Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUAL LUMPUR DALAM NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN MALAYSIA GUAMAN NO: WA-A52NCC-904-03/2023 ANTARA CHUN YEW LEONG [NO KP: 830314-14-5345] …PLAINTIF DAN LEE AH KOW @ LEE JIN XIAN [NO KP: 481027-06-5227] …DEFENDAN
WA-A52NCC-904-03/2023
Sessions Court of Malaysia8 Nov 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“R 59 where the Court of Appeal in England at page 61 held that:- "... A person may acknowledge that a claim has been made against him without acknowledging any indebtedness. It is clear that what the Limitation Act, 1939, means is "acknowledges the debt or other liquidated pecuniary amount". The question is: Is there s”
“022] 1 LNS 110, Mahkamah Tinggi telah membuat rujukan kepada Johnson Medical Equipment Sdn Bhd v. Yeo Eng Lam:- “[30] In the case of Johnson Medical Equipment Sdn Bhd v. Yeo Eng Lam [2011] 1 LNS 134; [2011] MLJU 165, Mah Weng Kwai JC (later JCA) made reference to the case of Wee Tiang Teng v. Ong Chong Hooi & Anor [197”
“rial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 9 [27] Dalam kes Sparkle One Facilities Management Sdn Bhd v. Badan Pengurusan Bersama Villa Krystal Apartment [2016] MLJU 744 YA Teo Say Eng telah memberikan panduan untuk mengetepikan penghakiman ingkar di mana Mahkamah menyatakan”
“r irregular judgment. If it is an irregular judgment, then the default judgment ought to be set aside ex debito justitiae. If it is regularly obtained, then the principle expounded in Evans v Bartlam [1937] AC 473 applies — see the judgment of the Federal Court in Hasil Bumi Perumahan Sdn Bhd & Ors v United Malayan Ban”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUAL LUMPUR DALAM NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN MALAYSIA GUAMAN NO: WA-A52NCC-904-03/2023 ANTARA CHUN YEW LEONG [NO KP: 830314-14-5345] …PLAINTIF DAN LEE AH KOW @ LEE JIN XIAN [NO KP: 481027-06-5227] …DEFENDAN
1
Ini merupakan rayuan pihak Defendan terhadap keputusan Mahkamah yang diberikan pada 8.11.2024 yang telah menolak permohonan Defendan [Lampiran 19] untuk mengetepikan Penghakiman Ingkar Pembelaan bertarikh 16.5.2023 dengan kos RM 2000 diberikan kepada Plaintif. S/N MyvphB6VkGqaRDjjOw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 2
2
Melalui Lampiran 19 tersebut, Defendan memohon untuk satu perintah sebagaimana berikut: 1) Bahawa Defendan dibenarkan untuk membuat permohonan ini; 2) Bahawa Penghakiman Ingkar Pembelaan bertarikh 16.5.2023 dibatalkan; 3) Bahawa Defendan diberi peluang atau dibenarkan untuk membela diri atau menentang tindakan ini dengan memfailkan Pembelaannya terhadap Penyataan Tuntutan dalam masa yang munasabah dari tarikh Perintah Mahkamah diberikan; 4) Bahawa kos adalah kos dalam kausa; dan 5) Lain-lain Perintah dan/atau relief yang difikirkan adil dan suai manfaat oleh Mahkamah.
3
Bagi permohonan ini, Mahkamah telah meneliti kertas kausa seperti yang berikut: a) Writ Saman bertarikh 29.03.2023 (“Writ Saman tersebut”); b) Pernyataan Tuntutan bertarikh 28.03.2023 (“Pernyataan Tuntutan tersebut”); c) Afidavit Penyampaian yang diikrarkan oleh Chua Chong Theng pada 25.04.2023 (“Afidavit Penyampaian tersebut”); d) Afidavit Tambahan yang diikrarkan oleh Chua Chong Theng pada 26.04.2023 (“Afidavit Tambahan tersebut”); e) Penghakiman Ingkar Kehadiran bertarikh 26.04.2023; f) Perakuan Ketidakhadiran bertarikh 26.04.2023 (“Perakuan Ketidakhadiran tersebut”); S/N MyvphB6VkGqaRDjjOw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 3 g) Memorandum Kehadiran bertarikh 26.04.2023 (“Memorandum Kehadiran tersebut”); h) Penghakiman Ingkar Pembelaan bertarikh 16.05.2023 (“Penghakiman Ingkar Pembelaan tersebut”) i) Notis Permohonan (Lampiran 19) bertarikh 21.03.2024 (“Notis Permohonan Tersebut”) j) Afidavit Sokongan yang diikrarkan oleh Lee Ah Kow @ Lee Jin Xian pada 18.03.2024 (“Afidavit Sokongan tersebut”); k) (Afidavit Jawapan yang diikrarkan oleh Chun Yew Leong pada 05.04.2024 (“Afidavit Jawapan tersebut”); l) Afidavit Balasan yang diikrarkan oleh Lee Ah Kow @ Lee Jin Xian pada 26.04.2024 (“Afidavit Balasan tersebut”); dan m) Afidavit Balasan Tambahan yang diikrarkan oleh Lee Ah Kow @ Lee Jin Xian pada 26.04.2024 (“Afidavit Tambahan tersebut”).
