Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERBICARAAN JENAYAH NO: BA-45A-28-06/2020 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN LIAU VUI PIN PENDAHULUAN [ 1 ] Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (“KLIA 2”) menjadi hub penerbangan domestik dan antarabangsa bagi syarikat penerbangan harga mampu seperti AirAsia, Fireflyz, Batik Air dan sebagainya beroperasi. Suasana sibuk dengan kakitangan dan penumpang yang menuju berbagai destinasi dan berurusan dengan berbagai pihak sebelum menaiki pesawat. Di situlah Liau Vui Pin (“Tertuduh”) berada pada 16.9.2019, lebih kurang jam 1 tengahari dalam perjalanan ke Surabaya dan telah selesai urusan daftar masuk penerbangan tersebut. S/N bur15PLndUiotNwW6d2iEQ [ 2 ] Tugas Tertuduh pada hari tersebut ialah membawa (convey) barang yang dikatakan sejenis ubat yang amat tinggi nilainya. Tertuduh dijanjikan upah yang tinggi bagi tugasan ini. Walau bagaimanapun, perjalanan Tertuduh terhenti setakat kawasan mesin pengimbas nombor 6, Pintu Q di mana Tertuduh diimbas tubuh badannya dan kasut yang dipakainya oleh pihak berkuasa. Di dalam bahagian tumit kasut yang dipakai Tertuduh telah dijumpai bungkusan-bungkusan berselotape putih yang disyaki mengandungi dadah; 2 bungkusan dalam setiap kasut kiri dan kanan. Bungkusan disyaki berisi dadah juga dijumpai diselitkan di antara dua seluar dalam yang dipakai oleh Tertuduh. Tertuduh ditangkap dan lima bungkusan tersebut dirampas. [ 3 ] Hasil siasatan polis, Tertuduh telah dituduh di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 seperti berikut – “Bahawa kamu pada 16.9.2019 pada jam lebih kurang 01.15 petang di kawasan mesin pengimbas No. 6, Gate Q, Aras 3, KLIA 2, 64000 Sepang, di dalam daerah Sepang, di dalam negeri Selangor telah didapati mengedar dadah berbahaya iaitu Methamphetamine seberat 738.77 gram dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama.” [ 4 ] Di akhir kes pembelaan, Tertuduh telah disabitkan dengan pertuduhan tersebut dan dikenakan hukuman penjara seumur hidup dan 12 sebatan di bawah seksyen 39B(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 (“ADB 1952”). Tertuduh merayu terhadap keputusan itu. S/N bur15PLndUiotNwW6d2iEQ KES PENDAKWAAN [ 5 ] Pihak pendakwaan telah memanggil 6 orang saksi dan 44 eksibit berbentuk dokumen dan fizikal telah dikemukakan untuk membuktikan kesnya. Saksi-saksi pendakwaan ialah – SP1 – Sjn. Mohd Sazman bin Adullah, jurustor SP2 – D/L/Koperal Syarul Azam bin Muhamud, jurufoto SP3 – D/Koperal Juhilmi bin Taman, anggota serbuan SP4 – Dr. Saravana Kumar A/L Jayaram, Ahli Kimia SP5 – Hairudin Sukri bin Abas, operator cctv KLIA 2 SP6 – Inspektor Heidir bin Nor Zairudin, pegawai penyiasat [ 6 ] Secara ringkas, kes pendakwaan adalah pada 16.9.2019, jam lebih kurang 1.15 petang SP3 yang bertugas rondaan di kawasan Satellite pelepasan Antarabangsa KLIA 2, melihat seorang lelaki (Tertuduh) dalam keadaan mencurigakan (berjalan secara tidak selesa) dan mengekorinya sehingga di kawasan mesin pengimbas 6, Pintu Q. [ 7 ] SP3 telah meminta polis bantuan yang bertugas di mesin pengimbas tersebut untuk meminta Tertuduh membuka kasut yang dipakainya bagi diimbas dan Tertuduh juga melalui mesin pengimbas tubuh. Selepas itu, SP3 telah mengenalkan diri polis kepada Tertuduh, tunjukkan kad kuasa dan memeriksa kasut (P21(A-B) Tertuduh yang diimbas. SP3 mendapati 2 bungkusan berselotape putih di bahagian tumit kasut sebelah kiri dan kanan kasut itu. Tertuduh juga mengeluarkan satu bungkusan berselotape putih disyaki mengandungi dadah dari seluar dalamnya. Barang kes dikemukakan sebagai P22(A) hingga (J). S/N bur15PLndUiotNwW6d2iEQ [ 8 ] Tertuduh ditangkap dan barang kes dirampas. Barang kes disyaki dadah telah dikemukakan kepada Ahli Kimia (SP4) untuk analisa dan disahkan adalah Methamphetamine dengan berat bersih 738.77 gram. ANALISA DAN DAPATAN KES PENDAKWAAN [ 9 ] Di akhir kes pendakwaan, mahkamah perlu memutuskan sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie atas pertuduhan terhadap Tertuduh. Dalam membuat keputusan ini, mahkamah hendaklah membuat penilaian maksima semua keterangan yang telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan untuk membuktikan semua elemen pertuduhan terhadap Tertuduh. Lihat kes-kes PP v Mohd Radzi Abu Bakar [2005] 6 MLJ 393; Looi Kow Chai & Anor v. PP [2003] 2 MLJ 65; Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85. [ 10 ] Elemen-elemen yang perlu dibuktikan bagi pertuduhan mengedar dadah dalam kes ini ialah – a. Dadah tersebut adalah sejenis dadah yang disenaraikan dalam Jadual Pertama Akta tersebut; b. Tertuduh mempunyai jagaan, kawalan dan pengetahuan terhadap dadah tersebut (milikan mens rea); dan c. Tertuduh telah mengedar dadah tersebut; S/N bur15PLndUiotNwW6d2iEQ Elemen pertama – dadah tersebut adalah sejenis dadah yang disenaraikan dalam Jadual Pertama ADB 1952 [ 11 ] Keterangan SP4 secara bertulis (PSP4) dan lisan serta Laporan Kimia P34 mengesahkan bahan yang dirampas eksibit P22(A) hingga (J) adalah Methamphetamine dengan berat bersih 738.77 gram. Methamphetamine disenaraikan dalam Jadual Pertama ADB 1952. Tiada cabaran serius kepada keterangan SP4. Gambar barang kes semasa diterima dan sebelum analisis dicamkan – P27(1-2). Mahkamah menerima hasil analisa dan keterangan SP4 selaras prinsip dalam kes Munusamy Vengadasalam v PP [1987] 1 CLJ 250. Elemen pertama telah dibuktikan. Elemen kedua - Tertuduh mempunyai jagaan, kawalan dan pengetahuan terhadap dadah tersebut (milikan mens rea). [ 12 ] SP5 yang merupakan operator kamera litar tertutup (“cctv”) di KLIA 2 telah menyerahkan sesalinan beberapa rakaman cctv yang diminta oleh pegawai penyiasat. Rakaman-rakaman ini menunjukkan pergerakan Tertuduh mulai dari sampai ke KLIA 2 hingga kejadian di mesin pengimbas 6, Pintu Q (P37A hingga G). Kandungan rakaman cctv ini menyokong keterangan yang diberikan SP3 berkaitan pemeriksaan terhadap Tertuduh dan jumpaan barang kes disyaki dadah tersebut. [ 13 ] SP3 merupakan anggota polis berpakaian awam yang sedang bertugas dan telah memantau dan mengekori Tertuduh setelah melihat perlakuan mencurigakan Tertuduh kerana berjalan tidak selesa disebabkan memakai kasut yang besar. SP3 mengekori Tertuduh hingga S/N bur15PLndUiotNwW6d2iEQ ke mesin pengimbas 6, Pintu Q, di mana SP3 meminta polis bantuan arahkan Tertuduh buka kasut dan diimbas. Dari imej imbasan nampak sesuatu mencurigakan dalam tapak kasut. Terdapat dua bungkusan dalam setiap kasut kiri dan kanan. Bila lihat ke dalam kasut, boleh nampak terus bungkusan-bungkusan ini. [ 14 ] Polis bantuan memberitahu SP3 “ada lagi”. Setelah pemeriksaan tepuk badan, Tertuduh telah mengeluarkan satu bungkusan dari seluarnya dan menunjukkan kepada SP3. Bungkusan tersebut diselitkan di antara dua lapisan seluar dalam yang dipakai Tertuduh. [ 15 ] Jelas dari keterangan yang tidak dicabar bahawa barang kes dadah adalah dalam milikan fizikal Tertuduh yang disimpan secara tersembunyi di dalam bahagian tumit kasut kiri dan kanan yang dipakai Tertuduh dan di antara dua seluar dalam yang dipakai Tertuduh terlindung dari pandangan dan rapat kepada tubuh badannya. Ini menunjukkan Tertuduh mempunyai kawalan dan jagaan ke atas barang-barang tersebut. [ 16 ] Elemen pengetahuan dapat dibuktikan melalui inferens dari perbuatan Tertuduh yang relevan di bawah seksyen 8, Akta Keterangan 1950 iaitu – • Tertuduh telah mempertikai arahan untuk membuka kasut dan mengimbasnya atas alasan SP3 dan penumpang yang lain tidak perlu membuka kasut. Tertuduh juga terkejut bila SP3 mengenalkan diri polis; S/N bur15PLndUiotNwW6d2iEQ • Tertuduh telah mengambil dan mengeluarkan sendiri bungkusan berisi dadah yang disimpan di antara dua seluar dalam yang dipakainya; • cara penyembunyian barang kes tersebut menunjukkan Tertuduh mengetahui sifat barang kes tersebut dan mahu mengelakkan dari diketahui oleh pihak lain; [ 17 ] Tertuduh dicadangkan sebagai seorang yang lurus bendul dan dimaklumkan kandungan barang yang dibawa adalah “serbuk gigi gajah”. Walau bagaimanapun, tiada cadangan Tertuduh telah mendapatkan pengesahan tentang kebenaran maklumat tersebut sebelum bersetuju membawa barang kes menaiki penerbangan ke luar negara secara tersembunyi. Ini adalah suatu kejahilan yang disengajakan (willfull blindness) dan bukanlah satu pembelaan. [ 18 ] Kesimpulan yang lebih munasabah ialah kaedah penyembunyian barang kes dadah memberi indikasi yang Tertuduh mengetahui sifat kandungan bungkusan yang dibawanya. Seperti dinyatakan Mahkamah Rayuan dalam kes Teh Hock Leong v PP [2008] 4 CLJ 764 – “Turning to the facts of the present instance, we agree with the trial judge that the method employed to bring the drugs in question from Thailand into Malaysia was done in a most cunning fashion to escape detection by the authorities. The method employed to convey or transport a drug may sometimes furnished evidence of knowledge.” (penekanan ditambah) S/N bur15PLndUiotNwW6d2iEQ [ 19 ] Berdasarkan keterangan, mahkamah mendapati Tertuduh mempunyai jagaan dan kawalan serta pengetahuan ke atas kandungan dadah tersebut, lalu elemen milikan mens rea telah berjaya dibuktikan tanpa bergantung kepada mana-mana anggapan undang-undang. Elemen ketiga – Tertuduh telah mengedar dadah tersebut [ 20 ] Perbuatan Tertuduh membawa (convey) bahan dadah merbahaya adalah termasuk dalam takrifan mengedar dadah di bawah seksyen 2 ADB 1952. [ 21 ] Selain itu, berat dadah yang melebihi berat statutori di bawah seksyen 37(da)(xvi) iaitu 50 gram, sementara berat bersih dadah dalam kes ini ialah 738.77 gram. Justeru, fakta berat dadah dalam kes ini yang berlipat kali ganda melebihi berat statutori menarik pemakaian anggapan mengedar dadah terhadap Tertuduh di bawah seksyen 37(da)(xvi) ADB