Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI TEMERLOH DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR PERBICARAAN JENAYAH NO: CB-45A-4-09/2019, CB-45-6-7-09/2019 DAN CB-45-7-09/2019 ANTARA PENDAKWA RAYA
CB-45-6-09/2019
High Court of Malaysia26 Oct 2023
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“g' in the Act is wide and includes not only buying and selling, but also carrying, concealing and keeping. It is totally different from the definition of the word 'traffic' in the Singapore Misuse of Drugs Act. In the Singapore provision to 'traffic' in a controlled drug so as to constitute an offence of trafficking in”
“early, Francis was a particeps criminis, an accomplice in the true sense of the word. It was submitted that the absence of Francis at the trial would raise the presumption under section 114(g) of the Evidence Act unfavourable to the prosecution. Be that as it may, in the light of overwhelming prosecution evidence as st”
“mes radically and frequently changing core common law principles, affecting the gravest offences of murder and manslaughter. Criminal trials also give rise to their share of constitutional issues and Human Rights Act challenges. There may be nothing special in these respects, but there are, I suggest, other matters tha”
“not to call in support of his case a witness whom he does not believe to be a witness of truth.” [40] Ini juga telah dinyatakan terlebih dahulu dalam kes Adel Muhammed El Dabbah v A-G for Palestine [1944] AC 156 di mana Lord Thankerton menyatakan seperti berikut: “While their Lordships agree that there was no obligatio”
“other hand, it is clear law that the prosecution must have in court all witnesses from whom statements have been taken, but they have a discretion whether to call them or not. (See Teh Lee Tong v PP [1956] MLJ 194.) That discretion, **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFIL”
“mah perlu membezakan di antara hakmilik dadah-dadah tersebut dengan dadah-dadah itu berada dalam milikan OKT1 dan OKT2. Mahkamah merujuk PP v Denish Madhavan [2009] 2 CLJ 209 dan Chan Pean Leon v PP [1956] MLJ 237. [33] Mahkamah ini juga perlu meneliti kenyataan OKT1 melalui eksibit P28B apabila dikemukakan soalan-soal”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI TEMERLOH DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR PERBICARAAN JENAYAH NO: CB-45A-4-09/2019, CB-45-6-7-09/2019 DAN CB-45-7-09/2019 ANTARA PENDAKWA RAYA
1
TAN CAR CHUN
2
OOI ZHE XIAN (NO. K/P: 871130025171) ALASAN PENGHAKIMAN Pendahuluan [1] Kes ini adalah berkaitan dengan pertuduhan di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 terhadap kedua-dua Orang Kena Tuduh (OKT), seksyen 12(2) ADB 1952 dan seksyen 9(1) Akta Racun 1952. Pertuduhan-pertuduhan adalah seperti berikut: Kes No. CB-45A-4-09/2019 Bahawa kamu bersama-sama pada 29 Oktober 2018, jam lebih kurang 09.50 pagi bertempat di bilik No. 20963, Tingkat 20, Tower 3, First World Hotel, Genting Highlands, di dalam daerah Bentong, di dalam Negeri Pahang Darul Makmur, dalam mencapai niat bersama kamu telah didapati mengedar dadah berbahaya berat bersih 103.77 gram methamphetamine, dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B (2) Akta yang sama dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan. Kes No. CB-45-7-09/2019 Bahawa kamu bersama-sama pada 29 Oktober 2018, jam lebih kurang 09.50 pagi bertempat di bilik No. 20963, Tingkat 20, Tower 3, First World Hotel, Genting Highlands, di dalam daerah Bentong, di dalam Negeri Pahang Darul Makmur, dalam mencapai niat bersama kamu telah didapati dalam kawalan kamu dadah berbahaya berat bersih 0.44 gram ketamine dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 12(3) Akta yang sama dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan. Kes No. CB-45-6-09/2019 Bahawa kamu bersama-sama pada 29 Oktober 2018, jam lebih kurang 09.50 pagi bertempat di bilik No. 20963, Tingkat 20, Tower 3, First World Hotel, Genting Highlands, di dalam daerah Bentong, di dalam Negeri Pahang Darul Makmur, dalam mencapai niat bersama kamu telah didapati dalam kawalan kamu racun jenis Etizolam seberat 169.11 gram dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 9(1) Akta Racun 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 32(2) Akta yang sama dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan. [2] Pertuduhan-pertuduhan telah dibacakan pertama kalinya pada 05.11.2019. Setelah beberapa kali pengurusan kes dijalankan, akhirnya kes ditetapkan untuk perbicaraan pada 17 hingga 22.10.2020. [3] Selepas daripada tarikh tersebut, perbicaraan kes ini tidak dapat dijalankan dengan lancar ekoran daripada Pandemik Covid-19. Di samping itu, terdapat penangguhan disebabkan oleh peguam OKT yang telah menghidapi Covid-19 serta tidak dapat hadir ke mahkamah. Pada masa yang sama OKT1 dan OKT2 juga terpaksa menjalankan perintah kuarantin di penjara dan tidak dapat hadir ke mahkamah. Ini telah menyebabkan kes ini hanya dapat dimulakan pada 24.03.2022. [4] Perjalanan kes ini dari tarikh OKT-OKT dikemukakan di mahkamah, perbicaraan dimulakan dan berakhir tidak sewajarnya mempengaruhi mahkamah dan penentuan kes ini. Mahkamah hendaklah memutuskan kes ini berdasarkan kepada keterangan-keterangan saksi-saksi, eksibit-eksibit yang dikemukakan dan prinsip undang-undang dan pemakaiannya dalam kes ini. [5] Adalah sesuatu yang penting ditekankan bahawa keghairahan untuk menyelesaikan sesuatu kes yang lama seperti ini tidak boleh mengenepikan prinsip undang-undang dengan semata-mata untuk menggambarkan penampilan statistik penyelesaian yang meyakinkan. Begitu juga mahkamah tidak boleh memanggil OKT-OKT untuk membela diri semata-mata bagi mendengar versi pembelaan sedangkan satu kes prima facie telah tidak berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan. Ini adalah merupakan tonggak utama dalam pentadbiran keadilan jenayah yang perlu ditegakkan dan dilaksanakan dengan sepenuhnya. Keterangan [6] Pihak pendakwaan telah mengemukakan 9 orang saksi sebelum menutup kes pendakwaan. Ia melibatkan para pegawai dan anggota polis, ahli kimia dan saksi-saksi awam. Di samping itu, rakaman CCTV iaitu P39A juga dikemukakan sebagai keterangan pendakwaan. Mahkamah ini dipertontonkan dengan rakaman CCTV tersebut. Keterangan menunjukkan bahawa kejadian ini berlaku di dalam bilik sebuah hotel. [7] Pada 28.10.2018, bilik nombor 20963 Tingkat 20, Tower 3, First World Hotel, Genting Highlands telah didaftarkan atas nama Tan Car Chun iaitu OKT1. SP4 mengesahkan catatan check out date adalah pada 29.10.2018. SP4 juga menyatakan bahawa bilik tersebut juga dikongsi dengan seorang yang bernama Low Siew Yuen, (eksibit P28A). Namun SP4 tidak pasti sama ada Low Siew Yuen mempunyai akses kepada bilik tersebut. SP6 mengesahkannya. [8] Pada 29.10.2018, SP5 telah membuat pemeriksaan di bilik nombor 20963 Tingkat 20, Tower 3, First World Hotel, Genting Highlands. Setelah SP4 dan pengurus hotel mengetuk pintu bilik tersebut, ia telah dibuka oleh Tan Car Chun yang dicamkan sebagai OKT1. [9] SP5 menyatakan bahawa semasa memperkenalkan dirinya sebagai pegawai polis, OKT1 telah cuba menutup pintu. SP5 telah membuat laporan polis berkenaan insiden tersebut seperti di eksibit P29. SP5 juga semasa ditunjukkan gambarajah kasar iaitu eksibit P36 dan telah menandakan “X2” adalah tempat di mana sebuah beg merah hitam jenama Mayflower, eksibit P14A(1) yang di dalamnya terdapat dadah. [10] SP7 pegawai keselamatan hotel tersebut telah mengemukakan rakaman CCTV berkenaan pergerakan di bilik 20963. Rakaman CCTV tersebut telah ditayangkan di mahkamah. Ia menunjukkan pergerakan beberapa orang individu keluar dan masuk ke bilik tersebut. Ringkasan rakaman CCTV itu dinyatakan dalam penyataan saksi SP7 (PSSP7) di muka surat 6 hingga 8. [11] SP8 seorang saksi awam, dia telah menginap di bilik nombor
20962
Dia hadir ke situ atas panggilan ibu saudaranya, Normalis. SP8 saksikan OKT1 telah keluar dari bilik 20963 untuk membantu SP8 membuka pintu bilik 20962. SP8 sahkan seorang yang bernama Lim Yee Chuan adalah kekasih Normalis. Lim Yee Chuan tidak dikemukakan di mahkamah. [12] P29 iaitu laporan polis oleh SP5 yang turut menyatakan kenyataan kata-kata amaran OKT1 dan OKT2 kepada SP5 yang telah diputuskan ditandakan sebagai P28B. Dalam P28B tertera seperti berikut: [13] SP2 ahli kimia dalam keterangannya telah mengesahkan menerima barang-barang kes dari pegawai rampasan di eksibit P16 yang menurut beliau barang-barang kes itu adalah dadah berbahaya jenis Heroin, Methamphetamine, Ketamin dan Etizolam. [14] SP9 pegawai penyiasat telah mengambil tindakan yang dilakukan semasa siasatan, iaitu lawatan ke tempat kejadian, pemperolehan barang-barang kes, mengemukakan barang-barang kes kepada Jabatan Kimia dan penggeledahan. SP9 sahkan bahawa Ooi Zhe Xian iaitu OKT2 telah ditangkap melalui laporan polis P30. [15] SP9 juga mengesahkan dia telah berusaha mengesan penama Lim Yee Chuan tetapi gagal. SP9 telah ditayangkan dengan rakaman CCTV. SP9 menyatakan siasatan menunjukkan bahawa bilik 20963 adalah didaftarkan atas nama OKT1. SP9 juga nyatakan siasatan terhadap rakaman CCTV menunjukkan SP5 telah mengetuk pintu bilik
20963
OKT1 membuka pintu bilik diiringi oleh Lim Yee Chuan. [16] Keterangan juga menunjukkan bahawa kesan cap jari telah diambil gambar di eksibit P21(1-12). Laporan hasil pemeriksaan cap jari adalah tidak boleh dibuat perbandingan kerana tidak cukup sifat seperti yang dinyatakan di P41. [17] Ujian acupakai pakaian yang dijumpai di tempat kejadian telah dimaklumkan pakaian itu diambil dari beg hitam merah yang dijumpai dalam beg tersebut. Ia dapat di lihat 8 keping gambar di P46(1-8). Analisa [18] Adalah menjadi undang-undang yang mantap bahawa di akhir kes pendakwaan adalah menjadi tugas pendakwaan untuk membuktikan satu kes prima facie. Frasa prima facie telah dijelaskan di bawah seksyen 180 KPJ seperti berikut: "180 Procedure after conclusion of case for prosecution
1
When the case for the prosecution is concluded, the Court shall consider whether the prosecution has made out a prima facie case against the accused.
2
If the Court finds that the prosecution has not made out a prima facie case against the accused, the Court shall record an order of acquittal.
3
If the Court finds that a prima facie case has been made out against the accused on the offence charged the Court shall call upon the accused to enter on his defence.
4
For the purpose of this section, a prima facie case is made out against the accused where the prosecution has adduced credible evidence proving each ingredient of the offence which if unrebutted or unexplained would warrant a conviction." [19] Pendekatan yang perlu digunakan oleh mahkamah ketika memutuskan sama ada terdapatnya satu kes prima facie di akhir kes pendakwaan telah dijelaskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Abdullah Atan v. PP & Other Appeals [2020] 9 CLJ 151 yang menyatakan bagi tujuan untuk menentukan sama ada terdapat kes prima facie mahkamah perlu menggunakan anggapan inferen, selain daripada itu keterangan langsung bagi membuktikan satu kes prima facie. Ini dinyatakan seperti berikut: “[42] The purpose of s. 180(4) CPC was thus not to exclude the use of presumptions, inferences, or anything other than direct evidence, to establish a prima facie case. On the contrary:
i
the Privy Council in Haw Tua Tau itself expressly envisaged that inferences may be drawn from the primary facts adduced, and the court must presume such inferences to be true at the close of the prosecution's case; and
II
(ii) statutory presumptions have often been invoked by the prosecution in order to establish a prima facie case of drug trafficking in previous cases. No concern was raised in Parliament as to the use of presumptions when considering amendments to s. 180 of the CPC (see Mohamad Radhi Yaakob v. PP [1991] 3 CLJ 2073; [1991] 1 CLJ (Rep) 311; [1991] 3 MLJ 169; and Tan Boon Kean v. PP [1995] 4 CLJ 456; [1995] 3 MLJ 514). [43] Section 180(4) of the CPC must be read in light of its context and legislative purpose. By so doing, the phrase "credible evidence proving each ingredient of the offence" in s. 180(4) means that the prosecution may prove each ingredient of the offence either:
i
by adducing credible direct evidence of that ingredient;
II
(ii) by drawing inferences of fact, ie, adducing credible circumstantial evidence, from which the ingredient can be inferred; or
III
(iii) by invoking presumptions of law, ie, adducing credible evidence of the relevant basic facts, to invoke a statutory presumption that the ingredient exists. [44] As to what constitutes 'a prima facie' case, the judgment of Vincent Ng J (as he then was) in PP v. Ong Cheng Heong [1998] 4 CLJ 209 is instructive. Although Ong Cheng Heong (supra) was decided prior to the amendment in 2006, we respectfully endorse His Lordship's views, at p. 225: What then constitutes a 'prima facie case'? 'Prima facie' means on the face of it or at first glance.... perhaps the most appropriate definition of 'a prima facie case' could be found in the Oxford Companion of Law (p. 987), which has it as: "A case which is sufficient for an answer. While prima facie evidence is evidence which is sufficient to establish a fact in the absence of any evidence to the contrary, but is not conclusive". It would follow that there should be credible evidence on each and every ingredient of the offence. Credible evidence is evidence which has been filtered and which has gone through the process of evaluation. Any evidence which is not safe to be acted upon, should be rejected. (emphasis added) At p. 224, His Lordship said: ... to me, maximum evaluation simply means evaluation, on a prima facie basis, of each and every essential ingredient of the charge as tested in cross-examination. In other words, maximum evaluation connotes quantitative rather than qualitative evaluation of the evidence; with focus more on the evidential burden in terms of evidence led, rather than the persuasive burden in terms of qualitative degree of proof." Elemen Kesalahan
a
Dadah yang dijumpai adalah dadah berbahaya [20] Dalam kes ini fakta bahawa dadah-dadah yang ditemui di bilik tersebut adalah merupakan dadah merbahaya sudah terang lagi bersuluh berdasarkan kepada laporan kimia yang disediakan oleh ahli kimia. Dalam laporan tersebut dinyatakan bahawa dadah-dadah yang diperiksanya setelah dihantar oleh pegawai penyiasat adalah merupakan dadah berbahaya yang dijadualkan di bawah ADB 1952. Ini bermakna elemen pertama bagi kesalahan yang dipertuduhkan terhadap OKT1 dan OKT2 telah dibuktikan oleh pihak pendakwaan. [21] Pada masa yang sama mahkamah juga mengambil perhatian kepada soalan-soalan balas yang dikemukakan oleh peguam OKT-OKT terhadap ahli kimia yang mencadangkan bahawa ujian yang dilakukan oleh beliau adalah tidak tepat. Oleh itu laporan yang disediakan oleh ahli kimia tersebut adalah cacat dan tidak tepat. Namun demikian mahkamah berpendapat soalan-soalan sedemikian tidak dapat menggoyahkan keterangan ahli kimia. Mahkamah berpuas hati bahawa ujian yang dijalankan adalah teratur dan keputusan yang dikeluarkan melalui laporan kimia tersebut dan keterangan ahli kimia diterima oleh mahkamah ini. Oleh itu Pendakwa Raya telah membuktikan elemen pertama pertuduhan-pertuduhan terhadap OKT1 dan OKT2.
b
Pemilikan dadah Adakah dadah-dadah tersebut dalam pemilikan OKT1 dan OKT2 [22] Keterangan SP5 menunjukkan bahawa semasa serbuan dibuat di bilik 20963, OKT1 berada dalam bilik tersebut di mana dadah-dadah dijumpai. SP5 menyatakan bahawa OKT1 cuba menghalang pintu itu dari dibuka. [23] Selain daripada itu imej dalam rakaman CCTV, eksibit P39A(2) juga telah disahkan oleh SP5 dan SP7 serta SP9 mendapati OKT1 dilihat ada memasuki bilik tersebut. Kali terakhir OKT1 dilihat memasuki bilik tersebut pada 29.10.2018, 0728-0729 hours. Ini ditambah pula dengan keterangan SP5 yang mengesahkan dadah-dadah tersebut ditemui berdekatan dengan OKT1 seperti gambarajah kasar, P36. [24] Seterusnya keterangan juga menunjukkan bahawa acupakai pakaian yang ditemui dalam bilik tersebut adalah berjaya dilakukan ke atas OKT1 dan OKT2. [25] Selain daripada itu SP4 mengesahkan kunci bilik 20963 itu diberikan kepada OKT1. Ini turut disahkan oleh SP8 yang menyatakan orang yang membantunya untuk membuka pintu bilik 20962 adalah OKT1 yang keluar dari bilik 20963. [26] Keterangan juga menunjukkan bahawa dadah-dadah tersebut berada di tempat dalam gambarajah kasar semasa OKT1 dijumpai berada dalam bilik tersebut. [27] Namun begitu, laporan cap jari tidak dapat mengesahkan bahawa cap jari OKT1 ada para barang kes tersebut bagi menyokong OKT1 mempunyai kawalan atau milikan terhadap dadah-dadah tersebut. [28] Sementara bagi OKT2 pula, keterangan SP5 menyatakan bahawa OKT2 ditangkap pada jam 10.30 pagi seperti yang dinyatakan dalam laporan polis Genting Highlands/005252/18, eksibit P30. OKT1 telah ditangkap pada jam 9.50 pagi seperti di P29. [29] Dalam kes ini tayangan CCTV di mahkamah menunjukkan imej beberapa orang lelaki yang telah dicamkan oleh SP7, SP5 dan SP6. Imej tersebut menunjukkan ada di antara mereka yang masuk ke bilik 20963 ada yang membawa beg. Ini menunjukkan bahawa selain daripada OKT1 dan OKT2 salah seorang individu yang dilihat melalui CCTV itu ialah Lim Yee Chuan dan menurut keterangan pegawai penyiasat penama Lim Yee Chuan mengiringi OKT1 membuka pintu bilik tersebut yang dapat dilihat daripada rakaman CCTV. SP9 menyatakan: S : Kita pergi ke klip yang pertama 28.10.2018 pada jam 2228 hours. Boleh Inspektor terangkan kepada mahkamah klip ini berkenaan apa? : Pada tarikh 28.10.2018 masa 2228 hours di mana suspek Tan Car Chun dan Lim Yee Chuan telah masuk ke bilik 20963 dan Tan Car Chun membawa beg sandang warna hitam merah dan beg silang warna kuning coklat. S : Melalui rakaman ini boleh Inspektor terangkan yang mana satu penama Tan Car Chun dan yang mana satu penama Lim Yee Chuan? : Tan Car Chun iaitu yang sedang menggalas beg dan Lim Yee Chuan yang berada di sebelah yang menggalas beg tersebut. S : Kita pergi kepada klip yang kedua ini. Okay boleh berhenti. Untuk rakaman klip yang seterusnya apa keterangan rakaman tersebut? : Rakaman tersebut dilihat Lim Yee Chuan telah keluar dari bilik 20963. S : Seterusnya saya pohon dimainkan rakaman 0025 hours. Apa keterangan rakaman? Boleh Inspektor terangkan berkenaan rakaman tersebut? : Rakaman tersebut telah dilihat 4 individu iaitu Tan Car Chun yang telah keluar dari bilik 20963. Turut kelihatan di depan bilik tersebut adalah penama Syawal Rizal, penama Alif iaitu rakan kepada Rizal dan juga penama Yasir, kawan kepada Rizal juga. [30] Keterangan yang juga menunjukkan SP9 hanya cuba mengesan Lim Yee Chuan pada tahun 2023 melalui laporan polis Gemencheh 373/23, eksibit P43. Sementara itu carian daripada Jabatan Pendaftaran Negara dibuat pada 05.05.2023. Pada tahun 2019, SP9 sahkan dia tidak mencari Lim Yee Chuan. Adalah didapati tiada keterangan sebelum 2023 usaha pengesanan Lim Yee Chuan. [31] SP9 mengesahkan bahawa di bilik 20963 pintunya dibuka oleh OKT1. SP9 menyatakan Lim Yee Chuan mengiringi OKT1 tetapi OKT1 yang membawa beg merah di mana dadah-dadah itu ditemui. Ketiadaan Lim Yee Chuan menyebabkan tiada kepastian bahawa beg merah itu adalah kepunyaan OKT1 atau Lim Yee Chuan. Keterangan yang menunjukkan OKT1 membawa beg merah tersebut pada hemat mahkamah tidak dapat menolak kemungkinan dadah-dadah itu berada dalam milikan, kawalan dan pengetahuan Lim Yee Chuan. Keterangan menunjukkan OKT2 tidak berada dalam bilik tersebut semasa serbuan dan hanya ditahan kemudian. [32] Mahkamah juga perlu meneliti kenyataan OKT1 dalam P28B yang menyatakan bahawa dadah itu bukan kepunyaannya tetapi hanya dadah di atas meja sahaja. OKT1 juga mengesahkan bahawa bilik tersebut disewa olehnya. Adakah dengan kenyataan OKT1 ini telah mengesahkan bahawa dadah-dadah tersebut adalah dalam milikan OKT1. Dalam kes ini mahkamah perlu membezakan di antara hakmilik dadah-dadah tersebut dengan dadah-dadah itu berada dalam milikan OKT1 dan OKT2. Mahkamah merujuk PP v Denish Madhavan [2009] 2 CLJ 209 dan Chan Pean Leon v PP [1956] MLJ 237. [33] Mahkamah ini juga perlu meneliti kenyataan OKT1 melalui eksibit P28B apabila dikemukakan soalan-soalan seperti berikut: [34] SP5 semasa pemeriksaan balas berkenaan isu ini iaitu berkaitan dengan perkataan dadah yang dilihat ditambah masuk dalam kenyataan tersebut telah menjelaskan seperti berikut: : Sekarang lihat kepada dokumen kata-kata amaran yang telah kamu kemukakan sebagai eksibit P28B. If I may read soalan 1, lihat kepada soalan 1. Soalan: Adakah awak ada simpan barang salah dadah di dalam bilik? Jawapan: Barang itu bukan saya punya. Perkataan yang mustahak di sini adalah itu. Itu maksudnya barang sudah dijumpa. That barang. : Bukan maksud itu Yang Arif. : Jadi mengapa ada perkataan itu di sini? : Tertuduh pada masa itu Tertuduh tahu ada sesuatu barang di simpan di dalam bilik. : Don’t explain to much into this. Jawab soalan ini sahaja. Tidak ada soalan tentang tentang pengetahuan Tertuduh. Just soalan ini, Adakah awak ada simpan barang salah dadah di dalam bilik? Jawapan dia adalah barang itu bukan saya punya which means that things is not mine, yang membawa maksud pada masa soalan ini ditanya barang kes dadah sudahpun dijumpai? : Tidak setuju. : Now soalan kedua, dimanakah barang kes dadah awak simpan jawapan saya punya barang dan ada tambahan perkataan dadah, nampak tak ada tambahan, is an addition, betul? : Betul. : Perkataan dadah tersebut merupakan satu tambahan ya? Lihat pada dokumen itu? : Apa maksud tambahan? : Additionlah, maksud dia, it is not in the same line? : Dadah itu yang ditulis saya … : Merupakan satu tambahan kepada ayat yang asal? : Sebelum … Ayat tidak lengkap saya telah tambah semula. : Soalan saya perkataan dadah di jawapan kedua merupakan satu tambahan kepada jawapan yang telah diberi? : Ini adalah jawapan yang Tertuduh bagi dan saya tuliskan. : Boleh tolong jawab soalan saya tak? I think you understand my question. Please answer my question and don’t play around like a fool. Soalan saya adalah perkataan dadah yang terdapat di jawapan nombor 2 merupakan satu tambahan kepada jawapan yang telah diberi mula-mula oleh Tertuduh? : Bukan. : Bukan tambahan? : Bukan tambahan. : So maksud dia kalau bukan tambahan Tertuduh perkataan asal telah menyatakan saya punya barang dadah simpan atas meja sahaja. Is it? : Tertuduh yang nyatakan. : Dan mengapa ada dadah tidak selari atau tidak sama dengan perkataan-perkataan lain dalam ayat tersebut? : Maksudnya masa saya tulis, saya mahu tulis dadah, terus tulis simpan maksudnya tercicir dadah. : Tercicir okay. Saya mencadangkan kepada kamu perkataan dadah yang terdapat pada ayat pada jawapan nombor 2 adalah satu tambahan yang dibuat terkemudian? : Tidak setuju. [35] Mahkamah ini juga meneliti salinan asal penyataan tersebut mendapati tiada sebarang tandatangan ringkas bagi mengesahkan siapakah yang telah meletakkan perkataan dadah dalam penyataan tersebut. Adakah ia dibuat oleh SP5 atau dibuat sendiri oleh SP5 atau ditulis atas penyataan yang dibuat oleh OKT1. [36] Pada hemat mahkamah kenyataan yang dibuat di bawah P28B adalah keterangan mustahak untuk mengaitkan dadah-dadah tersebut dengan OKT1. Ini bermakna sekiranya mahkamah menerima eksibit P28B itu maka ia sudah menunjukkan bahawa terdapatnya hubungan di antara OKT1 dengan dadah-dadah tersebut, sekurang-kurangnya dadah-dadah yang dikatakan berada di atas meja. Oleh yang demikian mahkamah perlu berhati-hati dan memastikan bahawa tiada terdapat sebarang kecurigaan terhadap kandungan kenyataan tersebut. [37] Mahkamah tidak boleh dengan sewenang-wenangnya menerima kenyataan di P28B tersebut. Ia boleh dilakukan sedemikian sekiranya tiada sebarang petanda yang boleh menimbulkan kecurigaan kepada kesahihan kenyataan yang dinyatakan dalam P28B tersebut terutamanya penambahan perkataan dadah di situ. Mahkamah perlu berhati-hati dan memberikan sebarang faedah kesangsian (benefit of doubt) terhadap P28B ini kepada OKT1. Dalam kes ini mahkamah berpendapat P28B tidak menunjukkan bahawa OKT1 mempunyai milikan, kawalan dan pengetahuan terhadap dadah-dadah tersebut. Mahkamah ini tidak boleh bersandarkan kepada P28B untuk memutuskan bahawa OKT1 mempunyai pemilikan, kawalan dan pengetahuan dadah-dadah tersebut. [38] Begitu juga dengan kenyataan yang diberikan oleh OKT2. Mahkamah ini berpendapat seperti yang dinyatakan terhadap kenyataan OKT1, mahkamah harus berhati-hati dalam menerima keterangan ini terhadap OKT2. Mahkamah mendapati terdapat keraguan terhadap dokumen dan isi kandungannya yang dikemukakan sebagai P28B tersebut. Oleh itu pihak pendakwaan tidak dapat menunjukkan bahawa dadah-dadah tersebut adalah dalam milikan, kawalan dan pengetahuan OKT1 dan OKT2 dengan bersandarkan kepada dokumen P28B. Adakah kegagalan pihak pendakwaan memanggil saksi-saksi terutamanya Lim Yee Chuan adalah membolehkan pemakaian seksyen 114 (g) Akta Keterangan 1950 terpakai [39] Adalah tidak dapat dinafikan bahawa budi bicara untuk memanggil seseorang saksi adalah terletak kepada pihak pendakwaan. Pihak pendakwaan boleh menimbangkan saksi yang difikirkan perlu dikemukakan di mahkamah. Ini telah dinyatakan dalam kes Khoon Chye Hin v PP [1961] 1 MLJ 105 di mana Yang Amat Arif Thomson, Ketua Hakim Negara menyatakan seperti berikut: “It is, of course, well settled that in a criminal case prosecuting counsel, provided there is no wrong motive, has a discretion as to whether or not to call any particular witness and in particular has a discretion not to call in support of his case a witness whom he does not believe to be a witness of truth.” [40] Ini juga telah dinyatakan terlebih dahulu dalam kes Adel Muhammed El Dabbah v A-G for Palestine [1944] AC 156 di mana Lord Thankerton menyatakan seperti berikut: “While their Lordships agree that there was no obligation on the prosecution to tender these witnesses, and, therefore, this contention of the present appellant fails, their Lordships doubt whether the rule of practice as expressed by the Court of Criminal Appeal sufficiently recognizes that the prosecutor has a discretion as to what witnesses should be called for the prosecution, and the court will not interfere with the exercise of that discretion, unless, perhaps, it can be shown that the prosecutor has been influenced by some oblique motive.” [41] Ia juga telah dinyatakan juga oleh Mahkamah Agong dalam kes Ti Chuee Hiang v PP [1995] 2 MLJ 433 yang menjelaskan budi bicara pihak pendakwaan untuk memanggil saksi perlu dilakukan bagi kepentingan keadilan. Ini dinyatakan oleh YA Hakim Edgar Joseph JR seperti berikut: “We recognize that the function of the prosecution is to prosecute, and that does not mean that it must discharge the functions both of the prosecution and the defence. On the other hand, it is clear law that the prosecution must have in court all witnesses from whom statements have been taken, but they have a discretion whether to call them or not. (See Teh Lee Tong v PP [1956] MLJ 194.) That discretion, however, must be exercised having regard to the interests of justice, which includes being fair to the accused (per Lord Parker CJ in R v Oliva [1965] 3 All ER 116 at p 122; [1965] 2 WLR 1028 at p 1035), and to call witnesses essential to the unfolding of the narrative on which the prosecution case is based, whether the effect of their testimony is for or against the prosecution (per Lord Roche in the Ceylon Privy Council case of Seneviratne v R [1936] 3 All ER 36 at p 49, applied in R v Nugent [1977] 3 All ER 662; [1977] 1 WLR 789).” [42] Malahan Mahkamah Persekutuan dalam kes Rosli bin Yusof v PP [2021] 4 MLJ 479 telah menyatakan budi bicara pihak pendakwaan untuk memanggil saksi dengan tanggungjawab pihak pendakwaan untuk membuktikan kes pendakwaan seperti berikut: “[38] In our view, it is settled law based on the authorities cited to us by the learned counsel for the appellant in his submission that the prosecution has discretion whether to call any particular witness, but such discretion is subject to two limitations, vis: (a) the discretion must be exercised with due regard to considerations of fairness and good faith; and (b) the witnesses who had been investigated by the police and from whom the statements have been recorded must be offered to the defence.” [43] Adalah jelas dan nyata bahawa budi bicara memanggil saksi-saksi adalah dalam ruang lingkup budi bicara pendakwaan. Namun ia tertakluk kepada tanggungjawab Pendakwa Raya untuk membuktikan kesnya dan apa yang lebih penting ialah sama ada kegagalan memanggil saksi tersebut juga perlu dikaitkan dengan kepentingan keadilan. Sekiranya kegagalan memanggil saksi tersebut menyebabkan keadilan tidak dapat ditegakkan ia boleh mengatasi budi bicara Pendakwa Raya mengemukakan saksi. [44] Dalam kes ini Lim Yee Chuan adalah saksi yang terlibat langsung dalam kejadian ini. Ia dapat dilihat melalui keterangan saksi-saksi yang melihat Lim Yee Chuan masuk bersama-sama ke dalam bilik di mana OKT1 ditahan dan OKT2 ditangkap selepas itu. Ini bermakna kehadiran Lim Yee Chuan adalah penting kepada kes pendakwaan bagi menunjukkan dadah-dadah tersebut di dalam milikan, kawalan dan pengetahuan OKT1, OKT2 atau berada dalam milikan, pengetahuan dan kawalan Lim Yee Chuan. Ia adalah berkaitan langsung dengan isu yang seterusnya iaitu akses kepada bilik tersebut yang akan dinyatakan selepas ini. [45] Keterangan menunjukkan bahawa SP9 telah membuat percubaan untuk mengesan Lim Yee Chuan hanya pada tahun 2023. Pegawai penyiasat dalam keterangan menyatakan beliau tidak mengesan pada tahun 2018, 2019 2020, 2021 dan 2022. Mahkamah juga mendapati bahawa tiada alasan yang memuaskan diberikan oleh pegawai penyiasat berkenaan kegagalan beliau mengesan saksi ini lebih awal. [46] Persoalannya ialah adakah mahkamah ini boleh menerima alasan kegagalan mengemukakan Lim Yee Chuan sebagai saksi adalah sesuatu yang wajar. Mahkamah berpendapat berdasarkan keterangan dan usaha pengesanan Lim Yee Chuan serta kedudukannya sebagai saksi penting dalam kes ini tidak membolehkan ketidakhadiran saksi tersebut dipandang enteng disebabkan ia akan menimbulkan ketidakadilan kepada OKT-OKT berkenaan milikan, pengetahuan dan kawalan dadah-dadah tersebut serta berkait dengan isu askes kepada bilik tersebut. [47] Selain daripada itu tiada juga keterangan yang menunjukkan bahawa Lim Yee Chuan adalah seorang pemberi maklumat (informer) yang tertakluk kepada peruntukan di bawah seksyen 40 ADB 1952. Namun begitu mahkamah juga perlu menimbangkan bahawa kegagalan Pendakwa Raya memanggil saksi-saksi bukanlah semestinya faktor yang akan menjejaskan kes pendakwaan. Misalnya dalam kes (1) Namasiyiam (2) Rajindran (3) Goh Chin Peng and (4) Ng Ah Kiat v PP [1987] 2 MLJ 336 salah seorang saksi yang dikatakan rakan sejenayah telah tidak dipanggil sebagai saksi dalam kes tersebut. Namun demikian Mahkamah Agong berpendapat ianya tidak menjejaskan kes pendakwaan disebabkan terdapatnya keterangan-keterangan lain di mana ketiadaan saksi tersebut tidak membawa apa-apa perbezaan. “Clearly, Francis was a particeps criminis, an accomplice in the true sense of the word. It was submitted that the absence of Francis at the trial would raise the presumption under section 114(g) of the Evidence Act unfavourable to the prosecution. Be that as it may, in the light of overwhelming prosecution evidence as stated earlier, we do not think that the presence of Francis, had he been available, would have made any difference.” [48] Sebaliknya dalam kes ini kehadiran Lim Yee Chuan sebagai saksi akan mengubah keadaan kes ini dan mahkamah dapat menentukan sama ada milikan dadah-dadah tersebut adalah OKT1, OKT2 atau orang lain iaitu Lim Yee Chuan. Sekiranya tiada keterangan daripada rakaman CCTV yang menunjukkan keberadaan Lim Yee Chuan maka ketiadaan Lim Yee Chuan tidak akan menjejaskan kes pendakwaan. Namun begitu dalam kes ini kehadiran Lim Yee Chuan dan beberapa orang saksi lain yang disahkan oleh pegawai penyiasat yang tidak dirakam percakapan mereka adalah sesuatu yang mustahak diberikan perhatian oleh mahkamah dalam menentukan sama ada dadah-dadah tersebut berada dalam milikan, kawalan dan pengetahuan OKT1 atau OKT2. [49] Oleh itu mahkamah ini berpendapat kegagalan pihak pendakwaan mengemukakan Lim Yee Chuan sebagai saksi penting dalam kes ini adalah mewajarkan pemakaian anggapan di bawah seksyen 114 (g) Akta Keterangan 1950. Mahkamah sedar bahawa pemakaian seksyen 114 (g) Akta Keterangan 1950 tidak boleh sewenang-wenangnya digunakan terhadap pendakwaan seperti yang dinyatakan dalam kes Munusamy v PP [1987] 1 MLJ 492 seperti berikut: “Adverse inference under that illustration can only be drawn if there is withholding or suppression of evidence and not merely on account of failure to obtain evidence. It may be drawn from withholding not just any document, but material document by a party in his possession, or for non-production of not just any witness but an important and material witness to the case.” [50] Dalam kes Munusamy (supra) keterangan menunjukkan bahawa seorang ahli kimia yang tidak dapat mengemukakan perakuan ujian ketepatan alat sukatan daripada Merinyu (Inspektor) Timbang dan Sukat. Ini adalah disebabkan ahli kimia tersebut mengesahkan bahawa dia tidak mempunyai butiran berkenaan alatan tersebut sebelum tahun
1985
Mahkamah Persekutuan memutuskan seksyen 114 (g) Akta Keterangan 1950 tidak terpakai dapat kes tersebut. [51] Sebaliknya, Lim Yee Chuan adalah saksi penting dalam kes ini. Dia telah diketahui oleh pegawai penyiasat dan imejnya dapat dilihat melalui rakaman CCTV semenjak 2018 dan hanya dikesan pada 2023. Ia jelas menunjukkan bahawa keterangan Lim Yee Chuan tidak diketengahkan untuk penelitian mahkamah ini bagi membantu mahkamah meneliti keterangan Lim Yee Chuan bersama-sama dengan keterangan saksi-saksi pendakwaan yang lain. Oleh itu mahkamah mendapati seksyen 114 (g) Akta Keterangan 1950 terpakai kepada pihak pendakwaan. Akses [52] Dalam kes ini keterangan yang ada ialah OKT1 diserahkan kad kunci bilik tersebut, OKT1 berada dalam bilik tersebut semasa serbuan dibuat, OKT1 bersama seorang Lim Yee Chuan. OKT2 hanya bersama-sama OKT1 di bilik tersebut. Rakaman CCTV menunjukkan pergerakan keluar masuk bilik tersebut oleh beberapa orang individu lain. Individu-individu yang dikenalpasti itu ada yang tidak dapat dikesan dan ada yang tidak diambil keterangannya. [53] Adakah keterangan OKT1 di P28B itu dapat menunjukkan bahawa dadah-dadah itu dalam milikan OKT1? Hakikat yang tidak dapat dinafikan bahawa bilik tersebut dapat diakses oleh individu-individu yang lain sepanjang rakaman CCTV sebelum bilik tersebut diserbu oleh pihak polis. Ini adalah seperti apa yang berlaku dalam kes Lee Chee Meng v PP [1992] 1 MLJ 322 di mana Mahkamah Persekutuan menyatakan: “The totality of the evidence did not support the justification. Firstly, it is to be stressed that the burden on the appellant was merely to cast a reasonable doubt on the prosecution case. Where the presumption under s 37(da) is invoked the burden on the defence was only on the balance of probabilities. The other aspect of the evidence in this case must be examined. It would seem that the learned trial judge did not consider the evidence that the said Yoong Thien Soong (tenant of room A) was also arrested at the same time with four packets of drugs found in the room. Although the learned judge recognized the evidence relating to the contention that the door to room B could not be locked with the key at the material time, yet he did not give sufficient consideration to that evidence. In fact contrary to the evidence, the learned trial judge made a number of speculations to justify his conclusion, namely, that the padlock (exh P28) could be used to padlock room B, and that the appellant could have purchased another padlock and holding that the air-cooler and the mini-compo were valuable items and that the shoe boxes were meant for storage of drugs. In fact, the doubt as to exclusive use of room B by the appellant alone could be sufficient ground to allow the appeal.” [54] Sementara itu dalam kes Abdullah Zawawi bin Yusoff v PP [1993] 3 MLJ 1 kewujudan orang lain yang berkemungkinan mempunyai akses kepada kawasan pembinaan yang belum siap telah diputuskan sebagai keadaan yang menunjukkan terdapatnya kemungkinan akses oleh pihak lain. “The judge was of the view that though the house was still under construction there was no evidence to show that there had been access to the house through the uncompleted part. With respect, given the fact that this was a case where the police were acting on a tip-off, undoubtedly by an informer, who might have been a paid informer, and the further fact that the house was still under construction, the onus was not on the defence to prove possibility of access by others but on the prosecution to exclude such possibility. Of course, the defence could besides taking advantage of infirmities in the prosecution case in this regard, have gone further, and shown the possibility of access by others, but this they were not, in law, obliged to do. To return to the judgment, in fairness to the judge, he did pursue the point about the possibility of a plant. What he said was this: Counsel also makes a faint insinuation of the possible involvement of Mohammad bin Mohd Amin in the commission of the alleged offence, and that could be the reason why he is scared to come to court. I have given a thorough thought to such a possibility but am unable to accept it as I find there is no conceivable reason for Mohammad to frame the first accused. Most of the time when he was in Gua Musang, he stayed with the first accused. He even worked for him and more or less regarded himself as part of the family. I cannot by any stretch of imagination think of him having a plan to implicate the person who had been more than a friend to him. There is nothing to show that he would stand to gain by it. The insinuation without more remains only an insinuation, without any evidence to link Mohammad with the alleged offence. We recognize the force of the judge's reasoning, but motive is not always an easy matter to prove, and there was the testimony of ASP Haji Hamzah bin Awang (PW10), who took over investigations in the case, that he had attempted to secure the attendance of Mohammad at the trial but failed because Mohammad, who was by then living in Kampong Dusun Nyior, Narathiwat, Thailand, did not dare to come to Malaysia. There was also evidence that most of the time when he was in Gua Musang, Mohammad stayed with the appellant. In other words, he had liberal access to the house. Then, again, there was the evidence of his presence in the house at the time of the police raid and his arrest by the police. These are matters upon which we did not place undue stress and we therefore mention it, only in passing, to show that Mohammad was a possible suspect. But there was more substance in the point (not raised by counsel or considered by the judge) that the wife of the appellant might have concealed the drugs in the box without the appellant being a party to such act even though he might have known about it. The charge, be it noted, was trafficking in dangerous drugs and it will be recalled, that it was the conduct of the wife which led to the discovery of the drugs, and certainly the case for the prosecution was that she was involved, for why else was she prosecuted jointly with the appellant? Indeed, the judge ruled, at the close of the case for the prosecution, that she had a case to answer though, admittedly, at the close of the case for the defence, he did acquit her saying in the final part of his judgment: However, I am satisfied the second accused has succeeded in rebutting the presumptions, thereby creating a doubt on the case against her. I therefore acquit and discharge her. There is no appeal against her acquittal. He did not, however, give any reasons for that conclusion and we note that the wife did not implicate the appellant in any way, nor was there any evidence that they were acting in concert.” [55] Seterusnya dalam kes Gooi Loo Seng v PP [1993] 2 MLJ 137 Mahkamah Agong memutuskan bahawa kehadiran teman wanita Tertuduh yang mempunyai kunci telah menunjukkan bahawa terdapatnya akses kepada bilik tidur tersebut oleh orang lain menyebabkan sabitan telah diketepikan. “Had the trial judge approached the prosecution case in the manner we have indicated, we cannot confidently say that he would or must inevitably have rejected the appellant's version that he had no knowledge of the presence of the heroin in the bedroom and that it could have been hidden there by others having access to the bedroom in his absence. We need hardly add, that even if the appellant had known of the presence of the heroin in his bedroom, that by itself would not have been sufficient to establish that he was in possession or in control of it given the fact that others too, and certainly his girlfriend Tan Ah Kwai, had access to the bedroom and could have concealed the heroin there. At the end of the day, this was a case of the proverbial cap which might have fitted not just the head of the appellant but that of others as well.” [56] Dalam kes ini tindakan beberapa orang individu-individu keluar masuk bilik tersebut menunjukkan bahawa bilik tersebut boleh diakses oleh orang lain selain daripada OKT1 dan OKT2. Namun mahkamah juga tidak sewajarnya secara automatik menyatakan bahawa orang lain mempunyai akses kepada bilik tersebut. Ini adalah disebabkan kad bilik tersebut diserahkan kepada OKT1 dan OKT2 juga menjadi penghuni di bilik tersebut. Ini ditambah pula dengan tiada keterangan yang menunjukkan bahawa semasa keluar masuk bilik tersebut oleh individu-individu tersebut beg yang mana dadah-dadah itu ditemui telah juga dibawa keluar oleh mana-mana individu tersebut semasa keluar masuk dari bilik tersebut. [57] Selain daripada itu tiada keterangan yang dikemukakan berkenaan apakah yang berlaku dalam bilik tersebut semasa individu-individu tersebut dikatakan berada dalam bilik tersebut. Oleh yang demikian keterangan individu-individu yang dilihat memasuki bilik tersebut adalah mustahak untuk mengesahkan bahawa dadah tidak mempunyai kaitan dengan saksi-saksi tersebut melainkan ianya adalah berkaitan dengan OKT1 dan OKT2 sahaja. [58] Hakikatnya ialah terdapatnya beberapa orang yang mempunyai akses kepada bilik tersebut. Ketiadaan individu-individu sebagai saksi telah menyebabkan terdapat kemungkinan dadah-dadah tersebut bukannya berada dalam milikan, kawalan dan pengetahuan OKT1 dan OKT2. Ini ditambah pula dengan laporan cap jari dan DNA yang tidak dapat menunjukkan kaitan OKT1 dan OKT2 dengan dadah tersebut. Mahkamah mengambil maklum bahawa ketidaaan pengemukakan laporan cap jari dan DNA tidak sewajarnya dijadikan alasan untuk menyatakan bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kes prima facie. Ini telah dinyatakan dalam kes Public Prosecutor v. Mansor Md. Rashid & Anor [1997] 1 CLJ 233 seperti berikut: “We also find ourselves in agreement with the learned Deputy Public Prosecutor that the learned trial Judge had erred in law when he faulted PW13 the investigating officer for not lifting the finger prints off the wrappings of the cannabis and for not taking photographs of the street light in front of the house No.
129
Where the identity of a culprit is in question or required to be proved, fingerprint evidence would be of great significance and immense value. In the present case under appeal, however, the charge alleged trafficking in the form of sale and there is evidence indicating the identities of the alleged offenders and the sale transaction. Fingerprint evidence on the newspaper wrapping, white plastic and the loytape, therefore, assumes little value or significance.” [59] Namun demikian dalam kes tersebut keterangan pendakwaan ialah terdapatnya urus niaga pembelian dan penjualan dadah-dadah di mana identiti Tertuduh tidak menjadi isu dalam kes tersebut. Prinsip dalam kes Public Prosecutor v. Mansor Md. Rashid & Anor (supra) telah diikuti oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes PP v Ebrahim Mirzaie Hj Ebrahim Deh Mokhtar [2017] 1 CLJ 575 dan PP v Rosli Rikidin [2023] 1 LNS 1849. [60] Dalam kes ini mahkamah mendapati bahawa kegagalan untuk memanggil saksi-saksi yang mempunyai akses kepada bilik tersebut menyebabkan pihak pendakwaan tidak dapat membuktikan bahawa OKT-OKT mempunyai milikan, kawalan dan pengetahuan kepada dadah-dadah tersebut. Ini adalah disebabkan persoalan berikut akan timbul iaitu:
a
Adakah dadah-dadah tersebut dimiliki oleh individu-individu yang dilihat dalam rakaman CCTV tersebut yang telah masuk ke dalam bilik tersebut; dan
b
Adakah dadah-dadah itu dibawa masuk ke dalam bilik tersebut bersama-sama dengan beg yang dibawa oleh OKT1 seperti yang tertera dalam rakaman CCTV atau dibawa oleh individu lain. [61] Ia boleh menyebabkan mahkamah membuat dapatan bahawa dadah-dadah tersebut tidak dibuktikan berada dalam milikan, kawalan dan pengetahuan OKT1 dan OKT2 sebaliknya dadah-dadah tersebut berada dalam milikan, kawalan dan pengetahuan individu-individu lain yang tertera imej mereka dalam rakaman CCTV tersebut. Oleh itu kehadiran saksi-saksi tersebut adalah penting bagi bagi menyokong kes prima facie di akhir kes pendakwaan dan membuktikan elemen pemilikan dadah-dadah tersebut. [62] Oleh itu penelitian kepada keterangan saksi-saksi pendakwaan dan eksibit-eksibit yang dikemukakan mahkamah berpendapat pihak pendakwaan gagal membuktikan OKT1 dan OKT2 mempunyai milikan, kawalan dan pengetahuan terhadap dadah-dadah tersebut di akhir kes pendakwaan.
c
Pengedaran Dadah [63] Setelah mahkamah ini meneliti saksi-saksi pendakwaan mahkamah berpendapat pendakwaan gagal membuktikan bahawa dadah-dadah tersebut berada di dalam milikan, kawalan dan pengetahuan OKT1 dan OKT2 maka anggapan pengedaran dadah-dadah tersebut di bawah seksyen 37 (da) ADB 1952 tidak dapat digunakan oleh mahkamah ini bagi membuktikan pengedaran dadah berbahaya seperti pertuduhan. Seksyen 37 (da) ADB 1952 seperti berikut: “(da) any person who is found in possession of-
i
15 grammes or more in weight of heroin;
II
(ii) 15 grammes or more in weight of morphine;
III
(iii) 15 grammes or more in weight of monoacetylmorphines; (iiia) a total of 15 grammes or more in weight of heroin, morphine and monoacetylmorphines or a total of 15 grammes or more in weight of any two of the said dangerous drugs;
IV
(iv) 1,000 grammes or more in weight of prepared opium;
v
1,000 grammes or more in weight of raw opium; (va) a total of 1,000 grammes or more in weight of prepared opium and raw opium;
VI
(vi) 200 grammes or more in weight of cannabis,
VII
(vii) 200 grammes or more in weight of cannabis resin;
VIII
(viii) a total of 200 grammes or more in weight of cannabis and cannabis resin;
IX
(ix) 40 grammes or more in weight of cocaine;
x
2,000 grammes or more in weight of cocoa leaves;
XI
(xi) 50 grammes or more in weight of 2-Amino-1-(2, 5- dimethoxy-4-methyl) phenylpropane;
XII
(xii) 50 grammes or more in weight of Amphetamine;
XIII
(xiii) 50 grammes or more in weight of 2, 5- Dimethoxyamphetamine (DMA);
XIV
(xiv) 50 grammes or more in weight of Dimethoxybromoamphetamine (DOB);
XV
(xv) 50 grammes or more in weight of 2,5-Dimethoxy-4- ethylamphetamine (DOET);
XVI
(xvi) 50 grammes or more in weight of Methamphetamine;
XVII
(xvii) 50 grammes or more in weight of 5-Methoxy-3, 4- Methylenedioxyamphetamine (MMDA);
XVIII
(xviii) 50 grammes or more in weight of Methylenedioxyamphetamine (MDA);
XIX
(xix) 50 grammes or more in weight of N-ethyl MDA;
XX
(xx) 50 grammes or more in weight of N-hydroxy MDA;
XXI
(xxi) 50 grammes or more in weight of N-methyl-l-(3, 4- methylenedioxyphenyl)-2-butanamine;
XXII
(xxii) 50 grammes or more in weight of 3,4- Methylenedioxymethamphetamine (MDMA);
XXIII
(xxiii) 50 grammes or more in weight of Paramethoxyamphetamine (PMA);
XXIV
(xxiv) 50 grammes or more in weight of 3,4,5- Trimethoxyamphetamine (3, 4, 5-TMA); or
XXV
(xxv) a total of 50 grammes or more in weight of any combination of the dangerous drugs listed in subparagraphs (xi) to (xxiv), otherwise than in accordance with the authority of this Act or any other written law, shall be presumed, until the contrary is proved, to be trafficking in the said drug” [64] Namun begitu mahkamah ini perlu meneliti sama ada terdapat keterangan yang ada dapat menunjukkan terdapatnya pengedaran seperti yang ditafsirkan di bawah seksyen 2 ADB 1952 seperti berikut: “"trafficking" includes the doing of any of the following acts, that is to say, manufacturing, importing, exporting, keeping, concealing, buying, selling, giving, receiving, storing, administering, transporting, carrying, sending, delivering, procuring, supplying or distributing any dangerous drug otherwise than under the authority of this Act or the regulations made under the Act” [65] Ini adalah disebabkan terdapat keterangan daripada SP5 dan imej daripada rakaman CCTV yang dipertontonkan di dalam mahkamah terbuka terdapat individu yang membawa sebuah beg di mana beg tersebut dikatakan dadah-dadah tersebut dijumpai. Ia membawa maksud adakah tindakan individu tersebut yang didakwa sebagai OKT1 dalam kes ini telah membawa (carrying) dadah-dadah tersebut. Ini juga perlu dipertimbangkan bersesuaian dengan keterangan yang menyatakan dadah-dadah itu telah berada dalam bilik tersebut. Apakah ianya tergolong dalam tindakan menyimpan dadah-dadah tersebut yang boleh termasuk dalam takrifan pengedaran di bawah seksyen 2 ADB
1952
[66] Mahkamah ini dalam meneliti keterangan bagi maksud penggunaan seksyen 2 ADB 1952 dipandu oleh keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Teh Geok Hock v PP [1989] 3 MLJ 162 seperti berikut: “It is quite clear then that although the learned judge accepted the evidence that the appellant was a drug addict, he rejected his explanation of the ten packets of heroin found on his person. He was satisfied that the appellant was trafficking in the drugs as charged and convicted the appellant. 'Trafficking' is defined in the Act as follows: 'Trafficking' includes the doing of any of the following acts, that is to say, manufacturing, importing, exporting, keeping, concealing, buying, selling, giving, receiving, storing, administering, transporting, carrying, sending, delivering, procuring, supplying or distributing any dangerous drug. True, the definition in the Act sounds artificial and not according to the ordinary meaning of the word 'trafficking' which is normally understood to mean to trade in, buy or sell, any commodity, albeit often with sinister implication. See also the Shorter Oxford English Dictionary. The definition of 'trafficking' in the Act is wide and includes not only buying and selling, but also carrying, concealing and keeping. It is totally different from the definition of the word 'traffic' in the Singapore Misuse of Drugs Act. In the Singapore provision to 'traffic' in a controlled drug so as to constitute an offence of trafficking involves something more than passive possession or self-administration of the drug. See Ong Ah Chuan v Public Prosecutor [1981] 1 MLJ 64.” [67] Namun demikian Mahkamah Persekutuan dalam kes Chow Kok Keong v Public Prosecutor [1998] 2 MLJ 337 telah menyatakan perbezaan pandangan dengan keputusan dalam kes Teh Geok Hock (supra) seperti berikut: “In our view, both Cohen and Ng Chai Kem, have severely watered down Teh Geok Hock in so far as it implies that passive possession or self-administration can never be a defence to a charge of trafficking under s 39B of our Act. Having considered this point afresh, we preferred the views expressed in Cohen and Ng Chai Kem to those in Teh Geok Hock which we regarded as oversimplistic. We would add that apart from the general consideration that the drugs legislation is a piece of highly penal legislation and therefore any ambiguity in it should be resolved in favour of the subject, in accordance with long established canons of construction, it is pertinent to note that the definition of 'trafficking' aforesaid comes under s 2 of the Act, the very first line of which reads: In this Act, unless the context otherwise requires …. In our view the context of s 37(da)(i) which says: any person who is found in possession of —
i
15 grammes or more in weight of heroin; … otherwise than in accordance with the authority of this Act or any other written law, shall be presumed, until the contrary is proved, to be trafficking in the said drug; does 'otherwise require' (italics supplied). If this were not so, the provisions of s 37(da) which specifically confer upon the accused the right to rebut the presumption of trafficking arising from being found in possession of dangerous drugs in excess of the statutory minimum, would be an empty hypocrisy.” [68] Di samping itu mahkamah juga merujuk kepada kes Ong Ah Chuan v PP [1981] 1 MLJ 64 yang memutuskan bahawa pengedaran dalam konteks seksyen 2 ADB 1952 itu perlu diteliti tujuan perbuatan-perbuatan tersebut dilakukan. Ia tidak hanya sekadar menunjukkan bahawa seseorang itu melakukan salah satu daripada 18 perkara yang dinyatakan di bawah takrifan di bawah seksyen 2 ADB 1952. Di samping itu mahkamah juga perlu melihat jumlah dadah-dadah yang terlibat bagi menyatakan bahawa ianya bukan untuk tujuan penggunaan sendiri melainkan semata-mata untuk tujuan pengedaran. Ini dinyatakan oleh Lord Diplock seperti berikut: “This is a very wide descriptionof acts that may be treated as equivalent to the substantive offence of trafficking; nevertheless, in their Lordships' view, it is clear from the structure of the Drugs Act and the distinction drawn between the offence of having a controlled drug in one'spossession and the offence of trafficking in it, that mere possession of itself is not to be treated as an act preparatory to or in furtherance of or for the purpose of trafficking so as to permit the conviction of the possessor of the substantive offence. Tobring the provisions of sections 10 and 3(c) into operation some further step or overt act by the accused is needed, directed to transferring possession of the drug to some other person; and it is a consequence of the clandestine nature of the drug trade andthe means adopted for the detection of those engaged in it, that the further step that the prosecution is most likely to be able to prove in evidence is the act of the accused in transporting the drug to some place where he intends to deliver it to someone else,whether it be the actual consumer or a distributor or another dealer. Proof of the purpose for which an act is done, where such purpose is a necessary ingredient of the offence with which an accused is charged, presents a problem with whichcriminal courts are very familiar. Generally, in the absence of an express admission by the accused, the purpose with which he did an act is a matter of inference from what he did. Thus, in the case of an accused caught in the act of conveying from one placeto another controlled drugs in a quantity much larger than is likely to be needed for his own consumption the inference that he was transporting them for the purpose of trafficking in them would, in the absence of any plausible explanationby him, be irresistible — even if there were no statutory presumption such as is contained in section 15 of the Drugs Act. As a matter of common sense the larger the quantity of drugs involved the stronger the inference thatthey were not intended for the personal consumption of the person carrying them, and the more convincing the evidence needed to rebut it. All that section 15 does is to lay down the minimum quantity of each of the five drugs with which it deals at which theinference arises from the quantity involved alone that they were being transported for the purpose of transferring possession of them to another person and not solely for the transporter's own consumption. There may be other facts which justify the inferenceeven where the quantity of drugs involved is lower than the minimum which attracts the statutory presumption under section 15. In the instant cases, however, the quantities involved were respectively one hundred times and six hundred times the statutory minimum. Whether the quantities involved be large or small, however, the inference is always rebuttable. The accused himself best knows why he was conveying the drugs from one place to another and, if he can satisfy the court, upon the balance of probabilitiesonly, that they were destined for his own consumption he is entitled to be acquitted of the offence of trafficking under section 3.” [69] Ia juga telah dinyatakan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Johar bin Mustapha v Public Prosecutor [2009] 6 MLJ 593 yang menjelaskan berkenaan pemakaian pendekatan tujuan yang diutarakan dalam kes Ong Ah Chuan (supra) seperti berikut: “[44] We feel it is appropriate at this juncture to refer to the 'purpose approach' in the judgment of Lord Diplock in the celebrated case of Ong Ah Chuan v Public Prosecutor; Koh Chai Cheng v Public Prosecutor [1981] 1 MLJ 64 where it was held (at p 69) as follows: Proof of the purpose for which an act is done, where such purpose is a necessary ingredient of the offence with which an accused is charged, presents a problem with which criminal courts are very familiar. Generally, in the absence of an express admission by the accused, the purpose with which he did an act is a matter of inference from what he did. Thus, in the case of an accused caught in the act of conveying from one place to another controlled drugs in a quantity much larger than is likely to be needed for his own consumption the inference that he was transporting them for the purpose of trafficking in them would, in the absence of any plausible explanation by him, be irresistible — even if there were no statutory presumption such as is contained in s 15 of the Drugs Act (see alsoPublic Prosecutor v Ouseng sama-Ae [2008] 1 CLJ 337). (Emphasis added.)” [70] Mahkamah juga dapat melihat bagaimana keterangan yang mencukupi untuk menyatakan bahawa OKT-OKT telah membawa dadah seperti yang ditakrifkan di bawah seksyen 2 ADB 1952. Ini dapat dilihat dalam kes Sathya Vello v. PP [2022] 5 CLJ 659 di mana Mahkamah Persekutuan telah menyatakan fakta kes tersebut seperti berikut: “[4] The facts are straightforward and may be summarised as follows. At the time and place specified in the two charges, the appellant and the second accused had just arrived from Chennai, India by AirAsia flight AK1258. The appellant was seen pushing a trolley and heading towards the customs clearance area with the second accused beside him. On the trolley were two luggage bags. [5] As the appellant and the second accused were behaving suspiciously, Corporal Pannir Selvam a/l Subramaniam (PW3) who was on duty at the airport together with ASP Mohideen bin Ismail (PW2) stopped them and requested them to have their bags scanned at the scanning machine. This was done and the scan showed suspicious images on the monitor screen even after the contents of the bags were emptied. When PW2 lifted the empty bags, he found them to be exceptionally heavy. He also noticed that the fabric at the bottom of the bags were bulging. He then decided to carry out a physical examination on the two bags in the presence of the appellant and the second accused.” [71] Berdasarkan fakta tersebut Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa ia adalah memadai untuk membuktikan OKT membawa dadah-dadah tersebut bagi maksud seksyen 2 ADB 1952 dengan menyatakan seperti berikut: “[15] The appellant's act of carrying the drugs was clearly an act of trafficking by definition: See s. 2 of the DDA, which reads:
