Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (BAHAGIAN JENAYAH) KES JENAYAH NO.: WA-45A-27-09/2019 ANTARA PENDAKWA RAYA
WA-45A-27-09/2019
High Court of Malaysia1 Mar 2023
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“pembelaan yang mungkin boleh ditimbulkan oleh mereka. KEPUTUSAN MAHKAMAH [64] Dengan berpandukan kepada prinsip yang diasaskan dalam kes PP v Mohd Radzi bin Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 dan Mat v PP [1963] MLJ 263, mahkamah ini memutuskan bahawa satu keraguan yang munasabah telah berjaya ditimbulkan oleh ketiga-tiga OKT”
“-mata (mere denials) ataupun pembelaan yang difikirkan kemudian (afterthought). (rujuk kes Liew Kaling v PP [1960] 26 MLJ 306, Adekunle Johnson Oshodi v PP [1998] 1 CLJ 515, Junaidi bin Abdullah v PP [1993] MLJ 217 & PP v Muhd Farid bin Sukis [2002] 8 CLJ 814). ANALISIS KES PEMBELAAN KETIGA-TIGA OKT [55] Meneliti keter”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (BAHAGIAN JENAYAH) KES JENAYAH NO.: WA-45A-27-09/2019 ANTARA PENDAKWA RAYA
1
Suasana sepi dan damai di kawasan perumahan mewah di Batu 4 Jalan Ampang Kuala Lumpur telah dikejutkan dengan satu serbuan oleh sepasukan polis dari Pasukan Tindak Khas JSJN Bukit Aman yang diketuai oleh SP8 ke atas sebuah banglo beralamat No. 8, Lorong RU 2 Bt 4, Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada 27.11.2018.
2
Serbuan yang dijalankan pada jam lebih kurang 5.45 petang itu telah menghasilkan penemuan bahan-bahan yang membawa kepada kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Racun 1952.
3
Selain dari itu, seramai 3 lelaki warga asing turut ditangkap dalam serbuan ini. Ketiga-tiga lelaki ini kemudiannya telah dikenakan pertuduhan seperti berikut: Pertuduhan pertama (pindaan) “Bahawa kamu Bersama-sama pada 27.11.2019 jam lebih kurang 5.45 petang bertempat di dalam rumah beralamat No. 8 Lorong RU 2 Bt. 4, Jalan Ampang, di dalam daerah Wangsa Maju, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, telah didapati mengedar dadah berbahaya jenis Methamphetamine seberat 41,678.4 gram. Oleh itu, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama yang dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan.” Pertuduhan kedua “Bahawa kamu Bersama-sama pada 27.11.2019 jam lebih kurang 5.45 petang bertempat di dalam rumah beralamat No. 8 Lorong RU 2 Bt. 4, Jalan Ampang, di dalam daerah Wangsa Maju, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, telah didapati mengedar dadah berbahaya jenis Cocaine seberat 1,246.3 gram. Oleh itu, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama yang dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan.” Pertuduhan ketiga “Bahawa kamu Bersama-sama pada 27.11.2019 jam lebih kurang 5.45 petang bertempat di dalam rumah beralamat No. 8 Lorong RU 2 Bt. 4, Jalan Ampang, di dalam daerah Wangsa Maju, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, telah didapati mengedar dadah berbahaya jenis Ketamine seberat 1,432.5 gram. Oleh itu, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama yang dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan.” Pertuduhan tambahan “Bahawa kamu Bersama-sama pada 27.11.2019 jam lebih kurang 5.45 petang bertempat di dalam rumah beralamat No. 8 Lorong RU 2 Bt. 4, Jalan Ampang, di dalam daerah Wangsa Maju, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, telah didapati dalam kawalan kamu Bersama bahan jenis Pseudoephedrine seberat 17,692 gram. Oleh itu, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 9(1) Akta Racun 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 32(2) Akta yang sama yang dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan.”
4
Di peringkat ini, seksyen 180(1) Kanun Tatacara Jenayah telah menggariskan prosidur yang perlu diambil oleh mahkamah iaitu mahkamah perlu menilai segala keterangan yang telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan pada tahap maksimum dan memutuskan adakah keterangan yang telah dikemukakan ini mencukupi untuk mensabitkan OKT sekirannya OKT memilih untuk berdiam diri. Sekiranya ya, maka satu kes prima facie telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan. (Kes Ahmad Najib Bin Aris v Pendakwa Raya [2009] 2 CLJ 800, Balachandran v Public Prosecutor [2005] 2 MLJ 301, Public Prosecutor v Mohd Radzi Bin Abu Bakar [2005] 6 MLJ 393, adalah dirujuk).
5
Bagi membuktikan kes pendakwaan, pihak pendakwaan perlu membuktikan bahawa: i. Bahan yang dirampas adalah dadah berbahaya (dalam kes ini cannabis); ii. OKT mempunyai milikan terhadap dadah berbahaya tersebut; dan iii. OKT telah mengedar dadah berbahaya tersebut.
6
Selain dari itu, pihak pendakwaan juga perlu membuktikan bahawa dadah berbahaya yang dikemukakan di mahkamah ketika perbicaraan adalah merupakan dadah berbahaya yang sama yang dirampas dari OKT1 dan OKT2 di tempat kejadian dan disahkan adalah dadah berbahaya oleh ahli kimia yang menjalankan analisis. KETERANGAN PIHAK PENDAKWAAN Bahan yang dirampas adalah dadah berbahaya
7
Bagi membuktikan elemen ini, SP3, ahli kimia telah mengesahkan hasil analisis yang dijalankan terhadap bahan-bahan yang dihantar kepadanya dalam 3 kelompok oleh SP12 pegawai penyiasat menunjukkan: bagi kelompok pertama iaitu P5(1-4), P7 dan P10 mengandungi dadah berbahaya jenis methamphetamine seberat 32,403.5 gram, P5(5) pseudoephedrine seberat 17,692 gram dan P9 cocaine seberat 1,246.3 gram.
8
Bagi kelompok kedua pula, P8 mengandungi ketamine seberat 1,423.5 gram dan bagi kelompok ketiga, P58, 60, 62, 64, 66, 68 dan 87 mengandungi 9,274.9 gram methamphetamine.
9
Keterangan lisan SP3 ini disokong dan disahkan oleh laporan kimia P20, P45 dan P107. Dapatan dan kesimpulan dari hasil analisis yang dijalankan oleh SP3 juga tidak dicabar oleh ketiga-tiga OKT. Mahkamah Persekutuan dalam kes Balachandran v Public Prosecutor [2005] 2 MLJ 301 telah memutuskan: “Ït has been held by the trilogy of the (then) Supreme Court cases of Munusamy v PP [1987] 1 MLJ 429, Lam San [1991] 3 MLJ 426 and Khoo Hi Chiang v PP [1994 1 MLJ 265 that the court is entitled to accept the evidence on its face value without the necessity for him to go into details of what he did in the laboratory step by step unless it is inherently incredible or the defence calls evidence in rebuttal by another expert.”
10
Oleh yang demikian, mahkamah ini mendapati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan jenis dan berat dadah 6 berbahaya dan pseudoephedrine yang merupakan perkara pokok (subject matter) dalam keempat-empat pertuduhan.
11
Kombinasi keterangan SP8, SP12 dan SP3 yang telah membuat pengecaman pada tanda-tanda yang dibuat pada eksibit yang dinyatakan di atas menunjukkan penjagaan dan perjalanan eksibit-eksibit ini dari masa dirampas sehinggalah dikemukakan di hadapan mahkamah ini. Mahkamah dengan ini mendapati bahawa barang kes dadah dan pseudoephedrine yang dirampas ketika serbuan adalah merupakan barang kes dadah dan pseudoephedrine yang sama seperti yang dikemukakan ketika perbicaraan di mahkamah ini. Oleh itu, rantaian keterangan berkaitan eksibit ini yang dirampas ketika kejadian sehingga dikemukakan di mahkamah ini tidak terputus. (there was no break in the chain of exhibits). Lihat kes Loh Kah Loon v PP [2011] 5 CLJ 345; Gunalan A/L Ramachandran & Ors v Public Prosecutor [2004] 489.
