Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KAJANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN GUAMAN SIVIL NO. BH-B52NCC-11-02/2025 ANTARA CHUBB INSURANCE MALAYSIA BERHAD (NO. SYARIKAT: 197001000564 (9827-A) …PLAINTIF
BH-B52NCC-11-02/2025
Sessions Court of Malaysia9 Dec 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“Daud (Membawa tindakan ini di bawah Seksyen 7 dan 8 Akta Undang-Undang Sivil 1956, sebagai bapa dan tanggungan kepada Kamalrolzaman bin Zulkipli (si mati) dan lain lain v Husain bin Hasan dan 1 Lagi [2023] MLJU 3390; Abdul Rahim Ponniah Abdullah v. Kulim Intensive Driving Centre Sdn Bhd [2000] 5 MLRH 536; [2000] 4 AMR”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KAJANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN GUAMAN SIVIL NO. BH-B52NCC-11-02/2025 ANTARA CHUBB INSURANCE MALAYSIA BERHAD (NO. SYARIKAT: 197001000564 (9827-A) …PLAINTIF
1
IXIS CORPORATION SDN BHD
2
MOHAMED SABRI BIN ABU BAKAR
3
ADNAN BIN ABU SAMAH
4
ROZAIDI BIN RAMLI
5
KHAIRIL MUZAMIL BIN ABDUL RAHMAN
6
ABD RAHMAN BIN ABD KARIM (NO. K/P: 560411-08-6271) …DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN [Permohonan Interlokutori Lampiran 35] S/N lhhnyilfjkmDxaE00OlILA
1
1.
Lampiran
Lampiran 35 adalah permohonan Defendan-Defendan di bawah Aturan 13 Kaedah 8, Aturan 42 Kaedah 13 dan/atau Aturan 92 Kaedah 4 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (KKM 2012) untuk mendapatkan perintah-perintah mahkamah, antara lain, seperti berikut: a) Penghakiman Ingkar terhadap Defendan Pertama (D1) dan Defendan Kedua (D2) bertarikh 28.04.2025 (JID 1) diketepikan dan dibatalkan; b) Penghakiman Ingkar terhadap Defendan Ketiga (D3) bertarikh 21.05.2025 (JID 2) diketepikan dan dibatalkan; c) Penghakiman Ingkar terhadap Defendan Keempat (D4), Defendan Kelima (D5) dan Defendan Keenam (D6) (JID 3) bertarikh 18.07.2025 diketepikan dan dibatalkan; d) Defendan-Defendan dibenarkan untuk memfailkan Pembelaan dalam tempoh 14 hari bermula dari tarikh perintah diberikan berkenaan permohonan ini; dan e) Pelaksanaan dan penguatkuasaan terhadap Penghakiman Ingkar terhadap kesemua Defendan-Defenfan digantung sementara menunggu perbicaraan dan pelupusan permohonan dan/atau mana-mana rayuan. 2. Bagi menyokong permohonan tersebut, Defendan-Defendan melalui Afidavit Sokongan Mohamed Sabri bin Abu Bakar bertarikh S/N lhhnyilfjkmDxaE00OlILA 13.08.2025 (Lampiran 36) telah mengemukakan alasan-alasan, antara lain, seperti berikut: a) D2 selaku Pengarah dan wakil bagi D1 tidak dapat menghadiri Pengurusan Kes sebelum Penghakiman Ingkar direkodkan terhadap kedua-duanya kerana D2 cuti sakit; b) Tuntutan Plaintif adalah berkaitan dengan pihak lain yang perlu dijadikan pihak di dalam tindakan ini; dan c) Defendan-Defendan mempunyai merit kes dan pembelaan terhadap Plaintif. 3. Melalui Afidavit Jawapan Prakash Naidu a/l Appalanaidu bertarikh 15.08.2025 (Lampiran 39), Plaintif membantah terhadap permohonan Defendan-Defendan tersebut, atas alasan, antara lain: a) Permohonan D1 dan D2 untuk mengenepikan JID 1 adalah wajar untuk ditolak kerana difailkan diluar jangka masa yang ditetapkan; b) Penghakiman-Penghakiman Ingkar yang telah direkodkan adalah teratur kerana kertas kausa telah diserahkan, diterima dan dibawa kepada perhatian Defendan-Defendan; dan c) Defendan-Defendan gagal membangkitkan sebarang pembelaan bermerit. S/N lhhnyilfjkmDxaE00OlILA B. Ringkasan Latar Belakang Kes 4. Atas permintaan D1, Plaintif telah mengeluarkan satu Jaminan Insurans untuk Bon Pelaksanaan bertarikh 19.10.2022 untuk kepentingan Kerajaan Malaysia (‘Prinsipal tersebut’) bagi jumlah RM1,000,000.00 (‘Bon Pelaksanaan tersebut’), sebagai balasan kepada Kontrak di antara D1 dan Kerajaan Malaysia untuk ‘Meroboh dan Membina Semula Masjid Jamiurrahmah, Kampung Limau Manis, Sungai Merab, Kajang, Selangor’ (‘Kontrak tersebut’). 5. Plaintif telah menerima RM102,266.67 daripada D1 sebagai Cagaran (‘Collateral’) bagi pengeluaran Bon Pelaksanaan tersebut. 6. Sebagai balasan kepada Plaintif dalam mengeluarkan Bon Pelaksanaan tersebut, Defendan-Defendan telah menandatangan Surat-Surat Tanggung Rugi yang masing-masing bertarikh 19.10.2022 (‘Surat-Surat Tanggung Rugi tersebut’- Eksibit C,
Lampiran
Lampiran 39) untuk kepentingan Plaintif. 7. Melalui Surat-Surat Tanggung Rugi tersebut, Defendan-Defendan telah bersetuju, antara lain:- a) memberi indemniti kepada Plaintif terhadap semua bayaran yang dibuat oleh Plaintif di bawah Bon Pelaksanaan tersebut dan membayar Plaintif serta merta semua wang atas tuntutan Plaintif tertakluk kepada faedah yang telah ditetapkan; b) Plaintif mempunyai kuasa mutlak untuk membuat sebarang pembayaran atau menjelaskan sebarang tuntutan di bawah S/N lhhnyilfjkmDxaE00OlILA Bon Perlaksanaan tanpa merujuk kepada Defendan-Defendan, tanpa perlu menyiasat berkenaan kewajaran, kesahihan dan ketepatan sebarang tuntutan biarpun ada pertikaian dari Defendan-Defendan; c) Defendan-Defendan akan terikat dengan sebarang tuntutan atau permintaan berkenaan dan Defendan-Defendan menerima tuntutan atau permintaan tersebut sebagai keterangan yang memadai bahawa Plaintif memang bertanggungjawab untuk membayar dan mematuhinya; d) Liabiliti Defendan-Defendan adalah muktamad dan kekal berkuatkuasa atau berkesan sepenuhnya sehingga segala wang yang perlu dibayar atau akan perlu dibayar oleh Defendan-Defendan kepada Plaintif telah dibayar; dan e) Liabiliti Defendan-Defendan hendaklah terus berkuatkuasa sepenuhnya dan berkesan sekalipun terdapat ubahsuaian, pindaan, pembaharuan atau peluasan yang mana Plaintif mempunyai kuasa mutlak untuk membuat sebarang ubahsuaian, pindaan, pembaharuan atau peluasan yang berkenaan. 