Penghuni rumah tersebut [20] Keterangan pihak pendakwaan berkaitan jagaan dan kawalan bersandarkan kepada keterangan bahawa hanya OKT yang ditemui di dalam rumah tersebut semasa serbuan oleh pihak polis. Rumah tersebut, menurut versi pendakwaan adalah disewa oleh OKT dan isterinya. Pihak pendakwaan telah mengemukakan keterangan oleh SP4 yang merupakan tuan rumah ke atas rumah tersebut. [21] Mahkamah telah meneliti keterangan SP4 yang telah mengesahkan bahawa OKT bersama dengan seorang lelaki dan seorang wanita telah datang berjumpa dengan SP4 sewaktu urusan perbincangan penyewaan rumah tersebut. SP4 menganggap wanita tersebut adalah isteri kepada OKT. Menurut SP4 setiap kali bayaran sewa dilakukan, seorang wanita akan menelefon SP4 untuk memaklumkan pembayaran tesebut. [22] Tiada sebarang keterangan lain yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan untuk menjelaskan siapakah lelaki lain tersebut dan siapakah seorang wanita tersebut. Keterangan yang sedia ada hanyalah andaian oleh SP4 semata-mata. [23] Keterangan ini bagi pandangan Mahkamah menimbulkan persoalan adakah selain daripada OKT yang tinggal di dalam rumah tersebut, terdapat orang lain yang turut tinggal. Apatah lagi di dalam kes ini, tiada keterangan sokongan dalam bentuk perjanjian dan sebagainya yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan untuk membuktikan bahawa hanya OKT yang menyewa rumah tersebut. S/N nPoIsxWxEi99PDizo88mQ [24] Pemerhatian Mahkamah ke atas gambar di P24(7) dan (8) mendapati terdapatnya barang permainan kanak-kanak di dalam rumah tersebut serta peralatan memasak seolah-olah rumah tersebut dihuni oleh penghuni yang berkeluarga. Ini diperkuatkan lagi menerusi keterangan SP5 seperti berikut: Soalan : Rujuk dengan P24 (8), di hadapan pintu bilik 1 ada alat permainan kanak kanak. SP5 : Ya betul. Soalan : Rujuk P24 (11) menunjukkan ruang dapur terdapat peralatan memasak untuk sebuah keluarga. SP5 : Ya. Kunci rumah tersebut tidak dikemukakan sebagai keterangan [25] Peguam OKT telah turut membawa perhatian Mahkamah ini berkaitan keterangan berkaitan “kunci rumah” di mana telah dihujahkan bahawa tiada keterangan yang dikemukakan oleh pendakwaan bagi menunjukkan bahawa ianya diperolehi daripada OKT. Walaupun serbuan dilakukan semasa OKT sedang berada di dalam rumah, namun tiada sebarang kunci rumah yang telah dirampas daripada OKT. [26] Malahan Borang Bongkar yang dikemukakan di P28 dan P30, tidak menunjukkan sebarang kunci rumah yang telah dirampas daripada OKT. [27] Pihak pendakwaan di dalam penghujahannya mengesahkan kepentingan kunci rumah ini namun menegaskan bahawa rumah tersebut telah dibuka secara kekerasan dan tiada keterangan untuk menunjukkan bahawa kunci digunakan untuk membuka mana-mana bilik di dalam rumah tersebut. Pendakwaan turut menghujahkan bahawa kunci yang diterima oleh SP7 adalah diterima daripada SP5. S/N nPoIsxWxEi99PDizo88mQ [28] Mahkamah berpandangan bahawa persoalan berkaitan kunci ini adalah penting untuk dirungkaikan kerana SP7 yang merupakan Pegawai Penyiasat telah mengesahkan bahawa kunci yang digunakan oleh SP7 untuk membuka rumah tersebut untuk siasatan pada keesokan harinya telah diterimanya daripada SP5 sedangkan SP5 tidak merampas apa-apa anak kunci. Di dalam masa yang sama, kunci tersebut tidak dikemukakan sebagai keterangan semasa perbicaraan. [29] SP5 di dalam keterangannya semasa pemeriksaan balas sebaliknya bersetuju bahawa sebelum tangkapan ke atas OKT di dalam kes ini, terdapat tangkapan seorang yang bernama Miss Mayora Yusoff sepertimana di dalam laporan polis yang dibuat oleh SP5 di D37. SP5 selanjutnya bersetuju bahawa semasa tangkapan tersebut, turut dirampas serangkai anak kunci pelbagai jenis, 2 serangkai anak kunci pelbagai jenis, satu rantai kunci berwarna merah bertulisan MPKB Bandaraya Islam dan satu rantai warna kuning putih tertulis kunci rumah sewa. SP5 mengesahkan bahawa penama Miss Mayora Yusoff adalah merupakan kakak ipar kepada OKT. [30] Apabila kunci yang digunakan oleh SP7 tidak dikemukakan dan turut tidak dibuktikan terdapatnya kunci rumah yang dirampas dari OKT semasa serbuan maka timbul persoalan kunci manakah dan milik siapakah yang digunakan oleh SP7 untuk memasuki rumah tersebut keesokan harinya. [31] Berdasarkan kepada keterangan-keterangan ini, seolah-olah terdapat orang lain yang mempunyai kunci rumah tersebut yang berkemungkinan Miss Mayora Yusoff. Dengan kata yang lain ia mewujudkan inferens yang munasabah bahawa kunci tersebut mungkin diperolehi dari orang lain dan oleh itu berkemungkinan bukan OKT sahaja yang tinggal di dalam rumah tersebut. Penyiasatan SP7 yang tidak lengkap [32] Apatah lagi di dalam kes ini, Mahkamah mendapati SP7 tidak menjalankan siasatan yang lengkap berkaitan kemungkinan S/N nPoIsxWxEi99PDizo88mQ kewujudan orang lain tersebut. Kegagalan pertama SP7 adalah untuk menjelaskan dari mana datangnya kunci rumah tersebut dan jika ianya dari rampasan oleh SP5 daripada Miss Mayora Yusoff, maka adalah penting bagi SP untuk menyiasat penama ini. [33] Keduanya, SP7 turut gagal untuk mengesan serta menjalankan siasatan ke atas isteri OKT. Ini kerana versi pendakwaan menyatakan bahawa rumah tersebut disewa oleh OKT dan isterinya sepertimana keterangan SP4. Tiada sebarang keterangan yang dikemukakan oleh pendakwaan untuk menunjukkan bahawa SP7 telah menjalankan siasatan untuk mengesan isteri OKT ini. Apatah lagi untuk merakamkan percakapannya. [34] Kewujudan isteri OKT dan Miss Mayora Yusoff bukanlah satu rekaan. Ia sebaliknya dipersetujui oleh saksi-saksi pendakwaan. Oleh itu, saksi-saksi ini adalah penting bagi pihak pendakwaan untuk membentangkan keseluruhan naratif kejadian kes ini. Apabila ia gagal disiasat dan gagal dikemukakan sebagai keterangan, maka anggapan bertentangan di bawah misalan (g) seksyen 114 Akta Keterangan 1950 (Akta 56) boleh dibuat ke atas pendakwaan (sila lihat; Ghasem Hozouri Hassan v. Public Prosecutor [2018] 6 CLJ 133; [2019] 6 MLJ 231). [35] Namun pihak pendakwaan telah menghujahkan bahawa misalan (g) seksyen 114 Akta 56 tidak terpakai kerana pihak pendakwaan telah membuktikan kesemua intipati pertuduhan dan tidak dalam mana-mana-mana keadaan menyembunyikan apa-apa keterangan (rujuk kes; Munusamy v PP [1987] 1 MLJ 492). [36] Di peringkat ini, Mahkamah tidak dapat bersetuju degan pihak pendakwaan. Ini kerana kedua-dua saksi ini adalah sangat material. Ia berkenaan kemungkinan kewujudan orang lain di dalam rumah tersebut. Ia penting bagi merungkai keseluruhan naratif pendakwaan, apabila ia gagal disiasat dan dikemukakan sebagai saksi, sedangkan ianya sangat material, maka ia telah menjejaskan kes pendakwaan. S/N nPoIsxWxEi99PDizo88mQ [37] Setakat keterangan ini Mahkamah merumuskan terdapat keraguan ke atas keterangan pihak pendakwaan berkaitan dadah tersebut berada di dalam jagaan serta kawalan OKT. Ini kerana terdapat kemungkinan orang lain yang mempunyai akses ke atas rumah tersebut sedangkan pihak pendakwaan mempunyai beban untuk membuktikan tiada orang lain mempunyai akses ke atas rumah tersebut. Mahkamah Rayuan di dalam kes Kong Seng Long v PP & Another Appeal [2022] 1 LNS 1075 telah menyatakan: “[29] However, the learned counsel contended that there was possibility of access by other persons to the room and the drugs in the present case. We are mindful that the prosecution bears the burden of excluding the possibility of access by others to the drugs. See Abdullah Zawawi Yusoff v. Pendakwa Raya [1993] 4 CLJ 1; [1993] 3 MLJ 1 (SC), PP v. Ang Kian Chai [2012] 1 LNS 389 (CA), Husin Sitorus v. PP [2012] 7 CLJ 205 (CA), Azizan Yahaya v. PP [2012] 8 CLJ 405 (CA), Mohamad Abdul Rahman v. PP [2013] 7 CLJ 843 (CA), Lean Siew Boon & Anor v. PP & Other Case [2013] 1 LNS 979; [2014] 2 MLJ 572 (CA), and Ooi Chee Seong & Anor v. PP [2014] 7 CLJ 505; [2014] 3 MLJ 593 (CA).” [penekanan ditegaskan] [38] Apabila ini gagal dilaksanakan, maka pihak pendakwaan pada hemat Mahkamah telah gagal untuk mengenepikan kemungkinan dadah yang ditemui tersebut adalah milik orang lain. Prinsip ini telah dinyatakan oleh Mahkamah Agung di dalam kes Abdullah Zawawi Yusoff v PP [1993] 4 CLJ 1; [1993] 3 MLJ 1 sepertimana yang dirujuk dan diterima pakai di dalam kes Kong Seng Long (supra). Kewujudan serbuan yang lain [39] Dapatan berkaitan kewujudan orang lain ini turut didokong melalui keterangan SP3 yang merupakan anggota serbuan. Di dalam keterangannya semasa pemeriksaan balas, telah mengesahkan bahawa terdapat 3 serbuan yang berkaitan dengan kes OKT. SP3 turut mengesahkan bahawa ia turut melibatkan tangkapan seorang wanita. S/N nPoIsxWxEi99PDizo88mQ [40] Lebih mengejutkan apabila SP3 semasa soalan semula oleh Tuan TPR mengesahkan bahawa terdapat dua suspek utama di dalam kes ini iaitu seorang lelaki dan seorang wanita. Diperturunkan keterangan SP3 tersebut: Soalan : Dalam ketiga-tiga serbuan tersebut, serbuan ada kaitan dengan kes Yusuk ini ada berapa?. : Ketiga-tiga. Soalan : Berkait dengan kes Yusuk ini juga ada satu lagi tangkapan seorang Wanita?. : Setuju. Soalan : Tangkapan Wanita tersebut adalah berkait dengan pengedaran dadah?. : Setuju. [41] Selain itu, semasa serbuan, SP5 turut merampas sebuah kereta jenis Proton Preve dan sebuah motorsikal. Namun kedua kenderaan ini tidak dimasukkan di dalam Borang Bongkar di P28 dan P30 ataupun dinyatakan di dalam laporan polis di P27. [42] SP5 menyatakan di dalam keterangannnya semasa pemeriksaan balas bahawa kenderaan tersebut berada di hadapan rumah dan ianya telah dimaklumkan kepada SP7. Namun SP7 mengambil pendekatan untuk tidak menyiasat siapa pemilik kenderaan-kenderaan ini. Keterangan SP7 diperturunkan seperti berikut: Soalan : Ada RO beritahu masa serbuan ada terdapat Proton Preve dan motosikal?. : Tidak ingat. Soalan : Kalau RO beritahu Insp berkenaan Preve dan motor ini, hasil siasatan Insp akan menemui pemilik Preve dan motor. : Setuju. Soalan : Dan, bila tahu pemilik kenderaan ini, Insp boleh lagi menyiasat untuk mengetahui kaitan S/N nPoIsxWxEi99PDizo88mQ pemilik kenderaan ini dengan dadah yang dijumpai di dalam rumah tersebut. : Setuju. [43] Mahkamah berpandangan kegagalan SP7 menyiasat pemilik kenderaan ini telah sekali lagi mewujudkan kelompangan di dalam kes pendakwaan. Keterangan berkaitan pemilikan kenderaan ini walaupun nampak seolah tidak berkaitan dengan dadah yang dijumpai di dalam rumah tersebut, namun ia penting untuk merungkaikan persoalan besar iaitu sama ada terdapat orang lain yang menghuni rumah tersebut yang berkemungkinan mempunyai akses ke atas dadah tersebut. Keterangan berkaitan pengetahuan OKT [44] Pihak pendakwaan di dalam hujahan mereka menumpukan penghujahan mereka ke atas elemen pengetahuan OKT semata-mata yang merupakan perkara kedua yang perlu dibuktikan bagi elemen pemilikan. Bagi pihak pendakwaan, reaksi OKT yang cuba melarikan diri serta bagaimana dadah tersebut disimpan di dalam plastik berjenama Hayda membolehkan satu inferens berkaitan pengetahuan dibuat. [44] Pihak pendakwaan bersandarkan kepada seksyen 8 Akta 56 yang menyatakan tingkahlaku OKT adalah relevan dan boleh diterima dan telah merujuk kepada nas-nas duluan seperti PP v Abdul Rahman Akif [2007] 4 CLJ 337, Parlan Dadeh v PP [2009] 1 CLJ 717 dan PP v Tan Kim Piow [2006] 5 MLJ 409. [45] Mahkamah bersetuju bahawa tindak tanduk OKT di dalam kes ini apabila diserbu oleh pihak polis adalah relevan di bawah seksyen 8 Akta 56, namun ia hanya bagi maksud untuk membuat satu inferens berkaitan pengetahuan OKT semata-mata. [46] Mahkamah menegaskan bahawa bagi pembuktian pemilikan, pihak pendakwaan perlu terlebih dahulu membuktikan bahawa dadah tersebut berada di dalam jagaan serta kawalan OKT dan selanjutnya membuktikan OKT mempunyai pengetahuan ke atas S/N nPoIsxWxEi99PDizo88mQ dadah tersebut (rujuk; PP v Zainuddin Long & anor [2022] MLRHU 513). [47] Oleh itu, hujahan pendakwaan untuk hanya bergantung kepada pengetahuan melalui inferens OKT semata-mata tanpa dibuktikan dadah tersebut berada di dalam jagaan atau milikan OKT adalah tidak dapat membantu pendakwaan di dalam membuktikan elemen pemilikan dadah tersebut. [48] Sehubungan dengan itu, berdasarkan pertimbangan ke atas keterangan-keterangan yang dikemukakan, Mahkamah merumuskan bahawa pihak pendakwaan telah gagal di dalam memenuhi beban yang diperlukan oleh undang-undang untuk membuktikan dadah tersebut berada di dalam milikan OKT. Elemen (c); sama ada OKT mengedar dadah tersebut [49] Bagi elemen pengedaran, pihak PR bersandarkan kepada peruntukan andaian di bawah seksyen 37(da)(xvi) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang bersandarkan kepada elemen pemilikan. Di bawah peruntukan ini, Mahkamah berhak membuat dapatan bahawa satu kes prima facie pengedaran boleh dibuktikan di bawah seksyen 180(4) KTJ dengan membangkitkan anggapan pengedaran di bawah seksyen 37(da) Akta 234. Pendekatan ini telah diputuskan sebagai betul di sisi undang-undang oleh Mahkamah Persekutuan melalui penghakiman oleh Hakim Tengku Maimun Tuan Mat KHN di dalam kes Abdullah Atan v. PP [2020] 9 CLJ 151. [50] Namun memandangkan elemen utama iaitu pemilikan tidak berjaya dibuktikan, maka pihak PR tidak berhak untuk menggunapakai peruntukan andaian tersebut. Di dalam hal keadaan di mana tiada keterangan secara langsung untuk membuktikan elemen pengedaran, maka Mahkamah merumuskan bahawa tiadanya keterangan prima facie bagi membuktikan elemen ini. S/N nPoIsxWxEi99PDizo88mQ Kesimpulan [51] Di atas penilaian-penilaian ini, maka Mahkamah ini memutuskan bahawa pihak PR tidak berjaya membuktikan satu kes prima facie ke atas OKT bagi kedua-dua pertuduhan. Oleh itu, Mahkamah dengan ini melepaskan dan membebaskan OKT bagi kedua-dua pertuduhan tanpa dipanggil membeladiri. Bertarikh: 7hb. Disember, 2022 (DATUK MOHAMAD ABAZAFREE BIN MOHD ABBAS) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi (2) Kota Bharu, Kelantan. S/N nPoIsxWxEi99PDizo88mQ Pihak-Pihak: Bagi Pihak Pendakwa Raya : Ahmad Faris bin Abdul Hamid Timbalan Pendakwa Raya Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan Blok 5, Aras Bawah Kota Darulnaim 15050 Kota Bharu Kelantan. Bagi Pihak Tertuduh : Shaharudin bin Mohamed Tetuan Shaharuddin Hidayu & Marwaliz Peguambela dan Peguamcara No.5578-E Lot 347 Tingkat Satu Wisma Shm, Seksyen 23 Taman Desa Telipot 15050 Kota Bharu Kelantan. Tarikh Bicara : 27hb. September, 2022 Tarikh Keputusan: 06hb. November, 2022 S/N nPoIsxWxEi99PDizo88mQ Undang-Undang Yang Dirujuk: Akta Dadah berbahaya 1952 Kanun Tatacara Jenayah Akta Keterangan 1950 Kes-Kes Yang Dirujuk: Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85 PP v. Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 Muhammad Lukman Mohamad v. PP [2021] 7 CLJ 524 Shahrizal Abdul Ghani v PP [2014] 1 MLJ 70 Tarmizi bin Yaacob dan satu lagi v PP [2006] 6 MLJ 197 Chan Pean Leon v PP [1956] 1 LNS 17; [1956] MLJ 237 Ibrahim Mohamad & Anor v. PP [2011] 4 CLJ 113 Romi Amora Amir v. PP [2011] 1 CLJ 870 Ghasem Hozouri Hassan v. Public Prosecutor [2018] 6 CLJ 133; [2019] 6 MLJ 231 Munusamy v PP [1987] 1 MLJ 492 Kong Seng Long v PP & Another Appeal [2022] 1 LNS 1075 Abdullah Zawawi Yusoff v PP [1993] 4 CLJ 1; [1993] 3 MLJ 1 PP v Abdul Rahman Akif [2007] 4 CLJ 337 Parlan Dadeh v PP [2009] 1 CLJ 717 PP v Tan Kim Piow [2006] 5 MLJ 409 PP v Zainuddin Long & anor [2022] MLRHU 513 Abdullah Atan v. PP [2020] 9 CLJ 151 S/N nPoIsxWxEi99PDizo88mQ