2
In this Act, unless the context otherwise requires: "trafficking" includes the doing of any of the following acts, that is to say, manufacturing, importing, exporting, keeping, concealing, buying, selling, giving, receiving, storing, administering, transporting, carrying, sending, delivering, procuring, supplying or distributing any dangerous drug otherwise than under the authority of this Act or the regulations made under the Act; [16] Since "trafficking" is statutorily defined, which definition is to be applied unless the context otherwise requires, there is no necessity for the court to look for its common law meaning, if there is any. If the appellant could prove, in rebuttal of the presumption under s. 37(d) of the DDA, that he had no knowledge of the presence and of the nature of the drugs, he would of course be acquitted outrightly of the trafficking charges despite being in physical possession of the drugs, because without proof of knowledge, he committed no offence under the DDA, not even the lesser offence of possession under s. 12(2).” [72] Dalam kes ini mahkamah mendapati bahawa keterangan yang menyatakan bahawa individu yang dikatakan OKT1 telah membawa beg tersebut tanpa keterangan yang menyatakan apakah tujuan beg itu dibawa masuk ke dalam bilik tersebut di samping terdapat individu-individu lain yang bersama OKT1 semasa memasuki bilik tersebut tidak dapat menunjukkan bahawa tindakan membawa beg tersebut oleh OKT1 adalah termasuk dalam takrifan pengedaran di bawah seksyen 2 ADB 1952. Begitu juga tiada keterangan yang dapat menyatakan bahawa dadah-dadah tersebut disimpan atau disembunyikan dalam bilik tersebut bagi memenuhi takrifan di bawah seksyen 2 ADB 1952. [73] Oleh yang demikian mahkamah ini berpendapat pihak pendakwaan telah gagal membuktikan pengedaran seperti yang ditakrifkan di bawah seksyen 2 ADB 1952. [74] Ini bermakna mahkamah mendapati bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan satu kes prima facie bagi pertuduhan di bawah seksyen 39B ADB 1952 terhadap OKT1 dan OKT2. Pertuduhan di bawah seksyen 12 (2) ADB 1952 bagi dadah jenis Ketamin dan seksyen 9 (1) Akta Racun 1952 untuk Etizolam [75] Penelitian kepada keterangan yang dikemukakan di mahkamah adalah didapati bahawa dadah ketamin yang menjadi asas kepada pertuduhan di bawah seksyen 12 (2) ADB 1952 adakah dikatakan dijumpai dalam bilik yang sama dengan dadah-dadah yang dipertuduhkan di bawah seksyen 39B ADB 1952. Ini bermakna dapatan mahkamah ini berkenaan pemilikan, kawalan dan pengetahuan dadah-dadah tersebut adalah sama dengan dapatan bagi pemilikan, kawalan dan pengetahuan bagi dadah-dadah yang dituduh di bawah seksyen 39B ADB 1952. Mahkamah ini berpendapat tiada sebarang keterangan lain yang boleh dinilai oleh mahkamah melainkan keterangan-keterangan yang sama yang dikemukakan oleh pendakwaan. Ia akan membawa kepada satu kesimpulan yang sama iaitu pihak pendakwaan tidak dapat membuktikan satu kes prima facie terhadap pertuduhan di bawah seksyen 12 (2) ADB 1952 terhadap OKT1 dan OKT2. Ianya mungkin berbeza sekrianya dadah-dadah bagi pertuduhan seksyen 12
2
ADB 1952 itu ditemui di tempat lain dan terdapat keterangan-keterangan lain yang berbeza dengan keterangan bagi pertuduhan di bawah seksyen 39B ADB 1952 tersebut. [76] Akhirnya mahkamah berpendapat bahawa pihak pendakwaan tidak berjaya membuktikan satu kes prima facie bagi pertuduhan terhadap OKT1 dan OKT2 di bawah seksyen 12 (2) ADB 1952 dan seksyen 9 (1) Akta Racun 1952. Penutup [77] Adalah satu fakta yang perlu diakui oleh mahkamah bahawa kesungguhan untuk mengatasi masalah pengedaran dan pemilikan dadah adalah sesuatu yang berterusan. Ia dapat dilihat melalui penambahbaikan peruntukan undang-undang di bawah ADB 1952 semenjak penggubalannya sehingga kini. Misalnya pengenalan hukuman mati mandatori yang diperkenalkan pada tahun 1983 walaupun telah dimansuhkan melalui Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023. Ia juga dapat dilihat kepada peningkatan hukuman yang boleh dikenakan bagi kesalahan-kesalahan di bawah ADB 1952 serta undang-undang yang berkaitan. Ini semua dilakukan bagi membolehkan kegiatan pengedaran dadah dapat dibanteras dan dilumpuhkan bagi menghalang kegiatan jenayah lain yang berkaitan dengan dadah. [78] Oleh itu adalah penting bagi siasatan yang melibatkan kes pengedaran dadah dilakukan dengan professional, berhati-hati dan sentiasa mematuhi peruntukan undang-undang. Ini bagi membolehkan keterangan-keterangan tersebut dikemukakan mengikut undang-undang semasa perbicaraan kelak. Sebarang ketidakpatuhan atau kecuaian dalam penyiasatan akan membawa padah kepada kegagalan pengemukaan keterangan yang dikehendaki oleh undang-undang semasa perbicaraan kelak. Pada masa yang sama pendakwaan berkaitan dengan kes-kes dadah perlu dilakukan dengan mematuhi prinsip undang-undang yang dinyatakan dalam Akta Dadah Berbahaya 1952, Kanun Prosedur Jenayah dan Akta Keterangan 1950 di samping dipandu arah oleh keputusan-keputusan mahkamah atasan berkenaan kes-kes dadah. Di samping itu para peguam yang mewakili anak guam juga hendaklah membela anak guam mereka berdasarkan kepada prinsip undang-undang bagi memastikan keadilan yang wajar dinikmati oleh anak guam mereka dapat dipertahankan. [79] Pada masa yang sama mahkamah yang mendengar kes-kes pengedaran dadah-dadah juga perlu memastikan keterangan-keterangan dikemukakan berdasarkan kepada Akta Dadah Berbahaya 1952, Kanun Prosedur Jenayah dan Akta Keterangan 1950 dan mematuhi kepada keputusan mahkamah atasan berkenaan dengan kes-kes dadah. Sesungguhnya kesepaduan di antara proses siasatan, pendakwaan, pembelaan dan perbicaraan serta penghakiman yang dilakukan dengan professional dan mengikut jalur undang-undang akan memastikan hasrat untuk membanteras aktiviti pengedaran dadah yang menjadi penyakit dalam masyarakat akan dapat dilaksanakan tanpa menggadaikan prinsip keadilan yang wajar dinikmati oleh seseorang yang dituduh di bawah ADB 1952. [80] Dalam konteks ini Pendakwa Raya dan peguambela seharusnya membantu mahkamah dengan mengemukakan keterangan-keterangan dan pembelaan yang wajar bagi membolehkan mahkamah jenayah yang mengendalikan perbicaraan kes-kes di bawah ADB 1952 dapat melaksanakan tugas dan amanahnya dengan sempurna. [81] Sebagai pelengkap adalah wajar untuk mahkamah meneliti pandangan yang dikemukakan berkenaan dengan tanggungjawab dan amanah yang perlu dilakukan mahkamah jenayah seperti yang diutarakan dalam artikel The Need for a Criminal Division of the High Court oleh David Ormerod, Current Legal Problems Vol. XX (2023) 1, halaman 2 walaupun artikel tersebut berkaitan dengan sistem mahkamah tinggi jenayah di United Kingdom namun ia menarik untuk direnungkan. David Ormerod menyatakan seperti berikut: “There is no obvious reason to assume that judging criminal cases is any easier than judging in any other branch of law. It requires the same skills of statutory interpretation; indeed, it is arguably more challenging in this respect given the volume and frequency of legislative amendment. It demands agility in applying the sometimes radically and frequently changing core common law principles, affecting the gravest offences of murder and manslaughter. Criminal trials also give rise to their share of constitutional issues and Human Rights Act challenges. There may be nothing special in these respects, but there are, I suggest, other matters that do render ‘criminal judgecraft’ truly distinctive.” Perintah Akhir [82] Akhirnya OKT1 dan OKT2 dibebaskan tanpa dipanggil membela diri bagi kesemua pertuduhan. Bertarikh: 15hb. November 2023 (ROSLAN MAT NOR) HAKIM MAHKAMAH TINGGI MALAYA TEMERLOH, PAHANG DARUL MAKMUR PIHAK-PIHAK: Bagi Pihak Pendakwaan Ain-Nur ‘Amiyerra Awod Abdullah Timbalan Pendakwa Raya Temerloh, Pahang Darul Makmur Bagi Pihak OKT1 G Ravishankar Tetuan R Shankar Gandhi & Associates Kuala Lumpur Bagi Pihak OKT2 Mohd Taufik Md Tahir Tetuan Rizal Hashim Kuantan, Pahang Darul Makmur
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.