Perintah penjualan yang dikeluarkan oleh Pentadbir Tanah yang tidak pernah dicabar oleh Defendan dan sehingga kini masih 23 terpakai. Defendan juga tidak pernah membuat permohonan untuk mengenepikan perintah penjualan yang diperolehi Plaintif. Dapatan Mahkamah atas isu (i) [26] Apa yang nyata di hadapan Mahkamah ini adalah permohonan yang dibuat Plaintif adalah berdasarkan Sijil Rujukan yang telah dikeluarkan Pentadbir Tanah atas kegagalan menjual hartanah tersebut oleh Pentadbir Tanah di pejabat tanah. Berdasarkan kes LEE GEE PHENG dan STANDARD CHARTERED BANK telah menjadi prinsip undang-undang yang mantap dan jitu bahawa permohonan di bawah seksyen 265(3A) KTN adalah permohonan untuk perintah penjualan gantian dan bukannya satu permohonan baru untuk mendapatkan perintah penjualan. Mahkamah ini di perenggan 13 penghakiman ini telahpun menyimpulkan prinsip-prinsip undang-undang dari pemutusan kedua-dua kes Mahkamah Rayuan di dalam perihal perkara pemohonan menurut seksyen 265(3A) KTN ini. [27] Mahkamah ini perlu menekankan di sini bahawa di dalam di afidavit-afidavit Defendan menentang permohonan Plaintif, alasan-alasan 24 yang dibangkitkan oleh Defendan tidak langsung menyentuh mengenai perintah penjualan yang telahpun diperolehi oleh Plaintif. Afidavit-afidavit tersebut juga tidak menimbulkan sebarang ketidakpatuhan di pihak Plaintif terhadap apa-apa syarat (condition) atau prasyarat (pre-condition) yang ditetapkan oleh mana-mana undang-undang bagi mendapatkan perintah penjualan daripada Pentadbir Tanah. Apa yang ditimbulkan atau dibangkitkan oleh Defendan hanyalah alasan-alasan yang timbul selepas pemerolehan perintah penjualan Pentadbir Tanah yang kononnya ketidakpatuhan-ketidakpatuhan oleh Plaintif di dalam membuat permohonan di bawah seksyen 265(3A) KTN seperti ketiadaan penyata akaun, perincian butir-butir keberhutangan dan ketidakpatuhan perintah mahkamah bertarikh 26.4.2013 berkaitan perincian butir-butir keberhutangan. [28] Mahkamah perlu mengulangi di sini sekali lagi bahawa permohonan di hadapan mahkamah ini bukanlah satu permohonan baru untuk satu perintah penjualan yang mana bagi menangkis ianya dikeluarkan, seseorang pemberi gadaian boleh menimbulkan kausa yang bertentangan dengan menimbulkan perincian butir-butir atau 25 penyata akaun hutang yang tidak diberikan oleh pemegang gadaian yang boleh menjurus kepada kegagalan mematuhi butiran-butiran yang dikehendaki di bawah Aturan 83 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 2012 (KKM 2012) ataupun kegagalan pemegang gadaian menyerahkan Borang 16D kepada pemberi gadaian yang akan menyatakan secara tepat dan spesifik jumlah keberhutangan pemberi gadaian kepadanya seperti yang berlaku di dalam kes Standard Chartered Bank. [29] Di dalam kes ini, Notis Borang 16 D atau Aturan 83 KKM 2012 tidak berbangkit kerana pertamanya, perintah jualan sememangnya telah diperolehi oleh Plaintif. Keduanya, Defendan tidak langsung menimbulkan sebarang ketidakpatuhan Plaintif terhadap mana-mana kehendak undang-undang di dalam memperolehi perintah jualan daripada Pentadbir Tanah. Ketiganya, menurut undang-undang dan otoriti-otoriti, tujuan butiran-butiran yang ditimbulkan oleh Defendan ini, perlu diberikan kepada Defendan adalah untuk Defendan memikirkan samada untuk menjelaskan hutangnya bagi menyelamatkan hartanah tersebut daripada lelongan dengan membayar jumlah hutang tertunggak ataupun menentang 26 permohonan Plaintif daripada mendapatkan perintah penjualan untuk menjual hartanah melalui lelongan awam. [30] Di dalam hal ini, molek rasanya Mahkamah ini merujuk kepada penghakiman oleh Mahadev Shankar H (YA pada masa itu) di dalam kes Citibank NA v Ibrahim bin Othman [1994] 1 MLJ 608 mengenai objektif Aturan 83 KKM 2012 dan butiran-butiran yang perlu bagi mematuhi Aturan 83 ini. Di dalam kes Citibank NA ini, Mahadev Shankar H telah memutuskan bahawa: “(2) The Objective of O 83 r 3 is to enable the defendant to know at least by the date the originating summons is filed, what is the exact sum he is legally liable to pay so that he can make up his mind to contest or pay up. If there is a dispute as to the amount payable, the court must be able to say precisely when making its order ‘the total amount due to the charge at the date on which the order is made’. These words are from s 257(1)(c) of the National Land Code 1965 and they are mandatory.” (penekanan Mahkamah ini) [31] Hakim Mahadev Shankar seterusnya di muka surat 615 penghakimannya telah berkata: 27 “What the chargor has lost where there is a failure to comply with Order 83 r 3(3) is opportunity to satisfy himself of the correctness of the amount claimed, and to challenge the figures if he is not. A bare denial of a debt was never enough. The chargor also has an onus if he denies the amount claimed to say how much he admits owing. In this kind of case the dismissal of the application for non-compliance with some aspect of the rules does not extinguish the debt. The chargee can start afresh but there will then be additional costs, interest and delay.” (penekanan oleh Mahkamah ini) [32] Di dalam kes ini, perintah yang dipohon oleh Plaintif adalah menggantikan perintah Pentadbir Tanah kepada perintah penjualan oleh Mahkamah. Di dalam hal ini, Defendan tidak merujuk kepada Mahkamah ini peruntukan undang-undang yang memerlukan Plaintif untuk memberikan penyata akaun yang lengkap dan terperinci bagi mendapatkan perintah penggantian tersebut. Apabila Defendan gagal menunjukkan kehendak undang-undang yang memerlukan sedemikian, alasan yang dibangkitkan oleh Defendan tidak mungkin mewujudkan kausa yang bertentangan. Apa yang pasti Plaintif telahpun memaklumkan di dalam afidavitnya bahawa jumlah sebenar keberhutangan Defendan setakat 14.11.2014 adalah RM 539,597.72. 28 [33] Peguam Defendan ada merujuk kepada Mahkamah ini buku teks “Enforcement of Charges Hand Book” oleh Wong Kim Fatt” di mana peguam Defendan telah menghujahkan bahawa Borang 112 di dalam buku itu dijadikan panduan. [34] Mahkamah ini berpandangan bahawa Borang 112 tersebut adalah saranan penulis dan bukannya berdasarkan kehendak atau prosedur atau formaliti undang-undang yang perlu dipatuhi oleh Plaintif di dalam membuat permohonannya di bawah seksyen 265(3A) KTN. Bagi Mahkamah ini, memang tidak ada salahnya sekiranya penyata akaun dieksibitkan tetapi bagi Mahkamah ini ketiadaannya tidaklah menimbulkan apa-apa kecacatan ataupun ketidakpatuhan undang-undang pun. [35] Apatah lagi di dalam kes ini, tidak timbul isu mengenai tujuan untuk memaklumkan kepada Defendan jumlah yang terhutang bagi akaun pinjaman perumahannya untuk Defendan memikirkan atau membuat keputusan samada untuk menjelaskan hutang yang tertunggak bagi menyelamatkan hartanah tersebut daripada dilelong Plaintif. Perintah penjualan telahpun dikeluarkan dan dua lelongan awam 29 yang dijalankan tidak berjaya menjual hartanah tersebut. Apa yang nyata, tingkah laku Defendan selama ini adalah tidak menghalang perintah penjualan dikeluarkan dan juga telah membiarkan Plaintif meneruskan dengan prosiding halang tebus. Defendan sememangnya tidak berhasrat untuk membayar hutangnya dan cuba mengelak perintah penggantian perintah penjualan hartanah tersebut dengan alasan-alasan remeh dan afterthought. [36] Di dalam hal ini, Mahkamah ini mesti menyatakan di sini bahawa sebenarnya Defendan sememangnya tidak begitu serius di dalam mahu mengetahui butir-butir pengiraan hutangnya untuk menyelamatkan hartanah tersebut daripada dilelong oleh Plaintif. Mahkamah berkata begini kerana keterangan dokumentari Defendan sendiri menujukkan Defendan mahu menggunakan peluang isu batasan masa untuk mengelakkan pembayaran hutangnya. Di Eksibit “D” affidavit Kandungan 5nya, Defendan telah mengeksibitkan surat Mahmood bin Nik Mat yang telah menulis surat bertarikh 30.03.2009 kepada Plaintif memohon hartanah tersebut dilepaskan daripada gadaian atas alasan tindakan undang-undang Plaintif adalah 30 dihalang oleh batasan masa. Surat bertarikh 30.03.2009 tersebut diperturunkan di bawah ini: Nik Mahmood Bin Nik Mat P/A 1546/08 (Nik Abdul Rahman Bin Nik Mat) (Wan Zubaidah Binti Wan Mahmood) No. 7, Jalan SS4C/18 47301 Petaling Jaya Selangor. 30-03-2009 _____________________________________________________________________ CIMB Bank Damansara Dear Sir, H.S(M) 124 Lot 7663, Lelongan Awam 31-10-1988, Proprietor: Nik Abdul Rahman Bin Nik Mat, Wan Zubaidah Binti Wan Mahmood. With reference to the above property where it was first auction on 31-10- 1988 and now after twenty years it became time barred for further legal action. Due to this limitation please take necessary steps to discharge the property accordingly. Enclose here with necessary document for your verification. Thank you. [37] Kandungan surat yang sama telah diulangi peguam Defendan melalui surat Suria Kumar & Co bertarikh 12.3.2014 yang berbunyi berikut: We act for the borrowers and refer to the above matter. 31 Our clients obtained a loan facility from Bank Bumiputra Malaysia Berhad.