Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM PERBICARAANJENAYAH NO: DA-45A-2-02/2020 PENDAKWA RAYA
DA-45A-2-02/2020
High Court of Malaysia27 Nov 2022
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“i elemen ini terdapat dua perkara utama iaitu berkaitan jagaan serta kawalan dan selanjutnya berkaitan pengetahuan. Ini bersandarkan kepada kes-kes duluan seperti Chan Pean Leon v PP [1956] 1 LNS 17; [1956] MLJ 237, Ibrahim Mohamad & Anor v. PP [2011] 4 CLJ 113 dan Romi Amora Amir v. PP [2011] 1 CLJ”
“masalah ini. Oleh itu, adalah penting bagi Mahkamah memberi kelebihan ke atas faktor kepentingan awam bagi kes-kes sebegini. Di dalam kes PP v. Muhammad Faiz bin Fazil Mahmud & Anor [2016] 1 LNS 523; [2016] MLJU 458, Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperti berikut: S/N kpU5g345CUKn6o75pqn7yQ **Note : Serial number wil”
“ation and Analysis of Amphetamine, Methamphetamine and Their Ring Substituted Analogues in Seized Materials”. [19] Peguambela telah membawa perhatian Mahkamah ini ke atas keputusan PP v Pau Chu Tong [2017] LNS 953 di mana Hakim Supang Lian HMT (pada ketika itu) memutuskan; “It followed that the evidence of PW1 taken as”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM PERBICARAANJENAYAH NO: DA-45A-2-02/2020 PENDAKWA RAYA
1
Orang Kena Tuduh (OKT) di dalam kes ini telah dituduh untuk satu kesalahan pengedaran dadah di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234) kerana mengedar dadah berbahaya iaitu 277.9 gram dadah Methamphetamine.
2
Pihak pendakwaan telah memanggil seramai 7 orang saksi dan telah menutup kes pendakwaan. Alasan Penghakiman ini adalah penilaian Mahkamah ke atas keterangan-keterangan yang diberikan di peringkat kes pendakwaan.
3
Pertuduhan ke atas OKT adalah seperti berikut: “Bahawa kamu pada 8/9/2019 jam lebih kurang 1.30 pagi bertempat di pos SJR AKSEM Lalang Pepuyu, di dalam jajahan Tanah Merah, di dalam negeri Kelantan telah mengedar dadah berbahaya iaitu 277.9 gram Methamphetamine dan dengan itu kamu telah S/N kpU5g345CUKn6o75pqn7yQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 2 melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) akta yang sama”
4
Pertuduhan ini adalah berdasarkan kepada satu sekatan jalan raya (SJR) di Pos AKSEM Lalang Pepuyu, Tanah Merah, Kelantan pada 8/9/2019 jam 1.30 pagi. Semasa SJR tersebut, SP5 telah menahan sebuah kereta jenis Toyota Wish bernombor pendaftaran WPP 5015 yang dipandu oleh SP 4.
5
Kereta tersebut adalah di dalam perjalanan dari arah Panglima Bayu menuju ke Rantau Panjang. Terdapat 4 orang lelaki warganegara Myanmar dan OKT di dalam kereta tersebut. Salah seorang daripada lelaki warganegara Myammar berada di kerusi sebelah pemandu, manakala OKT yang merupakan seorang perempuan sedang duduk kerusi tengah secara berseorangan, manakala 3 lagi lelaki Myanmar sedang duduk di kerusi bahagian belakang.
6
Kesemua pemandu dan penumpang telah diarahkan turun untuk masuk ke Pos Kawalan. Semasa itu, OKT dilihat mendakap satu bungkusan kain selimut berwarna merah jambu (pink) berjalur kuning berbunga (P21). SP5 iaitu anggota polis yang menjalankan operasi SJR tersebut telah mengarahkan OKT untuk meletakkan bungkusan kain selimut tersebut di atas meja di dalam Pos Kawalan tersebut bagi dijalankan pemeriksaan.
7
Pemeriksaan SP5 telah menemukan 1 beg plastik lutsinar (P22) yang mengandungi 1 bungkusan plastik berwarna hitam (P23) dan 1 bungkusan plastik berwarna putih (P24). Di dalam P23 dan P24 telah ditemui 97 paket plastik berwarna biru yang berisi tablet-tablet berwarna merah dan hijau.
8
OKT telah ditangkap dan bahan-bahan yang disyaki dadah tersebut telah disahkan oleh Ahli Kimia iaitu SP3 bahawa berat bersih tablet S/N kpU5g345CUKn6o75pqn7yQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 3 merah adalah 1870.9 gram yang mengandungi dadah berbahaya jenis Methamphetamine seberat 275.0 gram manakala berat bersih tablet hijau adalah 18.9 gram yang mengandungi dadah berbahaya jenis Methamphetamine seberat 2.9 gram.
9
Beban pembuktian di akhir kes pendakwaan adalah sepertimana yang telah dinyatakan di bawah seksyen 180 Kanun Tatacara Jenayah ("KTJ") iaitu untuk menentukan berdasarkan kepada keterangan-keterangan yang kredibel wujudnya satu kes prima facie.
10
Mahkamah telah berpandukan kepada 2 kes utama berkaitan prima facie iaitu kes kes Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85 dan kes PP v. Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 yang merumuskan bahawa di akhir kes pendakwaan bermakna, Mahkamah ini hendaklah membuat penilaian maksimum ke atas keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan termasuk menilai kredibiliti keterangan-keterangan oleh saksi-saksi pendakwaan. Mahkamah sedar jika terdapat lebih dari satu inferens yang boleh dibuat, maka Mahkamah perlu memberi kelebihan kepada inferens yang memihak kepada Tertuduh.
11
Berpandukan kepada kes Muhammad Lukman Mohamad v. PP [2021] 7 CLJ 524, elemen yang perlu dipenuhi bagi satu kesalahan pengedaran dadah berbahaya di bawah seksyen 39B Akta 234 adalah seperti berikut :
a
sama ada dadah yang dipersoalkan adalah dadah berbahaya dan dadah yang sama dirampas;
b
sama ada dadah tersebut berada di dalam milikan OKT; dan
c
sama ada OKT mengedar dadah tersebut. S/N kpU5g345CUKn6o75pqn7yQ Analisis dan dapatan Mahkamah Elemen (a); sama ada dadah yang dipersoalkan adalah dadah berbahaya dan dadah yang sama dirampas [12] Keterangan SP5 dan disokong oleh keterangan SP6 menyatakan bahawa SP5 telah memeriksa P21 dan telah menemui 1 plastik lutsinar iaitu P22 di mana di dalamnya mengandungi 1 bungkusan plastik berwarna hitam (P23) dan 1 bungkusan plastik berwarna putih (P24). [13] Di dalam beg plastik P23 terdapat 1 balutan plastik lutsinar (P23A), kertas karbon (P23B) dan bungkusan bersalotape kuning (P23C) di mana di dalamnya mengandungi 5 bungkusan kertas berwarna putih (P25A (1-5)) yang setiap satunya dibaluti oleh plastik cerah yang berikat gelang getah (P25 (1-5)). Pemeriksaan lanjut di dalam setiap bungkusan di P25A (1-5), masing-masing di dalamnya mengandungi 10 bungkusan plastik berwarna biru yang diikat dengan gelang getah yang mengandungi tablet-tablet berwarna merah dan hijau. [14] Manakala di dalam beg plastik P24 terdapat 1 balutan plastik lutsinar (P24A), kertas karbon (P24B) dan bungkusan bersalotape kuning (P24C) di mana di dalamnya mengandungi 5 bungkusan kertas berwarna putih (P26A (1-5)) yang setiap satunya dibaluti oleh plastik cerah yang berikat gelang getah (P26 (1-5)). Pemeriksaan lanjut di dalam setiap bungkusan P26A (1-5), mendapati 4 bungkusan mengandungi 10 bungkusan plastik berwarna biru yang diikat dengan gelang getah berwarna merah dan 1 bungkusan mengandungi 7 bungkusan plastik berwarna biru yang diikat dengan gelang getah yang mengandungi tablet-tablet berwarna merah dan hijau [15] Kesemua saksi-saksi ini telah mengecam gambar-gambar ke atas barang kes tersebut serta penandaan-penandaan yang telah dibuat S/N kpU5g345CUKn6o75pqn7yQ oleh mereka. Tiada cabaran substantif oleh OKT melalui peguamnya ke atas identiti barang kes dan rantaian barang kes. [16] Mahkamah dengan itu mendapati bahawa tiada sebarang pecahan ke atas rantaian keterangan berkaitan dadah yang ditemui ini dan Mahkamah ini merumuskan bahawa dadah yang dikemukakan di Mahkamah bagi perbicaraan kes ini adalah dadah sama yang dirampas semasa serbuan (rujuk; Shahrizal Abdul Ghani v PP [2014] 1 MLJ 70). [17] Selanjutnya SP3 di dalam keterangannya telah mengesahkan ujian-ujian yang dijalankan olehnya ke atas bahan dadah tersebut dengan menyatakan di dalam Pernyataan Saksi (PS SP3) dan menerusi Laporan Kimia (P 17). Di akhir ujian yang telah dilaksanakan, SP3 mengesahkan bahawa dadah-dadah tersebut adalah dadah berbahaya jenis Methamphetamine seberat 277.9 gram. [18] Peguambela OKT menghujahkan bahawa SP3 di dalam keterangannya menyatakan bahawa tablet-tablet tersebut hanya dihemogenkan semasa dianalisis. Ini dihujahkan sebagai melanggar garis panduan yang dirangka oleh “United Nation Guidelines on the Recommended Methods for the Identification and Analysis of Amphetamine, Methamphetamine and Their Ring Substituted Analogues in Seized Materials”. [19] Peguambela telah membawa perhatian Mahkamah ini ke atas keputusan PP v Pau Chu Tong [2017] LNS 953 di mana Hakim Supang Lian HMT (pada ketika itu) memutuskan; “It followed that the evidence of PW1 taken as a whole showed that the impugned substances were homogenized during analysis which is in breach of the UN Guidelines. In my judgment, the breach of the guidelines had rendered the findings of PW1 that the impugned substances were methamphetamine weighing 75.26 grams doubtful and unreliable.” [20] Keputusan kes ini diikuti oleh PK Duncan Sikodol (pada ketika itu) di dalam kes PP v Chan Beng Hoi & anor [2019] 1 LNS 1540. S/N kpU5g345CUKn6o75pqn7yQ [21] Mahkamah telah meneliti keterangan SP3 sepertimana yang dinyatakan di dalam PS SP3 dan mendapati bahawa SP3 telah menyatakan bahawa langkah pertama yang dijalankan adalah tablet-tablet tersebut telah dijadikan homogen setelah dilakukan penimbangan berat bersih. Berlanjutan dari itu, 3 lagi ujian dijalankan iaitu Ujian Warna, Ujian Gas Chromatography Mass Spectometry dan Ujian Gas Chromatography. Di dalam setiap ujian tersebut, sampel perwakilan diambil dari serbuk yang telah dihomogen. [22] Oleh itu, keterangan SP3 semasa pemeriksaan balas bahawa proses homogen dijalankan semasa ujian dilaksanakan adalah bermaksud ia dijalankan sebagai langkah pertama di dalam ujian yang dijalankan ke atas barang kes tersebut sebelum ujian-ujian lain dijalankan. [23] Mahkamah Rayuan di dalam kes Junaidi Berimang V PP [2022] 1 LNS 522 telah berhadapan dengan isu yang sama di mana MR telah memutuskan; “Although, in the chemist report, it is stated that homogenization was done during analysis and the same report was adopted in the witness statement of PW 3 and PW 4, what is absolutely clear in their respective witness statements is that the analysis was done after homogenization. In paragraph 9 and 10 of his witness statement, PW 3 (Mohd Riduan bin Bakhir) said that he performed several tests on the drugs after homogenizing them by using a blender. PW 4 (Aishah binti Abdul Aziz) who analysed the drugs recovered from Karni said the same thing in paragraphs 8 and 9 of her witness statement. The court testimony of a witness is substantive evidence and the chemist report is merely corroborative (see PP v. Nolose Albert Raleshome [2014] 8 CLJ 689.” [24] Selanjutnya Mahkamah turut mendapati Hakim Duncan Sikodol HMT di dalam kes PP v Fadzhullah Khoo Abdullah [2021] 1 LNS 847 turut membuat dapatan yang berbeza dari keputusan awalnya. Di dalam kes terbarunya, Hakim Duncan Sikodol telah mendapati S/N kpU5g345CUKn6o75pqn7yQ ahli kimia telah menerangkan dengan lanjut ujian yang dilaksanakan. Oleh itu, keterangan Ahli Kimia telah diterima. [25] Sehubungan dengan itu, Mahkamah merumuskan bahawa SP3 adalah merupakan saksi yang berkelayakan dan telah menjelaskan setiap ujian yang telah dilaksanakan termasuk proses homogen. Oleh yang demikian, Mahkamah ini menerima keterangan SP3 serta merumuskan pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan dadah yang dirampas adalah dadah berbahaya dan dadah yang dikemukakan semasa perbicaraan adalah sama dengan yang dirampas (rujuk; Tarmizi bin Yaacob dan satu lagi v PP [2006] 6 MLJ 197). Elemen (b); sama ada dadah tersebut berada di dalam milikan OKT [26] Bagi elemen ini terdapat dua perkara utama iaitu berkaitan jagaan serta kawalan dan selanjutnya berkaitan pengetahuan. Ini bersandarkan kepada kes-kes duluan seperti Chan Pean Leon v PP [1956] 1 LNS 17; [1956] MLJ 237, Ibrahim Mohamad & Anor v. PP [2011] 4 CLJ 113 dan Romi Amora Amir v. PP [2011] 1 CLJ
870
[27] Keterangan pihak pendakwaan berkaitan jagaan dan kawalan telah dibuktikan melalui keterangan SP4, SP5 dan SP6 yang menunjukkan bahawa dadah tersebut dijumpai di dalam P21 yang sentiasa dipegang serta dipeluk oleh OKT dan tidak pernah diserahkan kepada sesiapa. Keterangan ini disokong oleh keterangan dokumen yang merupakan laporan polis (P28) dan Borang Pemeriksaan (P27) yang telah disediakan oleh SP5. [28] Keterangan ini tidak pernah dicabar oleh OKT melalui peguambelanya. OKT telah dibuktikan mengendalikan P21 tersebut sebagai barangnya sendiri dengan mengecualikan orang lain. Oleh yang demikian, satu-satunya dapatan yang boleh dibuat oleh Mahkamah adalah, pada setiap masa P21 dilihat berada di dalam jagaan dan kawalan OKT. Oleh yang demikian dadah-dadah yang ditemui di dalam P21 tersebut adalah berada di dalam jagaan serta kawalan OKT. S/N kpU5g345CUKn6o75pqn7yQ [29] Isu yang berbangkit selepas dapatan berkaitan jagaan serta kawalan adalah berkaitan pengetahuan OKT ke atas dadah tersebut. Mahkamah mendapati, terdapat sedikit percanggahan keterangan SP4 jika dibandingkan dengan keterangan SP5 dan SP6. Menurut SP4, OKT semasa dibawa ke Pos Kawalan telah ke tandas dan semasa ke tandas tersebut, OKT membawa P21 bersama OKT. Namun keterangan SP5 dan SP6 tidak langsung menyatakan fakta ini. [30] Keterangan berkaitan OKT membawa P21 ke tandas ini walaupun tidak dihujahkan oleh peguambela di dalam penghujahannya, adalah sangat jelas dan Mahkamah tidak boleh menutup sebelah mata. Ini perlu dipertimbangkan kerana ia penting di dalam menimbangkan pengetahuan OKT. [31] Apatah lagi di dalam kes ini, pihak pendakwaan di dalam membuktikan wujudnya pengetahuan OKT telah bersandarkan kepada seksyen 8 Akta Keterangan 1950 (Akta 56) yang menyatakan tingkahlaku OKT adalah relevan dan boleh diterima dan telah merujuk kepada nas-nas duluan seperti PP v Abdul Rahman Akif [2007] 4 CLJ 337, Parlan Dadeh v PP [2009] 1 CLJ 717 dan PP v Tan Kim Piow [2006] 5 MLJ 409. [32] Pihak pendakwaan menghujahkan bahawa tindakan OKT yang sentiasa memegang serta memeluk P21 tersebut membolehkan satu inferens dari tingkahlaku OKT bahawa OKT mempunyai pengetahuan. Puan TPR menekankan bahawa pihak peguambela tidak mengemukakan apa-apa soalan kepada SP4, SP5 serta SP6 untuk mempertikaikan bahawa OKT tidak mengetahui apakah barang yang dibawanya atau sekurang-kurangnya OKT adalah pembawa suci hati. Apabila bahagian penting keterangan tidak diperiksa balas, maka ia sepatutnya dianggap sebagai diterima. (rujuk; Wong Swee Chin v PP [1981] 1 MLJ 212). [33] Mahkamah menegaskan bahawa bagi pembuktian pemilikan, pihak pendakwaan perlu membuktikan bahawa bukan sahaja dadah tersebut berada di dalam jagaan serta kawalan OKT malahan OKT S/N kpU5g345CUKn6o75pqn7yQ mempunyai pengetahuan ke atas dadah tersebut. Persoalan di dalam pertimbangan Mahkamah kini dalah sama ada keterangan yang disandarkan kini oleh PR berupaya dengan sendirinya membangkitkan inferens pengetahuan oleh OKT. [34] Di dalam keterangan pihak pendakwaan sendiri, tiada sebarang tingkahlaku selain dari OKT memegang dan memeluk P21 bagi membolehkan satu inferens pengetahuan oleh Mahkamah. Adakah perbuatan ini sahaja boleh menunjukkan pengetahuan OKT. [35] Tiada sebarang keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan yang menunjukkan reaksi OKT seperti takut, gelisah atau resah pada ketika itu. Malahan tiada soalan sedemikian ditanyakan kepada SP4, SP5 dan SP6. Oleh itu, Mahkamah tiada sebarang pilihan selain merumuskan, pada ketika itu OKT tidak langsung menunjukkan bahawa OKT di dalam keadaan takut, gelisah atau resah. [36] Bagi Mahkamah keterangan ini penting kerana ia perlu dipertimbangkan dengan keterangan OKT memegang serta memeluk P21. Mahkamah berpandangan bahawa perilaku OKT memegang P21 adalah meletakkan P21 di dalam jagaan serta kawalannya tanpa OKT sendiri mengetahui apakah kandungan P21 tersebut. Bagi Mahkamah adalah tidak logik jika OKT mengetahui kandungan P21 tersebut, OKT boleh setenang itu sedangkan ia merupakan satu kesalahan yang besar. [37] Ini diperkukuh dengan keterangan SP4 bahawa OKT telah ke tandas dengan membawa P21 tersebut bersamanya. Ketika ini tiada sebarang kawalan oleh pihak polis ke atas OKT maupun P21 yang dibawa olehnya. Selojiknya, OKT mempunyai peluang yang besar untuk melupuskan dadah tersebut di dalam tandas atau meninggalkannya di tandas bagi mengelak dirinya dari ditangkap. [38] SP 4 adalah merupakan saksi pihak pendakwaan dan merupakan seorang awam yang turut ditangkap pada malam tersebut. SP4 juga tidak berkepentingan di dalam kes ini memandangkan SP4 hanyalah pemandu kenderaan serta tidak mengenali OKT. Oleh itu, S/N kpU5g345CUKn6o75pqn7yQ keterangan SP4 adalah sewajarnya diterima oleh Mahkamah dan penilaian keterangan SP4 di Mahkamah ini turut menunjukkan bahawa SP4 adalah saksi yang boleh dipercayai. [39] Dari penilaian Mahkamah ke atas keterangan-keterangan SP4, SP5 dan SP6 ini, Mahkamah mendapati bahawa OKT mempunyai kesempatan yang penuh untuk melupuskan P21 atau sekurang-kurangnya dadah-dadah di dalam P21 tersebut. Namun OKT tidak melakukannya dan pada pandangan Mahkamah, inferens yang boleh dibuat adalah kerana OKT tidak mempunyai pengetahuan bahawa di dalam P21 tersebut terdapat dadah atau sekurang-kurangnya bahan yang bersalahan di sisi undang-undang. [40] Namun pertimbangan Mahkamah tidak terhenti di situ. Di dalam keadaan di mana keterangan secara langsung tidak wujud bagi membuat satu inferens berkaitan pengetahuan, namun seksyen 37(d) Akta 234 telah menyediakan peruntukan perundangan yang menyatakan bahawa satu andaian berkaitan pengetahuan boleh dibuat oleh Mahkamah ini. [41] Sepertimana yang telah diulas oleh Mahkamah ini, keterangan adalah tuntas bagi membuktikan jagaan serta kawalan OKT ke atas P21 dan sehubungan dengan itu, berdasarkan kepada seksyen 37(d) Akta 234, Mahkamah boleh membuat andaian bahawa OKT mempunyai pengetahuan ke atas dadah-dadah tersebut. Mahkamah ini merujuk kepada penghakiman MR di dalam kes Ser Chee Yew v PP [2022] 1 LNS 1212 yang menyatakan: “[36] The presumption of s. 37(d) of the DDA is that, as the Appellant was found in his custody and control of the six boxes (Exhibits P14 - P19) which contained the dangerous drugs, he is deemed to be in possession of the same and deemed to have known the nature of the drugs. Mens rea is presumed under the said section and the burden lies on the Appellant to rebut that he has knowledge, on a balance of probabilities. [37] On the evidence, we do not find any error on the part of the learned trial Judge in invoking the presumption under section 37 (d) of the DDA against the Appellant. There is no other requirement to be proven by the S/N kpU5g345CUKn6o75pqn7yQ prosecution under this provision, except custody and control of anything whatsoever containing dangerous drugs. There is no requirement for the trial Court to make any finding of mens rea possession or the state of a person's mind, once this presumption is triggered. This is a presumption of law which is invoked once custody or control is established by the prosecution. This is aptly explained in Muhammed Hassan v. PP [1998] 2 CLJ 170; [1998] 2 MLJ 273 F.C.” [42] Sehubungan dengan itu, Mahkamah merumuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya di dalam memenuhi beban yang diperlukan oleh undang-undang iaitu bagi membuktikan elemen kedua iaitu pemilikan OKT ke atas dadah tersebut dengan bersandarkan kepada peruntukan andaian berkenaan pengetahuan. Elemen (c); sama ada OKT mengedar dadah tersebut [43] Bagi elemen pengedaran, pihak PR bersandarkan kepada peruntukan andaian di bawah seksyen 37(da)(xvi) ADB 1952 yang bersandarkan kepada pembuktian elemen pemilikan. PR menghujahkan bahawa di bawah peruntukan ini, Mahkamah berhak membuat dapatan bahawa satu kes prima facie pengedaran dibuktikan bawah seksyen 180(4) KTJ, dengan membangkitkan anggapan pengedaran di bawah seksyen 37(da) Akta 234. Pendekatan ini telah diputuskan sebagai betul di sisi undang-undang oleh Mahkamah Persekutuan melalui penghakiman oleh Hakim Tengku Maimun Tuan Mat KHN di dalam kes Abdullah Atan v. PP [2020] 9 CLJ 151. [44] Namun Mahkamah di dalam membuat dapatan berkaitan pemilikan telah bersandarkan kepada peruntukan andaian di bawah seksyen 37(d) Akta 234. Memandangkan kepada pendekatan ini, maka Mahkamah tidak lagi berhak untuk menggunapakai andaian berganda di bawah seksyen 37(da) Akta 234 (rujuk; Alma Nudo Atenza v. PP & Another Appeal [2019] 5 CLJ 780). [45] Di dalam masa yang sama, Mahkamah turut menilai keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan bagi S/N kpU5g345CUKn6o75pqn7yQ menimbangkan sama ada wujud keterangan yang membolehkan Mahkamah untuk merumuskan secara langsung atau inferens bahawa OKT telah mengedar dadah-dadah tersebut sepertimana yang dinyatakan di bawah seksyen 2 Akta 234 (rujuk; Ong Ah Chuan v. PP & Koh Chai Cheng v. PP [1980] 1 LNS 181; [1981] 1 MLJ 64). [46] Setakat keterangan yang dikemukakan, Mahkamah mendapati bahawa keterangan pihak pendakwaan hanya menunjukkan kepada Mahkamah jagaan serta kawalan OKT ke atas P21 semasa berada di Pos Kawalan. Tiada keterangan bagi menunjukkan bilakah P21 tersebut mula berada di bawah jagaan serta kawalan OKT. Oleh itu tiada keterangan bagi menunjukkan bahawa OKT membawa P21 dari satu tempat ke satu tempat. [47] Walaupun tidak dinafikan bahawa dadah yang dibawa tersebut adalah dalam keadaan yang banyak namun keterangan tersebut sahaja tanpa perbuatan terang-terangan (overt act) yang lain tidak mewajarkan satu inferens bahawa ianya dibawa bagi maksud pengedaran. [48] Sehubungan dengan itu, Mahkamah merumuskan bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan elemen yang terakhir iaitu elemen pengedaran. Kesimpulan di akhir kes pendakwaan [49] Di atas penilaian-penilaian ini, maka Mahkamah ini memutuskan bahawa pihak pendakwaan tidak berjaya membuktikan satu kes prima facie ke atas OKT bagi pertuduhan yang telah dikenakan ke atas OKT. Namun Mahkamah berpuashati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan bahawa dadah tersebut adalah di dalam milikan OKT. [50] Sehubungan dengan itu, Mahkamah dengan ini berdasarkan kepada seksyen 167 KTJ memerintahkan OKT untuk dipanggil membeladiri bagi satu kesalahan di bawah seksyen 12(2)/39A(2) S/N kpU5g345CUKn6o75pqn7yQ Akta 234 kerana memilik 277.9 gram dadah Methamphetamine (rujuk; Wen Wuzhuang v PP [2018] 1 LNS 1676). Pengakuan salah dan hukuman [51] Walaubagaimanapun, selepas pertuduhan pindaan di bawah seksyen 12(2)/39A(2) Akta 234 dibacakan dan diterangkan, OKT telah memilih untuk mengaku salah. Sehubungan dengan itu, Mahkamah telah mensabitkan OKT ke atas pertuduhan pindaan yang telah dikenakan ke atasnya. [52] Di dalam hujahan berkaitan hukuman, peguam OKT telah mendesak Mahkamah ini untuk mengambil maklum bahawa kes ini melibatkan pengakuan salah OKT pada kali pertama ia ditawarkan oleh Mahkamah kepada OKT. Ini juga adalah merupakan kesalahan kali pertama OKT yang kini telah berumur 53 tahun. [53] Peguam turut memaklumkan kepada Mahkamah bahawa OKT telah berkahwin dan mempunyai anak seramai 5 orang yang tinggal di Myanmar. OKT mendakwa bahawa kesalahan ini dilakukan apabila OKT dipergunakan oleh orang lain. Kini OKT telah insaf dan oleh itu, OKT memohon agar diberi hukuman penjara yang minima. [54] Puan TPR sebaliknya telah menghujahkan agar Mahkamah memberi hukuman setimpal dengan mengambilkira jumlah dadah yang banyak dan Mahkamah perlu mengambilkira faktor kepentingan awam kerana masalah dadah yang tidak menunjukkan sebarang penurunan. Hukuman Mahkamah perlu memberi pengajaran kepada seluruh masyarakat. [55] Di dalam menimbangkan hukuman yang adil, Mahkamah mendapat panduan dari keputusan Mahkamah Rayuan di dalam kes Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor v. PP [2001] 4 CLJ 9, di mana Hakim Shaikh Daud HMR telah menyatakan; "It cannot be gainsaid that the most onerous function of any court is to decide the appropriate sentence in any criminal S/N kpU5g345CUKn6o75pqn7yQ case. In deciding the appropriate sentence a court should always be guided by certain considerations. The first and foremost is the public interest. In that context the interest of justice should no doubt take into account the interest of the offender. But it is often forgotten that the interest of justice must also include the interest of the community. In assessing sentence the court should balance the interest of the offender with the interest of the victim and strike a balance, not, of course forgetting that the interest of the public should be of the uppermost consideration." [56] Selain itu, apa yang dinyatakan oleh Hilbery J di dalam kes Kenneth John Ball v. R [1951] 35 Cr App R 164 sentiasa menjadi rujukan Mahkamah di dalam menjatuhkan hukuman seperti berikut: "It is for these reasons, and with these purposes in view, that before passing