25.9.2019 cctv S/N vbPzr8xdxkGvTLbyIDRn8A P50(1)(a) Folder 1 Subfolder 1 @ 6:52:34 am – menunjukkan fasilitator (Kanesalingam) dan kanak-kanak migran sampai ke KLIA di gate 8 P50(1)(a) Folder 2 Subfolder 1 @ 6:58:16:309 am, menunjukkan jalan di luar lobi pelepasan KLIA – kereta grand livina silver sampai menurunkan Tertuduh, Meera dan Diviyan (SP3) Subfolder 2 - @ 7:33:59 – tunjukkan Tertuduh diiringi wanita berbaju biru dikenali sebagai Meera. Di depannya berbaju kelabu/hitam ialah SP3. Selepas daftar masuk, Tertuduh bergerak ke arah pemeriksaan polis. Subfolder 3 - @ 7:39:12:239 am, menunjukkan Tertuduh berbaris melepasi pemeriksaan polis berseorangan hingga escalator. Subfolder 4 - @ 7:42:51:049 am, menunjukkan Tertuduh bersendirian untuk pemeriksaan imgresen di kaunter 3 untuk pelepasan antarabangsa tanpa kanak-kanak SP3. S/N vbPzr8xdxkGvTLbyIDRn8A Subfolder 2 - @ 8:09:46:744 am. Menunjukkan kanak-kanak migran bersama fasilitator bergerak menuju central hub i.e. G1 – G10 iaitu ruang tengah ke earotrain Subfolder 3 - @ 8:23:29..am. Menunjukkan fasilitator bersama kanak-kanak migran menuju ke aerotrain atau ke pintu keluar imigresen – kaunter ketibaan, tapi tidak keluar dari KLIA Subfolder 4 - @ 8:24:50:361 am, menunjukkan kanak-kanak migran dan fasilitator tidak keluar dari pintu kaunter imigresen (tidak keluar dari KLIA ke luar – masih dalam KLIA) Subfolder 5 - @ 7:46:08:531 – Tertuduh berbaju hijau ambil beg setelah melepasi pemeriksaan kastam menuju ruang ke pintu antarabangsa (arrival/departure). Subfolder 6 - @ 8:31:21:474 am, menunjukkan Tertuduh masih seorang diri menuju laluan gate G S/N vbPzr8xdxkGvTLbyIDRn8A (ketibaan/pelepasan) – di kawasan centre hub pier. Subfolder 7 - @ 8:32:14:506 am, menunjukkan Tertuduh bergerak seorang diri ke tempat duduk berdekatan dengan jam di gate G2. Di situ Tertuduh bertemu fasilitator dan kanak-kanak migran. Selepas 4 minit, Tertuduh meninggalkan kawasan itu bersama kanak-kanak migran tanpa fasilitator (8:37:27:984 am). Mereka menuju ke aerotrain untuk ke bangunan satelit bagi penerbangan antarabangsa. Subfolder 8 - @ 8:41:37:783 am, menunjukkan Tertuduh dan kanak-kanak migran menuju aerotrain ke pelepasan antarabangsa C3 di bangunan satelit (8:41:41:465 am). Subfolder 9 - @ 8:46:14:104 am, menunjukkan Tertuduh dan kanak-kanak migran tiba dengan aero S/N vbPzr8xdxkGvTLbyIDRn8A train di ruang perhentian aerotrain di bangunan satelit. Rakaman cctv P50(2)(J)] dan P149(A)(1) Menunjukkan pergerakan Tertuduh dan kanak-kanak migran yang diseludup menuju masuk ke pesawat untuk penerbangan ke Muscat. [ 15 ] Terdapat keterangan dari SP3 dan SP2 (ibu SP3) yang rakan Tertuduh dikenali “CK” telah membeli 2 baju T yang kelihatan hampir sama dari segi warna, corak dan tulisan (P11 dan P67) di mana sehelai baju tersebut diberikan kepada SP3 untuk dipakai semasa ke KLIA dan keterangan menunjukkan sehelai lagi dibawa oleh Tertuduh untuk diberikan kepada kanak-kanak migran untuk dipakai bagi penerbangan dari KLIA ke Muscat, Oman. Dapat disimpulkan tujuan perbuatan Tertuduh ialah supaya pihak-pihak berwajib dapat dikelirukan dengan memastikan kedua-dua kanak-kanak migran dan SP3 memakai baju yang kelihatan hampir sama. [ 16 ] Menurut SP2, pasport SP3 telah diuruskan oleh CK. Lebih kurang pada 25.9.2019, SP2 telah diminta membawa pasport tersebut bersama SP3 ke KLIA dan keterangan menunjukkan pasport SP3 (P7) ada bersama