The conduct of any party, or of any agent to any party, to any suit or proceeding in reference to that suit or proceeding, or in reference to any fact in issue therein or relevant thereto, and the conduct of any person an offence against whom is the subject of any proceeding, is relevant if the conduct influences or is influenced by any fact in issue or relevant fact, and whether it was previous or subsequent thereto. [59] The fact in issue before the High Court was whether the appellant had knowledge of the drug inside the black bag. His conduct of picking up the black bag and handing it to SP6 was clearly relevant to the issue. We are therefore unable to accept learned counsel’s argument that the prosecution cannot rely on s. 8(2) of the Evidence Act 1950 on the ground that there is a special Act to deal with admissibility of statements, including conduct, given by an accused person charged with an offence under the DDA, applying the maxim generalia specialibus non derogant (the provisions of a general statute must yield to the provisions of a special one). The argument must fall once it is determined that conduct does not amount to statement.” (penekanan ditambah) [28] Kembali kepada kes terhadap perayu, perbuatan perayu menunjukkan beg-beg perayu di atas tempat letak barang dan mengambil sendiri beg-beg tersebut lalu di bawa turun bas di mana salah satu beg tersebut mengandungi dadah boleh diterima masuk sebagai keterangan di bawah seksyen 8 Akta Keterangan 1950, walaupun apa juga maklumat semasa atau sebelum sesuatu perbuatan itu termasuk dalam parameter seksyen 27 Akta Keterangan 1950. Ini dijelaskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Siew Yoke Keong v PP [2013] 3 MLJ 630 yang menjelaskan seperti berikut: “[29] In addition, it must be added that the evidence of Siew leading PW6 and the police team to the first house and pointing out the place where the bunch of eight keys was found, and later pointing out the place where the key to the safe was found would also be relevant and admissible as conduct under s 8 of the Evidence Act. In this regard in Prakash Chand v State AIR 1979 SC 400, the Supreme Court of India said: For example, the evidence of the circumstances, simpliciter, that an accused person led a police officer and pointed out the place where stolen articles or weapons which have been used in the commission of the offence were found hidden, would be admissible as conduct, under s 8 of the Evidence Act, irrespective of whether any information contemporaneously with or antecedent to any such conduct falls within the purview of s 27 of the Evidence Act (vide Himachal Pradesh Administration v OM Prakash AIR 1972 SC 975). (See also Durlav Namasudra v Emperor AIR 1932 Cal 297; [1932] 26 CWN 373; [1932] 37 Cr LJ 546, Ramakrishnan v Bombay State AIR 1955 SC 104; [1955] Cr LJ 196, and Gurusamy v Public Prosecutor [1965] 1 MLJ 245, Public Prosecutor v Hashim bin Hanafi, Public Prosecutor v Kok Wah Kuan [2008] 1 MLJ 1; [2007] 6 CLJ 341).” (penekanan ditambah) [29] Walaupun hakim bicara memutuskan bahawa tiada penangkapan dibuat semasa perayu disoal sama ada ada membawa barang salah dan menunjukkan ke arah beg perayu, ini tidak menjejaskan fakta bahawa perayu telah menunjukkan beg-beg tersebut dan perayu sendiri yang membawa beg-beg tersebut turun dari bas berkenaan. Perbuatan ini, seperti dijelaskan terdahulu, boleh diterima sebagai keterangan walaupun selepas perayu telah ditangkap. Di sini ingin ditekankan bahawa mahkamah ini boleh menilai semula dan membuat semakan terhadap keterangan yang ada bagi memutuskan sesuatu isu. [30] Mahkamah Persekutuan dalam kes Ahmad Najib Aris v PP [2009] 2 CLJ 800, telah menjelaskan perkara ini seperti berikut: “[20] As regards the first main ground of appeal raised by the appellant, I am of the view that the Court of Appeal has the power to revise or re-evaluate all the evidence available as adduced by the prosecution. The Court of Appeal is in a position to do so in the present case even