Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI TEMERLOH DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR PERBICARAAN JENAYAH NO: CB-45A-2-03/2021 DAN CB-45-3-05/2021 ANTARA PENDAKWA RAYA
CB-45A-2-03/2021
High Court of Malaysia1 Dec 2022
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI TEMERLOH DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR PERBICARAAN JENAYAH NO: CB-45A-2-03/2021 DAN CB-45-3-05/2021 ANTARA PENDAKWA RAYA
1
MUHAMMAD HAIDIR BIN MOHAMAD KAMARUDIN
2
MOHD DZULKARNAIN BIN MOHD ZAKARIA (NO. K/P: 880716065183) ALASAN PENGHAKIMAN Pengenalan [1] Pada awalnya Tertuduh-Tertuduh telah dikemukakan dengan pertuduhan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. Satu surat representasi telah dikemukakan kepada Kamar Yang Berhormat Peguam Negara Malaysia. Kamar Peguam Negara di dalam wewenang dan budi bicara beliau telah mempertimbangkan surat representasi tersebut dan sudi mengemukakan pertuduhan seperti berikut: Kes No. CB-45A-2-03/2021 PERTUDUHAN PILIHAN “Bahawa kamu pada 14hb Julai 2020, jam lebih kurang 11.00 malam, bertempat di dalam sebuah stor No. 42C Jalan Dagang 3, Taman Perindustrian Temerloh, Mentakab, di dalam Daerah Temerloh, di dalam Negeri Pahang Darul Makmur, dalam mencapai niat bersama telah didapati dalam milikan kamu dadah berbahaya jenis Methamphetamine berat bersih 75.28 gram dan dengan itu, kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) Akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.” Kes No. CB-45-3-05/2021 PERTUDUHAN PINDAAN “Bahawa kamu pada 14hb Julai 2020, jam lebih kurang 11.00 malam, bertempat di dalam sebuah stor No. 42C Jalan Dagang 3, Taman Perindustrian Temerloh, Mentakab, di dalam Daerah Temerloh, di dalam Negeri Pahang Darul Makmur, dalam mencapai niat bersama telah didapati dalam milikan kamu dadah berbahaya jenis Methamphetamine berat bersih 4.26 gram dan dengan itu, kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) Akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.” [2] Setelah pertuduhan tersebut dibacakan dan diterangkan Tertuduh-Tertuduh membuat pengakuan bersalah. Ia dilakukan setelah mereka diterangkan kesan dan akibat pengakuan salah tersebut. Sejurus selepas pengakuan salah tersebut Pendakwa Raya telah mengemukakan fakta kes dan eksibit-eksibit kepada Mahkamah. Setelah Tertuduh-Tertuduh dibacakan fakta kes dan ditunjukkan eksibit-eksibit tersebut, mereka telah mengaku keesahan fakta kes dan eksibit-eksibit. [3] Mahkamah telah berpuas hati bahawa pengakuan salah Tertuduh-Tertuduh adalah teratur di sisi undang-undang sejajar dengan s. 178(2) Kanun Prosedur Jenayah (KPJ). Tertuduh-Tertuduh disabitkan dengan pertuduhan di bawah s. 12(2) ADB 1952 yang boleh dihukum di bawah s. 39A(2) Akta yang sama. Rayuan Peringanan Hukuman [4] Tertuduh-Tertuduh melalui peguam bela yang bijaksana telah mengemukakan rayuan peringanan hukuman. Tertuduh-Tertuduh menyatakan bahawa mereka telah membuat pengakuan salah yang telah menjimatkan masa Mahkamah dan kes ini telah dapat dilupuskan tanpa perlu melalui perbicaraan penuh. Peguam bela Tertuduh-Tertuduh juga memaklumkan kepada Mahkamah bahawa Tertuduh- Tertuduh menyesali tindakan jenayah yang dilakukannya. Tanggungan Tertuduh-Tertuduh, umur Tertuduh-Tertuduh dan harapan Tertuduh-Tertuduh untuk mencapai cita-cita mereka untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab dan mematuhi undang-undang setelah tamat menjalani hukuman juga diutarakan oleh peguam bela Tertuduh-Tertuduh. [5] Sebaliknya, Pendakwa Raya menyatakan bahawa kesalahan yang dilakukan oleh Tertuduh-Tertuduh adalah sesuatu yang serius. Di samping itu Mahkamah juga mesti mengambil kira kepentingan awam di dalam menimbangkan hukuman yang sewajarnya kepada Tertuduh-Tertuduh. [6] Pendakwa Raya telah mengemukakan rekod kesalahan lalu yang diakui sah oleh Penolong Pendaftar Penjenayah Malaysia dan Singapura. Ia sejajar dengan s. 400 KPJ yang memperihalkan tatacara pengemukaan rekod kesalahan lalu. Pendakwa Raya telah menukilkan dan mengemukakan keputusan kes-kes Mahkamah Atasan dan Mahkamah Tinggi sebagai seri teladan kepada hukuman yang sewajarnya dan setimpal. Ia memberikan Mahkamah ini peluang untuk membuat perbandingan dan rujukan dalam menentukan hukuman yang sesuai. Peguam bela Tertuduh-Tertuduh yang bijaksana juga turut mengemukakan keputusan-keputusan Mahkamah berkaitan dengan hukuman yang telah dijatuhkan bagi kesalahan di bawah s. 12(2) ADB 1952 yang boleh dihukum di bawah s. 39A(2) Akta yang sama. Analisa [7] Penghukuman adalah merupakan proses terakhir di dalam sesuatu prosiding jenayah. Hukuman yang setimpal dengan kesalahan akan mencerminkan keunggulan sistem pentadbiran jenayah. Hukuman yang tidak menggambarkan keadilan kepada pesalah juga akan memaparkan kepincangan sistem proses perbicaraan jenayah. Oleh itu adalah amat penting untuk hakim yang menjatuhkan hukuman menentukan fakta kes, eksibit-eksibit, rayuan peringanan dan pemberatan serta jenis kesalahan yang dilakukan bagi memastikan hukuman yang dijatuhi mengikut undang-undang. Sikap sambil lewa dan hanya bergantung semata-mata kepada hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah-mahkamah lain di dalam sesuatu kesalahan yang sama sebagai asas hukuman tanpa meneliti fakta kes dan rayuan peringanan dan pemberatan akan membawa kepada kekhilafan di dalam suatu hukuman. [8] Satu hakikat yang tidak dapat dinafikan bahawa hukuman yang dijatuhkan oleh seorang hakim dengan hakim yang lain bagi kesalahan yang sama mungkin berbeza. Ini adalah sesuatu yang perlu disepakati dan dihormati. Namun hukuman yang berbeza itu sewajarnya dielakkan berpunca daripada hukuman yang tidak berlandaskan kepada prinsip penghukuman dan menyalahi undang-undang. [9] Adalah menjadi tujuan penghukuman untuk memulihkan atau mengislahkan Tertuduh, pencegahan dan pembalasan terhadap kesalahan yang dilakukan. Di samping itu kepentingan awam juga perlu diberikan perhatian. Bagi mencapai matlamat hukuman tersebut ia dapat digambarkan melalui hukuman yang dikenakan terhadap Tertuduh-Tertuduh. Dalam konteks kesalahan di bawah s. 12(2) ADB 1952 yang boleh dihukum di bawah s. 39A(2) Akta yang sama, Mahkamah Tinggi Malaya di Alor Star telah menjelaskan bidang kuasa Mahkamah bagi menjatuhkan hukuman bagi kesalahan di bawah seksyen tersebut dalam kes Khirul Ihsan Hussain v. PP [1999] 8 CLJ 309 seperti berikut: “Now, when a person is charged for an offence under s. 12(2) of the Act relating to certain dangerous drugs of the prescribed amount referred to in s. 39A, then the punishable section under the Act which shall be invoked if he is found guilty of the offence and convicted is determined by the amount (weight) of the subject matter of the charge. For example, if the subject matter of the charge is heroin and its weight is two grammes or more but less than five grammes then the punishable section would be s. 39A(1) of the Act. However, if its weight is five grammes or more then the punishable section is s. 39A(2) of the Act. In this appeal before me, the subject matter of the charge was 5.95 grammes of heroin. Therefore, any sentence passed under the provisions of s. 39A(1) of the act would be patently wrong and unlawful. A valid sentence, in the circumstances, shall only be one meted out under the provisions of s. 39A(2) of the Act. Neither the court nor the public prosecutor has any discretion to invoke s. 39A(1) if the subject matter of the charge is not within the prescribed amount under s. 39A(1) of the Act.” Ia juga dinyatakan dalam kes PP v. Baharuddin Mustaffa [2005] 8 CLJ
445
[10] Seksyen 39A(2) ADB 1952 memperuntukkan hukuman yang boleh dikenakan seperti berikut: 39A Increased penalty where the subject matter is the prescribed amount of certain dangerous drugs
1
…
2
Every person found guilty of an offence against this Act where the offence is not punishable with death and where the subject matter of the offence is-
a
5 grammes or more in weight of heroin;
b
5 grammes or more in weight of morphine;
c
5 grammes or more in weight of monoacetylmorphines,
d
a total of 5 grammes or more in weight of heroin, morphine and monoacetylmorphines or a total of 5 grammes or more in weight of any two of the said dangerous drugs;
e
15 grammes or more in weight of cocaine;
f
50 grammes or more in weight of cannabis;
g
50 grammes or more in weight of cannabis resin;
h
a total of 50 grammes or more in weight of cannabis and cannabis resin;
i
250 grammes or more in weight of raw opium;
j
250 grammes or more in weight of prepared opium;
k
a total of 250 grammes or more in weight of raw opium and prepared opium;
l
750 grammes or more in weight of coca leaves;
m
30 grammes or more in weight of 2-Amino-1-(2, 5- dimethoxy-4-methyl) phenylpropane;
n
30 grammes or more in weight of Amphetamine;
o
30 grammes or more in weight of 2,5-
p
30 grammes or more in weight of
q
30 grammes or more in weight of 2, 5-Dimethoxy-4- ethylamphetamine (DOET);
r
30 grammes or more in weight of Methamphetamine;
s
30 grammes or more in weight of 5-Methoxy-3,4-
t
30 grammes or more in weight of
u
30-grammes or more in weight of N-ethyl MDA;
v
30-grammes or more in weight of N-hydroxy MDA;
w
30 grammes or more in weight of N-methyl-1-(3, 4-
x
30 grammes or more in weight of 3,
y
30 grammes or more in weight of
z
30 grammes or more in weight of 3, 4, 5- Trimethoxyamphetamine (3,4,5-TMA), shall, instead of being liable to the punishment provided for that offence under the section under which the person has been so found guilty, be punished with imprisonment for life or for a term which shall not be less than five years, and he shall also be punished with whipping of not less than ten strokes.” [11] Apa yang jelas daripada peruntukan tersebut ialah hukuman yang dikenakan telah ditetapkan oleh badan perundangan. Selain daripada itu berat jenis dadah tertentu juga dinyatakan di bawah seksyen tersebut bagi membolehkan hukuman dikenakan sekiranya jumlah dadah tersebut termasuk seperti yang diperuntukkan di bawah s. 39A(2) ADB 1952 tersebut. Apa yang jelas ialah s. 39A(2) ADB 1952 adalah peruntukan berkenaan hukuman dan bukannya kesalahan. Bagi kes ini Mahkamah perlu mempertimbangkan hukuman yang sewajarnya dalam ruang lingkup s. 39A(2) ADB 1952. [12] Ini bermakna setelah Tertuduh-Tertuduh disabitkan di bawah s. 12(2) ADB 1952 dan jumlah dadah tersebut termasuk di dalam s. 39A(2) ADB 1952 maka Mahkamah perlu menimbangkan hukuman yang diperuntukan di bawah Akta tersebut. Mahkamah ini tidak mempunyai bidang kuasa untuk memberikan hukuman selain daripada hukuman yang diperuntukkan di bawah s. 39A (2) ADB 1952 tersebut. Asas pertimbangan dalam penetapan hukuman terhadap Tertuduh-Tertuduh [13] Dalam mempertimbangkan hukuman yang wajar yang dikenakan kepada Tertuduh-Tertuduh dalam kes ini Mahkamah mengambil kira faktor-faktor berikut:
a
Pengakuan salah Tertuduh-Tertuduh. [14] Adalah tidak dapat dinafikan bahawa Tertuduh-Tertuduh telah membuat pengakuan salah pada kali pertama pertuduhan dikemukakan atau dibacakan kepada Tertuduh-Tertuduh. Ia menurut peguam bela Tertuduh-Tertuduh telah menjimatkan masa Mahkamah disebabkan kes ini dapat diselesaikan tanpa perlu perbicaraan penuh. [15] Pengakuan salah sebagai faktor peringanan telah acap kali dinyatakan oleh Mahkamah misalnya dalam kes Melvani v Public
134
Prosecutor [1971] 1 MLJ 137 dan Sau Soo Kim v PP [1975] 2 MLJ Walau bagaimanapun pengakuan salah tidak secara automatik menjadikan Mahkamah berkewajipan untuk memberikan peringangan hukuman sebaliknya ia bergantung kepada keadaan sesuatu kes. Ini dinyatakan dalam kes Public Prosecutor v Govindnan a/l Chinden Nair [1998] 2 MLJ 181. [16] Dalam hal ini lebih menarik menyatakan bahawa pengakuan salah kepada pertuduhan yang diperturunkan tidak boleh diambil kira untuk tujuan meringankan hukuman (PP v Aloywisius Andreas Belia Dafid [2006] 7 CLJ 120). Di dalam kes tersebut Tertuduh pada mulanya dikemukakan pertuduhan di bawah s. 302 Kanun Keseksaan yang kemudiannya diturunkan kepada s. 304(a) Kanun Keseksaan. Tertuduh dalam kes tersebut telah membuat pengakuan salah. YA Hakim Mahkamah Tinggi Sulong Matjeraie menyatakan seperti berikut: “… I would however be more inclined to think that discount may be given (if any) if and when the accused pleads guilty to the original charge and not to the reduced charge. To do so would amount to allowing the accused to have "two bites at a cherry". Further, unlike this instant case, the case quoted extensively by learned counsel for the accused Mohd Abdullah Ang Swee Kang Public Prosecutor (supra) does not involve a loss of life. In any event, the discount rule is not a strict rule of practice as this court may still refuse to grant any discount in the exercise its discretion.” [17] Dalam kes ini kedua-dua Tertuduh telah membuat pengakuan salah. Namun demikian Mahkamah perlu mempertimbangkan kesalahan yang dilakukan oleh Tertuduh-Tertuduh adakah ia mewajarkan pengakuan salah tersebut diambil kira sebagai faktor peringanan? Mahkamah berpendapat ia perlu diseimbangkan dengan kepentingan awam. Ini adalah disebabkan oleh kesalahan yang dilakukan adalah melibatkan pemilikan dadah. Berat dan Jenis Dadah [18] Seterusnya Mahkamah juga mempertimbangkan berat dan jenis dadah yang terlibat iaitu 75.28 gram methamphetamine dan 30 gram methamphetamine. [19] Mahkamah juga mendapati bahawa 30 gram methamphetamine boleh dikenakan hukuman di bawah s. 39A (2) ADB 1952 iaitu berat minimum. Sedangkan kes ini melibatkan berat lebih dua kali ganda iaitu 75.28 gram. Begitu juga dengan pertuduhan kedua yang melibatkan 4.2 gram methamphetamine yang dituduh di bawah s. 12(2) ADB 1952. [20] Pertimbangan kepada berat dadah bagi tujuan pertuduhan di bawah s. 12 (2) ADB 1952 tersebut tidak dapat menjadikan pengakuan salah Tertuduh-Tertuduh sebagai satu-satunya faktor peringanan di dalam kes ini. Ini ditambah pula jenis dadah yang terlibat dalam kes ini adalah dadah yang berat yang sepatutnya tidak dimiliki oleh mana-mana individu serta menyalahi undang-undang.
b
Rayuan berkenaan dengan keadaan peribadi Tertuduh-Tertuduh. [21] Dalam rayuan peringanan peguam bela Tertuduh-Tertuduh dinyatakan bahawa berlaku penyesalahan terhadap kesalahan yang dilakukan dan juga memperihalkan tanggungan keluarga yang perlu dilunaskan oleh Tertuduh-Tertuduh. [22] Mahkamah berpendapat rayuan tersebut perul dilihat dan diberikan perhatian oleh Mahkamah bersama-sama dengan kesalahan yang dilakukan oleh Tertuduh-Tertuduh. Rayuan peribadi tersebut tidak sewajarnya mengatasi kepentingan awam dan tanggungjawab Mahkamah untuk memastikan bahawa tiada perlakuan jenayah dilakukan oleh individu-individu dalam masyarakat. Oleh yang demikian adalah tidak wajar kini Tertuduh-Tertuduh membangkitkan isu peribadi mereka bagi memohon Mahkamah ini mempertimbangkan hukuman yang rendah. [23] Mahkamah juga mengambil kira umur Tertuduh Pertama iaitu 27 tahun dan umur Tertuduh Kedua 32 tahun dalam menentukan hukuman yang sewajarnya dijatuhkan.
c
Rekod kesalahan lalu Tertuduh-Tertuduh. [24] Adalah didapati bahawa pihak pendakwaan telah mengemukakan rekod kesalahan lalu Tertuduh-Tertuduh sebagai P17. Dalam rekod kesalahan lalu tersebut didapati bahawa Tertuduh Pertama telah melakukan kesalahan berkaitan dadah semenjak 25.02.2013 seperti berikut: Tempat Tarikh Kesalahan Dan Ordinan Hukuman Mahkamah Majistret Temerloh 25/02/2013 Memasukkan dadah ke badan sendiri. 1952 Denda RM1600, id 2 bulan penjara dan 2 tahun PS. Mahkamah Majistret Temerloh 02/05/2013 Memiliki dadah. Denda RM2500, id 3 bulan penjara. Mahkamah Majistret Jerantut 16/05/2013 Menerima harta curi dengan curang. Sek. 411 KK. Penjara 10 bulan dari tarikh tangkap. Mahkamah Majistret Temerloh 13/06/2013 Memasukkan dadah ke badan sendiri. 1952 Penjara 4 bulan dari tarikh 26/03/2013 dan 2 tahun PS. Mahkamah Majistret Temerloh 13/06/2013 Memiliki dadah. Penjara 8 bulan dari tarikh 26/03/2013 dan 2 tahun PS. Mahkamah Majistret Temerloh 10/12/2013 Memiliki dadah. Penjara 6 bulan dari tarikh 10/12/2013. Mahkamah Majistret Temerloh 03/02/2015 Memasukkan dadah ke badan sendiri. 1952 Denda RM3000, id 12 bulan Penjara dan 3 tahun PS. Mahkamah Majistret Temerloh 03/02/2015 Memasukkan dadah ke badan sendiri. 1952 Denda RM1500, id 6 bulan Penjara dan 2 tahun PS. Mahkamah Majistret Temerloh 02/04/2015 1) Memiliki dadah berbahaya. 2) Memasukkan dadah berbahaya ke dalam badan sendiri. 1952 1) Denda RM5000, gagal bayar 10 bulan penjara. 2) Denda RM1500, gagal bayar 10 bulan penjara dan 2 tahun pengawasan. Mahkamah Majistret Temerloh 07/09/2016 Memasukkan dadah ke badan sendiri. 1952 Penjara 14 bulan dari tarikh 07/09/2016 dan 2 tahun PS. [25] Manakala Tertuduh Kedua mempunyai rekod kesalahan sedemikian: Tempat Tarikh Kesalahan Dan Ordinan Hukuman Mahkamah Majistret Kuantan 19/10/2016 1) Memiliki dadah. Sek. 12(2) ADB 1952 2) Memiliki dadah. Sek. 12(2) ADB 1952 P1) 8 bulan penjara dari tarikh tangkap 03/08/2016. P2) 9 bulan penjara dari tarikh tangkap 03/08/2016. Mahkamah Majistret Kuantan 18/08/2018 Memasukkan dadah ke dalam badan sendiri. 1952 8 bulan penjara dtt (27/07/2019) dan 2 tahun PS. Mahkamah Majistret Jerantut 11/05/2019 Memasukkan dadah ke dalam badan sendiri. 1952 9 bulan penjara dtt (27/07/2019) dan 2 tahun PS. [26] Rekod kesalahan lalu tersebut menggambarkan bahawa Tertuduh Pertama adalah merupakan pesalah tegar kesalahan yang melibatkan dadah. Mahkamah berpendapat rekod kesalahan lalu tersebut tidak dapat menyokong rayuan peringanan hukuman oleh Tertuduh Pertama bahawa beliau menyesali kesalahan yang telah dilakukan. [27] Oleh itu, Mahkamah perlu memberikan perhatian yang serius kepada kesalahan yang dilakukan oleh Tertuduh Pertama. Mahkamah juga berpendapat adalah wajar untuk Tertuduh Pertama diasingkan daripada masyarakat dalam tempoh yang sewajarnya bagi menghalang masyarakat terdedah kepada kesalahan yang melibatkan dadah oleh Tertuduh Pertama yang boleh memudaratkan kepentingan masyarakat umum. [28] Sementara Tertuduh Kedua pula mempunyai tiga rekod kesalahan yang kesemuanya berkaitan dengan Akta Dadah Berbahaya. Ia juga satu petanda yang menunjukkan bahawa Tertuduh Kedua adalah pesalah berulang dan Mahkamah perlu mengenakan hukuman yang sewajarnya bagi membolehkan kegiatan pemilikan dadah atau kesalahan-kesalahan yang berkaitan dengan Akta Dadah Berbahaya tidak berterusan dilakukan oleh Tertuduh Kedua sehingga menjejaskan kepentingan dan ketenteraman awam.
d
Fakta kes. [29] Penelitian kepada fakta kes seperti yang dikemukakan sebagai eksibit P7 yang diakui sah oleh kedua-dua Tertuduh adalah didapati bahawa semasa serbuan dijalankan telah terserlah fakta yang antara lainnya seperti berikut: “…. Ketika itu kelihatan di atas lantai (1) paket plastik warna coklat dan lutsinar, (1) botol kaca lutsinar yang telah diubahsuai, (1) alat timbang digital warna perak, (1) paket plastik lutsinar berisi plastik lutsinar kosong dan (1) telefon bimbit warna hitam jenama SONY. Disaksikan oleh kedua-dua Tertuduh, Pengadu buat pemeriksaan dalam (1) paket plastik warna coklat dan lutsinar dan didapati ada (11) paket plastik lutsninar berisi ketulan dan serbuk kristal disyaki dadah berbahaya jenis syabu (AB:11.43 gram). Dengan disaksikan kedua-dua Tertuduh, Pengadu telah buat pemeriksaan ke atas (1) kotak speaker warna hitam bertulis AMERON yang ketika itu berada di atas almari kayu kecil di tepi pintu masuk bilik itu. Hasil pemeriksaan menjumpai (1) beg plastik warna biru yang mengandungi (6) paket plastik lutsinar berisi ketulan dan serbuk kristal disyaki dadah berbahaya jenis syabu (AB:186.85 gram).” [30] Fakta kes ini menunjukkan bahawa terdapat peralatan lain yang ditemui bersama-sama dengan dadah-dadah tersebut. Ini perlu diambilkira di dalam penentuan hukuman ke atas Tertuduh-Tertuduh. Apakah tempoh pemenjaraan yang wajar dikenakan kepada Tertuduh-Tertuduh? [31] Mahkamah mempunyai budi bicara untuk mempertimbangkan tempoh pemenjaraan yang wajar berdasarkan kepada prinsip undang-undang dan keadaan fakta dalam sesuatu kes. Ini telah dinyatakan dalam Buku The Process of Criminal Justice Part 11 Trial Proceedings, Sentencing and Appeals, Lee Chong Fook dan Che Audah Hassan LexisNexis 2011 di halaman 371. “The punishable section provides for the type and, sometimes, the minimum and/or the maximum term of imprisonment which the court has discretion to impose. The court has the discretion to be severe or lenient within the limits set by the punishable section. As a general rule, the facts of the case must be considered and its gravity assessed according to the ‘yardstick’ afforded by the legislative in providing for a maximum punishment.” [32] Ini adalah berdasarkan kepada keputusan dalam kes Abdul Karim v. Regina [1954] 1 MLJ 86 oleh Hakim Brown Pemangku Ketua Hakim seperti berikut: “In the matter of punishment, the "type of offence– is the concern of the Legislature, which has provided the maximum punishment which can be inflicted for a serious offence of that type. The particular offence, and the particular offender, are the concern of the Court, whose business it is to decide what punishment is merited upon the facts of the individual case within the limits which the Legislature has provided. Any tendency to standardise punishment for any type of offence is to be deplored because it means that the individual offender is being punished not upon the facts of his particular case but because he has committed an offence of that type. This tendency is particularly to be resisted in imposing punishment for an offence for which the Legislature has not left a wide field of discretion to the Court.” [33] Mahkamah juga merujuk kepada kes Kesavan Senderan v. PP [1999] 1 CLJ 343. Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur setelah menimbangkan kes Yap Teng Chai v PP [1959] 25 MLJ 205, PP v Nazarudin Ahmad & Ors [1993] 2 MLJ 9 dan Lim Yoon Fah v PP [1971] 1 MLJ 37 merumuskan seperti berikut berkenaan dengan perkara-perkara yang perlu diambil kira di dalam penentuan hukuman: “These cases only illustrate that while there are common general principles in fixing sentence, the judge fixing sentence must look at each case individually. He must consider firstly, the nature and seriousness of the particular offence; secondly, the deliberateness with which and the circumstances in which the offence was committed; thirdly, to give a discount for genuine regret; and fourthly, the balance between the public interests in deterrence not only of the accused but of others, and of enabling the accused a chance to turn over a new leaf. Given that some offences may in their commission and circumstances be more serious than others, a sentence of 40% to 50% of the maximum sentence would be an appropriate median point to start with. It would sufficiently reflect the legislature's intent as to the nature and seriousness of the offence. The second consideration comes next. In the event that the circumstances show that the commission of the offence was very much planned, it would warrant a sentence higher than that 40% to 50% of the maximum sentence. So also if the offence is committed against an infant, a child, the weak and defenceless and the old. If the offence was committed accidentally, it would warrant a substantial reduction from that median point. As to the third consideration, a valid factor is whether an accused person is genuinely contrite and regrets what he has done. There are many ways to show such regret. It could be shown by cooperation with investigation, pleading guilty and making amends with the victim of the offence. Cooperation and pleading guilty saves considerable public money and time in investigation and prosecution as well as the time of the court. The public interest in such money and time being saved is considerable since the limited resources could then be utilised or directed to where it is most needed. In cases where a victim is involved, the making of amends with the victim, such as payment of compensation, would contribute substantially to the public's perception and acceptance that justice has been done. In such circumstances a very substantial reduction from the median point would be warranted. Thus on a plea of guilty alone, a discount of 20 to 30% from the sentence that would otherwise have been passed is warranted. The fourth consideration is more tenuous. It would have to be a fine balance between the need for deterrence of others from committing similar offences, and a consideration of the likelihood of the offender from committing the same offence again. Regarding the latter, the age of the offender, that he is first offender, that he has responsibilities of which he may have become even more aware since the specter of imprisonment hung over him and similar circumstances come into consideration. But these matters on their own are secondary to the main issue, which is the balance between the public interest in deterrence and enabling the convict to turn over a new leaf.” [34] Dalam menjalankan budi bicara berkenaan dengan hukuman yang wajar dikenakan Mahkamah ini perlu berhati-hati dan memahami bahawa budi bicara tersebut hendaklah dilaksanakan dengan sewajarnya dan berkaitan dengan kesalahan yang dilakukan serta nilai sosial masyarakat. Ini dapat dilihat dalam artikel menarik oleh Ralph Henham, Emeritus Professor of Criminal Justice and Senior Research Fellow, Nottingham Law School, Nottingham Trent University, UK dalam artikel beliau bertajuk Sentencing Policy, Social Values and Discretionary Justice, Oxford Journal of Legal Studies 2022 Vol. No. 4, 1093 seperti berikut: “The relationship between judicial discretionary power in sentencing and social values is infinitely complex. The origins and meaning of ‘discretion’ in sentencing, the concept and exercise of judicial discretionary power and citizens’ perceptions of what constitutes discretionary ‘justice’ are interrelated issues. ‘Discretion’ implies a degree of individual freedom in judicial decision making with a capacity to interpret or deploy sentencing law and procedure in reaching innovative or constructive solutions. However, the nature of discretionary decision making in sentencing, how decisions are justified and the contextual influences that inform them remain unclear.” [35] Beliau juga turut menyatakan istilah budi bicara perlu dikaitkan dengan kesan penggunaan budi bicara tersebut kepada kepentingan awam seperti berikut: “As suggested, the term ‘discretion’ implies a degree of freedom and capacity in decision making, whereas the notion of ‘justice’ ascribes value to the decisions themselves. ‘Justice’ has interrelated individual and social dimensions whose social meaning should be contextualised relative to time and place. Accordingly, notions of ‘discretionary justice’ should reflect the extent to which sentencers are able to take account of factors which impact the social value of sentencing decisions; for example, the relative impact of social deprivation on criminality. This approach requires a meaningful engagement by decision makers with the moral and social contexts of crime and punishment.” [36] Mahkamah berpendapat bahawa kesalahan yang dilakukan oleh Tertuduh-Tertuduh adalah melibatkan dadah yang telah menjadi masalah utama kepada masyarakat. Mahkamah juga mengambil maklum bahawa terdapat kesalahan-kesalahan jenayah yang berpunca daripada kegiatan pemilikan dadah. Mahkamah tidak wajar menutup mata serta mengunci minda terhadap hakikat bahawa kesalahan dadah telah berleluasa dalam masyarakat sehingga meruntuhkan sistem nilai dan moral masyarakat. Ia juga telah menjerumuskan anggota masyarakat kepada kegiatan jenayah yang berkaitan dengan dadah serta kesalahan-kesalahan jenayah yang lain. Selain daripada menimbangkan kepentingan kepada Tertuduh-Tertuduh berdasarkan kepada rayuan yang dikemukakan untuk peringanan hukuman dan juga kepentingan awam seperti yang dinyatakan oleh Pendakwa Raya Mahkamah berpendapat bagi mengimbangkan kepentingan antara Tertuduh-Tertuduh dengan masyarakat, Mahkamah perlu mempertimbangkan kepentingan masyarakat awam melebihi daripada kepentingan individu di dalam kes ini. Kesimpulan dan Hukuman [37] Berdasarkan kepada pertimbangan-pertimbangan di atas Mahkamah berpendapat bahawa hukuman yang sewajarnya dijatuhkan kepada Tertuduh-Tertuduh adalah seperti berikut: Bagi kes No. CB-45A-2-03/2021
i
Tertuduh Pertama dikenakan hukuman penjara 17 tahun dari tarikh tangkap dan 10 sebatan; dan
II
(ii) Tertuduh Kedua dikenakan hukuman penjara 14 tahun dari tarikh tangkap dan 10 sebatan. Bagi kes No. CB-45-2-05/2021
i
Tertuduh Pertama dikenakan hukuman penjara 20 bulan dari tarikh tangkap; dan
II
(ii) Tertuduh Kedua dikenakan hukuman penjara 14 bulan dari tarikh tangkap. Bertarikh: 04hb. Januari 2023 (ROSLAN MAT NOR) PESURUHJAYA KEHAKIMAN MAHKAMAH TINGGI MALAYA TEMERLOH, PAHANG DARUL MAKMUR PIHAK-PIHAK: Bagi Pihak Pendakwa Raya Nasrul Hadi Abdul Ghani dan Nurul Balkis Zunaidi Timbalan Pendakwa Raya Temerloh, Pahang Darul Makmur Bagi Pihak Tertuduh Pertama Rozilan Abdul Rahman Tetuan Rozilan & Aribah Ahmad Temerloh, Pahang Darul Makmur Bagi Pihak Tertuduh Kedua Mohamad Hamizey Mat Taib Tetuan Jasmadi, Izhan & Azwani Kuantan, Pahang Darul Makmur
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.