8. Akibat kegagalan D1 dalam melaksanakan obligasi di dalam Kontrak tersebut dan atas tuntutan Prinsipal tersebut melalui surat bertarikh 25.04.2024, Plaintif telah membuat bayaran sebanyak RM1,000,000.00 kepada Prinsipal tersebut. S/N lhhnyilfjkmDxaE00OlILA 9. Melalui surat-surat tuntutan masing-masing bertarikh 26.11.2024, Plaintif telah menuntut Defendan-Defendan untuk membayar keberhutangan tersebut sepertimana yang telah dipersetujui di dalam Surat-Surat Tanggung Rugi tersebut. Walau bagaimanapun, Defendan-Defendan masih gagal, enggan dan/atau abai untuk membayar tuntutan Plaintif atau mana-mana bahagiannya sehingga kini. 10. Pada 28.02.2025, Plaintif memfailkan tuntutan sivil terhadap Defendan-Defendan secara bersesama dan/atau berasingan bagi mendapatkan relif-relif seperti berikut: a) Jumlah sebanyak RM897,733.33; b) Faedah ke atas RM897,733.33 pada kadar 9.89% setahun yang dikira dari 26.11.2024 sehingga ke tarikh penghakiman; c) Faedah ke atas RM897,733.33 pada kadar 9.89% setahun yang dikira dari tarikh penghakiman ke tarikh penyelesaian penuh; dan d) Kos 11. Pada 28.04.2025, JID 1 dimasukkan terhadap D1 dan D2. 12. Pada 21.05.2025, JID 2 dimasukkan terhadap D3. 13. Pada 18.07.2025, JID 3 dimasukkan terhadap D4, D5 dan D6. 14. Pada 29.07.2025, Defendan-Defendan memfailkan Lampiran 35. 15. Pada 9.12.2025, Mahkamah menolak permohonan Defendan-Defendan di Lampiran 35 dengan kos berjumlah RM2,500.00 untuk dibayar oleh Defendan-Defendan kepada Plaintif. S/N lhhnyilfjkmDxaE00OlILA 16. Pada 18.12.2025, Defendan-Defendan memfailkan Notis Rayuan terhadap keputusan Mahkamah bertarikh 9.12.2025. C. Prinsip Undang-Undang Untuk Mengenepikan/Membatalkan Penghakiman Ingkar 17. Prinsip undang-undang berkenaan kuasa budibicara Mahkamah untuk mengenepikan dan membatalkan Penghakiman Ingkar Kehadiran adalah jitu dan mantap sepertimana yang berikut: a) Mahkamah perlu menentukan terlebih dahulu sama ada penghakiman tersebut adalah suatu penghakiman yang teratur atau tidak teratur; b) Sekiranya penghakiman tersebut adalah suatu penghakiman yang diperolehi secara tidak teratur, maka penghakiman tersebut hendaklah diketepikan ex debito justitiae, tanpa mengambil kira mengenai isu merit dan tanpa syarat; dan c) Sekiranya penghakiman tersebut diperolehi secara teratur, Defendan hendaklah menunjukkan bahawa Defendan mempunyai pembelaan yang bermerit dan mempunyai isu-isu pertikaian yang boleh dibicarakan atas merit serta perkara-perkara ini hendaklah didedahkan di dalam Afidavit Sokongan. Lihat kes-Tuan Haji Ahmed Abdul Rahman v Arab Malaysian Finance Berhad [1996] 1 CLJ 241 (Mahkamah Persekutuan) dan Lai Yoke Ngan & Anor v Chin Teck Kwee & Anor [1997] 3 CL 305 (Mahkamah Persekutuan) S/N lhhnyilfjkmDxaE00OlILA 18. Selain itu, permohonan untuk mengenepikan penghakiman dan perintah hendaklah dibuat dalam tempoh 30 hari selepas penghakiman tersebut diterima. Lihat Aturan 42 kaedah 13 KKM 2012. 19. Sekiranya terdapat isu kelewatan untuk memfailkan permohonan tersebut, Mahkamah akan mengambilkira isu kelewatan sebagai satu faktor untuk dipertimbangkan dalam memutuskan permohonan untuk mengenepikan Penghakiman Ingkar. Lihat kes - Tuan Haji Ahmed Abdul Rahman v Arab Malaysian Finance Berhad [1996] 1 CLJ 241 (Mahkamah Persekutuan) dan Ramasundramoorthy Permalu v Gregory Yusran & Associates [202] 7 CLJ 355. 