Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERBICARAAN JENAYAH NO: BA-45B-11-04/2019 PENDAKWA RAYA …PENDAKWAAN lawan
BA-45B-11-04/2019
High Court of Malaysia26 Jan 2023
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“perut yang telah menyumbang kepada kematian simati tetapi atas dapatan Mahkamah, tidak terjurus kepada perbuatan ‘bunuh’ di bawah undang-undang. (lihat kes Tham Kai Yau & Ors v. PP [1976] 1 LNS 159; [1977] MLJ 174 (FC)). [3] Atas pindaan pertuduhan ini, kesemua tertuduh telah mengaku salah dan setelah mendengar hujahan”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERBICARAAN JENAYAH NO: BA-45B-11-04/2019 PENDAKWA RAYA …PENDAKWAAN lawan
5
AHMAD AMZAR BIN MOHAMMED NASHAN …TERTUDUH ALASAN PENGHAKIMAN Pengenalan. [1] Kesemua tertuduh dihadapkan dengan pertuduhan dengan niat bersama melakukan pembunuhan, satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama seksyen 34 Kanun yang sama. Pertuduhan tersebut adalah seperti berikut: “Bahawa kamu pada 26 April 2018 jam lebih kurang 4.00pagi hingga jam lebih kurang 8.00pagi, bertempat di rumah No.12, Jalan Intan 2/2, Taman Puchong Intan, Puchong dalam daerah Petaling, dalam Negeri Selangor Darul Ehsan bagi mencapai niat bersama, telah melakukan suatu kesalahan membunuh dengan menyebabkan kematian ke atas Mohd Afril Syah Bin Wadood [No. KP: 830402-08- 5303] dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan”. [2] Mahkamah ini di akhir kes pendakwaan, telah mendapati satu kes ‘culpable homicide not amounting to murder’ dibuktikan dan telah meminda pertuduhan kepada seksyen 304(b) Kanun yang sama atas alasan kesemua tertuduh hadir atas jemputan bertujuan untuk berubat simati yang mengalami gangguan mistik dan semasa tempoh perubatan ini, terdapat perbuatan yang dilakukan oleh kumpulan perubatan ini dengan memijak dan memukul badan simati di perut yang telah menyumbang kepada kematian simati tetapi atas dapatan Mahkamah, tidak terjurus kepada perbuatan ‘bunuh’ di bawah undang-undang. (lihat kes Tham Kai Yau & Ors v. PP [1976] 1 LNS 159; [1977] MLJ 174 (FC)). [3] Atas pindaan pertuduhan ini, kesemua tertuduh telah mengaku salah dan setelah mendengar hujahan pihak-pihak, Mahkamah telah menjatuhkan hukuman 5 tahun penjara dari tarikh tangkap 28.4.2018. Pendakwa Raya tidak berpuashati atas keputusan tersebut dan telah memfailkan rayuan terhadap keseluruhan keputusan. Fakta dan keterangan yang dikemukakan: dapatan Mahkamah [4] Simati telah mendapatkan rawatan dari pengamal perubatan tradisional untuk tujuan membuang saka. Rawatan ini bermula dari 23.4.2018 dan berakhir pada 25.4.2018, namun oleh kerana simati masih belum pulih, kakak simati SP8 telah memanggil kumpulan tertuduh ini untuk datang semula pada pagi 26.4.2018 untuk rawatan susulan di mana di sesi ini dikatakan berlaku kejadian pijak dan memukul simati yang pada ketika itu dalam keadaan berbaring. [5] Akibat daripada simati yang dilihat nazak, Iqram (suami SP8 yang dipanggil sebagai SP14) telah memanggil ambulan dan dibawa ke Hospital Serdang. Keterangan SP1 pegawai perubatan di zon merah, menyatakan simati ketika itu sedang menerima rawatan membuang saka menurut apa yang dimaklumkan oleh SP12 (Jazlan iaitu adik simati). Berdasarkan semakan rekod oleh SP1, simati pernah dibawa ke hospital pada 21.4.2018 dirawat atas ‘substance use psychosis’ iaitu perubahan mental akibat mengambil ubat atau dadah. SP12 menyatakan ketika dia (SP12) tiba bersama ibunya SP9 di rumah SP8 pada 20.4.2018 untuk menziarah simati, SP12 melihat simati dalam keadaan terlalu lemah, tidak boleh bergerak sehingga perlu dipapah masuk ke rumah dari kereta. [6] Akibatnya, simati dibawa ke Hospital Serdang dan berada di zon kuning selama 3 hari bermula 20.4.2018. Apa punca menyebabkan kesakitan simati ada diberitahu oleh pihak Hospital kepada Rostam (saudara SP8 dan SP12) tetapi Rostam tidak dipanggil memberi keterangan. Tiada apa-apa soalan diajukan kepada SP12 memohon penjelasan daripada SP12 mengenai pemerhatian SP12 ke atas simati yang dikatakan dilihat terlalu lemah. [7] SP2 penolong pegawai perubatan yang dimaklumkan penerimaan panggilan kecemasan pada 9.14pagi 26.4.2018 telah bergegas ke tempat kejadian dan setibanya di rumah tersebut, mendapati simati dalam keadaan terbaring dan seorang lelaki sedang memberi rawatan CPR. SP2 ketika memeriksa simati apabila menyelak baju simati mendapati kesan kebiruan di badan pesakit namun SP2 menyatakan kesan ini dilihat di perut dan bukan di dada, oleh itu ia bukan akibat perbuatan CPR. [8] Pakar post-mortem SP3 menyatakan terdapat kecederaan-kecederaan pada tubuh simati bersesuaian dengan kecederaan akibat hentakan oleh objek keras dan tumpul. Sebab kematian ialah pendarahan bawah kulit yang meluas akibat trauma hentakan tumpul pada dinding abdomen ataupun istilah melayu ‘perut’. Berdasarkan pembedahan yang dibuat, SP3 menemui di bawah kulit atau abdomen simati, terdapat pendarahan yang meluas hampir keseluruhan dinding perut atau abdomen. Selain pendarahan, tisu – tisu lemak dan juga tisu lembut bawah kulit itu pecah – pecah, yang menunjukkan terdapat kesan hentakan objek tumpul yang berulang di kawasan dinding perut tersebut. [9] Dalam pemeriksaan balas, SP3 menyatakan tubuh manusia yang ada tulang termasuk sebagai objek tumpul. Apabila ditanya mengenai kekuatan hentakan ini, SP3 menyatakan berapa berat tepat force tersebut memerlukan beberapa faktor iaitu berapa daya yang dikenakan termasuk berapa berat objek yang kena pada tubuh badan dan had laju yang dikenakan. Apapun, ia memerlukan daya yang kuat kerana tisu lemak di bawah kulit dan tisu lemak melepasi usus-usus mengalami pendarahan dan ‘crushed tissue’ yang bermaksud ada ‘force’, hentakan dan bergerak dan bukan sekali. Daya yang terlibat daya yang kuat dan bukan sekali. [10] SP3 turut menemui kesan lebam yang sama di tangan simati yang dikategorikan sebagai defense injury untuk mempertahankan diri iaitu simati cuba mempertahankan diri daripada apa-apa force yang datang ke badannya. Usia kecederaan bersesuaian dengan baru tapi tidak sesuai melebihi 48 jam. [11] Mahkamah ini bertindak di bawah seksyen 165 Akta Keterangan 1950 dan setelah membuat dapatan SP3 adalah saksi pakar yang mempunyai tugas untuk membantu Mahkamah berhubung perkara sains sebagaimana menurut seksyen 45 Akta yang sama, telah meminta penjelasan lanjut SP3 berhubung perkara dalam pertikaian yang timbul hasil soal utama dan soal balas pihak-pihak ke atas SP3. Seksyen 165 memperuntukkan seperti berikut:
165
Judge’s power to put questions or order production The judge may, in order to discover or to obtain proper proof of relevant facts, ask any question he pleases, in any form at any time, of any witness or of the parties, about any fact relevant or irrelevant; and may order the production of any document or thing; and neither the parties or agents shall be entitled to make any objection to any such question or order, nor, without the leave of the court, to cross-examine any witness upon any answer given in reply to any such question: Provided that-
i
The judgment must be based upon facts declared by this Act to be relevant and duly proved;
II
(ii) This section shall not authorize any Judge to compel any witness to answer any question or to produce any document which the witness would be entitled to refuse to answer or produce under sections 121 to 131 if the question were asked or the document were called for by the adverse party; nor shall the Judge ask any question which it would be improper for any other person to ask under section 148 or 149; nor shall he dispense with the primary evidence of any document, except in the cases hereinbefore excepted. [12] Daripada soalan-soalan yang diajukan kepada SP3 oleh Mahkamah berhubung isu ‘grinding force’, SP3 menjelaskan lebih lanjut seperti berikut: “Contoh stompping, pijak atas perut because bila you pijak itu maybe niat you bukan nak grind tapi the instability of the perut kosong itu kaki akan bergerak juga sebab tak ada penampan di bawah dan penampan dia jauh. So you akan gerak juga and then sekiranya tekanan diteruskan juga, dia akan menekan sehingga ke belakang. Lantai atau whatever dia baring jadi penampan akan stopkan tekanan dari atas itu dan tekanan itu akan menyebar mengoyakkan struktur tersebut…” [13] Penjelasan oleh SP3 ini perlulah dirujuk silang dengan keterangan saksi-saksi pendakwaan lain yang melihat kejadian jika ‘grinding force’ ini terbukti. Ramai ahli keluarga simati yang dipanggil tetapi tidak semua menyaksikan kejadian ini kerana rawatan yang diberi berlangsung lebih dari sehari untuk jangka masa beberapa jam, yang hanya menyaksikan ada berlaku sentuhan fizikal pada rawatan kali keempat rawatan terakhir pada 26.4.2018. Tiada sentuhan fizikal pada 3 rawatan awal oleh tertuduh-tertuduh pada 23.4.2018 hingga 25.4.2018. Keterangan saksi-saksi pendakwaan ahli keluarga simati [14] SP8 kakak simati menyatakan pada 19.4.2018, dia menerima panggilan telefon daripada simati yang tinggal di Kajang menyatakan simati ingin ke rumah SP8 di Puchong kerana simati tidak larat dan tidak bermaya. Keterangan SP8 menyatakan simati pernah mengadu kejadian seperti ini sebelum 19.4.2018. Pada 19.4.2018 malam, ketika simati tiba, simati di dalam keadaan yang ‘tidak larat langsung dan perlu dipapah’ dari kereta masuk ke rumah SP8. Simati didapati terbaring, tidak mampu bangun dan berdiri untuk uruskan badan sendiri. [15] Ketika ibu simati iaitu SP9 dan SP12 Mohd Jazlan tiba pada 20.4.2018 kerana perlu bergilir menjaga simati memandangkan SP8, suami SP8 iaitu Iqram (SP14) dan anak perlu ke Kedah atas urusan lain dan simati masih dalam keadaan lemah serta kurang memberi respsond pada mereka. Malahan, semasa SP8 berada di Kedah, telah menerima panggilan dari ibunya SP9 dalam keadaan menangis meminta SP8 usahakan mencari rawatan lain pada simati. [16] Dari keterangan SP8, Mahkamah mendapati terdapat keterangan yang menunjukkan simati dalam keadaan lemah, terbaring, tidak boleh terlalu bergerak dan ini adalah keadaan simati seminggu sebelum menerima rawatan daripada tertuduh-tertuduh. Keterangan SP11 (Saiful) sepupu simati juga menunjukkan pada 23.4.2018, SP11 telah menerima panggilan daripada SP8 yang berada di Kedah, untuk memberi bantuan kepada ibunya SP9 mengawal simati. [17] SP11 melihat simati yang dalam keadaan meronta ‘sakit, sakit’ menahan sakit di bahagian perut bawah pusat yang menyukarkan simati untuk bangun dan berjalan. (Tiada pemeriksaan semula oleh pendakwaan khusus berhubung sakit di bahagian perut berbangkit daripada keterangan SP11 ini). Atas kejadian ini, mengakibatkan SP11 meminta bantuan Ustaz Habib, bertindak atas saranan SP8 mencari rawatan alternatif manakala SP8 sendiri meminta bantuan dari tertuduh-tertuduh untuk mengubat simati setelah mendapat panggilan telefon dari ibunya SP9 yang cemas. [18] Kelima-lima tertuduh kesemuanya telah ke rumah SP8 pada 23.4.2018 malam yang pada ketika itu SP8 telah tiba dari Kedah. Keterangan SP8 menyatakan rawatan yang diberi oleh tertuduh ialah membaca ayat Quran, zikir dan mandi bunga mulai 23.4.2018 hingga 25.4.2018. Ustaz Habib pula memberikan rawatan berasingan pada simati pada 24.4.2018 juga dengan membaca ayat al-Quran. SP12 menyatakan hasil rawatan Ustaz Habib, simati dilihat