Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERBICARAAN JENAYAH NO. BA-45A-31-06/2020, BA-45-21-06/2020 & BA-45-29-09/2020 PENDAKWA RAYA
BA-45-29-09/2020
High Court of Malaysia30 Aug 2022
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“] Dalam kes Public Prosecutor v. Tan Chai Hing [2018] 6 CLJ 436 CA, Mahkamah Rayuan telah menyentuh tentang tanggungjawab mahkamah di akhir kes pembelaan seperti berikut: “[20] Under. S. 182A of the Criminal Procedure Code, it is clearly the duty of the court to consider all the evidence before it and shall decide whet”
“009] 1 CLJ 717, Mahkamah Persekutuan antara lain ada menyatakan yang berikut: “If there is no evidence to show that the conduct is influenced by any act in issue or relevant fact as required by s. 8 Evidence Act 1950 (‘EA’), then it is not admissible as it would then be an equivocal act justifying inferences favourable”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERBICARAAN JENAYAH NO. BA-45A-31-06/2020, BA-45-21-06/2020 & BA-45-29-09/2020 PENDAKWA RAYA
1
Wan Mohd Herdy bin Wan Hamid (“Tertuduh”) telah dituduh dalam 3 kes yang dibicarakan bersama (joint trial) dengan keseluruhannya 3 pertuduhan iaitu pertuduhan bagi kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] (“ADB 1952”), pertuduhan bagi kesalahan di bawah seksyen 12(2) ADB 1952 dan pertuduhan bagi kesalahan di bawah seksyen 30(3) Akta Racun 1952 [Akta 366].
2
Ketiga-tiga pertuduhan terhadap Tertuduh adalah seperti berikut: Pertuduhan Pertama (ekshibit P3) “Bahawa kamu pada 14.6.2019 jam lebih kurang 10.30 malam bertempat di tepi Jalan Tiram Buruk, Kg Parit Serong, 45500 Tanjung Karang, di dalam daerah Kuala Selangor, di Negeri Selangor Darul Ehsan telah mengedar dadah jenis METHAMPHETAMINE seberat 92.91 gram. Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama.” Pertuduhan Kedua (ekshibit P4) “Bahawa kamu pada 14.6.2019 jam lebih kurang 10.30 malam bertempat di tepi Jalan Tiram Buruk, Kg Parit Serong, 45500 Tanjung Karang, di dalam daerah Kuala Selangor, di Negeri Selangor Darul Ehsan telah didapati ada dalam milikan kamu dadah berbahaya jenis KETAMINE seberat 3.60 gram. Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 12(3) Akta yang sama.” Pertuduhan Ketiga (ekshibit P5) “Bahawa kamu pada 14.6.2019 jam lebih kurang 10.30 malam bertempat di tepi Jalan Tiram Buruk, Kg Parit Serong, 45500 Tanjung Karang, di dalam daerah Kuala Selangor, di Negeri Selangor Darul Ehsan telah didapati ada dalam milikan kamu 3 keping foil yang setiap foil 3 mengandungi 10 biji tablet yang mengandungi ETIZOLAM seberat 5.84 gram. Oleh itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 30(3) Akta Racun 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 30(5) Akta yang sama.”
3
Di akhir perbicaraan (at the conclusion of the trial), Mahkamah ini pada 30.8.2022 telah mensabitkan Tertuduh ke atas ketiga-tiga pertuduhan kesalahan tersebut dan memerintahkan supaya Tertuduh dikenakan hukuman gantung di leher sampai mati menurut seksyen 277 Kanun Tatacara Jenayah bagi Pertuduhan Pertama. Manakala bagi Pertuduhan Kedua dan Pertuduhan Ketiga masing-masing dikenakan hukuman pemenjaraan selama 3 tahun yang berjalan serentak (concurrent) daripada tarikh tangkap yang terawal iaitu 14.6.2019.
4
Melalui notis-notis rayuan yang telah difailkan pada 14.9.2022, Tertuduh telah merayu terhadap keseluruhan keputusan bagi ketiga-ketiga kes atau pertuduhan tersebut.
5
Perbicaraan kes pendakwaan telah bermula pada 19.1.2022 dan pihak pendakwaan telah menutup kes pendakwaan pada 27.4.2022 setelah memanggil seramai 9 orang saksi pendakwaan seperti berikut: SP1 - Wan Rahimah binti Wan Ahmad (Ahli Kimia); SP2 - Kpl Shaharuddin bin Hashim (Jurufoto); SP3 - Sjn Subry bin Hussain (Jurustor); SP4 - Insp Noridzham bin Rambeli (Pegawai serbuan); SP5 - Ganesan a/l Murugaih (Kawan SP8); SP6 - ASP Rahimi bin Hamzah (Pegawai Penyiasat); SP7 - Insp Mohd Amin Shukery b. Khamis (Anggota serbuan); SP8 - Koh Che Kau @ ‘Ubi’ (Kawan Tertuduh); dan SP9 - Insp Mohamad Suhaimi b Rajami (Peg Penyiasat ganti).
6
Pada 14.6.2019 jam lebih kurang 8.00 malam, Insp Noridzham bin Rambeli (SP4) telah menerima maklumat berkaitan aktiviti dadah di kawasan Kampung Parit Serong, Tanjung Karang, Selangor.
7
Lanjutan daripada maklumat yang diterima itu, pada jam 9.30 malam SP4 telah mengadakan taklimat di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kuala Selangor (“BSJND Kuala Selangor”) kepada 10 orang anggota serbuan yang terdiri daripada Insp Azren, Insp Mohd Amin Shukery b. Khamis (SP7), Sjn Shahdan, Sjn Izi, Sjn Jayabalan, Kpl Shaharuddin bin Hashim (SP2), Kpl Nafizi, Kpl Basir, Kpl Hasirul dan Kpl Anuar.
8
Pada jam lebih kurang 9.45 malam, pasukan serbuan yang dipecahkan kepada 3 pasukan telah bergerak ke kawasan Kg Parit Serong dengan menaiki 3 buah kenderaan pasukan yang tidak berlambang. Pasukan serbuan telah sampai di lokasi iaitu kawasan satu lorong di Jalan Tiram Buruk, Kampung Parit Serong (“Lorong tersebut”) dan membuat pemerhatian di kawasan tersebut lebih kurang 5 minit dalam jarak 20-30 meter.
9
Pada jam lebih kurang 10.30 malam, SP4 telah nampak sebuah motorsikal jenis Honda CBR 1000 berwarna kuning tanpa nombor pendaftaran (“Motorsikal tersebut”) yang ditunggang oleh seorang lelaki 5 melayu memasuki Lorong tersebut menuju ke arah salah sebuah rumah. Lelaki yang menunggang Motorsikal tersebut dicamkan sebagai Tertuduh. Walau bagaimanapun, apabila menyedari kehadiran pasukan serbuan di kawasan tersebut, Tertuduh telah membuat pusingan-U dan mula memecut.
10
Pasukan serbuan telah mengejar Tertuduh hingga menyebabkan Tertuduh hilang kawalan lalu melanggar salah satu tembok batu di tepi Lorong tersebut dan terjatuh. 2 orang anggota serbuan iaitu Insp Mohd Amin Shukery b. Khamis (SP7) dan Kpl Nafizi telah menangkap Tertuduh yang pada masa itu menyandang di belakangnya satu beg galas berwarna hitam kuning (ekshibit P23).
11
SP4 telah memperkenalkan diri sebagai pegawai polis dan menunjukkan kad kuasa polis. Hasil pemeriksaan oleh SP4 ke atas beg galas tersebut didapati mengandungi yang berikut:
a
1 kotak plastik hitam (ekshibit P24) yang di dalamnya mengandungi –
i
40 peket plastik lutsinar berisi bahan disyaki syabu;
II
(ii) 1 peket plastik lutsinar di dalamnya mengandungi 7 peket plastik berisi bahan disyaki dadah jenis ketamine; dan
III
(iii) 3 keping foil berwarna merah dengan setiap 1 foil mengandungi 10 biji pil disyaki Eramin 5;
b
Sepucuk pistol jenama Carl Walther Waffenfabrik Ulm/Dp Model PP Cal. 9 mm P.A.K. bersama dengan 1 kelopak berisi 1 kelongsong peluru;
c
Wang tunai pelbagai dominasi berjumlah RM970 (ekshibit P27(a)); dan
d
1 beg duit berwarna coklat (ekshibit P25) yang mengandungi 1 lesen memandu atas nama Tertuduh (ekshibit P26), lesen memandu atas nama Zaharah binti Yaakub (ekshibit D28) dan 2 lagi kad bank atas nama Tertuduh. [12] Tertuduh dan semua barang rampasan termasuk motorsikal jenis Honda CBR 1000 berwarna kuning tersebut telah dibawa ke BSJND Kuala Selangor di mana SP4 telah membuat tandaan barang-barang kes dan membuat timbangan ke atas barang kes dadah. Ujian saringan awal air kencing juga telah dijalankan ke atas Tertuduh. SP4 telah membuat laporan polis iaitu Tg Karang Report No. 1648-51/2109 (ekshibit P22) dan menyediakan Borang Senarai Geledah (ekshibit P20). [13] Pada 15.6.2019 jam lebih kurang pukul 5 pagi, SP4 telah menyerahkan Tertuduh dan semua barang kes yang telah dirampas kepada Pegawai Penyiasat iaitu ASP Rahimi bin Hamzah (SP6) seperti mana dinyatakan dalam Borang Serah Terima Barang Kes (ekshibit P21). [14] Pada 20.6.2019, SP6 telah menghantar barang kes dadah yang telah dimasukkan ke dalam sampul surat PDRM dengan tandaan ‘RBH’ kepada Ahli Kimia iaitu Wan Rahimah binti Wan Ahmad (SP1) bagi tujuan dibuat analisis seperti mana dinyatakan dalam Borang POL 31 (ekshibit P8) dan disahkan penerimaannya oleh SP1 dan dikeluarkan resit rasmi Jabatan Kimia Malaysia (ekshibit P9). [15] Ahli Kimia (SP1) telah menjalankan analisis ke atas barang kes dadah daripada dalam sampul PDRM bertanda ‘RBH’ tersebut dan mendapati seperti berikut:
a
40 peket plastik bertanda ‘Z1’ hingga ‘Z40’ berisi bahan kristal jernih adalah mengandungi Methamphetamine dengan berat bersih 92.91 gram;
b
1 peket plastik lutsinar bertanda ‘RH’ yang di dalamnya mengandungi 7 peket plastik bertanda ‘RH1’ hingga ‘RH7’ berisi bahan serbuk putih adalah mengandungi Ketamine dengan berat bersih 3.60 gram; dan
c
3 keping foil bertanda ‘RZ1’ hingga ‘RZ3’ yang setiap satu foil mengandungi 10 biji pil berwarna oren adalah mengandungi Etizolam. [16] SP1 telah mengesahkan melalui Laporan Kimia dengan No. Makmal: 19-FR-B-14226 (ekshibit P10) bahawa dadah Methamphetamine dan Ketamine adalah dadah berbahaya seperti mana ditakrifkan dan tersenarai dalam Jadual Pertama ADB 1952. Manakala Etizolam pula adalah merupakan racun daripada bahan analog dari 1,4- benzodiazepine yang ditetapkan dalam Jadual Ketiga (Bahan Psikotropik) Akta Racun 1952. Tugas Mahkamah Di Akhir Kes Pendakwaan [17] Tugas Mahkamah di akhir kes pendakwaan adalah bagi memutuskan sama ada pihak pendakwaan berjaya membuktikan suatu kes prima facie seperti mana yang diperuntukkan di bawah seksyen 180(1) Kanun Tatacara Jenayah. “When the case for the prosecution is concluded, the Court shall consider whether the prosecution has made out a prima facie case against the accused.” [18] Suatu kes prima facie dikatakan berjaya dibuktikan hanyalah apabila pihak pendakwaan telah berjaya mengemukakan keterangan-keterangan yang kukuh bagi membuktikan setiap dan tiap-tiap intipati/elemen kesalahan yang dipertuduhkan yang mana sekiranya gagal dipatahkan akan membawa kepada sabitan, seperti mana diperuntukkan di bawah seksyen 180(4) Kanun Tatacara Jenayah: “For the purpose of this section, a prima facie is made out against the accused where the prosecution had adduced credible evidence proving each ingredient of the offence which if unrebutted or unexplained would warrant a conviction.” (Penekanan ditambah) [19] Prinsip-prinsip tugas mahkamah di akhir kes pendakwaan ini telah dijelaskan dalam beberapa kes tersohor termasuklah PP v Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 yang mana Mahkamah Persekutuan telah memutuskan: “[15] For the guidance of the court below, we summarise as follows the steps that should be taken by trial court at the close of the prosecution’s case:
i
the close of the prosecution’s case, subject the evidence led by the prosecution in its totality to a maximum evaluation. Carefully scrutinise the credibility of each of the prosecution’s witnesses. Take into account all reasonable inferences that may be drawn from that evidence. If the evidence admits of two or more inferences, then draw the inference that is most favourable to the accused;
II
(ii) ask yourself the question: if I call upon the accused to make his defence and he elects to remain silent am I prepared to convict him on the evidence now before me? If the answer to that question is “Yes”, then a prima facie case has been made out and the defence should be called. If the answer is “No” then, a prima facie case has not been made out and the accused should be acquitted;” [20] Elemen-elemen (ingredients) pertuduhan yang perlu dibuktikan adalah:
a
Perkara atau ‘subject matter’ yang terlibat bagi pertuduhan kesalahan mengedar itu adalah dadah berbahaya (Pertuduhan Pertama), bagi pertuduhan kesalahan ada dalam milikannya adalah dadah berbahaya (Pertuduhan Kedua) dan racun (Pertuduhan Ketiga) menurut jenis dan kuantiti seperti berikut:
i
(i)
92
92.91 gram Methamphetamine;
II
(ii) 3.60 gram Ketamine; dan
III
(iii) 5.84 gram Etizolam.
b
Tertuduh mempunyai pemilikan (jagaan atau kawalan dan pengetahuan) ke atas dadah berbahaya serta racun tersebut pada tempat, masa dan tarikh yang dipertuduhkan; dan
c
Tertuduh telah melakukan perbuatan mengedar dadah (trafficking) (bagi pertuduhan kesalahan mengedar dadah berbahaya). Analisis dan Dapatan Mahkamah Di Akhir Kes Pendakwaan Identiti Dadah Berbahaya [21] SP1 yang merupakan Ahli Kimia dari Jabatan Kimia Malaysia dalam keterangannya telah mengesahkan bahawa dadah berbahaya jenis Methamphetamine dengan berat bersih 92.91 gram dan jenis Ketamine dengan berat bersih 3.60 gram tersebut adalah merupakan dadah berbahaya yang disenaraikan di bawah Jadual Pertama ADB 1952. Manakala Etizolam pula adalah merupakan racun daripada bahan analog dari 1,4-benzodiazepine yang ditetapkan dalam Jadual Ketiga (Bahan Psikotropik) Akta Racun 1952. SP1 telah menjalankan analisis dan telah membuat dapatannya seperti mana dalam Laporan Kimia (ekshibit P10). [22] Tiada sebarang cabaran yang serius oleh peguambela terhadap identiti dadah yang telah diterima dan dianalisa oleh SP1. Pemeriksaan balas ke atas SP1 hanyalah berkaitan tempoh masa barang kes dadah dalam simpanan dan jagaan SP1 daripada mula terima sehingga diserahkan semula kepada SP6 dan kehadiran pembantu yang membantu SP1 menjalankan ujian analisisnya menggunakan mesin berkenaan. Mahkamah ini berpuas hati dengan penjelasan SP1 bahawa kehadiran pembantu tersebut hanyalah membantu dari segi pengendalian mesin bagi tujuan analisis yang dijalankan. Selain daripada itu, tiada cabaran lain ditimbulkan berkenaan dengan identiti dadah berbahaya tersebut yang telah dijalankan analisis oleh SP1 dan keputusan analisisnya seperti mana dinyatakan dalam Laporan Kimia (ekshibit P10). [23] Di dalam kes Munusamy Vengadasalam v PP [1987] CLJ (Rep) 221, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti berikut: “…the Court is entitled to accept the opinion of the expert of its face value, unless it is inherently incredible of the defence calls evidence in rebuttal by another expert to contradict the opinion. So long as some credible evidence is given by the Chemist to support his opinion, there is no necessity for him to go into details of what he did in the laboratory, step by step.” [24] Oleh yang demikian, Mahkamah ini menerima keputusan analisis yang dibuat oleh SP1 berkaitan dengan identiti dan kuantiti dadah berbahaya serta racun tersebut seperti mana dalam Laporan Kimia (ekshibit P10) serta seperti mana dalam pertuduhan-pertuduhan ke atas Tertuduh. Pemilikan (possession) Dadah Berbahaya [25] Bagi membuktikan pertuduhan-pertuduhan yang dikenakan ke atas Tertuduh bagi kesalahan mengedar dadah berbahaya Methamphetamine di bawah seksyen 39B(1)(a) ADB 1952, bagi kesalahan memilik dadah berbahaya Ketamine di bawah seksyen 12(2) ADB 1952 dan bagi kesalahan memilik racun Etizolam di bawah seksyen 30(3) Akta Racun 1952, satu lagi elemen penting yang perlu dibuktikan ialah milikan (possession) ke atas dadah berbahaya serta racun tersebut. [26] Dalam kes Ibrahim Mohamad & Anor. v PP [2011] 4 CLJ 113 FC, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan, antara lain seperti berikut: “[6] It is trite law that possession is an important ingredient in the charge of trafficking. Unless there is direct evidence of trafficking, the prosecution must prove the ingredient of “possession” and the trial judge must make an affirmative finding of “possession” before the presumption of trafficking under s. 37(da) of the Act can be invoked.” [27] Bagi membuktikan elemen milikan (possession), 2 unsur utama yang perlu dibuktikan ialah elemen fizikal iaitu milikan yang merujuk kepada jagaan dan kawalan fizikal ke atas dadah berbahaya tersebut serta elemen mental iaitu pengetahuan (mens rea possession). [28] Di dalam kes Chan Pean Leon v PP [1956] 22 MLJ 237, Hakim Thomson telah menjelaskan tentang kedua-dua unsur tersebut pada muka surat 239 seperti berikut: “A movable thing is said to be in possession of a person when he is situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need. To put it otherwise, there is a physical element and mental element which must both be present before possession is made out.” (Penekanan ditambah) [29] Berpandukan kepada nas yang dinyatakan di atas, adalah menjadi suatu prinsip undang-undang yang mantap bahawa bagi membuktikan seseorang itu mempunyai “milikan”, perlulah dibuktikan melalui keterangan bahawa seseorang itu mempunyai kawalan dan jagaan ke atas sesuatu barang tersebut dan bebas berurusan atau mengendalikan barang tersebut sepenuhnya tanpa penglibatan orang lain (power of disposal to the exclusion of others) dan mempunyai pengetahuan ke atas sesuatu barang tersebut. [30] Mahkamah ini telah mendapati bahawa Tertuduh sememangnya mempunyai kawalan dan jagaan terhadap barang kes dadah tersebut berdasarkan perkara-perkara berikut:
a
Semasa serbuan dilakukan, dadah berbahaya dan racun tersebut dijumpai daripada dalam beg galas (ekshibit P23) yang disandang oleh Tertuduh semasa menunggang Motorsikal tersebut;
b
Tiada orang lain yang bersama dengan Tertuduh atau membonceng Motorsikal tersebut pada masa serbuan;
c
Penemuan beg duit atau dompet (ekshibit P25) daripada dalam beg galas (ekshibit P23) yang terdapat di dalamnya lesen memandu atas nama Tertuduh (ekshibit P26) dan 2 kad bank atas nama Tertuduh daripada ruang (compartment) yang sama, menunjukkan beg galas tersebut adalah kepunyaan Tertuduh yang merupakan barang-barang peribadinya;
d
Dadah dan racun yang dijumpai juga adalah daripada dalam beg galas yang sama;
e
Beg galas tersebut disandang di belakang badan Tertuduh sendiri yang menunjukkan bahawa ia dalam kawalan dan jagaan Tertuduh. [31] Walau pun pihak pembelaan telah membangkitkan isu ketiadaan siasatan ke atas pemilik Motorsikal tersebut, Mahkamah ini berpandangan bahawa ia tidak menggugat elemen jagaan dan kawalan ke atas barang kes dadah dan racun tersebut. [32] Dalam kes PP v. Letchumanan a/l Suppiah [2006] 2 MLJ 555, Hakim Abdul Kadir Sulaiman JCA ada menyatakan yang berikut: “[15] With due respect to the learned judge, in the light of what we have said earlier, this issue of the ownership of the motorcycle is an irrelevant one. The issue is one of custody or control of the orange plastic packet in the carrier basket of the motorcycle which in the circumstances of this case would not involve the ownership of the motorcycle on which the accused was riding wherein in the carrier basket within sight of the accused and the police party was found ‘anything whatsoever containing any dangerous drug.” (Penekanan ditambah) [33] Cubaan pihak pembelaan untuk menyatakan bahawa dadah dan racun tersebut yang dijumpai dalam kotak plastik hitam (ekshibit P24) yang diperolehi daripada dalam beg galas tersebut juga telah disangkal oleh keterangan saksi pendakwaan iaitu Ganesan a/l Murugaih (SP5) yang menafikan perkara tersebut. Malahan semasa serbuan, barang kes dadah dan racun tersebut tidak pun berada dalam jagaan atau kawalan SP5. [34] Malahan saksi pendakwaan iaitu Koh Che Kau (dengan gelaran ‘Ubi’) yang merupakan kawan kepada Tertuduh yang turut ditangkap pada malam itu juga semasa memberi keterangan menafikan bahawa dadah atau racun tersebut sebagai milik beliau. [35] Malahan Mahkamah ini juga mendapati semasa prosiding di peringkat kes pendakwaan, pihak pembelaan tidak pernah sama sekali menafikan kawalan atau jagaan dadah serta racun tersebut yang berada dalam beg galas (ekshibit P23). Kesimpulan daripada keterangan di peringkat kes pendakwaan, pihak pembelaan hanya menafikan pengetahuan Tertuduh berkenaan dadah dan racun yang berada dalam beg galas berkenaan. [36] Bagi pembuktian ‘pengetahuan’ (knowledge) Tertuduh ke atas dadah berbahaya dan racun yang berada dalam kawalan atau jagaannya itu pula, Mahkamah ini berpandukan kepada kes Teh Hock Leong v. PP [2008] 4 CLJ 764 yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan dan menyatakan yang berikut: “It is true that mens rea possession is an element of the offence of trafficking. But it is an element like the mental element in other crimes which cannot be established by direct evidence save in a case where an accused expressly admits the commission of the offence. It has, like the mens rea in other offences, to be established by circumstantial evidence. In other words it is an ingredient that is to be inferred from the totality of the circumstances of a particular individual case.” (Penekanan ditambah) [37] Oleh yang demikian, Mahkamah ini setelah menilai keseluruhan keterangan yang ada, dengan pertimbangan kepada keterangan mengikut keadaan yang berikut, berpuas hati dengan inferens dan mendapati Tertuduh sememangnya mempunyai ‘pengetahuan’ (knowledge) ke atas dadah berbahaya yang dalam jagaan atau kawalannya:
a
Dadah dan racun daripada dalam kotak plastik hitam (ekhibit P24) dijumpai bersama-sama dengan barangan peribadi Tertuduh dan daripada ruang atau ‘compartment’ yang sama kepada beg galas tersebut;
b
Malahan kotak plastik hitam yang berisi dadah dan racun tersebut adalah tidak berkunci dan boleh dibuka oleh
c
reaksi Tertuduh serta kelakuan (conduct) Tertuduh yang cuba melarikan diri dengan membuat pusingan-U Motorsikal tersebut sebaik sahaja menyedari kehadiran pasukan serbuan. [38] Dalam kes Parlan bin Dadeh v. PP [2009] 1 CLJ 717, Mahkamah Persekutuan antara lain ada menyatakan yang berikut: “If there is no evidence to show that the conduct is influenced by any act in issue or relevant fact as required by s. 8 Evidence Act 1950 (‘EA’), then it is not admissible as it would then be an equivocal act justifying inferences favourable to the accused being drawn. The degree of proof required to establish evidence of conduct would depend on the nature of the conduct. Conduct like the flight od an accused is a more positive act and is easily established. On the other hand conduct like the accused looking stunned, nervous, scared or frightened is very often a matter of perception and more detailed evidence may be required.” (Penekanan ditambah) [39] Seksyen 8 Akta Keterangan 1950 memperuntukkan seperti berikut: “(1) Any fact is relevant which shows or constitutes a motive or preparation for any fact in issue or relevant fact.
2
The conduct of any party, or of any agent to any party, to any suit or proceeding in reference to that suit or proceeding, or in reference to any fact in issue therein or relevant thereto, and the conduct of any person of an offence against whom is the subject of any proceeding, is relevant if the conduct influences or is influenced by any fact in issue or relevant fact, and whether it was previous or subsequent thereto.” (Penekanan ditambah) [40] Oleh yang demikian, Mahkamah ini mendapati bahawa Tertuduh mempunyai kawalan atau jagaan dan pengetahuan ke atas dadah berbahaya dan racun yang terkandung dalam kotak plastik hitam (ekshibit P24) yang dijumpai daripada dalam beg galas Tertuduh (ekshibit P23). [41] Justeru, adalah menjadi dapatan Mahkamah ini bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen milikan (possession) oleh Tertuduh ke atas dadah-dadah berbahaya dan racun tersebut berdasarkan inferens ke atas keterangan-keterangan mengikut keadaan secara total (inferred from the totality of the circumstances) berpandukan kes Teh Hock Leong v. PP (supra). Mengedar (trafficking) Dadah Berbahaya [42] Pihak pendakwaan perlu membuktikan elemen pengedaran dadah berbahaya hanya bagi pertuduhan pertama (ekshibit P3) iaitu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) ADB 1952. Oleh itu, pihak pendakwaan perlu membuktikan bahawa Tertuduh telah mengedar dadah Methamphetamine dengan berat bersih 92.91 gram. [43] Keterangan Ahli Kimia (SP1) telah mengesahkan bahawa hasil analisis ke atas dadah berbahaya yang dikemukakan oleh Pegawai Penyiasat (SP6) bahawa salah satu jenis dadah tersebut adalah dadah berbahaya jenis Methamphetamine dengan berat bersih 92.91 gram yang merupakan dadah berbahaya yang disenaraikan di bawah Jadual Pertama ADB 1952. Berat bersih dadah Methamphetamine tersebut adalah melebihi berat minimum statutori anggapan pengedaran dadah menurut seksyen 37(da) ADB 1952. [44] Peruntukan seksyen 37(da) ADB 1952 khususnya perenggan (xvi) dan (xxii) menyatakan seperti berikut: “37. In all proceedings under this Act or any regulations made thereunder – … (da) any person who is found in possession of – …