20. Beban adalah terletak kepada pihak yang memohon lanjutan masa untuk menunjukkan keterangan atau fakta-fakta (materials) mengenai alasan dan sebab-sebab kelewatan melalui keterangan afidavit bagi membolehkan Mahkamah menjalankan budi bicara Mahkamah secara kehakiman untuk menentukan samada terdapatnya alasan-alasan yang munasabah di atas kelewatan tersebut ataupun samada kelewatan tersebut dapat dijustifikasikan. Lihat Zulkipli bin Daud (Membawa tindakan ini di bawah Seksyen 7 dan 8 Akta Undang-Undang Sivil 1956, sebagai bapa dan tanggungan kepada Kamalrolzaman bin Zulkipli (si mati) dan lain lain v Husain bin Hasan dan 1 Lagi [2023] MLJU 3390; Abdul Rahim Ponniah Abdullah v. Kulim Intensive Driving Centre Sdn Bhd [2000] 5 MLRH 536; [2000] 4 AMR 4684 21. Kegagalan untuk mengemukakan keterangan bagi menjustifikasikan kelewatan menyebabkan sebarang permohonan S/N lhhnyilfjkmDxaE00OlILA menjadi tidak kompeten dan wajar ditolak tanpa perlu mempertimbangkan berkenaan merit permohonan. Lihat Hong Kwi Seong v Ganad Media Sdn Bhd [2013] 6 MLJ 765 dan Thye Ah Chai (t/a Kent Naga Enterprise) v Teraju Mercu Construction & Engineering Sdn Bhd [2014] 1 MLJ 422. D. Analisa & Dapatan Mahkamah 22. Bersandarkan kepada autoriti-autoriti yang dinyatakan di atas, terdapat tiga (3) isu utama yang perlu diputuskan bagi maksud Lampiran 35. Isu-isu tersebut adalah seperti berikut: i. Samada JID 1, JID 2 dan JID 3 diperolehi secara teratur atau tidak teratur; ii. Sekiranya Mahkamah mendapati penghakiman tersebut diperolehi secara teratur, sama ada Defendan-Defendan mempunyai pembelaan yang bermerit; dan iii. Samada terdapat isu kelewatan di pihak D1 dan D2 untuk memfailkan permohonan bagi mengenepikan JID 1. Isu Pertama 23. Hasil penelitian Mahkamah pada afidavit-afidavit serta hujahan pihak-pihak secara khususnya afidavit dan hujahan yang difailkan oleh pihak Defendan-Defendan, Mahkamah mendapati bahawa Defendan-Defendan sebenarnya telah mengakui dan tidak mempertikaikan penerimaan kertas kausa bagi tindakan ini. S/N lhhnyilfjkmDxaE00OlILA 24. Perkara ini boleh dilihat melalui pernyataan-pernyataan D2 di dalam Lampiran 36 (Afidavit Sokongan) dan Afidavit Balasan D2 bertarikh 9.09.2025 (Lampiran 42), yang antara lain menyatakan seperti berikut: a) D2 adalah Pengarah D1 serta bertindak sebagai wakil bagi D3, D4, D5 dan D6 dalam tindakan ini; b) D2 mengakui bahawa D2 telah menerima kertas kausa tindakan ini dan mengetahui bahawa tarikh Pengurusan kes telah ditetapkan pada 27.03.2025 dan 28.04.2025 yang dijalankan secara e-review; c) D2 mengakui bahawa sekalipun kertas kausa telah diterima dan mengetahui mengenai tarikh e-review, D2 tidak dapat menghadirkan diri atas alasan, antara lain, tidak berkemampuan melantik peguam disebabkan masalah kewangan D1 dan cuti sakit; dan d) D2 membangkitkan isu-isu lain, antaranya pihak JKR masih belum menjelaskan pembayaran kepada D1 bagi kerja-kerja yang telah dijalankan sebelum penamatan kontrak. 25. Mahkamah juga mendapati bahawa berdasarkan pernyataan/hujahan Defendan-Defendan, tiada sebarang penjelasan atau butiran lanjut mengenai bagaimana dan kenapa pihak Defendan-Defendan menyatakan bahawa penghakiman-penghakiman ingkar tersebut adalah tidak teratur. Apa yang jelas pernyataan atau hujahan Defendan-Defendan adalah lebih memfokuskan dan menekankan kepada pembelaan Defendan-Defendan adalah bermerit dan kelewatan tidak akan menyebabkan prejudis kepada pihak Plaintif. 26. Atas sebab itu, Mahkamah berpuas hati dan memutuskan bahawa penghakiman-penghakiman ingkar yang telah dimasukkan terhadap S/N lhhnyilfjkmDxaE00OlILA Defendan-Defendan oleh Plaintif iaitu JID 1, JID 2 dan JID 3 adalah teratur. Isu Kedua 27. Memandangkan Mahkamah telah memutuskan bahawa penghakiman-penghakiman tersebut telah diperolehi secara teratur, maka Mahkamah perlu meneliti dan memutuskan Isu Kedua iaitu samada Defendan-Defendan mempunyai pembelaan yang bermerit dalam keadaan kes ini. 28. Bagi menunjukkan bahawa Defendan-Defendan mempunyai pembelaan yang bermerit, Defendan-Defendan telah membangkitkan isu-isu, antara lain, seperti berikut: i. Pembayaran yang telah dibuat oleh Plaintif kepada pihak JKR dan/atau Kerajaan Malaysia adalah suatu keputusan ‘unanimous’ tanpa pengetahuan dan/atau persetujuan Defendan-Defendan terutamanya D1; dan ii. Plaintif telah gagal untuk membuat satu penolakan bagi bayaran kemajuan daripada keseluruhan wang jaminan dan telah bertindak membuat pembayaran RM1,000.000.00 kepada pihak Prinsipal. 29. Setelah meneliti dan mempertimbangkan pernyataan-pernyataan di dalam pliding sepertimana yang dinyatakan di perenggan 4 hingga 8 di S/N lhhnyilfjkmDxaE00OlILA atas, afidavit-afidavit dan hujahan pihak-pihak serta serta isu-isu yang telah dibangkitkan oleh pihak Defendan-Defendan di perenggan 28 di atas, Mahkamah mendapati bahawa isu-isu tersebut bukanlah isu-isu pertikaian yang perlu dibicarakan atas alasan-alasan, antara lain, seperti berikut: a) Melihat kepada terma-terma yang terkandung di dalam Surat-Surat Tanggung Rugi tersebut, Defendan-Defendan telah memberikan kuasa budibicara mutlak kepada Plaintif untuk membuat sebarang keputusan atau mengambil tindakan mengikut klausa-klausa yang terkandung di dalam Surat Tanggung Rugi tersebut termasuk membuat pembayaran kepada Prinsipal tersebut; b) Klausa 2 Surat Tanggung Rugi tersebut jelas memperuntukkan bahawa Plaintif dibenarkan untuk membuat bayaran atau mematuhi ‘permintaan’ yang kelihatan atau bertujuan untuk ‘dituntut’ atau dibuat di bawah Surat Tanggung Rugi tanpa merujuk kepada Defendan-Defendan. Tindakan inilah yang diambil oleh Plaintif setelah Plaintif menerima surat tuntutan daripada Principal tersebut; c) Plaintif bukanlah privy kepada dakwaan berkenaan ‘progress claim’ yang dikatakan masih terhutang oleh pihak Prinsipal tersebut kepada Defendan-Defendan. Defendan-Defendan mempunyai pilihan untuk membangkitkan isu tersebut dalam remedi lain terhadap JKR atau Prinsipal tersebut; S/N lhhnyilfjkmDxaE00OlILA d) Berkenaan dengan isu ‘progress performance’, permintaan atau tuntutan yang dibuat oleh pihak Prinsipal adalah terhadap keseluruhan Bon Jaminan Pelaksanaan sepertimana yang terkandung di dalam Surat Tuntutan Prinsipal bertarikh 25.04.2024 (Eksibit C, Lampiran 39); dan e) Klausa 10 Surat Tanggung Rugi tersebut telah memberikan kuasa budibicara mutlak kepada Plaintif untuk membuat sebarang keputusan tanpa perlu mendapatkan kebenaran daripada Defendan-Defendan mengenai tindakan yang perlu diambil sekiranya D1 tidak dapat meneruskan atau menyempurnakan kerja yang telah ditentukan dalam kontrak atau kerja D1 tidak ke tahap yang memuaskan hati Prinsipal. 30. Berdasarkan dapatan-dapatan Mahkamah di atas bahawa isu-isu yang dibangkitkan oleh Defendan-Defendan bukanlah isu-isu pertikaian yang perlu dibicarakan, maka Defendan-Defendan tidak mempunyai pembelaan yang bermerit dalam keadaan kes ini. Isu Ketiga 31. Dalam kes ini, adalah suatu fakta yang tidak dipertikaikan bahawa Lampiran 35 hanya difailkan pada 29.07.2025 iaitu selepas lebih kurang 2.5 bulan selepas JID 1 diserahkan melalui pos berdaftar pada 9.05.2025. S/N lhhnyilfjkmDxaE00OlILA 32. Memandangkan adanya isu kelewatan, maka Mahkamah perlu melihat kepada justifikasi yang dikemukakan oleh Defendan-Defendan melalui keterangan afidavit. 33. Walau bagaimanapun, setelah meneliti keterangan afidavit-afidavit Defendan-Defendan, Mahkamah mendapati bahawa tiada sebarang keterangan (materials) dikemukakan oleh Defendan-Defendan untuk menjustifikasikan isu kelewatan dalam memfailkan Lampiran 35 tersebut. Atas sebab itu, tidak ada apa-apa keterangan dihadapan Mahkamah untuk dipertimbangkan bagi membolehkan Mahkamah menggunakan kuasa budibicaranya secara kehakiman dalam membuat keputusan berkenaan lanjutan masa untuk memfailkan Lampiran 35 tersebut. 34. Selain itu, Mahkamah juga mendapati bahawa tiada sebarang permohonan perintah lanjutan masa dimasukkan sebagai salah satu perintah untuk dipohon dalam Lampiran 35 tersebut. Dalam hal ini, Mahkamah menggunapakai prinsip undang-undang sepertimana yang telah dinyatakan di perenggan 21 di atas. 35. Jesteru itu, atas isu kelewatan ini sahaja, permohonan D1 dan D2 adalah tidak kompeten dan wajar ditolak tanpa perlu mempertimbangkan berkenaan merit permohonan. Lihat Hong Kwi Seong v Ganad Media Sdn Bhd [2013] 6 MLJ 765 dan Thye Ah Chai (t/a Kent Naga Enterprise) v Teraju Mercu Construction & Engineering Sdn Bhd [2014] 1 MLJ 422. S/N lhhnyilfjkmDxaE00OlILA E. Keputusan Mahkamah 36. Berdasarkan alasan-alasan yang dinyatakan di atas, Mahkamah menolak permohonan Defendan-Defendan di Lampiran 35 dengan kos berjumlah RM2,500.00 untuk dibayar oleh Defendan-Defendan kepada Plaintif. Bertarikh: 3 Januari 2026 t.t (NORMASTURA BINTI AYUB) Hakim Mahkamah Sesyen Mahkamah Sesyen Kajang Selangor Peguamcara Plaintif Tetuan Azhar & Wong, Peguambela & Peguamcara 16-08, Level 16, Menara Centara, 360, Jalan Tuanku Abdul Rahman 50100 Kuala Lumpur Peguamcara Defendan-Defendan Tetuan S.M Mariam, Magdelina & Co, Peguamcara & Peguambela No. 03-01, Jalan Setia Tropika 1/28, Taman Setia Tropika, 81200 Johor Bahru S/N lhhnyilfjkmDxaE00OlILA S/N lhhnyilfjkmDxaE00OlILA
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.