Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERBICARAAN JENAYAH NO: BA-45-14-05/2019, BA-45-15-05/2019, BA-45-16-05/2019, BA-45-17-05/2019, 45A-36-05/2019, ANTARA PENDAKWA RAYA … PENDAKWAAN
BA-45A-37-05/2019
High Court of Malaysia20 Jan 2023
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERBICARAAN JENAYAH NO: BA-45-14-05/2019, BA-45-15-05/2019, BA-45-16-05/2019, BA-45-17-05/2019, 45A-36-05/2019, ANTARA PENDAKWA RAYA … PENDAKWAAN
1
1.
2
MISS TANYAPORN KAKHAM … TERTUDUH-TERTUDUH [ 1 ] Ketenangan suasana di sebuah rumah teres di Taman Muda, Ampang, yang didiami oleh Yap Yee Meng (Tertuduh Pertama), teman wanitanya Miss Tanyaporn Kakham, seorang warga Thailand (Tertuduh Kedua) bersama anak Tertuduh Pertama telah terganggu pada 23 Julai 2018, jam lebih kurang 6.10 petang. Rumah Tertuduh Pertama telah diserbu oleh pasukan polis diketuai Inspektor Muhd Izuan bin Razali (“SP4”) yang menerima maklumat aktiviti dadah di rumah tersebut. 19/04/2023 10:00:12 Kand. 26 [ 2 ] Apabila Tertuduh Pertama melihat polis di pintu depan, dia telah bergesa naik ke tingkat atas rumah dan SP4 telah mendengar bunyi seolah sesuatu jatuh di atas bumbung. Selepas lebih kurang 5 minit, Tertuduh Pertama telah turun semula dan membuka pintu gril rumah tersebut. [ 3 ] Hasil pemeriksaan polis, beberapa jenis dadah telah dijumpai di dalam tandas di tingkat dua rumah dan di atas bumbung belakang tandas tersebut. Tertuduh Pertama dan Tertuduh Kedua kemudiannya telah dituduh dengan pertuduhan-pertuduhan seperti di bawah – BA-45A-36-05/2019 “Pertuduhan Bahawa kamu bersama-sama pada 23 Julai 2018, jam lebih kurang 6.10 petang, bertempat di No. 23, Jalan Bunga Melur 11, Taman Muda, 68000 Ampang, di dalam daerah Hulu Langat, di dalam negeri Selangor Darul Ehsan telah didapati mengedar dadah berbahaya jenis Ketamine dengan berat bersih 50.13 gram dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama.” “Pertuduhan Bahawa kamu bersama-sama pada 23 Julai 2018, jam lebih kurang 6.10 petang, bertempat di No. 23, Jalan Bunga Melur 11, Taman Muda, 68000 Ampang, di dalam daerah Hulu Langat, di dalam negeri Selangor Darul Ehsan telah didapati mengedar dadah berbahaya jenis Methamphetamine dengan berat bersih 79.32 gram dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama.” “Pertuduhan Pertama Bahawa kamu bersama-sama pada 23 Julai 2018, jam lebih kurang 6.10 petang, bertempat di No. 23, Jalan Bunga Melur 11, Taman Muda, 68000 Ampang, di dalam daerah Hulu Langat, di dalam negeri Selangor Darul Ehsan telah didapati mengedar dadah berbahaya jenis Methamphetamine dengan berat bersih 28.31 gram dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen 39A(1) Akta yang sama.” “Pertuduhan Kedua Bahawa kamu bersama-sama pada 23 Julai 2018, jam lebih kurang 6.10 petang, bertempat di No. 23, Jalan Bunga Melur 11, Taman Muda, 68000 Ampang, di dalam daerah Hulu Langat, di dalam negeri Selangor Darul Ehsan telah didapati mengedar dadah berbahaya jenis Nimetazepam dengan berat bersih 8.47 gram dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen 39A(1) Akta yang sama.” BA-45-16-05/2019 “Pertuduhan Bahawa kamu bersama-sama pada 23 Julai 2018, jam lebih kurang 6.10 petang, bertempat di No. 23, Jalan Bunga Melur 11, Taman Muda, 68000 Ampang, di dalam daerah Hulu Langat, di dalam negeri Selangor Darul Ehsan telah didapati mengedar dadah berbahaya jenis Nimetazepam dengan berat bersih 0.02 gram dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen 12(3) Akta yang sama.” BA-45-17-05/2019 “Pertuduhan Pertama Bahawa kamu bersama-sama pada 23 Julai 2018, jam lebih kurang 6.10 petang, bertempat di No. 23, Jalan Bunga Melur 11, Taman Muda, 68000 Ampang, di dalam daerah Hulu Langat, di dalam negeri Selangor Darul Ehsan telah didapati mengedar dadah berbahaya jenis Ketamine dengan berat bersih 11.9 gram dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen 12(3) Akta yang sama.” “Pertuduhan Kedua Bahawa kamu bersama-sama pada 23 Julai 2018, jam lebih kurang 6.10 petang, bertempat di No. 23, Jalan Bunga Melur 11, Taman Muda, 68000 Ampang, di dalam daerah Hulu Langat, di dalam negeri Selangor Darul Ehsan telah didapati mengedar dadah berbahaya jenis 3, 4 methylenedioxymethamphetamine (MDMA) dengan berat bersih 14.52 gram dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen 39A(1) Akta yang sama.” KES PENDAKWAAN [ 4 ] Pada 23 Julai 2018, jam lebih kurang 6.10 petang, SP4 bersama pasukannya telah membuat operasi serbuan dadah di alamat dalam pertuduhan berdasarkan maklumat yang diterima dari orang awam. Pemerhatian ke atas alamat tersebut yang merupakan rumah teres dua tingkat telah dibuat dua hari sebelum serbuan dijalankan. Pada tarikh kejadian, SP4 dan pasukannya membuat pemerhatian lebih kurang 10 minit. Semasa pemerhatian, didapati pagar bertutup dan ada 1 kereta di garaj, pintu gril rumah bertutup, sliding terbuka. Tiada pergerakan keluar-masuk dalam tempoh pemerhatian itu. [ 5 ] SP4 telah membuka pintu pagar yang tidak berkunci. Terdapat gril yang berkunci walaupun pintu sliding terbuka. Apabila SP4 memanggil penghuni rumah, datang satu lelaki Cina turun dari tingkat atas rumah. SP4 telah kenalkan diri dan tunjuk kad kuasa serta meminta lelaki itu membuka pintu gril. Lelaki Cina itu (“Tertuduh Pertama”) tergesa-gesa dengan reaksi cemas dan risau naik semula ke tingkat atas dan selepas lebih kurang lima minit Tertuduh Pertama telah turun, mengambil kunci dari dinding berdekatan pintu rumah dan membuka pintu gril. [ 6 ] Semasa menunggu itu, SP4 telah mendengar bunyi bising di tingkat atas seperti benda jatuh yang sederhana besar jatuh ke atas bumbung; dengan bunyi berdengung, berbeza dari bunyi sesuatu yang jatuh di atas lantai. [ 7 ] Setelah Tertuduh Pertama membuka pintu, SP4 mendapati terdapat seorang kanak-kanak perempuan di tingkat bawah rumah. SP4 membawa Tertuduh Pertama ke tingkat atas dan mendapati ada seorang wanita (“Tertuduh Kedua”) yang kelihatan takut di ruang legar di tingkat atas itu. Setelah menerangkan tujuan kedatangannya, SP4 telah menjalankan pemeriksaan di dalam tandas berhadapan ruang legar dengan disaksikan kedua-dua Tertuduh. [ 8 ] Terdapat satu kotak plastik hitam (P25) dengan tudung terbuka di atas tong air dalam tandas itu. Pemeriksaan SP4 menjumpai 1 keping aluminium foil merah silver berisi 5 biji pil disyaki Eramin 5. Selain itu terdapat juga lain-lain foil disyaki berisi dadah syabu. SP4 telah periksa juga tingkap tandas dan nampak beberapa barang berterabur atas bumbung di luar tingkap tandas tersebut. SP4 ke bumbung itu melalui tingkap bilik kanan sebelah tandas itu dan terpaksa memecahkan mangga untuk membuka gril memanjat turun ke bumbung di luar tingkap tandas tersebut. [ 9 ] Setelah diperiksa, barang-barang di atas bumbung itu terdiri dari beberapa peket aluminium bertulis “Boh ice tea” mengandungi serbuk disyaki ecstacy, plastik lutsinar berisi bahan disyaki syabu, 3 sampul surat berisi kepingan aluminium foil disyaki Eramin 5, 1 kotak telefon berisi peket-peket biru berisi plastik lutsinar mengandungi bahan disyaki ketamin dan 1 kotak telefon berisi aluminium foil disyaki syabu. [ 10 ] Semua barang kes telah dirampas dan dikawal oleh SP4 dan dibawa ke IPD Ampang Jaya bersama kedua-dua Tertuduh dan anak Tertuduh Pertama. Setelah membuat urusan penandaan, timbangan dan dokumentasi serta laporan polis (P30, P31 dan P32), SP4 telah menyerahkan kedua-dua Tertuduh dan barang kes kepada pegawai penyiasat SP6 pada jam lebih kurang 11 hingga 12.00 malam. [ 11 ] Barang kes yang diterima dari SP4 telah disimpan selamat oleh SP6 dan dihantar kepada Ahli Kimia (SP3) untuk analisa bersama Pol.31 (P28). Satu resit Jabatan Kimia Malaysia telah dikeluarkan oleh SP3 (P29) dengan nombor makmal 18-FR-B-17057. SP3 telah menjalankan analisa kimia ke atas barang kes dan menyediakan Laporan Kimia (P30). Barang kes serta laporan kimia telah dikembalikan semula kepada SP6. Sementara menunggu perbicaraan, barang kes telah disimpan selamat di stor barang kes dan dikeluarkan hanya untuk perbicaraan di mahkamah. [ 12 ] SP4, SP3, SP1 dan SP6 telah mengecam barang kes yang dikemukakan di mahkamah dan ditandakan sebagai P25, P26 dan P27. ANALISA DAN DAPATAN KES PENDAKWAAN [ 13 ] Di akhir kes pendakwaan, mahkamah perlu memutuskan sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie atas pertuduhan terhadap Tertuduh. Dalam membuat keputusan ini, mahkamah hendaklah membuat penilaian maksima semua keterangan yang telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan untuk membuktikan semua elemen pertuduhan terhadap Tertuduh. Lihat kes-kes PP v Mohd Radzi Abu Bakar [2005] 6 MLJ 393; Looi Kow Chai & Anor v. PP [2003] 2 MLJ 65; Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85. [ 14 ] Elemen-elemen yang perlu dibuktikan bagi pertuduhan mengedar dadah dalam kes ini ialah – a. Dadah tersebut adalah sejenis dadah yang disenaraikan dalam Jadual Pertama Akta tersebut; b. OKT mempunyai jagaan, kawalan dan pengetahuan terhadap dadah tersebut (milikan mens rea); c. OKT telah mengedar dadah tersebut; dan d. Niat bersama antara kedua-dua Tertuduh di bawah seksyen 34 Kanun Keseksaan. Elemen pertama – dadah tersebut adalah sejenis dadah yang disenaraikan dalam Jadual Pertama ADB 1952 [ 15 ] Keterangan SP3 secara bertulis (PSP3) dan lisan serta Laporan Kimia P30 mengesahkan bahan dalam barang kes yang dirampas adalah–
a
Ketamine dengan berat bersih 50.13 gram (seksyen 39B(1)(a) ADB 1952);
b
Methamphetamine dengan berat bersih 79.32 gram (seksyen 39B(1)(a) ADB 1952;
c
Nimetazepam dengan berat bersih 0.02 gram (seksyen 12(2) / 12(3) ADB 1952;
d
Ketamine dengan berat bersih 11.9 gram (seksyen 12(2) / 12(3) ADB 1952;
e
3, 4 methylenedioxymethamphetamine (MDMA) dengan berat bersih 14.52 gram (seksyen 12(2) / 30A(1) ADB 1952;
f
Methamphetamine dengan berat bersih 28.31 gram (seksyen 12(2) / 39A(1) ADB 1952;
g
Nimetazepam dengan berat bersih 8.47 gram (seksyen 12(2) / 30A(1) ADB 1952. [ 16 ] Kesemua dadah berbahaya di atas disenaraikan dalam Jadual Pertama ADB 1952. Tiada cabaran serius kepada keterangan SP3. Mahkamah menerima hasil analisa dan keterangan SP1 selaras prinsip dalam kes Munusamy Vengadasalam v PP [1987] 1 CLJ 250. Elemen kedua – Kedua-dua Tertuduh mempunyai jagaan, kawalan dan pengetahuan terhadap dadah tersebut (milikan mens rea) [ 17 ] Mahkamah mendapati keterangan yang dikemukakan telah membuktikan jagaan dan kawalan atas dadah berkenaan terhadap Tertuduh Pertama sahaja. Milikan premis oleh Tertuduh Pertama telah dibuktikan melalui keterangan SP5, ayah Tertuduh Pertama yang mengesahkan dia tinggal di rumah tempat kejadian. Fakta ini disokong oleh dokumen P34 dan P37. [ 18 ] Perbuatan Tertuduh Pertama tergesa-gesa naik ke tingkat atas dengan reaksi cemas dan risau setelah SP4 mengenalkan dirinya polis merupakan satu tindak balas yang relevan. Begitu juga bunyi sesuatu jatuh di atas bumbung semasa Tertuduh Pertama berada di tingkat atas rumah. SP4 yang membuat pemeriksaan di dalam tandas di tingkat atas