Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (BAHAGIAN JENAYAH) PERBICARAAN JENAYAH NO.: WA-45A-50-05/2021 & WA-45-4-05/2021 ANTARA PENDAKWA RAYA
WA-45-4-05/2021
High Court of Malaysia13 Dec 2022
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
What the court ordered
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“-mata (mere denials) ataupun pembelaan yang difikirkan kemudian (afterthought). (rujuk kes Liew Kaling v PP [1960] 26 MLJ 306, Adekunle Johnson Oshodi v PP [1998] 1 CLJ 515, Junaidi bin Abdullah v PP [1993] MLJ 217 & PP v Muhd Farid bin Sukis [2002] 8 CLJ 814). [64] Sekiranya suatu andaian statutori telah terpakai seba”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (BAHAGIAN JENAYAH) PERBICARAAN JENAYAH NO.: WA-45A-50-05/2021 & WA-45-4-05/2021 ANTARA PENDAKWA RAYA
1
OKT di dalam kes ini menghadapi 3 pertuduhan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (WA-45A-50-05/2021) dan satu pertuduhan di bawah seksyen 30(3)/(5) Akta Racun 1952 (WA-45-4- 05/2021). S/N rqwdoZ/gQ0ybyAYpYBklVg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 2
2
Pertuduhan (WA-45A-50-05/2021) Pertama: Bahawa kamu pada 6.7.2020 jam lebih kurang 5.50 petang, di rumah alamat No. S-12-07 Pearl Suria Residence, Jalan Klang Lama, di dalam daerah Brickfields, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah mengedar dadah berbahaya iaitu 10,865.9 gram Methamphetamine dan dengan itu, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama. Kedua: Bahawa kamu pada 6.7.2020 jam lebih kurang 5.50 petang, di rumah alamat No. S-12-07 Pearl Suria Residence, Jalan Klang Lama, di dalam daerah Brickfields, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah mengedar dadah berbahaya iaitu 27.3 gram Heroin dan dengan itu, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama. Ketiga: Bahawa kamu pada 6.7.2020 jam lebih kurang 5.50 petang, di rumah alamat No. S-12-07 Pearl Suria Residence, Jalan Klang Lama, di dalam daerah Brickfields, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah mengedar dadah berbahaya iaitu 94.6 gram Monoacetylmorphine dan dengan itu, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen S/N rqwdoZ/gQ0ybyAYpYBklVg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 3 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama.
3
Pertuduhan (WA-45A-4-05/2021) Keempat: Bahawa kamu pada 6.7.2020 jam lebih kurang 5.50 petang, di rumah alamat No. S-12-07 Pearl Suria Residence, Jalan Klang Lama, di dalam daerah Brickfields, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah didapati memiliki 10,000 gram Etizolam. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 30(5) Akta yang sama.
4
Bagi membuktikan kesnya, pihak pendakwaan perlu membuktikan bagi tuduhan pertama, kedua dan ketiga bahawa: i. Bahan yang dirampas adalah dadah berbahaya; ii. OKT mempunyai milikan terhadap dadah berbahaya tersebut; dan iii. OKT telah mengedar dadah berbahaya tersebut. Bagi pertuduhan keempat pula: i. Bahan yang dirampas adalah Etizolam; dan ii. OKT mempunyai milikan terhadap Etizolam tersebut. S/N rqwdoZ/gQ0ybyAYpYBklVg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 4
5
Selain dari itu, pihak pendakwaan juga perlu membuktikan bahawa dadah berbahaya dan racun yang dikemukakan di Mahkamah ketika perbicaraan adalah merupakan dadah berbahaya dan racun yang sama yang dirampas dari OKT di tempat kejadian dan disahkan adalah dadah berbahaya dan racun oleh Ahli Kimia yang menjalankan analisis. KETERANGAN PIHAK PENDAKWAAN Bahan yang dirampas adalah dadah berbahaya dan racun sebagaimana definisi yang diberikan oleh akta yang berkaitan.
6
Bagi membuktikan elemen ini, pihak pendakwaan bergantung penuh kepada keterangan Ahli Kimia (SP1) yang mengesahkan, selepas analisis yang beliau jalankan bahawa: i. P17 (1-65) mengandungi 576.8 gram Methamphetamine; ii. P20 (1-5) & P21 (1-5) mengandungi 18 gram Heroin dan 78 gram Monoacetylmorphine; iii. P22 & P23 mengandungi 9.3 gram heroin & 9.3 gram Monoacetylmorphine; iv. P27-P46, P49-P68, P70-P89, P91-P110 dan P112-P132 adalah tablet-tablet seberat 5000 gram mengandungi Etizolam; v. P133-P182, P184-P233, P235-P284, P286-P335 dan P337- P386 adalah tablet-tablet seberat 5000 gram mengandungi Etizolam; vi. P391 mengandungi 730.8 gram Methamphetamine; vii. P395 mengandungi 731.9 gram Methamphetamine; viii. P397 mengandungi 730.9 gram Methamphetamine; ix. P399 mengandungi 736 gram Methamphetamine; S/N rqwdoZ/gQ0ybyAYpYBklVg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 5 x. P400 mengandungi 741.7 gram Methamphetamine; xi. P401 mengandungi 737.7 gram Methamphetamine; xii. P404 mengandungi 733 gram Methamphetamine; xiii. P422 mengandungi 731.5 gram Methamphetamine; xiv. P423 mengandungi 738.8 gram Methamphetamine; xv. P425 mengandungi 737.9 gram Methamphetamine; xvi. P427 mengandungi 726.7 gram Methamphetamine; xvii. P430 mengandungi 740.6 gram Methamphetamine; xviii. P431 mengandungi 733.7 gram Methamphetamine; dan xix. P433 mengandungi 737.9 gram Methamphetamine Methamphetamine, Monoacetylmorphine dan Heroin adalah disenaraikan dalam Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952. Manakala bagi Etizolam pula merupakan bahan analog benzodiazepine yang ditetapkan dalam Jadual Pertama dan Jadual Ketiga (Bahan-Bahan Psikotropik) Akta Racun 1952.
7
Pengesahan ini juga dapat dilihat melalui laporan kimia P14 yang beliau sediakan.
8
Mahkamah Persekutuan dalam kes Balachandran v Public Prosecutor [2005] 2 MLJ 301 telah memutuskan: “Ït has been held by the trilogy of the (then) Supreme Court cases of Munusamy v PP [1987] 1 MLJ 429, Lam San [1991] 3 MLJ 426 and Khoo Hi Chiang v PP [1994 1 MLJ 265 that the court is entitled to accept the evidence on its face value without the necessity for him to go into details of what he did in the laboratory S/N rqwdoZ/gQ0ybyAYpYBklVg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 6 step by step unless it is inherently incredible or the defence calls evidence in rebuttal by another expert.”
9
Oleh yang demikian, Mahkamah ini mendapati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan jenis dan berat dadah berbahaya serta racun yang merupakan perkara pokok (subject matter) dalam kesemua empat (4) pertuduhan terhadap OKT.
10
Berdasarkan kepada kombinasi keterangan SP1, SP2 dan SP8 yang telah membuat pengecaman pada tanda-tanda yang dibuat pada barang kes dadah dan racun serta keterangan dokumentar yang dikemukakan, menunjukkan penjagaan dan perjalanan eksibit-eksibit ini dari masa dirampas sehinggalah dikemukakan di hadapan Mahkamah ini tidak pernah terputus. Keterangan ini juga tidak dicabar oleh pihak penbelaan. Mahkamah dengan ini mendapati bahawa dadah dan racun yang dirampas ketika serbuan adalah merupakan dadah dan racun yang telah dianalisis oleh SP1 dan sama seperti yang dikemukakan ketika perbicaraan di Mahkamah ini bagi kes ini. Oleh itu, rantaian keterangan berkaitan dadah yang dirampas adalah tidak terputus. (there was no break in the chain of exhibits). Lihat kes Loh Kah Loon v PP [2011] 5 CLJ 345; Gunalan A/L Ramachandran & Ors v Public Prosecutor [2004] 489. S/N rqwdoZ/gQ0ybyAYpYBklVg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 7
11
Milikan boleh dibuktikan sama ada melalui keterangan langsung ataupun dengan menggunapakai andaian di bawah seksyen 37(d) Akta dengan membuktikan jagaan atau kawalan. Selain dari jagaan atau kawalan, untuk menunjukkan seseorang itu mempunyai milikan, elemen pengetahuan (knowledge) juga perlu ditunjukkan.
12
Perkataan milikan tidak diberikan sebarang tafsiran di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952. Namun begitu, dalam kes Toh Ah Lok And Mak Thiam v Rex [1949] 1 MLJ 54, Mahkamah menyatakan: “Possession, in order to incriminate a person, must have the following characteristics. The possessor must know the nature of the thing possessed, must have in him a power of disposal over the thing, and lastly must be conscious of his possession of the thing.” “I have given the most careful consideration to the meaning of the word “custody” in section 37(d) of the Ordinance under consideration and have come to the conclusion that it means actual physical control. The word “control” in the same section must, therefore, be construed to mean any form of control other than actual physical control. Other names for “custody” are “physical possession”, “de facto possession” and “detention.” It is referred to in 25 Halsbury’s Laws (2nd Edn.) 194, para 327, in these terms: S/N rqwdoZ/gQ0ybyAYpYBklVg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 8 “The word ‘possession’ may mean effective, physical or manual control, or occupation, evidenced by some outward act, sometimes called de facto possession or detention.”
13
Dalam kes Chan Pean Leon v Public Prosecutor [1956] 1 MLJ 237, milikan ditafsirkan seperti berikut: “Possession” itself as regards to criminal law is described as follows in Stephen’s Digest (9th Edition, page 304):- “A movable thing is said to be in the possession of a person when he is so situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons, and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need.” To put it otherwise, there is a physical element and a mental element which must both be present before possession is made out. The accused must not only be so situated that he can deal with the thing as if it belongs to him, for an example have it in his pocket or have it lying in front of him on a table. It must also be shown that he had the intention of dealing with it as if it belonged to him should he see any occasion to do so, in other words, that he had some animus possidendi. Intention is a matter of fact which is the nature of things cannot be proved by direct evidence. It can only be proved by inference from the surrounding circumstances. Whether these surrounding circumstances make out such intention is a question of fact in each individual case.” S/N rqwdoZ/gQ0ybyAYpYBklVg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 9
14
YA Gopal Sri Ram HMR (ketika itu) dalam kes Chan King Yu v PP [2006] 3 CLJ 853 menyatakan: “Whether the prosecution has established means rea possession in a given case is a question of fact depending on the facts and circumstances of each case. Proof of knowledge in a criminal case is, short of a voluntary confession by an accused, like many other states of a guilty mind in a criminal case, a fact to be gathered inferentially from proved facts and surrounding circumstances. In particular the acts done by an accused and other circumstances provide valuable assistance to a court in determining whether that accused had the requisite means rea. It is in reality a common-sense approach.”
15
Berdasarkan petikan-petikan kes di atas, milikan adalah keadaan di mana seseorang itu berada dalam kedudukan yang membolehkan beliau berupaya untuk mengambil sebarang tindakan yang beliau fikirkan bersesuaian terhadap sesuatu barangan, bila perlu, dengan menyingkirkan peranan orang lain.
16
OKT telah ditangkap di hadapan pintu lobi lif tingkat 6 Pearl Suria Residence oleh SP2 dan sepasukan polis hasil dari maklumat mengenai aktiviti pengedaran dadah yang melibatkan seorang lelaki berbangsa India Muslim. Pemeriksaan badan OKT tidak menemui apa-apa barang salah.
17
Beberapa item iaitu 1 rangkai 2 anak kunci (P469 a & b), 1 kad akses (P470), 1 mini tag RFID (P471) dan 1 kunci remote kereta telah ditemui dari dalam poket kanan seluar yang dipakai OKT. S/N rqwdoZ/gQ0ybyAYpYBklVg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 10
18
SP2 dimaklumkan yang P470 adalah kad akses untuk pintu lif manakala P469 adalah kunci rumah OKT. Maklumat ini telah dicatitkan oleh SP2 dan ditanda sebagai P451 dan dijadikan satu laporan polis P476.
19
Dengan menggunakan P469(a & b) SP2 dan pasukan telah berjaya masuk ke dalam premis sepertimana dalam pertuduhan.
20
Pemeriksaan yang dijalankan di bilik pertama sebelah kiri premis ini telah membawa kepada penemuan P16, P17, P19-P24, P26-P46, P49- P386, P390-P404, P421-P435, P457 (1-5) 5 alat sealer, P458-460 3 alat timbangan, P461-P466 alat pemecah ais, gunting dan pisau dan P467 (1- 3) peket plastik berbagai saiz.
21
Keterangan pandu arah oleh OKT adalah relevan untuk menunjukkan conduct OKT di bawah seksyen 8 Akta Keterangan 1950 dan boleh diterima masuk sebagai keterangan. Rujuk kes Jazlie bin Jaafar v PR [2018] 1MLJU 241.
22
Seterusnya keterangan SP2 bahawa mereka hanya berjaya masuk ke premis tempat kejadian menggunakan P469 a & b dan P470 yang dirampas dari OKT juga adalah relevan untuk menunjukkan yang OKT mempunyai akses terhadap premis ini.
23
Penemuan barang-barang kes dadah dan racun serta barang-barang lain di dalam bilik pertama sebelah kiri dalam keadaan terbuka tanpa tersorok menunjukkan yang OKT yang mempunyai akses terhadap premis itu juga mempunyai kawalan dan jagaan terhadap barang-barang ini. S/N rqwdoZ/gQ0ybyAYpYBklVg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 11
24
Keterangan juga menunjukkan bahawa rumah ini disewa oleh SP7. Rujuk Tenancy Agreement P468. Menurut SP7, premis ini disewa atas namanya bagi pihak teman lelakinya Thomas untuk kegunaan Mani. SP7 telah mengecam OKT sebagai Mani ketika memberi keterangan dan mengesahkan bahawa OKT yang hadir ketika P468 ditandatangani telah mengambil kunci premis yang ditinggalkan oleh SP3 iaitu agen yang menguruskan penyewaan premis ini.
25
SP3 mengesahkan kehadiran OKT bersama SP7 ketika membuat house viewing dan OKY juga hadir ketika penyerahan kunci premis dibuat.
26
Selanjutnya, SP7 mengesahkan yang dia tidak pernah masuk semula ke premis ini selepas dari hari penyerahan kunci dan tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang barang-barang dadah yang ditemui di situ.
27
Pegawai Penyiasat (SP8) pada 7.7.2020 iaitu 4 hari selepas tangkapan telah mendapatkan klip rakaman litar tertutup (CCTV) P485 dari SP4 iaitu pengurus bangunan ini. Rakaman klip ini yang dipapar ketika perbicaraan menunjukkan OKT membawa beg-beg yang menyerupai beg yang dirampas menaiki lif dari tingkat 6 ke tingkat 12 pada 1.3.2020 jam 4.10 petang iaitu lebih kurang sejam sebelum ditangkap.
28
Selain itu, klip ini juga menunjukkan pergerakan OKT di lif-lif bangunan ini antara tarikh 1-3.7.2020. S/N rqwdoZ/gQ0ybyAYpYBklVg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 12
29
Keterangan-keterangan ini secara keseluruhannya (as a whole) menunjukkan yang OKT sememangnya mendiami premis tersebut dan mempunyai kawalan dan terhadap barang-barang kes dadah dan racun yang dittemui.
30
Inferens bahawa OKT mempunyai pengetahuan tentang dadah dan racun yang ditemui, boleh dibuat berdasarkan kepada fakta bahawa barang-barang ini ditemui di ruang terbuka dan bukannya dalam keadaan tersorok P452(15). Pendekatan common sense yang dinyatakan oleh YA Gopal Sri Ram HMR (ketika itu) dalam kes Chan King Yu v PP (supra) adalah terpakai dalam kes ini.
31
Adalah agak mustahil untuk OKT mendakwa tidak mengetahui kehadiran dan kewujudan dadah dan racun seperti yang ditemui dalam premis yang didiami olehnya walaupun ia disimpan dalam beberapa beg dan bungkusan plastik. rujuk kes Zulfikar bin Mustaffah v PP [2001] 1 SLR 633.
32
Berdasarkan keterangan sepertimana yang dinyatakan di atas, Mahkamah berpuas hati bahwa elemen milikan bagi keempat-empat pertuduhan telah berjaya dibuktikan melalui keterangan langsung.
33
Berdasarkan kepada berat dadah berbahaya yang telah disahkan oleh SP1, maka andaian statutori bagi pengedaran dadah bagi pertuduhan pertama, kedua dan ketiga adalah terpakai. Rujuk seksyen 37(da)(xvi), (i) dan (iii) ADB 1952. S/N rqwdoZ/gQ0ybyAYpYBklVg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 13
34
Di peringkat ini, seksyen 180(1) Kanun Tatacara Jenayah telah menggariskan prosedur yang perlu diambil oleh Mahkamah iaitu Mahkamah perlu menilai segala keterangan yang telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan di tahap maksimum dan memutuskan adakah keterangan yang telah dikemukakan ini mencukupi untuk mensabitkan OKT sekirannya OKT memilih untuk berdiam diri. Sekiranya ya, maka satu kes prima facie telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan. (Kes Ahmad Najib Bin Aris v Pendakwa Raya [2009] 2 CLJ 800, Balachandran v Public Prosecutor [2005] 2 MLJ 301, Public Prosecutor v Mohd Radzi Bin Abu Bakar [2005] 6 MLJ 393, adalah dirujuk).
35
Dari keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan, setelah memberikan penilaian di tahap maksimum sepertimana yang dikehendaki oleh undang-undang, Mahkamah ini memutuskan bahawa semua elemen bagi keempat-empat pertuduhan terhadap OKT telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan.
36
Oleh yang demikian, Mahkamah memutuskan satu kes prima facie telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaandan. OKT dengan ini diperintahkan untuk membela diri terhadap keempat-empat pertuduhan yang dikenakan. S/N rqwdoZ/gQ0ybyAYpYBklVg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 14
37
OKT telah memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah setelah hak untuk membela diri diterangkan dan telah mengemukakan 2 saksi pembelaan. PEMBELAAN OKT Secara ringkas, pembelaan OKT adalah seperti berikut:
38
Keterangan yang diberikan oleh OKT menjurus kepada satu versi yang berbeza dari keterangan saksi-saksi pendakwaan. Dia mendakwa telah ditangkap ketika sedang menuju ke tempat letak kereta Pasaraya Jaya Grocer dan dibawa ke tingkat 6 dengan keretanya.
39
Seterusnya OKT mendakwa telah dibawa ke tingkat 12 oleh sepasukan polis dan Pengawal Keselamatan. P469 dan P470 ditemui oleh pihak polis dalam rak kasut berhampiran pintu grill premis tersebut.
40
Selanjutnya, OKT menafikan SP2 pernah manjalankan soal siasat terhadapnya dan membacakan kata-kata amaran ketika dia ditangkap ataupun memberi makluman tentang dadah yang ditemui dalam premis tersebut. Malah, OKT turut menafikan pernah menandatangi apa-apa pernyataan bertulis di tempat kejadian sebaliknya hanya menandatangi helaian kertas kosong di balai polis.
41
OKT juga mendakwa dia telah digari dan ditiarapkan di lantai ruang tamu premis apablia masuk ke premis tersebut. S/N rqwdoZ/gQ0ybyAYpYBklVg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 15
42
OKT juga mendakwa tidak mengenali SP3, SP7 ataupun Thomas dan menafikan pernah pergi ke premis tersebut sebelum tangkapan. Dia juga menafikan imej dalam paparan CCTV adalah dirinya dan seterusnya menafikan dadah dan racun yang ditemui adalah miliknya.
43
Saksi pembelaan SD2 merupakan individu yang ditangkap oleh SD3 dalam satu kes lain di Batu Muda, Jalan Ipoh pada tarikh yang sama pada jam lebih kurang 12.30 tengahari, yang tiada kaitan dengan kes hari ini. SD2 mendakwa telah dibawa oleh SD3 ke satu mall pada jam antara 4-5 petang yang sama.
44
Di situ, SD2 mendakwa nampak OKT ditangkap di Jaya Grocer dan dibawa naik ke tingkat 6. SD2 mendakwa dia juga dibawa oleh SD3 ke tingkat yang sama dan nampak 2 anggota polis dan Pengawal Keselamatan. SD2 seterusnya mendakwa nampak polis membawa OKT naik sebelum dia sendiri dibawa balik ke balai polis Sentul pada jam lebih kurang 8 malam.
45
Saksi pembelaan seterusnya adalah saksi yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan iaitu SD3. SD3 mengesahkan beliau yang membuat tangkapan terhadap SD2 di Jalan Ipoh bersama sepasukan polis termasuk SP2 pada jam lebih kurang 12.30 tengahari tarikh yang sama.
46
SD3 mengesahkan tidak pernah membawa SD2 ke Pearl Suria Residence walaupun beliau merupakan sebahagian dari anggota pasukan yang bersama SP2 ke premis tersebut dan hanya bertindak membuat pemerhatian dan kawalan di pintu masuk Pearl Suria Residence. S/N rqwdoZ/gQ0ybyAYpYBklVg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 16
47
Menurut SD3, selepas tangkapan terhadap SD2, beliau telah membawa balik SD2 ke balai polis Sentul untuk proses dokumentasi. Ketika itu, dimaklumkan oleh SP2 tentang serbuan yang akan dibuat di Kuchai Lama. SD3 seterusnya telah menyertai pasukan yang diketuai oleh SP2 dan meninggalkan SD2 di balai serta barang rampasan berkaitan tangkapan SD2 disimpan di pejabatnya.
48
SD3 mendakwa tidak mengetahui secara terperinci apa yang berlaku berkaitan serbuan oleh SP2 dan pasukan sebaliknya hanya dimaklumkan oleh SP2 yang terdapat tangkapan terhadap 1 lelaki India Muslim di tingkat 6 dan terdapat rampasan dadah di unit S-12-07 Pearl Suria Residence. Setelah itu, semua tangkapan dan rampasan dibawa balik ke balai polis Sentul dan SD3 mendakwa telah menyelesaikan urusan dokumentasi berkaitan SD2.
49
Versi yang dikemukakan oleh OKT amat berbeza dengan keterangan yang dibawa oleh pihak pendakwaan. Namun begitu, Mahkamah ini mendapati bahawa versi ini tidak pernah dicadang ataupun diletakkan pada mana-mana saksi pendakwaan ketika disoal balas ketika kes pendakwaan.
50
Tempat tangkapan yang didakwa berbeza tidak pernah diletak kepada sama ada SP2 ataupun SP8 ketika mereka disoal balas. Malah, kedua-dua saksi ini telah disoal balas untuk mengesahkan yang OKT ditangkap di tingkat 6. Begitu juga dengan dakwaan tidak mengenali Thomas, SP3, SP7 ataupun bukan dia yang dikenali dengan nama Mani. S/N rqwdoZ/gQ0ybyAYpYBklVg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 17 Semua ini tidak pernah dicadang atau diletak kepada sama ada SP3 ataupun SP7.
51
SP3 dan SP7 juga tidak pernah dicabar bahawa bukan OKT yang hadir ketika house viewing atau ketika P468 ditandatangani mahu pun dakwaan SP7 yang OKT yang mengambil kunci premis tersebut.
52
Begitu juga dengan dakwaan-dakwaan lain yang dibuat oleh OKT termasuk tempat penemuan P469 dan P470 tidak pernah dicabar ketika kes pendakwaan.
53
Ketika klip CCTV dimainkan, OKT mengakui kereta yang dipaparkan adalah miliknya tetapi tidak dapat menjelaskan siapa yang memandu kereta tersebut. Begitu juga dengan klip (1) CCTV bertarikh 3.7.2020 dimainkan OKT mendakwa ketika itu pihak polis yang membawa keretanya, namun dalam keterangannya sendiri dia mendakwa hanya sampai di kawasan itu pada jam lebih kurang 4.30 petang.
54
Seperkara lagi, penafian OKT yang imej dalam rakaman CCTV merupakan dirinya juga bertentangan dengan keterangan SP2 yang dapat mengecam baju yang dipakai oleh OKT seperti di P482 (1-8).