nomal seketika dan dapat berborak-borak secara lucu. [19] SP12 menyatakan kumpulan tertuduh dipanggil semula oleh SP8 kerana simati agak agresif pada pagi 26.4.2018 tersebut malahan ketika tertuduh-tertuduh tiba pada jam 2.00pagi, simati telah menghalang tertuduh memasuki pintu masuk. Ini menyaksikan SP12 cuba menghalang simati namun gagal manakala tertuduh Amzar terpaksa menolak pintu tersebut dengan kuat sehingga dapat masuk. Tertuduh Amzar beritahu ini adalah rawatan jalan terakhir di mana SP12 lihat tertuduh-tuduh telah melakukan ‘rawatan’ ini yang berlangsung selama 4 jam masing-masing berbuat seperti berikut berkali-kali: • Amzar OKT5 memukul perut simati, • Ayu OKT4 melompat menggunakan lutut, hentam guna lutut di perut simati; • Liza OKT3 menumbuk di perut simati; • Zamri OKT1 menumbuk di bawah pusat perut, dan • Nazri OKT2 memijak di bahagian perut, manakala SP12 dan abang iparnya Iqram (SP14) memegang kaki simati dan ada masanya SP12 melepaskan kaki simati kerana kesian. [20] Bedasarkan keterangan SP12, simati dikatakan menjerit meronta semasa ‘rawatan’ ini dilakukan. Setelah seketika apbila melihat simati tidak memberi reaksi, Iqram SP14 telah menelefon ambulan yang tiba pada jam antara 8 ke 9 pagi. SP12 turut merakamkan video menggunakan telefon bimbitnya bagi durasi seminit sesi ‘rawatan’ ini. Video ini kemudian diserahkan kepada ASP Nazri. [21] Video rakaman sesi rawatan ini hanya dirakamkan SP12 untuk durasi seminit tetapi sesi rawatan dikatakan bermula dari jam 2.00pagi sehingga 5.00pagi. Keduanya, menurut SP12 simati memang agresif semasa sesi rawatan ini kerana simati mampu bertindakbalas sehingga tertuduh Ayu telah terpelanting ke belakang. Pada minit ke berapa simati bertindak agresif ini tidak dinyatakan dan pada dapatan Mahkamah, jika benar sesi rawatan yang dilakukan oleh tertuduh ke atas simati adalah bersifat kasar dan melibatkan kekerasan sehingga menimbulkan kesakitan, simati semestinya tidak akan berupaya memberi reaksi sedemikian. [22] Keadaan simati yang tidak memberi apa-apa reaksi semasa rawatan adalah satu keadaan lazim dan ini boleh dilihat daripada sesi rawatan yang dibuat bersama ustaz Habib pada 23.4.2018 dan tertuduh-tertuduh dari 23.4.2018 sehingglah 25.4.2018. Keadaan simati yang agresif pula adalah keadaan simati pada pagi 26.4.2018 yang membawa kepada SP8 memanggil semula tertuduh-tertuduh untuk mengubat simati. Sebagaimana yang telah dinyatakan dalam keterangan awal sebelum ini, SP12 menyatakan simati bertindak agresif menghalang pintu rumah dari dimasuki tertuduh-tertuduh. Ini ditambah dengan SP12 dan Iqram SP14 diperlukan untuk memegang kaki simati ketika rawatan. Oleh itu, pada dapatan Mahkamah, perlu satu daya yang munasabah untuk memastikan simati tidak bergerak atau berganjak semasa sesi rawatan dijalankan oleh tertuduh. [23] SP12 semasa memberi keterangan telah menggunakan istilah ‘hentam’ ketika memberi gambaran tindakan yang dilakukan oleh Ayu dengan lututnya kerana dikatakan dilakukan berkali-kali. SP14 yang ditunjukkan video juga menghuraikan perbuatan yang dilihatnya dalam video tersebut sebagai satu perbuatan kekerasan. [24] Keterangan Iqram SP14 pula menyatakan pada 24.4.2018 malam, dia bersama Saiful ke TBS (terminal bas) untuk mengambil Ustaz Habib. Semasa rawatan diberikan oleh Ustaz Habib, simati dalam keadaan marah-marah sehingga terpaksa dipegang oleh Jazlan SP12. SP14 menyatakan Ustaz Habib turut datang pada hari kedua 25.4.2018 dan memberi rawatan kepada simati. Lima tertuduh kemudiannya datang pada tarikh yang sama pada lebih kurang jam 11malam. [25] Semasa ‘rawatan’ oleh kelima-lima tertuduh ini, SP14 menyatakan simati pada awalnya dalam keadaan marah-marah sehingga SP12, SP14 terpaksa membantu memegang simati. Seterusnya