Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERBICARAAN JENAYAH NO. BA-45A-2-01/2021 PENDAKWA RAYA
BA-45A-2-01/2021
High Court of Malaysia29 Nov 2022
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERBICARAAN JENAYAH NO. BA-45A-2-01/2021 PENDAKWA RAYA
1
Nagathevan a/l Manoharan (“Tertuduh”) telah dituduh dengan satu pertuduhan kesalahan mengedar dadah jenis Heroin dan Monoacetylmorphines seberat 54.7 gram di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] (“ADB 1952”).
2
Pertuduhan terhadap Tertuduh (ekshibit P2) adalah seperti berikut: “Bahawa kamu pada 22.4.2020 jam lebih kurang 6.30 petang bertempat di alamat Jalan Besar Batu 4, Jalan Kebun, Shah Alam di dalam daerah Petaling, di dalam Negeri Selangor telah mengedar dadah berbahaya iaitu 54.7 gram Heroin dan Monoacetylmorphines. Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama”.
3
Pada 29.11.2022, Mahkamah ini memutuskan di akhir kes pendakwaan bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan suatu kes prima facie terhadap Tertuduh ke atas pertuduhan kesalahan tersebut. Oleh yang demikian, Mahkamah ini telah memerintahkan supaya Tertuduh dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil untuk membela diri.
4
Pihak pendakwaan telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah ini melalui notis rayuan ke Mahkamah Rayuan Malaysia bertarikh 7.12.2022
5
Perbicaraan kes ini telah bermula pada 5.9.2022 dan pihak pendakwaan telah menutup kes pendakwaan pada 19.9.2022 setelah memanggil seramai 7 orang saksi pendakwaan seperti berikut: SP1 – Abd Rahim bin Ismail (Ahli Kimia); SP2 – Sjn Zaidan bin Othman (Jurufoto); SP3 – Kpl Adeeb Kamal bin Mohamad (Jurustor); SP4 – Insp Muhammad Zaini bin Abd Halim (Peg serbuan); SP5 – Pavithiran a/l Naharajan (Adik ipar Tertuduh); SP6 – Sugenewari a/p Naharajan (Isteri Tertuduh); dan SP7 – Insp Siti Aminah binti Ahmad (Pegawai Penyiasat).
6
Kronologi kes ini bermula dengan maklumat awam yang diterima oleh Insp Muhammad Zaini bin Abd Halim (SP4) pada 22.4.2020 jam lebih kurang 5.30 petang mengenai aktiviti pengedaran dadah jenis heroin oleh satu lelaki india di tepi Jalan Besar Batu 4, Jalan Kebun, Klang Selangor dan bahawa kebiasaannya saspek menggunakan kereta Proton Wira No. WHS 9664 berwarna biru.
7
Bertindak atas maklumat tersebut, SP4 telah mengadakan satu taklimat pada jam lebih kurang 5.45 petang dan membentuk pasukan-pasukan bertindak (strike team) terdiri daripada 7 orang anggota polis yang lain iaitu Insp Rashshidy, Sjn Kamaruddin, Sjn/W Mazena, Kpl Syawalhuddin, Kpl Faizal, L/Kpl Anbalagan dan Konst Ammar.
8
Selesainya taklimat tersebut, pasukan serbuan yang terdiri daripada 3 pasukan bertindak tersebut telah bergerak dengan 3 buah kenderaan pasukan tidak berlambang dan sampai di lokasi serbuan pada jam 6.30 petang. Setelah 15 minit pemerhatian, telah sampai sebuah motorkar Proton Wira No. WHS 9664 berwarna biru (“Proton Wira tersebut”) melalui jalan tersebut dan berhenti di atas jalan tetapi agak ke tepi sikit sebelum lampu isyarat lalu lintas yang berwarna merah ketika itu. Pasukan berada lebih kurang 5-7 meter daripada Proton Wira tersebut dan dapat melihat seorang lelaki india sahaja di bahagian pemandu.
9
SP4 dan anggota serbuan yang lain telah menghampiri Proton Wira tersebut serta memperkenalkan diri. Hasil pemeriksaan SP4 ke atas lelaki india tersebut (yang telah dicamkan sebagai Tertuduh) tidak menjumpai apa-apa barang salah. SP4 kemudiannya telah menjalankan pemeriksaan dalaman Proton Wira tersebut dan telah menjumpai 1 bungkusan plastik biru yang berada di ruang letak kaki bahagian penumpang hadapan yang di dalamnya mengandungi 3 peket plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah heroin.
10
SP4 telah membuat tangkapan ke atas Tertuduh dan merampas semua barang kes yang dijumpai serta membawa Tertuduh dan rampasan barang kes ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Shah Alam. Penimbangan ke atas 1 bungkusan plastik warna biru (ekshibit P14) yang mengandungi 3 peket plastik lutsinar iaitu ekshibit P8(A)-(C) yang mengandungi bahan yang disyaki dadah Heroin mendapati berat kasarnya sebanyak 1095 gram. SP4 telah membuat laporan polis iaitu Sri Muda Report No. 7701-7702/20 (ekshibit P15) dan menyediakan Borang Senarai Geledah (ekshibit P16).
11
SP4 telah menyerahkan Tertuduh dan barang rampasan kes keseluruhannya kepada Pegawai Penyiasat, Insp Siti Aminah binti Ahmad (SP7) pada jam lebih kurang 11 malam pada hari yang sama (22.4.2020). Borang Serah Terima Barang Kes antara SP4 dan SP7 adalah seperti mana ekshibit P17.
12
Pada 24.4.2020, SP7 telah mengemukakan barang kes dadah iaitu 3 peket plastik lutsinar itu (masing-masing bertanda ‘Z1’, ‘Z2’ dan Z3’) 5 yang dimasukkan ke dalam Beg Barang Kes PDRM dengan tandaan ‘SA’ (ekshibit P8) dan bermeterai kepada Ahli Kimia, Abd Rahim bin Ismail (SP1) untuk tujuan analisis seperti mana dalam Borang POL 31 (ekshibit P5) dan dikeluarkan resit rasmi Jabatan Kimia Malaysia (ekshibit P6).
13
Hasil analisis oleh SP1 ke atas 3 peket plastik bertanda ‘Z1’, ‘Z2’ dan ‘Z3’ mendapati jumlah keseluruhan berat bersih adalah 1344.4 gram dengan kandungan masing-masing seperti berikut:
a
berat bersih peket plastik bertanda ‘Z1’ ialah 447.0 gram yang mengandungi 16.0 gram Heroin dan 2.2 gram
b
berat bersih peket plastik bertanda ‘Z2’ ialah 449.1 gram yang mengandungi 16.6 gram Heroin dan 1.7 gram Monoacethylmorphines; dan
c
berat bersih peket plastik bertanda ‘Z3’ ialah 448.3 gram yang mengandungi 16.5 gram Heroin dan 1.7 gram Monoacethylmorphines. [14] Menurut SP1 lagi, Heroin dan Monoacethylmorphines adalah daripada jenis dadah berbahaya yang ditakrifkan dalam seksyen 2 serta tersenarai dalam Jadual Pertama ADB 1952. SP1 juga telah menyediakan Laporan Kimia No. 20-FR-B-06965 (ekshibit P7). Hujahan Pihak-Pihak Di Akhir Kes Pendakwaan Pihak Pendakwaan [15] Pihak pendakwaan telah menghujahkan berkenaan elemen-elemen pertuduhan yang perlu dibuktikan iaitu:
a
Dadah tersebut adalah dadah berbahaya seperti yang tersenarai dalam ADB 1952 dengan berat bersih 54.7 gram seperti mana dalam pertuduhan;
b
Dadah tersebut berada dalam milikan (possession) Tertuduh;
c
Tertuduh mempunyai pengetahuan terhadap dadah yang dirampas; dan
d
Tertuduh telah melakukan perbuatan mengedar (trafficking) dadah tersebut. [16] Pihak pendakwaan menghujahkan bahawa elemen pertama berkenaan identiti dadah berbahaya tersebut telah berjaya dibuktikan melalui keterangan Ahli Kimia (SP1) yang melakukan analisis terhadap barang kes dadah tersebut. SP1 mengesahkan bahawa barang kes dadah tersebut merupakan dadah berbahaya jenis Heroin dan Monoacetylmorphines dengan berat bersih 54.7 gram. [17] SP1 juga turut mengesahkan bahawa jenis dadah yang dianalisis adalah sebagai mana yang ditakrifkan di bawah seksyen 2 ADB 1952. Lanjutan daripada analisis yang telah dijalankan, SP1 telah menyediakan Laporan Kimia No. 20-FR-B-06965 bertarikh 27.5.2020 [ekshibit P7]. [18] Selanjutnya pihak pendakwaan menghujahkan bahawa Tertuduh mempunyai kawalan dan jagaan (control and custody) terhadap barang kes dadah tersebut berdasarkan yang berikut:
a
Tertuduh berada bersendirian di dalam Proton Wira tersebut berdasarkan pemerhatian dan pemantauan pegawai serbuan (SP4) dan pasukan serbuannya;
b
SP4 menahan Tertuduh yang berada di bahagian pemandu Proton Wira tersebut dan tiada orang lain di dalam Proton Wira tersebut atau mana-mana orang lain yang melarikan diri atau mendekatinya;
c
Hasil pemeriksaan dalam Proton Wira tersebut telah ditemui satu bungkusan plastik biru yang mengandungi 3 peket plastik lutsinar disyaki berisi dadah Heroin iaitu ekshibit P8 (A-C) di ruang tempat letak kaki bahagian penumpang hadapan Proton Wira tersebut;
d
(d)
Preamble
Menurut SP4, barang kes tersebut adalah mudah dilihat kerana berada di ruang tempat letak kaki bahagian penumpang hadapan dan dalam keadaan terdedah yang dikatakan berdekatan dengan kedudukan Tertuduh di tempat duduk pemandu; dan
e
Proton Wira tersebut didakwa berada dalam kawalan Tertuduh selama lebih kurang 2 bulan sebelum serbuan, yang diberikan oleh adik perempuan Tertuduh iaitu Mageswary a/p Manoharan kepada Tertuduh bagi kegunaannya, sebagai mana terkandung dalam rakaman percakapan Mageswary a/p Manoharan iaitu ekshibit P25. [19] Mengenai elemen pengetahuan pula, pihak pendakwaan telah menggunapakai peruntukan anggapan undang-undang di bawah seksyen 37(d) dengan menghujahkan ‘bahawa sesiapa yang dijumpai dengan dadah berbahaya adalah dianggap mempunyai pengetahuan tentang dadah tersebut’. [20] Adalah hujah pihak pendakwaan lagi bahawa berdasarkan fakta barang kes dadah itu terletak di ruang tempat letak kaki penumpang hadapan dan mudah dilihat pula menunjukkan bahawa Tertuduh mempunyai pengetahuan tentang dadah tersebut. Pihak pendakwaan juga membuat inferens tentang pengetahuan Tertuduh berdasarkan dakwaan bahawa Tertuduh terkejut apabila SP4 membuat pemeriksaan dalam Proton Wira tersebut dan juga berdasarkan keadaan dadah tersebut yang dikatakan mudah serta senang dilihat. [21] Mengenai elemen pengedaran (trafficking) pula, pihak pendakwaan menghujahkan bahawa terdapat keterangan langsung yang menunjukkan Tertuduh melakukan perbuatan ‘pengedaran’ menurut takrifan di bawah seksyen 2 ADB 1952 berdasarkan perbuatan-perbuatan ‘menyimpan’, ‘mengangkut’ dan ‘membawa’. Selain itu, pihak pendakwaan juga menghujahkan wujud elemen pengedaran dadah itu berdasarkan inferens kepada kuantiti dadah yang dibawa dengan berat kasar 1095 gram yang dikatakan merupakan jumlah yang besar tiada apa yang menunjukkan bahawa ia untuk kegunaan sendiri. [22] Pihak pendakwaan juga menghujahkan bahawa rantaian keterangan barang kes dadah tersebut adalah tidak terputus daripada mula pemeriksaan dan penemuan oleh SP4 yang mana telah membuat penandaan sendiri dan menyediakan Borang Senarai Geledah iaitu ekshibit P16 bertarikh 22.4.2020 dan seterusnya menyerahkan kepada Insp Siti Aminah binti Ahmad selaku Pegawai Penyiasat (SP7) yang disahkan melalui Borang Serah Terima Barang Kes iaitu ekshibit P17 bertarikh 22.4.2020. [23] SP7 pula telah menghantar barang kes dadah iaitu 3 peket plastik lutsinar yang ditandakan dengan’Z1’, ‘Z2’ dan ‘Z3’ yang dimasukkan ke dalam Beg Barang Kes PDRM dengan tandaan ‘SA’ iaitu ekshibit P8 kepada Jabatan Kimia Malaysia untuk tujuan analisis yang mana telah diserahkan oleh beliau pada 24.4.2020 kepada Ahli Kimia bernama Abd Rahim bin Ismail (SP1) berserta Borang Pol 31 [ekshibit P5] dan dikeluarkan resit rasmi Jabatan Kimia Malaysia bertarikh 24.4.2020 sebagai bukti penerimaan [ekshibit P6]. [24] Selepas analisis oleh Ahli Kimia (SP1) disempurnakan, SP7 telah mengambil dan menerima semula barang kes dadah tersebut sebelum disimpan di setor barang kes dan didaftarkan dalam Buku Daftar Barang Kes [ekshibit P12]. [25] Oleh yang demikian, pihak pendakwaan menghujahkan berdasarkan keterangan di atas rantaian keterangan barang kes adalah tidak terputus dan keterangan saksi-saksi pendakwaan adalah kredibel, konsisten dan saling menyokong antara satu sama lain. [26] Kesimpulannya, pihak pendakwaan menghujahkan dengan membuat penilaian dan mempertimbangkan keterangan-keterangan yang ada secara keseluruhan, suatu kes prima facie bagi pertuduhan berkenaan telah berjaya dibuktikan terhadap Tertuduh dan memohon Tertuduh dipanggil membela diri. Pihak Pembelaan [27] Secara ringkasnya, pihak pembelaan menghujahkan bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan suatu kes prima facie terhadap Tertuduh ke atas pertuduhan kesalahan tersebut. [28] Pihak pembelaan menghujahkan sedemikian berdasarkan kepada alasan-alasan yang berikut:
a
Serbuan dan tangkapan ke atas Tertuduh oleh SP4 adalah hasil tindakan berdasarkan maklumat yang diterima oleh SP4 mengenai aktiviti pengedaran dadah oleh seorang lelaki india menggunakan Proton Wira No. WHS 9664 yang mana dihujahkan oleh pihak pembelaan sebagai keterangan dengar cakap (hearsay) dan tidak sepatutnya diterima pakai oleh Mahkamah ini;
b
Perbezaan yang ketara timbangan berat kasar dadah berbahaya tersebut antara berat kasar yang didapati oleh SP4 yang kemudiannya disahkan pula oleh SP7 iaitu 1095 gram berbanding dengan berat kasar yang didapati oleh Ahli Kimia (SP1) bagi 3 peket plastik lutsinar berserta kandungannya iaitu 1374.82 gram (tidak termasuk dengan plastik biru iaitu ekshibit P14) yang mana dihujahkan membangkitkan keraguan yang munasabah ke atas identiti sebenar barang kes dadah tersebut;
c
Tertuduh tidak mempunyai kawalan dan jagaan yang eksklusif ke atas dadah berbahaya tersebut atas alasan –
i
Proton Wira tersebut bukan milik Tertuduh dan ia juga boleh diakses oleh individu-individu yang lain;
II
(ii) Serbuan dan tangkapan Tertuduh adalah berdasarkan maklumat daripada pihak lain (tip off) atau sumber berdaftar seperti mana dalam keterangan SP4. Walaupun maklumat yang diterima tidak menyatakan lokasi dan masa sebenar aktiviti pengedaran dadah itu akan dijalankan, namun SP4 telah berjaya berada ditempat kejadian yang spesifik 15 minit lebih awal untuk membuat pemerhatian. Oleh itu pihak pembelaan menghujahkan bahawa tangkapan terhadap Tertuduh merupakan suatu perangkap; dan
III
(iii) Ketiadaan barang peribadi milik Tertuduh dijumpai dalam Proton Wira tersebut;
d
Tertuduh tidak mempunyai pengetahuan tentang dadah berbahaya dalam beg plastik warna biru (ekshibit P14) tersebut berdasarkan alasan bahawa –
i
kelakuan (conduct) Tertuduh yang tidak cuba melarikan diri atau tidak ingkar untuk memberikan kerjasama lebih konsisten dengan kelakuan seseorang yang langsung tidak mempunyai pengetahuan mengenai dadah berbahaya yang dijumpai tersebut;
II
(ii) kedudukan barang kes dadah yang dijumpai adalah terdedah dan terbuka di atas lantai tempat kaki penumpang hadapan Proton Wita tersebut serta di era Perintah Kawalan Pergerakan pandemik covid-19 adalah tidak masuk akal Tertuduh mempunyai pengetahuan membawa dan membiarkan dadah tersebut di tempat sedemikian;
e
Siasatan Pegawai Penyiasat (SP7) yang tidak lengkap dan menyeluruh atas kegagalan menyiasat laporan polis yang dibuat oleh Tertuduh iaitu ekshibit D20 yang menjelaskan tentang apa yang berlaku pada hari tersebut hingga membawa kepada tangkapannya. Menurut Tertuduh pada hari kejadian tersebut, Tertuduh telah menghubungi pengurus kedai SL Morga Enterprise iaitu Lingam Chandrasekar bagi membeli barang-barang sembahyang yang dipesan oleh ibu Tertuduh iaitu Marie a/p Thangaval. Ini adalah memandangkan kebanyakan kedai adalah ditutup atau tidak beroperasi semasa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan tersebut. Malahan SP7 juga telah gagal menyiasat nombor telefon milik Lingam Chandrasekar yang ada dinyatakan dalam laporan polis D20 tersebut;
f
Kegagalan pihak pendakwaan mengemukakan ibu Tertuduh iaitu Marie a/p Thangaval sebagai saksi pendakwaan walaupun telah merakam percakapannya, yang mana boleh membantu mengesahkan tentang siapa lagi yang mempunyai akses ke atas Proton Wira tersebut, pesanan untuk membeli barang-barang sembahyang, perbualan telefon antara Tertuduh dengan Lingam Chandrasekar dan sama ada Tertuduh ada membawa beg plastik warna biru apabila keluar meninggalkan rumah. Tugas Mahkamah Di Akhir Kes Pendakwaan [29] Tugas Mahkamah di akhir kes pendakwaan adalah bagi memutuskan samada pihak pendakwaan berjaya membuktikan suatu kes prima facie seperti mana yang diperuntukkan di bawah seksyen 180(1) Kanun Tatacara Jenayah. “When the case for the prosecution is concluded, the Court shall consider whether the prosecution has made out a prima facie case against the accused.” [30] Suatu kes prima facie dikatakan berjaya dibuktikan hanyalah apabila pihak pendakwaan telah berjaya mengemukakan keterangan-keterangan yang kukuh bagi membuktikan setiap dan tiap-tiap intipati/elemen kesalahan yang dipertuduhkan yang mana sekiranya gagal dipatahkan akan membawa kepada sabitan, seperti mana diperuntukkan di bawah seksyen 180(4) Kanun Tatacara Jenayah: “For the purpose of this section, a prima facie is made out against the accused where the prosecution had adduced credible evidence proving each ingredient of the offence which if unrebutted or unexplained would warrant a conviction.” [31] Prinsip-prinsip tugas mahkamah di akhir kes pendakwaan ini telah dijelaskan dalam beberapa kes tersohor termasuklah PP v Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 yang mana Mahkamah Persekutuan telah memutuskan: “[15] For the guidance of the court below, we summarise as follows the steps that should be taken by trial court at the close of the prosecution’s case:
i
the close of the prosecution’s case, subject the evidence led by the prosecution in its totality to a maximum evaluation. Carefully scrutinise the credibility of each of the prosecution’s witnesses. Take into account all reasonable inferences that may be drawn from that evidence. If the evidence admits of two or more inferences, then draw the inference that is most favourable to the accused;
II
(ii) ask yourself the question: if I call upon the accused to make his defence and he elects to remain silent am I prepared to convict him on the evidence now before me? If the answer to that question is “Yes”, then a prima facie case has been made out and the defence should be called. If the answer is “No” then, a prima facie case has not been made out and the accused should be acquitted;” [32] Elemen-elemen pertuduhan yang perlu dibuktikan adalah:
a
Perkara atau ‘subject matter’ yang terlibat dalam pertuduhan kesalahan mengedar dadah itu adalah dadah berbahaya jenis Heroin dan Monoacetylmorphines dengan berat bersih 54.7 gram;
b
Tertuduh mempunyai pemilikan (possession) (jagaan atau kawalan dan pengetahuan) tentang dadah berbahaya tersebut;
c
Tertuduh telah pada tempat, masa dan tarikh yang dipertuduhkan melakukan perbuatan mengedar (trafficking) dadah berbahaya tersebut. Analisa dan Dapatan Mahkamah Identiti Dadah Berbahaya [33] SP1 yang merupakan Ahli Kimia dari Jabatan Kimia Malaysia dalam keterangannya telah mengesahkan bahawa barang kes dadah tersebut adalah merupakan dadah berbahaya jenis Heroin dan Monoacethylmorphines tersebut seperti mana yang disenaraikan di dalam Jadual Pertama ADB 1952. SP1 telah menjalankan analisis dan telah memperoleh dapatan (finding) seperti mana dalam Laporan Kimia No. 20-FR-B-06965 (ekshibit P7). [34] Malahan pihak pembelaan langsung tidak mencabar dapatan analisis SP1 tersebut berkenaan jenis dadah berbahaya Heroin dan Monoacethylmorphines tersebut serta kaedah analisis yang telah dijalankan oleh SP1. Pemeriksaan balas ke atas SP1 oleh pihak pembelaan hanyalah berkaitan dengan berat kasar peket-peket plastik lutsinar masing-masing bertanda ‘Z1’, ‘Z2’ dan ‘Z3’ tersebut. [35] Di dalam kes Munusamy Vengadasalam v PP [1987] CLJ (Rep) 221, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti berikut: “…the Court is entitled to accept the opinion of the expert of its face value, unless it is inherently incredible of the defence calls evidence in rebuttal by another expert to contradict the opinion. So long as some credible evidence is given by the Chemist to support his opinion, there is no necessity for him to go into details of what he did in the laboratory, step by step.” [36] Oleh yang demikian, Mahkamah ini menerima keputusan analisis yang dibuat oleh SP1 berkaitan dengan identiti dan kuantiti dadah berbahaya tersebut seperti mana dalam Laporan Kimia (ekshibit P7) serta seperti mana dalam pertuduhan. Rantaian Keterangan Mengenai Barang Kes Dadah [37] Walaupun identiti dadah berbahaya tersebut serta berat dadah yang telah dianalisa telah dibuktikan, persoalan seterusnya adalah sama ada ia merupakan dadah yang sama dirampas daripada Tertuduh dan berat atau volume dadah adalah seperti mana dirampas daripada Tertuduh. [38] SP4 merupakan saksi pendakwaan yang pertama menjumpai dadah tersebut dan kemudiannya telah membuat rampasan barang kes dadah dan menahan Tertuduh seperti mana dalam repot polis Sri Muda Report No. 7701-7702/20 (ekshibit P15). SP4 dalam keterangannya mengatakan telah membuat timbangan ke atas 1 beg plastik biru yang mengandungi 3 peket plastik lutsinar yang mengandungi bahan yang disyaki dadah Heroin iaitu 1095 gram dan ini dinyatakan dalam laporan polis yang dibuat olehnya iaitu ekshibit P15. Mahkamah ini mengambil perhatian keterangan SP4 yang menyatakan membuat timbangan barang kes dadah yang meliputi 1 beg plastik biru serta 3 peket plastik lutsinar di dalamnya yang mengandungi bahan disyaki dadah tersebut. [39] SP7 dalam keterangannya juga menyatakan telah membuat timbangan semula ke atas barang kes dadah dengan anggaran berat keseluruhan ialah 1095 gram iaitu sama seperti mana anggaran berat yang diperolehi melalui timbangan oleh SP4. [40] Ahli Kimia (SP1) telah menjalankan analisis ke atas barang kes dadah tersebut dan mengeluarkan satu Laporan Kimia (ekshibit P7). Hasil analisis SP1 mendapati berat kasar kandungan 3 peket plastik lutsinar ialah 1344.4 gram dan jumlah berat ini adalah tidak termasuk berat 1 beg plastik biru dan 3 peket plastik lutsinar seperti mana timbangan yang dibuat oleh SP4 dan SP7. [41] Semasa pemeriksaan balas, SP1 telah merujuk kepada nota catatan ujian yang dijalankannya yang menyatakan berat kasar setiap peket plastik lutsinar tersebut berserta kandungannya ialah masing-masing 457.84 gram (Z1), 458.67 gram (Z2) dan 458.31 gram (Z3). Ini menjadikan jumlah sebenar berat kasar 3 peket plastik lutsinar tersebut berserta kandungannya adalah 1374.82 gram. [42] Oleh yang demikian, terdapat perbezaan berat kasar yang ketara antara dapatan oleh SP1 berkenaan berat kasar 1 plastik warna biru yang mengandungi 3 peket plastik lutsinar serta isi kandungan masing-masing oleh SP4 (1095 gram) berbanding dengan dapatan oleh SP1 berat kasar 3 peket plastik lutsinar serta kandungannya (malahan tidak termasuk berat plastik warna biru) (1374.82 gram). Semasa pemeriksaan balas ke atas SP4, beliau tidak dapat menjelaskan dan menjawab tidak mengetahui bagaimana boleh berlaku pertambahan berat sebanyak 279.82 gram iaitu pertambahan berat hampir 25% daripada jumlah berat kasar yang diperolehinya yang dinyatakan dalam Borang Serah Terima Barang Kes (ekshibit P17). [43] Manakala SP7 pula semasa pemeriksaan balas telah ditanya berkenaan perbezaan pertambahan berat kasar tersebut berbanding dengan berat kasar yang diperolehi oleh SP1 dan sekadar memberikan jawapan timbangan PDRM tidak sama dengan timbangan Jabatan Kimia Malaysia. Tambahan lagi, SP7 mengesahkan dapatan berat kasar yang diperolehi oleh SP4 setelah membuat timbangan semula. SP7 dalam pemeriksaan balas oleh pihak pembelaan juga bersetuju dengan cadangan bahawa alat timbang di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik adalah penting sebagai tahap pertama Pegawai Penyiasat gunakan untuk mengklasifikasi kes. [44] Dalam kes Gunalan Ramachandran & Ors. V PP [2004] 4 MLJ 489, YA Abdul Hamid (pada masa itu) dalam menyampaikan keputusan Mahkamah Rayuan telah menyatakan seperti berikut: “41. First, by way of a general observation, I am of the view that, in a drug trafficking case what is important is that it must be proved that it is the substance that was recovered that was sent to the chemist for analysis and it is the same substance that is found to be heroin or cannabis etc. and it is in respect of that substance that an accused is charged with trafficking. So, the chain of evidence is more important for the period from the time of recovery until the completion of the analysis by the chemist...” (Penekanan ditambah) [45] Mahkamah ini berpandukan kepada keputusan Mahkamah Agong di dalam kes Teoh Hoe Chye v PP [1987] 1 MLJ 220 yang antara lain memutuskan seperti berikut: “(4) the law is clear that it is unnecessary to call evidence to ensure that there is no break in the chain of evidence but where a doubt as to the identity of an exhibit arises, a failure to adduce evidence to provide the necessary link in the chain of evidence would be fatal to the prosecution case. In this case there was such a failure.” (Penekanan ditambah) [46] Mahkamah ini mendapati bahawa terdapat keraguan terhadap barang kes dadah tersebut dari segi kebarangkalian ia telah dikacau ganggu berdasarkan perbezaan berat kasar yang ketara dan signifikan iaitu perbezaan tambahan sejumlah 279.82 gram atau 25%. Mahkamah ini berpandangan bahawa perbezaan berat kasar dadah tersebut dengan pertambahan berat hampir 25% adalah sesuatu yang serius dan memerlukan penjelasan. Mahkamah ini juga tidak mendapati apa-apa keterangan lain bagi menjelaskan perbezaan berat kasar tersebut walaupun ia hanya merupakan berat anggaran kasar yang dibuat oleh SP4 dan SP7. [47] Mahkamah ini telah berpandukan kepada kes Tan Yew Choy v. PP [2009] 4 CLJ 245 di mana antara lain ekstrak daripada penghakiman Mahkamah Persekutuan tersebut seperti berikut: “We shall now deal with the first ground of appeal. We find there is merit in the arguments advanced by learned counsel for the appellant. We agree with the contention of the appellant that there is a serious doubt as to the weight of the cannabis, thus affecting the identity of the cannabis…. Both SP6 dan SP7 used the same weighing scale (exh. P17) seized from the appellant’s apartment. With regard to the discrepancy in the weight, the only explanation that PW7 gave was inter alia as follows: Perbezaan dalam berat kasar mungkin kerana alat timbang yang tidak ikut kalibrasinya. (See p. 104 of the appeal record) [11] We are of the view that the above purported explanation given by PW7 cannot be accepted. It is merely speculative for PW7 to say that the weighing scale might not be accurate. It could very well be that the weighing scale was accurate and that probability cannot be brushed aside. The fact that both PW7 and PW6 used the same weighing scale showed that both the police officers had confidence in the accuracy of the said weighing scale…” (Penekanan ditambah) [48] Dalam kes Sia Pang Liong v. PP [2013] 2 MLJ 490, Raus Sharif FCJ dalam penghakiman Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti berikut: “[11] Thus, the identity of the drug exhibits was being challenged by the appellant. Once there is such a challenge, the prosecution bears the burden of proving beyond reasonable doubt that there are no gaps in the chain of evidence. It is the burden of the prosecution to adduce evidence that the drug exhibits that were recovered from the appellant and that were sent to the chemist for analysis were the same drug exhibits that the appellant was charged with... [17] ... This has raised a doubt as to the identity of the drug exhibits. Therefore, we are giving the benefit of the doubt to the appellant.” (Penekanan ditambah) [49] Oleh yang demikian, Mahkamah ini merumuskan terdapat keraguan yang ketara dan munasabah ke atas rantaian keterangan barang kes dadah tersebut sama ada dadah yang dijumpai dan dirampas oleh SP4 tersebut adalah merupakan dadah dengan jumlah kuantiti yang sama yang telah dihantar kepada Ahli Kimia untuk analisis yang didapati merupakan dadah berbahaya jenis Heroin dan Monoacetylmorphines. Milikan (possession) [50] Bagi membuktikan pertuduhan yang dikenakan ke atas Tertuduh bagi kesalahan mengedar dadah berbahaya Heroin dan Monoacethylmorphines di bawah seksyen 39B(1)(a) ADB 1952, satu lagi elemen penting yang perlu dibuktikan ialah milikan ke atas dadah berbahaya tersebut. Bagi membuktikan elemen milikan, 2 unsur utama yang perlu dibuktikan ialah elemen fizikal iaitu milikan yang merujuk kepada jagaan dan kawalan fizikal ke atas dadah berbahaya tersebut serta elemen mental iaitu pengetahuan. [51] Di dalam kes Chan Pean Leon v PP [1956] 22 MLJ 237, Hakim Thomson telah menjelaskan tentang kedua-dua unsur tersebut pada muka surat 239 seperti berikut: “A movable thing is said to be in possession of a person when he is situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need. To put it otherwise, there is a physical element and mental element which must both be present before possession is made out.” [52] Berpandukan kepada nas yang dinyatakan di atas, adalah menjadi suatu prinsip undang-undang yang mantap bahawa bagi membuktikan seseorang itu mempunyai “milikan”, perlulah dibuktikan melalui keterangan bahawa seseorang itu mempunyai kawalan dan jagaan ke atas sesuatu barang tersebut dan bebas berurusan atau mengendalikan barang tersebut sepenuhnya tanpa penglibatan orang lain (power of disposal to the exclusion of others) dan mempunyai pengetahuan ke atas sesuatu barang tersebut. [53] Dalam kes ini, Tertuduh telah ditahan di tepi jalan apabila memberhentikan Proton Wira tersebut menghampiri lampu isyarat lalu lintas yang berwarna merah ketika itu. Pemeriksaan tubuh badan tidak menjumpai apa-apa barang salah. Pemeriksaan SP4 di dalam Proton Wira tersebut telah menjumpai 1 bungkusan plastik biru yang berada di ruang letak kaki bahagian penumpang hadapan yang di dalamnya mengandungi 3 peket plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah heroin. [54] Walau bagaimanapun, Mahkamah ini tidak mendapati mana-mana keterangan yang menunjukkan pertalian (nexus) antara Tertuduh dengan dadah yang dijumpai tersebut melainkan setakat keterangan bahawa dadah itu dijumpai dalam Proton Wira tersebut yang dipandu oleh Tertuduh. Pemerhatian yang dibuat oleh pasukan serbuan adalah sebelum Proton Wira tersebut sampai di lokasi. Namun apabila kelihatan Proton Wira tersebut sampai ke lokasi berkenaan dengan lampu isyarat lalu lintas yang berwarna merah menyebabkan Tertuduh terpaksa memberhentikan keretanya dengan beberapa kereta lain turut berada di hadapan Proton Wira tersebut, SP4 dan pasukan serbuannya telah terus menghampiri Proton Wira tersebut. [55] Mahkamah ini tidak mendapati mana-mana keterangan lain yang menunjukkan Tertuduh berurusan secara langsung dengan dadah yang dijumpai tersebut seperti memegang/menyentuh, menerima, menyerah atau menunjukkan dadah tersebut pada bila-bila masa. Malahan pemerhatian yang dibuat oleh pasukan serbuan selama tempoh lebih kurang 15 minit itu juga adalah dibuat sebelum Proton Wira tersebut sampai di lokasi berkenaan. [56] Dalam kes Low Thiam Teck v. PP [2015] 3 MLJ 134, Mahkamah Rayuan antara lain memutuskan: “[24] On the issue of proximity to the drugs, we agreed with learned counsel that physical proximity to the drugs perse is insufficient to prove possession without proof of knowledge. Except for the evidence of proximity, there was nothing in the conduct of either the appellant or the second accused at the time of their arrest upon which a prima facie inference could be made that the appellant or both of them had knowledge of the drugs. At the highest, the evidence merely showed that perhaps the appellant had some momentary custody of the bags together with the second accused. In such circumstances there was no possession.” (Penekanan ditambah) [57] Mahkamah ini berpendapat bahawa sekadar keterangan yang menunjukkan keberadaan atau penemuan dadah tersebut di dalam Proton Wira tersebut yang dipandu oleh Tertuduh adalah tidak mencukupi bagi membuktikan elemen kawalan dan jagaan ke atas dadah tersebut oleh Tertuduh. Pengetahuan (knowledge) Tertuduh terhadap dadah berbahaya [58] Pihak pendakwaan menggunapakai peruntukan anggapan di bawah seksyen 37(d) ADB 1952 bahawa ‘sesiapa yang dijumpai dengan dadah berbahaya adalah dianggap mempunyai pengetahuan tentang dadah tersebut’. [59] Mahkamah ini mendapati bahawa hujahan pihak pendakwaan tersebut telah tersalah pimpin Mahkamah ini daripada maksud peruntukan seksyen 37(d) ADB 1952 itu sebenarnya yang menganggap seseorang yang didapati mempunyai jagaan atau kawalan terhadap sesuatu yang mengandungi dadah itu sebagai dianggap mempunyai milikan ke atas dadah tersebut dan disifatkan sebagai mengetahui sifat kandungannya. Peruntukan seksyen 37(d) tersebut adalah seperti berikut: “37 (d) Any person who is found to have in his custody or under his control anything whatsoever containing any dangerous drug shall, until the contrary is proved, be deemed to have been in possession of such drug and shall, until the contrary is proved, be deemed to have known the nature of such drug.” (Penekanan ditambah) [60] Dalam kes ini, Mahkamah ini telah mendapati bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan elemen kawalan dan jagaan ke atas dadah tersebut oleh Tertuduh. Oleh yang demikian, peruntukan anggapan seksyen 37(d) ADB 1952 tersebut adalah tidak terpakai. [61] Manakala untuk membuat inferens pengetahuan Tertuduh tersebut berdasarkan reaksi atau tindakan Tertuduh (conduct), Mahkamah ini juga tidak mendapati apa-apa keterangan bahawa Tertuduh cuba untuk melarikan diri atau berlaku sebarang pergelutan semasa penahanan Tertuduh atau semasa pemeriksaan Proton Wira tersebut. [62] Mahkamah ini juga mengambil maklum fakta bahawa serbuan atau pemeriksaan tersebut dijalankan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (Movement Control Order) berikutan pandemik covid-19 yang mana pergerakan seseorang untuk keluar rumah adalah terbatas dengan syarat-syarat tertentu. Kebarangkalian bahawa reaksi Tertuduh yang kelihatan cemas dan takut adalah kerana tindakan melanggari syarat-syarat Perintah Kawalan Pergerakan tersebut. Malahan Tertuduh juga telah dituduh di mahkamah dan dikenakan denda atas kesalahan melanggar syarat-syarat Perintah Kawalan Pergerakan. [63] Mahkamah ini mendapati dengan hanya keterangan kehadiran atau keberadaan Tertuduh dalam Proton Wira tersebut juga tidak mencukupi bagi membuktikan elemen pengetahuan oleh Tertuduh ke atas dadah yang dijumpai itu. [64] Selain itu, serbuan dan tangkapan Tertuduh adalah berdasarkan maklumat daripada pihak lain (tip off) atau sumber berdaftar seperti mana dalam keterangan SP4. Dalam keadaan sedemikian, beban yang berat diletak ke atas pihak pendakwaan bagi membuktikan tiada pihak lain yang mempunyai akses terhadap Proton Wira tersebut dan juga terhadap dadah berbahaya yang dijumpai di dalamnya serta mengenepikan sebarang kemungkinan yang lain. [65] Dalam kes Ibrahim Mohamad & Anor. V. PP [2018] Supp MLJ 280, Zulkefli Makinudin HMP dalam menyampaikan penghakiman Mahkamah Persekutuan telah menyatakan- “[11] It is also pertinent to take note in the present case that the police raiding party were acting on a tip-off which led to the arrest and detention of both the accused. The relevance of this established fact can be seen in the decision of the then Supreme Court in Abdullah Zawawi bin Yusoff v Public Prosecutor [1993] 3 MLJ 1 where it was, inter alia, held as follows: Given the fact that this was a case where the police acting on a tip-off, the onus was not on the defence to prove possibility of access by others but on the prosecution to exclude such possibility.” (Penekanan ditambah) [66] Dalam kes di hadapan Mahkamah ini, walaupun maklumat yang diterima tidak menyatakan lokasi dan masa sebenar aktiviti pengedaran dadah itu akan dijalankan, namun SP4 telah berjaya berada ditempat kejadian yang spesifik 15 minit lebih awal untuk membuat pemerhatian. Adalah sesuatu yang meragukan bagi pasukan serbuan menyerbu dan menahan Tertuduh di lokasi dan masa yang singkat tersebut melainkan bahawa sumber berdaftar pihak polis tersebut telah memberikan maklumat yang spesifik tentang jalan yang akan dilalui oleh Tertuduh dan masa yang tertentu. [67] Oleh yang demikian, adalah menjadi bebanan kepada pihak pendakwaan untuk mengenepikan sebarang kemungkinan bahawa Tertuduh telah diperangkap dengan dadah berbahaya tersebut apabila mengambil kira Proton Wira tersebut bukanlah milik atau kegunaan sepenuhnya oleh Tertuduh tetapi boleh diakses juga oleh individu-individu yang lain. Malahan juga SP4 tidak menjumpai apa-apa barang peribadi yang lain milik Tertuduh yang dijumpai dalam Proton Wira tersebut. [68] Oleh yang demikian, berdasarkan keterangan-keterangan yang dikemukakan, Mahkamah ini mendapati pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan bahawa Tertuduh mempunyai milikan iaitu kawalan atau jagaan sepenuhnya serta pengetahuan ke atas dadah berbahaya tersebut. Justeru, peruntukan undang-undang berkenaan anggapan pengetahuan di bawah seksyen 37(d) ADB 1952 juga tidak terpakai dalam kes ini. Pengedaran (trafficking) [69] Memandangkan pihak pendakwaan telah gagal membuktikan unsur milikan yang merupakan elemen penting dan utama dalam setiap pertuduhan mengedar dadah berbahaya, Mahkamah ini tidak akan membincangkan dengan lebih lanjut mengenai elemen pengedaran dadah. [70] Malahan Mahkamah ini tidak mendapati sebarang perbuatan secara terang-terangan (overt act) oleh Tertuduh yang boleh dibuat inferens perbuatan mengedar dadah berbahaya tersebut menurut maksud pengedaran di bawah seksyen 2 ADB 1952.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.