Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KLANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA NO. KES: BA-45A-(111&112)-10/2018 ANTARA PENDAKWA RAYA
BA-45A-111-10/2018
High Court of Malaysia27 Dec 2022
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“4: “This is a very wide description of acts that may be treated as equivalent to the substantive offence of trafficking; nevertheless, in their Lordships' view, it is clear from the structure of the Drugs Act and the distinction drawn between the offence of having a controlled drug in one's possession and the offence o”
“n elemen fizikal iaitu milikan yang merujuk kepada jagaan atau kawalan fizikal ke atas dadah berbahaya tersebut serta elemen pengetahuan (mens rea possession). [41] Di dalam kes Chan Pean Leon v. PP [1956] CLJU 17; [1956] 1 LNS 17; [1956] 22 MLJ 237, Hakim Thomson telah menjelaskan tentang kedua-dua unsur tersebut pada”
“(iv) after defence is called, the accused elects to give evidence, then go through the steps out in Mat v. Public Prosecutor [1963] 1 LNS 82; [1963] MLJ 263.” [29] Berdasarkan kepada nas-nas undang-undang adalah menjadi tanggungjawab Hakim perbicaraan untuk menganalisa, menilai dan memberikan pertimbangan secara penila”
“paikan dadah dijumpai dalam P83 pada pihak yang lain dan tiada overt act di pihak OKT-OKT yang boleh dikatakan mereka mengedar dadah-dadah tersebut. Mahkamah ini merujuk kepada nas Ong Ah Chuan V. PP [1980] CLJU 181; [1980] 1 LNS 181; [1981] 1 MLJ 64: “This is a very wide description of acts that may be treated as equi”
“knowledge but if the purpose of the prosecution by the assistance of s. 27 is to show 'culpable knowledge' then s. 17(2) will be attracted and voire dire must be conducted. (see PP v. Liew Sam Seong [1981] CLJU 159; [1981] 1 LNS 159; [1982] 1 MLJ 223). The learned authors of Rom's Criminal Ready Referencer, vol. 2, at”
“an OKT1 dan OKT2 pernah berjumpa, bercakap, dilihat bersama, pernah berkomunikasi mahupun mengenali OKT3 dan juga Sharif. Nas Yugarajan Letchimanasamy & Anor V. PP & Another Appeal [2020] 7 CLJ 372; [2020] MLRAU 136 adalah dirujuk. [61] Dengan itu, Mahkamah ini berpuas hati bahawa seksyen 34 Kanun Keseksaan tidak berop”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KLANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA NO. KES: BA-45A-(111&112)-10/2018 ANTARA PENDAKWA RAYA
1
MUHAMMAD AMIN (OKT1)
2
MOHD AZWAN BIN HANAFI (OKT2)
3
THIYAGU A/L PARAMASIVAM (OKT3) (NO K/P: 761024-10-5197) PENGHAKIMAN Pendahuluan [1] Tertuduh-tertuduh (OKT1, OKT2 dan OKT3) di dalam kes ini telah dituduh dengan kesalahan mengedar dadah berbahaya iaitu Ketamine seberat 18,512.1 - gram dan 19,076.9 - gram seperti berikut: Pertuduhan Pertama "Bahawa kamu bersama-sama dengan seorang lagi yang masih bebas Muhammad Sharif (No. Pasport: CB5127133) pada 8 April 2018, lebih kurang jam 3.30 petang, di tepi jalan, Jalan Jasa Off Jalan Haji Sirat, berhadapan premis No.127, Kontraktor Elektrikal @ Mekanikal, Zenter Sdn Bhd di dalam daerah Klang, di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan telah didapati mengedar dadah berbahaya iaitu Ketamine berat bersih 18,512.1 gram dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama serta dibaca seksyen 34 Kanun Keseksaan.” Pertuduhan Kedua “Bahawa kamu bersama-sama dengan seorang lagi yang masih bebas Muhammad Sharif (No. Pasport: CB5127133) pada 8 April 2018, lebih kurang jam 4.30 petang, di SF Multizone Sdn. Bhd. No.5, Jalan Sungai Sama Gagah 18E/KS5, Taman Telok Gedung Indah, di dalam Daerah Klang, di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan telah didapati mengedar dadah berbahaya iaitu Ketamine berat bersih 19,076.9 gram dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama serta dibaca seksyen 34 Kanun Keseksaan.” [2] Pertuduhan-pertuduhan tersebut dibacakan kepada OKT1, OKT2 dan OKT3. Ketiga-tiga tertuduh faham dengan pertuduhan-pertuduhan yang dikemukakan dan telah minta dibicarakan. Pihak Pendakwaan telah memanggil seramai 11 orang saksi untuk membuktikan kes mereka iaitu: SP1 - Wan Rahimah binti Wan Ahmad (ahli kimia) SP2 - Sundram A/L Periasamy (penjaga stor) SP3 - Mohanaraj A/L Muniandy (pegawai serbuan) SP4 - PiK Shuhaimi bin Abu Bakar (pegawai serbuan) SP5 - PiK Amirul Nazraf bin Mohd Kasbollah (jurugambar) SP6 - Raja Kumar A/L Alagan (agen penghantaran Wawasan Freight Forwarders (M) Sdn Bhd) SP7 - Rajini Kanth A/L Khomar (pemilik Gudang SF Multizone Sdn Bhd) SP8 - Hussain Ashfaq (majikan OKT1) SP9 - Shamsudin bin Khalid (pemilik premis Zenter Sdn Bhd) SP10 - Pradhan Nihar Ranjan (Econship Marine Sdn Bhd – shipping liner) SP11 - PPK Muhamad Ardy bin Ismail (pegawai penyiasat) [3] Di akhir kes pendakwaan, Mahkamah memutuskan bahawa pihak Pendakwaan telah gagal membuktikan kes prima facie bagi kedua-dua pertuduhan terhadap ketiga-tiga tertuduh. Mahkamah dengan itu memutuskan bahawa OKT1, OKT2 dan OKT3 dilepaskan dan dibebaskan daripada kedua-dua pertuduhan. [4] Tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, pihak pendakwaan telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah ini dalam membebaskan OKT1 dan OKT2 dan tidak merayu bagi keputusan terhadap OKT3. [5] Ini merupakan alasan-alasan bagi keputusan Mahkamah ini. Fakta kes [6] Pada 04.04.2018, bertindak atas maklumat, Mohanaraj A/L Muniandy selaku ketua serbuan iaitu SP3 telah mengeluarkan satu surat permohonan penahanan kontena bernombor ENCU 2017446 (P28) dengan mengesyaki terdapat dadah disorokkan di dalam perabot-perabot kayu di dalam kontena tersebut dan SP3 juga telah menghubungi Wakil/Agen forwarding Wawasan Freight Forwarders (M) Sdn Bhd iaitu Raja Kumar A/L Alagan (SP6) berdasarkan maklumat yang diterima daripada pihak Bahagian Penguatkuasaan Cawangan Operasi, Unit Kawalan Kontena (CCU) JKDM, Selangor. [7] Pada 05.04.2018 jam 3.00 petang, SP3 bersama pasukan telah membuat pemeriksaan ke atas kontena bernombor ENCU2017446 dengan disaksikan oleh SP6. Apabila kontena dibuka SP3 mendapati kontena tersebut mengandungi perabot-perabot kayu. Setelah semua perabot dikeluarkan dari kontena tersebut SP3 telah menggunakan Anjing Pengesan Dadah (APD) untuk memeriksa sama ada terdapat dadah di dalam kontena tersebut. [8] Hasil pemeriksaan APD telah menunjukkan reaksi positif terhadap dua (2) buah almari kayu berlaci 7 dan 8. SP3 telah mengeluarkan satu buah bungkusan dalam setiap almari tersebut yang disorokkan dibahagian bawah almari dan SP3 telah menggunakan alat pengesan untuk mengesahkan sama ada barang dijumpai tersebut adalah dadah. [9] Setelah pemeriksaan dilakukan, SP3 mendapati bahawa kedua-dua bungkusan yang dijumpai dibawah almari berlaci 7 dan 8 adalah dadah jenis Ketamine. Seterusnya, SP3 telah memasukkan semula semua perabot tersebut bersama dadah yang dijumpai ke dalam kontena tersebut dan kontena tersebut telah disilkan semula oleh SP3. [10] Pada 6.4.2018 jam lebih kurang 9.00 pagi, SP3 telah mendapat maklumat daripada SP6 bahawa beliau telah mendapatkan gudang di SF Multizone Sdn Bhd milik SP7 untuk menyimpan perabot-perabot tersebut. [11] Pada 7.4.2018 jam lebih kurang 12.00 tengahari, SP3 bersama anggota-anggota serbuan telah menempatkan kontena tersebut di dalam gudang milik SP7 dan SP3 juga telah menyamar sebagai buruh yang bekerja bersama SP6. SP3 juga mendapati kontena tersebut masih bersil. [12] Pada jam lebih kurang 2.30pm, OKT 1 dan OKT 2 telah menaiki kereta Proton Wira ADD 59 (P89) telah tiba ke Gudang SF Multizone dan telah memerhatikan kerja pemunggahan perabot-perabot tersebut dan setelah selesai kerja pemunggahan, kedua-dua OKT telah beredar dari gudang tersebut. [13] Pada 8.4.2018 jam lebih kurang 9.00 pagi, SP6 telah memaklumkan kepada SP3 bahawa OKT 1 dan OKT 2 akan ke Gudang SF Multizone Sdn Bhd pada pukul 2.30 petang untuk mengambil perabot-perabot tersebut. Pada jam lebih kurang 2.30 petang sebuah kereta Proton Wira ADD 59 yang sama dinaiki oleh OKT 1 dan OKT 2 telah tiba di Gudang SF Multizone Sdn Bhd. [14] SP3 bersama pasukanya telah melihat OKT1 dan OKT 2 telah mencuba untuk memasukkan dua (2) almari berlaci 7 dan 8 ke dalam but belakang kereta Proton Wira ADD 59 tetapi hanya satu (1) almari kayu berlaci 7 sahaja berjaya dimasukkan ke dalam but belakang kereta tersebut. Setelah almari berlaci 7 dimasukkan di dalam but belakang, kereta Proton Wira yang dinaiki oleh OKT1 dan OKT 2 tersebut telah beredar dari gudang tersebut. [15] SP3 telah mengarahkan SP4 untuk memerhati almari yang berada di gudang tersebut dan SP3 dan pasukannya telah mengikuti kereta yang dinaiki oleh OKT 1 dan OKT 2 bersama almari. Pada jam lebih kurang 3.30 petang, SP3 telah memerhati dan mendapati kedua-dua OKT telah mengangkat keluar almari berlaci 7 tersebut dari but belakang kereta tersebut iaitu berhadapan dengan premis No. 127, Kontraktor Elektrikal @ Mekanikal, Zenter Sdn Bhd. Seterusnya, SP3 telah memperkenalkan diri dengan menunjukkan kad kuasa kepada kedua-dua OKT dan telah meminta kunci kereta yang dipandu oleh OKT 2 [P89(a)]. [16] SP3 telah bertanya kepada OKT-OKT almari tersebut adalah milik siapa dan OKT 2 menyatakan almari berlaci 7 adalah milik OKT 1. SP3 telah mengarahkan OKT 1 untuk membuka bahagian bawah almari kayu tersebut dan mendapati bungkusan plastik lutsinar. SP3 juga telah mengeluarkan 25 bungkusan plastik tersebut dan telah membuat penandaan sebagai "E1 – E25". [17] Seterusnya, SP3 telah menyoal siasat OKT-OKT tersebut. OKT 1 telah memandu arah SP3 semula ke gudang tersebut dengan menggunakan aplikasi Waze. Manakala SP3 mendapati OKT 2 adalah pemilik Azwan Smart Enterprise. Nama Azwan Smart Enterprise tersebut tertera pada "Borang K1" (P34). Hasil Pemeriksaan SP3 mendapati bungkusan plastik tersebut mengandungi dadah jenis Ketamine dan SP3 telah mengeluarkan notis sitaan (P39) kepada OKT 2 yang merupakan pemilik perniagaan Azwan Smart Enterprise. [18] Seterusnya, SP3 bersama kedua-dua OKT dan barang kes telah dibawa semula ke Gudang SF Multizone Sdn Bhd seperti dipandu arah oleh OKT 1. SP3 telah melakukan serbuan kedua pada jam lebih kurang 4.30 petang di Gudang SF Multizone Sdn Bhd. SP3 juga telah memaklumkan dan mendapat kebenaran SP7 sebelum serbuan dilakukan di gudang tersebut. [19] OKT 1 telah menunjukkan almari kayu berlaci 8 yang terletak lebih kurang 10 kaki dari tempat kereta bersama barang kes diletakkan. SP3 telah mengarahkan OKT 1 untuk membuka bahagian bawah almari tersebut. SP3 juga telah mengeluarkan 25 bungkusan plastik dan telah membuat penandaan sebagai “F1 – F25". Hasil pemeriksaan bungkusan plastik tersebut telah mendapati dadah jenis Ketamine. SP3 telah mengeluarkan notis sitaan (P40) terhadap OKT 2 yang merupakan pemilik peniagaan Azwan Smart Enterprise. [20] Setelah serbuan kedua telah dilakukan digudang tersebut, SP3, pasukan berserta OKT 1 dan OKT 2 beserta barang kes telah menuju ke Pejabat Cawangan Narkotik Ibu Pejabat untuk tindakan lanjut. [21] Pada jam lebih kurang 6.00 petang, pasukan serbuan bersama dengan OKT-OKT dan P83 dan P86 tiba di Pejabat Penguatkuasaan. Pemeriksaan 100% ke atas almari-almari tersebut dan pembongkaran telah dilakukan di hadapan OKT 1 dan OKT 2. SP3 telah mengarahkan SP5 untuk merakam gambar semasa proses pembongkaran. [22] Proses pembongkaran dan penandaan selesai pada jam lebih kurang 9.30 malam. Pada jam lebih kurang 9.45 malam, Pegawai Penyiasat iaitu SP11 telah hadir dan SP3 telah memberi taklimat. Sepanjang pembongkaran dan penandaan, OKT 1 dan OKT 2 dijaga oleh anggota serbuan. Pada jam lebih kurang 10.00 malam SP3 telah membuat serahan kes kepada SP11. Selain OKT-OKT dan barang-barang kes, SP3 juga menyerahkan borang serahan kes (P45 & P46) dan borang bongkar (P41 hingga P44). [23] Seterusnya, SP3 telah membuat laporan-laporan polis berkenaan tangkapan terhadap OKT 1 dan OKT 2 (P47-P50) dan telah menyerahkan laporan-laporan polis tersebut kepada SP11. Pada 9.4.2018, SP3, SP5 dan SP11 telah ke tempat kejadian untuk mengambil gambar-gambar berkaitan kes (P14 dan P15) dan menyediakan pelan lokasi kejadian [P51(a-f)]. [24] Pada 17.4.2018, SP3 telah membuat penandaan terhadap baki-baki perabot yang berada di Gudang tersebut dan telah memasukkan perabot-perabot tersebut ke dalam kontena bernombor ENCU2017446. Kontena tersebut juga telah disita oleh SP3 pada 12.4.2018 daripada syarikat Econship Marine Sdn Bhd. SP3 juga telah membuat laporan polis berkenaan sitaan kontena dan perabot-perabot tersebut. Notis Sitaan kontena (P52), Borang Bongkar (P53) dan Laporan polis (P54 & P55) tersebut juga telah diserahkan kepada SP11. [25] Berdasarkan hasil siasatan SP11, SP11 telah mengarahkan SP3 untuk membuat satu tangkapan terhadap OKT 3 pada 17.4.2018 jam lebih kurang 3.00 petang di Pejabat Cawangan Narkotik Ibu Pejabat. SP 11 juga telah mengeluarkan borang bongkar peribadi terhadap OKT 3, (P102). Beban Pembuktian di Akhir kes Pendakwaan [26] Beban pembuktian di akhir kes Pendakwaan adalah “prima facie” sepertimana diperuntukan di bawah Seksyen 180(1) KTJ: “When the case for the prosecution is concluded, the Court shall consider whether the prosecution has made out a prima facie case against the Accused.” [27] Tahap prima facie telah diterangkan di dalam kes Mahkamah Persekutuan iaitu Balachandran v PP (2005) 1 CLJ 85 bahawa: “The test at the close of the prosecution would therefore be: is the evidence sufficient to convict the accused if he elects to remain silent? If the answer is in the affirmative then a prima facie case has been made out. This must, as of necessity, require a consideration of the existence of any reasonable doubt in the case for the prosecution. If there is any of such there can be no prima facie. As the accused can be convicted on the prima facie evidence it must have reached a standard which is capable of supporting a conviction beyond reasonable doubt.” [28] Mahkamah ini juga merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan iaitu PP v Mohd Radzi bin Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 yang memutuskan seperti berikut: “(i) At the close of the prosecution’s case, subject the evidence led by the prosecution in its totality to a maximum evaluation. Carefully scrutinize the credibility of each of the prosecution’s witnesses. Take into account all reasonable inferences that may be drawn from that evidence. If the evidence admits of two or more inferences, then draw the inference that is most favourable to the accused;
II
(ii) ask yourself the question: If I now call upon the accused to make his defence and he elects to remain silent am I prepared to convict him on the evidence now before me? If the anwer to that question is “Yes”, then a prima facie case has been made out and the defence should be called. If the answer is “No” then, a prima facie case has not been made out and the accused should be acquitted;
III
(iii) after the defence is called, if the accused elects to remain silent, then convict;
IV
(iv) after defence is called, the accused elects to give evidence, then go through the steps out in Mat v. Public Prosecutor [1963] 1 LNS 82; [1963] MLJ 263.” [29] Berdasarkan kepada nas-nas undang-undang adalah menjadi tanggungjawab Hakim perbicaraan untuk menganalisa, menilai dan memberikan pertimbangan secara penilaian maksima terhadap kes pendakwaan dengan mengambilkira keterangan saksi-saksi pendakwaan, ekshibit-ekshibit yang dikemukakan dan soal balas yang diajukan oleh pihak pembelaan bersekali dengan hujahan kedua-dua pihak. Secara ringkasnya saya memperingati diri saya sendiri bahawa langkah-langkah yang telah diperincikan dalam kes PP v. Mohd Radzi Abu Bakar (supra) perlulah dipatuhi dengan ketat. Elemen Pertuduhan [30] Menurut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952; ‘No person shall, on his own behalf or on behalf of any other person, whether or not such person is in Malaysia, traffic in a dangerous drug.’ [31] Bagi membuktikan pertuduhan pengedaran dadah berbahaya di bawah Seksyen 39B(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, pihak Pendakwaan perlu membuktikan kesemua elemen/intipati seperti berikut: I. Dadah tersebut tersenarai di bawah ADB 1952 dan dengan berat seperti yang dinyatakan dalam pertuduhan; II. Dadah yang dirampas ada di dalam milikan tertuduh, iaitu tertuduh mempunyai jagaan dan kawalan ke atas dadah tersebut serta tertuduh mempunyai pengetahuan bahawa dadah tersebut adalah dadah berbahaya; dan III. Tertuduh telah mengedar dadah berbahaya tersebut.
i
Dadah tersebut tersenarai di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dengan berat seperti yang dinyatakan di dalam pertuduhan [32] SP3 telah menjumpai 50 bungkusan plastik yang masing-masing bertanda ‘E1 – E25’ dan ‘F1 – F25’ yang mengandungi bahan kristal jernih disyaki dadah berbahaya di dalam almari kayu berlaci 7 (P83) dan 8 (P86). [33] Kesemua barang kes yang telah dirampas oleh SP3 telah dibuat tandaan secara tandatangan dan tarikh oleh SP3. Pegawai penyiasat (SP11) juga membuat tandaannya secara tandatangan ke atas barang kes yang diterima daripada SP3. Ahli kimia (SP1), SP3 dan SP11 telah mengecamkan kesemua barang kes ini dengan tandaan masing-masing semasa perbicaraan. [34] Bagi kandungan dalam bungkusan-bungkusan plastik lutsinar E1 – E25 dan F1 – F25 telah dianalisa dan disahkan oleh SP1 dalam keterangan beliau adalah dadah jenis Ketamine seberat 18,512 gram (E1 – E25) dan 19,076.9 gram (F1 – F25). [35] Mahkamah mendapati bahawa dalam keadaan ini menunjukkan bahawa tidak ada terputusnya rantaian keterangan mengenai barang kes sebelum dihantar kepada SP1 malahan sehingga dikemukakan ke Mahkamah ini semasa perbicaraan. Mahkamah merujuk kepada kes Shahrizal Abdul Ghani v. PP [2014] 1 CLJ 70; [2014] 1 MLJ 70 yang menyatakan sedemikian: “The exhibit recovered or seized by the police was the same exhibit sent to and examined by the chemist and subsequently produced in the court as evidence. The prosecution had adduced sufficient evidence in respect of every link in the chain of custody, from the moment the exhibit was recovered by the police up to the time it was produced in the court. The witnesses had described how and from whom it was received, where it was and what happened to it while in the witnesses' custody, the condition in which it was received and the condition in which it was handed over to the next link in the chain of custody. (para 44)" [36] SP1 merupakan seorang ahli kimia yang masih di dalam perkhidmatan. Oleh itu, keterangan pakar ahli kimia ini harus diterima oleh Mahkamah kerana ianya sempurna dan tiada kecacatan. SP3 merupakan seorang ahli kimia yang bertauliah dan menjelaskan secara terperinci analisa yang telah dijalankan olehnya. Rujukan adalah dibuat kepada kes Munusamy Vengadasalam v. PP [1987] CLJ Rep 221; [1987] 1 CLJ 250: “As a rule, a chemist in drug cases does not give any opinion as to ownership, control or possession of the substance sent for analysis, but he merely reports the result of the chemical examination of the substance. The only reason for sending the exhibits to the chemist is to determine its identity and to confirm what other witnesses have suspected. This type of opinion must in our view be distinguished from opinions which are of very technical or complicated nature, such as those given by handwriting, trade mark, copyright or ballistic experts. Without being derogatory it is common knowledge that even animals, such as snuff dogs when sufficiently trained, are able to detect certain dangerous drugs. We are therefore of the view, that in this type of cases where the opinion of the chemist is confined only to the elementary nature and identity of substance, the Court is entitled to accept the opinion of the expert at its face value, unless it is inherently incredible or the defence calls evidence in rebuttal by another expert to contradict the opinion.” [37] Oleh itu, Mahkamah mendapati bahawa elemen pertama telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan dan dadah yang dirampas oleh SP3 sebagaimana pertuduhan-pertuduhan adalah dadah sepertimana yang disenaraikan di dalam Seksyen 2 Akta Dadah Berbahaya 1952.
II
(ii) Dadah yang dirampas adalah berada di dalam milikan tertuduh-tertuduh, iaitu tertuduh-tertuduh mempunyai jagaan atau kawalan ke atas dadah tersebut serta tertuduh-tertuduh mempunyai pengetahuan bahawa dadah tersebut adalah dadah berbahaya. [38] Di dalam kes ini, terdapat 2 kejadian iaitu melibatkan eksibit P83 yang berlaku di tepi jalan berhadapan premis no. 127, Kontraktor Elektrikal/Mekanikal Zenter Sdn. Bhd. dan kes melibatkan eksibit P86 di Gudang di pelabuhan Klang. [39] Bagi kes berkenaan dengan P83, hujahan pihak pendakwaan untuk membuktikan milikan OKT1, OKT2 dan OKT3 adalah seperti berikut:
a
Pada 7.4.2018, OKT 1 dan OKT 2 telah ke Gudang SF Multizone Sdn Bhd untuk memerhatikan kerja pemunggahan perabot-perabot tersebut dan memberi lebih tumpuan atau pemerhatian terhadap almari P83 dan almari P86 yang mengandungi dadah;
b
Keterangan forwarding ejen (SP6) yang menyatakan bahawa OKT1 akan mengambil almari-almari tersebut dari Gudang pada 8.4.2018;
c
Pada 8.4.2018, jam lebih kurang 2.30pm, OKT1 dan OKT2 secara fizikal telah hadir ke gudang untuk mengangkut almari (P83), Almari tersebut juga turut dirampas bersama OKT1 dan OKT 2 di tempat kejadian pertama;
d
Bekas majikan OKT1 (SP8) dalam keterangan telah menyatakan bahawa OKT1 mempunyai pengetahuan berkenaan dengan pengimportan kontena tersebut;
e
Pada 7.4.2018 dan 8.4.2018, OKT2 adalah pemandu kereta bernombor pendaftaran ADD59 yang ke gudang untuk membuat pemerhatian dan mengangkut almari P83.
f
Ejen Forwarding (SP6) telah menyatakan bahawa OKT1 dan OKT2 menumpukan perhatian kepada almari P83 dan almari P86 selain daripada barang-barang lain dalam kontena tersebut;
g
Semasa almari P83 dirampas, OKT2 adalah pemandu dan kunci kereta juga turut dirampas daripada OKT2;
h
Kereta bernombor pendaftaran ADD59 yang telah digunakan mengangkut almari P83 adalah milik OKT2 berdasarkan kepada sijil pemilikan kenderaan (P56);
i
Syarikat Azwan Smart Enterprise yang berurusan sebagai consignee bagi barang-barang import tersebut sepertimana tertera dalam dokumen-dokumen pengimportan (P34 hingga P38) adalah milik OKT2 berdasarkan carian SSM [P115 hingga
j
Berdasarkan keterangan Ejen Forwarding SP6, semua urusan pengimportan telah dilakukan oleh OKT3 dalam kes ini;
k
SP6 turut menyatakan bahawa OKT3 membuat pembayaran bagi pengimportan kontena tersebut yang mengandungi almari P83 dan P86;
l
Dalam dokumen Bill of Lading (P36) telah menyatakan nombor telefon OKT3 sebagai consignee dalam transaksi pengimportan tersebut; dan
m
Penglibatan OKT3 adalah semasa serbuan pertama dilakukan dihadapan Zenter Sdn Bhd, OKT3 adalah penyewa Zenter Sdn Bhd dan OKT3 mempunyai akses ke premis tersebut. [40] Bagi pembuktian milikan, pihak pendakwaan hendaklah membuktikan elemen fizikal iaitu milikan yang merujuk kepada jagaan atau kawalan fizikal ke atas dadah berbahaya tersebut serta elemen pengetahuan (mens rea possession). [41] Di dalam kes Chan Pean Leon v. PP [1956] CLJU 17; [1956] 1 LNS 17; [1956] 22 MLJ 237, Hakim Thomson telah menjelaskan tentang kedua-dua unsur tersebut pada muka surat 239 seperti berikut: "A movable thing is said to be in possession of a person when he is situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need. To put it otherwise, there is a physical element and mental element which must both be present before possession is made out." [42] Bagi pembuktian elemen milikan terhadap dadah, undang-undang adalah mantap bahawa jagaan atau kawalan terhadap dadah adalah tidak mencukupi untuk bukti pemilikan dadah tersebut. Mahkamah merujuk kepada kes Ibrahim Mohamad & Anor v. PP [2011] 4 CLJ 1 13. [43] Berbalik kepada fakta kes ini, berkenaan dengan P83, Mahkamah menilai keterangan saksi-saksi pendakwaan dan mendapati bahawa terdapat percanggahan dalam keterangan SP3 di mana dalam laporan polis (P47) menyatakan bahawa SP3 yang memeriksa dan membuka almari P83, manakala dalam pernyata saksi SP3 (WSSP3), perenggan 20 dinyatakan OKT1 diarahkan untuk membuka dan mengeluarkan dadah. [44] Percanggahan ini adalah material kerana versi dalam WSSP3 menunjukkan inferens bahawa OKT1 mempunyai pengetahuan dadah yang disembunyikan dalam P83 dan sebaliknya versi dalam laporan polis (P47) adalah polis mempunyai pengetahuan dadah yang disembunyikan di dalam P83 dan mengarahkan OKT1 untuk membongkarkan. Undang-undang adalah jelas bahawa inferens yang paling memihak kepada tertuduh harus diambilkira oleh Mahkamah, nas PP v. Mohd Radzi bin Abu Bakar (Supra) adalah dirujuk. [45] Mahkamah ini juga meneliti keterangan saksi-saksi pendakwaan dan mendapati bahawa OKT1 dan OKT2 hanya membawa almari P83 selama 15 minit, manakala OKT3 langsung tidak mempunyai physical contact terhadap P83. Dalam keadaan ini, OKT1 dan OKT2 merupakan momentary carrier kepada P83 dan tidak ada akses terhadap kandungan dalam almari P83, terutamanya bahagian yang tersorok. Mahkamah ini merujuk kepada nas Simon Savarimuthu Thevarajah v PP [2020] 5 CLJ 105 yang memutuskan seperti berikut: “(4) On the facts and circumstances of the case, the appellant could not be said to have been in physical possession of the box. He only had custody of the box momentarily from the time he received it from SP6 and until he was arrested by SP7. This was not a case where the appellant was found with drugs tucked away in his jeans or was seen carrying a bag that contained drugs walking along a street and tried to run away when approached by police. This was not a case where the appellant was in close proximity to or had access to the box. He never had access to the box until it was handed to him by SP6. The trial judge erred in finding that the appellant had physical possession or custody of the box (see paras 37- 38).” [46] Setelah Mahkamah ini meneliti keterangan saksi-saksi pendakwaan, Mahkamah ini mendapati bahawa tiada keterangan menunjukkan bahawa OKT1 dan OKT2 sedar tentang wujudnya dadah yang tersorok di dalam kedua-dua almari. Semasa serbuan pertama, OKT1 dan OKT2 tidak cuba untuk melarikan diri atau bergelut dengan SP3 dan pasukannya. Oleh itu, tiada overt act di pihak OKT1 dan OKT2 dan apa yang telah dibuktikan oleh pihak pendakwaan adalah momentary custody dan mere proximity sahaja dan adalah tidak cukup untuk Seksyen 37 (d) Akta Berbahaya Dadah 1952 untuk digunapakai. [47] Di dalam nas Mahkamah Rayuan Tan Chun Cheng v PP [2020] 1 LNS 1089 “[21] However, when the collective evidence is considered, we do not find the element of possession being proved. The fact is that the 1st appellant is the registered owner of the Myvi. However, that by itself does not mean that anything and everything found inside the car necessarily belongs to the owner. In PP v Muhamad Nasir Shaharuddin & Anor [1992] 1 LNS 8; [1994] 2 MLJ 576, possession was explained in the following manner … Thus, in order to rely on section 37(d) of the DDA, the prosecution must show that the appellants had in their custody or control of the Myvi car, as well as the plastic packages. … [25] In the present case, the appellants were both seated in the Myvi car within which the drugs were found. Mere proximity to the thing seized does not necessarily equate to possession of it…” [48] Mahkamah ini juga mendapati bahawa keterangan yang dikemukakan hanya menunjukkan grave suspicion ke atas OKT1 dan OKT2 kerana ditahan semasa membawa P83 ke suatu lokasi lain. Nas Mahkamah Agung PP v Lin Lian Chen [1992] 2 MLJ 561 adalah dirujuk: “(4) Although the respondent was the sole occupant of the motor car, being the driver and therefore in charge of it, he was not its owner and there was no evidence from which it could be reasonably inferred that he must have been in custody or control of the seven newspaper packages or the cigarette packet which contained the offending exhibits. The evidence against the respondent amounted only to grave suspicion and is insufficient to attract the presumption of custody or control under s 37(d) of the Act. On this ground alone the learned judge was entitled to rule, at the close of the prosecution case, that the respondent had no case to answer and to acquit and discharge him." [49] Bagi kesalahan pengedaran dadah adalah amat penting untuk pihak pendakwaan untuk membuktikan elemen pengetahuan. Bagi isu pengetahuan, Mahkamah ini sangsi terhadap satu isu utama di dalam kes ini, iaitu OKT1 dan OKT2 membawa kenderaan Proton Wira bernombor pendaftaran ADD59 yang tidak muat untuk membawa kedua-dua almari P83 dan P86 sekaligus. Pengangkutan almari P83 tidak dilakukan sekaligus dengan P86 dengan meninggalkan P86 terlebih dahulu di gudang. [50] Jika OKT1 dan OKT2 mempunyai pengetahuan tentang dadah yang dikatakan bernilai anggaran RM300,000.00, tentunya OKT1 dan OKT2 akan berusaha untuk mengalihkan P83 dan P86 sekaligus dan akan bersedia dengan kenderaan yang boleh mengalihkan kedua-duanya bersekali bagi tujuan pengedaran dadah tersebut. Dengan melakukan 2 kali penghantaran sepertimana dalam kes ini, hanya akan meningkatkan risiko kehilangan dadah yang bernilai tersebut ataupun risiko OKT1 dan OKT2 ditangkap oleh pihak berkuasa semasa perjalanan. [51] Mahkamah ini juga mendapati bahawa tingkah laku OKT1 dan OKT2 dalam serbuan pertama adalah konsisten dengan orang yang tidak bersalah, di mana OKT1 dan OKT2 tidak cuba melarikan diri, semasa pengangkutan P83 ke kereta OKT2 adalah berlaku di tempat awam yang ramai orang dan pada waktu siang yang boleh dilihat oleh orang ramai. Mahkamah ini juga mendapati bahawa OKT1, OKT2 dan OKT3 juga tidak pernah memegang atau melihat barang kes dadah yang disorokkan di dalam almari P83 dan P86. Mahkamah mendapati bahawa tingkah laku OKT1 dan OKT2 adalah menyerupai seorang despatch yang akan menurut arahan untuk memungut dan menghantar barang ke destinasi sepertimana disuruh tanpa mengetahui kandungan di dalam bungkusan. [52] Bagi elemen pengedaran dadah dimana telah ditafsirkan di bawah Seksyen 2 Akta Dadah Berbahaya 1952, ianya perlu lebih daripada passive possession. Atas keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan, Mahkamah ini dapati bahawa tiada keterangan yang menunjukkan OKT1, OKT2 dan OKT3 bertujuan untuk menyampaikan dadah dijumpai dalam P83 pada pihak yang lain dan tiada overt act di pihak OKT-OKT yang boleh dikatakan mereka mengedar dadah-dadah tersebut. Mahkamah ini merujuk kepada nas Ong Ah Chuan V. PP [1980] CLJU 181; [1980] 1 LNS 181; [1981] 1 MLJ 64: “This is a very wide description of acts that may be treated as equivalent to the substantive offence of trafficking; nevertheless, in their Lordships' view, it is clear from the structure of the Drugs Act and the distinction drawn between the offence of having a controlled drug in one's possession and the offence of trafficking in it, that mere possession of itself is not to be treated as an act preparatory to or in furtherance of or for the purpose of trafficking so as to permit the conviction of the possessor of the substantive offence. To bring the provisions of sections 10 and 3(c) into operation some further step or overt act by the accused is needed, directed to transferring possession of the drug to some other person; and it is a consequence of the clandestine nature of the drug trade and the means adopted for the detection of those engaged in it, that the further step that the prosecution is most likely to be able to prove in evidence is the act of the accused in transporting the drug to some place where he intends to deliver it to someone else,whether it be the actual consumer or a distributor or another dealer.” [53] Bagi kes berkenaan dengan P86, adalah hujahan pendakwaan bahawa OKT1 dan OKT2 membuat pemerhatian terhadap almari P86 pada 7.4.2018. Pada 8.4.2018, semasa pengangkutan P83 dan P86, almari P86 tidak muat ke dalam but kereta OKT2, oleh itu, P86 tidak dibawa sekali dengan P83. Selepas serbuan dilakukan oleh SP3, OKT1 dan OKT2 dibawa semula ke gudang tersebut seperti dipandu arah oleh OKT1. Apabila tiba di gudang tersebut, OKT1 telah menunjukkan almari P86 dan SP3 mengarahkan OKT1 untuk membuka bahagian bawah P86 dan menjumpai dadah tersebut. Peranan OKT3 bagi P86 adalah OKT3 menguruskan pengimportan dan bayaran bagi P86. [54] Bagi P86, Mahkamah ini mengulangi isu-isu yang sama yang telah diputuskan bagi P83. Tambahan pula, Mahkamah ini mendapati bahawa bagi perjumpaan P86 adalah satu insiden susulan daripada serbuan pertama yang melibatkan P83. Oleh itu, Mahkamah berpendapat Seksyen 27 Akta Keterangan 1950 tidak terpakai kerana dalam kes ini adalah satu recovery dan bukan discovery. Pihak Kastam telah mempunyai pengetahuan tentang kewujudan dadah di dalam P86 pada 5.4.2018 iaitu 3 hari sebelum serbuan dilakukan, oleh itu pihak Kastam tidak boleh cuba menggunapakai Seksyen 27 Akta Keterangan 1950 untuk menukarkan 'perolehan' biasa kepada 'penemuan'. Nas Liang Weng Heng v. PP [2014] 5 CLJ 401 adalah dirujuk: “[45] Section 27 of the EA 1950 is not a passport to the admissibility of confession statement. It is only limited to the admissibility of information and subsequent discovery. Further, s. 27 of the EA 1950 also cannot be used to justify the police attempting to turn an ordinary 'recovery' to 'discovery'. Discovery under s. 27 may relate to knowledge but if the purpose of the prosecution by the assistance of s. 27 is to show 'culpable knowledge' then s. 17(2) will be attracted and voire dire must be conducted. (see PP v. Liew Sam Seong [1981] CLJU 159; [1981] 1 LNS 159; [1982] 1 MLJ 223). The learned authors of Rom's Criminal Ready Referencer, vol. 2, at p. 1220 on s. 27 has this to say: Section 27 acts as a proviso only to secs. 25 and 26 and not to sec. 24 - Pandurang v. State (2002) 2 SCC 490: AIR 2002 SC 733:2002 Cr LJ 1007; Budhraj v. State AIR 2002 SC 3164:
2002
8 SCC 45; Bijay Kumar v. State of H.P. 1978 Cr LJ 1619: 1978 Sim LC 284 (HP). Sec. 27 is in the nature of a proviso to sec. 26 - Udai Bhan v. State of U.P. AIR 1962 SC 1116: (1962) 2 Cr LJ 251. The section is based on the principle that if the fact is discovered it furnishes some guarantee that the information was true - Ram Kishan v. State of Bombay AIR 1955 SC 104: 1955 Cr LJ 196; Kottaya v. Emperor AIR 1947 PC 67:48 Cr LJ 533. Sec. 27 must be strictly construed - Rajanikant v. State AIR 1967 Goa 21, 30 (FB). While accused points out the place where a dead body or an incriminating material was concealed only without stating that it was concealed by him three possibilities may occur. He himself concealed or he found another to conceal or some one told him about it. If the accused fails to tell the court about the last two possibilities presumption is that the accused had concealed - State v Suresh (2000) 1 SCC 471. The basic idea embedded in sec. 27 is the doctrine of confirmation by subsequent events. The statement of information leading to discovery is only admissible. The statement has to be proved. Information should be recorded and if not so recorded the exact information must be adduced through evidence. The discovery on the basis of information is a guarantee that the information is true. Information may be confessional or non-inculpatory. But if it results in discovery of a fact it becomes a reliable information - Bodhraj v. State
2002
8 SCC 45: AIR 2002 SC 3164; State v. David Rozario
2002
7 SCC 728; see State v. Damu (2000) 6 SCC 269: AIR 2000 SC 1691.” [55] Berdasarkan kepada keterangan ejen forwarding (SP6), SP6 tidak pernah berurusan atau berkomunikasi dengan OKT1 dan tiada dokumen yang melibatkan OKT1 tentang tujuan untuk pengimportan dan penyimpanan almari P83 dan P86 tersebut. Manakala tiada physical link antara OKT2 dengan P86 dan OKT2 tidak langsung terlibat dalam pembongkaran dan penemuan dadah di dalam P86. SP6 juga di dalam keterangannya menyatakan bahawa OKT2 tidak pernah berurusan dengannya samada secara fizikal ataupun melalui panggilan telefon. [56] Walaupun OKT2 dinyatakan sebagai consignee dalam pengimportan kontena yang mengandungi P83 dan P86, akan tetapi OKT2 mengimport keseluruhan kandungan di dalam kontena yang merupakan perabot-perabot dan bukan hanya 2 almari iaitu P83 dan P86 sahaja. Bagi OKT3 pula, tangkapan dilakukan 9 hari kemudian iaitu pada 17.4.2018. Tempoh masa 9 hari tersebut merupakan satu tempoh masa yang cukup untuk OKT3 menghilangkan diri jika benar OKT3 terlibat dalam transaksi dadah ini. [57] OKT3 juga tidak ada hubungan fizikal dengan P83 dan P86 malahan tidak langsung berada berdekatan semasa tangkapan ataupun pembongkaran P83 dan P86. Telefon OKT3 yang dirampas semasa ditangkap, telah dianalisa pihak forensik dan pihak Kastam tidak dapat menunjukkan kaitan OKT3 dengan tangkapan OKT1 dan OKT2 yang dilakukan. Berdasarkan kepada keterangan, peranan OKT3 di dalam kes ini adalah OKT3 menguruskan pelantikan forwarding agent (SP6) dan itu sahaja adalah tidak cukup untuk memenuhi intipati bagi pertuduhan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. [58] Mahkamah ini dapat menyimpulkan bahawa berdasarkan keterangan yang ada, anggapan di bawah Seksyen 37(d) Akta Dadah Berbahaya 1952 adalah tidak terpakai ke atas OKT1, OKT2 dan OKT3 kerana pihak pendakwaan gagal membuktikan OKT-OKT ada kawalan atau jagaan terhadap P83 dan P86. OKT1 dan OKT2 hanya merupakan momentary carrier dan OKT3 langsung tidak pernah ada hubungan fizikal dengan P83 dan P86. Common intention [59] Bagi penggunaan common intention di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan, pihak pendakwaan hendaklah menjurus dan membuktikan bahawa terdapat satu rancangan yang membabitkan ketiga-tiga OKT dalam pengedaran dadah yang terdapat di dalam P83 dan P86. [60] Untuk Seksyen 34 Kanun Keseksaan, maka pihak pendakwaan perlu membuktikan terdapat pre-arranged plan atau meeting in the minds dan mengikut pengamatan Mahkamah ini: a) Tiada keterangan yang boleh mengaitkan OKT1, OKT2 dan OKT3; b) Tiada keterangan yang menunjukkan pre-arranged plan melibatkan OKT1, OKT2 dan OKT3 atau juga Sharif; c) Tiada keterangan bahawa terdapat on the spot plan daripada OKT-OKT; dan d) Tiada keterangan OKT1 dan OKT2 pernah berjumpa, bercakap, dilihat bersama, pernah berkomunikasi mahupun mengenali OKT3 dan juga Sharif. Nas Yugarajan Letchimanasamy & Anor V. PP & Another Appeal [2020] 7 CLJ 372; [2020] MLRAU 136 adalah dirujuk. [61] Dengan itu, Mahkamah ini berpuas hati bahawa seksyen 34 Kanun Keseksaan tidak beroperasi di dalam kes ini berdasarkan keterangan-keterangan yang sedia ada. Kesimpulan di akhir Kes Pendakwaan [62] Adalah menjadi kewajipan Mahkamah ini untuk menilai keterangan yang dikemukakan dengan penilaian maksima dan menelitinya secara terperinci, merujuk kepada PP v. Mohd Radzi Abu Bakar (supra). Setelah meneliti dan menilai kesemua keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan dan cabaran yang dikemukakan oleh pihak pembelaan, pada tahap penilaian maksima, Mahkamah mendapati bagi kes prima facie gagal dibuktikan ke atas ketiga-tiga OKT bagi kedua-dua pertuduhan. Oleh itu, ketiga-tiga OKT dilepaskan dan dibebaskan daripada kedua-dua pertuduhan tanpa dipanggil untuk membela diri. Bertarikh: 21 Disember 2024. .........................……………… AZMI BIN ABDULLAH Hakim Mahkamah Tinggi Mahkamah Tinggi Klang PIHAK-PIHAK Pendakwaan: Gayathri A/L Sambath/Tg Najiha Tg Zahari/ Nabillah Najeeha Najmuddin Timbalan Pendakwa Raya, Bahagian Perundangan, Kastam DiRaja Malaysia, Aras 4 Selatan, Kompleks Kementerian Kewangan, No.3 Persiaran Perdana, Presint 2, 62596 Putrajaya. Peguam OKT1: Ariff Azami Hussein Tetuan Azizzul & Ariff Peguambela dan Peguamcara B-2-3A, Ostia Bangi Business Avenue, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan. Peguam OKT2: Khairul Naim Rafidi Tetuan Khairul Naim Rafidi Peguambela & Peguamcara Chambers 18-15, Avenue Crest, Jalan Jubli Perak 22/1, Seksyen 22, 40300 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Peguam OKT3: Shanmugam A/L Ganesan Tetuan M. Thanakumaran & Shan Laguna Merbok Business Park, No. 9A, Lorong Blm 1/6, Bandar Laguna Merbok, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.