diugut. HMT telah melihat dan mempertimbang rakaman itu dan kami tidak mendapati terdapat alasan untuk mengganggu dapatan fakta bahawa CCTV yang tidak memuaskan itu menunjukkan berlakunya perbuatan ugut. Setelah meneliti penjelasan SP3 mengenai rakaman CCTV itu bahawa ruang lingkup rakaman tidak menunjukkan semua bahagian premis itu, kami mendapati penjelasan itu bukan satu yang tidak munasabah. Kami juga mendapati keterangan SD3 mengenai pengetahuannya tentang CCTV itu tidak menunjukkan satu usaha untuk menyelindung keterangan dan mensasarkan siasatan kes ini. [43] Kami juga tidak mendapati ada isu bermerit mengenai kelewatan SP3 membuat Laporan Polis dan Borang Bongkar berkaitan serbuan dan rampasan di Pelabuhan Klang. Kami juga meneliti penjelasan SP3 mengenai isu kelewatan itu dan mendapati penjelasan SP3 bahawa terdapat beberapa serbuan yang telah menyebabkan kelewatan sebagai penjelasan yang munasabah. Pada pandangan Mahkamah ini, tidak semua keadaan kelewatan mewajarkan satu inferens bahawa kelewatan itu didorong oleh sesuatu motif atau perkara yang mencemar ketelusan tindakan Polis. Pada pendapat kami, rujukan Perayu kepada keputusan di dalam kes Rahmat Ghazali lawan Pendakwa Raya [supra] dengan petikan berikut adalah tidak tepat dan tidak relevan dengan fakta di dalam Rayuan ini: “[61] Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan peguam bela bahawa terdapat percanggahan yang material dalam keterangan SP1 dalam mahkamah jika dibandingkan dengan laporan polis (P2) yang dibuat oleh SP1 [lihat m.s. 4-5 Rekod Rayuan Jilid 3]. P2 telah dibuat oleh SP1 pada 14/12/2015 pada jam 1845 iaitu 6.45 petang di Balai Polis Petaling. Mengikut P2, kejadian telah berlaku pada jam 1200 iaitu 12.00 tengahari setelah selesai perbincangan antara SP1 dan perayu di pejabat perayu. SP1 telah membuat laporan polis selepas 6 jam 45 minit kejadian berlaku. Tiada penjelasan yang munasabah oleh SP1 mengenai kelewatan dalam membuat laporan polis.” [44] Perlu ditekankan kes Rahmat Ghazali [supra] melibatkan satu pertuduhan di bawah seksyen 354 Kanun Keseksaan berkenaan kesalahan menggunakan kekerasan dengan niat mencabul kehormatan. Sudah tentu di dalam kes sebegitu seperti juga di dalam kes kesalahan seksual yang lainnya tempoh masa yang diambil oleh mangsa untuk membuat satu laporan Polis adalah salah faktor yang sering diambil kira kerana ianya terkait dengan elemen minda mangsa dan kerelaan. Ianya juga terkait dengan kebarangkalian perkara yang dipertuduhkan itu telah digembar-gemburkan. Perlu ditekan juga, faktor kelewatan membuat laporan Polis di dalam kes itu bukan satu satunya alasan Mahkamah membenarkan rayuan tertuduh tetapi lebih berat lagi adalah di atas pertimbangan berbagai percanggahan di dalam keterangan mangsa yang lebih menunjukkan adanya kerelaan mangsa kepada perbuatan tertuduh. [45] Berbalik kepada Rayuan ini, pertimbangan harus diberikan kepada tugas kerja pasukan polis dalam suatu serbuan yang membawa kepada serbuan-serbuan berlainan lokasi. Maka, bukanlah menjadi tugas Mahkamah untuk menentukan jadual waktu bila seharusnya satu laporan Polis dibuat dalam keadaan itu. Ketua pegawai serbuan sudah tentu mempunyai pertimbangannya sendiri dalam sesuatu operasi tentang bilakah operasi itu boleh dianggap berakhir dan bilakah waktu paling sesuai untuk membuat laporan. Adalah tidak wajar untuk Mahkamah mencampur tangan di dalam urusan Polis dan tatacara pengendalian operasi. Perkara sedemikian adalah dalam bidangkuasa dan budibicara Polis. Pertimbangan penting adalah apakah keterangan menunjukkan satu kelewatan itu munasabah setelah mengambil kira fakta sekeliling operasi itu dan kelewatan itu boleh dijelaskan tanpa dicemari petunjuk berlakunya penganiayaan terhadap tertuduh. KESIMPULAN DAN KEPUTUSAN [46] Sebagai kesimpulan, kami tidak mendapati Perayu berjaya membangkitkan isu bermerit yang mewajarkan Mahkamah ini mengganggu dapatan fakta dan undang-undang HMT serta mengenepikan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan. Kami bersetuju dengan keputusan HMT dalam membuat dapatan prima facie di akhir kes Pendakwaan dan seterusnya membuat dapatan bahawa Perayu gagal membangkitkan keraguan munasabah Peguam bagi pihak Perayu : En. Ayasamy Velu & En. Lavin Thiruchelvam Tetuan V. Samy Renu & Co. Peguam bagi pihak Responden : Tuan Zaki Asyraf Bin Zubir