Bagi kes 45A-24-08/2020: Pertuduhan pertama Bahawa kamu Bersama-sama pada 24 Ogos 2019 jam lebih kurang 9.20 malam, di alamat No. 21, Tingkat 13A, Menara Flexus, No. 92, Jalan Kuching, dalam daerah Sentul, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, telah mengedar dadah berbahaya iaitu 511 gram heroin dan 17 gram Monoactylymorphines dan dengan itu, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan. Pertuduhan kedua Bahawa kamu Bersama-sama pada 24 Ogos 2019 jam lebih kurang 9.20 malam, di alamat No. 21, Tingkat 13A, Menara Flexus, No. 92, Jalan Kuching, dalam daerah Sentul, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, telah mengedar dadah berbahaya iaitu 2537.4 gram Methamphetamine dan dengan itu, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan.