Content
Pendakwa Raya v Classic Palm Oil Mill Sdn Bhd [NA-63ES-32-11/2021] DALAM MAHKAMAH SESYEN DI SEREMBAN DALAM NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS SAMAN NO. NA-63ES-32-11/2021 PENDAKWA RAYA V CLASSIC PALM OIL MILL SDN BHD [NO. SYARIKAT: 201001039462/923386-T) ALASAN PENGHAKIMAN Latar Belakang Kes [1] Dalam kes ini, Classic Palm Oil Mill Sdn Bhd (“OKS”) telah dipertuduh dengan 2 pertuduhan seperti yang berikut: Pertuduhan Pertama “Bahawa kamu pada 5 April 2021 jam lebih kurang 2.20 petang bertempat di Lot 514 & 515, Kampung Tiong, Gemas dalam Daerah Tampin di dalam negeri Negeri Sembilan didapati gagal mematuhi syarat lesen perlanggaran no. 1(ii), No. Lesen 005015 untuk tempoh 31 Julai 2020 hingga 31 Julai 2021 yang mana membenarkan pengeluaran lebih gelap daripada kelegapan No. 2 dalam Carta Ringelmann selama agregat melebihi lima (5) minit untuk tempoh satu jam pemerhatian cerobong `boiler’ nombor 2. Dengan ini, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 16(1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan boleh dihukum di bawah seksyen 16(2) Akta yang sama.” Pendakwa Raya v Classic Palm Oil Mill Sdn Bhd [NA-63ES-32-11/2021] Pertuduhan Kedua “Bahawa kamu pada 5 April 2021 jam lebih kurang 2.20 petang bertempat di Lot 514 & 515, Kampung Tiong, Gemas, Daerah Tampin di dalam negeri Negeri Sembilan didapati gagal mematuhi notis arahan perkara 3.1, nombor rujukan ASNST(B)31/152/000/006 Jld. 8 bertarikh 09 Februari 2021 iaitu tidak patuh pada lesen perlanggaran bertarikh 30 Julai 2020 bagi pelepasan asap hitam yang tidak boleh lebih gelap dari kelegapan No. 2 dalam Carta Ringelmann bagi tempoh lesen 31 Julai 2020 hingga 31 Julai 2021. Dengan ini, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 31(1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan boleh dihukum di bawah seksyen 31(3) Akta yang sama.” [2] Kes telah didengar secara bicara penuh. [3] Pada 25/10/2022, di akhir kes pendakwaan, Mahkamah ini setelah mendengar keterangan saksi-saksi pendakwaan, ekshibit-ekshibit yang dikemukakan serta hujahan pihak-pihak, Mahkamah mendapati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap OKS bagi kedua-dua pertuduhan tersebut dan oleh itu, OKS dipanggil untuk membela diri. [4] Setelah 3 pilihan keterangan diterangkan kepada wakil OKS, wakil OKS memilih untuk memberikan keterangan secara bersumpah dari kandang saksi. [5] Pada 29/03/2024, di akhir keseluruhan kes, Mahkamah ini setelah mendengar dan menilai keterangan saksi-saksi pendakwaan dan saksi pembelaan, ekshibit-ekshibit yang dikemukakan serta hujahan pihak-pihak, Mahkamah memutuskan bahawa pihak pembelaan telah gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah dalam kes Pendakwa Raya v Classic Palm Oil Mill Sdn Bhd [NA-63ES-32-11/2021] pendakwaan dan oleh itu, pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah terhadap OKS. [6] Oleh itu, OKS telah disabitkan dengan kesalahan sebagaimana pertuduhan. [7] Setelah Mahkamah mendengar rayuan mitigasi, Mahkamah telah menjatuhkan hukuman terhadap OKS sebagaimana yang berikut: i) Pertuduhan Pertama iaitu pertuduhan di bawah seksyen 16(1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 – denda RM20,000.00; dan ii) Pertuduhan Kedua iaitu pertuduhan di bawah seksyen 31(1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 – denda RM15,000.00. [8] Pada 08/04/2024, pihak OKS telah memfailkan Notis Rayuan terhadap sabitan dan hukuman. [9] Alasan bagi keputusan Mahkamah ini adalah sebagaimana yang dinyatakan di bawah. Fakta Kes [10] Bagi Pertuduhan Pertama, OKS telah dituduh di bawah seksyen 16(1), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 kerana melanggar syarat lesen perlanggaran, nombor lesen 005015 bagi perkara nombor 1(ii) yang diberi untuk tempoh 31/07/2020 hingga 31/07/2021 iaitu OKS telah membenarkan pengeluaran asap dari cerobong ‘boiler’ nombor 2 lebih gelap daripada kelegapan No. 2 seperti yang diperhatikan mengikut skala nombor pada Carta Ringelmann selama agregat melebihi lima (5) minit untuk tempoh satu jam pemerhatian. [11] Bagi Pertuduhan Kedua, OKS telah dituduh gagal mematuhi notis arahan perkara 3.1 nombor rujukan ASNST(B)31/152/000/006 Jld. Pendakwa Raya v Classic Palm Oil Mill Sdn Bhd [NA-63ES-32-11/2021] bertarikh 09/02/2021 iaitu tidak patuh pada lesen perlanggaran yang dikeluarkan untuk tempoh lesen 31/07/2020 hingga 31/07/2021 bagi pengeluaran asap yang tidak boleh lebih gelap dari kelegapan No. 2 seperti yang diperhatikan mengikut skala pada Carta Ringelmann. Saksi-saksi Pendakwaan dan Pembelaan [12] Saksi-saksi pihak pendakwaan dan pembelaan yang telah dipanggil untuk memberikan keterangan adalah seperti yang berikut: SAKSI PENDAKWAAN NAMA SAKSI SP1 Hisham bin Busin (Ketua Pegawai Penyiasat) SP2 Mohd Azizi bin Mohd Jali (Pembantu Pegawai Penyiasat) SP3 Muhammad Arrazi bin Mohamed Jamil (Pembantu Pegawai Penyiasat) SAKSI PEMBELAAN NAMA SAKSI SD1 Nur Hidayah binti Md Said (Jurutera) Senarai Ekshibit-ekshibit [13] Senarai ekshibit-ekshibit yang dikemukakan oleh pihak-pihak adalah seperti yang berikut: EKSHIBIT PENDAKWAAN DOKUMEN P1 (a) & (b) Izin mendakwa (2 pertuduhan) P2 Kuasa mendakwa P3 Pertuduhan pindaan P4 Kuasa mendakwa Encik Muhammad Fitri bin Soroni P5 Surat kuasa SP1 - Encik Hisham bin Busin Pendakwa Raya v Classic Palm Oil Mill Sdn Bhd [NA-63ES-32-11/2021] P6 (a) P6 (b) Surat Iringan bagi kelulusan pemasangan 1 unit ‘boiler’ nombor 2 dan 1 unit cerobong Sijil kelulusan bertulis pemasangan 1 unit ‘boiler’ nombor 2 dan 1 unit cerobong P7 Alat Carta Ringelmann P8 Borang Carta Ringelmann P9 Syarat Lesen Perlanggaran (No. Lesen 005015) bertarikh 30/07/2020 bagi tempoh 31/07/2020 hingga 31/07/2021 P10 Field Citation bertarikh 05/04/2021 P11 Notis arahan pematuhan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 - ASNST(B)31/152/000/006 Jld. 8 bertarikh 09/02/2021 P12 Maklum balas OKS bertarikh 22/02/2021 terhadap Notis Arahan Pematuhan bertarikh 09/02/2021 P13 Smoke Density Meter Chart P14 (a)-(i) 9 keping gambar semasa siasatan pada 05/04/2021 P15 Borang Selongkar bertarikh 05/04/2021 P16 CD P17 Perakuan di bawah seksyen 90A Akta Keterangan 1950 P18 Pelan lakar kawasan Carta Ringelmann semasa siasatan pada 05/04/2021 P19 Surat kuasa SP2 - Mohd Azizi bin Mohd Jali P20 Izin Mendakwa Baharu (bagi Pertuduhan Pertama Terpinda) P21 Pertuduhan Pertama Terpinda P22 Surat kuasa SP3 - Muhammad Arrazi bin Mohamed Jamil EKSHIBIT PEMBELAAN DOKUMEN D23 2 keping gambar Intipati Pertuduhan Pertama [14] Intipati Pertuduhan Pertama yang perlu dibuktikan adalah seperti yang berikut: Pendakwa Raya v Classic Palm Oil Mill Sdn Bhd [NA-63ES-32-11/2021] Pengeluaran asap melalui cerobong `boiler’ nombor 2 adalah lebih gelap daripada kelegapan nombor 2 yang dibaca mengikut skala dalam Carta Ringelmann selama agregat melebihi lima (5) minit dalam tempoh satu (1) jam pemerhatian. [15] Ekshibit-ekshibit yang berkaitan dengan Pertuduhan Pertama ini adalah ekshibit P8, P14 (a) – (i) dan P18 (a) dan (b). Keterangan Saksi-saksi bagi Kes Pendakwaan [16] Keterangan saksi-saksi bagi kes pendakwaan adalah seperti yang berikut: Keterangan SP1 - Encik Hisham bin Busin [17] Keterangan SP1 bagi Pertuduhan Pertama adalah seperti yang berikut: [18] Pada 05/04/2021, SP1, SP2 dan SP3 telah menjalankan pemerhatian cerobong `boiler’ nombor 2 berdasarkan skala nombor pada Carta Ringelmann selama satu (1) jam. Carta Ringelmann ini dipasang di luar premis panel solar bernama Cemara Angsana AmCorp pada kedudukan lebih kurang 400 meter dari jarak pemerhatian dengan cerobong `boiler’ nombor 2 yang diperhatikan. Keterangan SP1 adalah sebagaimana yang berikut: Pemeriksaan Utama: