Content
1
BA-45B-12-06/2020
High Court of Malaysia26 Aug 2022
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“ING portal 20 8 CLJ 893 yang menghuraikan perbezaan di antara seksyen 299 dan 300 Kanun Keseksaan seperti berikut: [13] The basic issue therefore is on the difference between ss. 299 and 300 of the Penal Code. In our view the difference is thin but detectable. The difference is in the degree of probability or likelihoo”
“e Singapore Criminal Court of Appeal, opined as follows on the **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 24 applicability of s. 300(c) of the Singapore Penal Code, which is in pari materia with our own s. 300(c) of the PC: In our opinion cls. (a) and (c) of s. 300”
“15 & 28)". [penekanan ditambah] **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 27 [28] Dalam kes Ahmad Majmi bin Idris & Anor v Pendakwa Raya [2014] MLJU 82 Mahkamah Rayuan memetik kes berikut: [21] In our view, on the facts and the surrounding circumstances of this ca”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1
1
Tuduhan terhadap Tertuduh adalah sebagaimana berikut: “Bahawa kamu pada 19.9.2019 antara jam lebih kurang 11.40 pagi hingga 1.00 petang, bertempat di No.104, Blok 1, Rumah Pangsa PKNS, Kg Tasik Tambahan, 68000 Ampang, Selangor di dalam Daerah Hulu Langat, di dalam negeri Selangor Darul Ehsan, telah melakukan bunuh dengan mengakibatkan kematian terhadap Wong Chooi (No. KP: 431109-71-5436) dan dengan itu kamu telah melakukan 2 suatu kesalahan yang boleh dihukum dibawah seksyen 302 Kanun Keseksaan.” VERSI KES PIHAK PENDAKWA [2] Pada 19.9.2020 kira-kira jam 5.00 petang Lai Sow Wah (SP6) balik dari kerja. Sampai di rumah di No. 104, Blok 1, Rumah Pangsa PKNS, Kg Tasik Tambahan, Ampang, Selangor, SP6 mendapati pintu grill rumahnya dalam keadaan terbuka dan pintu kayu terbuka sedikit. Apabila SP6 masuk ke biliknya mendapati almari baju telah dipecah. SP6 kemudian pergi ke bilik ibunya Wong Chooi (Si Mati). Disitu SP6 mendapati Si Mati dalam keadaan tertiarap di atas katil dengan muka tertangkup di tilam dan tangannya diikat di bahagian belakang serta seluar terlondeh sehingga ke paras lutut. SP6 memanggil Si Mati beberapa kali tetapi tidak ada jawapan. Seterusnya SP6 dapati duit beliau dan barang kemas Si Mati telah hilang. SP6 lalu menghubungi MERS 999.
3
Sementara itu di bahagian DCC, Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang, Koperal Abdul Hatab bin Sangkalang (SP4) pada jam lebih kurang 5.32 petang telah menerima panggilan dari MERS 999 dari seorang lelaki cina memaklumkan tentang kejadian. SP4 lalu menjadikan maklumat yang 3 diterima sebagai laporan maklumat pertama sebagaimana Ampang Report 21367/19 (P18) dan memaklumkan maklumat kepada pegawai DCC dan MPV bertugas.
4
Insp Mohamad Hazrul bin Samsuddin (SP17) telah menerima dari bilik gerakan IPD Ampang Jaya berkaitan maklumat tersebut dan diarahkan untuk ke tempat kejadian. SP17 bersama sepasukan anggota polis telah pergi ke tempat kejadian. SP17 mendapati rumah kejadian di tingkat satu Flat dan telah berjumpa dengan SP6. SP17 mendapati di dalam bilik terdapat Si Mati dalam keadaan terlangkup dan kedua-dua tangan terikat ke bahagian belakang. SP17 telah memasang tali kuning di rumah kejadian dan menunggu Pegawai Penyiasat datang. Pegawai Penyiasat DSP Wiswannadan a/l Ayakandoo (SP18) sampai di tempat kejadian bersama jurugambar pada jam lebih kurang 6.00 petang.
Preamble
Menurut SP18 Si Mati telah di periksa oleh Dr Khairah Afira binti Rozali, Pegawai Perubatan di Bahagian Jabatan Kecemasan Hospital Ampang semasa di tempat kejadian dan mengesahkan kematian Si Mati pada jam 6.06 petang. [5] Sementara itu pada hari yang sama kira-kira jam 9.00 pagi di kedai Pajak gadai Yong Fong di Jalan 17, Kampung Baru Ampang seorang lelaki India (Tertuduh) datang berjumpa pekerja kedai tersebut dikenali sebagai Low Huong Ling (SP10) untuk menggadai rantai leher. Memandangkan Tertuduh tidak membawa kad pengenalan SP10 tidak menerima gadaian itu dan Tertuduh telah pergi dari situ. [6] Tertuduh telah pergi ke sebuah restoren berhampiran. Tertuduh berjumpa dengan seorang pemandu lori bernama Hari Krishnan a/l Naidu (SP8) di restoran tersebut yang kebetulan telah pergi ke restoran itu untuk makan. Setelah memunggah muatan lorinya, Tertuduh telah meminta pertolongan dari SP8 untuk beliau mengadaikan rantai leher tersebut. Tertuduh memberitahu SP8 bahawa dia tidak boleh menggadai rantai leher itu itu sebab dia tidak mempunyai kad pengenalan. Pada mulanya SP8 enggan menolong. Tetapi Tertuduh merayu atas alasan memerlukan wang segera untuk mengubati anaknya yang sakit dan mengatakan rantai leher itu milik Tertuduh. Akhirnya SP8 bersetuju menolong Tertuduh. [7] Tertuduh dan SP8 telah pergi ke kedai pajak gadai SP10. Tertuduh telah menggadai rantai leher (P10(4)) berkenaan dengan menggunakan kad pengenalan SP8. SP10 telah mengeluarkan resit pajak gadai rantai leher tersebut (P10(1) dan (2)) dengan harga jualan RM900.00 atas nama SP8. [8] Pada hari yang sama kira-kira jam 8.30 malam Insp Nor Harman bin Ab. Hamid (SP11) telah pergi ke tempat kejadian atas arahan Pegawai Penyiasat ASP Wiswannadan a/l Ayakanda (SP18). Di tempat kejadian SP 11 mendapati SP18 dan pasukan forensik HUKM yang diketuai oleh Prof Madya Dr/ Mohd Swarhib (SP19) telah ada ditempat kejadian. SP11 mendapati terdapat mayat Si Mati di bilik kejadian. SP11 telah mengutip beberapa barang kes di tempat kejadian antaranya kesan cap jari yang ditimbulkan dari pintu almari di dalam bilik tidur Si Mati bertanda F4 (P38
2
(2)(d)) dan kesan cari yang ditimbulkan dari tabung besi warna Biofis merah di atas meja dalam bilik tidur Si Mati yang ditandakan F5 (P38(2)(e)) dan keratan kain tilam berkesan darah diambil di atas katil Si Mati (P37(1) (a)). Barang kes diserahkan kepada SP18 dan kemudian dihatar kepada Pemeriksa Cap Jari Rabidin bin Mohd Zin (SP15) untuk dianalisa. Mayat Si Mati kemudian dihantar ke PPUKM Cheras untuk dibedah siasat. Bedah siasat telah dijalankan oleh Prof Madya Dr. Mohd Swarhib @ Aung Thu Ya (SP19). [9] Pegawai Penyiasat SP8 dalam siasatannya mendapati di kawasan sekitar tempat kejadian terdapat kemera CCTV di rumah no 207, Tingkat 1, Blok 2, Flat PKNS, Jalan Tasik Tambahan 2, Tasik Tambahan, Ampang. Tuan punya rumah berkenaan Ang Yew Hing (SP7) telah menyerahkan satu pendrive yang mengandungi rakaman CCTV kepada SP8. SP8 telah menghantar rakaman CCTV tersebut kepada Inspektor Nur Fairus binti Idris (SP12) untuk dianalisa. Analisa menunjukkan terdapat imej Tertuduh di kawasan rumah kejadian pada tarikh kejadian tersebut. [10] Pada 9.10.2019, Inspektor Ebby Firdaus bin Mansor (SP14) bertindak atas maklumat telah pergi ke rumah no. J145, Sri Tanjung Aprtment, Jalan Bandar Puchong Jaya, Selangor dan telah menangkap Tertuduh. SP14 pada 11.10.2019 telah menjalankan soal siasat atas Tertuduh. Hasil soal siasat Tertuduh telah memberi maklumat dan menunjuk arah kepada SP14 akan kedai Pajak gadai SP10 di mana rantai leher dipajakkan. [11] SP19 telah menjalankan bedah siasat atas mayat Si Mati pada 20.9.2019 dan menyediakan laporan (P50) dan mendapati bahawa terdapat sebanyak 31 kecederaan di tubuh Si Mati termasuk terdapat koyakan lecek dan lebam di kemaluan dan dubur Si Mati yang menunjukkan terdapat kemasukan fizikal serta lebam di kepala, muka, tangan dan kedua-dua belah tangan disebabkan kecederaan tumpul. SP19 turut mendapati di dalam mulut Si Mati terdapat a blood stained short sleeved children dress with colorful button…the cloth was crumpled and wet serta di muka Si Mati terdapat two blouses wrapped in two layer around the face yang mana di bahagian luar – a short sleeve colorful blouse wrapping one loop on the face fully covering the mouth and partially covering the nostrils ..the wrap was tight with a knot on the left cheek dan di bahagian dalam – a colorful short sleeve blouse wrapping one loop on face fully covering the mouth serta di bahagian tangan Si Mati kedua-dua tangan diikat di bahadian belakang . SP19 mendapati punca kematian Si Mati Consistent with suffocation. SP19 turut mengambil sampel spesimen (lihat P59 dan P58 serta P62 dan P61) untuk dianalisa oleh Jabatan Kimia Malaysia: Blood sample for toxicology, right and left fingernail, scalp hair, blood at FTA card, anal swab, perianal swab, vulva swab, low and high vaginal swab, clothing, wrist tie (brassiere), external head covering (blouse), internal head covering (blouse), mouth gag (children cloth), blause (wore by deceased), pants (wore by deceased) SP19 turut mengambil spesimen darah Tertuduh dan FTA kad yang mengandungi kesan spesimen darah Tertuduh untuk dijalankan analisa DNA (lihat P64 dan P63). [12] Sementara itu dalam analisa SP15 terhadap kesan cap jari mendapati kesan cap cari pada kad lifting bertanda F4 dan F5 sama dengan cap jari Tertuduh dalam Sistem Rekod Pusat RJ 2340164 dan rakam cap tapak tangan kanan Tertuduh pada borang POL RJ 2C. Beban Pembuktian Undang-undang [13] Adalah menjadi prinsip undang-undang yang mantap bahawa beban pembuktian di akhir kes pihak pendakwaan terletak di bahu pihak pendakwaan untuk membuktikan satu kes prima facie sebelum membolehkan mahkamah memanggil Tertuduh membela diri sebagaimana kehendak yang ditetapkan di bawah seksyen 180 Kanun Tatacara Jenayah. [14] Kes prima facie adalah di mana pihak pendakwaan telah mengemukakan satu keterangan kukuh (credible evidence) yang membuktikan setiap satu faktor atau intipati kesalahan yang jika tidak dipatahkan atau diterangkan akan mewajarkan satu sabitan atas Tertuduh. [15] Dalam kes PP v Mohd Radzi bin Abu Bakar [2005] 6 MLJ 393 Mahkamah Rayuan menghuraikan langkah dalam menentukan tahap kes prima facie itu iaitu dengan menilai secara maksima keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan dengan menilai kredibiliti saksi dan mengambil kira inferen yang boleh dibuat daripada keterangan itu serta jika keterangan itu membayangkan dua atau lebih inferen maka inferen yang lebih berpihak pada Tertuduh harus dibuat. Akhirnya sekiranya dari keterangan itu jika Tertuduh dipanggil membela diri dan Tertuduh memilih untuk berdiam diri adakah mahkamah bersedia mensabitkan Tertuduh berdasarkan keterangan yang telah dikemukakan dan jika jawapan ya maka satu kes prima facie telah berjaya dikemukakan. [16] Di dalam kes Ahmad Najib bin Aris v Pendakwa Raya (2009) 2 CLJ 800 Mahkamah Persekutuan memperjelaskan lagi kedudukan undang-undang di akhir kes Pihak Pendakwaan dengan mengatakan: “In dealing with the question as to the position of the law at the end of the prosecution's case and the steps to be taken by the trial judge, useful reference may be made to the judgment of this court in Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85 where the following pronouncements were made:
a
In deciding whether a prima facie case has been established under the new s. 180 CPC, a maximum evaluation of all the evidence adduced by the prosecution must be done and a prima facie case is one that is sufficient for the accused to answer, and the evidence adduced must be such that it can only be surmounted by evidence in rebuttal.
b
If the evidence is unrebutted, and the accused remains silent, he must be convicted. Therefore, the test to be applied at the end of the prosecution's case is whether there is sufficient evidence to convict the accused if he chooses to remain silent, which if answered in the affirmative, means that a prima facie case has been made out.
c
Whenever the accused has chosen to remain silent, there is no necessity to re-evaluate the evidence to determine whether there is a reasonable doubt in the absence of any further evidence.” Penilaian dan dapatan Mahkamah A. Sama ada Wong Chooi (Si Mati) telah mati [17] Dalam kes ini pihak pendakwaan telah berjaya menunjukan bahawa Wong Chooi No. KP: 341109-71-5436 telah mati. Keterangan SP19 mengesahkan mayat yang diterima untuk bedah siasat berbangkit dari Ampang Report 21367/2019 (P18) adalah mayat seorang perempuan Cina dikenali sebagai Wong Chooi memegang kad pengenalan 341109- 71-5436 yang telah disahkan mati oleh SP19. SP3 Lai Sow Heng yang merupakan anak Si Mati telah mengecamkan mayat Si Mati sebelum bedah siasat di jalankan. SP6 juga turut mengecam Si Mati melalui gambar P14. Dengan itu Mahkamah ini dapati pihak pendakwaan telah membuktikan elemen pertama ini. B. Sama ada punca kematian Si Mati adalah disebabkan oleh kecederaan yang dialami oleh Si Mati [18] Daripada keterangan SP19 yang merupakan Pakar Bedah Forensik yang menjalankan bedah siasat terhadap mayat Si Mati menujukkan Si Mati mati akibat dari kecederaan yang dialaminya. [19] Si Mati telah disahkan mati oleh Dr Khairah Afira binti Rozali pada 19.9.2019 jam 6.06 petang. Ini dinyatakan oleh Pegawai Penyiasat SP18 dan disahkan oleh SP19 (P50). SP19 semasa bedah siasat mendapati terdapat beberapa kesan lebam di bahagian badan dan kecederaan di bahagian kemaluan dan dubur. Terdapat 31 kesan-kesan kecederaan atas simati yang diterangkan sebagai:
1
Petechial haemorrhages over the nasal bridge, left cheek and left upper chest.
2
Bruise 5x3cm over the central forehead.
3
Bruise 5x3.5cm over the left eye.
4
Bruise 4x2cm at left temporal region.
5
Bruise 2.5x2cm at right temporal region.
6
Bruise 4.5x3cm at tip of the nose.
7
Abrasion 3x1cm and bruise 6x4cm over the right cheek.
8
Abrasion 2.5x1cm at left side of philtrum.
9
Abraded bruise 3x1cm at left upper lip.
10
Abrasion 2x0.5cm at right upper lip.
11
Abrasion 6x1.5cm at lower lip.
12
Bruise 4x2.5cm over the left mandible.
13
Bruise 4x3cm at anterior aspect of right mid arm.
14
Bruise 7.5x6cm at the back of right arm.
15
Bruise 3.5x2.5cm over right elbow.
16
Bruise 2.5x2cm over lateral aspect of right forearm.
17
Bruise 11x8cm at lateral aspect of right wrist.
18
Bruise 9x8cm over dorsum of right hand.
19
A group of small bruises over 17x11cm at anterior aspect of left arm.
20
Bruise 7x6cm at the back of left arm.
21
Bruise 4x3cm at the back of left forearm.
22
Bruise 9x3cm at lateral aspect of left wrist.
23
Bruise 6x5cm over the dorsum of left hand.
24
Bruise 4x3cm over the dorsum of left fingers.
25
A purpura 15x7cm at right upper chest.
26
Bruise 4x2cm over the right inguinal area.
27
A group of small bruises over 7x6cm at left inguinal area.
28
Bruise 2x1 cm at front aspect of right thigh.
29
Bruise 0.5x0.5cm at urethral opening.
30
Superficial tear 2.5x0.5cm and surrounding bruise 2x2cm at fourchette of vagina.
31
Abraded bruise 6x3cm at three to six o'clock area of anal mucosa. Walaubagaimanapun kecederaan bukan berkaitan dengan sebab kematian. [20] Namun dalam pemeriksaan SP19 terhadap jasad Si Mati mendapati terdapat beberapa lapisan kain yang disumbat ke dalam mulut Si Mati (mouth gag) dan di bahagian bahagian luar mulut terdapat dua helai kain pakian yang membalut di bahagian muka Si Mati yang di bahagian balutan atas kain pakaian itu telah membalut muka sehingga menutup sepenuhnya mulut dan sebahagian lubang hidung Si Mati. Sementara di lapisan dalamnya terdapat satu lagi kain pakaian yang telah membaluti sepenuhnya mulut Si Mati. Secara jelasnya penerangan SP19 dapat dilihat dari gambar bedah siasat P15 No .19 hingga 35. [21] Menurut SP19 gumpalan kain yang disumbat dalam mulut Si mati (mouth gag) seperti yang dapat dilihat di gambar no: 28 sehingga 35 ini yang menyebabkan Si Mati sukar bernafas. Cara gag itu disumbat jauh ke dalam mulut Si Mati menyebabkan ruang pernafasan Si Mati yang mana ruang udara hidung dan mulut dari ruang yang sama terhalang sehingga menyebabkan kematian Si Mati. Hasil bedah siasat SP19 mendapati kematian Si Mati itu disebabkan atau adalah consistent with suffocation. SP19 dalam keterangan menyatakan:
3
Post Mortem examination revealed that there were cloths applied externally to the mouth and nostrils, with presence of mouth gag (baby dress) and mucus in nostrils that could obstruct the airway breathing which resulted in asphyxia. This was evidenced by petechiae haemorrhages on the eyes and the face.
4
The body also showed multiple bruises over the face, arms, forearms and hands caused by blunt trauma. The restraint was also found at the wrists and tied at the back. Abrasions and bruises around anus and urogenital regions showed evidence of physical penetration.
5
Her death was consistent with suffocation. [22] Dengan itu Mahkamah ini dapati punca kematian Si Mati adalah disebabkan kecederaan pernafasan yang dialaminya. C. Sama ada kecederaan yang dialami oleh Si Mati adalah disebabkan perbuatan Tertuduh [23] Pihak pendakwaan bergantung kepada keterangan secara langsung dan keterangan ikut keadaan dalam membuktikan bahawa Tertuduh yang menyebabkan kecederaan tersebut terhadap Si Mati. [24] Keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan adalah: a. Keterangan SP7 yang merupakan pemilik rakam CCTV di rumah di kawasan sekitar tempat kejadian yang telah membekalkan rakam CCTV itu kepada SP18 bagi tarikh kejadian 19.9.2019. SP18 telah membuat permohonan kepada SP12 untuk mengeluarkan imej satu lelaki India berjalan kaki di kawasan flat PKNS pada 19.19.2019. Setelah di analisa SP12 mendapati imej satu pergerakan suspek (Tertuduh) antara jam 11:52:30 dan 12.43.56 dalam rakaman CCTV tersebut. Ini menunjukkan Tertuduh berada di kawasan kejadian antara pukul 11:52:30 pagi dan 12:46:56 tengahari pada 19.9.2019; b. Keterangan SP15 yang menganalisa kesan cap jari pada kad lifting bertanda F4 dan F5 yang ditimbulkan oleh SP11 dari pintu almari dan tabung besi dalam bilik kejadian mendapati bahawa kesan cap jari itu milik Tertuduh; c. Keterangan SP9 yang merupakan Penolong Pendaftar Mahkamah Ampang yang mengesahkan bahawa Tertuduh telah dituduh di Mahkamah tersebut bagi satu kesalahan lain terhadap Si Mati yang sama pada tarikh dan masa kejadian yang sama dengan kejadian ini di bawah seksyen 376 dan 377 Kanun Keseksaan yang didaftarkan sebagai BC-S2-62JS-2-10/19. Tertuduh telah mengaku salah atas kedua-dua kesalahan seksual itu (lihat P25, P26 dan P27). Dalam membuktikan kedua-dua kesalahan itu pihak pendakwaan telah mengemukakan laporan bedah siasat SP19 yang sama (lihat P30) yang menunjukkan terdapat koyakan lecek dan lebam di kemaluan dan dubur Si Mati iaitu kecederaan ke 30 dan 31 sebagai superficial tear 2.5 x 0.5 cm and surrounding bruise 2x2 cm at fourchette of vagina; abraded bruise 6x3 cm at three to six o’clock area of anal mucosa. Keterangan SP19 menunjukkan abrasion and bruises around anus and urogenital region showed evidence of physical penetaration. Keterangan ini menunjukkan Tertuduh adalah orang yang sama menyebabkan kecederaan pada tubuh Si Mati pada hari dan masa yang sama sehingga menyebabkan Si Mati mati. d. Keterangan SP13 yang merupakan ahli kimia yang menjalankan analisa DNA terhadap sampel spesimen darah dan lain-lain yang diambil dari Si Mati dan Tertuduh yang mendapati: a. Terdapat profil DNA Tertuduh dari kesatan putik kapas WC6(g) yang merupakan Vulva swap Si Mati, kesan air mani pada sarung tilam atau keratan kain tilam WC1 atas katil Si Mati dari kesan air mani pada baju dalam WC7(a) serta dari baju WC7(c) yang dipakai oleh Si Mati; dan b. Satu profil DNA bercampur diperolehi dari putik kapas WC6(h) (high vaginal swab Si Mati) dan putik kapas WC6(i) (low vaginal swab Si Mati) yang mempunyai kesan spermatozoa yang terdiri dari dua individu. Profil DNA Si Mati dan Tertuduh yang merupakan penyumbang major dan minor kepada profil DNA bercampur itu. Perkara ini mengesahkan bahawa kehadiran dan kebersamaan Tertuduh dengan Si Mati sebelum Si Mati mati. Begitu juga ia menunjukan berlaku perlakuan seksual antara Tertuduh dengan Si Mati yang juga disokong dengan pengakuan Tertuduh di Mahkamah Sesyen akan kesalahan yang dilakukannya di bawah seksen 376 dan 377 Kanun Keseksaan terhadap Si Mati; e. Keterangan SP6 yang mendapati almari yang menyimpan rantai emas ibunya (P10 (5)) telah dipecahkan dan rantai emas tersebut telah hilang pada hari kejadian itu. Keterangan SP10 yang merupakan pekerja kedai pajak gadai mengesahkan Tertuduh telah datang ke kedainya dan telah menggadaikan rantai emas tersebut melalui seorang lelaki India SP8 kerana Tertuduh tidak mempunyai kad pengenalan. Keterangan SP10 ini disokong oleh keterangan SP8 dan keterangan rakaman CCTV di kedai pajak tersebut yang menunjukkan imej Tertuduh kehadiran di kedai tersebut serta keterangan resit pajak rantai emas (P10 (1) dan P10 (2)) yang dikeluarkan oleh SP10. SP6 dan SP10 telah cam rantai emas P10(5) tersebut. Pelakuan menggadai dan milikan rantai emas oleh Tertuduh sebaik saja kejadian ini menunjukkan Tertuduh berada di rumah kejadian dan orang yang melakukan pembunuhan terhadap Si Mati. Keterangan ini juga disokong juga dengan keterangan terdapat kesan cap jari Tertuduh pada almari tersebut yang menunjukkan sememangnya Tertuduh yang mengambil rantai emas itu dan yang berada di tempat kejadian pada masa-masa kejadian bunuh itu. [25] Daripada keseluruhan keterangan di atas Mahkamah ini dapati bahawa Tertuduh berada di rumah kejadian pada masa-masa yang material dan Tertuduh telah mencederakan Si Mati sehingga menyebabkan Si Mati mati. D. Sama ada Tertuduh mempunyai niat untuk membunuh Si Mati [26] Di dalam merujuk sama ada kecederaan yang dialami oleh Si Mati adalah tergolong di bawah definasi membunuh dalam seksyen 300 Kanun Keseksaan, Mahkamah ini mendapat panduan daripada nas keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes PP v Megat Sharizat Shahrur [2011] 8 CLJ 893 yang menghuraikan perbezaan di antara seksyen 299 dan 300 Kanun Keseksaan seperti berikut: [13] The basic issue therefore is on the difference between ss. 299 and 300 of the Penal Code. In our view the difference is thin but detectable. The difference is in the degree of probability or likelihood of causing death. This is what was said in Tham Kai Yau & Ors v. PP [1976] 1 LNS 159; [1977] 1 MLJ 174 at p. 176: Section 299, Penal Code enacts that a person commits culpable homicide, if the act by which the death is caused is done: (a) with the intention to cause death; (b) with the intention of causing such bodily injury as is likely to cause death; (c) with the knowledge that... the act is likely to cause death. Section 300, Penal Code defines murder as follows. Except in the cases hereinafter excepted, culpable homicide is murder, if the act by which the death is caused is done: (1) with the intention of causing death; (2) with the intention of causing such bodily injury as the offender knows to be likely to cause the death of the person to whom the harm is caused;
3
with the intention of causing such bodily injury to any person, and... is sufficient in the ordinary course of nature to cause death;
4
with the knowledge that the act is so imminently dangerous that it must in all probability cause death, or such bodily injury as is likely to cause death. The words which I have italized show the marked differences between the two offences. Where there is an intention to kill, as in (a) and (1), the offence is always murder. Where there is no intention to cause death or bodily injury, then (c) and (4) apply. Whether the offence is culpable homicide or murder depends upon the degree of risk to human life. If death is a likely result, it is culpable homicide; if it is the most probable result, it is murder. Illustration (d) of section 300, Penal Code is a case of this description. Where the offender knows that the particular person injured is likely, either from peculiarity of constitution, immature age, or other special circumstances, to be killed by an injury which would not ordinarily cause death, it is murder. Illustration (b) of section 300, Penal Code is a good example. The essence of (b) and (3) is this. It is culpable homicide if the bodily injury intended to be inflicted is likely to cause death; it is murder, if such injury is sufficient in the ordinary course of nature to cause death. Illustration (c) given in section 300, Penal Code is an example. It is on a comparison of these two limbs of section 299 and section 300 that the decision of doubtful cases as the present must generally depend. The distinction is fine, but noticeable. In the last analysis, it is a question of degree of probability. A comparison that frequently arises in the application of sections 299 and 300 is the tenuous contention that section 299 is not a substantive offence and therefore an offence is either murder or culpable homicide according to whether or not one of the exceptions to section 300 apply, and if by reason of the absence of the necessary degree of mens rea an offence does not fall within section 300, it cannot be one of culpable homicide not amounting to murder punishable under section 304, Penal Code, but would amount to causing grievous hurt. In our view, the correct approach to the application of the two sections is this. Section 299 clearly defines the offence of culpable homicide. Culpable homicide may not amount to murder (a) where the evidence is sufficient to constitute murder, but one or more of the exceptions to section 300, Penal Code apply, and (b) where the necessary degree of mens rea specified in section 299 is present, but not the special degrees of mens rea referred to in section 300, Penal Code. We would like in this connection to express the need to bear in mind that all cases falling within section 300, Penal Code must necessarily fall within section 299, but all cases falling within section 299 do not necessarily fall within section 300. The first part of section 304, Penal Code covers cases which by reason of the exceptions are taken out of the purview of section 300, clauses (1), (2) and (3) but otherwise would fall within it and also cases which fall within the second part of section 299, but not within section 300, clauses (2) and (3). The second part of section 304, Penal Code covers cases falling within the third part of section 299 not falling within section 300, clause (4). [14] Thus, if death is an imminent result, it falls under s. 300. If on the other hand, that death is a likely result, it falls under s. 299. It would be safe to conclude that all cases under s. 300 would fall under s. 299 as well, but this is not necessarily so vice versa. [penekanan ditambah] [26] Dalam kes ini pihak pendakwaan bergantung kepada limb(c) di bawah sekseyen 300 Kanun Keseksaan iaitu Tertuduh berniat untuk menyebabkan kecederaan atau bencana tubuh kepada Si Mati dan kecederaan yang dikenakan itu adalah cukup, pada lazimnya, bagi menyebabkan kematian Si Mati. [27] Apa yang penting dalam perbuatan Tertuduh di bawah cabang ( c) seksyen 300 ini bukannya niat menyebabkan kematian itu tetapi niat Tertuduh untuk mendatangkan kecederaan pada Si Mati yang kecederaan itu pada kebiasaannya membawa kebarangkalian kematian itu tinggi. Ini cukup untuk mengatakan Tertuduh melakukan pembunuhan terhadap Si Mati. Dalam hal ini adalah baik jika dirujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes PP v. Ramayah Ramalu & Another Appeal [2016] 8 CLJ 226 Mahkamah Rayuan dalam membincangkan ciri-ciri di bawah seksyen 300(c) Kanun Keseksaan telah merujuk kepada kes PP v. Visuvanathan [1977] 1 LNS 103 dengan mengatakan: "[58] In PP v. Visuvanathan [1977] 1 LNS 103; [1978] 1 MLJ 159, the Singapore Criminal Court of Appeal, opined as follows on the applicability of s. 300(c) of the Singapore Penal Code, which is in pari materia with our own s. 300(c) of the PC: In our opinion cls. (a) and (c) of s. 300 are meant to cover different acts, i.e, acts done with different intentions. The cases show that cl. (c) is meant to apply in circumstances where the assailant had no intention of causing death but has nevertheless intentionally (and not accidentally) inflicted a bodily injury sufficient in the ordinary course of nature to cause death. Under cl. (c) one the intention to cause the bodily injury actually found to be present is proved, the rest of the inquiry ceases to be subjective and becomes purely objective and the only question is whether, as a matter of purely objective inference, the injury is sufficient in the ordinary course of nature to cause death. It is irrelevant and totally unnecessary to enquire what kind of injury the accused intended to inflict. The crucial question always is, was the injury found to be present intended or accidental. As was observed by Bose J in Virsa Singh's at p. 476: It does not matter that there was no intention... to cause injury of a kind that is sufficient to cause death in the ordinary course of nature." Seterusnya Mahkamah Rayuan mengatakan: "[63] Hence, the next issue is whether such injuries arising out of the stab wound suffered by the deceased were sufficient in the ordinary cause of nature to cause death. PW8 had testified that the injuries suffered by the deceased were indeed grave and serious. The details of the injuries arising out of the stab wound has been discussed at para. 23 above. On the facts, viewed objectively, there can be no doubt that the said injuries carried a high probability to cause death. Equally there can be no doubt that the said injuries are sufficient to cause death in the ordinary cause of nature. In fact PW8 testified that death was swift. It occurred soon after the stab wound was inflicted. [64] In this regard it is immaterial whether the second respondent has the subjective knowledge of the consequence of inflicting such injuries upon the deceased or whether he has the knowledge that the injuries inflicted carried a high probability of causing the death of the deceased or whether he intended the direct consequence of causing those injuries upon the deceased. [65] It does not also matter that there was no intention even to cause an injury of a kind that is sufficient to cause death in the ordinary cause of nature or whether the second respondent harboured an intention to cause the death of the accused at the material time or otherwise or that there is no knowledge that the act of the kind committed by him will be likely to cause death. [66] Once it is established that the second respondent intended the injuries that is sufficient in the ordinary course of nature to cause death, the act of the second respondent is murder within the ambit of s. 300(c) of the PC. We do so opined without more. [67] The second respondent's defence is untenable in the light of the medical evidence that supported the uncontroverted testimony of PW5. It has neither raise a reasonable doubt upon the prima facie case finding of the learned trial judge against him on the original charge under s. of the PC. [61] Mahkamah ini juga merujuk kepada kes Muhamad Faizul Dzulkifli v. PP [2017] 3 CLJ 424 yang membawa kepada pendekatan yang sama mengatakan: "[2] Under s. 300(c) of the Penal Code, murder may be committed by a person not only when he intends to cause the unlawful killing of another person or persons, but that it may also be committed if he intentionally causes injury to a person which injury, in the ordinary course of nature would cause death. The appellant had elbowed and kneed the deceased on his head. The injury inflicted on the head of the deceased by the appellant had caused internal bleeding in his brain and is one in the normal course of nature to cause death. Such injury in most probability would cause death. It is not an act that is only likely to cause death. In the circumstances, the injury sustained by the deceased that was attributable to the appellant was sufficient in the course of nature to cause death and the deceased died as a direct result thereof and not because of any other cause. Therefore, a charge for murder as envisaged under limb (c) to s. 300 of the Penal Code had been made out against the appellant. (paras 18, 15 & 28)". [penekanan ditambah] [28] Dalam kes Ahmad Majmi bin Idris & Anor v Pendakwa Raya [2014] MLJU 82 Mahkamah Rayuan memetik kes berikut: [21] In our view, on the facts and the surrounding circumstances of this case, the learned JC had correctly concluded that the act of the appellants and Eddy is murder within the meaning of s 300(d) of the Code, which provides that all unlawful killings are murder if it is done with the intention of causing bodily injury to any person, and the bodily injury intended to be inflicted is sufficient in the ordinary course of nature to cause death. In the case of Rajwant Singh AIR 1966 SC 1874, Hidayatuilah J explained this provision in the following words: The third clause discards the test of subjective knowledge. It deals with acts done with the intention of causing bodily injury to a person and the bodily injury intended to be inflicted is sufficient in the ordinary course of nature to cause death. [2014] 3 MLJ 368 at 378 . In this clause the result of the intentionally caused injury must be viewed objectively. If the injury that the offender intends causing and does cause is sufficient to cause death in the ordinary way of nature the offence is murder whether the offender intended causing death or not and whether the offender had a subjective knowledge of the consequences or not. As was laid down in Virsa Singh v State of Punjab, 1958 SCR 1495 : (AIR 1958 SC 465) for the application of this clause it must be first established that an injury is caused, next it must be established objectively what the nature of that injury in the ordinary course of nature is. If the injury is found to be sufficient to cause death one test is satisfied. Then it must be proved that there was an intention to inflict that very injury and not some other injury and that it was not accidental or unintentional. If this is also held against the offender, the offence of murder is established. [penekanan ditambah] [29] Dengan itu berdasarkan nas kes-kes di atas, Mahkamah ini dapati dari fakta kes dan keterangan SP19 dilihat secara objektifnya, tidak ada keraguan bahawa kecederaan yang dialami oleh Si Mati membawa kepada kebarangkalian kematian yang tinggi. Serupa seperti tiada apa-apa keraguan bahawa kecederaan-kecederaan itu merupakan kecederaan yang cukup pada sifat lazimnya akan menyebabkan kematian. Perkara ini dapat dilihat daripada fakta dan keterangan berikut: a) Tertuduh telah menyumbat mulut Si Mati dengan beberapa helai kain (gag) jauh ke dalam rongga pernafasan Si Mati yang merupakan tempat yang sensitif dan penting kepada ruang penafasan seseorang. Perbuatan menyumbat sebegitu rupa mulut Si Mati yang merupakan ruang penafasan penting menunjukkan niat Tertuduh untuk mendatangkan kecederaan yang biasanya boleh menyebabkan lemas dan tidak bernafas dan menyebabkan kematiannya. Tentunya Tertuduh mengetahui bahawa perbuatan sedemikian rupa akan membawa kebarangkalian Si Mati mati amat tinggi sekali. Menurut SP19 semasa diperiksa balas menyatakan: Q: But the person who put the gag in the mouth may not have realized that may cause a death, correct? A. It is difficult answer. If he put the mouth gag is too much in the mouth definitely it will be suffocated and died. b) cara Tertuduh melakukan perbuatan itu dengan bukan sahaja menyumbat mulut Si Mati dengan gumpanan kain yang jauh ke dalam yang memenuhi ruang mulut Si Mati malahan telah turut membalut dan mengikat dengan kain pakaian bahagian bahagian luar mulut Si Mati sehingga menutup hidung Si Mati dan seterusnya di balut sekali lagi dengan kain yang memenuhi ruang muka Si Mati seperti yang dijelaskan oleh SP19. Bahkan SP19 juga menyatakan terdapat darah di gumpalan kain dalam mulut Si Mati akibat kepatahan gigi Si Mati yang menunjukkan betapa kasar dan kuat perbuatan Tertuduh itu; c) perbuatan Tertuduh mengikat kedua-dua tangan Si Mati ke bahagian belakang seperti kata SP19 dalam penyataan saksinya bahawa Si Mati both hands were tied at the back around the wrist with a beige color brassiere, no brand and size, wrapping two loops around the wrists with two kots. Perlakuan jelas menunjukkan niat Tertuduh untuk menghalang atau tidak membolehkan Si Mati melepaskan gumpalan kain yang disumbatkan ke dalam mulut Si Mati; d) perbuatan Tertuduh membiarkan dan meninggalkan Si Mati dalam keadaan mulut disumbat dan tangan diikat serta membiarkan Si Mati dalam keadaan berlingkup dengan muka tertiarap di tilam; e) Perbuatan Tertuduh merogol dan meliwat Si Mati dalam keadaan usia Si Mati menjangkau 85 tahun; f) keterangan SP19 yang mendapati kebanyakan kecederaan lebam dari 31 kecederaan yang dialami oleh Si Mati termasuk kecederaan lebam di belakang kepala dan bahagian muka (merujuk kepada gamanar P15 n0. 63 hingga 65 dan 67) menunjukan Si Mati diserang secara fizikal. SP19 semasa pemeriksaan utama mengatakan: Q: As the person who did the examination on the deceased, other than finding the caused of death what the other injuries might be highlight on your post mortem? A: There were injuries, bruises it can be seen on back of the head (picture no.63 to 65 and 67) g) Keterangan SP19 yang mendapati:
3
Post Mortem examination revealed that there were cloths applied externally to the mouth and nostrils, with presence of mouth gag (baby dress) and mucus in nostrils that could obstruct the airway breathing which resulted in asphyxia. This was evidenced by petechiae haemorrhages on the eyes and the face.
4
The body also showed multiple bruises over the face, arms, forearms and hands caused by blunt trauma. The restraint was also found at the wrists and tied at the back. Abrasions and bruises around anus and urogenital regions showed evidence of physical penetration.
5
Her death was consistent with suffocation. [30] Berdasarkan keterangan ini Mahkamah ini dapati bahawa Tertuduh berniat untuk mendatangkan kecederaan terhadap Si Mati yang kecederaan yang dikenakan itu cukup pada lazimnya menyebabkan kematian kepada Si Mati. Keseluruhan Dapatan Mahkamah; [31] Mahkamah ini telah mendapati saksi-saksi pihak pendakwaan merupakan saksi yang kredibel dan keterangan mereka diterima. Mahkamah juga dapati bahawa kesemua barang kes dikemukakan di mahkamah merupakan barang kes yang sama dirampas, dipungut ditempat kejadian dan dianalisa dan diperiksa oleh saksi-saksi. Tidak ada sebarang kelompangan dalam rantai keterangan barang kes. Mahkamah mendapati dari keseluruhan keterangan saksi pihak pendakwaan ini telah membuktikan kesemua intipati kesalahan yang menunjukkan Tertuduh melakukan pembunuhan terhadap Si Mati. Dengan itu Mahkamah ini dapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap Tertuduh atas pertuduhan yang dihadapinya. Tertuduh dengan itu dipanggil membela diri. PEMBELAAN [32] Tertuduh, setelah diterangkan dengan tiga pilihan cara membela diri, telah memilih memberi keterangan secara bersumpah. Tertuduh menyatakan bahawa dia bekerja sebagai kelindan lori dan bukan satu pekerjaan yang tetap. Tertuduh tidak mempunyai tempat tinggal yang tetap. Tertuduh seorang penagih dadah sejak usianya 14 tahun. [33] Hari kejadian 19.9.2019 merupakan hari jadi Tertuduh. Memandangkan hari itu hari jadi Tertuduh, kawan Tertuduh telah memberi dadah secara percuma. Tertuduh mengambil dadah itu dan berada dalam keadaan khayal. Tertuduh telah pergi ke Flat PKNS tempat kejadian. Tertuduh kemudian duduk di tangga flat itu. Semasa sedang duduk lalu Si Mati. Tertuduh telah mengekori Si mati dari belakang dengan tujuan untuk mencuri. Si Mati masuk ke rumahnya diikuti oleh Tertuduh. [34] Apabila Tertuduh masuk ke rumah Si Mati, Tertuduh telah menutup mulut Si Mati dengan tangan dan telah melondehkan seluar yang di pakai oleh Si Mati ke bawah untuk melakukan hubungan jenis dengan Si Mati. Takut Si Mati menjerit, Tertuduh telah mengikat mulut Si Mati dengan kain dan kemudian melakukan hubungan seks dengan Si Mati. Kemudian Tertuduh masuk ke bilik satu lagi dan mendapati ada satu beg kain dan didapati dalamnya ada seutas rantai emas. Tertuduh telah mengambil rantai itu dan telah keluar dari rumah Si Mati.Tertuduh tidak tahu apa berlaku pada Si Mati selepas itu. [35] Tertuduh kemudian telah pergi ke kedai pajak gadai dengan berjalan kaki untuk menggadai rantai emas tersebut. Memandangkan Tertuduh tidak mempunyai kad pengenalan Tertuduh tidak dapat mengadaikan rantai itu. Lalu Tertuduh telah berjumpa dengan seorang lelaki India dan meminta bantuannya untuk menggadai rantai tersebut dengan merayu bahawa Tertuduh memerlukan duit. Lelaki India itu telah menggadaikan rantai emas itu dan memberi upah pada lelaki itu sebanyak RM100.00. Tertuduh telah menggunakan wang gadaian rantai emas itu untuk membeli dadah. [36] Kira-kira sebulan selepas itu Tertuduh telah ditangkap semasa Tertuduh berada di rumah kakaknya di Puchong. Tertuduh memberitahu pada polis bahawa dia tidak ingat apa yang berlaku kerana dalam keadaan khayal. Tertuduh mengatakan Tertuduh tidak berniat untuk membunuh Si Mati. Tertuduh telah memberi percakapan kepada Polis (D65). [37] Percakapan Tertuduh dalam D65 menyatakan: a. sehari sebelum 19.9.2019 Tertuduh telah mengambil dadah. Pada 19.9.2019 jam kira-kira 8 pagi Tertuduh telah pergi ke Flat PKNS (tempat kejadian). Tertuduh tidak tahu kenapa dia ke tempat kejadian sebab kepala Tertuduh sakit. Selepas beberapa ketika di situ Tertuduh telah duduk di tangga flat. b. ketika duduk di tangga Tertuduh nampak seorang perempuan cina (Si Mati) dalam usia 60 ke 70an keluar dari rumahnya pergi ke tokong kecil di tepi tangga itu dan kemudian masuk semula ke rumahnya. c. ketika Si Mati hendak masuk ke rumahnya Tertuduh mendekati Si Mati dan meminta minuman. Si mati masuk ke dalam rumah. Ketika itu Tertuduh telah masuk ke rumah Si Mati dan mengunci pintu dari dalam. Tertuduh terus ke dapur di mana Si Mati berada. Tertuduh telah mengambil kain dan menutup mulut Si Mati. Tetuduh telah membawa Si Mati masuk ke dalam bilik; d. di dalam bilik Tertuduh telah jatuhkan Si Mati di atas katil dalam keadaan tertiarap. Kemudian Tertuduh telah mengikat kedua-dua tangan Si Mati di bahagian belakang badan. Tertuduh kemudian memusingkan badan Si Mati dan melondehkan seluar Si Mati ke paras lutut dan melakukan hubungan seks. Kemudian memusingkan semula badan Si Mati dalam keadaan meniarap dan Tertuduh telah meliwat dubur Si Mati. Tertuduh telah memancutkan air mani ke tilam. e. Tertuduh kemudian menyelongkar bilik kedua dan menjumpai satu beg pakaian di bawah almari yang mengandungi satu rantai emas. Tertuduh mengambil rantai emas dan keluar dari rumah kejadian; f. Tertuduh pergi ke kedai pajak gadai di Ampang menaiki teksi dan cuba untuk menggadai rantai emas tapi tidak diterima kerana tiada kad pengenalan. Tertuduh telah meminta bantuan seorang lelaki India yang sedang memunggah barang dari lorinya untuk menggadai rantai tersebut. Lelaki india itu berjaya menggadai rantai itu dan Tertuduh memberinya RM100; dan g. Tertuduh kemudian pergi Ke Selayang dan seterusnya ke Brickfield. Di situ Tertuduh berjumpa dengan pakciknya Kanna dan kakaknya Parvathy. Mereka membawa Tertuduh balik ke rumah mereka di Pucong. Di situ Tertuduh telah ditangkap. Penilaian dan dapatan Mahkamah di akhir kes [38] Di peringkat penghujung perbicaraan, Mahkamah ini hendaklah menimbangkan semua keterangan dan memutuskan samada pihak pendakwaan telah membuktikan kesnya melampaui keraguan munasabah sebagaimana di tetapakan di bawah s. 182A KPJ. Di peringkat ini tugas pihak pembelaan hanya menimbulkan keraguan munasabah atas kes pihak pendakwaan. Dengan itu, di akhir perbicaraan kes ini, Mahkamah harus menilai secara keseluruhan keterangan yang dikemukakan, dan memutuskan sama ada pihak pembelaan telah menimbulkan keraguan munasabah atas kes pihak pendakwaan itu. [39] Mahkamah ini telah mempertimbangkan keterangan Tertuduh di Mahkamah dan pernyataan dalam percakapan di hadapan pihak polis [D65]. Mahkamah ini mendapati pembelaan Tertuduh tidak menafikan perbuatannya menyumbat gumpalan kain ke dalam mulut Si Mati, membalut muka Si Mati dengan kain, mengikat kedua-dua tangan Si Mati ke belakang, merogol dan meliwat Si Mati, mengambil barang kemas Si Mati dan menggadai barang kemas Si Mati. Mahkamah juga mempertimbangkan keseluruhan keterangan saksi pihak pendakwaan. [40] Pembelaan Tertuduh mengatakan bahawa dia tidak berniat untuk membunuh Si Mati dan Tertuduh tidak mempunyai pengetahuan bahawa perbuatannya itu akan menyebabkan kematian. Di samping itu, Tertuduh juga turut membangkitkan bahawa dia dalam keadaan mabuk akibat mengambil dadah semasa melakukan perbuatan itu. [41] Niat membunuh bukan semata-mata dilihat kepada satu perbuatan yang dilakukan secara langsung Tertuduh tahu akan menyebabkan kematian kepada orang yang dicederakan. Perbuatan membunuh boleh juga dilakukan dengan cara Tertuduh mempunyai niat untuk untuk menyebabkan kecederaan tubuh kepada orang yang dicederakan dan kecederaan tubuh itu cukup untuk pada lazimnya menyebabkan kematian. Seperti yang telah mahkamah ini katakan sebelum ini bahawa pihak pendakwaan bergantung kepada cabang (c) kepada seksyen 300 KK yang mana perbuatan Tertuduh menyumbat gumpalan kain jauh ke dalam mulut Si Mati sebegitu rupa itu merupakan perbuatan dilakukan dengan niat untuk mencederakan rongga pernafasan Si Mati dan dalam keadaan lazimnya kecederaan rongga pernafasan akan tersumbat dan menyebabkan kelemasan tanpa udara (suffocation) sebegitu membawa kemungkinan kematian yang amat tinggi. SP19 telah menyatakan semasa diperiksa balas: Q: You wouldn’t know how long you took to suffocate? A: The suffocation, if he blocks the nose or block the mouth gag airways 5 minutes hewill die. The same like our hanging. The same like strangulation. …. [42] Bukan itu saja malah perbuatan-perbuatan lain Tertuduh turut menunjukkan akan niat Tertuduh untuk mencederakan bahagian ruang pernafasan Si Mati yang merupakan bahagian organ penting seseorang. Perbuatan itu seperti yang dijelaskan sebelum ini termasuk: a. menyumbat gumpalan kain yang besar ke dalam mulut Si Mati dan dilakukan dengan kuat di mana terdapat gigi Si Mati tercabut dengan gumpalan kain yang mempunyai kesan darah; b. membalut dan mengikat dengan kain di bahagian luar mulut sehingga ke bahagian hidung Si Mati; c. membalut kain kedua di atas kain pertama sehingga menutup keseluruhan muka Si Mati; d. mengikat kedua-dua tangan Si Mati ke belakang, membiarkan dan meninggalkan Si Mati tertiarap dengan muka tersembam di tilam dan mulut disumbat dengan kain; e. kecederaan di badan Si mati yang menunjukkan Si Mati di serang secara fizikal sebagaimana keterangan SP19; dan f. dengan menyedari Si Mati yang telah berusia lanjut tetapi Tertuduh tetap melakukan kecederaan yang sebegitu rupa. [43] Dengan itu pembelaan Tertuduh yang mengatakan tidak mempunyai niat untuk membunuh Si Mati adalah semata-mata merupakan penafian kosong semata-mata. [44] Peguam Tertuduh menghujahkan bahawa perbuatan Tertuduh itu tidak boleh diambil untuk mengatakan bahawa perbuatan itu akan menyebabkan kematian. Mahkamah ini tidak setuju dengan hujahan itu. Perbuatan Tertuduh telah mahkamah teliti secara objektif bahawa dari keseluruhan perlakuan itu menunjukkan niat Tertuduh untuk mencederakan Si Mati yang kecederaan itu cukup pada lazimnya menyebakan kematian yang merupakan perbuatan membunuh. [45] Peguam juga menghujahkan bahawa keterangan SP19 yang bercanggah dari segi masa Si Mati boleh mati. Semasa diperiksa balas SP19 mengatakan masa kematian antara dalam 24 jam tetapi dalam satu masa lain SP19 mengatakan bila disumbat (gag) seseorang tak boleh bernafas dan mati dalam masa 5 minit. Mahkamah ini dapati ia bukan satu percanggahan. Dalam keterangan SP19, beliau menerangkan situasi dalam dua keadaan. Pertama, SP19 mengatakan Si Mati boleh mati dalam masa 5 minit jika saluran pernafasan di sumbat dengan gumpalan kain atau dihalang dan kedua beliau dapati dari tarikh post mortem Si Mati telah dijangkakan mati dalam masa 24 jam, seperti kata SP19: The suffocation, if he blocks the nose or he block the mouth gag airway 5 minutes he will died. The same like our hanging. The same like strangulation. But we don’t know what is the exact time of her death. Because of temperature changes, rigor mortis. From the time of post mortem, we can only say that within 24 hours she was death. [46] Pembelaan Tertuduh mengenai keadaan dirinya yang mabuk akibat mengambil dadah dan Tertuduh tidak tahu apa yang dilakukannya bukan satu yang kredibel. Mahkamah ini dapati pembelaan mabuk yang dikatakan oleh Tertuduh itu bukan satu pembelaan yang boleh diterima di bawah seksyen 85 Kanun Kesiksaan. [47] Daripada pembelaan Tertuduh dan keseluhanan keterangan Mahkamah ini mendapati Tertuduh semasa melakukan kesalahan ini dalam keadaan sedar akan apa yang dilakukan dan sedar perbuatan itu salah. Mabuk (intoxication) dalam ertikata seksyen 85 KK hanya boleh menjadi pembelaan jika fakta menunjukkan ia terjatuh dalam ruang lingkut seksyen 85(2) KK. Sekiranya tidak dengan hanya mabuk tidak boleh menjadi atau diterima sebagai pembelaan. Diturunkan di sini kehendak s.85 KK :
85
Bila mabuk menjadi suatu pembelaan
1
Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen ini dan dalam seksyen 86, mabuk tidaklah boleh menjadi suatu pembelaan terhadap sesuatu pertuduhan jenayah.
2
Mabuk boleh menjadi suatu pembelaan terhadap sesuatu pertuduhan jenayah jika oleh sebab mabuk, orang yang dipertuduhkan itu, pada waktu perbuatan atau ketinggalan yang diadukan itu, tidak tahu bahawa perbuatan atau ketinggalan itu salah ataupun tidak tahu apa yang dia lakukan dan-
a
keadaan mabuk itu telah disebabkan dengan tiada kerelaannya oleh perbuatan jahat atau cuai seseorang lain; atau
b
orang yang dipertuduhkan itu, oleh sebab mabuk, menjadi gila, sama ada bagi sementara waktu atau selainnya, pada waktu perbuatan atau ketinggalan itu. [48] Adalah menjadi undang-undang mantap bahawa adalah menjadi tugas pada Tertuduh untuk membuktikan mabuk sebagai pembelaan. Mahkamah Persekutuan dalam kes Abdul Aziz Mohamed Shariff v PP
2010
5 MLJ 733 mengatakan: …. To prove intoxication, it is encumbered upon the defence to adduce sufficient evidence to convince the court that this had rendered the accused incapable of forming the necessary intention or knowledge to commit the crime charged, or that 'he was by reason of intoxication insane, temporarily or otherwise, at the time when he committed the crime'. [17] The existence of evidence that: (a) the appellant had consumed a large quantity of alcohol or that it was even mixed with toddy, coupled with (b) the presence of a strong smell of alcohol, and (c) the opinions of relatives who are[2010] 6 MLJ 759 at 768not medically qualified, that the appellant was drunk is insufficient to constitute a possible defence of intoxication against the preponderance of evidence indicating that he had intended to cause death to the deceased…. [49] Adalah juga menjadi undang-undang yang mantap bahawa Mahkamah akan menilai plea mabuk (plea of intoxication) dengan menimbangkan keterangan yang ada termasuk perlakuan Tertuduh sebelum, semasa dan selepas melakukan kesalahan itu (rujuk Francis Antonysamy v PP [2005]2 CLJ 481; Abdul Aziz bin Shariff v PP [2010] 6 MLJ 795; PP v Ramasamy a/l Sebastian [1991] 75. [50] Fakta yang menunjukkan akan perlakuan Tertuduh sebelum, semasa dan selepas kejadian adalah normal sebagaimana dari keterangan bahawa: a) Tertuduh tidak menghadapi kesukaran dalam mengingati dan menceritakan apa yang dilakukan; b) Tertuduh menyedari ia masuk ke dalam rumah Si Mati untuk mencuri; c) Tertuduh mengetahui perbuatan menutup dan mengikat mulut Si Mati untuk tujuan supaya dia tidak menjerit; d) Tertuduh mengetahui tujuan dia mengikat kedua-dua tangan Si Mati supaya Si Mati tidak dapat membuka tutupan atau ikatan kain di mulutnya. (Keterangan Tertuduh semasa di soal balas); e) Tertuduh sedar merogol dan meliwat Si Mati dan Tertuduh telah mengaku salah atas kesalahan itu; f) perbuatan Tertuduh menyelongkar almari bagi mencari sesuatu untuk dicuri sebaik saja selepas merogol dan meliwat Si Mati dan Tertuduh menjumpai rantai emas dan telah dicuri oleh Tertuduh; g) Sebaik saja keluar dari rumah Si Mati Tertuduh memajak rantai emas dan secara sedar meminta bantuan SP8 untuk menggadaikan rantai kerana Tertuduh tidak mempunyai kad pengenalan. Tidak ada keterangan dari SP8 yang mengatakan Tertuduh dalam keadaan mabuk; dan h) Tertuduh tidak ada ada membawa apa-apa bukti perubatan mahupun bukti perubatan yang mungkin dia mabuk dan dalam keadaan gila (insane) buat sementara. Oleh itu Tertuduh tidak boleh menggunakan dalihan di bawah s.85 KK tersebut. [51] Setelah mahkamah ini menilai keseluruhan keterangan yang di kemukakan, Mahkamah ini dapati Tertuduh gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah atas kes pihak pendakwaan. Sebaliknya Mahkamah dapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes terhadap Tertuduh melampaui keraguan yang munasabah. Dengan itu Tertuduh didapati salah dan disabitkan dengan pertuduhan yang dihadapinya. Tertuduh dengan itu dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. (AB. KARIM BIN AB. RAHMAN) HAKIM MAHKAMAH TINGGI MALAYA SHAH ALAM TARIKH: 26 OGOS 2022 COUNSEL Bagi Pihak Perayu: Encik Saladin bin Mohd Yasin Tetuan Saladin & Associates Peguambela dan Peguamcara Bagi Pihak Responden: TPR Tuan Heikal Timbalan Pendakwa Raya Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.