Tafsiran Dalam Peraturan-Peraturan ini – “sistem kawalan pencemaran udara” ertinya apa-apa kemudahan yang direka bentuk dan dibina untuk tujuan menghalang atau mengurangkan potensi pengeluaran yang menyebabkan pencemaran udara, dan termasuklah sistem penyedutan, peralatan kawalan dan cerobong. [4] Kes telah didengar secara bicara penuh. [5] Pada 25/10/2022, di akhir kes pendakwaan, Mahkamah ini setelah mendengar keterangan saksi-saksi pendakwaan, meneliti ekshibit-ekshibit yang dikemukakan serta hujahan pihak-pihak, Mahkamah mendapati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap OKS bagi kedua-dua pertuduhan tersebut dan oleh itu, OKS dipanggil untuk membela diri. S/N Wtrzy7y7c0irJtKhUwEG9A Kes Saman No. NA-63ES-14 & 15-04/2021 (Pendakwa Raya v Classic Palm Oil Mill Sdn Bhd) [6] Setelah 3 pilihan keterangan diterangkan kepada wakil OKS, wakil OKS memilih untuk memberikan keterangan secara bersumpah dari kandang saksi. [7] Pada 29/03/2024, di akhir keseluruhan kes, Mahkamah ini setelah mendengar dan menilai keterangan saksi-saksi pendakwaan dan saksi pembelaan, meneliti ekshibit-ekshibit yang dikemukakan serta hujahan pihak-pihak, Mahkamah memutuskan bahawa pihak pembelaan telah gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah dalam kes pendakwaan dan oleh itu, pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah terhadap OKS. [8] Oleh itu, OKS telah disabitkan dengan kesalahan sebagaimana pertuduhan. [9] Setelah Mahkamah mendengar rayuan mitigasi, Mahkamah telah menjatuhkan hukuman terhadap OKS sebagaimana yang berikut: Saman No. NA-63ES-14-04/2021 (iaitu tarikh siasatan pada 21/01/2021) i) Pertuduhan Pertama di bawah Peraturan 8 Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014 – denda RM20,000; ii) Pertuduhan Kedua di bawah Peraturan 9(b) Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014 – denda RM20,000; dan iii) Pertuduhan Ketiga di bawah seksyen 16(1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 – denda RM15,000. Saman No. NA-63ES-15-04/2021 (iaitu tarikh siasatan pada 24/10/2020) S/N Wtrzy7y7c0irJtKhUwEG9A Kes Saman No. NA-63ES-14 & 15-04/2021 (Pendakwa Raya v Classic Palm Oil Mill Sdn Bhd) i) Pertuduhan Pertama di bawah Peraturan 5(1)(d) Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014 – denda RM20,000; ii) Pertuduhan Kedua di bawah Peraturan 8 Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014 – denda RM20,000; dan iii) Pertuduhan Ketiga di bawah Peraturan 9(b) Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014 – denda RM20,000. [10] Pada 08/04/2024, OKS telah memfailkan Notis Rayuan terhadap sabitan dan hukuman. [11] Alasan bagi keputusan Mahkamah ini adalah sebagaimana yang dinyatakan di bawah. Fakta Kes [12] Bagi kes Saman No. NA-63ES-14-04/2021 (iaitu tarikh siasatan pada 21/01/2021): i) Pertuduhan Pertama - OKS telah dituduh di bawah Peraturan 8 Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014 kerana didapati gagal memberitahu Ketua Pengarah terhadap kegagalan dalam pengendalian sistem kawalan pencemaran udara yang melebihi tempoh daripada satu jam daripada berlakunya kegagalan peralatan Smoke Density Meter. ii) Pertuduhan Kedua - OKS telah dituduh di bawah Peraturan 9(b) Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014 kerana gagal menjalankan pemantauan prestasi S/N Wtrzy7y7c0irJtKhUwEG9A Kes Saman No. NA-63ES-14 & 15-04/2021 (Pendakwa Raya v Classic Palm Oil Mill Sdn Bhd) bagi komponen sistem kawalan pencemaran udara iaitu Smoke Density Meter sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah. iii) Pertuduhan Ketiga - OKS telah dituduh di bawah seksyen 16(1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 kerana telah gagal mematuhi syarat nombor 1(ii) dalam lesen perlanggaran, nombor lesen 005013 untuk tempoh 31 Julai 2020 hingga 31 Julai 2021 bagi pengeluaran asap hitam melalui cerobong nombor 1 lebih gelap daripada kelegapan No. 2 dalam Carta Ringelmann selama agregat melebihi daripada lima (5) minit dalam tempoh satu jam pemeriksaan. [13] Bagi kes Saman No. NA-63ES-15-04/2021 (iaitu tarikh siasatan pada 24/10/2020): i) Pertuduhan Pertama - OKS telah dituduh di bawah Peraturan 5(1)(d) Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014 kerana gagal memberi Pemberitahuan Bertulis kepada Ketua Pengarah bagi membenarkan untuk dibuat sebarang perubahan pada mesin atau peralatan yang digunakan yang menyebabkan perubahan material dalam kuantiti dan kualiti pengeluaran daripada suatu punca yang sedia ada. ii) Pertuduhan Kedua - OKS telah dituduh di bawah Peraturan 8 Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014 kerana didapati gagal memberitahu Ketua Pengarah terhadap kegagalan dalam pengendalian sistem kawalan pencemaran udara yang melebihi tempoh daripada satu (1) jam daripada berlakunya kegagalan Smoke Density Meter. S/N Wtrzy7y7c0irJtKhUwEG9A Kes Saman No. NA-63ES-14 & 15-04/2021 (Pendakwa Raya v Classic Palm Oil Mill Sdn Bhd) iii) Pertuduhan Ketiga - OKS telah dituduh di bawah Peraturan 9(b) Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014 kerana gagal menjalankan pemantauan prestasi bagi komponen sistem kawalan pencemaran udara iaitu Smoke Density Meter sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah. Senarai Saksi-saksi Pendakwaan dan Pembelaan [14] Saksi-saksi pihak pendakwaan dan pembelaan yang telah dipanggil untuk memberikan keterangan bagi kedua-dua kes tersebut adalah seperti yang berikut: SAKSI PENDAKWAAN NAMA SAKSI Hisham bin Busin (Ketua Pegawai Penyiasat) Mohd Azizi bin Mohd Jali (Pembantu Pegawai Penyiasat) Abdullah bin Mustafa (Pembantu Pegawai Penyiasat) SP4 Zarrief Syafiq bin Abdul Wahid (pengadu) SAKSI PEMBELAAN NAMA SAKSI Nur Hidayah binti Md Said (Jurutera) Senarai Ekshibit-ekshibit [15] Senarai ekshibit-ekshibit yang dikemukakan oleh pihak-pihak adalah seperti yang berikut: EKSHIBIT PENDAKWAAN DOKUMEN S/N Wtrzy7y7c0irJtKhUwEG9A Kes Saman No. NA-63ES-14 & 15-04/2021 (Pendakwa Raya v Classic Palm Oil Mill Sdn Bhd) P1(a) hingga (c) P1(a) hingga (c) Izin mendakwa (3 pertuduhan): i) NA-63ES-14-04/2021 ii) NA-63ES-15-04/2021 P2 Kuasa mendakwa – Puan Zainoorliza binti Zainal Abidin P3 Pertuduhan Pindaan – No kes NA-63ES-14-04/2021 P4 Kuasa mendakwa – Encik Muhammad Fitri bin Soroni P5 Surat kuasa SP1 – Encik Hisham bin Busin P6 Alat Ringelmann Chart P7 Bacaan Carta Ringelmann P8 Syarat Lesen Perlanggaran - Nombor lesen 005013 P9 Smoke Density Meter Chart P10 (a hingga t) 21 keping gambar P11 CD burn P12 Perakuan seksyen 90A Akta Keterangan 1950 bagi CD burn P13 Borang selongkar P14 Field citation P15 Pelan lakar P16 Smoke Density Meter Chart P17 Field citation P18 Notis Arahan bertarikh 12/11/2020 P19 Maklum balas daripada OKS terhadap Notis Arahan P20 (1 hingga 28) 28 keping gambar P21 CD burn P22 Perakuan seksyen 90A Akta Keterangan 1950 bagi CD burn P23 Pelan lakar P24 Borang selongkar P25 Surat kuasa SP2 – Encik Mohd Azizi bin Mohd Jali P26 Surat kuasa SP3 – Encik Abdullah bin Mustafa P27 Izin dakwa baharu bagi Pertuduhan Pindaan (Pertuduhan Ketiga) – No. Kes NA-63ES-14-04/2021 P28 Pertuduhan Pindaan (Pertuduhan Ketiga) bagi No. Kes: NA-63ES-14-04/2021 S/N Wtrzy7y7c0irJtKhUwEG9A Kes Saman No. NA-63ES-14 & 15-04/2021 (Pendakwa Raya v Classic Palm Oil Mill Sdn Bhd) EKSHIBIT PEMBELAAN DOKUMEN D29 6 keping gambar kilang Tenaga Emas Sdn Bhd D30 4 keping gambar solar panel Amcorp D31 4 keping gambar kilang C&C Harta Sdn Bhd D32 hingga D34 14 keping gambar tempat Carta Ringelmann dikatakan diletakkan oleh pegawai Jabatan Alam Sekitar D35 Gambar Carta Ringelmann Keterangan Saksi-saksi Pendakwaan: Intipati Pertuduhan Yang Perlu Dibuktikan [16] Intipati Pertuduhan Pertama (Saman No. NA-63ES-14-04/2021) dan Pertuduhan Kedua (Saman No. NA-63ES-15-04/2021) di bawah Peraturan 8 Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014 yang perlu dibuktikan adalah seperti yang berikut: Gagal memberitahu Ketua Pengarah dalam tempoh satu (1) jam terhadap kegagalan dalam pengendalian sistem kawalan pencemaran udara iaitu peralatan Smoke Density Meter. [17] Berdasarkan kepada keterangan SP1, SP2 dan SP3 yang melakukan siasatan pada 24/10/2020 dan 21/01/2021, didapati bahawa Smoke Density Meter gagal berfungsi kerana tiada bacaan direkodkan pada kertas Smoke Density Meter tersebut sebagaimana yang dapat dilihat melalui (ekshibit P9) dan (ekshibit P16). [18] Melalui keterangan SP1, tiada rekod diterima oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan dalam tempoh satu (1) jam untuk memaklumkan telah berlaku kegagalan Smoke Density Meter tersebut. S/N Wtrzy7y7c0irJtKhUwEG9A Kes Saman No. NA-63ES-14 & 15-04/2021 (Pendakwa Raya v Classic Palm Oil Mill Sdn Bhd) [19] Oleh itu, SP1 mendapati bahawa OKS gagal memaklumkan kepada Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan dalam tempoh satu (1) jam apabila berlaku kegagalan Smoke Density Meter tersebut. [20] Bacaan terakhir yang direkodkan pada kertas Smoke Density Meter tersebut (ekshibit P9) adalah pada 04/01/2021 berdasarkan siasatan pada 21/01/2021 manakala tiada sebarang bacaan direkodkan (ekshibit P16) sewaktu siasatan pada 24/10/2020. [21] Intipati Pertuduhan Kedua (Saman No. NA-63ES-14-04/2021) dan Pertuduhan Ketiga (Saman No. NA-63ES-15-04/2021) di bawah Peraturan 9(b) Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014 yang perlu dibuktikan adalah seperti yang berikut: Gagal menjalankan pemantauan prestasi bagi komponen sistem kawalan pencemaran udara iaitu Smoke Density Meter sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah. [22] Berdasarkan keterangan SP1, SP2 dan SP3 melalui siasatan pada 24/10/2020 dan 21/01/2021, didapati bahawa Smoke Density Meter gagal berfungsi apabila tiada sebarang bacaan dicatatkan pada kertas Smoke Density Meter yang diambil. Apabila tiada bacaan dicatatkan bagi merekod pelepasan asap yang keluar dari cerobong boiler nombor 1, ini menunjukkan OKS telah gagal menjalankan pemantauan prestasi melalui alat kawalan pencemaran udara iaitu Smoke Density Meter. [23] Berdasarkan keterangan SP1 pada kedua-dua tarikh siasatan tersebut, tiada sebarang rekod dicatatkan pada kertas Smoke Density Meter (ekshibit P9 dan ekshibit P16). Oleh kerana tiada apa-apa catatan kegelapan yang tertulis pada kertas Smoke Density Meter tersebut maka SP1 tidak dapat menyemak laporan prestasi kelegapan asap yang keluar S/N Wtrzy7y7c0irJtKhUwEG9A Kes Saman No. NA-63ES-14 & 15-04/2021 (Pendakwa Raya v Classic Palm Oil Mill Sdn Bhd) melalui cerobong boiler nombor 1 sama ada ianya mematuhi syarat pada lesen perlanggaran yang diberi ataupun tidak. Pengesahan kegagalan operasi Smoke Density Meter ini dibuktikan melalui pemeriksaan zero check yang dijalankan pada kedua-dua tarikh siasatan yang mendapati alat tersebut gagal berfungsi. [24] Keterangan SP1 bagi pertuduhan-pertuduhan di atas berkenaan Smoke Density Meter dan pemantauan prestasi adalah saling berkaitan dan keterangan tersebut dapat dilihat sebagaimana yang berikut: SP1 (keterangan berdasarkan siasatan pada 21/01/2021 – bagi kes Saman