1
Ini adalah rayuan Perayu (defendan) terhadap keputusan Mahkamah ini yang membenarkan permohonan untuk jualan yang difailkan Plaintif untuk 9 hartanah milik Defendan yang digadaikan (“gadaian-gadaian tersebut”) bagi jaminan kepada jumlah pinjaman yang diberikan Plaintif kepada Defendan. Jumlah hutang tertunggak berbangkit daripada pinjaman ini ialah sebanyak RM83,575.66 setakat 18.9.2023.