though the grounds of decision of the trial judge as appearing in the appeal records is found lacking in specific findings and with no reasons for the findings. In a case involving purely a question of fact, the Court of Appeal is free to determine whether or not the various findings of the trial court are correct (see Mohamed Mokhtar v PP [1972] 1 MLJ 122).” (penekanan ditambah) (rujuk juga kes PP v Azilah Hadri & Anor [2015] 1 CLJ 579) [31] Dalam isu yang berkaitan, mahkamah in juga tidak mempunyai sebarang sebab untuk menolak dapatan fakta oleh hakim bicara yang menerima keterangan SP3 bahawa perayu yang mengambil kedua-dua beg di atas tempat letak barang di atas tempat duduk penumpang dalam bas tersebut dan membawanya turun dari bas. Lebih-lebih lagi hakim bicara mempunyai kelebihan audio-visual terhadap saksi-saksi yang memberi keterangan dan dapat membuat penilaian yang lebih tepat berhubung kredibiliti seseorang saksi kecuali dapatan yang dibuat tersebut bertentangan dengan keterangan yang dikemukakan. [32] Prinsip yang mantap ini juga telah dijelaskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Lee Ah Seng & Anor v PP [2007] 5 CLJ 1 yang menyatakan seperti berikut: “the approach to be taken by the appellate court when dealing with a trial’s court assessment of credibility of witness is well established by high authorities. The credibility of a witness is primarily for the trial judge. An appellate court should always be slow in disturbing such findings of fact arrived at by the judge who had audio-visual advantage of the witness, unless there are substantial and compelling reasons for disagreeing with the finding.” (penekanan ditambah) [33] Sehubungan itu, kami mendapati tiada sebarang kekhilafan oleh hakim bicara yang menerima keterangan SP3 berhubung perbuatan perayu yang menunjukkan beg-beg berkenaan dan membawa beg-beg tersebut turun dari bas di mana salah satu beg tersebut iaitu P14 mengandungi dadah berbahaya. [34] Selain itu, berdasarkan keterangan antaranya perbuatan perayu seperti yang dinyatakan terdahulu dan keterangan bahawa terdapat barang barang peribadi perayu dalam satu beg kecil di dalam beg P14 yang berisi antaranya dadah berbahaya tersebut dapat membuktikan elemen pemilikan terhadap dadah berkenaan tanpa perlu bantuan anggapan di bawah seksyen 37(d) ADB 1952. Nas undang-undang berhubung isu milikan ini adalah mantap seperti dijelaskan dalam kes yang sering dirujuk iaitu kes Chan Pean Leong v PP [1956] 1 MLJ 237, di mana Thomson J menyatakan: “A moveable thing is said to be in the possession of a person when he is so situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons, and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need." (penekanan ditambah) (rujuk juga kes Ibrahim Mohamad v PP [2011] 4 CLJ 113(FC)) Isu kekhilafan hakim bicara menerima masuk keterangan perbuatan (conduct) perayu di bawah seksyen 8(2) Akta Keterangan 1950 [35] Berkaitan isu ini, peguam perayu mempertikaikan keputusan hakim bicara yang menerima keterangan bahawa semasa SP3 memperkenalkan diri sebagai polis kepada perayu, perayu terkejut dan tergamam. Dihujahkan, reaksi perayu ini tidak boleh menjurus kepada dapatan bahawa perayu mempunyai pengetahuan bahawa dadah berbahaya ada dalam milikan perayu. Reaksi perayu ini dikatakan tidak berkaitan dengan suatu fakta yang menjadi isu seperti yang dikehendaki di bawah seksyen 8(2) Akta Keterangan 1950. [36] Bagi memudahkan rujukan, seksyen 8(2) menyebut: The conduct of any party, or of any agent to any party, to any suit or proceeding in reference to that suit or proceeding, or in reference to any fact in issue therein or relevant thereto, and the conduct of any person an offence against whom is the subject of any proceeding, is relevant if the conduct influences or is influenced by any fact in issue or relevant fact, and whether it was previous or subsequent thereto. (penekanan ditambah) [37] Berhubung isu yang sama, Mahkamah Persekutuan dalam kes Samundee Devan Muthu Kerishnan v PP [2010] 3 CLJ 269 menjelaskan: “[15] We also of the view that the contemporaneous conduct of the appellant in attempting to run away when PW7 identified himself as ‘police’ is relevant and admissible pursuant to s.8 of the Evidence Act 1950 under the circumstances of the instant appeal. Such conduct, of course not to be taken in isolation but together with all the other circumstances of the case. That would be the correct approach to circumstantial. (see Chan Chwen Kong v PP [1962] 1 LNS 22) (penekanan ditambah) [38] Seterusnya, Mahkamah Persekutuan dalam kes Parlan Dadeh v PP [2008] 6 MLJ 19 di mukasurat 45 menjelaskan: "The inference to be drawn from the evidence of conduct of the appellant against the background of the other evidence is that he knew what he was carrying (see Deputy Public Prosecutor v Brooks)." [39] Kembali kepada kes terhadap perayu, fakta berkaitan isu dalam kes ini adalah dadah berbahaya yang ditemui dalam beg yang ditunjukkan dan dibawa turun dari bas oleh perayu. Reaksi kontemporari perayu iaitu terkejut dan tergamam apabila SP3 memperkenalkan diri sebagai anggota polis kepada perayu adalah jelas merupakan perbuatan yang yang boleh diterima sebagai keterangan di bawah seksyen 8(2) Akta Keterangan 1950. [40] Sehubungan itu, hakim bicara tidak terkhilaf dalam menerima keterangan perbuatan perayu tersebut dan oleh itu, hujahan peguam berhubung isu ini tidak dapat dipertahankan. Isu kekhilafan hakim bicara berhubung dapatan pemilikan dadah-dadah tersebut oleh perayu [41] Berkaitan isu ini, peguam perayu terkhilaf apabila menerima keterangan bahawa barang-barang peribadi perayu ditemui dalam beg kecil (P15) yang ditemui dalam beg (P14) yang berisi dadah dan fakta ini membawa kepada dapatan hakim bicara bahawa dadah-dadah tersebut adalah dalam milikan perayu. Dihujahkan bahawa, adalah tidak logik, barang-barang peribadi seperti telefon bimbit, wang tunai dan kad pengenalan diletakkan dalam beg di tempat penyimpanan barang di atas tempat duduk dalam bas tersebut. Selanjutnya dihujahkan bahawa, kemungkinan tidak boleh diketepikan bahawa SP3 telah menganiaya perayu dan meletakkan beg kecil berisi barang-barang peribadi perayu tersebut dalam beg yang berisi dadah berkenaan. [42] Isu ini jelasnya bersangkut paut dengan dapatan fakta oleh hakim bicara yang melibatkan juga dapatan mengenai kredibiliti SP3. Pertamanya, hakim bicara mempuyai kelebihan dalam membuat dapatan berhubung kredibiliti saksi-saksi. Seperti yang telah dihuraikan terdahulu, hakim bicara mempunyai kelebihan audio-visual saksi-saksi dan kelebihan untuk menilai demeanour saksi-saksi tersebut dan dalam kes ini SP3. Dapatan telah dibuat oleh hakim bicara bahawa keterangan SP3 adalah diterima oleh mahkamah. Selain itu, tiada keterangan yang dapat dilandaskan bagi membuat inferens yang munasabah bahawa SP3 telah menganiaya perayu dengan memasukkan beg kecil yang mengandungi barang-barang peribadi perayu ke dalam beg berisi dadah tersebut. SP3 hanya menjalankan tugas rasminya berdasarkan maklumat aktiviti dadah yang diterima dan tiada keterangan juga yang menunjukkan bahawa SP3 mengenali perayu sebelum tarikh kejadian. Sehubungan dengan itu juga, kami tidak melihat sebarang kekhilafan hakim bicara dalam penerimaan keterangan SP3 ini. Di samping itu juga keterangan berhubung pemilikan dadah-dadah tersebut juga termasuk keterangan mengikut keadaan lain seperti menunjukkan beg-beg yang salah satunya berisi dadah dan membawa sendiri beg-beg tersebut turun dari bas. [43] Pada peringkat ini, adalah bersesuaian dirujuk kes Mahkamah Persekutuan Yusri Pailmi v Public Prosecutor [2011] 4 MLJ 533, yang menyatakan seperti berikut: “The learned trial judge and the majority of the Court of Appeal had found SP2 to be a witness of truth. SP2 was not an interested witness of truth, but a police officer performing his duties. He had related what he actually saw and did on that day. SP2’s evidence is credible and ought to be believed (see the cases of Public Prosecutor v Mohamed Ali [1962] MLJ 257 and Public Prosecutor v The Cheng Poh [1980] 1 MLJ 251) (penekanan ditambah) [44] Justeru itu juga, kami dapati keterangan mengenai pemilikan dadah-dadah tersebut telah dinilai berdasarkan fakta dan undang-undang oleh hakim bicara dan membuat dapatan berhubung pemilikan dadah-dadah berkenaan oleh perayu dengan betul. Isu kegagalan hakim bicara membangkitkan anggapan bertentangan terhadap pendakwaan di bawah seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950. [45] Peguam perayu membangkitkan isu bahawa kegagalan pihak pendakwaan memanggil pemandu bas pada masa yang material atau petugas di stesen bas yang menguruskan senarai penumpang bas pada masa yang berkaitan, mengakibatkan inferens yang bertentangan dibuat terhadap kes pendakwaan di bawah seksyen 114(g) Akta keterangan 1950. [46] Undang-undang mantap adalah jelas bahawa inferens bertentangan di bawah seksyen 114(g) ini terpakai jika terdapat penyembunyian keterangan yang material termasuk saksi-saksi dan dokumen-dokumen penting untuk kes berkenaan. (rujuk: Munusamy v Public Prosecutor [1987] 1 MLJ 492 (SC), Amri Ibrahim & Anor v PP [2017] 1 CLJ 617 (FC), Ong Hooi Beng & Ors v PP [2015] 3 MLJ 812 (CA)) [47] Fakta yang telah dibuktikan dalam kes ini adalah dadah berbahaya telah ditemui dalam beg yang terdapat barang-barang peribadi perayu yang diletakkan di atas tempat letak barang di bahagian atas tempat duduk perayu di No. 9C. Beg berisi dadah ini pula telah ditunjukkan oleh perayu dan perayu sendiri membawa turun beg tersebut. Dalam konteks ini, keterangan pemandu bas dan petugas di stesen bas, tidak dapat menyanggah fakta penting ini. Tambahan pula, dapatan telah dibuat oleh hakim bicara berdasarkan keterangan, bahawa tiada sesiapa yang duduk di sebelah perayu pada masa yang material dan kewujudan seorang perempuan berbangsa Cina duduk di sebelah perayu telah diputuskan adalah rekaan perayu semata-mata. Selain itu juga, tiada sebarang kelompangan pada kes pendakwaan dengan keterangan yang sedia ada di mahkamah. Kes pendakwaan telah dapat dibuktikan di sebalik keraguan yang munasabah. [48] Justeru itu juga, keterangan pemandu bas atau petugas distesen bas berkenaan adalah tidak material sama-sekali kepada kes pendakwaan dan oleh itu juga inferens bertentangan di bawah seksyen 114(g) adalah tidak terpakai terhadap kes pendakwaan. [49] Di samping itu, peguam perayu ada membangkitkan isu bahawa keterangan SP3 perlu disokong oleh keterangan lain seperti pemandu bas, penumpang bas yang lain atau anggota serbuan yang lain juga tidak dapat dipertahankan. Ini adalah kerana pembuktian sesuatu fakta bukan bergantung kepada bilangan saksi yang memberi keterangan, tetapi nilai keterangan yang diberikan berdasarkan saksi yang kredibel walau pun seorang sahaja. Pentadbiran keadilan akan kucar-kacir jika pihak pendakwaan dimestikan untuk mengemukakan lebih dari seorang saksi sebagai keterangan sokongan bagi membuktikan sesuatu kes, sedangkan dalam kebanyakkan kes seperti kes bunuh tidak terdapat saksi mata dan hanya bergantung kepada keterangan mengikut keadaan. [50] Prinsip berhubung bilangan saksi ini juga telah dijadikan undang-undang di bawah seksyen 134 Akta keterangan 1950 yang menyebut: “No particular number of witnesses shall in any case be required for the proof of any fact.” [51] Peruntukan seksyen 134 ini dijelaskan juga dalam kes Aziz bin Muhamad Din v Public Prosecutor [1996] 5 MLJ 473 di mukasurat 484 seperti berikut: Section 134 of the Evidence Act 1950 ('the Act') states that 'no particular number of witnesses shall in any case be required for the proof of any fact'. The section enshrines the well-recognized maxim that 'evidence has to be weighed and not counted'. On the need for corroborative evidence for the proof of any fact, Sinha J said in Vadivelu Thevar v State of Madras AIR 1957 SC 614 in the following terse terms at pp 618-619: On a consideration of the relevant authorities and the provisions of the Act, the following propositions may be safely stated as firmly established: