(g) tiada gelang getah dikemukakan oleh pihak pendakwaan sebagai barang kes dalam kes ini. [33] Semasa ditanya oleh Timbalan Pendakwa Raya yang terpelajar semasa pemeriksaan utama apakah tindakan siasatan SP6 apabila beliau tidak menerima gelang getah tersebut, SP6 telah menjawab tiada apa-apa tindakan diambil kerana beliau fokus kepada siasatan barang dadah tersebut dan gelang getah tersebut tidak memberi kesan kepada siasatannya sama ada gelang getah itu ada atau tiada. S/N f2TQaoXPgUewKhxpKz9gmw [34] Pada pendapat Mahkamah ini, SP6 telah mengambil risiko dan membuat keputusan sendiri apabila tidak membuat apa-apa siasatan mengenai gelang getah tersebut walaupun beliau mengetahui mengenai kewujudan gelang getah tersebut melalui Senarai Bongkar (Ekshibit P28) dan Laporan Polis SP4 (Ekshibit P29) dan menyatakan gelang getah tersebut tidak memberi kesan kepada siasatannya. [35] Berdasarkan percanggahan dan ketidakkonsistenan keterangan-keterangan mengenai gelang getah tersebut dan tindakan SP6 yang tidak membuat siasatan mengenai ketiadaan gelang getah tersebut, adalah menjadi dapatan Mahkamah ini bahawa percanggahan keterangan dan tindakan SP6 tersebut adalah fatal dan serius, dan telah menimbulkan lompangan terhadap rantaian keterangan barang kes tersebut dan keraguan yang munasabah terhadap identiti barang kes yang dirampas oleh SP4 daripada OKT di tempat kejadian dengan yang dianalisis oleh SP2 dan yang dikemukakan sebagai ekshibit dalam Mahkamah ini. [36] Berhubung dengan isu ini, Hashim Yeop Sani CJ (Malaya) yang menyampaikan keputusan Mahkamah Agung dalam Lee Chee Meng v. Public Prosecutor [1992] 1 CLJ (Rep) 168 telah memutuskan bahawa – S/N f2TQaoXPgUewKhxpKz9gmw “Where there is a serious doubt as to the identity of the exhibit as clearly is the case here it cannot be said that the prosecution has established a prima facie case under the charge [vide Shamsuddin bin Hassan & Anor. v. PP [1991] 1 CLJ (Rep) 428, Abdullah bin Yaacob v. PP [1991] 1 CLJ (Rep) 5, Abdul Jalil bin Abdul Satar v. PP [1991] 1 CLJ (Rep) 1.].”. [Penekanan ditambah] [37] Selanjutnya, Mahkamah Agung melalui penghakiman Yeong Kia Heng lwn. Pendakwa Raya [1992] 1 CLJ (Rep) 372 yang disampaikan oleh Gunn Chit Tuan HMA telah memutuskan seperti yang berikut: “[1] The Supreme Court was not satisfied that the allegations made against the appellant have been proven satisfactorily to the standard of proof required by law. The evidence of the police compared to the evidence given by the officer from the Chemistry department with regards to the identity of the material exhibit, shows a glaring error. This Court has serious doubts as to the identity of the material exhibited on the basis of the evidence adduced. [2] On the basis of the evidence adduced, the appellant should not have been called to state his defence. The burden of proof and the onus of proof which is placed on the prosecution is a heavy one. There is no onus on the accused to prove that he is not guilty. [3] The glaring error made with regards to the identity of the exhibit was serious. The respondent therefore cannot argue that the defendant is estopped from raising this issue on appeal as he had not earlier raised this issue at the trial.”. [Penekanan ditambah] S/N f2TQaoXPgUewKhxpKz9gmw [38] Berdasarkan nas-nas undang-undang di atas, memandangkan wujudnya percanggahan yang serius dan material dalam keterangan-keterangan SP4 dan SP6 seperti yang telah dinyatakan di atas serta lompangan dan keraguan dalam kes pendakwaan mengenai identiti barang kes dadah yang telah dirampas daripada OKT di tempat kejadian dengan yang telah dianalisis oleh SP2 dan yang telah dikemukakan sebagai ekshibit dalam Mahkamah ini, iaitu sama ada barang kes dadah yang dikemukakan sebagai ekshibit dalam Mahkamah ini adalah barang kes dadah yang sama yang telah dirampas oleh SP4 daripada OKT di tempat kejadian dan yang telah dianalisis oleh SP2, dan langsung tiada penjelasan diberikan oleh saksi-saksi pihak pendakwaan mengenai kehilangan gelang getah tersebut, maka pada pendapat Mahkamah ini, adalah tidak wajar dan tidak selamat untuk Mahkamah ini memanggil OKT membela diri terhadap Pertuduhan tersebut dan mensabitkan OKT dengan Pertuduhan tersebut sekiranya OKT memilih untuk berdiam diri di peringkat kes pembelaan (lihat kes Mat v Public Prosecutor [1963] 1 MLJ 263 dan Mohd Johi Said & Anor v. PP [2005] 1 CLJ 389). [39] Dalam kes Mohd Johi Said & Anor v. PP [2005] (supra) misalnya, semasa menyampaikan keputusan Mahkamah Rayuan, Gopal Sri Ram S/N f2TQaoXPgUewKhxpKz9gmw JCA (pada ketika itu) telah menyatakan bahawa pendekatan yang betul sebelum mensabitkan sesuatu kesalahan jenayah ialah menentukan sama ada sabitan tersebut betul dan selamat dan bukannya sama ada keputusan itu salah. Penghakiman tersebut adalah seperti yang berikut: “Unlike civil appeals, where the appellant carries the burden of showing that the judge at first instance went wrong, in a criminal case the duty of the court is to consider whether the conviction is right. The correct approach is therefore not whether the decision is wrong but whether the conviction is safe. See, Mohammad Husain v. Emperor AIR [1945] Nag 441; Zahari bin Yeop Baai v. PP [1980] 1 MLJ 160.”. [Penekanan ditambah] [40] Berdasarkan alasan-alasan dan nas-nas undang-undang di atas, Mahkamah ini berpendapat bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan secara prima facie elemen milikan dan pengetahuan tersebut, iaitu bahawa OKT mempunyai jagaan, kawalan dan pengetahuan ke atas dadah berbahaya jenis Cannabis sepertimana yang dinyatakan dalam Pertuduhan tersebut dan yang dikemukakan sebagai ekshibit dalam Mahkamah ini. [41] Memandangkan pihak pendakwaan telah gagal membuktikan elemen milikan dan pengetahuan tersebut secara prima facie terhadap OKT, maka S/N f2TQaoXPgUewKhxpKz9gmw pada pendapat Mahkamah ini, pihak pendakwaan juga telah gagal membuktikan secara prima facie elemen keempat tersebut, iaitu OKT telah mengedar dadah-dadah berbahaya tersebut sepertimana Pertuduhan tersebut. Pada pendapat Mahkamah ini, tanpa pembuktian elemen milikan dan pengetahuan, maka tiada pembuktian mengenai elemen pengedaran. [42] Justeru, OKT tidak wajar dipanggil untuk membela diri hanya semata-mata untuk mendengar versi OKT mengenai Pertuduhan yang dipertuduhkan ke atasnya. Tindakan ini jelas melanggar prinsip keadilan dan pembuktian di bawah undang-undang jenayah. [43] Sebagai kesimpulan, Mahkamah ini menjawab Isu Pertama tersebut sebagai tidak, iaitu pihak pendakwaan tidak berjaya membuktikan suatu kes prima facie terhadap OKT bagi Pertuduhan tersebut di akhir kes pendakwaan. Isu Kedua dan Isu Ketiga S/N f2TQaoXPgUewKhxpKz9gmw [44] Memandangkan Mahkamah ini menjawab Isu Pertama tersebut sebagai tidak, maka tiada keperluan untuk Mahkamah ini menjawab Isu Kedua dan Isu Ketiga tersebut. KESIMPULAN [45] Berdasarkan alasan-alasan yang dinyatakan di atas, setelah membuat penilaian maksimum, Mahkamah ini mendapati pihak pendakwaan telah gagal membuktikan secara prima facie Pertuduhan tersebut terhadap OKT dan oleh itu, OKT telah diperintahkan untuk dilepas dan dibebaskan daripada Pertuduhan tersebut tanpa dipanggil untuk membela diri. Bertarikh : 29 Julai 2022 (DR. ARIK SANUSI BIN YEOP JOHARI) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya, Alor Setar Kedah Darul Aman S/N f2TQaoXPgUewKhxpKz9gmw Timbalan Pendakwa Raya: Puan Rozana binti Husin Timbalan Pendakwa Raya Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah Aras 4, Block C Wisma Darul Aman 05250 Alor Setar Kedah Darul Aman Peguam Cara OKT: Encik G. Ravishankar Tetuan R. Shankar Gandhi & Associates Peguam Bela dan Peguam Cara No. 212, Tingkat Bawah Kompleks Shahab Perdana Jalan Sultanah, Mergong 05150 Alor Setar Kedah Darul Aman S/N f2TQaoXPgUewKhxpKz9gmw