4
Mahkamah setelah meneliti kertas-kertas kausa yang berkaitan serta hujahan kedua-dua belah pihak, atas imbangan kebarangkalian telah menolak permohonan Defendan ini dengan kos.
5
Tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, pihak Defendan-Defendan telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi melalui notis rayuan bertarikh 21.11.2024. LATAR BELAKANG KES S/N MyvphB6VkGqaRDjjOw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 4
6
Plaintif dan Defendan merupakan individu. Berdasarkan penyata tuntutan, Plaintif menyatakan bahawa pada atau sekitar Februari 2020, Defendan telah memaklumkan kepada Plaintif bahawa dia merupakan kenalan rapat dengan kerajaan dan/atau Yang di Pertua Negeri Melaka dan boleh mendapatkan projek-projek bagi Plaintif. [7] Defendan telah meminta Plaintif untuk meminjam wang kepadanya untuk tujuan tersebut dan akan bekerjasama dengan Plaintif bagi projek-projek. [8] Pada sekitar bulan Februari 2020 hingga bulan Disember 2020, atas permintaan Defendan, Plaintif telah memberi pinjaman persahabatan (friendly loan) kepada Defendan secara berperingkat. [9] Plaintif telah setuju untuk meminjam dan Defendan berjanji bahawa Defendan akan membayar jumlah yang dipinjam apabila diminta oleh Plaintif untuk berbuat demikian. [10] Atas permintaan Defendan dan jaminan seorang Penjamin yang berpangkat Tan Sri (selepas ini dirujuk sebagai “Penjamin tersebut”), Plaintif telah memberikan pinjaman kepada Defendan dalam pelbagai cara iaitu secara wang tunai (cash), (cash deposit) dan pindahan wang (bank transfer) kepada akaun milikan Defendan dalam jumlah keseluruhannya adalah sebanyak RM317,500.00. Butir-butir pinjaman adalah seperti berikut:- Tarikh Jumlah Februari 2020 RM100,000.00 S/N MyvphB6VkGqaRDjjOw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 5 Mei 2020 RM155,000.00 19.12.2020 RM2,500.00 29.01.2021 RM10,000.00 29.01.2021 RM10,000.00 Jumlah RM317,500.00
11
Penjamin tersebut telah menjamin bahawa dia akan membayar Plaintif jumlah sebanyak RM100,000.00 kepada Plaintif jikalau Defendan tidak membayar balik pinjaman tersebut kepada Plaintif. [12] Pada sekitar awal tahun 2022, Plaintif telah meminta daripada Defendan untuk membayar Plaintif wang yang telah dipinjam kepada Defendan memandangkan projek-projek yang dinyatakan oleh Defendan adalah tidak diperoleh oleh Defendan. Namun, Defendan tidak menjawab panggilan Plaintif. [13] Plaintif seterusnya meminta dari Penjamin tersebut untuk menghubungi Defendan untuk membayar jumlah RM317,500.00 yang dipinjam kepada Defendan. Namun begitu, Defendan tidak mahu untuk membayar Plaintif. Oleh yang demikian, Penjamin tersebut telah membayar RM100,000.00 seperti yang dijanjikan oleh pihak Penjamin. S/N MyvphB6VkGqaRDjjOw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 6
14
Butir-butir jumlah yang dibayar oleh Penjamin tersebut adalah seperti berikut:- Tarikh Jumlah 21.02.2022 RM50,000.00 25.03.2022 RM32,000.00 25.03.2022 RM18,000.00 Jumlah: RM100,000.00
15
Penjamin tersebut telah memberi Plaintif jumlah sebanyak RM50,000.00 secara wang tunai (cash) pada 21.02.2022. Seterusnya pada 25.03.2022, Penjamin tersebut telah memberi sekeping cek yang berjumlah RM32,000.00 kepada “Desmond Destiny Consultant” yang dimiliki oleh Plaintif dan sekeping cek yang berjumlah RM18,000.00 kepada Growth Harvest Cons Trading yang dimiliki oleh Plaintif. [16] Atas bayaran daripada Penjamin tersebut, baki hutang Defendan adalah sebanyak RM217,500.00. Sehingga kini, Defendan juga telah gagal, enggan dan/atau cuai untuk membayar pembayaran balik terhadap jumlah RM217,500.00 tersebut yang dipinjam daripada Plaintif walaupun beberapa peringatan telah diberikan. [17] Plaintif sekarang menuntut sejumlah RM 217,000 iaitu baki bagi pinjaman yang telah diberikan kepada Defendan. [18] Pihak Defendan melalui peguamnya yang terdahulu Tetuan Koh & Associates telah memfailkan memorandum kehadiran lewat sehari daripada tarikh sepatutnya. Pihak Plaintif telah pun memfailkan perakuan S/N MyvphB6VkGqaRDjjOw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 7 ketidakhadiran dan penghakiman ingkar kehadiran sebelum memorandum kehadiran tersebut difailkan. [19] Semasa sebutan kes pada 3.5.2023, pihak-pihak telah membangkitkan tentang memorandum kehadiran yang lewat difailkan dan pembelaan pihak Defendan sama ada perlu mendapatkan kebenaran Mahkamah atau tidak. Mahkamah kemudiannya telah menetapkan tarikh 16.5.2023 untuk pihak-pihak hadir di Mahkamah terbuka dan berhujah lebih lanjut serta memberikan penjelasan atas sebab-sebab kelewatan untuk memfailkan memorandum kehadiran dan pembelaan menurut Aturan 15 Kaedah 5 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (KKM 2012). [20] Pada 16.5.2023, peguam cara pihak Defendan tidak hadir ke Mahkamah dan ini telah menyebabkan penghakiman ingkar pembelaan dimasukkan. ALASAN PERMOHONAN [21] Pihak Defendan menyatakan alasan utama untuk penghakiman ingkar pembelaan ini diketepikan adalah kerana Pernyataan Tuntutan Plaintif adalah begitu samar dan memudaratkan. Penyata tuntutan yang difailkan tidak mendedahkan suatu kausa tindakan yang munasabah bahkan, Plaintif telah menyembunyikan dan memutarbelitkan fakta-fakta sebenar. [22] Penjamin yang dikatakan sebagai Tan Sri oleh pihak Plaintif merupakan satu rekaan di mana pihak Plaintif tidak mendedahkan siapakah penjamin tersebut sebenarnya. S/N MyvphB6VkGqaRDjjOw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 8 DAPATAN MAHKAMAH [23] Berdasarkan notis permohonan di Lampiran 19, Defendan membuat permohonan ini di bawah Aturan 32 Kaedah 1 KKM 2012 serta kuasa-kuasa sedia ada Mahkamah. [24] Aturan 32 Kaedah 1 adalah seperti berikut: Order 32. Applications and proceedings in chambers
1
Mode of making application (O. 32, r. 1) Every application in Chambers shall be made by notice of application in Form 57. [25] Mahkamah berpendapat aturan yang sepatutnya digunakan oleh pihak Defendan untuk permohonan ini adalah Aturan 19 Kaedah 9 /Aturan 42 Kaedah 13 dan/atau Aturan 92 Kaedah 4 KKM 2012. Aturan 32 Kaedah 1 hanya memaklumkan bagaimana sesuatu permohonan di dalam kamar dibuat dan bukanlah satu kaedah spesifik untuk mengetepikan penghakiman ingkar. [26] Aturan 19 Kaedah 9 KKM 2012 yang memperuntukkan bahawa Mahkamah mempunyai budi bicara mutlak untuk mengetepikan penghakiman ingkar pembelaan.
9
Setting aside judgment (O. 19, r. 9) The Court may, on such terms as it thinks just, set aside or vary any judgment entered in pursuance of this Order. S/N MyvphB6VkGqaRDjjOw [27] Dalam kes Sparkle One Facilities Management Sdn Bhd v. Badan Pengurusan Bersama Villa Krystal Apartment [2016] MLJU 744 YA Teo Say Eng telah memberikan panduan untuk mengetepikan penghakiman ingkar di mana Mahkamah menyatakan sebagaimana berikut: “5.1 Prinsip undang-undang yang mantap berkenaan permohonan mengenepikan penghakiman ingkar adalah seperti berikut:
a
Dalam meneliti permohonan ini, pertama, adakah penghakiman ingkar tersebut satu penghakiman ingkar yang di luar aturan atau pun tidak. Jika satu penghakiman adalah di luar aturan ia akan diketepikan ex debitio justitiae.
b
Namun begitu, bagi penghakiman ingkar yang teratur ia boleh diketepikan sekiranya pemohon menunjukkan bahawa wujudnya pembelaan yang bermerit dan/atau prima facie atas tindakan Plaintif terhadapnya, atau isu yang serius yang sepatutnya dibicarakan sebagai pembelaan bona fide yang munasabah. [Hasil Bumi Perumahan Sdn Bhd [1994] 1 MLJ 312 SC]. Pemohon perlu menunjukkan wujudnya afidavit yang bermerit iaitu afidavit yang menyatakan fakta bagi membuktikan pembelaan yang bermerit. [Bank Bumiputra Malaysia Bhd v. Majlis Amanah Rakyat [1979] 1 MLJ 23 FC, per Raja Azlan Shah as Ag. CH (As His HRH then was) pada muka surat 24].
c
Akhir sekali, permohonan mengetepikan penghakiman atau perintah perlu dibuat dalam tempoh 30 hari selepas penerimaan penghakiman (Aturan 42 Kaedah 13 KKM). Sebaliknya, jika pemohon S/N MyvphB6VkGqaRDjjOw telah melangkau atau tidak mengendahkan keperluan tersebut, penjelasan yang memuaskan atau munasabah mesti diberikan untuk kelewatan tersebut. Adakah Mahkamah dapat mempertimbangkan sama ada penjelasan oleh pemohon menjustifikasikan kelewatan dalam membuat permohonan tersebut adalah tertakluk kepada keadaan sesuatu kes. [Khor Cheng Wah v. Sungai Way Leasing Sdn Bhd [1999] 1 MLJ 223, CA]” [28] Dalam kes Mahkamah Rayuan Yap Ke Huat & Ors Vs. Pembangunan Warisan Murni Sejahtera Sdn Bhd & Anor [2008] 5 MLJ 112 James Foong JCA menegaskan bahawa:- “[15] It is trite that when considering an application to set aside a judgment in default, the first task is to ascertain whether it is a regular or irregular judgment. If it is an irregular judgment, then the default judgment ought to be set aside ex debito justitiae. If it is regularly obtained, then the principle expounded in Evans v Bartlam [1937] AC 473 applies — see the judgment of the Federal Court in Hasil Bumi Perumahan Sdn Bhd & Ors v United Malayan Banking Corp Bhd [1994] 1 MLJ 312. This requires the defendant to show that he has a defence on merits. Delay in making such application is a factor to be considered by the court in deciding whether to grant or refuse the application — see Tuan Haji Ahmed Abdul Rahman v Arab-Malaysian Finance Bhd [1996] 1 MLJ 30.” [29] Aturan 42 Kaedah 13, Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 yang memperuntukkan sebagaimana berikut:
13
Setting aside or varying judgment and orders (0. 42 r. 13) Save as otherwise provided in these Rules, where provisions are made in these Rules for the setting aside or varying of any order or judgment, a party intending to set aside or to vary such order or judgment shall make an application to the Court and serve it on the party who has obtained the order or judgment within thirty days after the receipt of the order or judgment by him. [30] Defendan sepatutnya memfailkan permohonan ini dalam tempoh 30 hari selepas menerima penghakiman ingkar tersebut. Menurut afidavit jawapan yang difailkan oleh pihak Plaintif, Plaintif menyatakan bahawa sesalinan Penghakiman Ingkar Pembelaan bertarikh 16.5.2023 tersebut telah dihantar kepada Defendan melalui peguam caranya ketika itu, Tetuan Koh & Associates secara serahan tangan dan mereka telah mengakui penerimaan dengan menandatangani dan meletakkan cop firma atas surat iringan bertarikh 29.05.2023. [31] Memandangkan pihak Defendan mempunyai peguam, Mahkamah menerima bahawa penghakiman ingkar tersebut telah diserahkan dengan sewajarnya kepada pihak Defendan. Defendan hanya memfailkan permohonan di Lampiran 19 ini pada 21.3.2024 iaitu hampir 10 bulan selepas penyerahan penghakiman ingkar tersebut. Defendan tidak membuat sebarang penjelasan mengenai kelewatan memfailkan permohonan ini. Dalam afidavit sokongan, pihak Defendan menyatakan bahawa Tetuan Koh & Associates telah diberikan arahan serta dokumen untuk memfailkan pembelaan tetapi tidak berbuat demikian. Defendan tidak mengetahui apa sebab Tetuan Koh & Associates tidak memfailkan pembelaan dan terpaksa mengambil tindakan terhadap Tetuan Koh & Associates. S/N MyvphB6VkGqaRDjjOw [32] Defendan tidak menjelaskan apa tindakan yang telah dibuat terhadap Tetuan Koh & Associates dan bagaimana serta bilakah Defendan mendapat tahu tentang penghakiman ingkar pembelaan tersebut dan tindakan yang dibuat apabila mendapat makluman berkaitan dengan penghakiman ingkar tersebut. Notis pertukaran peguam cara hanya difailkan pada 21.3.2024. Cop penerimaan perintah penghakiman ingkar ialah pada 30.5.2023. Apa yang berlaku antara 30.5.2023 sehingga 21.3.2024 tidak dijelaskan oleh pihak Defendan. [33] Pihak Plaintif juga telah membuat permohonan garnishee pada 24.7.2023 dan perintah garnishee mutlak telah diberikan pada 18.9.2023. Defendan juga tidak membuat apa-apa tindakan semasa dan selepas tindakan garnishee dibuat. [34] Dalam kes Hong Kwi Seong V Ganad Media Sdn Bhd [2013] 6 MLJ 765 Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti berikut:- “(2) Enclosures 129 and 130 were also incompetent as no enlargement of time [2013] 6 MLJ 765 Hong Kwi Seong v Ganad Media Sdn Bhd and another appeal (Suriyadi FCJ) was ever applied for by the appellant prior to the filing of those applications and no reasonable explanation was given for the delay of at least a year before they were filed. Despite knowing that encls 129 and 130 were filed pursuant to O 42 r 13 of the Rules of the High Court 1980, which required an application to set aside a judgment/order to be made and served within 30 days of receipt of the judgment/order, the appellant had disregarded the time factor prescribed to regularise the applications (see para 13).
3
The failure to adhere to the preliminary requirement to extend time in the circumstances of the case had to be dealt with strictly, as otherwise rules requiring an extension of time would end up as a dead letter. The rules, prima facie, must be obeyed for otherwise the party in breach of them would defeat the very purpose and object of the need to observe the time-line (see para 14).” [35] Dalam kes Maharin Nisha Bte Hassan Mohamed V Panir Selvam A/L Chellamuthu & Anor [2005] 6 MLJ 572 Low Hop Bing J telah memutuskan seperti berikut:- “SETTING ASIDE JUDGMENTS 19 It was contended for the plaintiff that under O 13 r 8 and O 42 r 13, the time limited for applying to set aside a judgment in default is 30 days from the date of receiving the judgment or order and that the application must be filed in Seremban High Court Civil Action No 22– 96 of 1999 and not in this originating summons, being different proceedings. Badiaddin bin Mohd Mahidin & Anor v Arab Malaysian Finance Bhd [1998] 1 MLJ 393 FC was cited in support. 20 I am unable to find any submission of substance for the defendants on this issue. 21 In my judgment, it is clear that O 13 r 8 empowers the court to set aside or vary any judgment entered in pursuance of O 13. However, there is the issue of undue and inordinate delay. Even if the defendants had relied on O 13 r 8 and filed the necessary applications in order to persuade the court to exercise the discretion to set aside the aforesaid S/N MyvphB6VkGqaRDjjOw three judgments, the defendants must under O 42 r 3 do so within 30 days after the receipt of the order or judgment by them. However, the defendants have sought to set aside the aforesaid three judgments now when those judgments were granted to the plaintiff some three to five years ago. The absence of an averment in the defendants' affidavit as to the reason for such undue and inordinate delay is obviously fatal to the defendants' application.” [36] Pihak Defendan dalam prayer pertama notis permohonan di Lampiran 19 ada memohon kebenaran untuk Defendan dibenarkan untuk membuat permohonan ini. Mahkamah berpendapat permohonan tersebut merupakan permohonan perlanjutan masa untuk memfailkan notis permohonan
Lampiran
Lampiran 19 ini. [37] Pihak Defendan juga menghujahkan bahawa Mahkamah boleh tidak mengambil kira masa yang telah tamat dengan merujuk kepada kes Fira Development Sdn Bhd v Goldwin Sdn Bhd [1989] 1 MIJ 40 di mana Mahkamah Agung antara lain memutuskan bahawa: “Where judgement is entered on the failure of a defendant to take any of the procedural steps laid down under the Rules of the High Court 1980, the Court has an absolute discretion to set aside the judgment, if necessary, on terms and allow the case to be heard on the merits. Lord Atkin stated clearly the principles in which the Court should act in Evans v Bartlam in these words : The principle obviously is that unless and until the Court has pronounced a judgement upon the merits or by consent, it is to have S/N MyvphB6VkGqaRDjjOw the power to revoke the expression of its coercive power where that has only been obtained by a failure to follow any of the rules of procedure.” [38] Mahkamah Agung turut menekankan dalam kes FIRA Development, supra, “As to DELAY, there is NO rigid rule that an applicant must satisfy the Court that there is a reasonable explanation only when judgment was allowed to go by default. ... the Court will in a fit case disregard lapse of time.” (lihat perenggan terakhir) [39] Dalam kes B Dialdas & Co (Pte) Ltd v Sin Sin & Co & Ors [1984] 2 MIJ 223 Mahkamah telah memutuskan, antara lain, bahawa: “Held (1) Order 12 rule 8 of the Rules of the High Court, 1980 gives a completely unfettered discretion to the court to set aside a judgment entered in default. The rule does not prescribe the time limit within which the application for relief should be made; (2) The court's discretion under the rule must, however, be exercised in accordance with the settled principle that if the judgment is a regular judgment, then it is an almost inflexible rule that there must be an affidavit showing a "defence on the merits" [40] Defendan dalam kes ini telah gagal memberikan alasan yang munasabah untuk mendapatkan perlanjutan masa tersebut. Defendan S/N MyvphB6VkGqaRDjjOw sebenarnya tidak memberikan sebarang alasan ataupun maklum balas mengenai kelewatan memfailkan permohonan ini. Defendan hanya memfokuskan bahawa Plaintif mempunyai tuntutan yang tidak jelas. [41] Oleh yang demikian, Mahkamah tidak boleh tidak melihat kelewatan masa Defendan untuk memfailkan permohonan ini serta membuat tindakan yang sepatutnya apabila pihak Plaintif telah mengambil tindakan pelaksanaan tanpa sebarang penjelasan yang sewajarnya daripada pihak Defendan. Tambahan pula kelewatan Defendan bukanlah sebulan dua tapi hampir 10 bulan. Kelewatan Defendan memainkan peranan yang penting dalam permohonan ini. Adakah Defendan mempunyai pembelaan bermerit? [42] Dalam kes Yayasan Melaka v Photran Corp Sdn Bhd & Anor [2012] 7 MLJ 1 Mahkamah telah menjelaskan maksud pembelaan bermerit di mana ia menyatakan: [30] In the instant case the learned judge did not consider the judgment to be irregular. Mallal's Supreme Court Practice, (2nd Ed), Vol I at p 84 explains the position where the judgment is regular thus: The discretion will only be exercised if the affidavit supporting the application to set aside discloses facts showing a defence on the merits; or for some very sufficient reason: Bank Bumiputra Malaysia Bhd v Majlis Amanah Ra'ayat [1979} 1 MLJ 23; Farden v Richter (1889) 23 QBD 124. S/N MyvphB6VkGqaRDjjOw A defence on the merits means merely raising only an arguable or triable issue, eg contributory negligence in a running down case in White v Weston [1968] 2 QB 647. A judgment in default is not a judgment on the merits: L Oppenheim & Co v Mahomed Haneef [1922] 1 AC 482. (Emphasis added.) [43] Mahkamah ini perlu memeriksa afidavit-afidavit yang difailkan oleh pihak-pihak bagi menentukan sama ada Defendan telah membangkitkan suatu pembelaan prima facie yang bukannya palsu (sham) dan terdapatnya isu-isu yang boleh dibicarakan. [44] Ini adalah berdasarkan garis panduan yang telah diberikan dalam kes Hasil Bumi Perumahan Sdn Bhd & Ors V United Malayan Banking Corp Bhd [1994] 1 MLJ 312 yang mana menyatakan bahawa: "... Consistent with the decision of our own courts in the past in dealing with issues such as those under O 13 r 8 and O 19 r 9, the guidelines in Evans v Bartlam should be accepted. In our view, in order to succeed in his application under these orders, the applicant must show that he has a defence which has some merits and which the court should try. To use common and plain language, the applicant must show that his defence is not a sham defence but one that is prima facie, raising serious issues as a bona fide reasonable defence that ought to be tried because obviously if the defence is a sham defence, there is no defence and the application must fail. It need hardly be emphasized that in order for the court to arrive at a decision that the defence has merits, it must perforce make a reasoned assessment of the justice of the case by S/N MyvphB6VkGqaRDjjOw forming a professional view of the probable outcome of the case, but this is stating the obvious. It involves a mental process that goes through the mind of a judge when making a decision in any case, weighing the evidence of a litigant against that of another on the facts alleged by a party against those of the other before finally coming to a decision...” [45] Dalam kes International Islamic University Malaysia V Mohd Adnan Adrian Paul Holden Abdullah [2015] 5 MLJ 686 Mahkamah Rayuan telah memberikan penjelasan lanjut mengenai ujian bagi menentukan sama ada suatu isu yang boleh dibicarakan telah dibangkitkan:- "... The determination of whether or not an issue is triable depends on the facts arising from each case as disclosed in the affidavit evidence before the court. There must be sufficient facts disclosed on the affidavit evidence to show there is substance to the assertions, a final determination upon which is best made after the discovery, interrogatories, and or examination of witness as the parties think fit, in a trial ... A triable issue is an assertion that not only has been raised and is denied or disputed, but is one upon which there is some evidence that is not equivocal or lacking in precision, or is not consistent with undisputed contemporary documents or other statements by the same deponent, or is not inherently improbable in itself, to support it' ...” "...But where the object of an application is to set aside a judgment in default, the affidavits of merits need demonstrate that the judgment in S/N MyvphB6VkGqaRDjjOw default results in an injustice on the merits even if the defendant had failed in compliance with the procedural requirements. There must, therefore, be an affidavit of merits to provide the foundation upon which a finding may be made that there is an issue, whether of fact or law or both, upon which the applicant ought to be heard for a fair and just decision and therefore the judgment in default ought to be set aside." [46] Defendan dalam kes ini tidak memberikan sebarang cadangan pembelaan Defendan dalam afidavit sokongan. Defendan hanya mengeksibitkan cadangan pembelaan pihak Defendan dalam afidavit balasan apabila pihak Plaintif membangkitkan bahawa tiada cadangan pembelaan dibuat oleh pihak Defendan dalam afidavit jawapan pihak Plaintif. [47] Defendan memohon untuk mengetepikan penghakiman ingkar dan memfailkan pembelaan. Namun begitu, pembelaan tidak difailkan seawal permohonan tetapi hanya dimasukkan dalam afidavit balasan selepas dibangkitkan oleh pihak Plaintif. Mahkamah berpendapat bahawa tindakan Defendan tersebut tidak mencerminkan bahawa Defendan mempunyai pembelaan yang bermerit dan menunjukkan sikap Defendan yang tidak bersungguh-sungguh. [48] Sekiranya Defendan benar-benar mempunyai sebarang pembelaan yang bermerit, cadangan pembelaan sepatutnya diberikan lebih awal. Tindakan Defendan memasukkan draf pembelaan pada saat akhir selepas diberi peringatan oleh pihak Plaintif menunjukkan Defendan sedang S/N MyvphB6VkGqaRDjjOw mengambil masa untuk memikirkan pembelaan yang sesuai. Ini bercanggah dengan dakwaan Defendan bahawa Defendan telah memberikan fakta dan dokumen yang berkaitan kepada peguamnya yang terdahulu untuk memfailkan pembelaan. [49] Peguam terdahulu tidak memfailkan sebarang pembelaan serta tidak muncul pada tarikh yang ditetapkan oleh Mahkamah. JID hanya dimasukkan setelah Mahkamah memberi masa yang sepatutnya dan menunggu kehadiran peguam cara pihak Defendan. Defendan dengan peguam baru juga melengah-lengahkan pembelaan walaupun telah mengambil masa hampir 10 bulan untuk memfailkan permohonan ini. [50] Dalam kes Lee Cheng Yin T/A Perniagaan Jia Zing Ten V. MBF Finance Bhd [2005] 6 CLJ 479, Low Hop Bing J telah memutuskan seperti berikut:- “The defendant had not filed a draft statement of defence. The issues of fraud and forgery raised for the defendant must be specifically pleaded by the defence under O. 14 r. 18(1)(a) of the Subordinate Courts Rules 1980. There was absolutely no averment by the defendant for the court to consider and determine the merits viz whether there was any reasonable, probable or prima facie defence or otherwise. The defendant’s affidavit did not support the alleged fraud and forgery in relation to the agreement and so did not constitute a defence on the merits. (p 485 c, e)” [51] Mahkamah telah meneliti cadangan pembelaan yang difailkan dan mendapati pembelaan Defendan hanyalah penafian semata-mata. S/N MyvphB6VkGqaRDjjOw Defendan dikatakan tidak pernah menerima duit pinjaman daripada Plaintif. Plaintif bukan empunya sesen pun wang dalam pinjaman yang didakwa yakni amaun penghakiman tersebut. [52] Menurut Plaintif, Plaintif dan Defendan sebenarnya berurusan berkaitan dengan kerjasama memajukan dusun durian. Kerjasama tersebut melibatkan syarikat kepunyaan Plaintif dan Defendan. Plaintif menerima wang daripada beberapa pihak tetapi bukan daripada Defendan. [53] Pihak Plaintif juga menghujahkan bahawa Defendan sebenarnya telah mengakui keberhutangannya terhadap Defendan. Ini kerana, pihak Plaintif dalam afidavitnya juga menyatakan bahawa peguam cara Defendan iaitu Koh Mui Tee (Dato Koh) daripada Tetuan Koh & Associates telah menghubungi peguam cara pihak Plaintif dan menyatakan bahawa Defendan telah mengeluarkan empat keping cek tarikh ke hadapan (“post dated cheques”) di bawah nama Koh & Associates berjumlah RM 217,5000 bagi tujuan menjelaskan jumlah yang terhutang sebagaimana penghakiman ingkar yang telah diperoleh. Namun begitu, peguam cara pihak Plaintif telah gagal menghubungi Dato Koh kemudiannya. [54] Pihak Defendan dalam afidavit balasannya hanya menafikan perkara tersebut dan menyatakan bahawa Defendan tidak mengetahui komunikasi yang berlaku antara peguamnya dan peguam pihak Plaintif. [55] Dalam kes Johnson Medical Equipment Sdn Bhd v. Yeo Eng Lam [2011] 1 LNS 134, Mah Weng Kwai JC (kemudian JCA) telah menjelaskan beberapa jenis pengakuan keberhutangan:- 3. Reasons for the Decision S/N MyvphB6VkGqaRDjjOw 3.1. Issue 1 - Whether there was a valid acknowledgment of the debt (i) What amounts to a good acknowledgment of a debt was decided in the case of Good v. Parry [1963] 2 All ER 59 where the Court of Appeal in England at page 61 held that:- "... A person may acknowledge that a claim has been made against him without acknowledging any indebtedness. It is clear that what the Limitation Act, 1939, means is "acknowledges the debt or other liquidated pecuniary amount". The question is: Is there such an acknowledgement? This statute alters the old law. Previously, in order to get a case out of the statute, a creditor had to show a writing from which there could be implied a promise to pay; then his cause of action was on the promise and not on the previous debt, and so long as the promise was within the six years, all well and good: see the notes to Whitcomb v. Whiting (4). Nowadays, as the result of this new Act, there is no necessity to look for a promise, express or implied. There need only be an acknowledgment of a debt or other liquidated amount. That means, I think, that there must be an admission that there is a debt or other liquidated amount outstanding and unpaid. Even though the debtor says in the same writing that he will never pay it, nevertheless it is a good acknowledgment. In order to be an acknowledgment, however, the debt must be quantified in figures or, at all events, it must be liquidated in the sense that it is capable of ascertainment by calculation, or by extrinsic evidence, without further agreement of the parties." (ii) The decision in Good v. Parry was followed by the Federal Court in the case of Wee Tiang Teng v. Ong Chong Hooi & Anor [1978] 1 LNS S/N MyvphB6VkGqaRDjjOw 234; [1978] 2 MLJ 54. At page 56, the Federal Court stated that there are 3 kinds of acknowledgment namely: "(1) an acknowledgment by the debtor that a debt subsisted in the past but not at the time of the acknowledgment; (2) an acknowledgment that it subsists at the time of the acknowledgment; and (3) an acknowledgment that it may subsist in the future but not at the time of the acknowledgment." (iii) It is thus clear that for an acknowledgment of a debt to be held valid, there must inter alia, be a clear or unequivocal admission of an ascertained debt that is subsisting at the time of the acknowledgment.” [56] Dalam kes Chung Chee Peng V. Vimix Concrete Sdn Bhd & Ors [2022] 1 LNS 110, Mahkamah Tinggi telah membuat rujukan kepada Johnson Medical Equipment Sdn Bhd v. Yeo Eng Lam:- “[30] In the case of Johnson Medical Equipment Sdn Bhd v. Yeo Eng Lam [2011] 1 LNS 134; [2011] MLJU 165, Mah Weng Kwai JC (later JCA) made reference to the case of Wee Tiang Teng v. Ong Chong Hooi & Anor [1978] 1 LNS 234; [1978] 2 MLJ 54 where the Federal Court had held, "It is thus clear from the cases that for an acknowledgment of a debt to be held valid, there must inter alia, be a clear or unequivocal admission of an ascertained debt that is subsisting at the time of the acknowledgment.” S/N MyvphB6VkGqaRDjjOw [57] Mahkamah berpendapat bahawa penafian Defendan mengenai cek-cek yang dikeluarkan oleh pihak peguam tersebut hanyalah satu penafian semata-mata. Defendan sejak awal telah pun melantik peguam. Peguam akan bertindak mengikut arahan anak guam. Plaintif tidak menjelaskan tentang hubungannya dan peguam yang terdahulu, sehingga menyebabkan peguam baru dilantik. [58] Mahkamah berpendapat terdapatnya rundingan tentang pembayaran penghakiman tersebut yang menyebabkan tiadanya sebarang tindakan daripada pihak Defendan selama tempoh penghakiman tersebut diperoleh. Pada masa yang sama, menurut hujahan pihak Plaintif, pinjaman kepada Defendan adalah secara “cash” selain daripada pindahan wang (“bank transfer”) dan “cash deposit”. Merujuk kepada Eksibit LJX-2 Afidavit Balasan tersebut, penyata-penyata akaun Defendan memang menunjukkan Defendan telah menerima wang daripada Plaintif. Seorang bernama Lam Hsiou Yee adalah isteri kepada Plaintif manakala Chong Kok Tong adalah kawan kepada Plaintif. KESIMPULAN [59] Mahkamah berpuas hati bahawa penghakiman ingkar yang telah dimasukkan terhadap Defendan merupakan satu penghakiman yang sah dan teratur. Pihak Defendan mengambil masa yang lama untuk memfailkan permohonan ini dan tiada penjelasan yang diberikan berkaitan kelewatan tersebut. S/N MyvphB6VkGqaRDjjOw [60] Plaintif mempunyai kausa tindakan terhadap Defendan iaitu pinjaman wang. Cadangan pembelaan Defendan adalah lambat dan merupakan pemikiran semula. Defendan hanya menafikan bahawa Plaintif bukanlah tuan punya wang yang dikatakan dipinjamkan. Mahkamah berpendapat Defendan sebenarnya yang hadir ke Mahkamah dengan tidak jujur bermula dengan kelewatan memfailkan memorandum kehadiran, kegagalan untuk memfailkan pembelaan, tiada tindakan selepas tindakan garnishee dibuat dan hanya memfailkan permohonan ini selepas hampir 10 bulan. [61] Tindakan Defendan merupakan satu tindakan yang bukan satu kebiasaan yang biasanya dilaksanakan bagi mengetepikan penghakiman ingkar terutamanya apabila cadangan pembelaan adalah penafian dan juga difailkan di saat akhir serta tidak mempunyai pembelaan bermerit. [62] Oleh yang demikian, Mahkamah berpendapat tiada sebarang alasan yang kukuh untuk Defendan mengetepikan penghakiman ingkar yang telah dikeluarkan. Mahkamah dengan ini atas imbangan kebarangkalian menolak notis permohonan Defendan [Lampiran 19] dengan kos diberikan kepada pihak Plaintif. Disediakan oleh: WAN NOR AKLIMA BINTI WAN SALLEH Hakim, S/N MyvphB6VkGqaRDjjOw Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Bertarikh: 3.1.2025 PIHAK-PIHAK Peguam cara Pihak Plaintif: Encik Mak Rongjie bersama-sama dengan Cik Chang Carrie [Tetuan Nazri Aziz Masura Mak & Tan] Peguam cara Pihak Defendan: Cik Siew Yen Mee [Tetuan Chan Tse Yuen & Co.] S/N MyvphB6VkGqaRDjjOw
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.