Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET KUALA TERENGGANU DI DALAM NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN KES JENAYAH NO: TA-83-232-09/2021 5 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN CLARE BROWN
TA-83-232-09/2021
Magistrates Court of Malaysia7 Feb 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“4. Canada: 15 Legislation: Section 475(1) of the Criminal Code. Application: If the accused absconds during the trial. Procedure: Trial continues to judgement and sentencing in absence. Additional Provision: Possibility of issuing an arrest 20 warrant. **Note :”
“(iv) after defence is called, the accused elects to give evidence, then go through the steps set out in Mat v. Public Prosecutor [1963] 1 LNS 82; [1963] MLJ 263”. 15 [37] Rujukan berkenaan dengan prima facie juga kepada kes-kes seperti Balachandran v PP [2005] 1 CLJ 85; Looi Kow Chai & anor v PP [2003]2 MLJ 65. ELEMEN-”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET KUALA TERENGGANU DI DALAM NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN KES JENAYAH NO: TA-83-232-09/2021 5 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN CLARE BROWN
1
Orang kena tuduh (OKT), Clare Brown adalah seorang warganegara United Kingdom telah dituduh dibawah seksyen 15 500 kanun Keseksaan kerana menulis sebuah buku yang bertajuk “The Sarawak Report – The Inside Story of the 1MDB Expose” di mana di dalamnya pada muka surat 3, perenggan 4 baris 7 mengandungi tohmahan iaitu “..the wife of the sultan..’ kepada KDYMM Sultanah Terengganu yang menjadi 20 kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 500 Kanun keseksaan.
2
Pertuduhan adalah sebagaimana berikut:- “Bahawa kamu pada 14 September 2018 jam lebih kurang 8.00 pagi di Lot 60048, Taman Chendering Utama, 21080, di dalam Daerah Kuala Terengganu dalam Negeri Terengganu telah menulis sebuah buku 5 yang bertajuk "The Sarawak Report-The Inside Story of the 1MDB Expose" di mana di dalamnya pada muka surat 3, perenggan 4, baris 7 mengandungi tohmahan seperti mana yang digariskan iaitu "the wife of the sultan," terhadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia 10 Sultanah Nur Zahirah yang merupakan satu fitnah di mana kamu mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa tohmahan tersebut akan merosakkan nama baik Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Zahirah. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan 15 satu kesalahan di bawah seksyen 500 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen yang sama”. HUKUMAN: Penjara yang boleh sampai tempoh 2 tahun atau denda atau dengan kedua-duanya sekali 20 [3] Perbicaraan telah dijalankan secara tanpa kehadiran tertuduh (“in absentia”) sebagaimana peruntukan di bawah seksyen 425A Kanun Tatacara Jenayah. Usaha membawa OKT ke mahkamah telah gagal setelah beberapa kali lanjutan waran tangkap telah gagal disempurnakan dan juga “Red Notice” 25 3 juga telah dinafikan oleh pihak Interpol atas dua prinsip termaktub dalam Article 2 & 3 Interpol. [4] Setelah perbicaraan tertangguh akibat permohonan peguam OKT di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, akhirnya perbicaraan dapat diteruskan pada 16 Oktober 2023 dan 5 seterusnya Mahkamah ini pada 7 Februari 2024 telah membuat membacakan keputusan tanpa kehadiran OKT (in absentia) dimana OKT didapati bersalah dan disabitkan sebagaimana pertuduhan. OKT telah dijatuhkan hukuman penjara 2 tahun. 10 [5] Satu rayuan telah difailkan oleh Messrs. Guok Partnership yang mewakili OKT pada 8 Februari 2024 merayu terhadap keseluruhan kes terhadap sabitan dan hukuman ke Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu. 15 KRONOLOGI KES [7] Pada 23 September 2021 Pihak Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa, Raya Engku Ahmad Rashdi Bin Engku Abdilah (Pengarah Pendakwaan Negeri Terengganu) bersama Timbalan Pendakwa, Raya Puan Haslinda Che 20 Seman dan Timbalan Pendakwa Raya, Nadia Zulkifli telah hadir di hadapan Majistret Puan Nordiana binti Abd Aziz di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu (2) bagi membuat pertuduhan terhadap OKT dalam kes ini.
8
Pihak pendakwaan memaklumkan kepada mahkamah yang mulia ini bahawa Pegawai Penyiasat ada berkomunikasi dengan OKT dan memaklumkan berkenaan pertuduhan yang akan dibuat pada tarikh tersebut. Namun tertuduh memaklumkan tidak akan hadir perbicaraan di Mahkamah 5 dan pihak pendakwaan telah memohon perbicaraan ini dijalankan secara “in absentia” di bawah seksyen 425A Kanun Tatacara Jenayah memandangkan OKT kini berada di United Kingdom. [9] Puan Majistret yang bersidang pada ketika itu telah membuat 10 dapatan bahawa tertuduh telah dimaklumkan untuk hadir prosiding Mahkamah pada hari tersebut, namun enggan hadir ke Mahkamah dan dengan itu telah mengenepikan haknya untuk hadir semasa perbicaraan. Prosiding akan dijalankan tanpa kehadiran tertuduh di bawah seksyen 425A Kanun 15 Tatacara Jenayah dan satu waran tangkap telah dikeluarkan terhadap OKT sebagaimana peruntukkan di bawah seksyen 47 Kanun Tatacara Jenayah selepas dipohon oleh pihak pendakwaan. [10] Pada tarikh sebutan pada 23 November 2021, pihak 20 pendakwaan memaklumkan bahawa waran tangkap gagal disempurnakan. Waran tangkap dalam Bahasa Inggeris juga telah diserahkan kepada Interpol dan siaran media dikeluarkan oleh PDRM. Puan Majistret pada ketika itu telah membenarkan waran tangkap dilanjutkan selama dua bulan. 25 Pihak pendakwaan juga memaklumkan kepada Mahkamah bahawa OKT telah mengeluarkan kenyataan bahawa polis 5 mengetahui keberadaan OKT melalui laporan akhbar Malaysia kini. Laporan berita tersebut dirujuk kepada mahkamah. [11] Seterusnya pada 18 Januari 2022, pihak pendakwaan memaklumkan kepada mahkamah yang mulia ini bahawa 5 warantangkap masih gagal disempurnakan. Permohonan “Red Notice” terhadap tertuduh ditolak oleh pihak Interpol. [12] Selain itu, peguam tertuduh pada masa material iaitu, Mendiang Datuk Seri Gopal Sri Ram telah memfailkan satu Notis Usul di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur nombor kes 10 WA-44-237-11/2021 bagi memindahkan prosiding dari Mahkamah Majistret Kuala Terengganu ke Mahkamah Kuala Lumpur. Pendengaran Notis Usul itu telah ditetapkan pada 29.03.2022. [13] Pada 18 April 2022 pihak pendakwaan telah memaklumkan 15 waran tangkap masih belum dapat dilaksanakan dan memohon lanjutan terhadap waran tangkap. Pihak pendakwaan juga memaklumkan peguam bagi OKT juga telah memasukkan permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk merujuk kes ini ke Mahkamah Persekutuan 20 atas isu perlembagaan untuk mencabar seksyen 499 & 500 Kanun Keseksaan di Mahkamah Persekutuan. [14] Pihak pendakwaan memohon tarikh sebutan baru bagi mendapatkan arahan lanjut dari pihak AGC Putrajaya dan bagi mendapatkan keputusan berkenaan permohonan 25 tersebut. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menetapkan 6 tarikh permohonan pada 18.05.2022 bagi mendengar permohonan peguam OKT bagi merujuk kes ini ke Mahkamah Persekutuan. [15] Pada 14 Ogos 2022 pihak pendakwaan memaklumkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 12.08.2022 yang lalu, 5 telah memutuskan untuk menolak permohonan bagi notis permohonan question of law bagi seksyen 499 dan 500 Kanun Keseksaan namun begitu bagi keputusan permohonan memindahkan kes dari Mahkamah Majistret Kuala Terengganu ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 10 ditangguhkan kepada 12.12.2022. [16] Pihak pendakwaan juga memaklumkan, waran tangkap masih belum dapat diserahkan dan semakan oleh pegawai penyiasat dengan Interpol berkaitan waran tangkap ke atas tertuduh dan dimaklumkan waran tangkap tidak dapat 15 disempurnakan kerana permohonan Interpol bagi “Red Notice” terhadap OKT telah ditolak atas dua prinsip termaktub dalam Article 2 & 3 Interpol. [17] Pada 25 Jun 2023, pihak pendakwaan memaklumkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur nombor kes WA-44-237- 20 11/2021 YA Tuan Muniandy a/l Kannyapan telah menolak permohonan peguam OKT untuk memindahkan kes dari Mahkamah Majistret Kuala Terengganu ke Mahkamah Kuala Lumpur dan mengarahkan kes kekal didengar di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu dengan kadar segera tanpa ada 25 7 halangan lagi memandangkan pertuduhan telah lama dibuat pada 23 September 2021. [18] Pada 27 Julai 2023 pihak pendakwaan memaklumkan peguam OKT yang mewakili OKT dalam permohonan di Kuala Lumpur tidak mewakili OKT dalam kes perbicaraan di kuala 5 Terengganu dan mahkamah telah menetapkan tarikh semula bagi serahan dokumen kepada pihak pembelaan pada 28.8.2023 [19] Pada 28.8.2023 Mahkamah telah menetapkan tarikh bicara tanpa kehadiran OKT mahupun peguam bagi pihak OKT dan 10 perbicaraan telah ditetapkan bermula pada 15 Oktober 2023. Perbicaraan telah berjalan secara “in absentia” sebagaimana peruntukkan seksyen 425A Kanun Tatacara Jenayah [20] Pada 7 Februari 2024 Mahkamah Majistret Kuala Terengganu telah mendapati OKT didapati bersalah dan disabitkan 15 sebagaimana pertuduhan. Keputusan dibacakan tanpa kehadiaran OKT secara in absentia. OKT kemudiannya dijatuhkan hukuman penjara 2 tahun. ULASAN PERBICARAAN TANPA KEHADIRAN OKT 20 PERBICARAAN SECARA IN ABSENTIA [21] Perbicaraan telah berjalan tanpa kehadiran OKT (’in absentia’) berlandaskan kepada peruntukan di bawah seksyen 425A Kanun Tatacara Jenayah yang memperuntukkan sebagaimana berikut; 25 "(1) Notwithstanding any other provision of this Code, if an accused after being charged absconds before or during the course of his trial, the accused shall be deemed to have waived his right to be present at the trial.” 5 [22] Mahkamah meneruskan perbicaraan sebagaimana permohonan pihak pendakwaan di bawah peruntukkan seksyen 425A Kanun Tatacara Jenayah berdasarkan alasan-alasan berikut:- 1) Pertama, pada 23 September 2021 semasa pihak 10 pendakwaan memohon kes ini diteruskan di bawah seksyen 425A, Puan Majistret yang bersidang pada ketika itu telah membuat dapatan bahawa tertuduh telah dimaklumkan untuk hadir prosiding Mahkamah pada hari tersebut, namun enggan hadir ke Mahkamah 15 setelah terdapat komunikasi antara Pegawai penyiasat dengan OKT. Dengan itu OKT sendiri telah mengenepikan haknya untuk hadir semasa perbicaraan. Mahkamah percaya ia adalah dalam pengetahuan OKT bahwa satu pertuduhan akan dibuat 20 ke atasnya namun memilih untuk tidak hadir ke mahkamah bagi menjawab pertuduhan tersebut. Oleh mahkamah ini percaya dan bersependapat dengan Puan Majistret terdahulu dalam perkara ini. 25 2) Kedua, apabila waran tangkap telah dikeluarkan oleh Mahkamah ini pada 23 September 2021 terhadap OKT dan juga waran tangkap Bahasa Inggeris juga telah diserahkan kepada pihak Interpol, sebagaimana laporan Akhbar Malaysia Kini yang dirujuk kepada 5 Mahkamah, OKT sendiri mengeluarkan kenyataan memaklumkan pihak polis tahu di mana keberadaan beliau setelah berita mengenai waran tangkap telah dikeluarkan kepada beliau. Sekali lagi Mahkamah ini berpendapat tindakan OKT mengeluarkan kenyataan 10 tersebut di akhbar menunjukkan OKT mempunyai pengetahuan penuh terhadap kes ini. 3) Ketiga, pada sebutan kes kali kedua di mahkamah yang mulia ini, iaitu pada 23 November 2021, pihak pendakwaan telah memaklumkan mahkamah yang 15 mulia ini, peguam OKT yang diketuai oleh Mendiang Datuk Seri Gopal Sri Ram telah memfailkan 2 Notis Usul di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (1) memindahkan kes ini dari Mahkamah Majistret Kuala Terengganu ke Mahkamah Kuala Lumpur dan (2) mendapatkan 20 kebenaran di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk kes ini dirujuk ke Mahkamah Persekutuan atas isu perlembagaan bagi mencabar seksyen 499 & 500 Kanun Keseksaan di Mahkamah Persekutuan. Tindakan tersebut jelas menunjukkan OKT mempunyai 25 pengetahuan penuh terhadap kes ini dengan melantik peguambela dan peguamcara bagi mewakili dirinya 10 bagi notis usul di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur manakala bagi perbicaraan di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu OKT memilih untuk tidak hadir dan tidak melantik peguamcara dan peguam bagi perbicaraan penuh setelah notis usul ditolak di 5 Mahkamah Tinggi Kuala lumpur 4) Keempat, Mahkamah ini berpuashati dengan segala usaha pihak pendakwaan untuk membawa OKT ini ke mahkamah untuk pertuduhan dan untuk dibicarakan. Walaupun waran tangkap gagal disempurnakan, segala 10 usaha untuk membawa OKT ke mahkamah seperti siaran media dikeluarkan oleh PDRM dan waran tangkap dalam Bahasa Inggeris juga telah diserahkan kepada Interpol serta pemohonan Red Notice kepada Interpol juga ditolak, mahkamah ini percaya dan 15 berpuashati segala usaha yang boleh telah dilakukan oleh pihak pendakwaan. 5) Kelima, Mahkamah ini terikat dengan keputusan Mahkamah yang lebih tinggi oleh YA Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan kes ini kekal 20 dan hendaklah dibicara segera tanpa apa halangan lagi kerana pertuduhan telah telah lama dibuat pada 23 September 2021. 6) Keenam, perbicaraan in absentia ini merupakan satu bentuk penegasan pelaksanaan undang undang 25 kepada pesalah yang telah melakukan jenayah tapi 11 memilih untuk melarikan diri dan bersembunyi seperti melarikan diri ke luar negara bagi mengelakkan pertuduhan dibuat ke atasnya. Alangkah ruginya sekiranya penjenayah yang hendak disabitkan melibatkan kepentingan kepada negara telah melarikan 5 diri dan tidak dibawa kemuka pengadilan. Perbicaraan secara in absentia kini meluaskan dipraktikkan bukan sahaja di dalam negara tetapi juga diluar negara bagi membolehkan keadilan ditegakkan. Sebagai contoh di India dan beberapa negara lain.
1
India’s New Trial in Absentia Law: Bharatiya Nagarik Suraksha Sanhita 2023 Legislation: Under Clause 356 of the Bharatiya Nagarik Suraksha Sanhita 2023. Application: Applicable to proclaimed offenders evading 15 trial. Procedure: Trial proceeds after recording reasons in writing, with the court treating the absence as a waiver of the right to be present. Representation: Provision for state-appointed lawyer for 20 the absentee accused.
2
China: Legislation: 2018 amendment to the PRC Criminal Procedural Law (CPL), Article 291. Application: Specific crimes including embezzlement, bribery, compromising national security, or terrorist activities. Procedure: Conducted by intermediate people’s courts or first instance courts at municipal levels. 5 Limitation: Not applicable for crimes like homicide, kidnapping.
3
Bangladesh: Legislation: Code of Criminal Procedure, 1898, Section 339B. 10 Application: Absconding or evading arrest. Procedure: Court specifies the time period for the accused to appear before proceeding with the trial in absentia.
4
Canada: 15 Legislation: Section 475(1) of the Criminal Code. Application: If the accused absconds during the trial. Procedure: Trial continues to judgement and sentencing in absence. Additional Provision: Possibility of issuing an arrest 20 warrant.
5
United States: Application: For organizations, minor offences, or with defendant’s consent. Procedure: Trial, including verdict and sentencing, can proceed in the defendant’s absence. 5 Waiver of Presence: Explicit waiver in court or voluntary absence considered as a waiver.
6
Pakistan: Legislation: Section 512 of the Code of Criminal Procedure. 10 Application: Evidence recording in the absence of the defendant proved to have absconded. Procedure: Sessions court or High Court can examine witnesses for the prosecution. 7) Ketujuh, Mahkamah ini juga merujuk kepada keputusan 15 Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 16 November 2022 yang telah mensabitkan 2 bekas ejen perisikan Russia dan dan seorang pemimpin pemisah Ukraine atas jenayah menembak jatuh pesawat komersial Malaysia Airlines MH 17 sehingga 20 menyebabkan kematian 298 penumpang dan anak kapal pada 17 Julai 2014. Perbicaraan telah dijalankan secara “in absentia” dan ketiga tiga tertuduh telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup. 8) Kelapan, seksyen 425A Kanun Tatacara Jenayah memperuntukkan sebagaimana berikut; "(1) Notwithstanding any other provision of this Code, if an accused after being charged absconds before or during the course of his trial, the accused 5 shall be deemed to have waived his right to be present at the trial.” Mahkamah ini berpuashati dengan segala usaha membawa OKT ke muka pengadilan dan juga conduct oleh OKT sendiri dalam kes ini membolehkan 10 perbicaraan dijalankan melalui in absentia. Reaksi OKT yang melarikan diri daripada menghadapi pertuduhan setelah berkomunikasi dengan Pegawai Penyiasat dan hanya mewakikan kepada peguambela melalui lantikan secara jauh bagi menfaikan notis usul di Mahkamah 15 Tinggi Kuala Lumpur menunjukkan subsequent conduct OKT dalam kes ini. OKT juga berani mengeluarkan kenyataan melalui laporan akhbar Malaysia Kini juga menunjukkan OKT mempunyai pengetahuan penuh kepada kes. Rujukan dibuat kepada seksyen 8 Akta 20 Keterangan 1950 (fakta yang menunjukkan kelakuan kemudian ’subsequent conduct’ seseorang adalah satu fakta yang relevan) dan diambil kira oleh mahkamah ini. [23] Oleh yang demikian mahkamah ini berpuas hati satu perbicaraan secara in absentia boleh dijalankan dengan mengambilkira alasan-alasan yang dinyatakan diatas. PERBICARAAN SECARA IN ABSENTIA 5 KES PENDAKWAAN [24] Pihak pendakwaan telah memanggil 7 orang saksi sebagaimana berikut:- SP 1 Dato’ Mohd Azmi bin Mohamad Daham - Dato Pengelola Bijaya DiRaja 10 SP 2 Supt. Mohd Syah Rizal bin Zahari - Pegawai Tangkapan dan serbuan SP 3 Alfred Juan a/l Anthony Samy - Ketua Pegawai Komersial Malaysia Kini SP 4 Sum Chun Yeong - Pengarah Jualan Syarikat Vinin 15 Press Sdn Bhd SP 5 Dato’ Haji Hadi bin Hassan - Setiausaha Sulit KDYMM Sultan Terengganu SP 6 Chong Tong Sin - Pengarah Urusan Gerak Budaya Enterprise 20 SP 7 ASP Mohd Khairul Ridzuan bin Khiruddin Pegawai Penyiasat FAKTA KES [25] Pada 14 September 2018 pada jam lebih kurang 8.00 pagi di kediaman Lot 60048 Taman Chendering Utama, Kuala Terengganu, Dato’ Mohd Azmi bin Mohamad Daham, Dato’ Pengelola Bijaya Diraja (SP1) telah menerima titah daripada 5 KDYMM Sultan Terengganu melalui tangkap layar aplikasi ‘WhatsApp’ yang dihantar kepadanya oleh Dato’ Hadi bin Hassan, Setiausaha Sulit KDYMM Sultan Terengganu (SP5). [26] Titah tersebut adalah untuk SP1 membuat satu laporan polis berhubung satu kenyataan yang berunsur fitnah terhadap 10 KDYMM Sultanah Terengganu di dalam buku ‘The Sarawak Report: The Inside Story of the 1MDB Expose’ yang telah ditulis oleh Clare Rewcastle Brown (selepas ini disebut sebagai ‘OKT’) yang telah dilancarkan pada 8 September 2018. 15 [27] Kenyataan fitnah ini tertera di muka surat 3 buku sebagaimana berikut; “Jho Low who was also friendly to the key player in Terengganu, the Wife of the Sultan, whose acquiescence was needed to set up the fund and he 20 later cited her support as having been crucial to his obtaining the advisory position” [28] KDYMM Sultanah Terengganu tidak pernah pada bila-bila masa terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam apa-apa urusan pentadbiran kerajaan dan secara 25 khususnya penubuhan Terengganu Investment Authority (‘TIA’). KDYMM Sultanah Terengganu juga tidak pernah pada bila-bila masa mengenali ataupun mempunyai sebarang hubungan dengan Jho Low yang tersebut dalam buku tersebut dan menafikan sekeras kerasnya kenyataan tersebut kerana ianya sesuatu yang tidak benar. 5 [29] Pada 20 September 2018 jam 1.15 tengah hari, ASP Mohd Syah Rizal bin Zahari (SP2)telah menerima satu buku bertajuk ‘The Sarawak Report: The Inside Story of the 1MDB Expose’ (P2) daripada KDYMM Sultanah Terengganu. Buku tersebut kemudiannya dirampas untuk siasatan lanjut dan 10 telah diserahkan kepada Pegawai Penyiasat kes, ASP Khairul Ridzuan bin Khiruddin (SP7). [30] Seterusnya pada 28 September 2018, SP7 telah pergi ke syarikat pencetak buku tersebut, Syarikat Vinlin Press Sdn. Bhd. di No 2, Jalan Meranti Permai 1, Meranti Permai 15 Industrial Park, Batu 15 Jalan Puchong, 47100 Puchong, Selangor untuk menjalankan siasatan dan bertemu dengan Pengarah Jualan, Sum Chun Yeong (SP4) yang merupakan individu penting yang berurusan secara terus dengan OKT bagi pencetakan buku tersebut dan mengakui syarikatnya 20 mencetak buku tersebut. [31] SP4 telah menyerahkan satu salinan manuskrip kepada pihak polis memaklumkan ada menerima tempahan melalui emel yang dihantar sendiri oleh OKT dan Syarikatnya hanya mencetak sahaja manuskrip (P9) yang diterima tanpa 25 meminda isi kandungan yang dihantar oleh OKT. SP4 juga memaklumkan bahawa terdapat perubahan pada pencetakan kali ketiga untuk buku tersebut di muka surat 3 di mana ayat the “wife of the sultan” telah digantikan dengan “the sister of the sultan”. Perubahan tersebut adalah disebabkan oleh permintaan oleh OKT sendiri yang diterima oleh SP4 melalui 5 emel. [32] Buku tersebut juga telah didaftarkan dengan Perpustakaan Negara Malaysia untuk mendapatkan International Standard Book Number (ISBN) iaitu 978-967-0311-16-6. [33] SP7 kemudiannya berjumpa dengan Chong Ton Sin (SP6) 10 iaitu penerbit daripada Syarikat Gerakbudaya Sdn Bhd
Preamble
Menurut SP6, Gerakbudaya Enterprise Sdn Bhd telah dilantik menjadi penerbit buku ‘The Sarawak Report: The Inside Story of 1MDB Expose’. Syarikat Gerakbudaya Enterprise Sdn Bhd hanya bertindak sebagai penerbit di mana semua penulisan 15 buku tersebut adalah dikarang oleh OKT sendiri [34] Satu majlis pelancaran buku tersebut juga telah diadakan di Sheraton Hotel Petaling Jaya yang mana ianya dihadiri oleh OKT sendiri. SP6 juga memberitahu bahawa buku tersebut telah diedarkan kepada beberapa kedai di seluruh Malaysia 20 dan satu laporan pengedaran buku tersebut juga telah diserahkan kepada Pegawai Penyiasat, (SP7). 25 BEBAN PEMBUKTIAN [35] Beban pembuktian adalah ke atas pihak Pendakwaan untuk membuktikan suatu kes prima facie seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 173(f)(i), (ii) dan seksyen 180 Kanun Tatacara Jenayah. Prinsip undang-undang 5 berkenaan dengan isu ini telah mantap. Keterangan-keterangan saksi-saksi Pendakwaan hendaklah dinilai secara maksimum (Looi Kow Chai & Anor v. PP [2003] 1 CLJ 734; [2003] 2 AMR 89 dan Roslan @ Rosli Abdullah v. PP [2009] 1 LNS 875). 10 [36] Di dalam kes PP v. Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 Mahkamah Persekutuan menjelaskan bagaimana sesuatu kes prima facie ditentukan, iaitu seperti yang berikut: “For the guidance of the courts below, we summarise as follows the steps that should be 15 taken by a trial court at the close of the prosecution's case:
i
the close of the prosecution's case, subject the evidence led by the prosecution in its totality to a maximum evaluation. Carefully scrutinise the 20 credibility of each of the prosecution's witnesses. Take into account all reasonable inferences that may be drawn from that evidence. If the evidence admits of two or more inferences, then draw the inference that is most favourable to the accused; 25
II
(ii) ask yourself the question: If I now call upon the accused to make his defence and he elects to remain silent am I prepared to convict him on the evidence now before me? If the answer to that question is "Yes", then a prima facie case has 5 been made out and the defence should be called. If the answer is "No" then, a prima facie case has not been made out and the accused should be acquitted;
III
(iii) after the defence is called, the accused 10 elects to remain silent, then convict;
IV
(iv) after defence is called, the accused elects to give evidence, then go through the steps set out in Mat v. Public Prosecutor [1963] 1 LNS 82; [1963] MLJ 263”. 15 [37] Rujukan berkenaan dengan prima facie juga kepada kes-kes seperti Balachandran v PP [2005] 1 CLJ 85; Looi Kow Chai & anor v PP [2003]2 MLJ 65. ELEMEN-ELEMEN PERTUDUHAN 20 [38] Di peringkat kes pendakwaan, elemen-elemen pertuduhan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan hendaklah dibuktikan bagi mewujudkan satu kes prima facie terhadap OKT sebagaimana berikut:- i) OKT telah membuat dan menyiarkan tohmahan terhadap KDYMM Sultanah Terengganu; ii) Tohmahan yang dilemparkan terhadap KDYMM Sultanah Terengganu tersebut adalah berbentuk perkataan dalam bentuk satu ayat yang boleh 5 dibaca dan dilihat; dan iii) Tohmahan tersebut dibuat dengan mengetahui dan ada sebab untuk mempercayai bahawa tomahan tersebut akan merosakkan nama baik KDYMM Sultanah Terengganu. 10 [39] Rujukan juga dibuat terhadap kes PP v Dato’ Dr Ahmad Ramzi Ahmad Zubir [2015] 6 CLJ 1028, Mahkamah telah menyatakan bahawa terdapat elemen-elemen yang perlu dipenuhi dalam mengambil kira suatu pertuduhan di bawah Seksyan 500 Kanun Keseksaan. 15 [40] Kesalahan fitnah adalah seperti mana Seksyen 499 Kanun Keseksaan:- “Barang siapa, sama ada dengan perkataan yang dituturkan atau yang dimaksudkan untuk dibaca atau dengan isyarat, atau dengan mengetahui atau dengan 20 ada sebab mempercayai bahawa tomahan itu akan merosakkan nama baik orang itu, adalah dikatakan, kecuali dalam hal-hal yang dikecualikan kemudian daripada ini, memfitnahkan orang itu”. 25 ELEMEN PERTAMA: OKT MEMBUAT DAN MENYIARKAN TOHMAHAN [41] Keterangan penting yang diterima mahkamah dalam kes ini dalam memastikan elemen pertama ini dipenuhi adalah 5 adalah berdasarkan keterangan SP3, SP4, SP6 dan SP7 sendiri. SP3 adalah orang yang mengesahkan identiti OKT semmasa pelancaran buku tersebut. SP4 sebagai orang yang bertanggung jawab mencetak buku. SP6 sebagai penerbit kepada buku tersebut manakala SP7 adalah berdasarkan 10 keterangan pegawai penyiasat. [42] SP3 telah memberikan keterangan bahawa semasa program pelancaran buku bertajuk “The Sarawak Report The Inside Story of the 1MDB Expose” yang telah berlangsung di Hotel Sheraton Petaling Jaya, Selangor pada bulan September 15 2018, SP3 telah melihat sendiri OKT hadir dalam program tersebut. SP6 juga telah hadir atas kapasiti sebagai penerbit buku. Dengan berlangsungnya program pelancaran buku tersebut adalah dengan ini OKT secara langsung telah menyiarkan tohmahan tersebut secara rasmi. 20 [43] Keterangan ini jelas membuktikan OKT adalah pemilik kepada buku bertajuk “The Sarawak Report The Inside Story of the 1MDB Expose” sebagai penama Clare Rewcastle Brown iaitu OKT yang dituduh dalam kes ini. Oleh yang demikian tiada isu kesilapan identiti atau “mistaken identity” dalam kes ini 25 kerana dilihat sendiri oleh SP3 dan SP6. [44] Keterangan ini disokong oleh SP7 dalam keterangannya menyatakan bahawa OKT mengesahkan buku bertajuk “The Sarawak Report: The Inside Story of the 1MDB Expose” telah dikarang dan diterbitkan olehnya sendiri semasa rakaman percakapan OKT diambil pada pada 23 November 2018 jam 5 lebih kurang 11.00 pagi, di Bilik Mesyuarat D5 JSJ Bukit Aman. [45] SP4 dalam keterangannya telah berurusan secara terus dengan OKT melalui email dalam mencetak buku The Sarawak Report: The Inside Story of 1MDB Expose. Segala 10 manuskrip telah diberikan oleh OKT sendiri dan SP4 juga memberikan keterangan bahawa Syarikat Vinlin Press Sdn Bhd tidak mengubah mana-mana bahagian dalam buku tersebut dan hanya mencetak buku tersebut sebagaimana yang diarahkan oleh OKT seperti yang telah dipersetujui. 15 Termasuklah pindaan yang telah diarahkan oleh OKT sendiri pada cetakan kali ketiga. [46] Keterangan SP4 ini adalah penting kerana saksi pendakwaan ini adalah penghubung utama kepada OKT dalam membuat cetakan dan menyiarkan isi kandungan berunsur fitnah 20 tersebut adalah secara terus dengan OKT. Ini dapat dilihat dalam rantaian email yang dieksibitkan ke mahkamah ini (P13) yang menunjukkan SP4 ini berhubung terus dengan email dengan OKT dalam urusan pencetakan buku tersebut. [47] Berdasarkan keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh saksi-saksi pendakwaan ini mahkamah berpuashati elemen pertama dapat dibuktikan. ELEMEN KEDUA: PERKATAAN TOHMAHAN DALAM BENTUK 5 PERKATAAN DALAM SATU AYAT YANG BOLEH DIBACA DAN DILIHAT [48] Keterangan penting yang diterima mahkamah dalam kes ini dalam memastikan elemen kedua ini dipenuhi adalah adalah berdasarkan peranan SP4 dan dan SP6. SP4 sebagai orang 10 yang bertanggung jawab berurusan terus dengan OKT dan mencetak buku tersebut. Manakala SP6 sebagai penerbit kepada buku tersebut. [49] Peranan SP 4 dalam memastikan elemen kedua ini dipenuhi adalah sebagaimana berikut:- 15 1) Rentetan email antara SP4 (jason_sum200@yahoo.com) dan OKT (clarerewcastle@gmail.com) bertarikh pada 13 Ogos 2018, 27 Ogos 2018, 4 September 2018 dan 19 September 2018 sebagaimana P13 adalah 20 dirujuk 2) Pada 13 Ogos 2018 SP4 telah menerima emel daripada OKT untuk memberikan sebut harga untuk lima ribu naskah buku. SP4 telah memberikan sebut harga untuk lima ribu naskah 25 buku melalui emel yang dihantar iaitu sebanyak RM 7.00 bagi setiap naskah; 3) Pada 27 Ogos 2018 SP4 telah mendapat emel daripada OKT untuk mencetak fail yang dihantar Fail yang dihantar adalah manuskrip (P24) yang 5 dikarang oleh OKT dan diterbitkan oleh Gerakbudaya Enterprise. Syarikat Vinlin Sdn Bhd dilantik untuk membuat cetakan manuskrip tersebut; Dengan itu adalah jelas, fail yang dihantar oleh OKT kepada SP4 yang 10 mengandungi manuskrip bagi tujuan cetakan adalah karangan sepenuhnya oleh OKT sendiri 4) Manuskrip (P24) tersebut bertajuk “The Sarawak Report: The Inside Story of the 1MDB Expose”, mengandungi lima ratus enam puluh muka surat 15 termasuk tajuk, gambar, kata pengantar dan isi kandungan cerita. Saiz buku adalah 6 inci kali 9 inci dan harga jualan setiap naskah adalah RM
80
80.00; 5) Pada 29 Ogos 2018, SP4 telah menyerahkan 20 manuskrip tersebut kepada bahagian pengeluaran untuk tujuan cetakan. Lima ribu naskah buku telah disiapkan dalam tempoh seminggu dan kesemua buku telah dihantar ke Syarikat Gerak Budaya Enterprise secara 25 berperingkat dan syarikat beliau telah mendapat bayaran untuk lima ribu naskah buku tersebut yang dihantar melalui akaun syarikat Hong Leong bernombor 00300559828; 5) Buku ‘The Sarawak Report: The Inside Story of 1MDB Exposed’ yang mana cetakan pertama 5 yang dikemukakan ada menunjukkan pada muka surat tiga yang menyatakan seperti berikut; “Jho who was also friendly to the key player in Terengganu, the wife of the Sultan, whose acquiescence was needed to set up 10 the fund and he later cited her support as having been crucial to his obtaining the advisory position” Dalam cetakan pertama ini tohmahan dalam bentuk perkataan bertulis dalam bentuk ayat yang 15 boleh dibaca dan dilihat ini menunjukkan bahawa individu yang dinyatakan sebagai “the wife of the Sultan” adalah merujuk kepada Sultanah Terengganu yang sememangnya adalah permaisuri kepada KDYMM Sultan Terengganu. 20 6) Pada 04 September 2018, OKT telah membuat tempahan lima ribu naskah buku lagi melalui emel kepada SP4. Tempahan lima ribu naskah buku itu telah disiapkan dan telah dihantar ke Syarikat Gerakbudaya Enterprise secara berperingkat dan 25 syarikat beliau telah mendapat bayaran untuk lima ribu naskah buku tersebut yang dihantar melalui akaun syarikat Hong Leong bernombor 00300559828; 7) Buku ‘The Sarawak Report: The Inside Story of 1MDB Exposed’ yang mana cetakan kedua yang 5 dikemukakan ada menunjukkan pada muka surat tiga yang menyatakan seperti berikut; “Jho who was also friendly to the key player in Terengganu, the wife of the Sultan, whose acquiescence was needed to set up 10 the fund and he later cited her support as having been crucial to his obtaining the advisory position” Dalam cetakan kedua ini tohmahan dalam bentuk perkataan bertulis dalam bentuk ayat yang boleh 15 dibaca dan dilihat ini menunjukkan bahawa individu yang dinyatakan sebagai “the wife of the Sultan” adalah merujuk kepada Sultanah Terengganu yang sememangnya adalah permaisuri kepada KDYMM Sultan Terengganu. 20 Dengan mengambil kira hanya pada cetakan ketiag barulah OKT meminta SP4 membuat perubahan dengan menggantikan perkataan “the wife” kepada “the sister”. Perkataan tohmahan ini masih terdapat dalam cetakan kedua. 25 8) Pada 19 September 2018, OKT telah membuat tempahan sebanyak tujuh ribu naskah buku lagi melalui emel kepada SP4 iaitu buku ini adalah sama seperti lima ribu naskah buku cetakan pertama dan lima ribu naskah buku cetakan kedua 5 tetapi terdapat perubahan ayat di copyright page dan muka surat 3. 9) Untuk cetakan pertama dan kedua di muka surat 3 sebelum ini, ayat yang digunakan adalah “the wife of the sultan” dan untuk cetakan yang 10 ketiga, ayat yang digunakan adalah “the sister of the sultan”. Di bahagian copyright page, terdapat penambahan ayat second impression September
2018
Tempahan tujuh ribu naskah buku itu telah disiapkan dan telah dihantar ke Syarikat 15 Gerakbudaya Enterprise secara berperingkat dan syarikat beliau telah mendapat bayaran untuk tujuh ribu naskah buku tersebut secara tunai daripada Gerakbudaya Enterprise; [50] Peranan SP 6 dalam memastikan elemen kedua ini dipenuhi 20 adalah sebagaimana berikut:- 1) Sebagaimana keterangan SP6 Buku tersebut kemudiannya telah diterbitkan oleh Gerakbudaya Enterprise dan buku tersebut juga telah diedarkan ke kedai-kedai buku seluruh Malaysia 25 sebagaimana edaran dalam Laporan Pengedaran Buku (P15). 2) Berdasarkan keterangan SP6 sendiri juga mengesahkan buku tersebut terdapat nama OKT di muka hadapan buku dan juga gambar OKT di 5 bahagian belakang buku sebagai pengarang sebenar buku tersebut [51] Oleh yang demikian, berdasarkan keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh saksi-saksi pendakwaan ini mahkamah berpuashati elemen kedua dapat dibuktikan 10 dengan mengambil kira kata-kata tohmahan terhadap KDYMM Sultanah Terengganu dalam bentuk perkataan yang telah dicetak di dalam buku (P2) yang mana buku tersebut telah dicetak, diedarkan dan telah dibaca oleh orang ramai selepas pelancaran buku tersebut dibuat. 15 ELEMEN KETIGA: TOHMAHAN TERSEBUT AKAN MEROSAKKAN NAMA BAIK [52] Keterangan penting yang diterima mahkamah dalam kes ini dalam memastikan elemen ketiga ini dipenuhi adalah adalah 20 berdasarkan peranan SP4 dan dan SP6. SP4 sebagai orang yang bertanggung jawab berurusan terus dengan OKT dan mencetak buku tersebut. Manakala SP6 sebagai penerbit kepada buku tersebut. [53] Peranan SP 4 dalam memastikan elemen ketiga ini dipenuhi adalah sebagaimana berikut:- 1) Pada 19 September 2018, OKT telah membuat tempahan sebanyak tujuh ribu naskah buku lagi melalui emel kepada SP4 iaitu buku ini adalah 5 sama seperti lima ribu naskah buku cetakan pertama dan lima ribu naskah buku cetakan kedua tetapi terdapat perubahan ayat di copyright page dan muka surat 3. Untuk cetakan pertama dan kedua di muka surat 3 sebelum ini, ayat yang 10 digunakan adalah “the wife of the sultan” dan untuk cetakan yang ketiga, ayat yang digunakan adalah “the sister of the sultan”. 2) Buku ‘The Sarawak Report: The Inside Story of 1MDB Exposed’ yang mana cetakan ketiga 15 menunjukkan pada muka surat tiga telah pun dibuat pindaan yang menyatakan seperti berikut; “Jho who was also friendly to the key player in Terengganu, the sister of the Sultan, whose acquiescence was needed to set up 20 the fund and he later cited her support as having been crucial to his obtaining the advisory position” 3) Dengan perubahan ayat daripada “the wife of the sultan” kepada “the sister of the sultan” yang 25 dibuat oleh OKT sendiri melalui keterangan SP4 maka jelaslah OKT telah menyedari, mengetahui dan mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa tohmahan tersebut telahpun merosakkan nama baik KDYMM Sultanah Terengganu pada masa tersebut. 5 [54] Peranan SP 6 dalam memastikan elemen ketiga ini dipenuhi adalah sebagaimana berikut:- 1) SP6 dalam keterangannya di dalam mahkamah yang mulia ini telah memaklumkan penama Charles Brophy menerima emel manuskrip 10 daripada OKT yang mengandungi muka hadapan dan belakang serta isi kandungan buku. Syarikat Gerakbudaya Enterprise tidak ada membuat apaapa semakan dan tidak ada membuat apa-apa perubahan pada buku itu dan SP6 mengakui 15 terdapat perubahan pada muka surat 3 buku di petikan ayat “the sister of the sultan” menggantikan ayat “the wife of the sultan”. 2) SP6 tidak tahu kenyataan ini merujuk kepada siapa. SP6 juga tidak tahu siapa yang beri arahan 20 untuk tukar ayat ini dan penama Charles Brophy juga tidak memaklumkan apa-apa berkenaan perubahan ini. SP6 hanya mengetahui perkara tersebut selepas cetakan buku dibuat. 3) Dengan perubahan ayat daripada “the wife of the 25 sultan” kepada “the sister of the sultan” yang dibuat oleh OKT sendiri melalui keterangan SP6, maka jelaslah OKT telah menyedari, mengetahui dan mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa tohmahan tersebut telahpun merosakkan nama baik KDYMM Sultanah Terengganu pada 5 masa tersebut. [55] Seksyen 8 Akta Keterangan 1950 adalah terpakai daripada “subsequent conduct” oleh OKT dengan meminda perkataan tohmahan tersebut pada cetakan ketiga. Ini jelas menunjukkan inferens bahwa OKT telah tersedar dan dia 10 dalam pengetahuannya akan kesalahan fitnah jenayah yang telah dilakukan olehnya. [56] Walaubagaimanapun tindakan pembetulan ini sedikit lambat memandangkan SP1 telah pun membuat repot polis (P3) pada 14 September 2018 yang mana OKT hanya menghantar 15 email kepada SP4 untuk meminda pad cetakan ketiga pada 19 September 2018. [57] Oleh yang demikian, berdasarkan keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh saksi-saksi pendakwaan ini mahkamah berpuashati elemen ketiga dapat dibuktikan 20 dengan mengambil kira kata-kata tohmahan terhadap KDYMM Sultanah Terengganu adalah berunsur fitnah yang boleh menyebabkan nama baik dan reputasi KDYMM Sultanah Terengganu tercemar dengan tohmahan tersebut. Perkataan tohmahan tersebut secara langsung telah 25 mengaitkan penglibatan KDYMM Sultanah Terengganu dengan seorang individu iaitu Jho Low yang disyaki terlibat dengan skandal 1MDB dan secara tidak langsung mencemarkan nama baik KDYMM Sultanah Terengganu dalam skandal terbesar negara itu. 5 HAL-HAL BERBANGKIT KETIADAAN KETERANGAN KDYMM SULTANAH TERENGGANU [58] Mahkamah telah menilai keterangan saksi saksi pendakwaan sedia dan berpendapat ketiadaan keterangan KDYMM 10 Sultanah Terengganu tidaklah meruntuhkan kes pendakwaan. Keterangan SP1 dan SP5 adalah memadai. [59] SP1 telah memberi keterangan bahawa tohmahan yang dibuat OKT adalah suatu fitnah yang boleh menjatuhkan maruah dan reputasi KDYMM Sultanah Terenggau serta 15 Institusi Diraja Terengganu. Beliau menyatakan bahawa OKT telah menuduh dan memfitnah KDYMM Sultanah Terengganu sebagai mempengaruhi dan campurtangan keputusan KDYMM Sultan Terengganu. SP1 merupakan pengadu yang membuat repot P3 dalam kes ini. 20 [60] Mankala SP5 pula dalam keterangannya di dalam mahkamah yang mulia ini:- “Saya sendiri ada melihat isi kandungan yang dinyatakan dalam pesanan bergambar tersebut sebelum menghantar kepada Dato’ Pengelola Bijaya 25 Diraja, YBhg. Dato’ Mohd Azmi bin Mohamad Daham. Saya mendapati isi kandungan tersebut adalah berunsur fitnah terhadap Sultanah Terengganu berkaitan isu 1MDB yang mengaitkan nama Sultanah Terengganu; dan Berdasarkan pengamatan saya, ianya 5 adalah satu kesilapan dan keterlanjuran yang serius, satu situasi yang tidak betul dan palsu semata-mata. Ianya telah mencalarkan imej bukan sahaja terhadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Sultanah Terengganu, malahan kami yang berkhidmat di Istana 10 juga turut terkesan dengan penaburan fitnah yang tidak bertanggungjawab ini.” [61] Mahkamah ini merujuk kepada seksyen 134 Akta Keterangan 1950 sebagaimana berikut:- “No particular number of witnesses shall in any case be 15 required for the proof of any fact i.e. in this case, the impugned statements so called published by the accused”. [62] Di dalam Ratanlal & Dhirajlal’s Law of Crimes Volume 2 26th Edition di bawah Perenggan 2 di bawah tajuk “Who may file 20 complaint” di Muka Surat 2830 Chap. XXI “The Supreme Court has held that the collection of the words “by some persons aggrieved” in section 199, Cr PC definitely indicates that the complainant need not necessarily be the defamed person himself. Therefore, 25 if a defamed article is published against a party leader as well as his party members, the member of the party which is an identifiable one has every liberty to file a private complaint for the offence under section 500; [63] Di dalam kes Mrs. Pat Sharpe v. Dwijendra Nath 1964 1 Cri. L.J. 367, Mahkamah Tinggi Kolkata (Calcutta High Court) 5 melalui penghakiman Niyogi. J. Yang memutuskan sebagaimana berikut, antara lain: “It cannot be laid down as an inflexible rule that the expression “some person aggrieved” in S. 198 Criminal P.C. will only be limited to the person actually defamed 10 of affected. The section does not say that complaint can only be made by the person defamed. What it requires is that the complaint must be made by “some person aggrieved”. The expression “some person aggrieved” was not intended to be restricted to the person actually 15 defamed.” [64] Oleh yang demikian, ketiadaan keterangan daripada KDYMM Sultanah Terengganu tidak menjadi fatal sebagaimana rujukan di atas, ini kerana mahkamah ini berpendapat keterangan daripada SP1 dan SP5 yang juga berkhidmat di 20 Istana juga turut terkesan dengan penaburan fitnah ini sudah memadai dan dikategorikan “some person aggrieved”. 25 KEPUTUSAN DIAKHIR KES PENDAKWAAN DAN HUKUMAN [65] Mahkamah percaya kesemua elemen pertuduhan telah berjaya dipenuhi sebagaimana diperlukan bagi pertuduhan di bawah seksyen 500 Kanun keseksaan. [66] Oleh yang demikian, mahkamah setelah meneliti dan 5 membuat penilaian secara maximum valuation dan setelah meneliti keterangan saksi-saksi pendakwaan, eksibit dikemukakan dan hujahan pihak pendakwaan, mahkamah dengan ini berpuashati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap OKT 10 sebagaimana pertuduhan di bawah seksyen 500 Kanun Keseksaan. ALASAN PENGHAKIMAN (HUKUMAN) [67] Perbicaraan dijalankan secara in absentia di bawah seksyen 15 425A Kanun Tatacara Jenayah [68] Sebelum menjatuhkan hukuman terhadap OKT, Mahkamah ini adalah terikat dengan seksyen 173 (b) Kanun Prosedur Jenayah yang menyatakan:- “173. Procedure in summary trials.
b
If the accused pleads guilty to the charge, whether as originally framed or as amended, the plea shall be recorded and he may be convicted on it and the Court shall pass sentence according to law”. [69] Maksud “sentence according to law” telah diterangkan oleh Mohd Azmi J dalam kes Public Prosecutor v. Jafa bin Daud [1981] 1 MLJ 315:- “A “sentence according to law‟ means that the sentence must not only be within the ambit of the punishable 5 section, but it must also be assessed and passed in accordance with established judicial principles.” [70] Berpandukan kepada prinsip kes di atas, adalah menjadi tugas Mahkamah ini untuk memerhatikan hukuman yang yang akan diberikan tidak melebihi peruntukkan hukuman bagi 10 kesalahan yang dipertuduhkan ke atas OKT. Hukuman penjara 2 tahun yang telah diberikan adalah hukuman penjara maksima bagi kesalahan dibawah seksyen 500 Kanun Keseksaan. [71] Antara alasan yang dipertimbangkan adalah sebagaimana 15 berikut:- 1) Tohmahan yang dilakukan oleh OKT adalah kepada KDYMM Sultanah Terengganu yang merupakan adalah permaisuri kepada Sultan Terengganu. Institusi Diraja secara amnya mempunyai kedudukan 20 istimewa dan tertinggi di dalam Perlembagaan Malaysia serta amat dipandang tinggi terutama oleh rakyat jelata dan secara khususnya oleh rakyat negeri yang terkesan akan tohmahan tersebut. 2) Kesan dan tindakan oleh perbuatan OKT ini telah 25 secara tidak langsung tidak menghormati Institusi Diraja di dalam negara ini serta telah memberikan persepsi yang tidak baik kepada KDYMM Sultanah Terengganu di samping menjejaskan nama baik dan reputasi KDYMM Sultanah Terengganu dengan tohmahan tersebut. 5 3) Kegagalan OKT menghormati sistem perundangan negara ini kerana memilih untuk mengenepikan haknya untuk hadir semasa perbicaraan. Perlembagaan negara ini segala jelasnya melindungi hak individu. “Every person is innocent until proven guilty” 10 [72] Oleh yang demikian hukuman yang diberikan adalah setimpal dan memadai dengan mengambilkira alasan yang dinyatakan. KESIMPULAN 15 [73] Memandangkan perbicaraan dijalankan secara in absentia di bawah seksyen 425A Kanun Tatacara Jenayah mahkamah Mahkamah tiada pilihan lain dengan ini mendapati Clare Brown didapati bersalah dan disabitkan sebagaimana pertuduhan di bawah seksyen 500 kanun keseksaan 20 Hukuman Penjara 2 tahun dari tarikh sabitan. Waran pemenjaraan dikeluarkan untuk serahan oleh pihak pendakwaan. [74] Walaubagaimanapun mahkamah ini menyerahkan kepada kebijasanaan YA Hakim Mahkamah Tinggi untuk membuat sebarang keputusan terhadap rayuan ini. Bertarikh: 2 Jun 2024 5 (NIK MOHD TARMIZIE BIN NIK MOHD SHUKRI) Majistret Mahkamah Majistret Kuala Terengganu 10 Pihak-pihak Pendakwaan : Engku Ahmad Rashdi Bin Engku Abdillah 15 Pengarah Pendakwaan Negeri Terengganu : Mohd Khairuddin bin Idris Timbalan Pendakwa Raya 20 : Nur Amalina Najwa binti Mohd Ali Timbalan Pendakwa Raya Pembelaan ; Tidak hadir dan tidak diwakili 25
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.