reaksi peribadi dalam suasana pertikaman lidah media sosial. [25] Penggunaan perkataan “loser”, secara sendirinya (per se) tidak membawa makna yang negatif. Jika digunakan terhadap rakan, ia akan dianggap sebagai gurauan walaupun berbunyi kasar. Perkataan ini juga boleh merujuk kepada S/N PlE3JavE/0ya4KY1wiNvaw orang yang kalah samada kalah dalam pilihanraya ataupun kalah dalam kes di Mahkamah. Plaintif juga telah merujuk kepada defendan sebagai orang yang kalah dalam pilihanraya. Defendan pula merujuk kepada plaintif sebagai orang yang kalah dalam saman beliau terhadap peguam muda yang gagal dikahwini. Jadi, ia adalah tit for tat dan tidak boleh dianggap sebagai fitnah yang boleh diambil tindakan (actionable) di sisi undang-undang apabila dilihat dalam keseluruhan konteks perbualan. Perkataan ini juga merupakan satu fakta di mana plaintif telah kalah dalam tindakan saman beliau seperti dinyatakan sebelum ini dalam kes lain. [26] Dalam kes ini tindakan Plaintif yang hanya memetik sebahagian komen tanpa mengemukakan keseluruhan bebenang (thread) perbualan menyebabkan konteks sebenar pertikaman tersebut tidak dipaparkan sepenuhnya kepada Mahkamah. [27] Berdasarkan prinsip dalam kes Keluarga Communication v. Normala Samsudin (supra), sesuatu kenyataan hendaklah dinilai secara keseluruhan dan bukan melalui pendekatan memilih ayat tertentu secara terasing. [28] Dalam keadaan ini, saya mendapati bahawa kenyataan Defendan tidak mencapai ambang fitnah seperti digariskan oleh undang-undang . REPUTASI PLAINTIF TIDAK TERBUKTI TERCALAR [29] Saya mendapati Plaintif juga gagal mengemukakan bukti bahawa reputasinya benar-benar terjejas akibat kenyataan tersebut. [30] Tiada bukti dikemukakan bahawa Plaintif kehilangan pelanggan, mengalami kerugian kewangan, dihina dan dicerca, atau dipandang rendah oleh masyarakat profesional akibat insiden tersebut. [31] Malah, Saksi Defendan yang pertama (SD1), Nad Segaram, mengesahkan bahawa pandangan dan rasa hormatnya terhadap Plaintif tidak berubah akibat pertikaman lidah tersebut. [32] Oleh itu, Mahkamah mendapati Plaintif gagal membuktikan kerosakan reputasi yang nyata. S/N PlE3JavE/0ya4KY1wiNvaw PEMBELAAN KOMEN BERPATUTAN [33] Saya juga mendapati bahawa kenyataan Defendan dilindungi di bawah pembelaan komen berpatutan menurut Seksyen 9 Akta Fitnah 1957. [34] Keterangan menunjukkan bahawa kenyataan tersebut merupakan reaksi spontan dan pendapat jujur Defendan terhadap tingkah laku Plaintif di ruangan Facebook Defendan sendiri. [35] Ia di buat dalam konteks perbincangan awam di media sosial tanpa bukti kewujudan niat jahat sebenar (actual malice). [36] Dalam keadaan Defendan baru sahaja mengalami kekalahan pilihan raya, tindakan Plaintif memasuki ruangan komen tersebut dan terus melibatkan diri dalam pertikaman lisan secara munasabah boleh mengundang reaksi beremosi daripada Defendan. [37] Perkataan-perkataan tersebut adalah tindak balas spontan (reflexive response) terhadap provokasi dan merupakan ulasan saksama mengenai tingkah laku awam Plaintif, bukannya fitnah jahat yang bertujuan menjatuhkan maruah peribadi. [38] Saya mendapati komen-komen Defendan merupakan komen yang di buat secara jujur berdasarkan fakta dan keadaan yang berlaku pada masa tersebut. [39] Prinsip ini selaras dengan keputusan dalam kes Dato’ Sri Dr Mohamad Salleh Ismail & Anor v. Mohd Rafizi Ramli Federal Court, [2022] 5 CLJ yang mengiktiraf perlindungan terhadap luahan pandangan jujur berhubung perkara berkepentingan awam tanpa niat jahat PEMBELAAN JUSTIFIKASI [40] Keterangan menunjukkan Plaintif sememangnya aktif mengkritik pihak lain di media sosial termasuk Majlis Peguam. [41] Oleh itu, kenyataan seperti “pick on me” dan “pick on the Bar” bukanlah dakwaan yang di buat secara melulu tanpa asas fakta. S/N PlE3JavE/0ya4KY1wiNvaw [42] Defendan juga mengemukakan keterangan bahawa Plaintif pernah terlibat dalam beberapa litigasi peribadi sebelum ini. [43] Walaupun fakta tersebut tidak dengan sendirinya membuktikan Plaintif seorang “loser”, namun ia memberi konteks kepada persepsi dan reaksi Defendan terhadap tingkah laku Plaintif pada masa kejadian. [44] Justifikasi adalah satu pembelaan yang lengkap jika berjaya dibuktikan bahawa perkataan yang diungkapkan adalah benar dan mengikut fakta, seperti dinyatakan di dalam kes Raja Syahrir Abu Bakar & Anor v. Manjeet Singh Dhillon & Ors [2019] 4 CLJ 301, seperti berikut: [54] First, the defence of justification, a complete defence if the defendants can establish that the defamatory words are true in substance and in fact. [45] Di dalam pembelaan atas dasar justifikasi, Defendan perlu membuktikan bahawa ucapan atau tulisan beliau adalah benar atau sebahagian besarnya adalah benar dari segi kandungan dan fakta. Rujukan di buat kepada kes Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin v. Sistem Televisyen Malaysia Bhd & Anor [2014] 3 CLJ 560. [46] Di dalam kes Dato’ Sri Dr Mohamad Salleh Ismail & Anor v. Nurul Izzah Anwar & Anor [2021] 4 CLJ 327 berkaitan pembelaan justifikasi, Mahkamah Persekutuan menyatakan seperti berikut: [41] What this means is that it is not necessary to prove the truth of every defamatory allegation if the words not proved to be true do not materially injure the plaintiff’s reputation. In short, there only needs to be substantial justification of the whole libel and it is not necessary to prove the truth of every word of the libel. [47] Berdasarkan naratif fakta kes, keadaan Plaintif dalam insiden ini boleh disimpulkan sebagai pemicu utama (initiator) kepada pertelingkahan yang berlaku. Berikut adalah kesimpulan ringkas mengenai situasi tersebut: S/N PlE3JavE/0ya4KY1wiNvaw Pencerobohan Ruang Digital secara Tidak Beradab [48] Tindakan Plaintif memasuki profil Facebook Defendan tanpa di undang disifatkan oleh Mahkamah sebagai satu bentuk "serangan" di ruang peribadi. Plaintif bertindak seumpama tetamu yang tidak di undang telah menceroboh masuk ke rumah seseorang tanpa izin, terutamanya pada waktu tuan rumah berada dalam keadaan bersedih pilu dan sedang merawat jiwa. Ketidakpekaan Terhadap Konteks Emosi (Kekalahan Pilihan Raya) [49] Plaintif hadir dalam ruang defendan di Facebook, pada masa Defendan sedang bergelut dengan emosi akibat kekalahan dalam Pilihan Raya Umum (PRU-15). Tanpa menunjukkan simpati atau adab profesional, Plaintif sebaliknya menambah tekanan dengan kritikan dan sindiran terhadap defendan. Ini mewujudkan suasana tegang tanpa provokasi awal dari defendan. Doktrin Ex Turpi Causa & Provokasi [50] Mahkamah melihat Plaintif sebagai "punca kepada nasibnya sendiri" (author of his own misfortune). Kerana Plaintif yang memulakan serangan lisan dan provokasi toksik, beliau tidak mempunyai asas moral atau undang-undang yang kuat untuk mengadu apabila Defendan bertindak balas secara lisan bagi mempertahankan diri. [51] Saya mendapati bahawa dalam suasana tegang yang dicetuskan oleh Plaintif, kata-kata balas daripada Defendan adalah satu reaksi manusiawi yang munasabah dan tidak boleh dikategorikan sebagai fitnah yang berniat jahat. [52] Plaintif gagal menunjukkan "tangan yang bersih" dalam menuntut keadilan, kerana tindakannya yang menceroboh dan menyerang emosi Defendan pada waktu kritikal adalah punca sebenar berlakunya pertikaian tersebut. [53] Saya mendapati defendan telah berjaya membuktikan pembelaan justifikasi atas imbangan kebarangkalian. S/N PlE3JavE/0ya4KY1wiNvaw Kecacatan Pliding Plaintif Secara Fatal (Kegagalan Memplidkan Niat Jahat) [54] Berdasarkan kepada pliding plaintif telah gagal memplidkan niat jahat defendan. Dari sudut tatacara sivil kegagalan Plaintif mematuhi Aturan 78 Kaedah 3(3) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 menjejaskan kes plaintif. Dalam kes Mahkamah Rayuan Mohamed Apandi Ali v. Lim Kit Siang, [2024] 1 CLJ 50 [2023] 1 LNS 1923 Mahkamah memutuskan bahawa penggunaan perkataan "mesti" (must) dalam Aturan 78 Kaedah 3(3) bermaksud pematuhan ketat (strict compliance) adalah diwajibkan secara mandatori dan tiada ruang budi bicara bagi Mahkamah. Diperturunkan di bawah ini petikan yang berkaitan dalam kes tersebut: [93]Order 78 r. 3(3) of the Rules of Court 2012 sets out the following mandatory provisions relating to pleading particulars of malice: