Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI KLANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERBICARAAN JENAYAH NO.: BA-45SOM-4-02/2020 ANTARA PENDAKWA RAYA DAN CITARA ALASAN PENGHAKIMAN PENGENALAN [1] OKT dituduh dibawah dengan pertuduhan di Mahkamah ini iaitu: “Bahawa kamu pada 8.1.2020 diantara jam 7.00 pagi hingga 10.00 pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di dalam Daerah Sepang, didalam Negeri Selangor Darul Ehsan telah menjalankan penyeludupan migran iaitu Shayanthini Theivendram seorang warganegara Sri Lanka No. passport N8312729 dan dengan demikian, kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum dibawah seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007”. Hukuman: Jika sabit kesalahan, dihukum dengan penjara selama tempoh tidak melebihi 15 tahun dan boleh juga dikenakan denda atau kedua-duanya sekali. S/N fp8yMBsvxkyq9S8kMg2DA [2] Bagi membuktikan intipati pertuduhan diatas, pihak pendakwaan telah memanggil seramai 6 orang saksi. Mereka adalah: