Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO. JA – A52NCVC – 197 – 08/2022 ANTARA CHUA WEE SENG [No. K/P: 731116016629] … PLAINTIF
JA-A52NCvC-197-08/2022
Sessions Court of Malaysia26 Sept 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“m kes Mahmood Ooyub v. Li Chee Loong & Other Appeals, [2020] 6 MLJ 755 (CA) seperti berikut: “[253] The moneylending agreement masquerading and masking as an SPA is void both under section 24 of the Contracts Act 1950 and the various provisions of the Moneylenders Act 1951 and in particular section 15 referred to above”
“n Ooyub v Li Chee Leong and another appeal [2020] 6 MLJ 755 (CA), this court established comprehensive guidelines for determining whether a transaction is genuine or a sham designed to circumvent the Moneylenders Act 1951. The facts are similar to the current appeal where it also involved money lending transactions whi”
“oonsom Boonyanit v Adorna Properties Sdn Bhd [1997] 2 MLJ 62. … [57] I also found instructive the cases of Sean Thornton (a minor by his mother and next friend) v Northern Ireland Housing Executive [2010] NIQB 4 and McAllister v Campbell [2014] NIQB 24, where the following factors in assessing and evaluating a witness”
“28. Mahkamah juga merujuk kepada kes Pannir Selvam Sinnaiyah & Anor v. Tan Chia Foo & Ors [2019] CLJU 2031 yang mana isu yang dibicarakan adalah sama seperti di dalam kes ini iaitu perjanjian jual beli hartanah yang didakwa sebagai penyamaran kepada pinjaman wang haram. Mahkamah Tinggi memutuskan: [“32]”
“seroang saksi yang tidak kredible dan keterangannnya tidak boleh diterima oleh Mahkamah? 102. Mahkamah merujuk kepada kes Pearson Hardman Industries (M) Sdn Bhd v Mes Technoservice Malaysia Sdn Bhd [2021] MLJU 2626 mengenai perkara yang perlu diambil kira oleh Mahkamah dalam menilai krebiliti saksi-saksi. YA Evrol Marr”
“Bhd [1997] 2 MLJ 62. … [57] I also found instructive the cases of Sean Thornton (a minor by his mother and next friend) v Northern Ireland Housing Executive [2010] NIQB 4 and McAllister v Campbell [2014] NIQB 24, where the following factors in assessing and evaluating a witness were considered: a) The inherent probabil”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO. JA – A52NCVC – 197 – 08/2022 ANTARA CHUA WEE SENG [No. K/P: 731116016629] … PLAINTIF
1
CHOO SIOW MENG [No. K/P: 680507015845]
2
LEE AH MOI [No. K/P: 460911015316] … DEFENDAN-DEFENDAN 09/12/2025 16:10:54 JA-A52NCvC-197-08/2022 Kand. 101 ALASAN PENGHAKIMAN Tuntutan Plaintif 1. Tuntutan plaintif (SP1) adalah berdasarkan satu akujanji bertulis oleh defendan-defendan untuk membayar RM265,000.00 sebagai penyelesaian lanjutan satu perjanjian jual beli hartanah yang tidak dapat disempurnakan.
2
Saksi-saksi yang dipanggil oleh plaintif ialah: i. Chua Wee Seng (Plaintif/SP1); ii. Wee Phei Yin (Peguam / SP2).
3
Pada sekitar hujung November 2019, plaintif sebagai pembeli dan defendan-defendan sebagai penjual telah bersetuju memasuki satu perjanjian jual beli sebuah Kedai Pejabat Tiga Tingkat yang beralamat No.5, 5-01 & 5-02, Jalan Dataran Larkin 1, Taman Dataran Larkin, 80350 Johor Bahru, Johor yang terkandung di bawah Geran 561550 Lot 47696 (dahulunya dikenali sebagai H.S.(D) 501500 PTD 23371) Bandar Johor Bahru, Daerah Johor Bahru (“Hartanah tersebut”) pada harga RM1,300,000.00.
4
Plaintif membayar RM200,000.00 sebagai deposit dan satu Perjanjian Jual Beli telah ditandatangani oleh kedua-dua pihak (rujuk m/s 8 – 31 Ikatan B). Adalah tidak dipertikaikan Pejanjian Jual Beli tersebut tidak bertarikh dan tidak disetemkan.
5
5.
Preamble
Menurut Pres No.48994/2019 bertarikh 4.12.2019 (“Kaveat Plaintif”), Plaintif telah memasukkan suatu kaveat persendirian ke atas hartanah tersebut (“kaveat persendirian plaintif”) (rujuk m/s 5 Ikatan B).
6
Selepas itu plaintif mendakwa defendan pertama (D1 / SD1) meminta plaintif untuk menangguhkan transaksi jual beli hartanah tersebut atas alasan D1 menyesal menjual hartanah tersebut dengan harga yang rendah.
7
Plaintif bersetuju dengan permintaan D1 dan telah menangguhkan pelaksanaan Perjanjian Jual Beli tersebut.
8
D1 kemudiannya berhasrat menjual hartanah tersebut kepada pembeli yang baru iaitu LF Motorsport Sdn Bhd.
9
Lanjutan itu, defendan-defendan telah menandantangani akujanji – akujanji bertarikh 30.7.2021 (m/s 47- 48 Ikatan B) untuk membayar plaintif wang sebanyak RM265,000.00 sebagai penyelesaian perjanjian jual beli tersebut dan plaintif menarik balik caveat persendirian tersebut (“surat akujanji tersebut”).
10
RM265,000.00 adalah bagi bayaran: a. RM200,000.00 adalah untuk wang deposit yang telah dibayar oleh plaintif; dan b. RM65,000.00 adalah pampasan yang dipersetujui oleh defendan-defendan.
11
Melalui surat bertarikh 12.8.2021 dari T/n Faizul Hilmy & Chew, defendan-defendan membuat bayaran RM20,000.00 melalui cek kepada plaintif sebagai syarat plaintif menarik balik kaveat persendirian tersebut (m/s 46 Ikatan B).
12
Plaintif menarik balik kaveat persendirian tersebut pada 24.8.2021 dan ini telah dimaklumkan oleh peguamcara plaintif T/n Hee & Lim kepada T/n Faizul Hilmy & Chew melalui surat bertarikh 26.8.2021 (m/s 49 – 50 Ikatan B).
13
Pada 26.2.2022 T/n Faizul, Hilmy & Chew melampirkan cek berjumlah RM83,227.33 sebagai sebahagian bayaran daripada defendan-defendan. Dalam surat yang sama juga dimaklumkan bahawa jual beli hartanah tersebut kepada LF Motorsport Sdn Bhd telah sempurna.
14
Defendan-defendan enggan membayar baki RM161,772.67 dan plaintif membawa tindakan ini bagi menuntut wang terhutang tersebut.
15
Plaintif menafikan dakwaan defendan-defendan bahawa perjanjian jual beli tersebut merupakan satu samaran kepada pinjaman wang haram. Plaintif mengaku memberikan pinjaman wang kepada SD1 berjumlah RM140,000.00 namun pinjaman tersebut telah dilangsaikan oleh SD1 sekitar Mei 2021 apabila SD1 membayar RM159,500.00.
16
Saksi-saksi defendan ialah: i. Choo Siow Meng (D1/SD1); ii. Lee Ah Moi (D2 / SD2).
17
Sekitar November 2019, SD1 telah meminjam wang dengan plaintif berjumlah RM200,000.00 dengan kadar faedah 0.75%.
18
Adalah tidak dipertikaikan SD1 menerima RM172,000.00 daripada pinjaman tersebut melalui 11 transaksi pindahan atas talian dan satu serahan tunai di antara 26.11.2019 –
27
27.11.2019. SD1 juga mengaku menerima RM28,000.00 lagi daripada plaintif pada 27.11.2019 melalui pindahan wang melalui bank.
19
Sebagai sekuriti, pihak-pihak telah menandatangani perjanjian jual beli hartanah tersebut di pejabat Tetuan Hee & Lim dan plaintif juga memasukkan satu kaveat persendirian ke atas hartanah tersebut.
20
SD1 kemudiannya membuat bayaran-bayaran untuk pinjaman tersebut kepada plaintif melalui 26 transaksi pindahan wang atas talian antara 1.1.2020 sehingga 8.5.2021 dalam pelbagai jumlah kesemuanya berjumlah RM159,500.00.
21
SD1 kemudiannya mengambil keputusan menjual hartanah tersebut kepada LF Motorsport Sdn Bhd dengan harga RM1.75 juta. LF Motorsport Sdn Bhd diwakili oleh T/n Faizul Hilmy & Chew.
22
Namun begitu kaveat persendirian plaintif terpaksa dibatalkan terlebih dahulu sebelum perjanjian jual beli kepada LF Motorsport Sdn Bhd dapat diteruskan.
23
SD1 terpaksa menandatangani surat akujanji tersebut yang memberi kebenaran kepada T/n Faizul, Hilmy & Chew membayar hasil jualan kepada plaintif supaya kaveat persendirian plaintif dapat ditarik balik dan perjanjian jual beli dengan LF Motorsport Sdn Bhd dapat diteruskan.
24
Pada 1.7.2022 SD1 membayar RM83,227.33 kepada plaintif setelah hartanah tersebut Berjaya dijual.
25
SD1 mendakwa defendan-defendan tidak perlu membayar RM161, 772.67 seperti tuntutan plaintif kerana plaintif merupakan peminjam wang yang tidak berlesen. SD1 telah menerima RM200,000.00 daripada plaintif dan secara keseluruhannya telah membayar RM262,727.22 kepada plaintif.
26
Isu-isu yang perlu diputuskan oleh Mahkamah adalah seperti berikut: i. Sama ada perjanjian jual beli tersebut perjanjian samaran / palsu; ii. Sama ada defendan-defendan terikat dengan surat akujanji tersebut. Dapatan Mahkamah Sama ada perjanjian jual beli tersebut perjanjian samaran / palsu (sham agreement)
27
Maksud perjanjian palsu (sham agreement) telah banyak dikupas oleh nas undang-undang terdahulu. Mahkamah merujuk kepada kes Global Globe Property (Melawati) Sdn Bhd v. Jangka Prestasi Sdn Bhd [2020] 6 CLJ 1 yang membincangkan maksud ‘sham agreement’ seperti berikut: “[101] In the House of Lords' case of AG Securities v. Vaughan & Ors [1990] 1 AC 417 Lord Justice Bingham explained a "sham agreement" as follows: "A written agreement is a sham where it incorporates clauses by which neither party intends to be bound and which is obviously a smoke screen to cover the real intentions of both contracting parties: Hadjiloucas v. Crean [1987] 3 All ER 1008, 1014, per
28
Mahkamah juga merujuk kepada kes Pannir Selvam Sinnaiyah & Anor v. Tan Chia Foo & Ors [2019] CLJU 2031 yang mana isu yang dibicarakan adalah sama seperti di dalam kes ini iaitu perjanjian jual beli hartanah yang didakwa sebagai penyamaran kepada pinjaman wang haram. Mahkamah Tinggi memutuskan: [“32] Sham agreements are 'documents executed by the parties to the "sham" which are intended by them to give to third parties or to the Court the appearance of creating between the parties, legal rights and obligations different from the actual legal rights and obligations (if any) which the parties intend to create': per Diplock LJ in Snook v. London and Vest Riding Investments Limited [1967] 2 QB 786 [33] It is 'a false label in which the express purpose does not correspond with the true purpose': per Lim Beng Choon J in Kuppusamy Berapans v. Anggamah Ramasamy & Anor [1991] 3 CLJ (Rep) 97, where he adopted the explanation by Diplock LJ in
786
Snook v. London and West Riding Investments Ltd. [1967] 2 QB “
29
Berdasarkan nas undang-undang di atas, perjanjian samaran (sham agreement) merupakan satu perjanjian yang menutup niat sebenar pihak-pihak dan mencipta hak dan obligasi yang berlainan maksudnya daripada apa yang boleh dilihat secara nyata. Kebanyakan masa sham agreement ini bersifat bertentangan dengan undang-undang, berniat jahat serta menekan salah satu pihak yang berkontrak di dalam perjanjian tersebut.
30
Dalam kes Mahkamah Rayuan Rayuan Sivil No. B-02 (NCvC)(W)-1000-06/2024 AJ Kasturi Sdn Bhd v Pannirselvam A/L Mannar & 5 lagi (didengar bersama dengan 2 lagi rayuan), YA Ahmad Fairuz Zainol Abidin (HMR) telah mengupas pendekatan yang perlu diambil oleh Mahkamah apabila berdepan dengan isu pertikaian perjanjian palsu dengan merujuk kepada Mahmood Ooyub Framework seperti berikut: “Duty of court to determine sham transactions [43] In Mahmood bin Ooyub v Li Chee Leong and another appeal [2020] 6 MLJ 755 (CA), this court established comprehensive guidelines for determining whether a transaction is genuine or a sham designed to circumvent the Moneylenders Act 1951. The facts are similar to the current appeal where it also involved money lending transactions which were guised genuine land transactions. Lee Swee Seng JCA (as he then was) held: "[211] It therefore behooves the trial Court, when there is the allegation that the agreement is a sham and a fabrication with the object of circumventing the law, to examine the external evidence to see if the pieces in the puzzle would fit to from a coherent whole. The Court must probe further to see if there are unusual features in the agreement as in here, a sale and purchase agreement and examine the circumstantial evidence such as the conduct of the parties that may arouse suspicion if not setting off the alarm bell. [214] The Court in scrutinising the transaction is duty bound to shine the search light of consistency and coherence and to see if there are contradictions that cry out for an explanation. [215] No one factor is conclusive but if when taken together more questions are raised than there are satisfying answers, then in all probabilities the agreement is a sham and fabrication to camouflage and counterfeit the real transaction, which if allowed would contravene the law. The dressing up and decoy is deliberately if not delicately designed to escape detection by the enforcement authority and to deceive the weaker party when the crunch comes. The 'deal' is structured in such a way that the substance is shielded from detection [216] It is against that backdrop that this Court had weighed in on the evidence of suspicious circumstances and unusual features, the tell-tale signs and the indicia for dismantling and discarding the facade and exposing the transaction for what it really is - an illegal moneylending transaction. [217] The following are some of the suspicious circumstances and unusual features that would justify a further probing as pointing in the direction of a sham agreement like an SPA masking the illegal moneylending transaction:
1
The borrower 'vendor' is directed to use the services of a solicitor acting for the lender purchaser' with no separate representation;
2
Some directions to make repayments into designated accounts unrelated to the SPA;
3
The borrower 'vendor' is made to sign a slew of documents all in one go and often not given a copy;
4
The purchase price is fixed by the lender 'purchaser' and commonly well below market price as reflected in the government stamp duty assessment;
5
An unusually large amount of cash deposited and sometimes in many small denominations which source the lender 'purchaser' has difficulty explaining;
6
The borrower 'vendor' not being kept posted as to the progress of the transaction and often realised it when it is too late that the property has been transferred into the name of a third party that he had never met before;
7
The unusually high deposit paid of more than 10% of the purchase price and sometimes even the whole of the purchase price paid upon signing the SPA;
8
The unusually long period of time, sometime as long as one year, for the lender 'purchaser' to complete the purchase when the purchase price is already below market value;
9
The lender 'purchaser's' caveat may not be lodged until there is manifestation of objection by the borrower 'vendor' to the transfer; and
10
The rather common acts of harassment and criminal intimidation when the borrower 'vendor' refuses to grant vacant possession because he had never intended to sell his property. [218] The above list is by no means exhaustive and there will be doubtless variations of it and so one would have to look for the similarities in the differences and well as the differences in the similarities as h uman ingenuity knows no bound." (the Mahmood Ooyub Framework) [44] This court further emphasized the need for careful examination of all facts in Global Globe Property (Melawati) Sdn Bhd v Jangka Prestasi Sdn Bhd (supra) and held that: "[23] Whenever an allegation is made that an agreement and related documents prepared are a sham to camouflage what the law specifically prohibits; the court must tread cautiously and comb carefully the evidence presented. It is only to be expected that generally all tracks would be covered so as not to leave behind anything coming close to resemble a smoking gun.”
31
Setelah meneliti keterangan-keterangan yang dikemukakan, Mahkamah mendapati terdapat beberapa perkara yang memenuhi kriteria Mahmood Ooyub Framework di dalam kes ini. Perjanjian Jual Beli tiada tarikh 32. Keterangan SP2 adalah plaintif melantik SP2 untuk mengendalikan transaksi jual beli hartanah tersebut dengan
33
Perjanjian Jual Beli hartanah tersebut ditandatangani oleh defendan-defendan dan plaintif di pejabat SP2 secara berasingan dengan plaintif.
34
SP2 menyatakan Perjanjian jual beli tersebut tidak diletakkan tarikh dan tidak disetemkan atas arahan plaintif walaupun pada ketika itu plaintif telah membayar RM200,000.00 kepada SD1 sebagai deposit.
35
Namun begitu semasa pemeriksaan semula plaintif menyatakan: SP1 : Saya tidak mengarah Hee & Lim sebab Defendan Choo Siow Meng kata dia ada pembeli lain boleh tawarkan harga yang lebih tinggi. Hakim : Okay teruskan ada soalan lain. LM Looi : Siapa arahkan Hee & Lim menahan SPA? SP1 : Choo Siow Meng.
36
Jelas sekali terdapat percanggahan yang material dalam keterangan plaintif dan SD2 dalam hal ini.
37
Mahkamah berpendapat perjanjian jual beli tersebut tidak diletakkan tarikh dan tidak disetemkan kerana plaintif tidak pernah berniat untuk membeli hartanah tersebut. Hartanah tersebut dijadikan sekuriti kepada pinjaman yang diberikan oleh plaintif kepada SD1. Deposit tunai RM200,000.00 38. Adalah tidak dipertikaikan bahawa plaintif memindahkan sejumlah RM172,000.00 kepada SD1 atas talian dan juga tunai pada 26.11.2019 – 27.11.2019. Terdapat pindahan wang atas talian berjumlah RM28,000.00 pada 27.11.2019.
39
Keterangan plaintif ialah plaintif membayar RM200,000.00 sebagai deposit selepas perjanjian jual beli tersebut ditandatangani. Namun semasa disoal balas plaintif bersetuju bahawa perjanjian jual beli tersebut ditandatangani pada 28.11.2019 iaitu selepas wang RM200,000.00 dipindahkan kepada SD1.
40
Dapatan ini disokong oleh keterangan SP2 di mana semasa perjanjian jual beli tersebut ditandatangani, defendan-defendan turut menandantangani surat pengesahan penerimaan deposit pada 1.12.2019 yang mengesahkan penerimaan wang RM200,000.00 tersebut.
41
Mahkamah berpendapat berdasarkan keterangan, plaintif telah terlebih dahulu memindahkan wang tunai kepada SD1 sebagai pinjaman sebelum menandantangani perjanjian jual beli tersebut dan bukannya selepas itu.
42
Selain itu, wang RM200,000.00 tersebut dibayar secara langsung kepada SD1.
43
Secara lazimnya, dalam mana-mana transaksi jual beli hartanah, peguam dilantik sebagai pemegang taruh dan apa jua bayaran kepada penjual akan dibuat melalui peguam yang dilantik. Tindakan plaintif yang membayar secara langsung kepada SD1 menguatkan lagi dakwaan defendan-defendan bahawa wang RM200,000.00 tersebut bukanlah deposit kepada perjanjian jual beli tetapi pinjaman wang haram.
44
Selain itu, deposit RM200,000.00 tersebut adalah bercanggah dengan terma perjanjian jual beli tersebut.
45
Seksyen 2 Jadual kedua Perjanjian Jual Beli tersebut memperuntukkan deposit sebanyak RM130,000.00.
46
Apabila disoal balas mengenai perkara ini, plaintif mendakwa peguamnya SP2 tidak menerangkan hal ini kepada plaintif dan plaintif tidak faham tentang kandungan seksyen 2 jadual kedua tersebut.
47
Namun angka RM130,000.00 sekali lagi tertera dalam surat akuan plaintif bertarikh 28.11.2019 (m/s 38 Ikatan B). Plaintif menyediakan akuan ini semasa memohon kaveat persendirian dimasukkan ke atas hartanah tersebut.
48
SP2 mendakwa telah menerangkan kandungan perjanjian jual beli dan surat akuan tersebut kepada plaintif dan plaintif faham kandungannya. SP2 mengesahkan plaintif tidak meminta untuk meminda angka RM200,000.00 kepada
49
Keterangan saksi-saksi plaintif dalam hal ini adalah bercanggah antara satu sama lain. Percanggahan ini menguatkan lagi dakwaan defendan-defendan bahawa perjanjian jual beli tersebut merupakan samaran kepada pinjaman wang haram. Surat Pengesahan Penerimaan Deposit RM200,000.00
50
Defendan-defendan turut diminta menandantangani suatu surat yang mengesahkan defendan-defendan telah menerima RM200,000.00 tersebut (m/s 39 Ikatan B).
51
51.
Preamble
Menurut keterangan SP2, surat ini ditandatangani bersama-sama dengan perjanjiian jual beli tersebut oleh defendan-defendan dan disediakan atas arahan plaintif.
52
Kandungan surat pengesahan tersebut adalah seperti berikut:
53
Surat tersebut tidak sekadar mengesahkan defendan-defendan menerima RM200,000.00 tersebut sebagai deposit, namun pada masa yang sama mengandungi akujanji defendan-defendan untuk membayar balik wang deposit tersebut dalam masa 365 hari i.e. satu tahun.
54
Tiada penjelasan daripada plaintif atau SP2 mengapa terdapat terma sedemikian. Semasa dicadangkan kepada SP2 bahawa terma ini menyokong wang RM200,000.00 ialah wang pinjaman, SP2 menafikannya.
55
Namun SP2 mengaku bahawa surat pengesahan ini bukanlah satu amalan lazim dalam transaksi pindahmilik hartanah.
56
Adalah mustahil untuk menyatakan syarat bayaran semula tersebut merupakan sebahagian daripada terma perjanjian jual beli tersebut. Ini kerana perjanjian jual beli tersebut telah memperuntukkan keadaan khas di mana penjual i.e. defendan-defendan perlu membuat bayaran kepada plaintif sekiranya defendan-defendan melanggar / memungkiri perjanjian jual beli tersebut dibawah klausa 15.
57
Secara ringkas klausa 15 memperuntukkan tindakan yang boleh diambil oleh pembeli i.e. plaintif sekiranya defendan-defendan memungkiri perjanjian jual beli tersebut iaitu sama ada plaintif meneruskan perjanjian jual beli melalui pelaksanaan spesifik atau menamatkan perjanjian dengan menuntut gantirugi yang telah ditentukan (agreed liquidated damages).
58
Jumlah gantirugi tersebut adalah seperti yang diperuntukkan di seksyen 8
Schedule
Jadual Kedua iaitu RM130,000.00 dan bukannya RM200,000.00. 59. Mahkamah berpendapat surat pengesahan ini tidak lain dan tidak bukan ialah dokumentasi yang disediakan oleh plaintif untuk mengikat defendan-defendan dengan pinjaman wang RM200,000.00 tersebut. Tempoh enam (6) bulan untuk lengkapkan bayaran 60. Klausa 2.2 memperuntukkan masa enam (6) bulan untuk plaintif membayar harga jualan dengan tambahan enam (6) bulan lanjutan masa. 61. Amalan lazim transaksi pindahan hakmilik hartanah di negara ini ialah tiga (3) bulan selepas deposit dibayaran (rujuk Pannir Selvam Sinnaiyah & Anor v. Tan Chia Foo & Ors [2019] CLJU 2031). 62. Tempoh masa yang diberikan dalam kes di hadapan Mahkamah ini melebihi tiga bulan dan jika dikira dengan lanjutan yang dibenarkan berjumlah dua belas (12) bukan i.e satu tahun. 63. Ini adalah selari dengan tempoh masa yang dinyatakan dalam surat pengesahan penerimaan deposit yang menyatakan defendan-defendan bersetuju membayar semula RM200,000.00 tersebut dalam masa 365 hari i.e. satu tahun. 64. Tempoh masa yang lama diberikan di dalam perjanjian jual beli tersebut tidak lain tidak bukan memberi masa kepada defendan-defendan untuk membayar balik pinjaman yang diambil oleh mereka. 65. Mahkamah menolak hujahan plaintif yang tempoh melebihi tiga (3) bulan adalah tidak mencurigakan kerana jual beli hartanah tersebut di antara defendan-defendan dan LF Motorsport juga mengambil masa yang lama. 66. Mahkamah berpendapat tanpa apa-apa fakta konkrit berkenaan transaksi jual beli antara defendan-defendan dan LF Motorsport, perbandingan tersebut adalah tidak cetek tanpa apa-apa nilai probative. Defendan-defendan membuat bayaran balik wang yang dipinjam 67. Menurut Mahmood Ooyub Framework, salah satu ciri pinjaman wang haram ialah selepas perjanjian palsu ditandatangani, peminjam dan/atau penjual akan membuat bayaran balik wang dipinjam tersebut. Lazimnya bayaran balik ini akan dibuat ke dalam akaun yang tiada kaitan dengan pemberi pinjaman wang atau ah long. 68. Dalam kes ini, fakta yang tidak dipertikaikan ialah SD1 telah membuat bayaran berjumlah secara ansuran kepada akaun plaintif mulai 1.1.20120 iaitu lebih kurang satu bulan selepas SD1 menerima RM200,000.00 tersebut. 69. Plaintif mendakwa wang tersebut merupakan bayaran pinjaman yang diberikan kepada defendan-defendan sebelum ini yang berjumlah RM140,000.00. Plaintif juga mendakwa dirinya sebagai seorang peminjam wang yang berlesen namun gagal menunjukkan apa-apa lesen untuk menjalankan perniagaan pinjaman wang yang sah di Mahkamah. 70. Keterangan plaintif tersebut tidak disokong oleh apa-apa bukti dan semasa disoal balas, plaintif juga tidak berupaya memberikan butiran-butiran penuh pinjaman yang diberikan kepada SD1 tersebut. 71. Mahkamah berpendapat cerita plaintif bahawa plaintif memberi pinjaman RM140,000.00 kepada SD1 dan RM159,500.00 tersebut merupakan bayaran pinjaman tersebut adalah satu pemikiran semula dan rekaan semata-mata untuk memberikan alasan kepada wang RM159,500.00 yang diterima oleh plaintif. 72. Mahkamah percaya wang tersebut merupakan sebahagian bayaran pinjaman RM200,000.00 tersebut. SD1 telah mula membuat bayaran dari Januari 2020 sehinggalah Mei 2021. Seterusnya SD1 membayar RM20,000.00 melalui Tetuan Faizul Hilmy & Chew pada 30.7.2021 dan sekali lagi berjumlah RM83,227.33 pada 22.6.2022 setelah hartanah tersebut Berjaya dijual menjadikan keseluruhan bayaran kepada plaintif ialah RM262,727.33. 73. Selain daripada ciri-ciri di atas yang sangat jelas dan terang, terdapat beberapa lagi keadaan yang menjurus kepada keterangan keadaan yang menyokong kes defendan iaitu: a. Defendan-defendan tidak diwakili peguam dan menggunakan khidmat peguamcara plaintif sahaja di dalam transaksi melibatkan perjanjian jual beli hartanah tersebut; b. Arahan menahan transaksi adalah sebelum kaveat persendirian plaintif dimasukkan. Ini menunjukkan plaintif tiada niat untuk meneruskan dengan perjanjian jual beli bersebut; c. Plaintif gagal menunjukkan apa-apa bukti bahawa plaintif telah memohon pembiayaan bagi membeli hartanah tersebut; d. Harga yang dipersetujui adalah lebih rendah daripada harga pasaran. Keterangan menunjukkan SD1 membeli hartanah tersebut dengan harga RM1.56 juta dan menjual kepada LF Motorsport dengan harga RM1.75 juta. Harga di dalam perjanjian jual beli tersebut adalah RM1.3 juta sahaja. e. Defendan-defendan terpaksa memfailkan permohonan penzahiran dokumen terhadap Tetuan Hee & Lim untuk mendapatkan sesalinan perjanjian jual beli tersebut bagi meneruskan tindakan ini di Mahkamah. Ini kerana defendan-defendan tidak pernah dibekalkan dengan sesalinan perjanjian jual beli tersebut selepas menandatanganinya. 74. Mahkamah berpendapat bahawa perkara-perkara di atas memenuhi sebahagian besar ciri-ciri pinjaman wang haram yang dikenalpasti di dalam Mahmood Ooyub Framework. 75. Mahkamah tidak menafikan bahawa dalam transaksi pinjaman wang haram yang menyamar sebagai perjanjian jual beli hartanah terdapat keterangan-keterangan dokumentasi dikemukakan bagi menyokong transaksi jual beli hartanah tersebut. Kes ini juga tidak terkecuali. 76. Pihak pemberi pinjaman wang haram atau ah long ini akan menggunakan khidmat guaman untuk menyediakan dokumen-dokumen pindah milik tersebut sekaligus cuba membuat transaksi tersebut kelihatan sebagai transaksi yang sah di sisi undang-undang. 77. Mahkamah di dalam kes-kes terdahulu telah memberi peringatan dan amaran mengenai hal perkara ini dan memutuskan tugas Mahkamah dalam keadaan sedemikian adalah untuk melihat kepada latar belakang kes yang lebih luas, tindak tanduk pihak-pihak dalam transaksi tersebut, meneliti keterangan-keterangan dengan cermat bagi mengenalpasti kelompangan, percanggahan dan keterangan-keterangan yang menunjukkan cerita atau versi yang lebih konsisten dan munasabah. 78. Dalam kes di hadapan Mahkamah ini Mahkamah berpendapat cerita plaintif mengenai perjanjian jual beli yang tidak menjadi ini adalah sesuatu yang tidak masuk akal dan tidak munasabah. Dakwaan plaintif bahawa perjanjian jual beli tersebut tidak diteruskan atas permintaan SD1 kerana SD1 ingin mencari pembeli lain sejurus selepas perjanjian jual beli tersebut ditandatangani, pada pendapat Mahkamah sangat mencurigakan dan membingungkan. 79. Lebih mencurigakan ialah, hanya pada Mei 2021 iaitu lebih kurang setahun setengah dari November 2019, SD1 mengambil tindakan untuk menjual hartanah tersebut kepada LF Motorsport. 80. Tiada sebab munasabah untuk plaintif menahan perjanjian jual beli tersebut sehingga lebih setahun sekiranya SD1 telah memberitahu plaintif bahawa SD1 tidak ingin menjual hartanah tersebut kepada plaintif pada peringkat awal lagi. 81. Mana-mana orang yang munasabah sudah pasti akan menamatkan perjanjian jual beli tersebut dengan segera dan menuntut remedi-remedi yang telah diperuntukkan di bawahnya. Plaintif tidak perlu pun menunggu SD1 mendapatkan pembeli lain sebelum mengambil tindakan menamatkan perjanjian jual beli tersebut. 82. Mahkamah juga menolak penjelasan plaintif bahawa jumlah tuntutan RM265,000.00 merupakan bayaran balik deposit RM200,000.00 dan RM65,000.00 adalah separuh daripada jumlah gantirugi yang telah ditentukan (agreed liquidated damages). 83. Jumlah gantirugi yang dipersetujui seperti yang diperuntukkan adalah RM130,000.00. Tiada apa-apa penjelasan mengapa plaintif hanya menuntut R65,000.00 dan itupun selepas hampir setahun setengah perjanjian jual beli tersebut ditandatangani, plaintif membuat tuntutan ini terhadap defendan-defendan. 84. Mahkamah berpendapat segala tindak-tanduk plaintif mencerminkan perkara sebenar di sebalik perjanjian jual beli tersebut iaitu plaintif telah memberi pinjaman wang kepada SD1 berjumlah RM200,000.00 dan kini menuntut kembali wang tersebut dengan kadar faedah yang tinggi. 85. Tempoh setahun setengah dari November 2019 sehingga Mei 2021 dimana perjanjian jual beli tersebut kononnya ditahan merupakan tempoh masa yang diberikan kepada defendan-defendan untuk membayar pinjaman RM200,000.00 tersebut. 86. Plaintif hanya bersetuju melepaskan hartanah tersebut daripada kaveat persendiriannya apabila defendan-defendan menandatangani surat-surat akujanji bertarikh 30.7.2021 yang disediakan oleh Tetuan Faizul Hilmy & Chew dimana melalui akujanji-akujanji tersebut plaintif akan mendapat bayaran sebanyak RM265,000.00. Keterangan SP2 mengesahkan perkara ini. 87. Mahkamah berpendapat versi defendan-defendan ini adalah lebih munasabah, berkemungkinan dan konsisten dengan keterangan-keterangan dokumentar yang ada di hadapan Mahkamah. Kredibiliti defendan-defendan 88. Plaintif berhujah bahawa SD1 merupakan saksi yang tidak boleh dipercayai kerana sering memberi keterangan-keterangan yang bercanggah dan seringkali menukar jawapannya. 89. Tambahan pula SD1 merupakan seorang yang mempunyai latar belakang Pendidikan yang tinggi dan mustahil tidak memahami kandungan dokumen-dokumen yang ditandatangani olehnya. 90. Mahkamah bersetuju dengan plaintif bahawa dengan latar pendidikan yang tinggi dan pengalaman SD1 sendiri dalam urusniaga pindahmilik hartanah, memandangkan SD1 ialah seorang pelabur dalam bidang hartanah, bahawa SD1 memahami dokumen-dokumen yang ditandatanganinya. 91. Mahkamah juga percaya ini bukan kali pertama SD1 membuat pinjaman dengan peminjam wang tidak berlesen / haram i.e. ah long. SD1 mengakui mempunyai pengalaman berurusan dengan ah long sebelum ini. 92. Meneliti keterangan SD1 secara keseluruhannya dan memerhatikan SD1 memberi keterangan secara langsung, Mahkamah berpendapat SD1 sedar apa yang telah dilakukan olehnya (meminjam wang dengan ah long) dan apa kesan daripada tindakannya. 