55
Begitu juga dengan dakwaan OKT yang P469(a&b) ditemui oleh polis sendiri dalam rak kasut adalah bertentangan dengan keterangan gambar P452 khususnya gambar 4, 5 dan 8 yang jelas menunjukkan rak kasut ini berada di bahagian sebelah dalam antara grill dan pintu kayu. Adalah mustahil untuk sesiapa membuka rak kasut tersebut tanpa terlebih dahulu membuka grill tersebut. Dan menurut SP2, grill tersebut hanya dibuka menggunakan kunci yang dirampas dari OKT. S/N rqwdoZ/gQ0ybyAYpYBklVg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 18
56
Mahkamah ini juga mendapati keterangan SD2 bercanggah dengan keterangan SD3. Pada hemat Mahkamah, tiada sebab untuk SD3 membawa SD2 ke tempat kejadian ini kerana SD2 sendiri mengakui yang tangkapannya tiada sebarang kaitan dengan kes hari ini. Keadaannya pasti berbeza sekiranya terdapat keterangan tangkapan dalam kes hari ini adalah hasil dari maklumat yang diberikan oleh SD2. Oleh itu, tiada alasan untuk Mahkamah tidak mempercayai dan menerima keterangan SD3 yang beliau tidak pernah membawa SD2 ke tempat kejadian ini.
57
Dalam keadaan ini, Mahkamah memutuskan untuk tidak menerima keterangan SD2 berkaitan keberadaanya di tempat kejadian bagi kes hari ini.
58
Meneliti kembali keterangan saksi-saksi pendakwaan, Mahkamah ini mendapati pembelaan OKT tidak pernah diajukan ataupun dicadangkan kepada mana-mana saksi pendakwaan ketika mereka disoal balas.
59
Dalam kes PP v Lin Lian Chen [1992] 4 CLJ 2086, Mahkamah Agung dengan jelas menyatakan pembelaan oleh OKT sewajarnya diketengahkan seawal mungkin dan sekiranya hanya ditimbulkan ketika pembelaan OKT, ia akan dianggap sebagai ‘recent invention’.
60
Begitu juga dalam kes PP v Ho Sek Kong [2006] 5 CLJ 49 dan Megat Halim Megat Omar v PP [2009] 1 CLJ 154 perkara yang sama dinyatakan. S/N rqwdoZ/gQ0ybyAYpYBklVg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 19
61
Mahkamah Persekutuan dalam kes Tan Kim Ho & Anor v PP [2009] 3 CLJ 236 memutuskan: “In our adversarial system of justice, the duty of each party is to show that his case is the truth. This is done by him adducing his own witnesses to support his contention. When it is the Plaintiff or prosecutor who is adducing the evidence, his witnesses are subject to cross-examination by the defence or the accused person. When a prosecution witness makes a statement of fact which is disagreed by the defence it becomes the defence’s duty to, in whatever way, to put the Plaintiff or prosecution witness that what the witness has said is not true. In addition, he could also use the Plaintiff’s or prosecution’s witnesses to adduce evidence to support his defence and to indicate what his defence is. This he is required to do to enable the Plaintiff or prosecution to bring out evidence to disprove what the defence intends to adduce. If the defence does not in any way indicate by cross-examination of those facts statements made by the Plaintiff’s or prosecution’s witnesses must be accepted as true. Even if the Plaintiff’s or prosecution’s does not say anything relating to the defence case, it is still the duty of the defence to bring out his case during the Plaintiff’s or prosecution’s case.”
62
Menjadi tugas Mahkamah selepas pihak pembelaan menutup kes untuk memberi pertimbangan kepada keseluruhan keterangan yang ada di hadapannya untuk menentukan sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kesnya melampaui batasan kemungkinan yang S/N rqwdoZ/gQ0ybyAYpYBklVg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 20 munasabah (beyond reasonable doubt).(rujuk seksyen 182A Kanun Tatacara Jenayah, kes Olier Sheikh Awoyal Shekh v PP [2017] 2 CLJ 141, Balachandran v PP (supra), Mat v PP [1963] 263, Ganapathy Regasamy v PP [1998] 2 CLJ 1, Nenggani Asmo v PP [2014] 1 MLJ 501, Prasit Punyang v Public Prosecutor [2014] 4 MLJ 282 & Md Zainudin bin Raujan v Public Prosecutor [2013] 3 MLJ 773).
63
Apa yang dimaksudkan dengan keraguan yang munasabah hendaklah suatu pembelaan yang bukannya berbentuk rekaan (fictitious), penafian semata-mata (mere denials) ataupun pembelaan yang difikirkan kemudian (afterthought). (rujuk kes Liew Kaling v PP [1960] 26 MLJ 306, Adekunle Johnson Oshodi v PP [1998] 1 CLJ 515, Junaidi bin Abdullah v PP [1993] MLJ 217 & PP v Muhd Farid bin Sukis [2002] 8 CLJ 814).
64
Sekiranya suatu andaian statutori telah terpakai sebagaimana dalam kes ini, maka tertuduh bertanggungan untuk mematahkan (rebut) andaian tersebut di atas imbangan kemungkinan (on a balance of probalities). Lihat PP v Yuvaraj [1969] 2 MLJ 89.
65
Meneliti keseluruhan keterangan yang telah dikemukakan, Mahkamah ini mendapati pembelaan yang dikemukakan oleh OKT hanyalah suatu penafian dan berbentuk afterthought. Versi pembelaan ini sama sekali bertentangan dengan apa yang dikatakan oleh SP2 ketika memberi keterangan. Mahkamah ini tidak ada alasan yang munasabah untuk menolak keterangan SP2. SP2 telah dengan tegas dan tidak goyah dalam memberi keterangan. Rujuk kes Marimuthu Seringan v Public Prosecutor [2016] 1 LNS 64 (Mahkamah Rayuan). S/N rqwdoZ/gQ0ybyAYpYBklVg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 21
66
Dalam keadaan seperti yang dibincangkan di atas, setelah memberi pertimbangan di tahap maksimum terhadap keseluruhan keterangan yang dikemukakan, Mahkamah ini mendapati tiada sebarang keraguan yang munasabah telah berjaya ditimbulkan oleh OKT dan OKT juga gagal menyangkal ataupun mematahkan andaian statutori yang digunapakai bagi elemen pengedaran di dalam pertuduhan pertama, kedua dan ketiga.
67
Oleh yang demikian, adalah diputuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes terhadap OKT tanpa keraguan yang munasabah bagi pertuduhan pertama, kedua dan ketiga di bawah seksyen 39B(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 di dalam kes WA-45A-50- 05/2021 dan pertuduhan di bawah seksyen 30(3) Akta Racun bagi kes WA-45-4-05/2021.
68
OKT dengan ini didapati bersalah terhadap pertuduhan yang dikenakan terhadap mereka iaitu 3 pertuduhan di bawah seksyen 39B(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 di dalam kes WA-45A-50-05/2021 dan pertuduhan di bawah seksyen 30(3) Akta Racun bagi kes WA-45-4- 05/2021.
69
Bagi 3 pertuduhan di bawah seksyen 39B(1)(a) ADB di dalam kes WA-45A-50-05/2021, OKT dijatuhkan hukuman gantung di leher sehingga mati sebagaimana yang ditetapkan di bawah seksyen 277 Kanun Tatacara Jenayah bagi setiap pertuduhan. S/N rqwdoZ/gQ0ybyAYpYBklVg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 22
70
Bagi pertuduhan keempat di bawah seksyen 30(3) Akta Racun bagi kes WA-45-4-05/2021 pula OKT dijatuhkan hukuman penjara selama tempoh 2 tahun berkuatkuasa dari tarikh tangkap (3.7.2020). Bertarikh : 19 Januari 2026 (AZHAR BIN ABDUL HAMID) Hakim Mahkamah Tinggi Jenayah (7) Kuala Lumpur Pihak-Pihak:- Bagi pihak Pendakwa Raya : Goh Ai Rene Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara Bagi pihak Tertuduh : Dato’ Micheal K.L Chee Kevin Quah Kai Weng & Dzvuriyah binti Velayit Hussein Tetuan K. L. Chee & Co S/N rqwdoZ/gQ0ybyAYpYBklVg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.