telah menjumpai dadah di dalam kotak hitam di atas tong air dan melihat dadah yang berada di atas bumbung di luar tandas. Kaitan perbuatan Tertuduh Pertama tergesa-gesa naik ke tingkat atas dengan masa yang diambil sebelum membuka pintu gril, bunyi sesuatu jatuh di atas bumbung dan jumpaan barang-barang disyaki dadah adalah keterangan ikut keadaan (circumstantial evidence) yang kaitannya amat kuat dan dekat yang mahkamah boleh menyimpulkan jagaan dan kawalan ke atas barang kes dadah oleh Tertuduh Pertama. Dengan pembuktian elemen jagaan dan kawalan ini, elemen pengetahuan dibuktikan menggunakan anggapan di bawah seksyen 37(d) ADB 1952. [ 19 ] Walau bagaimanapun, elemen milikan mens rea tidak dibuktikan ke atas Tertuduh Kedua. Tiada keterangan perbuatan agresif dari Tertuduh Kedua berkaitan barang kes dadah. Tertuduh hanya dijumpai berdiri di ruang legar tingkat atas dalam keadaan pasif. Berkaitan surat P38 yang menunjukkan Tertuduh Kedua menggunakan alamat rumah Tertuduh Pertama, tiada pengesahan penerimaan Tertuduh Kedua di atas surat tersebut. SP5 ayah Tertuduh Pertama tidak mengetahui sama ada Tertuduh Kedua tinggal di rumah itu atau tidak, malah tidak pernah berjumpa Tertuduh Kedua sehingga dia dituduh di mahkamah dengan Tertuduh Pertama. Pihak pendakwaan tidak pula memanggil anak Tertuduh Pertama untuk mengesahkan status hubungan kedua-dua Tertuduh dan sama ada Tertuduh Kedua sememangnya menetap dengan dia dan Tertuduh Pertama di rumah itu. Pengesahan anak Tertuduh Pertama kepada pegawai penyiasat SP6 sahaja tanpa memanggil anak tersebut adalah keterangan dengar cakap (hearsay). Tanpa lain-lain kaitan dengan barang kes selain berdiri di ruang legar, elemen jagaan dan kawalan barang kes dadah tidak dapat dibuktikan ke atas Tertuduh Kedua atas penilaian maksima. Elemen Ketiga – kedua-dua Tertuduh telah mengedar dadah tersebut [ 20 ] Perbuatan Tertuduh Pertama meyimpan dadah menarik takrifan mengedar dadah di bawah seksyen 2 ADB 1952. Bilangan dan jenis dadah yang berbeza dan berat dadah dalam pertuduhan pengedaran dadah yang melebihi penggunaan sendiri, malah tiada cadangan bahawa jumlah dadah tersebut adalah untuk kegunaannya membolehkan mahkamah membuat inferen bahawa Tertuduh Pertama telah mengedar dadah tersebut. Elemen Niat Bersama di bawah seksyen 34 Kanun Keseksaan [ 21 ] Oleh kerana elemen milikan mens rea tidak dibuktikan ke atas Tertuduh Kedua seperti analisa di atas (supra) maka elemen niat bersama juga gagal dibuktikan dalam kes ini. ISU BERBANGKIT Tiada pengesanan cap jari atau analisa DNA dibuat atas barang kes dadah. [ 22 ] Perkara ini tidak menjejaskan kes pendakwaan kerana hanya ada tiga orang dalam rumah sewaktu kejadian. Tiada cadangan dari pihak pembelaan yang orang lain duduk di rumah itu. Bunyi barang jatuh di atas bumbung rumah adalah terlalu kecil dan ringan untuk keluarkan bunyi yang kuat hingga boleh didengar oleh SP4 yang berada di pintu gril di tingkat bawah. [ 23 ] Mahkamah mendapati sampul surat, plastik dan kotak Oppo yang berada di atas bumbung di luar tandas tidak kosong tapi berisi barang-barang dadah dengan anggaran berat kasar lebih kurang dua kilogram. Apabila dibuang dari satu jarak ketinggian barang-barang ini akan mengeluarkan bunyi. SP4 dan SP6 juga mengatakan rumah tiada banyak perabot, jadi kurang barangan yang boleh menyerap bunyi dengan keadaan pintu yang terbuka. [ 24 ] Barang-barang kes juga berkeadaan bersih tiada kotoran atau kesan telah lama berada di atas bumbung tersebut. Ini konsisten dengan kemungkinan baru sahaja dibuang. Tiada juga cadangan dari pihak pembelaan bahawa barang-barang itu telah lama berada di atas bumbung tersebut. Tiada gambar bilik yang dikatakan SP4 telah dipecahkan mangga gril tingkap untuk memanjat ke atas bumbung di luar tandas. [ 25 ] Pada peringkat ini, keterangan lisan SP4 boleh diterima oleh mahkamah kerana ia bukanlah keterangan yang tidak munasabah. Pihak pembelaan hanya membuat cadangan yang keterangan SP4 adalah rekaan dan cadangan ini telah dinafikan oleh SP4. Pada peringkat ini, mahkamah mendapati kredibiliti SP4 tidak terjejas. KEPUTUSAN DI AKHIR KES PENDAKWAAN Tertuduh Pertama: Pertuduhan memiliki dadah berbahaya: [ 26 ] Setelah meneliti keterangan saksi-saksi Pendakwaan, kesemua ekshibit yang dikemukakan, menimbang hujahan yang telah disampaikan oleh kedua-dua pihak, serta setelah diaplikasikan penilaian maksima terhadap kesemua keterangan yang dikemukakan, mahkamah mendapati yang pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan wujudnya suatu kes ‘prima facie’ terhadap Tertuduh Pertama Yap Yee Meng berdasarkan keterangan langsung dan mengikut keadaan dengan bergantung kepada anggapan di bawah seksyen 37(d) ADB 1952 bagi kesemua 5 pertuduhan milikan dadah di bawah seksyen 12(2)/12(3) [P10, P12] dan 12(2)/39A(1) [P6, P8, P14]. Tertuduh Pertama diperintahkan membela diri terhadap 5 pertuduhan itu. Pertuduhan mengedar dadah berbahaya: [ 27 ] Pihak pendakwaan juga berdasarkan keterangan langsung dan mengikut keadaan setelah diaplikasi penilaian maksima, telah berjaya membuktikan kes prima facie dengan bergantung kepada anggapan di bawah seksyen 37(d) bagi elemen milikan mens rea dan tafsiran mengedar dadah di bawah seksyen 2, ADB 1952 terhadap Tertuduh Pertama bagi dua pertuduhan mengedar dadah di bawah seksyen 39B(1)(a)/39B(2) ADB 1952 [P2 dan P4]. Tertuduh Pertama diperintahkan untuk membela diri terhadap dua pertuduhan tersebut. Tertuduh Kedua: [ 28 ] Sementara itu, bagi Tertuduh Kedua Miss Tanyaporn Kakham, mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen milikan mens rea setelah mengaplikasikan penilaian maksima atas keterangan. Elemen niat bersama antara Tertuduh Pertama dengan Tertuduh Kedua di bawah seksyen 34 Kanun Keseksaan juga telah gagal dibuktikan. Tiada kes prima facie terhadap Tertuduh Kedua, lalu mahkamah melepas dan membebaskan Tertuduh Kedua daripada kesemua pertuduhan. [ 29 ] Seterusnya, mahkamah telah meminda semua pertuduhan ke atas Tertuduh Pertama dengan mengeluarkan elemen niat bersama di bawah seksyen 34 Kanun Keseksaan seperti berikut – BA-45A-36-05/2019 Pertuduhan pindaan “Bahawa kamu pada 23 Julai 2018, jam lebih kurang 6.10 petang, bertempat di No. 23, Jalan Bunga Melur 11, Taman Muda, 68000 Ampang, di dalam daerah Hulu Langat, di dalam negeri Selangor Darul Ehsan telah didapati mengedar dadah berbahaya jenis Ketamine dengan berat bersih 50.13 gram dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama.” Pertuduhan pindaan “Bahawa kamu pada 23 Julai 2018, jam lebih kurang 6.10 petang, bertempat di No. 23, Jalan Bunga Melur 11, Taman Muda, 68000 Ampang, di dalam daerah Hulu Langat, di dalam negeri Selangor Darul Ehsan telah didapati mengedar dadah berbahaya jenis Methamphetamine dengan berat bersih 79.32 gram dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama.” BA-45-16-05/2019 Pertuduhan pindaan “Bahawa kamu pada 23 Julai 2018, jam lebih kurang 6.10 petang, bertempat di No. 23, Jalan Bunga Melur 11, Taman Muda, 68000 Ampang, di dalam daerah Hulu Langat, di dalam negeri Selangor Darul Ehsan telah didapati mengedar dadah berbahaya jenis Nimetazepam dengan berat bersih 0.02 gram dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 12(3) Akta yang sama.” BA-45-17-05/2019 Pertuduhan Pindaan Pertama “Bahawa kamu pada 23 Julai 2018, jam lebih kurang 6.10 petang, bertempat di No. 23, Jalan Bunga Melur 11, Taman Muda, 68000 Ampang, di dalam daerah Hulu Langat, di dalam negeri Selangor Darul Ehsan telah didapati mengedar dadah berbahaya jenis Ketamine dengan berat bersih 11.9 gram dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 12(3) Akta yang sama. Pertuduhan Pindaan Kedua “Bahawa kamu pada 23 Julai 2018, jam lebih kurang 6.10 petang, bertempat di No. 23, Jalan Bunga Melur 11, Taman Muda, 68000 Ampang, di dalam daerah Hulu Langat, di dalam negeri Selangor Darul Ehsan telah didapati mengedar dadah berbahaya jenis 3, 4 methylenedioxymethamphetamine (MDMA) dengan berat bersih 14.52 gram dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39A(1) Akta yang sama.” Pertuduhan Pindaan Pertama “Bahawa kamu pada 23 Julai 2018, jam lebih kurang 6.10 petang, bertempat di No. 23, Jalan Bunga Melur 11, Taman Muda, 68000 Ampang, di dalam daerah Hulu Langat, di dalam negeri Selangor Darul Ehsan telah didapati mengedar dadah berbahaya jenis Methamphetamine dengan berat bersih 28.31 gram dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39A(1) Akta yang sama.” Pertuduhan Pindaan Kedua “Bahawa kamu pada 23 Julai 2018, jam lebih kurang 6.10 petang, bertempat di No. 23, Jalan Bunga Melur 11, Taman Muda, 68000 Ampang, di dalam daerah Hulu Langat, di dalam negeri Selangor Darul Ehsan telah didapati mengedar dadah berbahaya jenis Nimetazepam dengan berat bersih 8.47 gram dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39A(1) Akta yang sama.” [ 30 ] Semua pertuduhan pindaan telah dibacakan kepada Tertuduh Pertama dan Tertuduh Pertama kekal tidak mengaku salah dan minta dibicarakan. KES PEMBELAAN TERTUDUH PERTAMA [ 31 ] Tertuduh Pertama memberi keterangan bersumpah sebagai SD1. Naratif Tertuduh Pertama ialah pada tarikh kejadian dia, Tertuduh Kedua dan anak perempuannya berada di rumah. Dia mendengar loceng rumah dibunyikan dan melihat satu lelaki di luar gate yang mencari seorang bernama “Ah Ming”. Setelah Tertuduh Pertama mengakui dialah orangnya, lelaki itu telah memperkenalkan diri polis dan meminta pintu dibuka. Tertuduh Pertama minta tunggu sekejap kerana dia mahu mengambil kunci di tingkat atas. Setelah turun semula dengan kunci, Tertuduh Pertama telah membuka pintu gril rumah. Ketika itu Tertuduh Pertama melihat terdapat 4 ke 5 lelaki dan perempuan di luar rumah. [ 32 ] Tertuduh Pertama mendakwa telah dipukul oleh pihak polis di tingkat bawah di hadapan Tertuduh Kedua dan anaknya. Kemudian Tertuduh Pertama telah dibawa ke tingkat atas dan diarahkan berdiri di hadapan tandas menghadap ke tingkap. Tertuduh melihat satu tangan membaling sesuatu melalui tingkap tandas. Pihak polis telah mengutip barang yang dibuang tadi dan memasukannya ke dalam satu kotak hitam seperti dalam gambar dan seterusnya membawa kotak hitam, Tertuduh Pertama dan anaknya ke balai polis. [ 33 ] Tertuduh Pertama tidak mengemukakan apa-apa keterangan berkaitan dadah yang dijumpai di atas bumbung di luar tingkap tandas itu. Tertuduh Pertama juga tidak memanggil lain-lain saksi. ANALISA PEMBELAAN TERTUDUH PERTAMA [ 34 ] Di akhir kes pembelaan tugas mahkamah ialah untuk meneliti pembelaan Tertuduh dengan keterangan pihak pendakwaan dan menimbangkan keseluruhan keterangan sebelum memutuskan sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah mengikut seksyen 182A Kanun Tatacara Jenayah. Sama ada Tertuduh Pertama berjaya menyangkal anggapan pengetahuan di bawah seksyen 37(d) ADB 1952. [ 35 ] Tertuduh Pertama mempunyai beban untuk menyangkal anggapan pengetahuan di bawah seksyen 37(d) ADB 1952 bagi kesemua pertuduhan memiliki dadah berbahaya dan mengedar dadah berbahaya.
a
Pertuduhan memiliki dadah dalam kotak hitam P25 di dalam tandas tingkat atas: [ 36 ] Pertuduhan-pertuduhan yang berkaitan adalah seperti berikut -
1
[45-15-05/2019 (28.31 gram Metamphetamine)], dijumpai dalam tandas tingkat atas – sek 12(2) / 39A(1);
2
[45-15-05/2019 (8.47 gram Nimetazepam)], dijumpai dalam tandas tingkat atas – sek. 12(2) /39A(1);
3
[45-16-05/2019 (0.02 gram Nimetazepam)], dijumpai dalam tandas tingkat atas – sek. 12(2) / 12(3). [ 37 ] Mahkamah mendapati pembelaan Tertuduh Pertama yang dia melihat tangan seseorang membuang sesuatu benda ke dalam tandas dari luar tingkap tandas dan dikutip oleh pihak polis lalu memasukkan benda itu ke dalam kotak hitam P25 adalah suatu rekaan baru (recent invention) yang tidak dicadangkan kepada saksi-saksi pendakwaan. [ 38 ] Mahkamah tidak mempercayai pembelaan ini dan mendapati Tertuduh Pertama gagal menyangkal anggapan pengetahuan di bawah seksyen 37(d) ADB 1952 bagi dadah yang dijumpai dalam kotak hitam P25 di dalam tandas. Pihak pendakwaan telah membuktikan kes terhadap Tertuduh Pertama tanpa keraguan munasabah. Sehubungan itu, Tertuduh Pertama disabitkan dengan pertuduhan memiliki dadah berbahaya di bawah kes no. 45-15-05/2019 (dua pertuduhan) dan 45-16- 05/2019.
b
Pertuduhan memiliki dadah berbahaya dan pertuduhan mengedar dadah berbahaya bagi dadah di atas bumbung di luar tandas. [ 39 ] Pertuduhan-pertuduhan yang berkaitan adalah seperti di bawah –
1
[45-17-05/2019 (11.9 gram Ketamin)] – sek. 12(2) / 12(3);
2
[45-17-05/2019 (14.52 gram MDMA)] – sek. 12(2) / 39A(1);
3
[45A-36-05/2019 (50.3 grams Ketamine)] – seksyen 39B(1)(a);
4
[45A-37-05/2019 (79.32 gram Methamphetamine)] - sek. 39B(1)(a). [ 40 ] Mahkamah mendapati pembelaan Tertuduh Pertama berkaitan dadah di atas bumbung di luar tandas terjumlah kepada satu penafian terhadap naratif kes pendakwaan apabila menghentikan naratifnya sehingga jumpaan dadah di dalam tandas sahaja. Tertuduh Pertama dalam pembelaannya mengatakan bilik yang dikatakan telah dipecahkan mangga gril oleh SP4 ialah bilik stor, tetapi menafikan terus keterangan SP4 telah keluar ke bumbung melalui tingkap bilik tersebut. Cabaran dan penafian ini telah dicadangkan kepada saksi pendakwaan semasa kes pendakwaan lagi. Pembelaan juga menyoal kenapa tiada gambar tingkap yang dikatakan dipecahkan mangga gril dikemukakan di mahkamah. [ 41 ] Sekalipun mahkamah tidak mempercayai pembelaan Tertuduh Pertama tetapi masih perlu meneliti pembelaannya itu dan menimbangkan keseluruhan keterangan yang dikemukakan untuk memutuskan sama ada Tertuduh Pertama berjaya menyangkal anggapan pengetahuan di bawah seksyen 37(d) ADB 1952 atau berjaya menimbulkan keraguan ke atas kes pendakwaan. [ 42 ] Bagi tujuan ini mahkamah telah meneliti dan menimbangkan keseluruhan keterangan termasuk gambar-gambar tempat kejadian dan mendapati – • gambar tempat kejadian P18(14) ialah gambar bumbung diambil dari dalam tandas dan gambar P18(15) adalah bumbung dari luar tandas yang setelah diteliti, menunjukkan terdapat perbezaan pada keadaan bumbung di gambar 14 dengan keadaan bumbung di gambar 15. Dalam gambar 15 menunjukkan bumbung yang kelihatan dibuat dari kepingan atap tersusun berwarna kelabu. Walau bagaimanapun, bumbung dari gambar 14 menunjukkan atap yang berbeza iaitu kelihatan seperti kepingan-kepingan atap yg lurus memanjang dan berwarna keperangan. Tiada penjelasan kepada perbezaan ini; dan • Di atas bumbung gambar 15 juga terdapat cebisan putih (sampah) yang tidak kelihatan pada gambar 14. [ 43 ] Mahkamah berpendapat perbezaan dalam dua gambar ini menunjukkan bumbung yang berlainan, justeru apabila dapatan ini dinilai bersama fakta tiadanya gambar bilik stor dan tingkap yang mangganya telah dipecahkan, menyebabkan penafian Tertuduh Pertama (bahawa kejadian SP4 keluar tingkap dan menjumpai barang dadah tersebut sebagai tidak pernah berlaku) cukup untuk membangkitkan keraguan dalam minda mahkamah terhadap kes pendakwaan dan berjaya menyangkal anggapan pengetahuan di bawah seksyen 37(d) ADB 1952 bagi pertuduhan memiliki dan mengedar dadah berbahaya yang dijumpai di atas bumbung di luar tandas. [ 44 ] Mahkamah dibimbing oleh prinsip dalam kes Mat v PP [1963] 29 MLJ 263 – “If you do not accept or believe the accused’s explanation but nevertheless it raises in your mind a reasonable doubt as to his guilt – acquit.” [ 45 ] Dengan tersangkalnya anggapan pengetahuan di bawah seksyen 37(d) ADB 1952 tersebut, pihak pendakwaan telah gagal membuktikan pertuduhan-pertuduhan milikan dadah berbahaya dan pengedaran dadah berbahaya tanpa keraguan munsabah. Sehubungan itu, Tertuduh Pertama dilepas dan dibebaskan dari pertuduhan-pertuduhan 45-17- 05/2019 (2 pertuduhan), 45A-36-05/2019 dan 45A-37-05/2019. HUKUMAN BAGI SABITAN PERTUDUHAN MEMILIKI DADAH BERBAHAYA [ 46 ] Bagi pertuduhan memiliki dadah berbahaya dalam kes 45-15- 05/2019 (28.31 gram Metamphetamine) kesalahan di bawah seksyen 12(2) dan hukuman yang diperuntukkan di bawah seksyen 39A(1) ialah pemenjaraan tidak kurang dari dua tahun dan tidak melebihi lima tahun dan tidak kurang dari tiga sebatan tetapi tidak melebihi sembilan sebatan. [ 47 ] Bagi pertuduhan memiliki dadah berbahaya dalam kes 45-15- 05/2019 (8.47 gram Nimetazepam), kesalahan di bawah seksyen 12(2) dan hukuman yang diperuntukkan di bawah seksyen 39A(1) ialah pemenjaraan tidak kurang dari dua tahun dan tidak melebihi lima tahun dan tidak kurang dari tiga sebatan tetapi tidak melebihi sembilan sebatan. [ 48 ] Bagi pertuduhan memiliki dadah berbahaya dalam kes 45-16- 05/2019 (0.02 gram Nimetazepam), kesalahan di bawah seksyen 12(2) dan hukuman yang diperuntukkan di bawah seksyen 12(3) adalah denda tidak melebihi RM100,000.00 atau pemenjaraan bagi tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya. [ 49 ] Sebelum menjatuhkan hukuman, peguam yang bijaksana telah mengemukakan mitigasi bagi pihak Tertuduh Pertama seperti berikut – • Tertuduh Pertama sekarang berusia 46 tahun; • Bersekolah hanya hingga tingkatan dua; • Sebelum ditangkap bekerja sebagai penjual mee dengan pendapatan RM 3,000 hingga RM 4,000 sebulan; • Mempunyai anak perempuan dan bapa yang sudah tua; • Tertuduh Pertama kesal dan insaf perbuatannya dan tidak akan mengulangi lagi; • Tertuduh Pertama memohon hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap iaitu 23.7.2018; • Tertuduh Pertama juga tiada rekod lampau dan ini adalah kesalahan pertama. [ 50 ] Timbalan Pendakwa Raya yang bijaksana pula telah mengemukakan faktor-faktor pemberat seperti berikut – • Tertuduh Pertama disabitkan atas dua pertuduhan di bawah seksyen12(2) / 39A(1) dan satu pertuduhan di bawah seksyen 12(2) / 12(3); • Pihak pendakwaan memohon hukuman maksima ke atas Tertuduh Pertama iaitu lima tahun penjara bagi pertuduhan di bawah seksyen 12(2) / 39A(1) dan maksima 9 sebatan; • Tertuduh Pertama sudah berada dalam reman hampir lima tahun.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.