berlaku adengan tertuduh-tertuduh yang memijak simati berulang kali secara bergilir selama tempoh seminit dan 5 minit, ada yang menyepak simati dengan lutut sekali sehingga terjatuh ke lantai, ada yang melutut simati. Kesemua tindakan tertuduh ini tidak dinyatakan ditujukan ke bahagian mana badan simati kecuali tumbukan simati yang diyatakan ditujukan ke arah perut simati. Melihat kepada video yang dirakam SP12 yang dikemukakan sebagai D74, Mahkamah bersetuju ia menunjukkan adengan memijak dibuat di bahagian perut simati. [26] Dilihat pada perlakuan tertuduh ini, meskipun benar berlaku perbuatan memijak perut simati 7-8 kali, namun jika dilihat perbuatan tertuduh ini bukan satu perbuatan yang dilakukan dengan penuh kekerasan kerana tertuduh menggunakan sebelah kaki untuk menampung berat badan tertuduh ketika sebelah kaki diguna untuk memijak perut tertuduh. Deskripsi perbuatan tertuduh-tertuduh oleh SP12 pada dapatan Mahkamah ini, mungkin bercampur dengan emosi kerana SP12 turut mendapati perbuatan SP14(Iqram) menampar muka simati 2 kali untuk menyedarkan simati sebagai keterlaluan kerana SP14 dimarahi SP12 kerana melakukannya mengakibatkan SP14 tidak bersama-sama membantu dalam sesi dengan simati lagi. Ini ditambah dengan penjelasan oleh SP3, hasil daripada soalan lanjut oleh Mahkamah. [27] Dari segi apa bentuk perbuatan yang dikatakan sebagai merawat simati, terdapat perbezaan dalam keterangan SP12 dan SP14 dan di antara SP8 dan SP9. Keterangan SP12 tidak ada menyatakan tertuduh telah menaiki tangga dalam melakukan perbuatan tendang tetapi ini timbul semasa di soal balas. [28] Perlu diingatkan bahawa kesemua saksi yang dipanggil termasuk kedua-dua SP12 iaitu adik simati dan SP14 abang ipar simati adalah saksi berkepentingan namun bukan bermakna keterangan mereka tidak boleh diterima. Namun keterangan kedua-duanya adalah material kerana mereka bersama simati sepanjang tempoh rawatan pada 26.4.2018 yang melibatkan sentuhan fizikal berlaku dan pada dapatan Mahkamah, setelah meneliti keterangan SP12 dan SP14 dengan keterangan saksi pendakwaan lain, terdapat perbezaan keterangan yang tidak dijelaskan di antara mereka seperti diturunkan di bawah yang membawa kepada keperluan Mahkamah untuk memperhalusi keterangan mereka: a. Keadaan kesihatan simati SP12 (Jazlan) menyatakan simati dalam keadaan lemah dan perlu dipapah tetapi SP14 (Iqram) menyatakan simati ‘okay’ ketika pertama kali tiba di rumah SP8; manakala SP11 menyatakan simati meronta sakit pada bahagian perut meskipun belum bermula apa-apa rawatan oleh kelima-lima tertuduh manakala pemerhatian awal SP8 pula menyatakan simati sukar untuk bergerak atau berjalan serta untuk bangun sendiri. b. Keadaan simati semasa rawatan dengan ustaz Habib SP12 menyatakan simati tenang semasa rawatan dengan ustaz Habib ini tetapi SP14 menyatakan simati membantah dan marah sehingga memerlukan mereka berdua memegang simati; c. Rawatan dengan ustaz Habib SP9 (ibu simati) dan SP12 menyatakan ustaz Habib hanya datang sekali sahaja iaitu pada 24.4.2018 untuk merawat simati tetapi SP14 menyatakan 2 kali iaitu pada 24.4.2018 dan 25.4.2018 namun apa rawatan yang diberi pada simati dan keadaan simati pada 25.4.2018 tidak diperincikan oleh pendakwaan; d. kaedah rawatan oleh tertuduh-tertuduh SP14 ada menceritakan tertuduh telah melakukan perbuatan pijak dengan bermula dari tangga menuju kepada arah simati di lantai untuk melakukan pijakan tersebut (gambaran ini diberi pada pandangan Mahkamah ialah untuk menunjukkan elemen ‘force’ tetapi SP12 tidak ada memberi keterangan berlaku sedemikian manakala SP9 (ibu) pula menyatakan kesemua tertuduh melakukan perbuatan naik atas perut, memukul dan menumbuk perut simati namun pada masa yang sama tidak ingat jika tertuduh