93. SD1 membuat pinjaman dengan plaintif seorang ah long dan telah membuat bayaran dengan konsisten pada awalnya namun kemudiannya menghadapi masalah membayar pinjaman tersebut. Ini adalah konsisten dengan jumlah wang yang dipindahkan ke akaun plaintif yang mana menunjukkan penurunan bayaran pada akhir 2020 dan awal 2021. SD1 juga gagal membayar semula wang RM200,000.00 dalam masa satu (1) tahun seperti di dalam surat pengesahan penerimaan deposit tersebut. 94. Atas sebab tersebut SD1 terdesak menjual hartanah tersebut dan hasil jualannya digunakan untuk melangsaikan pinjaman RM200,000.00 tersebut. 95. Mahkamah berpendapat dakwaan SD1 bahawa SD1 tidak tahu tentang kandungan surat akujanji bertarikh 30.7.2021 adalah tidak benar. 96. SD1 memang sedia maklum dan faham kandungan surat akujanji tersebut namun SD1 memprotes kandungan surat akujanji tersebut. Seperti yang diulang-ulang oleh SD1 di dalam keterangannya, SD1 terpaksa menandantangani surat akujanji. 97. Keterangan SD1 ialah SD1 terpaksa menandatangai surat akujanji tersebut kerana SD1 takutkan ancaman ah long. SD1 memberitahu ah long sudah datang mencarinya di rumah dan mengganggunya melalui panggilan telefon kerana hal hutang ini. 98. Tiada apa-apa bukti dikemukakan oleh SD1 untuk menyokong keterangan ini dan SD1 juga tidak pernah membuat laporan polis mengenai ancaman-ancaman ini kerana takut. 99. Namun begitu, Mahkamah sedar bahawa perkara-perkara yang diberitahu oleh SD1 tersebut merupakan taktik lazim yang digunakan oleh ah long untuk menakut-nakutkan peminjam yang ingkar. 100. Mahkamah juga berpendapat SD1 gagal membuktikan unsur-unsur paksaan (coercion) seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 15 Akta Kontrak 1950. 101. Adakah SD1 seroang saksi yang tidak kredible dan keterangannnya tidak boleh diterima oleh Mahkamah? 102. Mahkamah merujuk kepada kes Pearson Hardman Industries (M) Sdn Bhd v Mes Technoservice Malaysia Sdn Bhd [2021] MLJU 2626 mengenai perkara yang perlu diambil kira oleh Mahkamah dalam menilai krebiliti saksi-saksi. YA Evrol Marriette Peters PK (pada masa itu) memutuskan: “[54] It is trite law that, apart from applying the standard of proof required by law, a trier of fact, in order to arrive at a decision according to law, must judicially appreciate the evidence led before him upon the issue called for resolution. ‘Judicial appreciation is concerned with the process of evaluating the evidence for the purpose of discovering where the truth lies in a particular case. It includes, but is not limited to, identifying the nature and quality of the evidence, assigning such weight to it as the trier of fact deems appropriate, testing the credibility of oral evidence against contemporaneous documents as well as the probabilities of the case and assessing the demeanour of witnesses’: per Gopal Sri Ram JCA (as he then was) in Boonsom Boonyanit v Adorna Properties Sdn Bhd [1997] 2 MLJ 62. … [57] I also found instructive the cases of Sean Thornton (a minor by his mother and next friend) v Northern Ireland Housing Executive [2010] NIQB 4 and McAllister v Campbell [2014] NIQB 24, where the following factors in assessing and evaluating a witness were considered: a) The inherent probability or improbability of representations of fact; b) The presence of independent evidence tending to corroborate or undermine any given statement of fact; c) The presence of contemporaneous records; d) The demeanour of witnesses; e) The frailty of the population at large in accurately recollecting and describing events in the distant past; f) Whether the witness take refuge in wild speculation or uncorroborated allegations of fabrication; and g) Whether the witness had a motive for misleading the court.” 103. Mahkamah bersetuju dengan plaintif bahawa ada ketikanya SD1 mengubah-ubah jawapannya dan teragak-agak untuk memberikan jawapan yang sepatutnya. Namun ada ketikanya, SD1 bersetuju jua dengan cadangan oleh peguamcara plaintif walaupun jawapan itu tidak memihak kepadanya. Walaupun keterangan SD1 ada masanya tidak konsisten, namun ianya adalah hanya sebahagian sahaja dan tidak menjejaskan keseluruhan kes defendan-defendan. 104. SD2 merupakan ibu kepada SD1 dan berusia 79 tahun semasa memberi keterangan. SD2 seorang wanita yang sudah lanjut berusia. Jika diteliti keseluruhan keterangan SD2, Mahkamah boleh simpulkan SD2 hanya menurut arahan SD1 tanpa mengetahui dengan lebih lanjut apakah yang dilakukannya. Ini boleh dilihat apabila SD2 kebanyakan masa menjawab "tidak tahu" apabila ditanya lebih lanjut tentang kes ini. Mahkamah tidak meletakkan apa-apa keberatan kepada keterangan SD2 ini. 105. Secara keseluruhannya Mahkamah mendapati versi defendan-defendan merupakan versi yang lebih munasabah berbanding plaintif, lebih berkemungkinan dan konsisten dengan keseluruhan keterangan yang dikemukakan di Mahkamah. Sungghpun SD1 sendiri bukanlah saksi contoh dalam kes ini namun dapatan Mahkamah berdasarkan Mahmood Ooyub Framework adalah jelas menyokong kes defendan bahawa transaksi jual beli hartanah tersebut merupakan penyamaran kepada satu transaksi pinjaman wang haram. Sama ada defendan-defendan terikat dengan surat akujanji tersebut 106. Tuntutan plaintif di dalam kes ini adalah berdasarkan surat akujanji bertarikh 30.7.2021 tersebut. Plaintif mendakwa surat akujanji tersebut adalah berdasarkan persetujuan plaintif dan defendan lanjutan perjanjian jual beli tersebut tidak dapat diteruskan. 107. Berdasarkan dapatan yang berpandukan Mahmood Ooyub Framework supra, Mahkamah berpuas hati bahawa plaintif bukanlah seorang pembeli bona fide (bona fide purchaser) hartanah tersebut. Sebaliknya plaintif merupakan seorang peminjam wang yang menepati definisi peminjam wang dibawah seksyen 2 Moneylenders Act 1951 (Akta 400) tersebut dan tidak berlesen. 108. Seksyen 2 Akta 400 memperuntukkan: "moneylender" means any person who carries on or advertises or announces himself or holds himself out in any way as carrying on the business of moneylending, whether or not he carries on any other business;" "moneylending" means the lending of money at interest, with or without security, by a moneylender to a borrower;" 109. Menjalankan perniagaan pinjaman wang tanpa lesen merupakan satu kesalahan di bawah seksyen 5 Akta 400 yang memperuntukkan: "5. Licence to be taken out by moneylender (1) No person shall carry on or advertise or announce himself or hold himself out in any way as carrying on the business of moneylending unless he is licensed under this Act.” 110. Mana-mana perjanjian yang bertentangan dengan Akta 400 adalah tidak sah dan terbatal dan tidak boleh dikuatkuasakan seperti yang diputuskan di dalam kes Mahmood Ooyub v. Li Chee Loong & Other Appeals, [2020] 6 MLJ 755 (CA) seperti berikut: “[253] The moneylending agreement masquerading and masking as an SPA is void both under section 24 of the Contracts Act 1950 and the various provisions of the Moneylenders Act 1951 and in particular section 15 referred to above.” 111. Selanjutnya di dalam kes AJ Kasturi Sdn Bhd v Pannirselvam A/L Mannar & 5 lagi (didengar bersama dengan 2 lagi rayuan), supra, Mahkamah Rayuan apabila membincangkan kesan dapatan Mahkamah terhadap transaksi pinjaman wang haram memutuskan: “[128] In Mahmood bin Ooyub (supra) held that unlicensed moneylender cannot under the guise of not being covered by the Moneylenders Act 1951 take shelter in the freedom of contract in that parties can create contractual obligations not prohibited by the Act. The moment a court of law makes a finding that the transaction is moneylending and the fact that the lender is not licensed to lend with interest that makes the whole agreement no matter how it is structured, into an illegal moneylending agreement which is unenforceable under s 15 of the Moneylenders Act 1951.” … [130] As the Federal Court emphatically stated in Triple Zest Trading & Suppliers & Ors v Applied Business Technologies Sdn Bhd [2023] 6 MLJ 818, the court will not render assistance to those who come before it with unclean hands. The consequences of engaging in sham arrangements designed to circumvent statutory prohibitions are both the invalidity of such arrangements and the denial of legal remedies to those who create them. This serves not only as punishment for illegality, but as a necessary deterrent to preserve the integrity of our legal and financial systems.” 112. Dalam kes ini, Mahkamah memutuskan perjanjian jual beli tersebut merupakan satu transaksi pinjaman wang haram dan bukannya satu transaksi jual beli hartanah yang tulen. Ini bermaksud perjanjian jual beli tersebut merupakan satu perjanjian palsu bertentangan dengan seksyen 15 Moneylenders Act 1951. Memandangkan perjanjian jual beli tersebut bertentangan dengan undang-undang maka ianya terbatal dan tidak sah dibawah seksyen 24 Akta Kontrak 1950. 113. Oleh yang demikian, Mahkamah berpendapat apa jua kewajipan dan/atau persetujuan yang berasal daripada perjanjian jual beli tersebut juga tidak sah dan terbatal dan tidak boleh dikuatkuasakan. Ini termasuklah surat akujanji tersebut yang ditandatangani oleh defendan-defendan yang mana sama sekali batal, tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan. Kesimpulan 114. Berdasarkan alasan-alasan di atas, atas imbangan kebarangkalian, Mahkamah memutuskan plaintif gagal membuktikan kesnya terhadap defendan-defendan. 115. Tuntutan plaintif ditolak dengan kos. Kos mengikut skala. Bertarikh pada 12 Disember 2025 ……………………………….. LAILAWATI BINTI ALI HAKIM Mahkamah Sesyen Johor Bahru JOHOR Bagi pihak plaintif: Bagi pihak defendan: LLM Looi / SS Ding CH Wong / XE Chuan Tetuan Tiong & Ding Tetuan C H Wong
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.