Lampiran
Lampiran 2 atas alasan kegagalan dari pihak JC mendapatkan kebenaran Mahkamah berdasarkan S.5 (3) (b) Akta Insolvensi 1967. Analisis dan Keputusan Mahkamah 5. Berdasarkan Saman Dalam Kamar Lampiran 4 dan Lampiran 23, setelah diteliti, mahkamah mendapati bahawa hanya terdapat 2 isu yang menjadi perhatian mahkamah dalam permohonan JC untuk mendapatkan kebenaran Mahkamah untuk meneruskan tindakan kebankrapan dan juga permohonan JD untuk mengenepikan Notis Kebankrapann akibat kegagalan JC mendapatkan kebenaran Mahkamah terlebih dahulu sebelum memulakan tindakan kebankrapan terhadap JD. S/N gxg8J4xzsEqEinBFNjLnQ 6. Di dalam kes yang ada di hadapan Mahkamah pada hari ini, JC telah memfailkan Saman Dalam Kamar Lampiran 4 pada 2.12.2024 bagi mendapatkan kebenaran Mahkamah berdasarkan S.5 (3) (b) Akta Insolvensi 1967 bagi membolehkan JC meneruskan tindakan kebankrapan terhadap JD. 7. Kemudian, pada 2.3.2025, pihak JD melalui Peguamcaranya telah memfailkan Saman Dalam Kamar Lampiran 23 bagi permohonan untuk mengenepikan Notis Kebankrapan di Lampiran 2 bertarikh 21.11.2024 atas alasan kegagalan dari pihak JD untuk mendapatkan kebenaran Mahkamah terlebih dahulu berdasarkan S.5 (3) (b) Akta Insolvensi 1967 sebelum meneruskan tindakan kebankrapan terhadap JD. Hal ini kerana pihak JD merupakan Penjamin terhadap Peminjam Utama. 8. Mahkamah ini berpendapat walaupun terdapat 2 permohonan berbeza dari kedua dua belah pihak, namun setelah diteliti, isu yang sama telah menjadi pertikaian. Isu kebenaran Mahkamah yang terangkum di dalam S.5 (3) (b) Akta Insolvensi 1967 adalah menjadi isu utama di dalam kes pada hari ini. Atas dasar itu, Mahkamah pada hari ini akan memberikan alasan terhadap keputusan kedua dua permohonan tersebut (Lampiran 4 dan Lampiran 23) di dalam satu Alasan Penghakiman yang sama. ISU 1: KEBENARAN DI BAWAH SEKSYEN 5 (3) AKTA INSOLVENSI 1967 9. Pihak JD telah menghujahkan bahawa Notis Kebankrapan (Lampiran 2)adalah terbatal kerana pihak JC gagal untuk memperoleh kebenaran Mahkamah terlebih dahulu berdasarkan Seksyen 5(3)(b) Akta Insolvensi 1967. JD menyatakan bahawa kebenaran hendaklah diperoleh terlebih dahulu sebelum JC meneruskan tindakan Notis Kebankrapan terhadap JD. Oleh itu, tindakan pihak JC memfailkan Notis kebankrapan adalah pramatang dan hendaklah dibatalkan. 10. Dalam menilai isu yang ditimbulkan oleh pihak JC, Mahkamah telah merujuk peruntukan yang menjadi pertikaian iaitu S.5 (3) (b) Akta Insolvensi 1967 yang menyatakan seperti berikut: Conditions on which creditor may petition 5. (3) A petitioning creditor shall not be entitled to commence any bankruptcy action— S/N gxg8J4xzsEqEinBFNjLnQ (a) against a social guarantor; and (b) against a guarantor other than a social guarantor unless the petitioning creditor has obtained leave from the court. 11. Dalam menilai dengan lebih mendalam berkenaan perkara ini, mahkamah telah meneliti kes Mahkamah Rayuan berkenaan Hong Leong Bank Berhad v Ong Moon Huat & Another Appeal [2018] MLJU 1576; ;[2018] 1 LNS 1612; ; [2018] MLRAU 504 yang memutuskan bahawa JC berhak untuk memfailkan permohonan kebenaran memulakan tindakan kebankrapan tersebut sehingga sebelum Petisyen Pemiutang difailkan. Dalam menjelaskan prinsip tersebut, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa:- “[15] For these reasons we are of the view that on a proper reading of Khairulnizam which is wholly relevant coupled with section 5(3)(b) as well as Rule 97 it is open to a judgment creditor to file an application for leave to proceed against a guarantor either upon the issuance of the bankruptcy notice, or even prior to that, up to and immediately PRIOR TO THE FILING OF A CREDITOR’S PETITION. This gives leeway to the judgment creditor to obtain such leave as it deems fit in the circumstances of a particular case. This will in no way prejudice the judgment debtor/guarantor who is protected by the legislation which requires such leave to be obtained as a prerequisite to the grant of receiving and adjudication orders. 12. Selain itu juga, mahkamah telah meneliti kes Per: Lee Choon Peng; Ex-Parte: KGFC (M) Sdn Bhd [2024] MLJU 2410 yang menyatakan perkara berikut : [20] Namun, dengan kewujudan perintah Mahkamah Rayuan tersebut, Mahkamah berpendapat bahawa Mahkamah Rayuan telah membuat keputusan yang konsisten dengan kes Ong Moon Huat (supra) bahawa seseorang Pemiutang Penghakiman boleh memfailkan permohonan untuk memohon kebenaran Mahkamah untuk membawa tindakan terhadap penjamin bukan sosial pada bila-bila masa sebelum sahaja pemfailan Petisyen Pemiutang. [21] Salah satu rasional untuk keputusan-keputusan tersebut adalah disebabkan oleh masalah praktikal yang dihadapai peguam dalam memfailkan permohonan memohon kebenaran tersebut tanpa S/N gxg8J4xzsEqEinBFNjLnQ intitulment, yang pada kebiasaanya akan wujud dengan pemfailan Notis Kebankrapan di Mahkamah. Dalam menjelaskan isu ini, Mahkamah dalam kes Ong Moon Huat (supra) memutuskan bahawa:- “In other words there is nothing to prevent a judgment creditor from obtaining leave at a point in time prior to the commission of an act of bankruptcy i.e. soon after the issuance of the bankruptcy notice or with the application for the issuance of a bankruptcy notice. The practical difficulty is that there will be no cause papers with an intitulement to enable the judgment creditor to file a summons in chambers and affidavit in support until the bankruptcy notice is issued. Therefore most solicitors, as a matter of practice may wish to obtain leave as a matter of prudence at this juncture, rather than wait for the act of bankruptcy to be committed. This is because it leaves a very narrow window of time for the application for leave to be filed and heard…” 13. Atas alasan tersebut di atas maka Mahkamah dengan ini mempercayai bahawa pihak JC berhak memfailkan Notis Kebankrapan terlebih dahulu sebelum mendapatkan kebenaran daripada Mahkamah. Maka tindakan pihak JC untuk memfailkan permohonan kebenaran berdasarkan Seksyen 5(3)(b) Akta Insolvensi 1967 (Kandungan 4) adalah munasabah dan dibenarkan menurut peruntukan perundangan. ISU 2: SAMA ADA JC TELAH MELEPASI PRASYARAT S.5 (4) DENGAN MENGGUNA PAKAI KESEMUA MODE PELAKSANAAN 14. Berkenaan permohonan JC di Lampiran 4 bagi mendapatkan kebenaran Mahkamah bagi meneruskan tindakan kebankrapan terhadap JD, pada pendapat Mahkamah JC hendaklah terlebih dahulu memenuhi prasyarat di dalam S.5 (4) Akta Insolvensi 1967 yang menyatakan seperti berikut: Conditions on which creditor may petition 5. (4) Before granting leave referred to in paragraph (3)(b), the court shall satisfy itself that the petitioning creditor has exhausted all modes of execution and enforcement to recover debts owed to him by the debtor. 15. Sekiranya pihak JC gagal untuk membuktikan bahawa JC telah menggunapakai kesemua cara pelaksanaan dan penguatkuasaan untuk mendapatkan jumlah penghakiman maka permohonan untuk mendapatkan kebenaran Mahkamah di Lampiran 4 hendaklah ditolak. JC berhujah bahawa pihak Penghutang Utama iaitu Instedt (M) Sdn Bhd No. Syarikat S/N gxg8J4xzsEqEinBFNjLnQ 667013-K telah digulungkan oleh JC pada 4.6.2024 melalui Petisyen Penggulungan No. PA-28NCC-121-10/2023. Oleh itu, JC menghujahkan bahawa JC telah menghabiskan segala bentuk pelaksanaan terhadap penghutang utama setelah penghutang utama digulungkan. 16. Mahkamah dalam meneliti isu ini, telah merujuk kes Perkara Zuraidah bt Abdullah; ex parte Majlis Amanah Rakyat [2023] MLJU 2107 yang menyatakan berikut : [26] Maka, keputusan-keputusan tersebut mengikat Mahkamah ini dan JC hanya perlu menunjukkan bahawa JC telah melengkapkan tindakan pelaksanaan terhadap Peminjam Prinsipal sebelum memulakan tindakan kebankrapan terhadap JD, yang merupakan seorang penjamin. Memandangkan Peminjam Prinsipal (syarikat) telah digulungkan dan JC telah memfailkan bukti hutang dengan Jabatan Insolvensi terhadap Peminjam Prinsipal, tiada lagi tindakan pelaksanaan lain yang boleh diambil JC terhadap peminjam Prinsipal dalam kes ini. Perkara ini ada diputuskan dalam kes Gan Khian Pin v Malayan Banking Berhad [2021] MLJU 3039;; [2021] 1 LNS 2433;; [2021] AMEJ 2100 di mana Mahkamah memutuskan bahawa:- “The principal debtor has been wound-up on 13.5.2020 and Proof of Debt has been filed by the JC against the principal debtor. There is no confirmation by the Liquidator that the assets or property of the principal debtor company, if any, is sufficient to satisfy all the claims lodged by its creditors. The effect of a winding up order was to deprive the company of the beneficial ownership of all its property. See Yamamori (Hong Kong) Ltd v. Borneo Hotel Sdn Bhd & Anor [1991] 4 CLJ Rep 235. Hence, there is no avenue left for the JC to recover the debt from the principal borrower by using other modes of execution and enforcement within the meaning of s. 5(4) & (6) of the IA 1967. From the Affidavit evidence, this Court is satisfied that the JC has exhausted all modes of execution and enforcement to recover the debt owed to them by the JD. See KKRMC Trading Sdn Bhd v. Tan Tiang Lai [2020] 1 LNS 852 (HC).” 17. Mahkamah juga merujuk kes Perkara Rubina bt Mustafa Kemal; ex parte Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Bhd [2023] MLJU 1443 yang menyatakan bahawa: S/N gxg8J4xzsEqEinBFNjLnQ [13] Mahkamah ini merujuk seksyen 5(3)(b) di mana suatu pelaksanaan prosiding kebankrapan ke atas seorang peminjam yang bukan penjamin sosial hanya boleh diteruskan dengan kebenaran Mahkamah. Dalam seksyen 5(6) pun ada menyatakan bahawa Pemiutang Penghakiman hanya perlu untuk memilih salah satu kaedah pelasanaan yang ingin dilaksanakan ke atas Peminjam Utama dan bukannya melaksanakan kesemua kaedah yang diperuntukkan di bawahnya. [14] Oleh yang demikian itu, adalah jelas di sini bahawa Pemiutang Kehakiman telahpun menyempurnakan keperluan di bawah seksyen 5(3)(b), 5(4) dan seksyen 5(6) Akta Insolvensi 1967 apabila telahpun ‘exhaust’ segala perlaksanaan terhadap Peminjam Utama dengan mendapatkan perintah penggulungan terdahulu daripada tindakan kebankrapan ini. 18. Berdasarkan 2 rujukan kes di atas, Mahkamah berpendapat bahawa pihak JC telah memenuhi syarat seperti yang dinyatakan di dalam S.5 (4) Akta Insolvensi 1967. Hakikat bahawa pihak Syarikat Utama telah digulungkan memberi indikator bahawa pihak JC telah menghabiskan kesemua mod pelaksanaan terhadap Syarikat Utama dan tiada sebarang tindakan lain yang boleh diambil terhadap Syarikat Utama tersebut. 19. Oleh itu, Mahkamah berpendapat bahawa hujahan pihak JD adalah tidak bermerit dan hakikat bahawa Penghutang utama telah digulungkan oleh pihak JC, maka JC sudah tidak mempunyai sebarang tindakan pelaksanaan lain yang boleh dilakukan lagi melainkan meneruskan tindakan terhadap penjamin. S/N gxg8J4xzsEqEinBFNjLnQ Kesimpulan 20. Sebagai kesimpulan, berdasarkan alasan-alasan dan kes kes terdahulu yang telah dikemukakan di atas, Mahkamah dengan ini memutuskan bahawa Mahkamah menolak Permohonan pihak Penghutang Penghakiman di (Lampiran 23) bagi mengenepikan Notis Kebankrapan. 21. Selanjutnya, Mahkamah juga memutuskan untuk membenarkan permohonan JC untuk mendapatkan kebenaran Mahkamah bagi meneruskan tindakan kebankrapan terhadap JD berdasarkan S.5 (3) (b) Akta Insolvensi 1967 di (Lampiran 4). Perintah terhadap kos sebanyak RM 1,000.00 hendaklah dibayar oleh pihak JD tertakluk kepada fi alokatur. Bertarikh : 30 Jun 2025 Disediakan oleh, …………………………………………… MOHAMAD RIDHWAN BIN SYARIZAL Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya Johor Bahru S/N gxg8J4xzsEqEinBFNjLnQ Pihak – pihak: 1. Tetuan Shaik David & Co. Peguamcara Pemiutang Penghakiman A1-9-9 Arcoris Mont Kiara, No. 10 Jalan Kiara, 50480, Kuala Lumpur. [No. Rujukan : SDC/SAS/NAN/23003233] … Mr. Teoh Jo Vi 2. Tetuan Vera Chambers. Peguamcara Penghutang Penghakiman No. 40 Jalan Aspira 2/14, Laman Aspira, Gerbang Nusajaya, 79200 Iskandar Puteri, Johor. [No. Rujukan : VC/25003/SAMS] … Ms. Ivy Alvera Ang Nyuk-Lai S/N gxg8J4xzsEqEinBFNjLnQ Kes – kes yang dirujuk 1. Hong Leong Bank Berhad v Ong Moon Huat & Another Appeal [2018] MLJU 1576; ;[2018] 1 LNS 1612; ; [2018] MLRAU 504 2. Per: Lee Choon Peng; Ex-Parte: KGFC (M) Sdn Bhd [2024] MLJU 2410 3. Perkara Zuraidah bt Abdullah; ex parte Majlis Amanah Rakyat [2023] MLJU 2107 4. Perkara Rubina bt Mustafa Kemal; ex parte Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Bhd [2023] MLJU 1443 S/N gxg8J4xzsEqEinBFNjLnQ