XVI
(xvi) 50 grammes or more in weight of Methamphetamine; … otherwise than in accordance with the authority of this Act or any other written law, shall be presumed until the contrary is proved, to be trafficking in the said drug;” (Penekanan ditambah) [45] Mahkamah ini juga berpandukan kepada penghakiman Mahkamah Persekutuan dalam kes Ghasem Hozouri Hassan v. PP [2019] 6 MLJ 231 di mana YAA Raus Shariff CJ telah memutuskan seperti berikut: “[66] Now reverting back to the present case, for the reasons we have stated in the preceding paragraphs, we find that the Court of Appeal was right in emphasising in its judgment that the interpretation of s 39B(2) of the DDA does not require the court to consider the issue of a ‘real traficker’ as it is only concerned with whether or not the appellant himself is a trafficker. The Court of Appeal further expounded the fact that someone else may have been involved in the act of trafficking in question is irrelevant in determining whether the accused is or is not a trafficker for the purposes of s 39B(2) of the DDA. This was however done by the Court of Appeal without any mention of the Radhi direction or steps to be undertaken to determine the appellant’s culpability.” (Penekanan ditambah) [46] Oleh yang demikian, setelah Mahkamah ini mendapati bahawa Tertuduh mempunyai milikan ke atas dadah berbahaya Methamphetamine tersebut, maka berdasarkan berat bersih dadah berbahaya tersebut yang melebihi berat minimum statutori iaitu melebihi 50 gram Methamphetamine, Tertuduh adalah dianggap mengedar (trafficking) dadah berbahaya tersebut menurut peruntukan anggapan statutori (statutory presumption) di bawah seksyen 37(da) ADB 1952. Rantaian Keterangan Barang Kes [47] Rantaian keterangan barang kes dadah berbahaya dan racun itu bermula dengan rampasan oleh Pegawai Serbuan iaitu SP4 yang kemudiannya diserahkan kepada Pegawai Penyiasat SP6, diambil gambar oleh Jurufoto SP2 dan seterusnya diserahkan kepada Ahli Kimia SP1 serta diambil semula oleh SP6. Barang kes tersebut kemudiannya disimpan oleh Jurustor (SP3) sehinggalah dikemukakan semasa perbicaraan dalam Mahkamah ini. [48] Malahan SP4, SP6, SP2, SP1 dan SP3 masing-masing telah dapat mengecam dengan positif setiap barang kes berdasarkan penandaan masing-masing terhadap setiap barang kes tersebut. Oleh itu, identiti barang kes bukanlah menjadi isu dalam kes ini. Malahan rantaian keterangan barang kes juga tidak pernah terputus dan dadah atau racun yang dirampas adalah barang kes yang sama dikemukakan semasa perbicaraan dalam Mahkamah ini. [49] Tiada cabaran oleh pihak pembelaan berkenaan rantaian keterangan barang kes dadah tersebut. Malahan pihak pembelaan langsung tidak membangkitkan cabaran ke atas isu tersebut dalam penghujahan di akhir kes pendakwaan. Kredibiliti Saksi-Saksi Pendakwaan [50] Pihak pendakwaan telah memanggil 9 orang saksi pendakwaan memberi keterangan dalam kes ini. Mahkamah ini mendapati bahawa keterangan yang diberikan oleh SP1 hingga SP9 adalah kredibel, konsisten serta saling menyokong antara satu sama lain. Sekiranya pun terdapat percanggahan antara keterangan saksi-saksi pendakwaan, ia tidak ke atas perkara asas atau perkara pokok serta tidaklah menjejaskan atau ‘fatal’ kepada kes pendakwaan. [51] Malahan Mahkamah ini juga tidak mempunyai sebab untuk tidak mempercayai keterangan yang diberikan oleh saksi-saksi pendakwaan. Oleh yang demikian, adalah mustahil untuk mempercayai jika dikatakan pasukan serbuan tersebut mengada-adakan cerita berkenaan rampasan dadah berbahaya dan racun tersebut. Keputusan Mahkamah Di Akhir Kes Pendakwaan [52] Setelah meneliti secara keseluruhan dan membuat penilaian maksimum ke atas keterangan-keterangan yang telah dikemukakan, Mahkamah ini memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan suatu kes prima facie terhadap Tertuduh bagi ketiga-tiga pertuduhan kesalahan masing-masing di bawah seksyen 39B(1)(a) ADB 1952, seksyen 12(2) ADB 1952 dan seksyen 30(3) Akta Racun 1952. [53] Oleh yang demikian, Mahkamah ini memerintahkan supaya Tertuduh dipanggil untuk membela diri ke atas 3 pertuduhan kesalahan tersebut. [54] Mahkamah ini telah menerangkan 3 pilihan kepada Tertuduh sama ada untuk memberi keterangan secara bersumpah (sworn statement) dalam kandang saksi (witness box), memberi keterangan tidak bersumpah (unsworn statement) daripada kandang tertuduh atau berdiam diri. Tertuduh kemudiannya telah memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah. Ringkasan Kes Pembelaan [55] Di peringkat kes pembelaan, perbicaraan kes pembelaan telah bermula pada 28.6.2022 dan pihak pembelaan telah menutup kes pembelaan setelah memanggil seramai 2 orang saksi pembelaan (termasuk Tertuduh sendiri). Tertuduh telah memberi keterangan secara bersumpah dari dalam kandang saksi (SD1) dan seorang lagi saksi pembelaan iaitu Saipol Amri bin Masnan (SD2). [56] Secara ringkas keterangan Tertuduh (SD1) adalah seperti berikut:
a
Tertuduh yang tinggal di rumah seperti mana ditandakan dengan ‘A’ dalam gambar No. 3 ekshibit P14 bersama-sama dengan adik lelakinya, Wan Mohd Hafizal serta adik perempuannya, Wan Nor Amira mendapat pendidikan hanyalah setakat tamat pembelajaran Tingkatan 5 di sekolah menengah dan bekerja di bengkel ‘welding’ milik abang iparnya, Azman dengan berpendapatan tidak tetap antara RM1500 hingga RM3000 sebulan dan ada kalanya ditolak dulu dengan bayaran hutang (jika ada);
b
Pada 14.6.2019 tersebut, Tertuduh bekerja separuh hari dan pada jam 4.30 petang beliau ada temujanji dengan kawan yang bernama ‘Didi’ di warung ‘GG Bistro’ Sungai Gulang-Gulang untuk tujuan menjual pistol yang baru dibeli oleh Tertuduh sebelum itu daripada seseorang bernama ‘Papa’ dengan harga RM2000;
c
Walau bagaimanapun, ‘Didi’ tidak hadir pun di warung GG Bistro tersebut dan semasa berada di warung GG Bistro tersebut Tertuduh telah menerima panggilan telefon daripada kawannya, Koh Che Kau @ ‘Ubi’ (SP8) yang mengatakan mahu datang ke rumah Tertuduh pada malam hari untuk mengambil ‘speaker’ kereta yang dipinjamkan sebelum itu;
d
Daripada warung GG Bistro itu, Tertuduh telah pergi ke bengkel Maman untuk melihat motorsikalnya yang telah dihantar ke bengkel itu untuk dibaiki 2 minggu sebelumnya oleh pekerja bengkel bernama Saipol Amri bin Masnan @
e
Tertuduh mengatakan bahawa beliau berada di bengkel Maman itu antara pukul 5 petang hingga 9.30 malam dan semasa berada di sana Tertuduh menerima panggilan telefon daripada kawannya ‘Ubi’ iaitu SP8 yang memberitahu bahawa beliau bersama seorang lagi kawan iaitu Ganesan (SP) telah berada di rumah Tertuduh. Menurut Tertuduh, dengan menggunakan telefon SP8, SP5 telah meminta bantuan Tertuduh untuk mengambil satu kotak hitam miliknya yang tertinggal daripada Epul (SD2);
f
Setelah menerima kotak hitam tersebut, Tertuduh terus pulang ke rumahnya dan apabila menghampiri rumahnya telah melihat lebih kurang 3-4 orang menuju ke arahnya menyebabkan Tertuduh berpatah balik kerana menyedari beliau mempunyai pistol tanpa lesen dalam beg galasnya;
g
Dalam usaha melarikan diri itu, Motorsikal tersebut telah melanggar salah satu tembok batu dan Tertuduh terjatuh lalu ditangkap oleh pihak polis;
h
Selepas ditahan, Tertuduh di bawa ke rumahnya dan ternampak kawannya iaitu ‘Ubi’ (SP8) dan Ganesan (SP5) telah pun digari. Pihak polis telah menggeledah rumah Tertuduh tapi tidak menjumpai apa-apa barang salah yang lain;
i
Seterusnya Tertuduh, SP8 dan SP5 telah dibawa ke balai polis; dan
j
Tertuduh mengatakan bahawa pemeriksaan beg galas yang disandangnya sebelum itu telah dirampas dan hanya dibuat pemeriksaan kandungannya di balai polis di mana Tertuduh menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai pengetahuan tentang kandungan di dalam kotak hitam tersebut. [57] Keterangan Saipol Amri bin Masnan (SD2) pula secara ringkasnya adalah seperti berikut:
a
SD2 mengatakan bahawa beliau telah bekerja di bengkel Maman milik seorang bernama Rahman itu lebih kurang 5 tahun dan telah mengenali Tertuduh yang dikenalinya sebagai ‘Eddy’ lebih kurang 10 tahun;
b
SD2 menyatakan bahawa Tertuduh ada datang menghantar motorsikalnya untuk dibaiki/ubah suai dan memandangkan mengambil masa yang lama, maka SD2 telah meminjamkan kepada Tertuduh Motorsikal tersebut yang merupakan motorsikal yang tidak dituntut oleh pelanggannya;
c
Menurut SD2, Tertuduh telah datang ke bengkel Maman pada suatu petang yang tidak diingati tarikhnya untuk melihat kerja-kerja pembaikan atau pengubahsuaian motorsikalnya di mana pada hari tersebut di suatu ketika Tertuduh ada terima panggilan telefon dan kemudian bergegas pergi;
d
SD2 juga menyatakan bahawa selepas Tertuduh meninggalkan bengkel itu, Tertuduh ada menghubungi SD2 semula bertanyakan tentang kotak milik Ganesan (SP5) dan dijawab oleh SD2 masih berada dalam raga motorsikal Modenas Kriss milik Ganesan yang ditinggalkan di bengkel untuk dibaiki sebelum itu. SD2 kemudiannya telah memberikan kotak hitam tersebut kepada Tertuduh. Tugas Mahkamah Di Akhir Perbicaraan [58] Tugas Mahkamah di akhir perbicaraan (at the conclusion of the trial) adalah untuk mempertimbangkan segala keterangan yang telah dikemukakan di hadapan mahkamah dan memutuskan sama ada pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah (beyond reasonable doubt) seperti mana diperuntukkan di bawah seksyen 182A Kanun Tatacara Jenayah: “(1) At the conclusion of the trial, the Court shall consider all the evidence adduced before it and shall decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt.
2
If the Court finds that the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt, the Court shall find the accused guilty and he may be convicted on it.
3
If the Court finds that the prosecution has not proved its case beyond reasonable doubt, the Court shall record an order of acquittal.” [59] Dalam kes Public Prosecutor v. Tan Chai Hing [2018] 6 CLJ 436 CA, Mahkamah Rayuan telah menyentuh tentang tanggungjawab mahkamah di akhir kes pembelaan seperti berikut: “[20] Under. S. 182A of the Criminal Procedure Code, it is clearly the duty of the court to consider all the evidence before it and shall decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt. This is a mandatory requirement as evident by the use of the word ‘shall’ in that section. What it entails is that, at the end of the defence, it is incumbent on the court to evaluate the entire evidence placed before it including the prosecution evidence. This was exactly what the learned judge had undertaken at the end of the defence case having considered the case of Jaafar Ali v. PP [1999] 1 CLJ 410...” (Penekanan ditambah) Ringkasan Hujahan Pembelaan [60] Secara umumnya, pihak pembelaan menghujahkan bahawa keterangan kes pembelaan telah berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan berdasarkan perkara-perkara yang berikut:
a
Pembelaan Tertuduh telah menyangkal atau mematahkan keterangan pihak pendakwaan mengenai pengetahuan Tertuduh terhadap dadah di dalam kotak hitam (ekshibit P24) tersebut;
b
Keterangan pembelaan Tertuduh bukanlah suatu rekaan, pemikiran terkemudian (afterthought) atau penafian semata-mata (mere denial);
c
Walaupun terdapat sedikit perbezaan antara keterangan Tertuduh dan SD2, namun dihujahkan bahawa percanggahan tersebut bukanlah percanggahan yang material sehingga menjejaskan kredibiliti Tertuduh dan SD2; dan
d
Pembelaan bahawa Tertuduh tidak mempunyai pengetahuan Tertuduh terhadap dadah tersebut adalah suatu pembelaan yang boleh mematahkan anggapan statutori pengedaran di bawah seksyen 37(da) ADB 1952 dan malahan tanpa elemen pengetahuan Tertuduh juga dihujahkan tidak mempunyai milikan ke atas dadah tersebut. [61] Oleh yang demikian, adalah menjadi hujah pihak pembelaan bahawa pihak pembelaan telah berjaya membangkitkan keraguan yang munasabah dalam kes ini dan pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kes terhadap Tertuduh melampaui keraguan yang munasabah. Ringkasan Hujahan Pendakwaan [62] Pihak pendakwaan telah menghujahkan bahawa berdasarkan keterangan di peringkat kes pembelaan, versi pembelaan Tertuduh adalah diragui dan tidak munasabah berdasarkan perkara yang berikut:
a
Keterangan versi pembelaan adalah bersifat suatu pemikiran terkemudian (afterthought);
b
Pembelaan bahawa Tertuduh tiada pengetahuan berkenaan isi kandungan kotak hitam dan hanya merupakan seorang pembawa polos (innocent carrier) adalah tidak munasabah; dan
c
Keterangan Tertuduh dan SD2 adalah bercanggah. Penilaian Keterangan dan Dapatan Di Akhir Perbicaraan [63] Di akhir perbicaraan (at the conclusion of the trial) adalah menjadi tugas Mahkamah ini untuk mempertimbangkan segala keterangan yang telah dikemukakan di hadapan mahkamah dan memutuskan sama ada pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah (beyond reasonable doubt) seperti mana diperuntukkan di bawah seksyen 182A Kanun Tatacara Jenayah. [64] Adalah menjadi tanggungjawab mahkamah di peringkat kes pembelaan ini untuk mempertimbangkan sama ada keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh pembelaan itu telah mewujudkan apa-apa keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. Tugas pihak pembelaan hanyalah untuk menimbulkan keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan. [65] Walau apapun pembelaan yang dikemukakan dan walaupun pembelaan yang dikemukakan itu adalah lemah, mahkamah masih bertanggungjawab untuk memberikan pertimbangan sewajarnya ke atas keterangan pembelaan tersebut bagi menentukan sama ada pembelaan sedemikian mampu menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. [66] Dalam kes Ganapathy Rengasamy v Public Prosecutor [1998] 2 CLJ 1, Mahkamah Persekutuan telah membuat pemerhatian berikut: “It needs to be remembered that however weak a defence may be, trial judges being judges of both fact and law should not just brush aside the defence on the basis that the prosecution witnesses are to be believed and not the defence. Where the law casts the onus of giving an explanation upon an accused person, and the explanation is given, which if consistent with innocence, the court is duty bound to consider whether it might reasonably be true, although not convinced of its truth.” (Penekanan ditambah) Pembelaan yang bersifat suatu pemikiran terkemudian (afterthought) [67] Versi pembelaan Tertuduh cuba menunjukkan bahawa Ganesan (SP5) yang telah meminta pertolongan Tertuduh untuk mengambil kotak hitam miliknya yang tertinggal dalam raga motorsikal Modenas Kriss yang ditinggalkan oleh SP5 untuk dibaiki di bengkel Maman sehari sebelum tarikh tangkapan Tertuduh. [68] Walau bagaimanapun, Mahkamah ini mendapati semasa pemeriksaan balas ke atas SP5, beliau sekadar dicadangkan oleh pihak pembelaan bahawa SP5 telah arahkan Tertuduh untuk mengambil kotak hitam tersebut di sebuah bengkel motorsikal. Namun tidak dibangkitkan sama sekali bahawa semasa pemeriksaan balas SP5 fakta-fakta berikut:
a
bahawa SP5 ada bercakap dengan Tertuduh melalui panggilan telefon yang dibuat oleh ‘Ubi’ (SP8);
b
bahawa SP5 telah arahkan Tertuduh untuk ambil kotak hitam daripada ‘Epul’ (SD2);
c
bahawa bengkel motorsikal yang dimaksudkan itu adalah bengkel Maman tempat ‘Epul’ bekerja;
d
bahawa SP5 ada menghantar motorsikal Modenas Kriss miliknya ke bengkel Maman untuk dibaiki oleh ‘Epul’;
e
bahawa SP5 telah tertinggal satu kotak hitam di dalam raga motorsikalnya di bengkel Maman;
f
watak dan peranan ‘Epul’ (SD2) langsung tidak pernah dibangkitkan semasa pemeriksaan balas SP5 sedangkan ‘Epul’ itu merupakan pengantara antara Tertuduh dan SP5 dalam urusan berkaitan kotak hitam itu menurut versi pembelaan. [69] Malahan juga, semasa ‘Ubi’ (SP8) memberi keterangan di peringkat kes pendakwaan, pihak pembelaan dalam menyoal balas SP8 tidak pernah bertanya atau mencadangkan tentang panggilan telefon yang dibuat oleh SP8 kepada Tertuduh dan fakta bahawa SP5 ada bercakap dengan Tertuduh menggunakan telefon SP8 untuk meminta Tertuduh mengambil kotak hitam dari raga motorsikal Modenas Kriss di bengkel Maman itu seperti mana versi pembelaan. [70] Oleh yang demikian, Mahkamah ini mendapati versi pembelaan Tertuduh untuk mengatakan bahawa Ganesan (SP5) yang telah meminta pertolongan Tertuduh untuk mengambil kotak hitam miliknya yang tertinggal dalam raga motorsikal Modenas Kriss yang ditinggalkan oleh SP5 untuk dibaiki di bengkel Maman adalah merupakan suatu pemikiran terkemudian (afterthought). Pengetahuan Tertuduh berkenaan isi kandungan kotak hitam [71] Versi pembelaan Tertuduh seterusnya cuba menafikan kelakuan atau perilaku (conduct) Tertuduh yang membuat pusingan-U dan memecut dengan Motorsikal tersebut di Lorong tersebut sebagai perbuatan untuk melarikan diri disebabkan dadah berbahaya dan racun terlarang yang dalam milikannya. Pihak pembelaan menafikan perbuatan Tertuduh memecut Motorsikal tersebut memandangkan Lorong tersebut yang sempit dan terdapatnya 2 bonggol. Menurut Tertuduh lagi, tembok batu yang terlanggar oleh Motorsikal tersebut sebenarnya sudah memang tercabut sebelum itu dan telah ditegakkan semula. [72] Mahkamah ini mendapati bahawa versi pembelaan Tertuduh itu adalah tidak berasas dan tidak munasabah berasaskan fakta-fakta yang berikut:
a
Tertuduh mengakui Lorong tersebut adalah seperti mana dalam gambar nombor 3 dalam ekshibit P14 dan boleh memuatkan dua buah kereta. Oleh itu, Lorong tersebut bukanlah suatu lorong yang sempit yang tidak membolehkan untuk memecut dengan Motorsikal tersebut;
b
Kewujudan 2 bonggol di Lorong tersebut bukanlah suatu penghalang untuk Tertuduh memecut dengan Motorsikal tersebut memandangkan ia merupakan sebuah motorsikal berkuasa tinggi;
c
Keadaan sebuah tembok batu konkrit yang tumbang seperti dalam gambar nombor 5 kepada ekshibit P14 dilanggar oleh Motorsikal tersebut boleh membuktikan pengataan bahawa Tertuduh telah memecut dengan Motorsikal tersebut ditambah lagi dengan keadaan rim tayar depan yang bengkuk seperti ditunjukkan dalam gambar nombor 2 kepada ekshibit P16;
d
Adalah tidak munasabah untuk Tertuduh berasa takut secara tiba-tiba apabila menyedari kehadiran beberapa orang anggota serbuan yang hanya berpakaian preman, hanya disebabkan oleh pistol tanpa lesen yang berada dalam beg galasnya sedangkan Tertuduh telah pun pergi dan berada di beberapa tempat awam yang lain seperti di warung GG Bistro bagi urusan jual beli pistol tersebut dan di bengkel Maman. [73] Versi pembelaan Tertuduh yang cuba menafikan pengetahuannya ke atas kandungan kotak hitam itu dan bahawa Tertuduh hanya bertindak sebagai pembawa polos (innocent carrier) juga tidak dapat diterima oleh Mahkamah ini setelah mengambil kira perilaku atau kelakuan Tertuduh tersebut. [74] Mahkamah ini merujuk kepada penghakiman Mahkamah Rayuan dalam kes PP v. Long Say Lein [2016] 1 LNS 1625 seperti berikut: “[33] Dalam kes semasa, kami bersetuju dengan hujahan pihak pendakwaan bahawa ‘innocent carrier’ tidak terpakai kepada responden dalam kes ini. Hal ini disebabkan kelakuan responden yang menunjukkan pengetahuannya terhadap barang kes dadah apabila dia enggan membenarkan pihak polis menjalankan pemeriksaan ke atas beg sandang yang dibawanya.” Percanggahan Keterangan Tertuduh (SD1) dan SD2 [75] Mahkamah ini juga mendapati percanggahan keterangan yang ketara antara Tertuduh dan SD2 tentang bagaimana Tertuduh bertanyakan dan meminta kotak hitam daripada ‘Epul’ (SD2). [76] Keterangan Tertuduh semasa pemeriksaan utama dan pemeriksaan balas menyatakan bahawa Ganesan (SP5) telah bercakap dengannya menggunakan telefon ‘Ubi’ (SP8) meminta Tertuduh meminta dan mengambil kotak hitam daripada ‘Epul’. Lantas Tertuduh terus bertanyakan ‘Epul’ berkenaan kotak hitam itu semasa berada di bengkel Maman. [77] Manakala keterangan ‘Epul’ (SD2) pula menyatakan bahawa semasa di bengkel Maman, Tertuduh telah menerima panggilan telefon dan telah bergegas pergi meninggalkan bengkel Maman itu. Kemudian baru Tertuduh menelefon SD2 bertanyakan kotak hitam milik Ganesan (SP5) tersebut. [78] Oleh yang demikian, Mahkamah ini mendapati bahawa percanggahan keterangan tersebut adalah merupakan satu percanggahan yang material dan menjadikan keterangan pembelaan tidak kredibel dan tidak boleh dipercayai. [79] Justeru, Mahkamah ini mendapati bahawa pihak pembelaan telah gagal untuk menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah ke atas keterangan kes pendakwaan. Keputusan Di Akhir Perbicaraan [80] Kesimpulannya, dengan menilai segala keterangan yang ada sama ada keterangan kes pembelaan mahupun keterangan kes pendakwaan, Mahkamah ini mendapati Tertuduh telah gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan dan juga gagal untuk mematahkan anggapan mengedar dadah berbahaya di bawah seksyen 37(da) ADB 1952. [81] Justeru, Mahkamah ini berpuas hati dan mendapati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan pertuduhan mengedar dadah berbahaya jenis Methamphetamine dan pertuduhan memiliki dadah berbahaya jenis Ketamine dan racun Etizolam melampaui sebarang keraguan yang munasabah. [82] Oleh yang demikian, Mahkamah ini memutuskan mensabitkan Tertuduh dengan –
a
kesalahan mengedar dadah berbahaya jenis Methamphetamine dengan berat bersih 92.91 gram di bawah di bawah seksyen 39B(1)(a) ADB 1952;
b
kesalahan ada dalam milikan Tertuduh dadah berbahaya jenis Ketamine dengan bersih 3.60 gram di bawah di bawah seksyen 12(2) ADB 1952; dan
c
kesalahan ada dalam milikan Tertuduh racun jenis Etizolam dengan berat 5.84 gram di bawah seksyen 30(3) Akta Racun 1952. Hukuman dan mitigasi [83] Oleh kerana tidak mendapati apa-apa keadaan yang mewajarkan pelaksanaan budi bicara untuk mengenakan hukuman pemenjaraan seumur hidup dan sebatan menurut seksyen 39B(2A) ADB 1952, maka Mahkamah ini memerintahkan Tertuduh dikenakan hukuman gantung di leher sampai mati menurut seksyen 277 Kanun Tatacara Jenayah bagi pertuduhan kesalahan mengedar dadah berbahaya di bawah seksyen 39B(2) (a) ADB 1952. [84] Manakala sebelum menjatuhkan hukuman bagi kesalahan di bawah seksyen 12(2) ADB 1952 dan seksyen 30(3) Akta Racun 1952, pihak pembelaan telah mengemukakan hujahan mitigasi ke atas hukuman. [85] Faktor-faktor mitigasi (mitigating factor) yang dihujahkan ialah: a) Tertuduh berusia 37 tahun; b) Belum berkahwin; c) Kesalahan pertama dan tiada sabitan lampau; d) Jumlah dadah yang kecil; dan e) Memohon hukuman pemenjaraan yang minimum bagi pertuduhan kesalahan kedua dan ketiga. [86] Manakala pihak pendakwaan dalam hujahan ke atas hukuman telah mengemukakan faktor pemberatan (aggravating factor) bahawa faktor kepentingan awam lebih mengatasi kepentingan Tertuduh itu sendiri. Oleh itu, pihak pendakwaan memohon hukuman yang berat juga bagi pertuduhan kesalahan kedua dan pertuduhan kesalahan ketiga tersebut. [87] Seksyen 12(3) ADB 1952 memperuntukkan hukuman kesalahan tersebut yang boleh dihukum dengan hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau pemenjaraan untuk suatu tempoh tidak melebihi 5 tahun atau keduanya sekali. [88] Manakala seksyen 30(5) Akta Racun 1952 memperuntukkan hukuman kesalahan bagi pertuduhan kesalahan di bawah seksyen 30(3) boleh dihukum dengan hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau pemenjaraan untuk suatu tempoh tidak melebihi 4 tahun atau kedua-duanya sekali. [89] Setelah mengambil kira faktor-faktor mitigasi dan pemberatan yang dihujahkan oleh pihak-pihak ke atas hukuman, Mahkamah ini memutuskan bahawa adalah adil, wajar dan munasabah untuk mengenakan hukuman pemenjaraan selama 3 tahun ke atas Tertuduh bagi kesalahan Pertuduhan Kedua. [90] Mahkamah ini juga memutuskan bahawa adalah adil, wajar dan munasabah untuk mengenakan hukuman pemenjaraan selama 3 tahun ke atas Tertuduh bagi kesalahan Pertuduhan Ketiga. [91] Seterusnya Mahkamah ini juga telah memerintahkan supaya kedua-dua hukuman pemenjaraan tersebut berjalan serentak daripada tarikh tangkap yang terawal iaitu 14.6.2019. Bertarikh: 30 November 2022 (HASBULLAH ADAM) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Shah Alam KAUNSEL: Bagi Pihak Pendakwaan - Puan Nur Zatil Hidayah binti Ali Timbalan Pendakwa Raya Bagi Pihak Pembelaan - Encik Alfred Egin Tetuan Alfred Egin & Co.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.