Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI TEMERLOH DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR PERBICARAAN JENAYAH NO: CB-45B-3-09/2020 DAN CB-45-6-09/2020 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN GOVINTARAN A/L SELVARAJAN
CB-45B-3-09/2020
High Court of Malaysia10 Mar 2023
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“mit suicide. Here, on account of Z's youth, he was incapable of giving consent to his own death. A has therefore abetted murder.” [32] Jika dirujuk kepada Speeches and Poems, Report and Notes on the Indian Penal Code oleh Lord Macaulay Vol. 2, New York Published by Hurd and Houghton Riberside Press 1867 yang **Note : S”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI TEMERLOH DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR PERBICARAAN JENAYAH NO: CB-45B-3-09/2020 DAN CB-45-6-09/2020 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN GOVINTARAN A/L SELVARAJAN
1
Nyawa manusia adalah amat bernilai. Ia dikurniakan oleh tuhan dan perlu tidak ada sesiapa yang boleh menghilangkan nyawa tanpa mengikut undang-undang. Individu-individu dalam masyarakat yang melakukan kesalahan menghilangkan nyawa manusia adalah tertakluk kepada undang-undang. Hal ini telah dinyatakan oleh Andrew Ashworth & Jeremy Horder dalam buku Principles of Criminal Law, Seventh Edition, Oxford University Press di halaman 236 – 237 seperti berikut: “The culpable causing of another person’s death may fairly be regarded as the most serious offence in the criminal calendar. The harm caused by homicide is absolutely irremediable, whereas the harm caused by many other crimes is remediable to a degree. Even in crimes of violence which leave some permanent physical disfigurement or psychological effect, the victim retains his or her life and, therefore, the possibility of further pleasures and achievements, whereas death is final. This finally makes it proper to regard death as the most serious harm that may be inflicited on another person, and to regard the culpable causing of death without justification or excuse as the highest wrong.”
2
Orang Kena Tuduh (OKT) dipertuduhkan dengan pertuduhan seperti berikut: “Bahawa kamu pada 11hb Ogos 2019 jam di antara 03.00 pagi hingga jam 05.00 pagi, bertempat di Jalan Bongor, Taman Rimba, Mentakab, di dalam Daerah Temerloh, di dalam Negeri Pahang Darul Makmur, telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian kepada Loganathan a/l Rajamani No. KP: 980718-01-5057, dan dengan ini kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan.”
3
Pada 11.08.2019 telah berlaku kejadian kemalangan di Taman Rimba Mentakab. Kemalangan tersebut melibatkan salah seorang rakan daripada OKT telah melanggar sebuah kereta. Ekoran daripada kejadian tersebut telah berlaku pergaduhan di antara OKT dan rakan-rakannya dengan kumpulan yang dianggotai oleh simati. Dalam pergaduhan tersebut simati telah mengalami kecederaan dan meninggal dunia pada 12.08.209 jam 2.53 petang di Wad Kenanga 8, Hospital Temerloh. Laporan bedah siasat mengesahkan bahawa punca kematian adalah disebabkan oleh blunt force trauma to the head.
4
Pihak pendakwaan telah mengemukakan 13 orang saksi sebelum menutup kes pendakwaan. Ia terdiri daripada pegawai polis, doktor perubatan yang membuat rawatan awal kepada simati, doktor yang menjalankan bedah siasat dan saksi-saksi awam.
5
Pihak pendakwaan telah mengemukakan SP11 yang dikatakan berada di tempat kejadian semasa pergaduhan tersebut berlaku. SP11 menyatakan bahawa pada jam lebih kurang 4.00 hingga 6.00 pagi beliau berada bersama dengan ibunya dan seorang yang bernama Loganathan a/l Rajamani (simati) dan mendengar berlaku kekecohan di luar rumah. SP11 telah membuka pintu untuk melihat apakah yang sedang berlaku. SP11 telah nampak ada ahli keluarganya dan satu kumpulan lain sedang bergaduh. SP11 menyatakan beliau telah nampak OKT memukul simati.
6
Dalam keterangannya SP11 menyatakan beliau nampak OKT memegang sesuatu dan menggunakannya untuk memukul simati tapi beliau tidak pasti apakah benda tersebut. SP11 menyatakan OKT memukul simati di bahagian kepala sebelah kiri sebanyak sekali sahaja. Selepas daripada simati dipukul, simati terduduk dan kemudian bangun dan mendapatkan sebatang kayu serta memukul kembali OKT sekali sahaja. SP11 menyatakan selepas itu simati telah balik ke rumah dan beliau nampak simati sedang berbaring di atas karpet.
7
SP11 mengesahkan bahawa beliau nampak kesan luka di kepala simati semasa simati sedang baring. SP11 juga menyatakan beliau tidak campur tangan dalam pergaduhan tersebut. SP11 mengesahkan bahawa daya pukulan OKT kepada simati adalah dengan kuat. SP11 menyatakan OKT memukul dengan menggunakan objek yang dipegang di tangan sebelah kanan. SP11 juga menyatakan bahawa simati cuba meleraikan pergaduhan tersebut dan ia dipukul oleh OKT. Apa yang menarik keterangan SP11 ialah beliau menyatakan selepas 20 minit simati dipukul oleh OKT, simati memukul kembali OKT iaitu selepas beliau bangun dari tempat tersebut.
8
Semasa pemeriksaan utama juga beliau menyatakan dengan lebih lanjut bahawa beliau nampak simati menggunakan sebatang kayu memukul OKT. SP11 menyatakan bahawa beliau juga berada di tempat yang agak jauh daripada kejadian tersebut dan tidak pasti sama ada pukulan simati kepada OKT mengenai OKT atau tidak. SP11 menyatakan terdapat lampu di kawasan tersebut yang membolehkan beliau nampak kejadian tersebut. SP11 juga membuat pengecaman OKT di dalam kandang salah. Ketika pemeriksaan balas SP11 mengesahkan bahawa dalam pergaduhan itu terdapat ramai orang. Beliau telah menamakan beberapa orang keluarganya yang terlibat iaitu Jayabalan, Sugumaran, Elam Murugam. Begitu juga Nitesvaren dan Raj iaitu kawan kepada abang SP11 juga berada di situ.
9
SP11 juga mengakui bahawa ada di antara penama-penama tersebut telah dituduh di mahkamah dan telah mengaku salah kerana terlibat dalam pergaduhan tersebut.
10
SP11 turut menegaskan bahawa beliau nampak OKT memukul simati. Itu sahaja yang dia nampak. SP11 juga menyatakan bahawa tiada kawad cam yang dijalankan oleh pihak polis. Namun SP11 hanya memberitahu nama OKT kepada pihak polis. SP11 juga mengesahkan semasa siasatan beliau telah dibawa oleh pihak polis ke tempat kejadian dan apabila ditunjukkan eksibit P33 iaitu gambar 1, 2, 3 dan 4. SP11 mengesahkan gambar OKT tiada di situ. SP11 menyatakan beliau ditahan oleh pihak polis, direman dan dilepaskan. SP11 mengesahkan bahawa beliau tidak membuat apa-apa laporan polis berkenaan dengan kejadian tersebut.
11
Semasa dicadangkan oleh peguam Tertuduh berkenaan cerita sebenar kejadian tersebut kepada SP11, beliau menyatakan seperti berikut: So cerita kamu En. Lee yang kamu baru kata tadi, inilah kamu kata cerita yang sebenar, kamu keluar rumah, kamu lihat Loga, kamu 6 lihat Govin pukul Loga, lepas itu Loga pukul Govin, lepas itu Loga jalan balik ke rumah kamu masuk ke dalam rumah kamu dia berbaring dalam rumah kamu, kamu pergi melihat dia, ikut sequence, betul? : Benar. Dan sebab kamu tak boleh tolong, tak boleh buat apa-apa sebab kaki kamu sakit, betul? : Benar. Dan kamu pun tak campur tangan dengan kejadian ini apa-apa lah tak tolong sesiapa sebab kaki kamu sakit, betul? : Benar. Sorry, kaki kamu patah, betul? Lagi serius? : Benar. Kamu bersumpah ini yang berlakulah, betul ya? : Benar.
12
Seterusnya SP11 menyatakan bahawa beliau tidak nampak OKT memukul simati dengan parang. SP11 juga tidak nampak simati berdarah. Di akhir pemeriksaan semula SP11 mengesahkan bahawa dia hanya memberikan keterangan yang benar dan tidak tahu mengapa beliau tidak dipanggil oleh pihak polis untuk membuat kawad cam.
13
Mahkamah juga mendapati keterangan saksi awam yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan ialah SP12. SP12 menyatakan bahawa sebelum kejadian tersebut beliau berada di parkir Star Mall 7 sedang minum iaitu dari jam 12.00 tengah malam hingga 1.00 pagi. SP12 telah menerima panggilan daripada Thyagu iaitu abang kepada OKT yang bertanyakan adakah berlaku pergaduhan di parkir Star Mall. SP12 memaklumkan tiada pergaduhan di Star Mall.
14
Selepas itu SP12 pergi bertemu dengan Thyagu. Selepas itu beliau kembali semula ke Star Mall untuk sambung minum. SP12 mengakui bahawa semasa dalam perjalanan ke rumah Thyagu kereta beliau terlibat dengan kemalangan dengan sebuah kereta. Semasa menuju ke Star Mall beliau terlebih dahulu ke Taman Rimba untuk melihat kerosakan kereta selepas perlanggaran. Beliau telah menelefon Niti untuk memeriksa kerosakan kereta tersebut di Taman Rimba.
15
SP12 menyatakan bahawa seorang yang bernama Vishu ada menghubungi OKT. SP12 mengesahkan bahawa terdapat pergaduhan di antara OKT, Mohan dan Prakash. Pergaduhan berlaku di antara pukul 2.30 pagi. Puncanya kerana Vishu telah menendang Mohan.
16
SP12 mengesahkan bahawa semasa pergaduhan itu simati telah datang ke tempat tersebut. Pergaduhan di antara OKT, Mohan dan Prakash masih berlaku dan ketika itu terdapat lebih kurang 15 hingga 16 orang. Melainkan tiga orang OKT, Mohan dan Prakash orang lain cuma berdiri berhampiran sahaja. Pergaduhan yang dimaksudkan oleh SP12 ialah pergaduhan bertumbuk.
17
SP12 menyatakan bahawa beliau nampak OKT mengejar simati. OKT memegang sesuatu yang telah memukul simati di bahagian kepala sekali sahaja. SP12 menyatakan selepas OKT memukul simati simati telah rebah. OKT tidak berbuat apa-apa dan cuba beralih tempat sahaja. SP12 menyatakan beliau nampak kepala simati berdarah. SP12 nampak SP11 yang mengangkat simati.
18
SP12 menegaskan bahawa SP11 yang mengangkat simati dan SP12 boleh melihat kejadian tersebut. SP12 juga menyatakan bahawa OKT kejar simati dan simati membelakangkan OKT dan OKT memukul dari arah belakang. SP12 dalam satu keterangan mustahak yang perlu dipertimbangkan oleh mahkamah iaitu objek yang digunakan untuk memukul simati. Ia menyatakan seperti berikut: : Juga kamu cakap tadi Kecik ini dipukul dengan menggunakan sesuatu. Jadi kamu tahu ke sesuatu itu Govin gunakan apa untuk pukul Kecik? : Saya tak pasti apakah sesuatu benda itu tetapi ianya berkilat. : Selain daripada berkilat yang kamu nampak, kamu perasan, bentuk dia macam mana, kamu boleh ingat ke? : Dalam bentuk panjang, dalam bentuk bulat. : Panjang dan bulat? : Panjang bulat. : Kamu boleh sahkan atau tidak saya tunjukkan beberapa gambar kamu masih boleh ingat tak sesuatu yang kamu maksudkan yang 9 digunakan untuk pukul Kecik ini, kalau kamu boleh ingat tak. Saya pohon kamu rujuk P30, gambar nombor 20 dan kemudian gambar nombor 29 dan 30. Tengok tiga gambar ini, kamu pasti ataupun kamu tak pasti, kamu bagitahu kepada mahkamah. Adakah ini yang kamu maksudkan atau yang boleh kamu nyatakan sesuatu atau objek panjang yang berbentuk bulat? : Tidak.
19
SP12 telah mengecam OKT di mahkamah dan juga gambar simati di eksibit P31(3&4).
20
Semasa pemeriksaan balas SP12 mengesahkan bahawa beliau telah dituduh di bawah seksyen 147 Kanun Keseksaan dan mengaku salah. SP12 juga mengesahkan bahawa beliau telah memaklumkan di balai polis Thyagu yang memegang parang.
21
Semasa dikemukakan soalan bahawa SP11 menyatakan bahawa simati telah jatuh dan bangun serta balik semula ke rumahnya dengan sendiri. SP12 menegaskan bahawa beliau nampak simati rebah dan SP11 mengangkat simati.
22
SP12 bersetuju dengan cadangan peguam OKT bahawa kayu yang ditunjukkan di eksibit P30(29&30) bukan berkilat. SP12 juga tahu bahawa Thyagu telah mengaku salah menggunakan parang dalam kejadian ini.
23
SP12 bersetuju bahawa SP12 tidak pernah melihat OKT dengan parang.
24
Dr. Nabilah binti Yaacob (SP5) dalam keterangannya menyatakan bahawa pada 11.08.2019 lebih kurang jam 9.00 pagi beliau telah menerima seorang pesakit india iaitu Loganathan a/l Rajamani. Pesakit tersebut telah tidak sedarkan diri dan terdapat kecederaan di kepala pesakit sebelah kiri berukuran dalam 3 cm menampakkan tengkorak pesakit. SP5 telah merujuk kepada nota catatan kes pesakit ini dan menyatakan seperti berikut: : Latar belakang pesakit ini dicatit? Seperti maklumat yang diterima semasa beliau dibawa? : Sejarah pesakit yang saya tulis brought by passer-by found unconscious beside a road unsure of mechanism of injury. : Brought by? : Found unconscious beside a road. : Beside a road? Itu sahaja? : Itu sahaja.
25
SP5 yang membuat pemeriksaan awal terhadap simati menyatakan bahawa kecederaan yang dialami oleh simati adalah disebabkan satu benda tajam. Ia adalah seperti pisau atau parang. SP5 menyata bahawa itu adalah merupakan satu laceration wound.
26
Seterusnya SP6 iaitu pakar perubatan kecemasan Dr. Lee Kee Choon menyatakan bahawa beliau telah menerima pesakit di hospital yang telah tidak sedarkan diri dan dimasukkan tiub pernafasan untuk 11 bantuan pernafasan. SP6 mengesahkan bahawa kecederaan di sebelah kiri kepala bahagian atas.
27
Pakar perubatan forensik Dr. Sri Marni Zainal Abidin (SP8) mengesahkan bahawa kecederaan yang dialami oleh simati adalah berkemungkinan bahagian daripada parang. Beliau menyatakan seperti berikut: : So in other words can you agree that this would likely the murder weapon? : Yes likely based on the part of the parang. : That’s why we need to know, of course none of us for sure the exactly what was used but this is the possibility lah? : : Now I also noticed leaving aside the cause of death Dr. Marni also went through the of course the general abrasions on the body and all that, there were multiple abrasion? : : Multiple abrasion all over the place? : : Did you know that there was part of riot, so would it be consistent with the geng fight, many people fighting and different people cutting and all that? Would this injury be consistent with that factual scenario? : Based on the post mortem findings alone the possibility is there. But of course the possibility of one person doing it is also there.
28
Semasa pemeriksaan balas beliau menyatakan seperti berikut: : Dan tadi juga doktor ada dirujuk dengan eksibit parang, P10A(1). Doktor cakap adalah possible untuk sebabkan kematian. Doktor boleh jelaskan pada bahagian mana P10A(1) itu yang boleh menyebabkan kematian? : Pada pendapat saya sekiranya ia disebabkan oleh parang tersebut ia disebabkan oleh bahagian yang tumpul dan keras iaitu handle ataupun pemegangnya yang berwarna biru tadi. Bahagian bilah tidak sebab walaupun dia mata parang tersebut adalah single edges bermaksud satu bahagian bilah sahaja yang tajam bahagian tersebut tidak mungkin akan menyebabkan luka tersebut kerana bahagian tersebut adalah tajam. : Maksud doktor bahagian bilah? : Bahagian bilah. Analisa Adakah pihak pendakwaan telah membuktikan satu kes prima facie?
29
Adalah menjadi prinsip undang-undang yang termaklum bahawa pihak pendakwaan di akhir kes pendakwaan perlu membuktikan satu kes prima facie. Ini dinyatakan di bawah seksyen 180 KPJ yang memperuntukkan seperti berikut: “180 Procedure after conclusion of case for prosecution
1
When the case for the prosecution is concluded, the Court shall consider whether the prosecution has made out a prima facie case against the accused.
2
If the Court finds that the prosecution has not made out a prima facie case against the accused, the Court shall record an order of acquittal.
3
If the Court finds that a prima facie case has been made out against the accused on the offence charged the Court shall call upon the accused to enter on his defence.
4
For the purpose of this section, a prima facie case is made out against the accused where the prosecution has adduced credible evidence proving each ingredient of the offence which if unrebutted or unexplained would warrant a conviction.” [30] Prima facie telah dijelaskan dalam kes Abdullah Atan v PP & Other Appeals [2020] 9 CLJ 151 seperti berikut: “[42] The purpose of s. 180(4) CPC was thus not to exclude the use of presumptions, inferences, or anything other than direct evidence, to establish a prima facie case. On the contrary:
i
the Privy Council in Haw Tua Tau itself expressly envisaged that inferences may be drawn from the primary facts adduced, and the court must presume such inferences to be true at the close of the prosecution's case; and
II
(ii) statutory presumptions have often been invoked by the prosecution in order to establish a prima facie case of drug trafficking in previous cases. No concern was raised in Parliament as to the use of presumptions when considering amendments to s. 180 of the CPC (see Mohamad Radhi Yaakob v. PP [1991] 3 CLJ 2073; [1991] 1 CLJ (Rep) 311; [1991] 3 MLJ 169; and Tan Boon Kean v. PP [1995] 4 CLJ 456; [1995] 3 MLJ 514). [43]Section 180(4) of the CPC must be read in light of its context and legislative purpose. By so doing, the phrase "credible evidence proving each ingredient of the offence" in s. 180(4) means that the prosecution may prove each ingredient of the offence either:
i
by adducing credible direct evidence of that ingredient;
II
(ii) by drawing inferences of fact, ie, adducing credible circumstantial evidence, from which the ingredient can be inferred; or
III
(iii) by invoking presumptions of law, ie, adducing credible evidence of the relevant basic facts, to invoke a statutory presumption that the ingredient exists. [44] As to what constitutes 'a prima facie ' case, the judgment of Vincent Ng J (as he then was) in PP v. Ong Cheng Heong [1998] 4 CLJ 209 is instructive. Although Ong Cheng Heong (supra) was decided prior to the amendment in 2006, we respectfully endorse His Lordship's views, at p. 225: What then constitutes a 'prima facie case'? 'Prima facie ' means on the face of it or at first glance.... perhaps the most appropriate definition of 'a prima facie case' could be found in the Oxford Companion of Law (p. 987), which has it as: "A case which is sufficient for an answer. While prima facie evidence is evidence which is sufficient to establish a fact in the absence of any evidence to the contrary, but is not conclusive". It would follow that there should be credible evidence on each and every ingredient of the offence. Credible evidence is evidence which has been filtered and which has gone through the process of evaluation. Any evidence which is not safe to be acted upon, should be rejected. (emphasis added) At p. 224, His Lordship said: ... to me, maximum evaluation simply means evaluation, on a prima facie basis, of each and every essential ingredient of the charge as tested in cross-examination. In other words, maximum evaluation connotes quantitative rather than qualitative evaluation of the evidence; with focus more on the evidential burden in terms of evidence led, rather than the persuasive burden in terms of qualitative degree of proof. [45] The only basis of learned counsel's contention that the presumption in s. 37(da) cannot be invoked to establish a prima facie case under s. 180 of the CPC, is that presumption is not evidence. Hence, it was argued that in relying on such presumption, it cannot be said that the prosecution has "adduced credible evidence proving each ingredient of the offence" under s. 180(4) of the CPC. The argument is premised purely on semantics.” [31] Bagi menangani isu ini, mahkamah perlu meneliti elemen kesalahan di bawah seksyen 300 Kanun Keseksaan. Seksyen 300 Kanun Keseksaan telah memperihalkan seperti berikut: “300 Murder Except in the cases hereinafter excepted, culpable homicide is murder-
a
if the act by which the death is caused is done with the intention of causing death;
b
if it is done with the intention of causing such bodily injury as the offender knows to be likely to cause the death of the person to whom the harm is caused;
c
if it is done with the intention of causing bodily injury to any person, and the bodily injury intended to be inflicted is sufficient in the ordinary course of nature to cause death; or
d
if the person committing the act knows that it is so imminently dangerous that it must in all probability cause death, or such bodily injury as is likely to cause death, and commits such act without any excuse for incurring the risk of causing death, or such injury as aforesaid. ILLUSTRATIONS
a
A shoots Z with the intention of killing him. Z dies in consequence. A commits murder.
b
A, knowing that Z is labouring under such a disease that a blow is likely to cause his death, strikes him with the intention of causing bodily injury. Z dies in consequence of the blow. A is guilty of murder, although the blow might not have been sufficient in the ordinary course of nature to cause the death of a person in a sound state of health. But if A, not knowing that Z is labouring under any disease, gives him such a blow as would not in the ordinary course of nature kill a person in a sound state of health, here A, although he may intend to cause bodily injury, is not guilty of murder, if he did not intend to cause death, or such bodily injury as in the ordinary course of nature would cause death.
c
A intentionally gives Z a sword-cut or club-wound sufficient to cause the death of a man in the ordinary course of nature. Z dies in consequence. Here A is guilty of murder, although he may not have intended to cause Z's death.
d
A, without any excuse, fires a loaded cannon into a crowd of persons and kills one of them. A is guilty of murder, although he may not have had a premeditated design to kill any particular individual. Exception 1 - Culpable homicide is not murder if the offender, whilst deprived of the power of self control by grave and sudden provocation, causes the death of the person who gave the provocation, or causes the death of any other person by mistake or accident. The above exception is subject to the following provisos:
a
that the provocation is not sought or voluntarily provoked by the offender as an excuse for killing or doing harm to any person;
b
that the provocation is not given by anything done in obedience to the law, or by a public servant in the lawful exercise of the powers of such public servant;
c
that the provocation is not given by anything done in the lawful exercise of the right of private defence. Explanation - Whether the provocation was grave and sudden enough to prevent the offence from amounting to murder, is a question of fact. ILLUSTRATIONS
a
A, under the influence of passion excited by a provocation given by Z, intentionally kills Y, Z's child. This is murder, inasmuch as the provocation was not given by the child, and the death of the child was not caused by accident or misfortune in doing an act caused by the provocation.
b
Y gives grave and sudden provocation to A. A, on this provocation, fires a pistol at Y, neither intending nor knowing himself to be likely to kill Z, who is near him, but out of sight. A kills Z. Here A has not committed murder, but merely culpable homicide.
c
A is lawfully arrested by Z, a bailiff. A is excited to sudden and violent passion by the arrest, and kills Z. This is murder, inasmuch as the provocation was given by a thing done by a public servant in the exercise of his powers.
d
A appears as a witness before Z, a Magistrate. Z says that he does not believe a word of A's deposition, and that A has perjured himself. A is moved to sudden passion by these words, and kills Z. This is murder.
e
A attempts to pull Z's nose. Z, in the exercise of the right of private defence, lays hold of A to prevent him from doing so. A is moved to sudden and violent passion in consequence, and kills Z. This is murder, inasmuch as the provocation was given by a thing done in the exercise of the right of private defence.
f
Z strikes B. B is by this provocation excited to violent rage. A, a bystander, intending to take advantage of B's rage, and to cause him to kill Z, puts a knife into B's hand for that purpose. B kills Z with the knife. Here B may have committed only culpable homicide, but A is guilty of murder. Exception 2 - Culpable homicide is not murder if the offender, in the exercise in good faith of the right of private defence of person or property, exceeds the power given to him by law, and causes the death of the person against whom he is exercising such right of defence, without premeditation and without any intention of doing more harm than is necessary for the purpose of such defence. ILLUSTRATION Z attempts to horsewhip A, not in such a manner as to cause grievous hurt to A. A draws out a pistol. Z persists in the assault. A, believing in good faith that he can by no other means prevent himself from being horsewhipped, shoots Z dead. A has not committed murder, but only culpable homicide. Exception 3 - Culpable homicide is not murder if the offender, being a public servant, or aiding a public servant acting for the advancement of public justice, exceeds the powers given to him by law, and causes death by doing an act which he, in good faith, believes to be lawful and necessary for the due discharge of his duty as such public servant, and without ill will towards the person whose death is caused. Exception 4 - Culpable homicide is not murder if it is committed without premeditation in a sudden fight in the heat of passion upon a sudden quarrel, and without the offender having taken undue advantage or acted in a cruel or unusual manner. Explanation - It is immaterial in such cases which party offers the provocation or commits the first assault. Exception 5 - Culpable homicide is not murder when the person whose death is caused, being above the age of eighteen years, suffers death, or takes the risk of death with his own consent. ILLUSTRATION A, by instigation, voluntarily causes Z, a person under eighteen years of age, to commit suicide. Here, on account of Z's youth, he was incapable of giving consent to his own death. A has therefore abetted murder.” [32] Jika dirujuk kepada Speeches and Poems, Report and Notes on the Indian Penal Code oleh Lord Macaulay Vol. 2, New York Published by Hurd and Houghton Riberside Press 1867 yang menjadi asas kepada Kanun Keseksaan di India dan kemudiannya menjadi ikutan kepada Kanun Keseksaan di negara ini menyatakan seperti berikut: “We propose that all voluntary culpable homicide shall be designated as murder, unless it fall under one of three heads. We are desirous to call the particular attention of his Lordship in Council to the law respecting the three mitigated forms of voluntary culpable homicide; and first to the law of manslaughter.” [33] Berdasarkan kepada pengamatan Kanun Keseksaan dapatlah dirumuskan secara ringkas bahawa semua homisid salah adalah merupakan kesalahan bunuh. Seksyen 300 Kanun Keseksaan memperincikan ceraian (a) hingga (d) di mana sekiranya terdapat keterangan-keterangan yang memenuhi ceraian tersebut maka ia homisid salah itu telah berjaya dibuktikan sebagai satu kesalahan bunuh. Jika ceraian (a) hingga (d) tersebut telah dapat dibuktikan namun terdapat keterangan yang menunjukkan bahawa ia termasuk di dalam empat pengecualian maka homisid salah tersebut tidak termasuk di dalam kesalahan bunuh. Sekiranya homisid salah tersebut bukannya merupakan kesalahan bunuh mahkamah perlu mempertimbangkan sama ada hukuman bagi homisid salah tersebut di bawah seksyen 304
a
atau 304 (b) Kanun Keseksaan. [34] Ini bermakna sekiranya kesalahan homosid salah tidak tergolong di bawah kesalahan bunuh seksyen 300 (a) hingga (d) Kanun Keseksaan tidak lagi relevan untuk dipertimbangkan oleh mahkamah sama ada ianya telah dibuktikan oleh pihak pendakwaan atau tidak. Ini dinyatakan di dalam kes Fong Kong Meng & Anor v Public Prosecutor [2019] 12 MLJ 110 seperti berikut: “[21] It cannot be disputed that in a circumstance where someone had been unlawfully killed, ss 299 and 300 of the Code come into play. And consequently, when a court finds that a s 300 offence (murder) has not been made out, s 299 (culpable homicide) offences come into play (unless on the facts neither offence has been made out in which case there will be an outright acquitted) for the court to determine, based on the facts found, under which limb of s 299 do the acts and omissions fall under. Section 299 consists of three limbs:
1
with the intention of causing death;
2
with the intention of causing bodily injury as is likely to cause death; or
3
with knowledge that he is likely by such act to cause death. [22] That was what the earlier panel did. They evaluated the evidence again as they are empowered to do so under s 86 of the CJA, in order to find guilt either under limb 1 or 2 or 3 of s 299. If it is an offence under limb 1 or 2, then it would draw punishment under s 304(a) of the Code. If it is a limb 3 offence, then it would draw punishment under s 304(b) of the Code. For clarity, we reproduce s 304 below: 304 Punishment for culpable homicide not amounting to murder Whoever commits culpable homicide not amounting to murder shall be punished —
a
with imprisonment for a term which may extend *thirty years, and shall also be liable to fine, if the act by which the death is caused is done with the intention of causing death, or of causing such bodily injury as is likely to cause death; or
b
with imprisonment for a term which may extend to ten years or with fine or with both, if the act is done with the knowledge that it is likely to cause death, but without any intention to cause death, or to cause such bodily injury as is likely to cause death. [23] Not only was the earlier panel fully entitled to revaluate the evidence afresh, it must adopt this approach for the simple reason that the ingredients set out in ss 299 and 300 of the Code vary in degree. One results in culpable homicide while the other is culpable homicide amounting to murder. Different considerations apply to each offence. The court’s mind must then focus on the totality of the evidence to determine which limb in s 299 could the accused be found guilty of. Whatever discussions relating to the ingredients of s 300(d) in the High Court and Court of Appeal are no longer of relevance in the process of determining guilt under s 299 of the Code for culpable homicide. Here, the earlier panel eventually found that a s 304(a) conviction is an appropriate sentence.” [35] Intisari kesalahan bunuh telah dirumuskan dengan jelas oleh Hakim Low Hop Bing dalam PP v Nomezam Apandy Abu Hassan (No. 2) (2008) 7 CLJ 168 seperti berikut: “[3] From the above provisions, it is clear that in order to establish a prima facie case of murder, it is incumbent on the prosecution to prove:
1
the death of the deceased;
2
the deceased's death was caused by injury or injuries inflicted on the deceased;
3
the accused had caused the injury or injuries which resulted in the deceased's death; and
4
the act causing the death was committed with the mens rea under s. 300(a), (b), (c) or (d). (see also PP v. Brahim b Rais [1999] 1 LNS 263 per Ian Chin; PP v. Soo Tai Leng [2005] 7 CLJ 218 per Azahar Mohamed JC (now J); and PP v. Norazam bin Ibrahim [2006] 8 CLJ 462; [2006] 3 AMR 524 HC).” [36] Dalam konteks kes ini elemen-eleman yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan ialah:
a
Kematian simati;
b
Kematian simati adalah berpunca dari kecederaan yang dialami oleh simati;
c
Tertuduh yang menyebabkan kecederan-kecederaan kepada simati sehingga menyebabkan kematian simati; dan
d
Tindakan yang menyebabkan kematian tersebut telah dilakukan oleh Tertuduh dengan mens rea di bawah seksyen 300 (a), (b), (c) atau (d) Kanun Keseksaan. [37] Dalam kes ini elemen pertama dapat dibuktikan oleh pihak pendakwaan melalui keterangan Doktor Sri Marni binti Zainal Abidin SP8 dan pengecaman mayat simati oleh Yaguwaran a/l Rajamani melalui laporan polis Temerloh/005201/19 iaitu P60. Yaguwaran mengesahkan mayat tersebut adalah Loganathan a/l Rajamani. [38] Dalam laporan bedah siasat (P40) yang disediakan oleh SP8 mencatatkan bahawa mayat tersebut dicamkan oleh ASP Nurhafezah Md Nor, Pegawai Penyiasat Kes. [39] Seterusnya bagi elemen kedua iaitu kematian simati adalah berpunca daripada kecederaan yang dialami oleh simati ini dapat dilihat daripada laporan bedah siasat dan keterangan SP8 yang berpendapat bahawa kematian adalah disebabkan blunt force trauma to he head. Laporan bedah siasat itu juga menolak kemungkinan disebabkan oleh penyakit yang boleh menjurus kepada kematian tersebut disebabkan oleh penyakit. Ini bermakna bahawa kematian simati dalam kes ini adalah disebabkan kecederaan yang dialami oleh simati. [40] Sementara itu bagi elemen ketiga pula Mahkamah perlu meneliti sama ada terdapat keterangan yang menunjukkan bahawa kecederaan-kecederaan simati itu disebabkan oleh tindakan OKT. Ini adalah penting disebabkan keterangan yang dikemukakan terdapat pergaduhan yang melibatkan 10 hingga 15 orang semasa kejadian. Ini telah disahkan oleh SP11 dan SP12. Apa yang lebih menarik dalam kes ini ialah keterangan SP12 menyatakan bahawa beliau telah melihat senjata yang digunakan oleh OKT adalah berkilat. Apabila ditunjukkan gambar-gambar bahan yang disyaki digunakan untuk memukul simati sehingga mati, SP12 menyatakan itu bukan barang yang dilihat oleh beliau pada hari kejadian. Begitu juga apabila ditunjukkan dengan sebatang kayu, P36A(1). [41] Seterusnya saksi-saksi juga tidak dapat mengesahkan sama ada OKT ada memegang sebarang senjata tajam seperti parang. Apa yang ada ialah keterangan yang menyatakan parang tersebut dilihat telah dipegang oleh Thyagu. Selain daripada itu terdapat juga keterangan SP11 dan SP12 yang tidak konsisten di antara satu sama lain apabila SP11 menyatakan setelah simati dipukul oleh OKT beliau telah jatuh dan bangun semula dan selepas itu berjalan balik ke rumah. Sebaliknya SP12 menyatakan bahawa beliau nampak SP11 mengangkat simati. [42] Persoalan dalam kes ini ialah adakah dalam semua keterangan dalam SP11 dan SP12 itu serta keterangan saksi-saksi lain dapat menyatakan dengan jelas identiti orang yang mencederakan ataupun menyebabkan kematian simati. Bagi menjawab persoalan ini Mahkamah perlu melihat keterangan pegawai penyiasat berkenaan perkara ini. SP13 dalam keterangannya semasa pemeriksaan balas menjelaskan bahawa pertuduhan dikemukakan kepada OKT atas keterangan saksi-saksi. Beliau juga mengesahkan bahawa tiada apa- apa senjata dijumpa dengan OKT. Pakaian OKT juga tiada mempunyai darah DNA simati. SP13 juga menyatakan bahawa ada kemungkinan kejadian tersebut melibatkan seorang lagi individu yang bernama Jayabalan. Semasa pemeriksaan balas oleh peguam OKT, SP13 menyatakan seperti berikut: : Dalam kes ini, jadi cadangan saya adalah Jaya Balan ini berkemungkinan besar telah berlawan atau telah memukul simati sehingga darah simati boleh datang kepada t-shirt beliau, macam mana darah boleh datang? Kalau dia tidak dekat dengan simati, boleh darah simati ada atas t-shirt dia? Itu soalan saya pertama. Kalau dia bukan dekat dengan simati, adakah darah simati boleh datang kepada tshirtnya? Ada kemungkinan. [43] SP13 menyatakan darah simati ada atas tshirt Jaya Balan. Berkenaan dengan DNA tersebut SP13 menyatakan seperti berikut: : Rujuk kepada P43, muka surat 7, para nombor 4. Ada? Ini adalah Laporan DNA. Sila lihat di para 4, di baju F16 tadi, yang kamu rampas daripada Jaya Balan ada darah simati, ASP. Okay. : DNA simati ada pada T-shirt yang kamu rampas daripada Jaya Balan. Kamu tahu atau tidak? Tahu. : Ini tidak pentingkah? DNA simati? Ya betul. : Dan ini adalah DNA kesan darah. Maksudnya darah simati ada pada tshirt yang kamu rampas daripada Jaya Balan, tak penting ke ini? Penting. : Ini bermaksud Jaya Balan ini berada dekat atau sangat dekat dengan simati? Betul. : Mana Jaya Balan sekarang? Ada. [44] Begitu juga SP13 mengesahkan bahawa terdapat keterangan yang menunjukkan bahawa Thyagaraja ada parang dan mengatakan beliau telah menampar muka Niteswaran. SP 13 juga menyatakan bahawa Jaya Balan tidak pada bila-bila masa mengatakan bahawa OKT ada memukul simati. SP13 menyatakan seperti berikut: : Walaupun dia ada darah simati atas baju dia, dia tak pernah kata sebenarnya Govintaran yang memukul simati? Betul. [45] SP13 menyatakan beliau mempercayai versi keterangan SP11 dan SP12 yang menjadi asas pertuduhan kepada OKT. Pada masa yang sama juga mengesahkan bahawa tidak ada darah OKT. Begitu juga tiada kawad cam dijalankan oleh SP11 dan SP12. SP13 juga mengesahkan bahawa OKT tidak pernah dibawa ke tempat kejadian. Pegawai Penyiasat mengesahkan bahawa hasil siasatan menunjukkan bahawa 22 orang berada di tempat kejadian pada waktu tersebut dan 18 orang diambil kenyataan. [46] Berkenaan dengan penentuan sama ada OKT adalah individu yang mencederakan simati sehingga menyebabkan kematian juga perlu dilihat secara terperinci disebabkan terdapat banyak laporan polis yang dikemukakan oleh pihak pembelaan di peringkat pendakwaan yang menimbulkan nama-nama lain yang berada di tempat kejadian tersebut. [47] SP10 semasa dikemukakan laporan polis yang dibuat oleh OKT Mentakab Rpt. 377/19 yang dibuat pada 11.08.2019 mengesahkan bahawa laporan polis tersebut menyatakan bahawa OKT ditetak oleh seorang yang bernama Mohan dengan parang. SP10 juga mengesahkan bahawa OKT tidak pernah pegang apa-apa senjata. Kecederaan tersebut disokong oleh laporan perubatan D51. SP10 juga mengesahkan bahawa tiada keterangan yang menunjukkan bahawa OKT yang menetak. Semasa diserahkan kayu SP10 tidak membuat siasatan sama ada kayu itu yang digunakan oleh OKT untuk memukul simati. Penelitian kepada percanggahan yang terlampau banyak berkenaan dengan senjata yang digunakan, siapa yang menggunakan senjata tersebut, senjata itu berkilat sedangkan ia adalah bertentangan dengan fakta barang kes adalah sebatang kayu, siasatan tidak dibuat berkenaan dengan sama ada kayu tersebut digunakan untuk memukul simati, kecederaan yang dialami oleh simati yang dinyatakan oleh SP8 tidak konsisten dengan senjata yang ditemui. Ini adalah disebabkan SP8 menyatakan bahawa senjata yang tajam seperti parang. Parang tersebut telah dinyatakan tidak digunakan oleh OKT pada masa kejadian tersebut. Kerencatan keterangan-keterangan tersebut dan kekeliruan yang timbul ekoran daripada keterangan tersebut tidak dapat memberikan satu kaitan kecederaan tersebut dilakukan oleh OKT. [48] Mahkamah mendapati keterangan SP11 dan SP12 telah dijadikan asas untuk mengaitkan OKT sebagai individu yang menyebabkan kecederaan kepada simati sehingga membawa kepada kematian simati. Penelitian kepada keterangan SP11 dan SP12 mahkamah berpendapat tidak dapat membuktikan senjata tajam dan berkilat mencederakan serta menyebabkan kematian simati. Malahan keterangan yang menunjukkan bahawa simati sempat pulang ke rumah setelah dikatakan dipukul oleh OKT seperti keterangan SP11. Namun keterangan SP11 dan SP12 mempunyai satu persamaan iaitu mereka melihat OKT memukul simati. : Jadi selepas kamu dengar orang bergaduh di hadapan rumah kamu, jadi apa yang berlaku selepas itu, ataupun apa yang kamu buat? Apabila keluar dari rumah kawan saya Loganathan telah mencampuri pergaduhan tersebut. Dan semasa itu saya nampak Govin telah memukul Loganathan. : Kamu nampak Govin telah memukul Loganathan. Jadi kamu nampak ke dia pukul menggunakan apa dan di mana? Saya nampak Govin memegang sesuatu dan menggunakannya untuk memukul Loganathan tapi saya tak pasti apakah benda tersebut. : Juga soalan saya tadi dia ini Govin ini pukul di bahagian mana di Loganathan ini? Govin memukul Loganathan bahagian kepala di sebelah kiri. : Ada berapa kali dia dipukul? Sekali sahaja. : Selepas dipukul tersebut apa yang berlaku? Setelah dipukul Loganathan terduduk dan kemudian telah bangun dan mendapatkan sebatang kayu dan memukul balik Govin. : Pukul balik Govin ini berapa kali? Sekali sahaja. : Selepas Govin ini dipukul balik jadi apa yang berlaku? Selepas keadaan reda Loganathan telah balik ke rumah dan semasa saya tengok Loganathan sedang berbaring di atas karpet. : Kamu nyatakan keadaan reda. Makna reda ini berapa lama? Berapa lama keadaan itu reda sebelum Loganathan balik ke rumah? Lebih kurang jam 5.00 pagi selepas kesemua yang terlibat telah beredar. : Dan kamu nyatakan bila balik ke rumah ini keadaan Loganathan ini dia di atas karpet? Sedang baring di atas karpet. : Boleh nyatakan kenapa dia baring di atas karpet itu? Saya tidak tahu. Yang saya nampak dia sedang baring di atas karpet. : Tadi kamu ada nyatakan Loganathan ini ada dipukul di sebelah kiri kepala. Jadi kamu boleh nampak bahagian kiri kepala dia itu apa yang berlaku selepas dipukul itu? Semasa saya tengok Loganathan baring saya ada nampak kesan luka di kepala Loganathan. [49] Sementara itu SP12 pula menyatakan seperti berikut: : Adakah kamu nampak di bahagian mana Govin pukul Kecik? : Di bahagian kepala. : Kamu nampak berapa kali di pukul dibahagian kepala? : Sekali sahaja. : Selain daripada kepala ada tak kamu nampak Kecik ini dipukul di bahagian lain? : Saya tak nampak. : Selepas Kecik dipukul di kepala apa yang berlaku? : Selepas Govin memukul Kecik, Kecik telah rebah. : Bagaimana pula dengan Govin? : Govin tidak buat buat apa-apa, cuma dia beralih tempat sahaja. : Kemudian kamu bila kamu nampak Kecik ini rebah kamu nampak apa yang seterusnya, ataupun apa yang berlaku kepada Kecik selepas dia rebah? : Saya nampak kepala Kecik berdarah dan ada yang mengangkatnya. : Kamu tahu ke atau kamu nampak siapa yang angkat dia? : Yang mengangkat Kecik adalah Lee Yap Kong. : Kecik diangkat ke mana? : Saya hanya nampak Lee Yap Kong angkat Kecik dibawa ke mana saya tak tahu. : Lepas kamu nampak Lee Yap Kong angkat Kecik kamu tak tahu dia bawa ke mana, kamu lepas itu ada nampak lagi tak Kecik di tempat kejadian? : Tidak. [50] SP11 dan SP12 menyatakan bahawa mereka melihat simati telah dipukul. Kedua-dua SP11 dan SP12 menyatakan mereka melihat OKT memukul simati sekali sahaja. Perbezaan yang timbul ialah senjata yang digunakan oleh OKT memukul simati. Menurut SP12 objek tersebut adalah suatu yang berkilat dan menyatakan bahawa ia bukan seperti dalam gambar yang ditunjukkan. [51] SP11 menyatakan bahawa OKT memukul simati di bahagian kepala di sebelah kiri. SP12 hanya menyatakan OKT memukul simati di bahagian kepala. Jika ini dibandingkan dengan keterangan SP8 iaitu doktor yang menjalankan bedah siasat dalam keterangan beliau menyatakan seperti berikut: : Berdasarkan kepada dapatan punca kematian ini, jika dirujuk kepada gambar yang saya rujuk tadi itu boleh doktor tunjukkan yang mana satu yang berkaitan dengan punca kematian simati ini? Sekiranya kita melihat pada gambar 12, 13, 14 dan 15 ini merujuk kepada luka lacerasi pada sebelah kiri kepala dan ini adalah berkait rapat dengan keretakan pada tulang tengkorak kepala yang boleh dilihat pada gambar 23, dan 26. Selain daripada itu sekiranya merujuk kepada gambar 27, 28, 30 dan juga 33 dan 34 kita boleh lihat pendarahan subdural yang sekaligus juga menyebabkan kematian kepada simati. [52] Adalah tidak dapat dinafikan bahawa percanggahan keterangan yang diberikan oleh saksi-saksi tidak menjadikan saksi tersebut secara automatik tidak kredibel. Ini disebabkan adalah suatu lumrah seseorang manusia biasa akan mempunyai daya ingatan yang mungkin akan lemah apabila melewati suatu masa yang panjang. Begitu juga sudut pandang seseorang terhadap suatu fakta mungkin berbeza dengan pandangan individu yang lain terhadap fakta yang masa. Hakikat ini telah dinyatakan dalam kes Pie bin Chin v Public Prosecutor [1985] 1 MLJ 234 seperti berikut: “Forgetfulness and failure to recall exactly certain events, which did not seem to be important to the witness, do not necessarily shake his credibility or render other parts of his story unworthy of belief. Various persons are endowed with varying powers of cognition, attentiveness and perception, so that it is not uncommon for two witnesses to a common event to describe it in slightly differing versions. Thus the slight dissimilarity between the evidence of the complainant and his wife is explicable. It was further contended that the inconsistencies in the evidence of the complainant itself should make his story unreliable. It is true that he gave capricious accounts of certain facts but then those matters relate mostly to subsidiary issues. ….” [53] Ia juga dalam dilihat dalam kes Khoon Chye Hin v Public Prosecutor [1961] 27 MLJ 105 ketika Mahkamah Rayuan menganalisa berkenaan dengan percanggahan keterangan saksi-saksi dalam konteks tindakan hakim bicara menjelaskan kepada para juri dalam satu pertuduhan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan seperti berikut: “As regards the discrepancies between the two witnesses, the trial Judge did not apparently consider these to be of very great importance. As regards the contradictions in the brother's evidence, however, he dealt with the matter as follows:— “I must, however, in connection with the brother's evidence point out to you that if a witness makes contradictory statements either in one lot of evidence or on two separate occasions on matters upon which his testimony is liable to contradiction then his credit is impeached and the whole of his evidence must be rejected. There can be no doubt that on at least two occasions that witness did contradict himself … If, Gentlemen, you consider that they were two deliberate contradictions, then you reject the whole of the evidence of that witness. On the other hand, if you think he was nervous and made a genuine mistake, then his credit still stands. It is entirely a matter for you and puts you back as I see the position to the original proposition I put to you in connection with witnesses: was he telling the truth, or, has he by his contradiction established himself as a liar? If it be the latter, then his evidence must in law be rejected.” In our view this is wrong and calculated to mislead a jury. If a witness demonstrably tells lies on one or two points then it is clear that he is not a reliable witness and as a matter of prudence the rest of his evidence must be scrutinised with great care and indeed with suspicion. To say, however, that because a witness has been proved a liar on one or two points then the whole of his evidence “must in law be rejected” is to go too far and is wrong.” [54] Begitu juga sekiranya percanggahan keterangan tersebut berlaku ia tidak boleh dijadikan alasan untuk menolak keseluruhan keterangan saksi-saksi tersebut. Ini dinyatakan dalam kes De Silva v Public Prosecutor [1964] 1 MLJ 81. [55] SP8 juga menyatakan bahawa kecederaan yang pelbagai itu tidak menolak kemungkinan adalah satu pergaduhan dan menyatakan berkenaan kematian tersebut seperti berikut: : Dan pendarahan ini maksud doktor adalah pendarahan internal ataupun luaran? : Di dalam kepala, di dalam otak. : Dan berdasarkan kepada pemeriksaan doktor ini berkenaan dengan kecederaan pada bahagian kiri sebelah kepala dan juga hasil CT scan yang dilakukan terdapat pendarahan otak sebelah kanan adakah ada kaitan antara kedua-duanya? : Saya tak pasti. : Maksud saya kaitan itu adakah berpunca ataupun macam mana? : Disebabkan kemalangan jadi mungkin hentakkan pada kepala tersebut telah menyebabkan luka dan seterusnya hentakkan tersebut telah menyebabkan pendarahan pada belah kanan otak. : Doktor nyatakan hentakkan ya? : : Dan berdasarkan kepada pemeriksaan doktor hentakkan ini disebabkan oleh apa, adakah doktor ada pengetahuan? : Saya tak pasti tetapi melalui history taking yang saya ambil daripada rakan saya diberitahu bahawa pesakit telahpun mengalami kemalangan, seterusnya pulang ke rumah pada jam 4.00 pagi. Dan waktu itu ditemui tidak sedarkan diri di rumah. Dan seterusnya dibawa ke hospital. : Dan history taking ini adalah berdasarkan kepada maklumat rakan ya? : Ya, maklumat rakan. : Dan seterusnya doktor pada perenggan 7 ini doktor menyatakan pesakit ini meninggal pada keesokkan harinya? : : Pada 12.08.2019 jam 2.53 petang. Doktor boleh sahkan pada tarikh dan masa bila pesakit ini dirujuk kepada doktor? : Pada tarikh 11.08.2019 pukul 11.21 pagi saya menerima rujukan bagi kes pesakit ini. [56] Penelitian kepada keterangan doktor yang membuat pemeriksaan awal simati di Hospital Temerloh iaitu Dr. Lee Kee Choon (SP6) menyatakan bahawa terdapat bengkak dan laceration wound di bahagian sebelah kiri kepala. Ia menyatakan seperti berikut: : Dan semasa pemeriksaan awal Dr. ada nyatakan kecederaan beliau. Jadi boleh jelaskan tak apakah kecederaan beliau seperti di perenggan 2 ini? : Selepas pemeriksaan CT scan brain, maksudnya pemeriksaan otak kami dapati ada pendarahan di dalam otak yang ada darah beku di dalam otak yang boleh menekan pada bahagian tengah otak dan kalau dia berterusan boleh menyebabkan berhenti bernafas. : Jadi itu pemeriksaan CT? : Ya pemeriksaan CT. : Pemeriksaan awal dia? : Pemeriksaan awal kami dapati ada satu bengkak dan laceration wound di bahagian sebelah kiri kepala. : Sebelah kiri kepala? Di bahagian mana kepala tersebut? : Peritor temporal head. Ia adalah bahagian atas. : Kemudian selepas Dr. memberikan rawatan dan membuat pemeriksaan awal dan membuat imbasan CT apakah tindakan Dr.? : Selepas itu pesakit ini dirujuk kepada Jabatan Unit Pembedahan untuk rawatan selanjutnya. : Dirujuk ke Unit Pembedahan itu masih merujuk kepada pukul berapa? : Saya tak ada masa itu. Buat masa ini saya tak dapat sediakan masa rujukan itu. Ada dalam sistem tapi saya tak semak yang waktu merujuk. [57] Begitu juga keterangan daripada Dr. Nabilah Yaakob (SP5) yang mengesahkan semasa pemeriksaan beliau di klinik kesihatan mendapati bahawa terdapat kecederaan di bahagian kepala sebelah kiri simati. SP5 menyatakan seperti berikut: : Dan semasa Dr. menerima beliau bagaimana keadaan beliau? Pesakit dalam keadaan tidak sedarkan diri. : Ada sebarang kecederaan? Saya dapati terdapat kecederaan di kepala pesakit sebelah kiri berukuran dalam 3 cm sehingga menampakkan tengkorak pesakit. : Dan apakah tindakan Dr.? Saya melakukan pemeriksaan awal dan rehabilitasi awal terhadap pesakit dan kemudian terus menghantar pesakit ke zon merah kecemasan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh. : Dr. terima mengikut perenggan 2 ini jam lebih kurang 9.00 pagi? Lebih kurang. : Dan pada masa bila di hantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah? Lebih kurang 9.15 pagi. [58] Berdasarkan keterangan SP5, SP6 dan SP8 adalah jelas menunjukkan kecederaan yang dinyatakan oleh saksi-saksi ini ialah kecederaan kepala di sebelah kiri. Ia adalah konsisten dengan keterangan SP11 yang menyatakan beliau nampak OKT memukul simati di bahagian kepala sebelah kiri. [59] SP12 menyatakan bahawa beliau nampak OKT memukul di bahagian kepala. Ia membawa satu kefahaman bahawa di mana tempat OKT memukul simati adalah jelas iaitu di bahagian kepala yang diperincikan oleh SP11 di bahagian kepala sebelah kiri dan disahkan oleh pemeriksaan SP5 dan SP8. Isu di dalam kes ini ialah apakah senjata yang digunakan oleh OKT semasa memukul simati. Hal ini penting diberikan perhatian. Ini disebabkan terdapat pengecaman barang kes yang negatif oleh SP12 dan keterangan SP8 yang menyatakan bahawa senjata tersebut adalah berkemungkinan tajam dan tidak menolak kemungkinan ianya adalah parang atau belakang parang. Ia juga ditambah dengan keterangan SP11 beliau tidak nampak kepala simati berdarah sedangkan SP12 menyatakan kepala simati berdarah. Ditambah pula dengan ketiadaan DNA darah simati dijumpai pada mana-mana bahagian badan atau pakaian OKT. Begitu juga keterangan menunjukkan tiada senjata dijumpai bersama-sama dengan OKT. Mahkamah juga perlu mengambil perhatian bahawa kes ini melibatkan pergaduhan ramai orang dalam kejadian tersebut. Saksi juga menyatakan terdapat orang lain yang memegang parang dan bukannya OKT. Selain daripada menerima keterangan bahawa kecederaan yang berlaku kepada simati adalah bahagian kepala sebelah kiri. Namun siapakah sebenarnya yang menyebabkan kecederaan tersebut. Adakah OKT atau individu-individu lain yang turut berada di tempat kejadian yang dilihat memegang senjata. Ia ditambah pula dengan keterangan yang dikemukakan melalui laporan polis yang dibuat oleh OKT yang juga menyatakan beliau telah dipukul dan mengalami pendarahan. [60] Adakah keterangan SP11 dan SP12 yang menyatakan bahawa mereka nampak OKT memukul simati walaupun tidak pasti senjata yang digunakan telah melunaskan tanggungjawab pendakwaan untuk membuktikan elemen ketiga untuk kesalahan di bawah seksyen 300/302 Kanun Keseksaan? [61] Mahkamah berpendapat di dalam kes ini ia tidak dapat ditunjukkan bahawa kematian simati adalah disebabkan perbuatan OKT. Ini adalah disebabkan terdapat individu lain yang dikatakan memegang parang di dalam kejadian tersebut. Keterangan juga menunjukkan bahawa berlakunya pergaduhan di antara kumpulan di mana adanya simati dan OKT. Apa yang dinyatakan oleh SP12 dan SP11 tidak dapat mengecualikan bahawa kecederaan yang dialami oleh simati sehingga membawa kematian disebabkan dan dilakukan oleh orang lain di dalam pergaduhan tersebut. Ianya berbeza sekiranya hanya terdapat OKT dan simati dalam kejadian tersebut di mana percanggahan keterangan SP11 dan SP12 dalam keterangan mereka tidak dapat menjejaskan elemen kesalahan bunuh yang dipertuduhkan. Sebaliknya, dalam kes ini percanggahan keterangan SP11 dan SP12 serta ketiadaan keterangan-keterangan saintifik lain mengoyahkan keterangan yang menunjukkan