lelaki dan tertuduh Zamri serta Liza ada memijak perut simati. e. Keadaan simati semasa rawatan dengan tertuduh SP8 menyatakan simati merengkok kesakitan ketika ditumbuk di perut namun pada masa yang sama menyatakan simati tidak ada mengadu sakit. Namun, tiada apa-apa keterangan untuk menunjukkan kecederaan ‘defensive injury’ sebagaimana yang ditemui oleh SP3 di bahagian tangan simati. [29] Namun, apa yang boleh disimpulkan oleh Mahkamah ini berdasarkan keterangan SP8 dan SP14 ialah simati dalam keadaan ganas semasa menerima rawatan bukan sahaja dengan tertuduh-tertuduh tetapi juga dengan ustaz Habib. Ganas simati bukanlah satu kriteria untuk menyatakan simati memberikan reaksi ini kerana berindakbalas atas kesakitan yang dialami simati semasa rawatan yang diterimanya tetapi Mahkamah juga bersandar kepada keterangan SP8 yang melihat simati diam, terbaring semasa rawatan dengan tertuduh-tertuduh. [30] Pada awal pagi 26.4.2018, SP8 melihat simati merengkok kesakitan ketika ditumbuk oleh 2 tertuduh wanita tersebut namun apabila disoal lanjut melalui pemeriksaan balas, menyatakan simati tidak mengadu apa-apa. SP8 juga menyatakan simati ditendang namun tiada apa-apa bantahan dibuat oleh mana-mana ahli keluarga di atas cara rawatan oleh tertuduh ini setakat memastikan ‘jika ada kaedah lain’. Ini membawa Mahkamah ini membuat kesimpulan bahawa ‘degree’ atau tahap ‘grinding force’ seperti yang disebut oleh SP3 di awal penghakiman ini yang dihasilkan oleh perbuatan-perbuatan tertuduh bukanlah terlalu melampau yang jika dilihat melalui mata kasar cukup untuk mengakibatkan kecederaan yang boleh membawa kepada kematian, lebih-lebih lagi perbuatan tertuduh-tertuduh ini dipersetujui oleh ahli keluarga simati. [31] Selain daripad aitu, fakta utama berhubung kematian simati ialah isu sama ada simati telah mati ketika jam 5.00pagi ini kerana menurut SP12 dia telah keluar untuk menghisap rokok dan bersetuju dia tidak pasti simati yang tidak lagi agresif ketika ini sama ada telah mati atau belum. Ini ditambah dengan kehadiran ambulan 4 jam kemudian yang hanya menerima panggilan kecemasan jam lebih kurang 9.00pagi. Oleh itu, isu yang perlu diputuskan oleh Mahkamah ialah apakah tindakan tertuduh ke atas simati dan jika ia mengakibatkan kematian tertuduh yang terjumlah kepada satu pembunuhan. [32] Di bawah Kanun Keseksaan, ‘injury’ ditakrifkan seperti berikut: Section 44. "Injury". The word "injury" denotes any harm whatever illegally caused to any person, in body, mind, reputation or property. Bagi kesalahan bunuh, seksyen 300 memperuntukkan sedemikian: Section 300. Murder. Except in the cases hereinafter excepted, culpable homicide is murder-
a
if the act by which the death is caused is done with the intention of causing death;
b
if it is done with the intention of causing such bodily injury as the offender knows to be likely to cause the death of the person to whom the harm is caused;
c
if it is done with the intention of causing bodily injury to any person, and the bodily injury intended to be inflicted is sufficient in the ordinary course of nature to cause death; or
d
if the person committing the act knows that it is so imminently dangerous that it must in all probability cause death, or such bodily injury as is likely to cause death, and commits such act without any excuse for incurring the risk of causing death, or such injury as aforesaid. [31] Apa yang penting ialah illustrasi kepada seksyen 300 ini. Section 300 illustration …
b
A, knowing that Z is labouring under such a disease that a blow is likely to cause his death, strikes him with the intention of causing bodily injury. Z dies in consequence of the blow. A is guilty of murder, although the blow might not have been sufficient in the ordinary course of nature to cause the death of a person in a sound state of health. But if A, not knowing that Z is labouring under any disease, gives him such a blow as would not in the ordinary course of nature kill a person in a sound state of health, here A, although he may intend to cause bodily injury, is not guilty of murder, if he did not intend to cause death, or such bodily injury as in the ordinary course of nature would cause death. Dapatan Mahkamah atas peruntukan undang-undang yang ada [32] Tiada apa-apa keterangan untuk menunjukkan tertuduh-tertuduh telah dimaklumkan mengenai kesakitan yang dialami tertuduh sebagaimana pemerhatian oleh SP11 mengenai aduan simati yang mengalami sakit di perut. Oleh itu, tiada apa-apa keterangan untuk menunjukkan tertuduh tahu simati mengalami apa-apa kesakitan sebelum memulakan rawatan mereka yang boleh disimpulkan oleh Mahkamah ini sebagai memenuhi maksud illustrasi (b) kepada seksyen 300 ini. [33] Tiada apa-apa keterangan untuk menunjukkan rawatan oleh tertuduh ini, tidak dipersetujui oleh mana-mana ahli keluarga simati untuk menjadikan kecederaan ‘injury’ yang diakibatkan oleh perbuatan tertuduh-tertuduh ini sebagai satu keadaan mudarat yang diakibatkan oleh perbuatan yang jatuh di bawah maksud ‘illegally caused’ di bawah seksyen 44 Kanun Keseksaan. [34] Oleh itu, perbuatan tertuduh-tertuduh ini bukanlah sesuatu yang jatuh di bawah takrifan ‘bunuh’. Namun, ia tidak bermakna ia bukanlah satu tindakan yang boleh mengakibatkan kematian di bawah seksyen 299 yang memperuntukkan seperti berikut: Section 299. Culpable homicide. Whoever causes death by doing an act with the intention of causing death, or with the intention of causing such bodily injury as is likely to cause death, or with the knowledge that he is likely by such act to cause death, commits the offence of culpable homicide. ILLUSTRATIONS
a
A lays sticks and turf over a pit, with the intention of thereby causing death, or with the knowledge that death is likely to be thereby caused. Z, believing the ground to be firm, treads on it, falls in and is killed. A has committed the offence of culpable homicide Explanation 1-A person who causes bodily injury to another who is labouring under a disorder, disease, or bodily infirmity, and thereby accelerates the death of that other, shall be deemed to have caused his death. [35] Seksyen 299 jelas memperuntukkan niat dan pengetahuan sebagai cabang ‘mens rea’ namun (lihat Kenneth Fook Mun Lee v PP [2007] 2 MLJ 130 Mahkamah Persekutuan) untuk menunjukkan ‘pengetahuan’ sebagai satu daripada ‘limb of mens rea’) namun bagi kesalahan ‘culpable homicide’ yang tidak terjumlah kepada membunuh di bawah seksyen 299, memperuntukkan elemen ‘niat’ sebagai lebih kebersalahannya ‘more culpable’ daripada ‘pengetahuan’ apabila rujukan di bawah seksyen hukuman 304 dibuat yang memperlihatkan seperti berikut: Section 304. Punishment for culpable homicide not amounting to murder. Whoever commits culpable homicide not amounting to murder shall be punished-
a
with imprisonment for a term which may extend to thirty years, and shall also be liable to fine, if the act by which the death is caused is done with the intention of causing death, or of causing such bodily injury as is likely to cause death; or
b
with imprisonment for a term which may extend to ten years, or with fine, or with both, if the act is done with the knowledge that it is likely to cause death, but without any intention to cause death, or to cause such bodily injury as is likely to cause death. [36] Di dalam kes ini, simati di dalam keadaan yang tidak boleh membuat apa-apa keputusan yang boleh membantu dirinya sendiri supaya pulih daripada kesakitan yang dialaminya (ini adalah fakta daripada kes pendakwaan sendiri) khususnya kerana tiada soal balas SP11 berhubung pemerhatian SP11 kesakitan simati di bahagian perut. Tiada keterangan dikemukakan untuk menunjukkan simati dalam keadaan boleh berfikir dengan waras dan berada dalam kedudukan yang wajar untuk membuat keputusan. [37] Oleh itu, ini melihatkan ahli keluarga terdekatnya iaitu ibu (SP9), kakak (SP8), adik-adiknya SP11 dan SP12 mengambil alih tugas ini dengan membuat keputusan bagi pihak simati. Ini menyaksikan pihak pembelaan mencadangkan penglibatan tertuduh adalah bertujuan merawat simati dengan persetujuan dan kebenaran mereka. [38] Pada dapatan Mahkamah, untuk pendakwaan menyatakan (tertuduh) telah dengan niat bersama membunuh simati adalah melampaui takrifan yang diperuntukkan oleh undang-undang itu sendiri yang juga tidak disokong oleh fakta. Atas alasan ini, Mahkamah telah mencapai keputusan bahawa fakta yang dibuktikan melalui keterangan yang dikemukakan menunjukkan tertuduh bukan melakukan perbuatan membunuh tetapi telah menyebabkan kecederaan pada simati yang mengakibatkan kematian dipercepatkan sebagaimana illustrasi A pada seksyen 299 Kanun Keseksaan. [39] Ini membawa Mahkamah, dengan berpandukan kepada kuasa yang diperuntukkan oleh seksyen 173(h)(ii) Kanun Tatacara Jenayah, untuk meminda pertuduhan ke atas tertuduh dari pertuduhan bunuh yang boleh dihukum di bawah seksyen 302 kepada satu kesalahan menyebabkan kematian tidak terjumlah kepada membunuh di bawah seksyen 299 dihukum di bawah seksyen 304(b) seperti berikut: “Bahawa kamu pada 26 April 2018 jam lebih kurang 4.00 pagi hingga jam lebih kurang 8.00 pagi bertempat di rumah No. 12 Jalan Intan 2/2, Taman Puchong Intan, Puchong, dalam daerah Petaling di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan bagi mencapai niat bersama telah menyebabkan kematian Mohd Afril Shah bin Wadood [No. K/P: 830402-08-5303] dengan mengetahui perbuatan kamu mungkin menyebabkan kematiannya, dan dengan itu kamu telah melakukan homisid salah yang tidak terjumlah kepada kesalahan membunuh yang boleh dihukum di bawah seksyen 304(b) Kanun Keseksaan.” [40] Setelah pertuduhan pindaan dibacakan, tertuduh-tertuduh telah mengaku salah dan setelah pihak-pihak berhujah atas hukuman yang sesuai, Mahkamah telah menjatuhkan hukuman 5 tahun penjara dari tarikh tangkap 28.4.2018 dengan mengambil kira kepentingan awam kerana keterangan menunjukkan kedua-dua Ustaz Habib dan tertuduh kesuntukkan masa apabila diminta oleh SP8 dan SP11 untuk temujanji merawat simati kerana kedua-dua mereka mempunyai urusan temujaji sama yang lain lebih awal. Oleh itu, tidak dapat dinafikan, meskipun dengan kaedah rawatan moden yang ada, penglibatan perawat tradisional masih dicari dan diperlukan oleh masyarakat. Oleh itu tempoh 5 tahun adalah munasabah sebagai amaran untuk mencegah golongan ini daripada melakukan perbuatan yang melampau dengan berlindung di bawah alasan memberi rawatan. Pesuruhjaya Kehakiman MTJ3 Shah Alam. Bertarikh: 26 hb Januari 2023 TPR Shahrul Ekhsan Hashim Pejabat Penasihat Undang-Undang Tingkat 4, Podium Utara Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah 40512 Shah Alam Selangor Darul Ehsan. Bagi pihak tertuduh pertama dan ketiga Encik Nur Azimul Azami bin Mohamad Nor Tetuan The Chambers of Azimul Azami Peguam Bela & Peguam Cara No. 23, Jalan USJ 17/8 47600 Subang Jaya Selangor Bagi pihak tertuduh kedua dan keempat Rezal Mazli bin Abdul Muin Tetuan Hafiz Zabir & Rezal Peguam Bela & Peguam Cara 83A, Jalan Snuker 13/28 Tadisma Business Park 40150 Shah Alam Selangor. Bagi pihak tertuduh kelima Pn Ainur Azalia bte Ayoub Tetuan Azimah Azalia Co. Peguam Bela & Peguam Cara C203B, Jalan PJU 10/2A, Damansara Damai 47830 Petaling Jaya Selangor.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.