Content
Page 1 of 16 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: JA-22NCvC-146-09/2019 ANTARA CITIREKA TRADING SDN BHD (No. Syarikat: 952675-H) ...PLAINTIF
JA-22NCvC-146-09/2019
High Court of Malaysia22 Nov 2023
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“tan berhubung kredibilitinya. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Page 7 of 16 [13] Dapatan ini disokong oleh kes Liow Siow Long v. PP [1969] CLJU 98; [1969] 1 LNS 98; [1970] 1 MLJ 40, keputusan oleh Raja Azlan Shah J di mukasurat 41 berhubung saksi berkepen”
“diputuskan oleh Mahkamah Agong India menyentuh mengenai kategori saksi-saksi dan menyatakan seperti berikut: “[44] The Indian Supreme Court in Raju @ Balachandran and Ors v. State of Tamil Nadu AIR [2013] SC 983 broadly identified four categories of witnesses as follows: **Note : Serial number will be used to verify th”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
Page 1 of 16 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: JA-22NCvC-146-09/2019 ANTARA CITIREKA TRADING SDN BHD (No. Syarikat: 952675-H) ...PLAINTIF
1
Tuntutan dalam kes ini berbangkit daripada syarat-syarat dalam satu perjanjian bertarikh 11.6.2012 di antara kedua-dua pihak yang antara lainnya memberi hak selama 5 tahun kepada Plaintif untuk mengeluarkan dan menjual pasir dari tanah seluas 250 ekar milik berdaftar Defendan dikenali sebagai HS(D) 19872 PTD 4153 Mukim Hulu Sungai Johor, Daerah Kota Tinggi, Negeri Johor. Ini menyaksikan bayaran RM50,000.00 dibuat oleh Plaintif kepada Defendan. 23/05/2024 15:25:38 JA-22NCvC-146-09/2019 Kand. 89
2
Pada 22.11.2012, satu perjanjian tambahan dengan kebenaran Defendan untuk melanjutkan operasi mengeluarkan pasir oleh Plaintif selama 15 tahun dari tarikh tandatangan, dengan bayaran dibuat oleh Plaintif telah ditandatangani. Masalah timbul apabila terdapat halangan pada laluan untuk Plaintif mengeluarkan pasir dan pengeluaran lanjut permit pada tahun 2015 berbangkit antaranya, daripada isu tebing sungai yang tidak menurut spesifikasi Jabatan Pengairan dan Saliran. Ini membawa kepada penamatan perjanjian dikeluarkan Defendan pada 24.1.2017.
3
Plaintif mencadangkan melalui tuntutannya di hadapan Mahkamah ini, (yang mana fakta ini tidak dipersetujui oleh Defendan) bahawa antara syarat-syarat menurut perjanjian tersebut ialah: a) Defendan bersetuju untuk memohon dan mendapatkan kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi tujuan menjalankan operasi mengeluarkan pasir dari tanah tersebut dengan kos permohonan kebenaran, lesen dan permit di bawah tanggungan dan pembiayaan Defendan; b) Defendan bersetuju membenarkan Plaintif menjalankan obligasinya di bawah kontrak dan memudahkan operasi yang lancar dan cekap mana-mana dan semua aktiviti dan transaksi yang dimaksudkan di dalam kontrak ini, dan untuk memastikan tiada halangan daripada mana-mana atau semua pihak berkuasa, masyarakat tempatan, nelayan, NGO, kumpulan atau individu.
4
Pada 4.10.2016, pihak Defendan telah menghantar satu surat peringatan akhir memaklumkan Plaintif perjanjian tersebut akan dibatalkan Defendan jika Plaintif gagal mengeluarkan hasil pasir di tanah tersebut. Pada 24.1.2017, Defendan telah menghantar surat pembatalan perjanjian tersebut. Ini disusuli dengan Notis Tuntutan bertarikh 5.10.2017 oleh peguam Plaintif menuntut gantirugi diikuti dengan jawapan Defendan bertarikh 19.10.2017 terhadap tuntutan Plaintif. Kesemua fakta ini (melainkan dinyatakan secara nyata tidak dipersetujui oleh pihak yang menentang) adalah fakta yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
5
Plaintif telah memanggil 3 orang saksi di antaranya bekas pengurus syarikat Defendan (SP3) yang kemudiannya telah berhenti dan bekerja dengan syarikat Plaintif sedangkan semasa waktu materialnya SP3 bersama Defendan, SP3 telah menghadiri beberapa mesyuarat sebagai wakil pihak Defendan. SP3 mula bekerja dengan Defendan pada 15 Jun 2014 dan dilantik sebagai Pengurus pada 23 Disember 2014 sebelum berhenti pada 18 Mei 2016.
6
Bantahan telah dibuat melalui soal balas oleh peguam Defendan mencabar kredibiliti keterangan SP3 Encik Md Faulzan bin Suratin kerana SP3 dikatakan mempunyai niat jahat terhadap Defendan kerana tidak membayar gaji SP3 dan SP3 telah membuat tuntutan terhadap Defendan di Pejabat Buruh. Namun, semasa soalbalas apa yang nyata, gaji tertunggak ini telah dibayar oleh Defendan. SP3 turut bersetuju mempunyai hubungan baik dengan Plaintif malahan telah memberi beberapa dokumen kepada Plaintif (termasuk laporan kewangan Defendan yang dilampirkan dalam buku koperasi untuk mesyuarat agong) namun menafikan mempunyai niat jahat terhadap Defendan. Page 4 of 16 Kredibiliti keterangan saksi SP3: jika membangkitkan konflik yang bertentangan [7] Mahkamah ini berpendapat sebagaimana juga saksi-saksi yang dipanggil oleh Plaintif mahupun Defendan untuk memberi keterangan dan dibuktikan saksi ini mempunyai pertalian atau hubungan dengan pihak yang memanggilnya sama ada Plaintif ataupun pihak Defendan (sama ada pertalian atau hubungan yang baik dan rapat atau hubungan sebaliknya yang memudaratkan), fakta ini sahaja tidak memadai untuk menunjukkan atas imbangan kebarangkalian saksi ini akan ‘bias’ atau keterangannya secara automatik akan menjurus menyokong pihak yang memanggilnya atau keterangan bertentangan.
8
Tanggapan ini hanya betul jika tiada apa-apa keterangan untuk menyokong versi saksi. Jika terdapat saksi lain yang turut menyokong keterangannya ataupun keterangan dalam bentuk eskibit dokumentar, maka ini dengan sendirinya menafikan tanggapan memberi keterangan menjurus sebagai ‘an interested witness’ tersebut. Ini dapat dilihat dalam peruntukan undang-undang Akta Keterangan 1950 itu sendiri seperti berikut: “Section 11. When facts not otherwise relevant become relevant. Facts not otherwise relevant are relevant-
a
if they are inconsistent with any fact in issue or relevant fact;
b
if by themselves or in connection with other facts they make the existence or non-existence of any fact in issue or relevant fact highly probable or improbable.” Page 5 of 16 [9] DaIam kes Magendran a/l Mohan v. Public Prosecutor [2011] 1 CLJ 805; [2011] 6 MLJ 1, Mahkamah Persekutuan berhubung dengan isu saksi berkepentingan iaitu kakak simati yang dipanggil sebagai saksi, menyatakan seperti berikut:- “It is clear to us that from her testimony she was an interested witness with a grudge against the appellant and had a purpose of her own to serve. In our judgment her evidence must be treated with caution and requires corroboration”. (emphasis mine) [10] Di dalam kes Magendran ini, saksi-saksi berkepentingan memberikan keterangan yang berbeza di antara satu sama lain yang membawa kepada penemuan oleh Mahkamah Persekutuan bahawa pertamanya, saksi berkepentingan ini mempunyai dendam terhadap tertuduh dan keduanya, terdapat kegagalan oleh Hakim bicara untuk menganalisa keterangan-keterangan yang bukan sahaja berbeza tetapi bercanggah di antara saksi-saksi berkepentingan ini (terdapat lebih dari seorang saksi berkepentingan dalam kes ini), maka sabitan adalah tidak selamat. [11] Panel Hakim Mahkamah Persekutuan turut memetik kes yang diputuskan oleh Mahkamah Agong India menyentuh mengenai kategori saksi-saksi dan menyatakan seperti berikut: “[44] The Indian Supreme Court in Raju @ Balachandran and Ors v. State of Tamil Nadu AIR [2013] SC 983 broadly identified four categories of witnesses as follows:
33
For the time being, we are concerned with four categories of witnesses - a third party disinterested and unrelated witness (such as a bystander or passer-by); a third party interested witness (such as a trap witness); a related and therefore an interested witness (such as the wife of the victim) having an interest in seeing that the accused is punished; a related and therefore an interested witness (such as the wife or brother of the victim) having an interest in seeing the accused punished and also having some enmity with the accused. But, more than the categorization of a witness, the issue really is one of appreciation of the evidence of a witness. A court should examine the evidence of a related and interested witness having an interest in seeing the accused punished and also having some enmity with the accused with greater care and caution than the evidence of a third party disinterested and unrelated witness. This is all that is expected and required. (Emphasis Added.)" Dapatan Mahkamah [12] Meskipun pertalian saksi di dalam kes di hadapan Mahkamah ini sedikit berbeza kerana SP3 merupakan bekas pengurus Defendan yang semasa perbicaraan, telah bertukar bekerja dengan Plaintif serta dipanggil pihak Plaintif sebagai saksi, namun dengan bersandarkan kepada penemuan oleh Mahkamah Persekutuan Malaysia di dalam kes Magendran, yang juga disandarkan atas keputusan Mahkamah Agong India, apa yang jelas ialah meskipun saksi-saksi mempunyai pertalian sama ada dengan pihak yang memanggilnya sebagai saksi ataupun dengan pihak yang bertentangan, apa yang utama ialah setiap keterangan saksi ini hendaklah diteliti oleh Mahkamah sebelum membuat apa-apa dapatan berhubung kredibilitinya. Page 7 of 16 [13] Dapatan ini disokong oleh kes Liow Siow Long v. PP [1969] CLJU 98; [1969] 1 LNS 98; [1970] 1 MLJ 40, keputusan oleh Raja Azlan Shah J di mukasurat 41 berhubung saksi berkepentingan: “Testimony of close relations is not tainted if it is otherwise reliable in the sense that the witnesses are competent witnesses who were at the scene of the occurrence and could have seen what had happened. But if it is proved that they are not entirely disinterested witnesses, eg, they are either partisans of the complainant or are in any way inimical to the accused, then their testimony is tainted and requires corroboration if to be acted upon”. [14] Dapatan ini, pada penemuan Mahkamah juga terpakai dalam kes sivil tanpa mengambil kira beban pembuktian yang berbeza di antara kes jenayah dan kes sivil. Oleh itu, kesimpulannya ialah keterangan SP3 mempunyai kebarangkalian memihak pada Plaintif namun keterangannya masih boleh diterima tertakluk kepada keperluan untuk dianalisa dengan berhati-hati dan melihat kepada apa-apa keterangan sokongan yang ada. Mahkamah, dengan ini telah melihat keseluruhan keterangan saksi-saksi Plaintif dan keterangan dokumentar untuk memutuskan jika SP3 saksi berkepentingan yang memberi keterangan dengan niat jahat atau terdapat sokongan pada keterangannya yang menjadikan keterangannya boleh dipercayai dan diterima. [15] Atas aturan ini, Mahkamah setelah menganalisa keterangan SP3, mencapai dapatan bahawa terdapat keterangan SP3 seperti berikut dan sokongan pada keterangannya: Page 8 of 16 i) SP3 belum bekerja dengan Defendan semasa perjanjian pengeluaran pasir ditandatangani di antara Plaintif dan Defendan pada tahun 2012 (lihat: soalbalas SP3 dan keterangan SD1); ii) buku koperasi tahun 2014 yang turut mengandungi laporan kewangan Defendan telah ditandatangani oleh Pengerusi Koperasi dan berada dalam simpanan SP3 bertujuan kegunaan semasa mesyuarat agong koperasi yang telahpun selesai dijalankan semasa ia dikemukakan. Ia turut mengandungi catitan mengenai halangan pada laluan pengeluaran pasir oleh Ladang Tradewinds (lihat: ms 21 (pdf) Ikatan Dokumen Tambahan Plaintif lampiran 45); iii) semasa disoalbalas, keterangan SP3 bahawa Plaintif melanggar kontrak di mana menurut pemeriksaan utama SP3 terdapat kegagalan mengeluarkan pasir oleh Plaintif akibat daripada tiada kebenaran yang diperolehi Plaintif untuk mendapatkan akses laluan dari pihak ketiga Estate Tradewinds melibatkan tanah Tradewind (lihat surat bertarikh 7.6.2015 daripada Plaintif kepada Defendan atas aduan ini di mukasurat 63 IDB); iv) masalah halangan laluan untuk pengeluaran pasir jelas wujud berdasarkan keterangan SP3 yang menunjukkan terdapat surat kelulusan sementara pengunaan jalan Ladang Felda Sungai Sibol (lihat mukasurat 73 Ikatan Dokumen Bersama “IDB”) Page 9 of 16 v) keterangan SP3 bahawa adalah menjadi tanggungjawab Defendan di bawah perjanjian untuk mendapatkan akses selain permit, yang disokong oleh surat-surat berikut untuk menunjukkan halangan tersebut: (lihat: (a) surat tawaran Defendan kepada Plaintif bertarikh 30.5.2012 yang menyatakan di para: I. Pencatat Masa dan Laluan Keluar Masuk “KSJ akan menempatkan seorang pegawai pencatat masa untuk tujuan mencatat lori keluar masuk di pondok pengawal. Tuan juga dikehendaki menggunakan laluan keluar masuk melalui jalan yang ditetapkan oleh KSJ.” (lihat: (b) Perjanjian bertarikh 11.6.2012 IDB di antara Plaintif (pihak kedua) dan Defendan (pihak pertama) para (j) yang menyatakan: “Pihak Pertama akan melantik wakil dan/atau agennya untuk mencatat masa bertujuan untuk mencatat lori-lori pasar yang keluar masuk di kawasan tersebut. Pihak kedua tidak boleh menggunakan laluan lain selain laluan yang ditetapkan oleh Pihak Pertama”. (lihat: (c) Surat Plaintif kepada Defendan bertarikh 7.6.2015 kandungannya menyatakan persetujuan Defendan untuk bertanggungjawab sepenuhnya atas pembinaan jalan alternative dan jambatan, yang mengandungi syarat sebagaimana ditimbulkan dalam para
3
Alasan Penghakiman ini yang dikemukakan sekali lagi seperti berikut: “a) Defendan bersetuju untuk memohon dan mendapatkan kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan Page 10 of 16 (PBT) bagi tujuan menjalankan operasi mengeluarkan pasir dari tanah tersebut dengan kos permohonan kebenaran, lesen dan permit di bawah tanggungan dan pembiayaan Defendan; b) Defendan bersetuju membenarkan Plaintif menjalankan obligasinya di bawah kontrak dan memudahkan operasi yang lancar dan cekap mana-mana dan semua aktiviti dan transaksi yang dimaksudkan di dalam kontrak ini, dan untuk memastikan tiada halangan daripada mana-mana atau semua pihak berkuasa, masyarakat tempatan, nelayan, NGO, kumpulan atau individu”. Note: peruntukan ini juga terkandung dalam perjanjian bertarikh 11.6.2012 di bawah tajuk “Perjanjian Pihak Pertama” di mukasurat 10 perjanjian para (a) dan (e). (lihat: (d) surat bertarikh 20.9.2015 daripada Felda Sungai Sibol kepada Plaintif untuk perhatian Defendan, berhubung kelulusan bersyarat permohonan untuk menggunakan jalan pertanian di Ladang Felda bagi kerja mengangkut pasir tertakluk kepada bayaran wang cagaran dan bertanggungan atas kerosakan pada jalan atau kemusnahan pokok sawit. (lihat: (e) surat Jabatan Pengairan dan Saliran Johor bertarikh 26.8.2015 kepada Pentadbir Tanah Kota Tinggi (dikemukakan oleh SD1 Pengerusi Defendan) yang tidak menyokong permohonan pembaharuan permit 4C bagi tahun 2015 di PTD4153 Mukim Ulu Sungai Johor antara lain kerana isu tebing sungai. Page 11 of 16 (lihat: (f) surat daripada Ladang Petri Tenggara Sdn Bhd bertarikh 7.8.2014 kepada Defendan berhubung deraf perjanjian penggunaan jalan ladang untuk pengeluaran hasil sawit dan pasir yang tidak mencapai penyelesaian (lihat ms 62 IDB). (lihat: (g) laporan polis oleh SP1 Pengarah Urusan Plaintif BTR/003061/15 bertarikh 29.10.2015 di mana pihak Plaintif ditahan oleh sub kontraktor Pearl Amrin Sdn Bhd daripada memasuki kawasan lombong untuk mengorek pasir. Note: (ms 70-71 laporan polis ini di IDB tercicir daripada kandungan IDB tetapi ia disenaraikan dalam indeks dan terkandung dalam IDP (ikatan dokumen Plaintif). (lihat: (h) minit perjumpaan Jawatankuasa bertindak Koperasi Sinar Jaya kali ke-2/2016 bertarikh 26.1.2016 dikemukakan oleh SD1 Defendan dengan dihadiri Plaintif bagi membincangkan masalah laluan pengeluaran pasir dan kebenaran penggunaan jalan. (lihat: keterangan SD1 sendiri yang menyatakan tidak tahu apa maklumat yang dibocorkan oleh SP3 semasa disoalbalas oleh peguam, bertentangan dengan penyataan saksi SD1 yang diakui SD1 disediakan oleh peguam dan SD1 menyatakan SP3 tidak tahu kenapa SP3 dinyatakan tidak amanah dan ini pada dapatan Mahkamah, tidak menyokong apa yang terkandung dalam penyataan saksinya) Page 12 of 16 [16] Defendan pula menafikan isu halangan laluan pengeluaran pasir ini sebaliknya meletakkan penamatan kontrak akibat kegagalan Plaintif melaksanakan tanggungjawab membuat kerja-kerja mengorek dan mengeluarkan pasir. Keterangan ini dikemukakan melalui SD1 iaitu Pengerusi Defendan yang turut bergantung kepada surat Jabatan Pengairan dan Saliran Johor bertarikh 26.8.2015 kepada Pentadbir Tanah Kota Tinggi (surat ini juga dirujuk di para 15 (e) alasan penghakiman ini) yang memberi 3 sebab tidak menyokong pembaharuan permit 4C bagi tahun 2015. 3 sebab ini yang selain menyebut “(ii) isu tebing sungai” dan “(iii) pada jarak lebih 30 meter” (yang diakui SD1 semasa soalbalas menjadi tanggungjawab Defendan) juga mendapati “(i) tiada aktiviti pengeluaran pasir dijalankan”. [17] Mahkamah ini membuat dapatan bahawa jika benar keterangan SD1 bahawa Defendan tidak melanggar syarat-syarat kerana tidak menyediakan laluan dan mendapatkan permit, sebaliknya diakibatkan oleh pelanggaran oleh Plaintif kerana tidak menjalankan kerja pengeluaran pasir, keterangan yang sedia ada berdasarkan surat-surat yang telah dirujuk di para 15 di atas serta minit perjumpaan Jawatankuasa bertindak Defendan beserta Plaintif kali ke 2/2016 bertarikh 26.1.2016 menunjukkan PTDKT telah mengeluarkan surat kebenaran penggunaan jalan yang sedia ada bagi pengeluaran hasil pasir daripada tanah tersebut tanpa perlu membuat jalan-jalan baru atau jambatan-jambatan baru (lihat ms 75-82 IDB). [18] Namun SD1 bersetuju semasa soal balas tiada surat kebenaran dari pemilik tanah dan ia ditambah dengan kenyataan di para (g) beserta ulasan pada minit perjumpaan yang sama yang mengandungi catitan mengenai permit dan ‘jalan keluar pasir’ seperti berikut: Page 13 of 16 “g. Sekarang beli permit ikut hari kalau lori rosak rugi permit. Yb kata Kejora sudah beri surat untuk laluan diladang Sibol A. Jalan keluar pasit [sic] tidak boleh lalu kerana dihalang. Ulasan: Masalah lori rosak bukan masalah Koperasi. Masalah permit pula pihak Koperasi telah dapat mengeluarkan permit secara DOCKAT selama 2 minggu. Namun perkara berbangkit seperti isu jalan dan permit itu adalah arahan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran serta Pentadbir Tanah Daerah bukan dikeluarkan oleh pihak Koperasi. Pihak Koperasi telah 3 kali membuat mesyuarat bersama wakil Citireka mengenai isu ini namun tiada kata putus. Halangan jalan pun bukan dari pihak Koperasi”. [19] Mahkamah membuat kesimpulan bahawa catitan ini jelas menunjukkan masalah mendapatkan permit dan halangan laluan jalan keluar pasir, yang nyata wujud. Oleh itu, untuk pihak Defendan menafikan kewujudan masalah ini pada awalnya, adalah menyimpang daripada keterangan dokumentar yang ada. Isu halangan laluan keluar pasir timbul kerana meskipun pihak PTD menyatakan laluan boleh digunakan sebagaimana surat bertarikh 5.12.2013 dari PTD kepada Tradewinds, namun pemilik tanah Tradewinds mengenakan pelbagai syarat (lihat para 15(iii) alasan penghakiman ini). [20] Oleh itu, hasil penemuan Mahkamah mendapati notis penamatan perjanjian oleh Defendan bertarikh 24.1.2017 adalah tidak sah dan bertentangan dengan fakta yang ada yang jelas menunjukkan terdapat kegagalan di pihak Defendan untuk memenuhi obligasinya di bawah syarat-syarat perjanjian bertarikh 11.6.2012. Page 14 of 16 [21] Atas alasan ini juga, Mahkamah memutuskan Plaintif berhak menuntut terhadap Defendan seperti berikut: a) Jumlah gantirugi sebanyak RM2,771,990.00; b) Faedah atas jumlah penghakiman pada kadar 5% dari tarikh penghakiman hingga penyelseaian penuh; dan c) Kos RM15,000.00. [22] Jumlah ini berbeza daripada tuntutan yang dibuat oleh Plaintif di dalam penyata tuntutannya berjumlah RM4,039,154.00 serta tuntutan gantirugi teladan. Mahkamah hanya membenarkan sebahagian tuntutan gantirugi dan menolak gantirugi teladan. Faedah 5% atas gantirugi jumlah RM4,039,154.00 ini dari tarikh pembatalan perjanjian sehingga tarikh penghakiman juga tidak dibenarkan. [23] Oleh kerana rayuan ini adalah rayuan Defendan dan tiada rayuan yang difailkan oleh Plaintif terhadap penolakan sebahagian tuntutan gantirugi ataupun gantirugi teladan serta faedah, Mahkamah mencapai keputusan ini setelah mengambil kira Plaintif telah berjaya membuktikan tuntutan berikut melalui keterangan lisan dan dokumen dalam bentuk perjanjian selain resit bayaran serta gambar-gambar: Bil. Tuntutan kos Jumlah RM a. Pembinaan jambatan dari Ladang Tradewind ke tanah 1,500,000.00 b. Pembinaan jambatan dari tanah ke Felda Sg. Sibol 350,000.00 c. Jentera untuk kerja pembinaan 93,000.00 d. Sewa lori 36,000.00 Page 15 of 16 e. Membaiki tebing sungai 200,000.00 f. Deposit di bawah perjanjian 50,000.00 g. Wang atas hutang Defendan berdasarkan Notis Mesyuarat 563,490.00 Jumlah 2,792,490.00 [24] Jumlah gantirugi dibenarkan setakat RM2,771,990.00 sebagaimana yang diumumkan Mahkamah di Mahkamah Terbuka. -Tandatangan- (NURULHUDA NUR’AINI BINTI MOHAMAD NOR) Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Johor Bahru Bertarikh: 23 Mei 2024 Page 16 of 16 KAUNSEL: Bagi pihak Plaintif: Nor Shahid Abd Malik Tetuan Nor Shahid Abd Malik & Associates Peguambela & Peguamcara No. 33-02, Jalan Adda 3/1 Taman Adda Heights 81100 Johor Bahru Bagi pihak Defendan: Aziz bin Shukor Tetuan K. Siladass & Partners Peguambela & Peguamcara No. 24, 26 & 32 Jln. Lambak 86000 Kluang
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.