OKT yang telah menyebabkan kecederaan sehingga menyebabkan kematian simati. [62] Ini ditambah pula dengan keterangan pegawai penyiasat yang tidak menjalankan siasatan yang menyeluruh kepada saksi-saksi lain dan hanya berdasarkan kepada keterangan SP11 dan SP12 dan tidak menolak kemungkinan kejadian itu melibatkan seorang Jaya Balan. Mahkamah ini berpendapat serpihan keterangan-keterangan yang dikemukakan tidak dapat digabungjalinkan bagi satu naratif untuk menuju kepada suatu kesimpulan yang tuntas bahawa OKT telah menyebabkan kecederaan yang membawa kematian simati. [63] Mahkamah mendapati bahawa kejadian ini berlaku di dalam keadaan yang kelam kabut. SP11 dan SP12 juga berada dalam kalangan mereka tidak begitu pasti senjata yang digunakan. Walaupun dapat melihat OKT ada memukul kepala simati. Persoalannya ialah adakah keterangan SP11 dan SP12 yang nampak OKT memukul simati adalah pukulan yang menyebabkan kecederaan dan kematian simati. [64] Ianya adalah berbeza sekiranya SP11 dan SP12 dapat mengesahkan bahawa mereka melihat OKT memukul simati dengan menggunakan senjata yang konsisten dengan punca kematian yang dinyatakan di dalam laporan post mortem oleh SP8 dan kecederaan-kecederaan yang dialami oleh simati seperti yang dinyatakan oleh SP5 dan SP8. [65] Mahkamah perlu berhati-hati dalam hal ini dalam kes ini disebabkan tiada sebarang keterangan bebas lain yang dapat mengesahkan keterangan SP11 dan SP12. Keterangan-keterangan saintifik melalui laporan DNA juga tidak dapat dengan jelas menyokong keterangan SP11 atau SP12. [66] Mahkamah mendapati keterangan daripada ahli kimia (SP7) berkenaan dengan DNA pada parang didapati bahawa tiada sebarang pengesahan berkenaan DNA tersebut. SP7 menyatakan seperti berikut: : Dan ini juga penting bahawa, ini juga adakah En. Sopian tahu DNA bercampur dua individu ini adalah dijumpai daripada satu kain yang membaluti parang? Tidak tahu. : So nampaknya 19 campur 4 ada 23 lah? 23 individu yang berlainan dalam kes ini? 19 tahu tahu indentiti, empat lagi kamu tak tahu? orang. Ya betul. [67] Mahkamah juga meneliti laporan kimia (P43) bagi mencari keterangan yang boleh mengaitkan OKT dengan senjata yang digunakan atau mana-mana keterangan yang dapat menyokong keterangan SP11 dan SP12 dan saksi-saksi lain. Namun ianya hampa kerana tiada keterangan yang dapat membantu mahkamah bagi menyelesaikan persoalan sama ada OKT adalah individu yang mencederakan simati sehingga menyebabkan kematian simati bagi membolehkan eleman ketiga dibuktikan. [68] Berdasarkan kepada keterangan-keterangan yang dikemukakan dan dengan meminjam pandangan Hakim Vincent Ng di dalam kes PP v Ong Cheng Heong [1998] 4 CLJ 209 yang disahkan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Abdullah Atan v PP (supra) yang menyatakan prima facie seperti berikut: “[44] As to what constitutes 'a prima facie' case, the judgment of Vincent Ng J (as he then was) in PP v. Ong Cheng Heong [1998] 4 CLJ 209 is instructive. Although Ong Cheng Heong (supra) was decided prior to the amendment in 2006, we respectfully endorse His Lordship's views, at p. 225: What then constitutes a 'prima facie case'? 'Prima facie ' means on the face of it or at first glance.... perhaps the most appropriate definition of 'a prima facie case' could be found in the Oxford Companion of Law (p. 987), which has it as: "A case which is sufficient for an answer. While prima facie evidence is evidence which is sufficient to establish a fact in the absence of any evidence to the contrary, but is not conclusive". It would follow that there should be credible evidence on each and every ingredient of the offence. Credible evidence is evidence which has been filtered and which has gone through the process of evaluation. Any evidence which is not safe to be acted upon, should be rejected. (emphasis added).” [69] Adalah didapati dalam kes ini keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh pendakwaan tidak dapat pada pandangan pertama telah membuktikan fakta bahawa OKT telah menyebabkan kematian simati di mana kegagalan OKT menyanggah keterangan tersebut mewajarkan OKT disabitkan dengan pertuduhan. Mahkamah juga berpendapat elemen-elemen oleh kesalahan di bawah seksyen 300/302 Kanun Keseksaan tidak berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan. [70] Natijahnya, Mahkamah ini berpendapat bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan satu kes prima facie di akhir kes pendakwaan. OKT dibebas dan dilepaskan bagi pertuduhan di bawah seksyen 300/302 Kanun Keseksaan tanpa dipanggil membela diri. [71] OKT juga telah dikemukakan pertuduhan seperti berikut: Bahawa kamu bersama-sama pada 11hb Ogos 2019 jam di lebih kurang 03.30 pagi hingga jam 05.00 pagi, bertempat di Jalan Bongor, Taman Rimba, Mentakab, di dalam Daerah Temerloh, di dalam Negeri Pahang Darul Makmur, sebagai ahli satu kumpulan perhimpunan yang menyalahi undang-undang dengan tujuan bersama-sama menggunakan kekerasan terhadap sekumpulan orang lain dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 147 Kanun Keseksaan. [72] Mahkamah juga telah meneliti keterangan-keterangan saksi yang mengesahkan bahawa OKT berada dalam kumpulan dan terlibat sama dalam pergaduhan pada 11.08.2019 tersebut. Pada masa kejadian itu SP11 dan SP12 mengesahkan penglibatan OKT dalam kumpulan tersebut. Oleh itu tidak syakki lagi bahawa keterangan yang ada menyebabkan pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie bagi pertuduhan di bawah seksyen 147 Kanun Keseksaan. OKT dipanggil membela diri di bawah seksyen 147 Kanun Keseksaan. [73] Sesungguhnya kes yang melibatkan kehilangan nyawa adalah sesuatu yang serius. Oleh itu penyiasatan yang dilakukan terhadap kes bunuh perlu dilakukan dengan teliti dan menyeluruh. Ia bagi membolehkan keterangan-keterangan yang sewajarnya dan dikehendaki dikemukakan di Mahkamah untuk diputuskan dengan sewajarnya. Sebarang penyiasatan yang tidak lengkap dan culas boleh menjejaskan sesuatu kes di Mahkamah. Oleh itu adalah menjadi amalan yang baik untuk penyiasatan kes-kes yang melibatkan kehilangan nyawa secara khususnya dilakukan dengan teliti di bawah pengawasan pegawai atasan yang berpengalaman serta berdedikasi. [74] Pada masa yang sama pendakwaan perlu dilakukan dengan professional dan berkesan bagi membolehkan keterangan-keterangan tersebut dikemukakan sejajar dengan peruntukan undang-undang. Di samping peguam pula hendaklah mengendalikan pembelaan dengan berkesan berdasarkan kepada undang-undang. [75] Sementara itu mahkamah pula hendaklah meneliti, menilai, menelusuri keterangan-keterangan yang dikemukakan berdasarkan prinsip undang-undang dan keputusan-keputusan mahkamah atasan sebagai seri teladan dan ikutan yang mengikat. [76] Kejituan pelaksanaan tanggungjawab dan tugas Timbalan Pendakwa Raya, Peguam dan Mahkamah akan menzahirkan sistem pentadbiran keadilan jenayah yang berkualiti dan dapat menjanjikan keadilan ditegakkan sejajar dengan maksim keadilan hendaklah ditegakkan dan tampak ia ditegakkan. Bertarikh: 28hb. Mac 2023 (ROSLAN MAT NOR) PESURUHJAYA KEHAKIMAN MAHKAMAH TINGGI MALAYA TEMERLOH, PAHANG DARUL MAKMUR PIHAK-PIHAK: Bagi Pihak Pendakwaan Ain-Nur ‘Amiyerra Awod Abdullah dan Nurul Balkis Zunaidi Timbalan Pendakwa Raya Temerloh, Pahang Darul Makmur Bagi Pihak Tertuduh Sivanathan a/l Nithyanantham dan Nabila Habib Tetuan Sivanathan Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.