sentence the Court hears evidence of the antecedents and character of every convicted person. It follows that when two persons are convicted together of a crime or series of crimes in which they have been acting in concert, it may be right, and very often is right, to discriminate between the two and to be lenient to the one and not to the other. The background, antecedents and character of the one and his whole bearing in Court may indicate a chance of reform if leniency is extended, whereas it may seem that only a harsh lesson is likely to make the other stop in his criminal career. The argument that a severe sentence on one prisoner must be unjust because his fellow prisoner, who was convicted of the same crime, received a light sentence or none at all, has neither validity nor force. The differentiation in treatment is justified if the Court, in considering the public interest, has regard to the differences in the characters and antecedents of the two convicted men and discriminates between them because of those differences." [57] Jenayah berkaitan dadah merupakan masalah yang menghantui masyarakat sejak sekian lama dan dianggap sebagai musuh nombor satu negara. Pelbagai usaha dijalankan oleh Kerajaan bagi menangani masalah ini. Oleh itu, adalah penting bagi Mahkamah memberi kelebihan ke atas faktor kepentingan awam bagi kes-kes sebegini. Di dalam kes PP v. Muhammad Faiz bin Fazil Mahmud & Anor [2016] 1 LNS 523; [2016] MLJU 458, Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperti berikut: S/N kpU5g345CUKn6o75pqn7yQ "Uppermost on our mind when dealing with this kind of an appeal is the factor of public interest. As is trite, criminal law is publicly enforced and the reason underlying that policy has been that a crime must be dealt with in such a way that would-be offenders would be deterred from committing similar offence." [58] Penyalahgunaan dadah adalah merupakan duri dalam daging di dalam masyarakat negara ini. Ia menjadi punca kepada masalah-masalah jenayah yang lain dan ia turut memberi kesan besar ke atas keluarga, masyarakat sekeliling, ekonomi serta keselamatan masyarakat. Kerunsingan masyarakat ini disentuh oleh Hakim Mokhtar Sidin HMR di dalam kes Tia Ah Leng v. Public Prosecutor [2004] 1 LNS 252; [2004] 4 MLJ 249 yang menyatakan seperti berikut: "The Government and the legislature have taken very serious views in the abuse of usage of dangerous drugs. Drug addictions are rampant and the Government as well as the legislature have tried to curb these addictions especially amongst youths but met with little success. Death sentences and heavy penalties have been introduced but we find drug addicts everywhere. The addiction to drugs have led to other offences such as thefts, burglary and snatch thefts. Some of these offences lead to serious consequences. We have read in the newspapers that some drug addicts have gone to the extent of hurting their own families such as their mothers, sisters and grandmothers in order to get some money to purchase the drugs to support their addictions" [59] Kegusaran masyarakat berkaitan jenayah ini dapat dilihat apabila Parlimen telah meminda hukuman penjara seumur hidup bagi kesalahan di bawah seksyen 39A(2) Akta 234 dengan meminda tafsiran hukuman penjara seumur hidup di bawah seksyen 3 Akta Keadilan Jenayah 1953 sebagai disifatkan sebagai suatu hukuman penjara selama 30 tahun berbanding 20 tahun sebelum ini. Pindaan ini dikuatkuasakan melalui Akta Keadilan Jenayah (Pindaan) 2007 ("Akta A1302") yang mula berkuatkuasa pada 7 September 2007 [PU(B) 323/2007]. [60] Pendekatan dan tindakan Parlimen haruslan diberi pengiktirafan sewajarnya oleh Mahkamah melalui hukuman yang menggambarkan ketegasan masyarakat. Ini pernah diulas melalui S/N kpU5g345CUKn6o75pqn7yQ penghakiman Hashim Yeop A Sani HMT di dalam kes Public Prosecutor v. Loo Choon Fatt [1976] 1 LNS 102 yang telah menyatakan seperti berikut: "It is common sense to say that behind these legislative exercises was the government's realisation albeit gradual, of the problem of drug abuse in this country, the degenerating effect of the misuse of dangerous drugs and the attendant dangers it has posed to society itself. The amendments passed by Parliament therefore reflect the public policy. It must be presumed that behind the public policy is the consideration of public interest. The change in the attitude of the legislature itself during the last three years reflects the seriousness of the problem. In my view the Courts will not be performing their functions honestly if the seriousness of the situation is not reflected in the sentence imposed or if the sentence appears to defeat the object of the statute. This is not saying that the Courts in the treatment of drug offences should at all times be severe. Each case has to be determined on its own merits. But in every case the Courts must be realistic and rational." [61] Mahkamah sering diingatkan akan peri pentingnya Mahkamah bersikap adil bukan sahaja ke atas pesalah, tetapi perlu memberi keadilan sewajarnya ke atas masyarakat secara keseluruhannya. Ini sepertimana kata-kata Hakim Mohamed Azmi HMT (pada ketika itu) di dalam kes Jumari Mohamed v. PP [1982] 1 MLJ 284 apabila menyatakan: "For the purpose of doing substantial justice, the court must bear in mind that justice must be done not only to the convicted person but also to society at large on whose behalf the Public Prosecutor acts." [62] Bagi Mahkamah, OKT patut sedar akan jenayah yang dilakukan ini. Sebagai warganegara asing, OKT perlu menghormati negara kita. Negara Malaysia sangat membenci dadah dan memeranginya sejak puluhan tahun. Oleh itu, hukuman yang diberikan diharap dapat memberi peringatan kepada semua warganegara asing yang datang ke negara kita. S/N kpU5g345CUKn6o75pqn7yQ [63] Di atas pertimbangan-pertimbangan tersebut, Mahkamah menjatuhi hukuman penjara selama 12 tahun dari tarikh tangkap. Bertarikh: 27hb. Disember, 2022 (DATUK MOHAMAD ABAZAFREE BIN MOHD ABBAS) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi (2) Kota Bharu, Kelantan. S/N kpU5g345CUKn6o75pqn7yQ Pihak-pihak: Bagi Pihak Pendakwa Raya: Norazlinawati binti Mohd Arshad Timbalan Pendakwa Raya Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan Blok 5, Aras Bawah, Kota Darulnaim 15050 Kota Bharu, Kelantan. Bagi Pihak Tertuduh: Cheang Chu Yong, Benedict Tetuan Benedict Cheang Naziruddin & Co. Peguambela & Peguamcara Lot 717, Tingkat 2, Seksyen 9 Jalan Sultanah Zainab 15000 Kota Bharu Kelantan. Tarikh Bicara : 06hb. November, 2022 Tarikh Keputusan : 27hb. November, 2022 S/N kpU5g345CUKn6o75pqn7yQ Undang-Undang Yang Dirujuk: ➢ Akta Dadah Berbahaya 1952 ➢ Kanun Tatacara Jenayah ➢ Akta Keadilan Jenayah 1953 ➢ Akta Keadilan Jenayah (Pindaan) 2007 Kes-Kes Yang Dirujuk: ➢ Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85 dan kes PP v. Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 ➢ Muhammad Lukman Mohamad v. PP [2021] 7 CLJ 524 ➢ Shahrizal Abdul Ghani v PP [2014] 1 MLJ 70 ➢ PP v Chan Beng Hoi & anor [2019] 1 LNS 1540 ➢ PP v Chan Beng Hoi & anor [2019] 1 LNS 1540 ➢ Junaidi Berimang V PP [2022] 1 LNS 522 ➢ PP v Fadzhullah Khoo Abdullah [2021] 1 LNS 847 ➢ Tarmizi bin Yaacob dan satu lagi v PP [2006] 6 MLJ 197 ➢ Chan Pean Leon v PP [1956] 1 LNS 17; [1956] MLJ 237 ➢ Ibrahim Mohamad & Anor v. PP [2011] 4 CLJ 113 ➢ Romi Amora Amir v. PP [2011] 1 CLJ 870 ➢ PP v Abdul Rahman Akif [2007] 4 CLJ 337 ➢ Parlan Dadeh v PP [2009] 1 CLJ 717 ➢ PP v Tan Kim Piow [2006] 5 MLJ 409 ➢ Wong Swee Chin v PP [1981] 1 MLJ 212 ➢ Ser Chee Yew v PP [2022] 1 LNS 1212 ➢ Abdullah Atan v. PP [2020] 9 CLJ 151 ➢ Alma Nudo Atenza v. PP & Another Appeal [2019] 5 CLJ 780 S/N kpU5g345CUKn6o75pqn7yQ ➢ Ong Ah Chuan v. PP & Koh Chai Cheng v. PP [1980] 1 LNS 181; [1981] 1 MLJ 64 ➢ Wen Wuzhuang v PP [2018] 1 LNS 1676 ➢ Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor v. PP [2001] 4 CLJ 9 ➢ Kenneth John Ball v. R [1951] 35 Cr App R 164 ➢ PP v. Muhammad Faiz bin Fazil Mahmud & Anor [2016] 1 LNS 523; [2016] MLJU 458 ➢ Tia Ah Leng v. Public Prosecutor [2004] 1 LNS 252; [2004] 4 MLJ 249 ➢ Public Prosecutor v. Loo Choon Fatt [1976] 1 LNS 102 ➢ Jumari Mohamed v. PP [1982] 1 MLJ 284 S/N kpU5g345CUKn6o75pqn7yQ
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.