Tertuduh dan digunakan oleh kanak-kanak migran untuk menaiki pesawat ke Muscat, Oman. S/N vbPzr8xdxkGvTLbyIDRn8A [ 17 ] Deposisi kanak-kanak migran telah diambil dan dikemukakan sebagai P83. Deposisi ini menerangkan urusan perjalanannya dari Sri Lanka ke Malaysia ditemani fasilitator dan bertemu dengan Tertuduh di Malaysia untuk penerbangan ke Oman di mana dia dan Tertuduh telah ditahan. Kanak-kanak migran telah mengakui kepada kakitangan di Muscat, Oman bahawa dia bukan orang yang dinyatakan dalam pasport milik SP3. Alasan bagi perjalanan kanak-kanak migran menuju Paris bukanlah kerana dia kononnya didera, tetapi untuk tinggal bersama bapa saudaranya bagi tujuan belajar. [ 18 ] Ekstrak imej dan teks daripada telefon bimbit Tertuduh yang dikemukakan (P12) yang dimuat naik dalam satu pendrive (P75) merupakan cetakan gambar yang dipilih oleh SP15 [eksibit P75A(1- 36)] antaranya gambar 24 dan 35 menunjukkan gambar Tertuduh bersama kanak-kanak migran di dalam penerbangan dari KLIA ke Oman. [ 19 ] Tertuduh telah memudahkan perbuatan membawa dalam transit kanak-kanak migran yang diseludup tersebut. Peranan Tertuduh membawa pasport dan boarding pass milik SP3 untuk digunakan kanak-kanak migran menaiki penerbangan ke Muscat, Oman tanpa melalui apa-apa pemeriksaan imigresen di KLIA, memberi kanak-kanak migran baju yang hampir serupa dari segi warna dan tulisan yang telah dipakai oleh SP3 semasa di kaunter daftar masuk adalah cubaan mengelirukan pihak berkuasa supaya kanak-kanak migran dapat dibawa dalam transit seperti dirancang. [ 20 ] Perancangan Tertuduh dan penama lain tidak berjaya disempurnakan. SP1 telah menerima emel dari Oman Air disertai dengan S/N vbPzr8xdxkGvTLbyIDRn8A borang-borang P15, P15A, P16 dan P16A iaitu borang Inadmissible passenger and deportee information (“INAD”) mengenai tahanan kanak-kanak migran dan Tertuduh yang akan dihantar balik ke KLIA. Ketua Pramugari penerbangan Oman Air di KLIA telah menyerahkan dua (2) pasport Malaysia atas nama Diviyan Magendaran (SP3) dan Kogila Krishnan (Tertuduh). SP1 kemudian telah menyerahkan senarai penumpang penerbangan WY0822 KL-Muscat dan WY0821 dari Muscat-KL (Eksibit P9) ke pejabat imigresen. Dokumen menunjukkan penumpang bernama Diviyan Magendaran (SP3) dan Tertuduh duduk di kerusi 25A dan 25B dalam penerbangan KL-Muscat dan kerusi 34E dan 34D untuk penerbangan balik Muscat-KL. [ 21 ] Pemeriksaan imigresen mendapati kanak-kanak migran telah menggunakan pasport orang lain iaitu milik SP3 bagi penerbangan dari KLIA ke Muscat, Oman. SP12 mengesahkan tiada pergerakan keluar negara berkaitan SP3 pada tarikh material (P47). Kanak-kanak migran telah dikeluarkan Perintah Penahanan di bawah seksyen 34(1) Akta Imigresen 1959/63 dan dikeluarkan Perintah Pengusiran di bawah seksyen 31 Akta Imigresen 1959/63 pada 10.10.2019 (Ekshibit P84). Rakaman Deposisi Migran di bawah seksyen 61A ATIPSOM 2007 juga telah dirakam (Ekshibit P83). [ 22 ] Percakapan Tertuduh turut dikemukakan sebagai P77 dan di dalam percakapan itu, Tertuduh mengakui telah membawa kanak-kanak migran dari KLIA ke Muscat, Oman. Walau bagaimanapun, Tertuduh meletakkan segala kesalahan mengatur urusan perjalanan itu ke atas bahu orang lain seperti CK, Meera, Ramesh dan fasilitator di KLIA. Tertuduh mendakwa dimaklumkan tujuan membawa kanak-kanak migran S/N vbPzr8xdxkGvTLbyIDRn8A ke Paris adalah untuk menyelamatkannya dari didera. Tetapi alasan ini berbeza pula dengan kata-katanya kepada SP4 bahawa kanak-kanak migran itu adalah anak tirinya. Kata-kata Tertuduh ini yang tidak benar menunjukkan pengetahuan Tertuduh bahawa perbuatannya membawa kanak-kanak migran transit melalui KLIA ke Muscat, Oman adalah salah. Tiada keterangan yang menunjukkan OKT telah dipaksa melakukan perbuatan tersebut. Tiada juga usaha ditunjukkan oleh Tertuduh untuk memastikan alasan sebenar perjalanan kanak-kanak migran selain menerima bulat-bulat dakwaan pihak lain. Kejahilan yang disengajakan (Willfull ignorance) dan kelalaian Tertuduh mendapatkan kepastian bukanlah satu pembelaan. [ 23 ] Hakikat bahawa Tertuduh menyimpan pasport dan boarding pass SP3 untuk digunakan oleh kanak-kanak migran menunjukkan Tertuduh bukanlah seorang yang naïve dan mudah ditipu. Malah, peranannya amat penting kerana kesalahan itu tidak boleh dilaksanankan tanpa Tertuduh menjadi pemudahcara kepada pihak-pihak lain yang terlibat. Semua elemen pertuduhan telah dibuktikan oleh pihak pendakwaan. Isu berbangkit – penglibatan penama lain dan kredibiliti saksi pendakwaan [ 24 ] Tertuduh membangkitkan isu penglibatan lain-lain pihak seperti penama CK, Meera, Ramesh dan lain-lain yang tidak dituduh. SP15 telah mengesahkan siasatan masih berjalan berkaitan penama-penama lain yang terlibat dan walaupun siasatan belum selesai perkara ini tidak menidakkan peranan dan perbuatan Tertuduh sendiri. Sementara itu, S/N vbPzr8xdxkGvTLbyIDRn8A mahkamah mendapati saksi-saksi pendawaan adalah kredibel dan keterangan mereka tidak tercabar sepanjang kes pendakwaan. KEPUTUSAN DI AKHIR KES PENDAKWAAN [ 25 ] Setelah meneliti keterangan yang disampaikan melalui saksi-saksi pendakwaan, kesemua 85 ekshibit yang dikemukakan, menimbang penghujahan yang telah disampaikan oleh kedua-dua pihak, serta setelah diaplikasikan penilaian maksima terhadap kesemua keterangan langsung dan mengikut keadaan yang dikemukakan, mahkamah memutuskan yang pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan suatu kes ‘prima facie’ terhadap Tertuduh sepertimana pertuduhan. Sehubungan itu Tertuduh diperintahkan untuk membela diri. KES PEMBELAAN [ 26 ] Tertuduh memberi keterangan bersumpah (SD1) dan mengemukakan Pernyataan Saksi (PSD1). Ringkasnya, Tertuduh tidak mencabar dan tidak menafikan kronologi dan fakta kes pendawaan. Pembelaan Tertuduh adalah menafikan pengetahuan bahawa perbuatannya membawa kanak-kanak migran transit melalui KLIA adalah satu kesalahan. Tertuduh hanya ingin membantu seorang kanak-kanak yang dimaklumkan sebagai telah didera kepada keluarga sebenarnya di Paris. Tertuduh mendasarkan persetujuannya untuk membantu kanak-kanak migran tersebut kepada latar belakang Tertuduh yang juga pernah mengalami penderaan dalam hubungan dengan pasangannya. Keadaan mental dan emosi Tertuduh yang tertekan mendorong Tertuduh S/N vbPzr8xdxkGvTLbyIDRn8A menerima tawaran CK untuk membantu membawa kanak-kanak migran ke Paris sambil turut menenangkan dirinya. ANALISA KES PEMBELAAN [ 27 ] Di akhir kes pembelaan tugas mahkamah ialah untuk menimbangkan pembelaan Tertuduh dengan keterangan pihak pendakwaan dan kredibiliti saksi-saksi pendakwaan dan juga pembelaan serta keseluruhan keterangan sebelum memutuskan sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah mengikut seksyen 182A Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) seperti berikut – Procedure at the conclusion of the trial.