12
Milikan boleh dibuktikan sama ada melalui keterangan langsung ataupun dengan menggunapakai andaian di bawah seksyen 37(d) Akta dengan membuktikan jagaan atau kawalan. Selain dari jagaan atau kawalan, untuk menunjukkan seseorang itu mempunyai milikan, elemen pengetahuan (knowledge) juga perlu ditunjukkan.
13
Perkataan milikan tidak diberikan sebarang tafsiran di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952. Namun begitu, dalam kes Toh Ah Lok And Mak Thiam v Rex [1949] 1 MLJ 54, mahkamah menyatakan: “Possession, in order to incriminate a person, must have the following characteristics. The possessor must know the nature of the thing possessed, must have in him a power of disposal over the thing, and lastly must be conscious of his possession of the thing.” “I have given the most careful consideration to the meaning of the word “custody” in section 37(d) of the Ordinance under consideration and have come to the conclusion that it means actual physical control. The word “control” in the same section must, therefore, be construed to mean any form of control other than actual physical control. Other names for “custody” are “physical possession”, “de facto possession” and “detention.” It is referred to in 25 Halsbury’s Laws (2nd Edn.) 194, para 327, in these terms: “The word ‘possession’ may mean effective, physical or manual control, or occupation, evidenced by some outward act, sometimes called de facto possession or detention.”
14
Dalam kes Chan Pean Leon v Public Prosecutor [1956] 1 MLJ 237, milikan ditafsirkan seperti berikut: “Possession” itself as regards to criminal law is described as follows in Stephen’s Digest (9th Edition, page 304):- “A movable thing is said to be in the possession of a person when he is so situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other 8 persons, and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need.” To put it otherwise, there is a physical element and a mental element which must both be present before possession is made out. The accused must not only be so situated that he can deal with the thing as if it belongs to him, for an example have it in his pocket or have it lying in front of him on a table. It must also be shown that he had the intention of dealing with it as if it belonged to him should he see any occasion to do so, in other words, that he had some animus possidendi. Intention is a matter of fact which is the nature of things cannot be proved by direct evidence. It can only be proved by inference from the surrounding circumstances. Whether these surrounding circumstances make out such intention is a question of fact in each individual case.”
15
YA Gopal Sri Ram HMR (ketika itu) dalam kes Chan King Yu v PP [2006] 3 CLJ 853 menyatakan: “Whether the prosecution has established means rea possession in a given case is a question of fact depending on the facts and circumstances of each case. Proof of knowledge in a criminal case is, short of a voluntary confession by an accused, like many other states of a guilty mind in a criminal case, a fact to be gathered inferentially from proved facts and surrounding circumstances. In particular the acts done by an accused and other circumstances provide valuable assistance to a court in 9 determining whether that accused had the requisite means rea. It is in reality a commons sense approach.”
16
Berdasarkan petikan-petikan kes di atas, milikan adalah keadaan di mana seseorang itu berada dalam kedudukan yang membolehkan beliau berupaya untuk mengambil sebarang tindakan yang beliau fikirkan bersesuaian terhadap sesuatu barangan, bila perlu, dengan menyingkirkan peranan orang lain.
17
Pihak pendakwaan melalui keterangan SP6 dan SP10 telah mengesahkan bahawa OKT 1 adalah penyewa rumah tempat kejadian. Melalui perjanjian penyewaan P54, P53(a-b), P187, P188 dan P188A, SP6 mengesahkan bahawa OKT 1 yang menandatangani dokumen ini, walaupun terdapat nama “Iruii Sharmanov” di dalam dokumen ini. Beliau juga mengesahkan telah menyerahkan kunci rumah ini kepada OKT1. Walaupun keterangan ini dicabar oleh OKT1, SP6 dan SP10 telah membuat pengecaman positif terhadap OKT1 ketika memberi keterangan di mahkamah.
18
Seterusnya melalui keterangan SP8 yang mengetuai serbuan ini, menunjukkan bahawa OKT1 telah cuba untuk melarikan diri ke arah belakang rumah sebaik sahaja SP8 memperkenalkan diri sebagai polis. Tangkapan telah dibuat oleh salah seorang anggota serbuan sebelum OKT1 diserahkan kepada SP8.
19
Serbuan ini yang dibuat berdasarkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah di alamat rumah tempat kejadian dan kenderaan Honda City bernombor pendaftaran VAL5713 yang diterima. Sebaik sahaja kereta ini di kesan, SP8 yang sedang membuat pemerhatian di 10 stesen minyak Petronas yang berdekatan telah mengekori kereta ini sehingga ke rumah tempat kejadian.
20
Sebaik sahaja OKT1 memberhentikan kereta ini di porch rumah tempat kejadian, SP8 dan pasukan telah menyerbu masuk dengan memanjat pagar rumah berkenaan. Ketika ini, OKT1 sedang berdiri di hadapan pintu masuk utama rumah ini dan terus melarikan diri ke arah belakang rumah sebelum ditahan. Hasil pemeriksaan SP8 telah menemui kunci rumah dan alat kawalan jauh pintu pagar P171(1-4) dari dalam poket seluar yang dipakai OKT1.
21
OKT2 dan OKT3 pula telah ditangkap di bahagian ruang tamu di tingkat atas.
22
Hasil pemeriksaan SP8 di empat bilik dan ruang tamu di tingkat atas (yang ditanda sebagai A, B, C, D, dan E (gambar P208(a-e)) serta bilik stor di sebelah kiri pintu utama rumah yang ditanda sebagai F (gambar P208(f)), telah membawa penemuan barang-barang kes sepertimana P5- P11, P57, P106, P117, P166 dan P173-P180.
23
Ketika tangkapan dibuat, hanya OKT2 dan OKT3 sahaja yang berada di dalam rumah ini manakala OKT1 pula dilihat sedang berdiri di hadapan pintu utama rumah ini selepas keluar dari kereta yang diparkir di porch rumah ini.
24
Selain dari itu, laporan kimia P23 mengesahkan penemuan DNA ketiga-tiga OKT di dalam rumah tersebut. DNA OKT1 telah dikesan pada P25A, P26A dan P28A yang ditemui dalam bilik 1 di tingkat bawah. DNA OKT2 pula dikesan pada P37A yang ditemui di bilik air tingkat 1 tingkat 11 atas dan DNA OKT3 pula dikesan pada P38A yang ditemui di bilik air yang sama.
25
Bagi P24A yang ditemui di bilik 1 tingkat bawah dan P29A yang ditemui di bilik air tingkat bawah, selain dari DNA OKT1, turut dikesan juga DNA SP9 yang merupakan seorang saksi awam sebagai penyumbang minor. SP9 dalam keterangannya mengakui pernah datang dan bermalam di rumah tersebut bersama OKT1 di bilik 1 tingkat bawah.
26
Turut ditemui di dalam laci bilik 1 tingkat bawah, menurut SP8 adalah salinan pasport di atas nama OKT1 (P128).
27
Keseluruhan keterangan seperti yang dinyatakan di atas, pada hemat mahkamah ini menunjukkan bahawa ketiga-tiga OKT adalah merupakan penghuni rumah ini dan melihat kepada peralatan dan jumlah dadah serta racun yang ditemui menunjukkan yang mereka mempunyai pengetahuan, milikan/jagaan bersama terhadap kesemua barang kes yang dirampas dan mahkamah ini berpuas hati yang elemen di bawah seksyen 34 Kanun Keseksaan telah dipenuhi dan terpakai dalam kes ini. Rujuk kes Sabarudin bin Non & Ors v PP [2005] 1 CLJ 466 dan Farose Tamure Mohamad Khan v PP & Other Appeals [2016] 9 CLJ, [2016] 6 MLJ 227.
28
Dalam keadaan yang dinyatakan ini, mahkamah mendapati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan milikan terhadap OKT1, OKT2 dan OKT3 melalui keterangan langsung terhadap 3 pertuduhan di bawah seksyen 39B(1)(a) ADB yang dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan dan pertuduhan tambahan di bawah seksyen 9(1) Akta Racun 1952 yang dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan. (all three 12 accused had actual possession as opposed to presumed possession of the impugnment drugs and poison).
29
Berdasarkan kepada barang-barang yang dirampas dari rumah tempat kejadian (rujuk P208(a)1-18, P208(b)1-23, P28(c)1-22, P28(d)1- 22, P28(e)1-23 dan P208(f)1-17 serta P116(1-16) jelas penemuan dadah dan racun sebagaimana laporan kimia P20 dan P45 bukan sekadar merujuk kepada dadah dan racun semata-semata. Sebaliknya terdapat juga bahan cecair kimia dan balang-balang kaca selain dari berbagai peralatan lain termasuk sarung tangan dan topeng muka (P204(1-6)).
30
SP3 ketika memberi keterangan ada menyatakan yang hasil keputusan analisis beliau, berdasarkan kepakaran dan pengalaman selama 18 tahun beliau sebagai ahli kimia, hasil dari operasi ini menunjukkan bahawa tempat serbuan adalah digunakan untuk menghasilkan methamphetamine dan Pseudoephedrine yang ditemui adalah merupakan bahan permulaan untuk membuat methamphetamine.
31
Tanpa keterangan lain yang mencabar keterangan ini, mahkamah menerima keterangan SP3 berkaitan isu ini.
32
Selain dari ini, mahkamah juga mengambil maklum berat dadah yang dirampas sepertimana dalam pertuduhan pertama, kedua dan ketiga adalah dalam kuantiti yang besar yang tidak memungkinkan ianya untuk kegunaan peribadi (personal consumption) ketiga-tiga OKT. Rujuk kes Ong Ah Chuan v PP [1980] 1 LNS 181 dan PP v Abdul Rahman Akif [2007] 4 CLJ 337.
33
Dalam keadaan ini, berdasarkan kepada barang-barang dan peralatan termasuk cecair bahan kimia yang dirampas dan keterangan SP3, mahkamah ini mendapati elemen pengedaran telah berjaya dibuktikan melalui keterangan langsung.
34
Seksyen 2 ADB menafsirkan pengedaran sebagai termasuk manufacturing yang diberi tafsiran sebagai: “manufacture”, in relation to dangerous drugs, includes-
a
The making, producing, compounding and assembling of the drugs;
b
The making, producing, compounding and assembling a preparation of the drugs;
c
The refining or transformation of the drugs into another dangerous drugs; and any process done in the course the foregoing activities;” KEPUTUSAN DI AKHIR KES PENDAKWAAN [35] Dari keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan, setelah memberikan penilaian di tahap maksimum sepertimana yang dikehendaki oleh undang-undang (rujuk seksyen 180(3) Kanun Tatacara Jenayah, kes Ahmad Najib bin Aris v Pendakwa Raya [2009] 2 CLJ 800, Looi Kow Chai v PP [2003] 2 MLJ 65, Balachandran v PP [2005] 1 AMR 321 & PP v Mohd Radzi bin Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457) mahkamah ini memutuskan bahawa satu kes prima facie telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan. Ketiga-tiga OKT dengan ini diperintahkan untuk membela diri terhadap pertuduhan yang dikenakan. [36] Ketiga-tiga OKT telah memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah setelah hak mereka untuk membela diri diterangkan dan OKT1 telah mengemukakan pernyataan bertulis di bawah seksyen 402B Kanun Tatacara Jenayah yang masing-masing ditandakan sebagai PSD1 manakala OKT2 dan OKT 3 memilih untuk memberi keterang lisan secara bersumpah. Pembelaan OKT1 [37] Secara ringkasnya, OKT1 menafikan yang dia adalah penyewa rumah tersebut dan tidak pernah menandatangani sebarang perjanjian sewaan kerana pada tarikh perjanjian tersebut ditandatangani dan peryerahan kunci, OKT1 mendakwa dia tiada di Malaysia. [38] OKT1 seterusnya menjelaskan yang keberadaannya di rumah tersebut pada hari kejadian adalah kerana menghantar barangan runcit sebagaimana persetujuannya dengan penyewa sebenar bernama Iurii, sebagai balasan beliau menggunakan bilik di rumah tersebut bilamana bermalam bersama SP9. Dakwaan ini disokong oleh keterangan OKT2 dan OKT3. [39] OKT1 juga menamakan 5 individu lain selain dari OKT2 dan OKT3 yang dikatakan turut tinggal di rumah tersebut iaitu Rubi yang menjaga rumah tersebut selain Steven, Raj, Siva dan Parveen yang tinggal disitu. Kewujudan penama-penama ini turut disahkan oleh SP9 yang pernah berjumpa dengan mereka kecuali Steven dan Raj. [40] Selain dari itu, OKT1 juga menafikan yang cubaan lari ketika serbuan dan kunci rumah bersama alat kawalan jauh ditemui dalam kocek seluar yang dipakai olehnya, sebaliknya mendakwa yang dia tiada sebarang kunci rumah tersebut dan biasanya pintu pagar akan dibuka dari dalam rumah oleh penghuni di sana. Perkara ini disokong oleh keterangan SP9 yang memberitahu mahkamah bahawa Rubi yang selalu tekan gate depan apabila mereka hendak masuk ke perkarangan rumah tersebut. [41] OKT1 juga turut menafikan mempunyai sebarang pengetahun tentang dadah yang ditemui di tingkat atas rumah tersebut. Dia mendakwa tidak pernah naik ke tingkat atas kerana dilarang oleh Iirui dan terdapatnya satu pintu sliding di situ yang sentiasa berkunci. Dakwaan ini disokong oleh keterangan SP9 yang mendakwa dia juga dilarang oleh OKT1 dari naik ke tingkat atas kerana terdapat penghuni di situ. Selain dari itu, OKT2 dan OKT3 juga mendakwa tidak pernah nampak OKT1 naik ke tingkat atas rumah tersebut setiap kali OKT1 datang ke rumah itu. Pembelaan OKT2 [42] Menurut OKT2, dia telah datang ke Malaysia pada 20.7.2018 dan dibawa oleh seorang bernama David untuk tinggal di sebuah rumah dan sementara menunggu untuk mendapatkan permit kerja, akan bekerja di rumah tersebut di bawah seliaan seorang bernama Rubi. [43] Di rumah tersebut, OKT2 ditempatkan di sebuah bilik di bahagian bawah rumah bersebelahan dapur dan berkongsi bilik tersebut dengan OKT3. Tugas OKT2 adalah untuk membersihkan aras bawah rumah dan kawasan luar rumah tersebut. OKT2 juga tidak dibenarkan oleh Rubi untuk naik ke tingkat atas kerana terdapat 3 orang lain yang duduk di situ. [44] OKT2 turut mendakwa pernah melihat Steven Raj, Siva, Parveen dan seorang lelaki berkulit putih tetapi bukan OKT1. Menurut OKT2 lagi, OKT1 selalu datang ke rumah itu bersama seorang perempuan dan mereka akan menggunakan bilik tidur di tingkat bawah. [45] Pada hari kejadian, OKT2 mendakwa berada di dalam bilik di tingkat bawah ketika serbuan dijalankan dan telah ditangkap apabila polis masuk dengan memecahkan pintu. OKT2 juga mendakwa tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang dadah yang dijumpai. [46] Berkaitan dengan penemuan DNA nya pada P37A, OKT2 mengakui ia adalah kepunyaannya tetapi tidak mengetahui bagaimana ia ditemui di tingkat atas kerana mendakwa dia duduk di tingkat bawah dan tidak pernah naik ke tingkat atas kerana dilarang berbuat begitu oleh Rubi. Pembelaan OKT3 [47] Menurut OKT3, dia telah datang ke Malaysia pada 14.3.2018 dan bekerja di sebuah kedai makan selama beberapa bulan sebelum ditawarkan bekerja di sebuah rumah oleh David. Di situ, OKT3 mendakwa telah berjumpa Rubi dan diberikan tugas untuk memasak dan menjaga persekitaran rumah tersebut. [48] OKT3 mendakwa arahan yang diberikan adalah untuk dia mengikut cakap OKT2 dan duduk bersama OKT2 di bilik bersebelahan dapur di tingkat bawah. Dia juga mendakwa tidak pernah naik membersihkan tingkat atas rumah tersebut. [49] Pada hari kejadian, OKT3 mendakwa telah menerima panggilan telefon dari Rubi menyuruhnya membuka pintu di mana OKT1 akan datang menghantar barang keperluan. Selepas mengambil barang berkenaan, OKT3 telah masuk ke dapur sebelum pergi ke biliknya semula. [50] Ketika ini, menurut OKT3 dia telah dikerumuni oleh beberapa lelaki yang kemudiannya diketahui sebagai polis dan dibawa ke meja makan. [51] OKT3 menafikan sebarang pengetahuan tentang dadah yang ditemui. [52] Berkaitan dengan penemuan DNA nya pada P38A, OKT3 mengakui ia adalah kepunyaannya tetapi tidak mengetahui bagaimana ia ditemui di tingkat atas sedangkan dia tidak pernah naik ke tingkat tersebut. TANGGUNGJAWAB MAHKAMAH DI AKHIR PERBICARAAN [53] Menjadi tugas mahkamah selepas pihak pembelaan menutup kes untuk memberikan pertimbangan kepada keseluruhan keterangan yang ada di hadapannya untuk menentukan sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kesnya melampaui batasan kemungkinan yang munasabah (beyond reasonable doubt).(rujuk seksyen 182A (1) Kanun Tatacara Jenayah, kes Olier Sheikh Awoyal Shekh v PP [2017] 2 CLJ 141, Balachandran v PP (supra), Mat v PP [1963] 263, Ganapathy Regasamy v PP [1998] 2 CLJ 1, Nenggani Asmo v PP [2014] 1 MLJ 501, Prasit Punyang v Public Prosecutor [2014] 4 MLJ 282 & Md Zainudin bin Raujan v Public Prosecutor [2013] 3 MLJ 773). [54] Apa yang dimaksudkan dengan keraguan yang munasabah hendaklah suatu pembelaan yang bukannya berbentuk rekaan (fictitious), penafian semata-mata (mere denials) ataupun pembelaan yang difikirkan kemudian (afterthought). (rujuk kes Liew Kaling v PP [1960] 26 MLJ 306, Adekunle Johnson Oshodi v PP [1998] 1 CLJ 515, Junaidi bin Abdullah v PP [1993] MLJ 217 & PP v Muhd Farid bin Sukis [2002] 8 CLJ 814). ANALISIS KES PEMBELAAN KETIGA-TIGA OKT [55] Meneliti keterangan dari ketiga-tiga OKT, mahkamah ini mendapati ia bukanlah suatu pembelaan yang bersifat rekaan (fictitious), penafian semata-mata (mere denials) ataupun pembelaan yang difikirkan kemudian (afterthought) kerana apa yang dinyatakan dalam keterangan mereka adalah konsisten dengan cadangan yang telah diajukan kepada saksi-saksi pendakwaan, khususnya SP8, SP12, SP9, SP6 dan SP10. [56] Dakwaan tentang kewujudan individu lain yang ada di rumah tersebut, Rubi, Steven Raj, Parven dan Siva telah diakui oleh SP9 dalam keterangannya yang mengesahkan pernah berjumpa mereka di rumah tersebut dan bukanlah suatu rekaan semata-mata. [57] Penafian OKT1 tentang perjanjian penyewaan P187 dan P188 juga telah diajukan kepada SP12, SP6 dan SP10. Meneliti salinan pasport OKT1 (P202) di muka surat 13, 15 dan 16 jelas menunjukkan yang OKT1 tiada di Malaysia ketika ia ditandatangani. Perbandingan mata kasar kepada dokumen P187, P188 dan P114 serta penyataan bertulis OKT1 jelas terdapatnya perbezaan nyata dalam ruangan tandatangan yang dikatakan dibuat oleh OKT1. [58] Selain dari itu, penemuan salinan pasport OKT1 di dalam laci di bilik bawah rumah tempat kejadian oleh SP8 juga telah disanggah melalui keterangan OKT1 yang disokong oleh keterangan SP9 yang menegaskan bahawa ia diserahkan olehnya kepada pihak polis selepas pemeriksaan dijalankan di rumahnya. [59] Keterangan ketiga-tiga OKT tentang larangan untuk mereka naik ke tingkat atas rumah tersebut juga saling menyokong antara satu sama lain dan juga disokong oleh keterangan SP9 yang mengesahkan ketika dia berada di rumah tersebut bersama OKT1, OKT1 melarangnya dari naik ke tingkat atas. [60] Dakwaan SP8 yang kunci rumah dan alat kawalan jauh ditemui dalam kocek seluar yang dipakai oleh OKT1 juga telah dinafikan melalui keterangan OKT3 yang mendakwa pintu dibuka olehnya setelah mendapat panggilan telafon dari Rubi untuk membolehkan OKT1 masuk. [61] Selain dari itu, mahkamah ini juga mendapati bahawa tiada sebarang gambar diambil oleh pihak polis untuk menentusahkan samada benar ataupun tidak OKT2 dan OKT3 mendiami sebuah bilik di tingkat bawah bersebelahan dengan dapur. [62] Begitu juga dengan 6 topeng muka P204(1-6) yang ditemui tidak dihantar untuk dibuat analisis DNA untuk mengesahkan samada ketiga-tiga OKT ada menggunakan topeng muka ini ketika menguruskan dadah dan racun yang ditemui. [63] Kegagalan SP12 menyiasat dan memberikan penjelasan berkaitan kedua-dua isu ini menunjukkan tahap siasatan yang tidak menyeluruh dan menafikan hak ketiga-tiga OKT terhadap pembelaan yang mungkin boleh ditimbulkan oleh mereka. KEPUTUSAN MAHKAMAH [64] Dengan berpandukan kepada prinsip yang diasaskan dalam kes PP v Mohd Radzi bin Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 dan Mat v PP [1963] MLJ 263, mahkamah ini memutuskan bahawa satu keraguan yang munasabah telah berjaya ditimbulkan oleh ketiga-tiga OKT dan dengan itu pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan kes melampaui batasan kemungkinan yang munasabah. [65] Oleh yang demikian, selaras dengan peruntukan seksyen 182A(3) Kanun Tatacara Jenayah, ketiga-tiga OKT dilepaskan dan dibebaskan dari keempat-empat pertuduhan yang dikenakan. Tarikh : 21 April 2025 AZHAR BIN ABDUL HAMID HAKIM MAHKAMAH TINGGI JENAYAH KUALA LUMPUR Pihak-Pihak: Bagi pihak Pemohon Goh Ai Rene Timbalan Pendakwa Raya (Jabatan Peguam Negara) Bagi Pihak Tertuduh Pertama Dato’ Salehuddin Saidin Afifuddin Ahmad Hafifi Zulaikha Aini Mohamed Khair Johari Sarah Khalil Amirul Jamalluddin (Tetuan Salehuddin Saidin & Associates) Bagi Pihak Tertuduh Kedua & Ketiga Dato‘ Sheelan A/L Arjunan Ryshinah A/P Ramamoothi (Tetuan Sheelan Arjunan)
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.