(iii) Thirdly, a chargor may defeat an application for an order for sale by demonstrating that its grant would be contrary to some rule of law or equity.” [18] Plaintif menghujahkan pembelaan Pengarah-Pengarah Defendan iaitu penafian bahawa Pengarah-Pengarah tersebut (i.e Afandi bin Hussain dan Rabih Daher) tidak pernah memohon pinjaman tersebut atau pinjaman tersebut adalah bertentangan dengan 7 dokumen-dokumen yang sedia ada adalah merupakan penafian kosong semata-mata dan satu pemikiran terkemudian (afterthought). [19] Plaintif juga menghujahkan bahawa apa-apa masalah yang dihadapi di antara kedua-dua Pengarah Defendan, adalah merupakan masalah dalaman pihak Defendan (“indoor management rule” atau “rule in Turquand”) dan Plaintif tidak perlu terkesan daripadanya dan ianya bukan merupakan satu kausa bertentangan. [20] Plaintif juga menghujahkan bahawa Borang 16D telah disampaikan secara teratur dan sempurna ke atas pihak Defendan menurut terma-terma gadaian. Kedua-dua Pengarah Defendan telah juga diserahkan dengan sesalinan Borang 16D tersebut. [21] Plaintif juga menghujahkan bahawa Plaintif telah mengemukakan Sijil Keberhutangan (Certificate of Indebtness) maka ianya adalah bukti konklusif mengenai jumlah hutang Defendan kepada Plaintif. Hujahan Defendan [22] Defendan menafikan ada berhutang dengan pihak Plaintif. Malahan Pengarah-Pengarah Defendan tidak pernah menandatangani apa-apa Surat Tawaran Perjanjian Kemudahan Pinjaman Perumahan/Kedai Pejabat atau Surat Gadaian. 8 [23] Pengarah Defendan iaitu Rabih Daher menafikan beliau pernah menandatangani Borang Gadaian dan dokumen-dokumen kemudahan pinjaman tersebut. Rabih Daher menyatakan bahawa terdapat unsur-unsur frod dan tandatangan beliau telah dipalsukan. [24] Selain daripada itu, pihak Defendan menghadapi masalah dalaman yang melibatkan Pegarah Afandi bin Hussain. [25] Pihak Defendan mendakwa bahawa pihaknya tidak menerima dan tidak diserahkan Borang Gadaian, i.e Borang 16A Kanun Tanah Negara dan Borang 16D. Justeru itu, penyampaian adalah tidak teratur. [26] Defendan juga mempertikaikan jumlah baki hutang yang dikenakan. [27] Justeru itu Defendan berhujah bahawa terdapat isu-isu yang membangkitkan kausa yang bertentangan terhadap pemberian Perintah Jualan yang dipohon Plaintif. Justeru permohonan Plaintif perlu ditolak. E. PENGANALISAAN DAN DAPATAN MAHKAMAH [28] Sebelum Mahkamah membuat apa-apa penelitian dan penganalisaan terhadap keseluruhan kes ini, Mahkamah ingin membuat satu pemerhatian yang akan menentukan jatuh bangun kes Defendan dari segi teknikal. 9 [29] Teras pembelaan pihak Defendan ialah Defendan melalui Pengarahnya Rabih Daher tidak pernah menandatangani apa-apa dokumen Gadaian tersebut termasuk dokumen-dokumen Kemudahan Pinjaman dan juga Perjanjian Pinjaman. Andaikata dakwaan ini benar, Rabih Daher sendiri yang harus mengikrarkan Afidavit beliau sendiri untuk menafikan bahawa beliau pernah menandatangani segala dokumen-dokumen berkaitan kemudahan pinjaman tersebut. [30] Namun Afidavit-Afidavit jawapan Defendan telah diikrarkan oleh seorang yang bernama Ahmad Faridz bin Abdullah, Pengarah Defendan, yang tidak ada kena mengena dengan pinjaman itu dan dokumen-dokumen berkaitan dengan pinjaman tersebut dan tidak mempunyai pengetahuan mengenainya. Orang yang menandatangani kesemua dokumen-dokumen berkenaan dan mempunyai pengetahuan mengenai pinjaman tersebut adalah Pengarah-Pengarah Defendan sebelum itu, Afandi bin Hussain dan Rabih Daher. Mereka berdua tidak mengikrarkan apa-apa Afidavit sebaliknya Ahmad Faridz yang tidak terlibat dan tidak mempunyai pengetahuan peribadi mengenai apa yang berlaku telah mengikrarkan Afidavit-Afidavit jawapan Defendan pada 15 Julai 2019 dan 16 Ogos 2019. Sewajarnya sekurang-kurangnya Rabih Daher perlu mengikrarkan Afidavitnya. [31] Di dalam kes Yian Sdn Bhd v. Datuk Bandar Kuala Lumpur & Anor [1998] 5 MLJ 550, Mahkamah memutuskan: “There is another aspect to this principle. It is that the affidavit, in order to amount to a satisfactory rebuttal, must be affirmed by the 10 person who has personal knowledge of the facts in issue. In cases where the exercise of discretion by a public decision-maker is challenged, in the absence of those special circumstances which we referred to a moment ago, the rebuttal must come from the decision-maker himself. An affidavit by a deponent who has no personal knowledge of the considerations upon which the decision was based is pure hearsay and is worthless as evidence and no court can expected to pay the slightest attention to it.” [32] Di dalam kes Gordagen Pharmaceuticals Pty Ltd v. Felda Wellness Corporation Sdn Bhd [2016] MLJU 1514, Mahkamah memutuskan: “[41] The Respondent’s officer who has full knowledge of the matter relating to the admitted Petition Debt and as to the debt due and owing to the Petitioner’s subsidiary, Gordagen Pharmaceutical Manufacturing Pty Ltd is Nasir the CEO. Despite the Petitioner’s challenge calling for Nasir to affirm an affidavit given that he has full personal knowledge, no sworn statement was forthcoming from him.” . [33] Mahkamah juga membuat perbandingan dengan kes permohonan interlokutori dibandingkan dengan kes tindakan guaman utama dan menyatakan: “As a winding-up petition seeks final relief as opposed to interlocutory relief, the affidavits affirmed must be by a deponent 11 who has personal knowledge. If not, the affidavit evidence will be rendered hearsay and inadmissible.” [34] Berdasarkan otoriti-otoriti di atas, Afidavit yang diikrarkan oleh Ahmad Faridz bin Abdullah tidak boleh diterima masuk, justeru tidak boleh diambil-kira kerana beliau tidak mempunyai pengetahuan peribadi mengenai hal ehwal sebenar. Ianya merupakan pengetahuan melalui dengar cakap. Perlu ditekankan di sini tindakan guaman Plaintif ini dimulakan melalui “mode” Saman Pemula yang berteraskan keterangan melalui Afidavit. Maka jika Afidavit tidak boleh diterima masuk maka ini bermakna tidak terdapat apa-apa keterangan yang berada di hadapan Makamah bagi pihak Defendan untuk menjawab/menyangkal kes Plaintif. [35] Malahan undang-undang adalah mantap di mana jika tiada keterangan (Afidavit) daripada Defendan untuk menyangkal keterangan (Afidavit) Plaintif, maka Defendan dianggap menerima pengataan Plaintif sebagai benar. Ke arah itu Mahkamah ingin merujuk kepada kes P. R v. Yana Sipudin [2018] 1 LNS 411, satu kes kuasi jenayah melibatkan keterangan melalui Afidavit. Di dalam kes itu, Mahkamah memutuskan: “[18] Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan peguam responden yang terpelajar iaitu permohonan ini bergantung kepada keterangan melalui afidavit. Responden telah membangkitkan isu percakapan yang diberikan oleh Pegawai tersebut secara paksaan. Malangnya, pihak pemohon tidak memfailkan apa-apa 12 afidavit jawapan bagi menyangkal isu ini. Mahkamah ini merujuk kes Ng Hee Thoong & Anor v. Public Bank Berhad [1995] 1 CLJ 609 di mana YA Gopal Sri Ram HMR [pada ketika itu] ada menzahirkan pandangannya seperti berikut: “Now, it is well settled principle governing the evaluation of affidavit evidence that where one party makes a positive assertion upon a material issue, the failure of his opponent to contradict is usually treated as an admission by him of the fact so asserted: Alloy Automotive Sdn Bhd v. Perusahaan Ironfield Sdn Bhd [1986] 1 CLJ 45; Overseas Investment Pte. Ltd. v. O’Brien [1988] 2 CLJ 238; [1988] 3 MLJ 332.” (Lihat juga kes Kasim bin Sulong v. Guthrie Estates Holdings Ltd [1993] 13 MLJ yang merujuk kes England di dalam Rossage v. Rossage). [36] Pihak Defendan memberi alasan bahawa Rabih Daher bukan rakyat Malaysia tetapi rakyat Canada dan tidak dapat memberi Afidavitnya. Alasan ini tidak boleh diterima kerana ianya adalah kehendak undang-undang. Malahan mengikut keterangan yang ada beliau berada di Malaysia pada 15 Julai 2019 kerana beliau telah membuat Laporan Polis (Jemput lihat Afidavit Jawapan Defendan di Eksibit “A1” oleh Ahmad Faridz bin Abdullah pada 15 Julai 2019 i.e tarikh yang sama). Malahan menurut Bok Yoke Len Afidavit Balasan Plaintif di para 8.1, tandatangan Rabih 13 Daher di dalam Laporan Polisnya dan di dalam Perjanjian Jual Beli adalah sama. [37] Adalah menghairankan mengapa Rabih Daher sendiri tidak mengikrarkan Afidavit bagi menyokong dakwaan-dakwaannya bagi pihak Defendan dan tiada apa-apa penjelasan yang telah diberikan, sedangkan beliau berada di Malaysia ketika itu. [38] Mahkamah berpendapat keadaan ini juga menjemput Mahkamah untuk mengenakan inferens bertentangan terhadap Defendan di bawah Seksyen 114 (g) Akta Keterangan. [39] Mahkamah berpendapat dengan alasan-alasan teknikal yang serius di atas sahaja Mahkamah boleh memutuskan bahawa tiada “kausa yang bertentangan” yang berjaya diketengahkan oleh Defendan untuk Mahkamah membenarkan permohonan Plaintif untuk Perintah Jualan di Kandungan (1). [40] Sekarang Mahkamah akan membuat penelitian dan penganalisaan dari aspek merit pula. Kes Plaintif [41] Mahkamah telah meneliti Kertas-Kertas Kausa/Afidavit/Eksibit-Eksibit. Dari penelitian Mahkamah dari segi prima facie, Plaintif telah berjaya membuktikan bahawa Defendan/Pengarah-Pengarah Defendan iaitu Rabih Daher dan Afandi bin Hussain telah memohon kemudahan pinjaman tersebut (Eksibit “A” Afidavit Sokongan Plaintif) telah diluluskan dan pihak Defendan 14 melalui Pengarah-Pengarahnya telah menandatangani Perjanjian Pinjaman (Eksibit “G”) dan telah melaksanakan Memorandum Gadaian melalui Borang 16A (Eksibit “B”). [42] Malahan permohonan kemudahan ini telah disokong dengan Resolusi Syarikat Defendan yang memberi kuasa kepada kedua-dua Pengarah Defendan Rabih Daher dan Afandi Hussain untuk memohon kemudahan pinjaman tersebut dan menggadaikan Hartanah tersebut kepada Plaintif. [43] Selain daripada itu terdapat Borang 34 bertarikh 28 Mac 2013 yang memaklumkan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengenai kewujudan gadaian ke atas Hartanah tersebut kepada Plaintif (lihat Eksibit “I”). [44] Keterangan juga menunjukkan bahawa Notis Tuntutan hutang Defendan ini (Borang 16D) telah berjaya disampaikan secara teratur dan sempurna menurut terma-terma gadaian kepada Defendan dan atau kedua-dua Pengarah Defendan (lihat Eksibit “F”). [45] Plaintif juga telah mengemukakan Sijil Keberhutangan (Certificate of Indebtness) yang menunjukkan jumlah yang terhutang di bawah Gadaian tersebut kepada Plaintif setakat tarikh penfailan Saman Pemula tersebut pada 6 Mei 2019 sebanyak RM441,671.32 (Eksibit “N” oleh Bok Yoke Len). [46] Kini beban berpindah kepada pihak Defendan untuk membuktikan pembelaannya dengan mematahkan kes Plaintif. 15 Kes Defendan [47] Adalah menjadi pembelaan Defendan melalui Pengarahnya, Rabih Daher bahawa tandatangan Rabih Daher telah dipalsukan. Di dalam ertikata lain wujudnya elemen frod/pemalsuan kerana kononnya Rabih Daher tidak pernah menandatangani Surat Tawaran, Perjanjian Pinjaman Perumahan/Kedai Pejabat serta Gadaian tersebut (“Dokumen-dokumen” tersebut). [48] Namun beban untuk membuktikan wujudnya frod/pemalsuan terletak di atas bahu Defendan melalui Pengarahnya iaitu Rabih Daher mengikut Seksyen 101 Akta Keterangan 1950. Standard nya adalah di atas imbangan kebarangkalian. [49] Di dalam kes Mc Laren Saksama (M) Sdn Bhd v. Hong Leong Bank Bhd [2014] 7 MLJ 104 di mana Plaintif mendakwa pemalsuan tandatangannya. Mahkamah memutuskan: “[16] In this case the onus is upon Plaintiff to establish the alleged forgery. The standard of proof of forgery in civil proceedings falls within the general rule of the common law that in the absence of a statutory provision to the contrary, proof in civil proceedings of facts amounting to the commission of a crime need only be on a balance of probabilities.” [50] Di dalam kes Omega Securities Sdn Bhd v. Kok Fook Loy [2010] 9 MLJ 224 di mana pembelaan Defendan ialah bahawa tandatangannya telah dipalsukan. Kes ini adalah otoriti yang 16 mengesahkan bahawa beban adalah terhadap Defendan untuk membuktikannya. Bukan itu sahaja, di dalam keadaan tertentu, kegagalan Defendan untuk memanggil saksi berkenaan boleh mengundang inferens bertentangan dikenakan terhadap Defendan di bawah Seksyen 114 (g) Akta Keterangan. [51] Mahkamah memutuskan: “[23] There is another compelling reason why I must reject the defence pleaded. Amongst the several documents adduced as evidence are the margin facility agreement and the power of attorney. These documents contain not only the purported signatures of the defendant but the signature of one Wong Siew Eng, an advocate and solicitor practicing at the material time in Kuala Lumpur. This person would have been in the best position to readily confirm if the defendant indeed signed the agreements and other related documents. As set out in the documents, the signature of the defendant had to be singned in the presence of a witness and in this case, it was Wong Siew Eng. Yet, Wong Siew Eng was not called to testify. No explanation has been offered to account for such failure. Were Wong Siew Eng to be called, it would have resolved the matter quite easily without recourse to the handwriting experts. I can only see this as an appropriate situation where an adverse inference under s. 114 (g) of the Evidence Act 1950 may be drawn against the defendant.” 17 [52] Mahkamah di dalam kes itu mengesakan apabila pihak Defendan memplid bahawa wujudnya penipuan/pemalsuan terhadap tandatangannya, beban adalah di atas bahunya untuk membuktikan sedemikian. Mahkamah menyatakan: “The burden rests with the defendant to prove the falsity of the signatures and it would be rather obvious if not more appropriate to call the witness to the signature to testify as to the matters pleaded by the defendant. He did not and the burden lies not discharged. For this reason too, the defence pleaded must fail.” [53] Di dalam kes ini, pihak Defendan melalui Pengarahnya Rabih Daher telah gagal melepaskan beban pembuktiannya apabila gagal memberi keterangan melalui Afidavit tentang kononnya tandatangannya telah dipalsukan/bukan miliknya. Kegagalan ini juga mengundang padah iaitu inferens bertentangan di bawah Seksyen 114 (g) Akta Keterangan dikenakan terhadapnya. [54] Seperkara lagi, Laporan Polis yang dibuat oleh Rabih Daher pada 15 Julai 2019 tidak menyatakan bahawa beliau tidak pernah menandatangani Gadaian tersebut mahupun menafikan bahawa Defendan telah mengambil Kemudahan Pinjaman tersebut daripada Plaintif. Paling penting sekali, Mahkamah berpendapat Laporan Polis Rabih Daher tersebut tidak mempunyai nilai (weight) memandangkan Rabih Daher telah gagal untuk mengikrarkan dan memfailkan Afidavitnya sendiri untuk menyertakan Laporan Polis tersebut. Ini diputuskan di dalam kes Gordagan Pharmaceutical (supra). 18 [55] Memandangkan pembelaan Defendan adalah bahawa Pengarahnya Rabih Daher tidak pernah menandatangani “dokumen-dokumen tersebut” (i.e wujudnya frod/penipuan) maka adalah wajar beliau kemukakan bukti termasuk melalui pasportnya bahawa beliau tidak berada di Malaysia pada masa dokumen-dokumen tersebut ditandatangani. Ini gagal dilakukan . Kegagalan ini menunjukkan pembelaannya adalah penafian kosong semata-mata. [56] Defendan juga menyatakan bahawa terdapat masalah dalaman yang dihadapi Defendan kerana Afandi bin Hussain telah melakukan penyelewengan wang milik Defendan. [57] Adalah menjadi undang-undang mantap bahawa sebarang masalah dalaman yang dihadapi oleh Defendan termasuk salah faham antara kedua-dua Pengarah Defendan Afandi bin Hussain dan Rabih Daher bukanlah satu kausa bertentangan (Cause to the Contrary) dan tidak sesekali menafikan hak Plaintif bagi memohon satu Perintah Jualan ke atas Hartanah tersebut. [58] Undang-undang adalah mantap juga bahawa seseorang Plaintif tidak perlu khuatir terhadap dirinya kerana beliau berhak untuk menganggap urusan dalaman pihak Defendan sentiasa berjalan seperti biasa. Ini dinyatakan di dalam kes Ahmad Zaini bin Japar v. TL Offshore Sdn Bhd [2002] 7 MLJ 604 di mana Mahkamah memutuskan: “the Plaintiff need not concern himself nor inquire into regularity of the internal affairs of the defendant company and the plaintiff 19 was entitled to assume that all was being done regularly: omnia praesumuntur rite ac solemniter esse acta (Mahony v. East Holyford Mining Co (1875) LR 7 HL 869; Bargate v. Shortridge.” Prinsip ini yang dipanggil “indoor management rule” berasal dari kes tersohor iaitu Royal British Bank v.Turquand (1856) 6 E & B terkenal sebagai (Turquand Rule) dan terpakai di Malaysia. [59] Di dalam kes Ahmad Zaini bin Japar (supra), Mahkamah juga menyatakan: “To the plaintiff, Syed Alwi held the post of an executive director in the defendant’s company. Thus, the plaintiff was entitled to assume, as he did, that all matters of internal management and procedure prescribed by the articles have been complied with. This principle is called the ‘indoor management rule’ or the ‘rule in Turquand’s case’ (Royal British Bank v. Turquand (1856) 6 E & B 327). To me, the ‘indoor management rule’ is eminently practical and should be continued. No business could be carried on if a person dealing with the apparent agents of a company is compelled to call for evidence to show that the internal regulations of the company have been duly observed.” [60] Mahkamah ketika menekankan pemakaian prinsip ini masih terpakai di Malaysia menyatakan: “If the defendant could wriggle its way out of the binding agreement with the plaintiff by arguing that there was non-compliance with the internal procedures of the defendant 20 company, then commercial certainty would come to an end. No one would then be willing to transact with our Malaysian company in the belief, albeit wrongly, that the rule in Turquand’s case has no application in the Malaysian commercial world. I must send the right signal to the commercial sectors. The indoor management rule is here to stay and that rule must be vigorously applied in favour of the plaintiff.” [61] Mahkamah juga berpuas hati bahawa jelas terdapat Resolusi Pengarah dan Resolusi Ahli Defendan yang memberi kuasa kepada Rabih Daher dan Afandi bin Hussain selaku Pengarah-Pengarah Defendan untuk memohon Kemudahan Pinjaman tersebut dan menggadaikan Hartanah tersebut kepada Plaintif (sila rujuk Eksibit “H” Afidavit Jawapan Plaintif yang diikrarkan oleh Bok Yoke Len pada 5 Ogos 2019). Sebaliknya Defendan telah gagal untuk mengemukakan sebarang bukti termasuk gagal memfailkan sebarang Afidavit daripada Setiausaha Syarikat Defendan yang menyatakan sebaliknya. [62] Pihak Defendan juga menafikan telah tidak menerima Notis Tuntutan/Borang 16D bertarikh 5 Mac 2019. Mahkamah berpuas hati bahawa Borang 16D tersebut telah diserahkan kepada Defendan dan/atau kepada kedua-dua Pengarah Defendan di 5 alamat yang berasingan. Ianya merupakan alamat-alamat terakhir yang diketahui Plaintif sepertimana terdapat di dalam