Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN
BA-45A-50-08/2020
High Court of Malaysia4 Aug 2023
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“with those authorities. In Mohd Farid, after the passage reproduced in his judgment in the present case, he had said, at p. 421 H-I, in reference to Director of Public Prosecutions v. Wishart Brooks [1974] AC 862 and Neo Koon Cheo v. R [1959] 1 LNS 64, "Both these cases support the proposition that knowledge of the nat”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN
2
MUHAMMAD ALIFF AFIQQI BIN RAZALI PERBICARAAN JENAYAH NO: BA-45-27-09/2020 MUHAMMAD ALIFF AFIQQI BIN RAZALI …TERTUDUH PERBICARAAN JENAYAH NO: BA-45-28-09/2020 MOHAMMAD ASYRAAF BIN HASHIM … ALASAN PENGHAKIMAN Pengenalan [1] Tertuduh pertama adalah seorang pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa (KUIS) manakala tertuduh kedua yang bukan pelajar KUIS, menumpang bilik tertuduh pertama pada hari tangkapan. Kedua-dua tertuduh menghadapi pertuduhan dengan niat bersama mengedar dadah dan pertuduhan memiliki dadah. Masing-masing turut menghadapi pertuduhan memiliki dadah yang dipertuduhkan secara berasingan. [2] Pertuduhan terhadap kedua-dua tertuduh adalah seperti berikut: BA-45A-50-08/2020 pertuduhan mengedar dadah terhadap kedua-dua OKT Bahawa kamu bersama-sama pada 10 Februari 2020 jam lebih kurang antara 11 hingga 12 malam bertempat di Bilik P1-1004-B, Tingkat 10, Blok P1, di asrama Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) di dalam Daerah Hulu Langat di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan telah mengedar dadah berbahaya iaitu cannabis seberat 290.95 gram dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 39B
1
(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dibaca dengan seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama. BA-45A-50-08/2020 pertuduhan memiliki dadah terhadap kedua-dua OKT Bahawa kamu bersama-sama pada 10 Februari 2020 jam lebih kurang antara 11 hingga 12 malam bertempat di Bilik P1-1004-B, Tingkat 10, Blok P1, di asrama Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) di dalam Daerah Hulu Langat di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan telah didapati dalam milikan kamu dadah berbahaya iaitu cannabis seberat 0.77 gram dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 6 Akta yang sama dibaca dengan seksyen 34 Kanun Keseksaan. BA-45-27-09/2020 pertuduhan memiliki dadah terhadap OKT2 Bahawa kamu pada 10 Februari 2020 jam lebih kurang antara 11 hingga 12 malam bertempat di Bilik P1-1004-B, Tingkat 10, Blok P1, di asrama Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) di dalam Daerah Hulu Langat di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan telah didapati dalam milikan kamu dadah berbahaya iaitu cannabis seberat 12.35gram dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 6 Akta yang sama. BA-45-28-09/2020 pertuduhan memiliki dadah terhadap OKT1 Bahawa kamu pada 10 Februari 2020 jam lebih kurang antara 11 hingga 12 malam bertempat di Bilik P1-1004-B, Tingkat 10, Blok P1, di asrama Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) di dalam Daerah Hulu Langat di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan telah didapati dalam milikan kamu dadah berbahaya iaitu cannabis seberat 0.86gram dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 6 Akta yang sama. [3] Bagi pertuduhan pertama, dadah ditemui dalam tin berwarna emas CHOCO BEAR yang dibaling keluar oleh OKT2 dari tingkap bilik asrama OKT1 ketika pemeriksaan premis dilakukan oleh warden/felo yang terdiri di antaranya SP3 (Ustaz Asri) dan SP6 (ustaz Hafiz). Bagi pertuduhan kedua memiliki dadah oleh kedua-dua OKT, dadah ditemui di atas sekeping kertas terbuka di atas deretan 3 meja yang mengadap dinding, terletak berhampiran tingkap di mana tin berwarna emas dibaling (lihat rajah kasar P14A). [4] Semasa rondaan oleh pasukan warden KUIS dibuat dan pasukan warden memasuki asrama OKT1 di aras 10 parcel 1 unit 1004-B, pintu bilik yang dibuka dari dalam oleh salah seorang daripada OKT tersebut. Asrama ini mempunyai 3 bilik dan warden KUIS telah masuk ke bilik no.2 setelah dibuka. Bilik ini mempunyai 2 katil single dan satu katil double decker serta 4 meja dan 4 kerusi untuk belajar. Bilangan pelajar yang mendiami bilik ini walau bagaimanapun tidak dapat dipastikan oleh mana-mana ahli warden SP3 mahupun SP6. [5] Walau bagaimanapun, menurut SP8 pelajar yang juga mendiami bilik ini, bilik ini hanya didiami oleh dia dan OKT1 sahaja. Jawapan SP8 berubah semasa soalbalas apabila SP8 bersetuju bahawa bilik 2 ini turut diduduki oleh beberapa sahabat OKT1 sama ada berupa pelajar KUIS ataupun dari luar. SP8 sendiri menumpang bilik sahabatnya di parcel 3 KUIS kerana sahabatnya mengikuti kursus yang sama. [6] Pada hari rondaan, semasa masuk ke bilik, SP6 nampak kedua-dua OKT berada di kerusi mengadap deretan meja belajar. Menurut SP3, OKT1 berada di meja berdepan dengan laptop. SP6 nampak bungkusan atas meja atas kertas putih berupa seperti serbuk yang telah hancur seperti tembakau. SP6 juga nampak satu tin biskut segi empat berwarna emas berada di bawah meja di tengah-tengah kaki meja. Apabila ditanya apa dalam tin, OKT2 tiba-tiba mengambil tin tersebut dan mencampak tin berwarna emas ini keluar melalui tingkap. [7] SP6 melihat melalui tingkap bilik dan nampak tin tersebut jatuh di aras 6. SP6 meminta rakan wardennya untuk memantau kedua-dua OKT manakala SP6 turun ke aras 6 untuk melihat tin tersebut. Tin tersebut dapat dilihat jatuh di kawasan kosong tiada pelajar dan setelah tin ditemui, SP6 telah membuat panggilan telefon kepada pihak polis untuk makluman dan tindakan mereka. [8] Setelah SP11 dari Balai Polis Bangi hadir, SP11 dan pasukan menuju ke bilik OKT di aras 10. Ketika SP11 memasuki bilik, SP11 telah mengarahkan warden/felo untuk kekal di luar bilik. Hasil pemeriksaan oleh SP11 menemui kertas putih dan daun-daun rokok atas meja. Setelah disoal mengenai apa-apa barang salah lain, kedua-dua OKT didapati mempunyai dalam milikan dan/atau kawalan mereka paket kecil disyaki megandungi dadah. [9] Hasil soal-siasat SP11, dadah yang menjadi subjek pertuduhan memiliki ke atas OKT2 dikeluarkan oleh OKT2 dari dalam poket sebelah kanan seluar yang dipakainya manakala dadah yang menjadi subjek pertuduhan memiliki ke atas OKT1 pula dibawa keluar oleh OKT1 dari dalam laci di bawah salah sebuah deretan 3 meja tersebut. [10] Salah seorang warden iaitu ustaz Asri SP3 telah memaklumkan kepada SP11 mengenai tin berwarna emas yang dicampak keluar oleh OKT2 melalui tingkap. SP11 telah arahkan Kpl Farhan SP12 untuk mencari tin tersebut yang ditemui Kpl Farhan berada bersama SP6 dalam pantauannya di aras 6. Carian ke aras 6 oleh SP12 ditemani oleh SP3 ustaz Asri sehingga bertemu SP6 Ustaz Hafiz yang berada berdekatan tin emas tersebut yang dilihat SP3 tidak bertutup. [11] Hasil pemeriksaan ke atas tin berwarna emas tersebut mengandungi beberapa ketulan mampat disyaki ganja. SP11 telah membuat laporan polis atas penemuan barang-barang rampasan ini Bangi Repot 397/2020 ditanda sebagai P18. [12] Barang-barang rampasan berupa barang salah ini dihantar ke Jabatan Kimia untuk analisa dan disahkan oleh ahli kimia SP5 ia adalah cannabis dengan berat sebagaimana pertuduhan. Isu yang ditimbulkan dalam kes pendakwaan [13] Isu yang dibangkitkan dalam pembelaan tertuduh ialah jika tin berwarna emas yang ditemui dan dipantau oleh SP6 di aras 6 adalah tin yang sama yang dibaling keluar oleh OKT2 berdasarkan atas isu deskripsi warna dan sama ada tin tersebut bertutup atau tidak semasa dicampak. Mahkamah berpendapat adalah tidak logik untuk disimpulkan sebagai suatu kebetulan terdapat satu tin lain yang mengandungi dadah ditemui di aras 6 dibiarkan tanpa pengawasan oleh sesiapa sehinggalah ditemui oleh SP6. [14] Mahkamah membuat dapatan bahawa tiada tin lain melainkan tin yang sama yang dicampak oleh OKT2 dan ditemui oleh SP6. Oleh itu, cadangan pembelaan melalui soal balas saksi-saksi pendakwaan mengenai penemuan yang dikatakan satu tin yang berbeza dari segi deskripsi warna kuning atau emas serta bertutup atau tidak, tidak membawa apa-apa keraguan yang munasabah bahawa terdapat satu tin lain mengandungi dadah berada di laluan kakilima aras 6 tersebut selain tin yang dibaling OKT2 dan tin yang sama ditemui SP6 lebih-lebih lagi deskripsi warna ‘kuning’ atau ‘emas’ hanyalah menjurus kepada persepsi warna. [15] Isu mengenai tin bertutup atau tidak pula telah dijelaskan oleh saksi pendakwaan SP3 bahawa tin ditemui tidak bertutup manakala tutupnya berdasarkan keterangan SP11 hanya diambil di bilik aras 10 semasa tin dibawa naik ke atas aras 10 oleh SP12 Kpl. Farhan. Oleh itu, isu sama ada ia tin yang sama yang dilihat oleh SP6 di aras 6 dan tin yang dibaling oleh OKT2 tidak menimbulkan apa-apa keraguan dari segi identity. [16] Isu yang berikutnya ialah mengenai isu identity barang kes dan pengetahuan OKT-OKT terhadap barang salah. Ini membawa kepada analisa keterangan lisan saksi pendakwaan sendiri dan pemeriksaan balas ke atas saksi-saksi pendakwaan yang menunjukkan pengendalian barang kes dan pengetahuan kedua-dua OKT terhadap bahan salah yang dirampas sama ada ia adalah ganja, satu dadah berbahaya atau ia adalah tembakau. Ini adalah penting kerana menurut SP3 Ustaz Asri, menyimpan tembakau dan merokok juga merupakan satu kesalahan di asrama. [17] Mahkamah dalam meneliti keterangan saksi-saksi pendakwaan mendapati seperti berikut: i. SP3 warden yang turut meronda bersama SP6 menyatakan terdapat serbuk tembakau di atas meja; ii. SP6 semasa melihat bahan atas kertas putih di atas meja menyatakan ia serbuk menyerupai tembakau; iii. SP11 dalam soal balas menyatakan tiba di aras 10 dengan SP3 (ustaz Asri) dan SP6 (ustaz Hafiz) berada dalam bilik 1004B tersebut dan ini bertentangan dengan versi SP3, SP6 dan pemeriksaan awal SP11 bahawa SP6 sedang memantau tin kuning di aras 6; iv. SP11 menyatakan bahan atas kertas putih di atas meja ialah daun-daun rokok malahan laporan polis P18 juga menyatakan terdapat serbuk tembakau di atas kertas putih di atas meja; v. Kedua-dua OKT dikatakan duduk di kerusi mengadap deretan meja di mana serbuk tembakau ini berada; vi. Borang bongkar P20 yang disediakan SP11 juga mengandungi catatan serbuk tembakau di atas kertas putih (ditanda sebagai M1); vii. Serbuk tembakau ini menurut borang bongkar (P20) adalah bertanda ‘M1’ dan mempunyai anggaran berat 0.3gram (ini menurut borang serah menyerah P22 di antara SP11 dengan IO SP13); viii. Borang bongkar P20 (bagi OKT1) dan P21 (bagi OKT2) tidak tepat kerana P20 turut menyenaraikan serbuk tembakau dan ketulan mampat dalam tin kuning sedangkan tin dibaling oleh OKT2; ix. Deskripsi barang rampasan ini di dalam P22 (serah-menyerah) melainkan ‘M1’, barang rampasan lain yang ditanda sebagai ‘M2’, ‘M3’ dan ‘M4’ dicatit sebagai ketulan; x. SP12 walau bagaimanapun tidak melihat perbuatan OKT mengeluarkan paket dari poket seluar atau laci dan tidak dapat mengecam paket-paket ini manakala tiada apa-apa keterangan dari SP3 (ustaz Asri) berhubung kejadian ini; xi. Serbuk ’M1’ dari atas meja ini kemudian dibungkus oleh IO SP13 ke dalam sampul bertanda ‘AN1’ setelah diserah oleh SP11 di balai dan dihantar ke Jabatan Kimia bersama barang rampasan lain disyaki dadah masing-masing di dalam sampul bertanda ‘AN2’, ‘AN3’ dan ‘AN4’; xii. Hasil pemeriksaan awal ahli kimia SP5 mendapati kandungan sampul ‘AN1’ dan ‘AN3’ ialah leraian manakala ‘AN2’ dan ‘AN4’ ialah ketulan dan ini berbeza dengan catitan di P22; xiii. Hasil Analisa ahli kimia mendapati leraian bahan tumbuhan ‘AN1’ adalah cannabis seberat 0.77gram yang berupa pertuduhan memiliki terhadap kedua-dua OKT. [18] SP13 pegawai penyiasat (IO) menyatakan bungkusan bertanda ‘M1’ ini selain bungkusan dan/atau paket lain telah dimasukkan ke dalam 4 sampul berasingan namun khususnya untuk ‘M1’ ke dalam sampul bertanda ‘AN1’. Pihak pembelaan mencabar rantaian pengendalian barang kes ini kerana SP12 Kpl Farhan telah menyatakan kesemua barang rampasan ini dimasukkan ke dalam tin CHOCO BEAR ketika di tempat kejadian dan penandaan hanya dibuat di balai. [19] Mahkamah mendapati tiada gambar diambil untuk menunjukkan barang rampasan serbuk tembakau ‘AN1’ ini manakala gambar-gambar lain (lihat eksibit P12(A-F) menunjukkan bentuk ketulan dan bukan leraian. Ini ditambah dengan borang serah menyerah P22 di antara RO SP11 dan IO SP13 tidak ditandatangani SP13 yang membangkitkan cadangan oleh pihak pembelaan bahawa barang kes yang dirampas bukan barang kes yang diserahkan kepada SP13. [20] Sebagai tambahan, borang Pol 31 semasa serahan dibuat ke Jabatan Kimia tidak dikemukakan untuk menunjukkan kandungan sampul-sampul yang diterima oleh ahli kimia SP5 adalah sama seperti yang diteliti oleh SP11(RO) dan SP13 (IO) meskipun SP5 menyatakan pemeriksaan yang dicerminkan di laporan kimia P16 adalah sama seperti di Pol 31. [21] Walau bagaimanapun, mengambil kira keseluruhan keterangan, Mahkamah ini berpuashati bahawa cadangan pihak pembelaan pada tahap ini hanyalah satu cadangan dan tiada apa-apa keraguan yang timbul di pihak Mahkamah untuk mencapai satu dapatan bahawa barang yang dirampas daripada OKT1 dan OKT2 adalah barang yang sama yang diserah oleh SP13 untuk analisa oleh ahli kimia SP5 (lihat: Ali Hossein Basher v PP [2015]1CLJ 918 [COA]). [22] Dari segi pengetahuan OKT1 dan 2 terhadap barang kes ini, meskipun keterangan berhubung tindakan atau perbuatan kedua-dua OKT mengeluarkan barang salah masing-masing daripada laci bawah meja dan dari poket seluar hanya datang daripada RO SP11 (yang mana ia dicabar oleh pihak pembelaan), namun ia tercatit dalam laporan polis P18, P20 dan P21 (senarai bongkar) dan ini menunjukkan OKT-OKT mengetahui barang salah ini adalah dadah berbahaya dan ia adalah dadah jenis cannabis sebagaimana hasil analisa ahli kimia SP5. [23] Dapatan ini selari dengan keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam kes PP v. Reza Mohd Shah Ahmad Shah [2010] 1 CLJ 541 yang memutuskan seperti berikut: “[8] …The first aspect is regarding the type or extent of knowledge that is required for proof of possession… … [10] As regards the first aspect, learned counsel for the respondent submitted that this appeal by the Public Prosecutor revolved around the following "narrow question of legal interpretation" which he framed in his written submission: For a Court to find an accused guilty for possession of dangerous drugs ie, 'actual possession' as understood in criminal law without the aid of the statutory presumption under section 37(d) of 'deemed possession', must the prosecution prove beyond a reasonable doubt that the accused had knowledge of the nature of the dangerous drugs (in addition to having knowledge of the existence of the dangerous drugs)? [11] The question obviously arose from the learned trial judge's finding that with proof that the respondent had knowledge that there existed dangerous drugs in the plastic bag, the prosecution did not also have to prove that the respondent had knowledge of the "nature" of the drugs. Obviously, in framing the question, the learned trial judge was construed as saying that to prove possession it is not necessary to prove knowledge of the "nature" of the thing possessed. But it is clear to me, after considering as a whole all that the learned trial judge said on the question of knowledge, as I have set out, including what was said by him and by Yong Pung How CJ in the passage reproduced from Mohd Farid, that was not what the learned trial judge meant. What he meant was that with proof of knowledge that what was in the plastic bag were dangerous drugs, the prosecution did not also have to prove that the respondent knew what type of dangerous drugs they were or their name or exact qualities. That was what he meant by the "nature" that the prosecution did not have to prove knowledge of. He did not mean to say that the prosecution did not have to prove knowledge of the "nature" of the drugs as dangerous drugs. That he did find the prosecution had proved when he spoke of knowledge of the existence of dangerous drugs in the plastic bag. He meant that the respondent knew that there were dangerous drugs in the plastic bag or, in other words, that the respondent knew that what the plastic bag contained were dangerous drugs. That was what the learned trial judge meant when he said that the respondent "wanted to part possession with what constituted the offence" and that it was "a clear indication of his guilty mind". The respondent had a guilty mind because he knew that he had dangerous drugs in his possession. [12] To the learned trial judge, therefore, for the prosecution to prove that the respondent was in possession of cannabis the prosecution need only prove, as regards knowledge, that the respondent had knowledge that what he was carrying were dangerous drugs. The prosecution did not also have to prove that he knew that the dangerous drugs were cannabis. Therefore once knowledge that the thing carried was dangerous drugs was proved, possession of the particular drug, that is cannabis, was proved. That was why the learned trial judge, while saying that proof by inference "that the accused had knowledge of the existence of the dangerous drugs does not suggest that he knew that it was cannabis", nevertheless concluded "that the inferences drawn from the direct evidence are sufficient to show that the accused had possession of the cannabis". [13] I am sure that the learned trial judge was not unaware of the authorities, such as those that I will be mentioning later, that say that possession in criminal law requires knowledge of the nature of the thing possessed and that he was not disagreeing with those authorities. In Mohd Farid, after the passage reproduced in his judgment in the present case, he had said, at p. 421 H-I, in reference to Director of Public Prosecutions v. Wishart Brooks [1974] AC 862 and Neo Koon Cheo v. R [1959] 1 LNS 64, "Both these cases support the proposition that knowledge of the nature of the drugs possessed can be inferred from the circumstances of the case". He was speaking of proof by inference of knowledge of "the nature of the drugs possessed". I think it is a matter of his understanding of what is meant by "nature of the drugs possessed". When he said in the present case that the prosecution did not have to prove knowledge of the nature of the drugs he must have said it on a view of "nature" as meaning name or type or exact qualities. But if "nature" means nature as a dangerous drug, then, when he said that the accused had knowledge of the existence of the dangerous drugs, which I understand to mean that the accused knew that there were dangerous drugs in the plastic bag, the learned trial judge must be taken to be saying, consistently with the authorities, that the prosecution did have to prove, and did prove, knowledge of the nature of the dangerous drugs, but nature as dangerous drugs”. [24] Dengan itu, Mahkamah memutuskan pembelaan dipanggil kerana berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie melalui keterangan langsung milikan dan pengetahuan kedua-dua OKT terhadap dadah yang berada dalam kawalan dan jagaan mereka menerusi tindakan mereka mengeluarkan dadah tersebut selain tindakan OKT2 membaling tin mengandungi dadah. Bagi pertuduhan mengedar pula, oleh kerana berat dadah yang terlibat melebihi berat minima 200gram cannabis, anggapan pengedaran di bawah seksyen 37(da) adalah terpakai terhadap kedua-dua tertuduh. Kes pembelaan [25] Pembelaan OKT1 ialah dia tidak melihat kejadian OKT2 membuang tin dari tingkap bilik kerana ketika itu OKT1 memandang ke arah pintu. OKT1 juga menafikan dia mengeluarkan dadah dari laci bawah meja di dalam kehadiran SP11. Menurut OKT1, semasa SP3 dan kumpulan warden masuk, OKT1 baru sahaja berniat untuk ke bilik air yang terletak di luar bilik namun dibatalkan dan pada ketika itu dia meneruskan menyiapkan tugas di laptopnya. [26] Manakala pembelaan OKT2 menimbulkan pembelaan yang sama dan selari dengan apa yang dibangkitkan semasa kes pendakwaan iaitu dia hendak menghisap rokok dan mengambil tembakau dari dalam tin apabila bilik tersebut dimasuki oleh warden. OKT2 telah bertindak mencampakkan tin ke luar kerana tahu menghisap rokok merupakan kesalahan di asrama KUIS. [27] OKT2 menafikan mengeluarkan paket dadah dari poket seluarnya sebaliknya menyatakan kesemua dadah ditemui dari dalam laci. OKT1 juga menafikan mengeluarkan dadah dari dalam laci. Dapatan Mahkamah [28] Versi penemuan dadah yang dibangkitkan di peringkat kes pembelaan adalah konsisten dengan apa yang dicadangkan pada saksi pendakwaan SP12 bahawa kesemua dadah dalam bilik ditemui di bawah laci. Versi bahawa OKT2 tidak ada mengeluarkan paket dari poket seluarnya kekal dalam kes pembelaan dan versi ini turut dicadangkan kepada SP12 yang meskipun tidak bersetuju dengan cadangan ini, namun menyatakan dia tidak nampak perbuatan OKT2 mengeluarkan paket ini dari poket seluar. [29] Begitu juga versi pembelaan bahawa bilik 2 ini turut diduduki oleh beberapa individu yang lain sama ada pelajar KUIS atau bukan pelajar turut dicadangkan dan dipersetujui oleh saksi pendakwaan sendiri iaitu SP8 yang mempunyai kunci bilik 1004B tersebut dan dengan sendiri menyatakan mempunyai akses ke bilik tersebut. Maka ia bukanlah satu pembelaan yang afterthought. Pihak pendakwaan tidak memanggil penghuni lain bilik 1004B ini untuk menafikan versi pembelaan bahawa kedua-dua OKT bukan sahaja mempunyai pengetahuan bahawa barang salah tersebut adalah dadah tetapi juga mempunyai milikan ke atasnya. [30] Pada tahap kes pendakwaan dan pembelaan, tertuduh-tertuduh bergantung kepada pembelaan yang konsisten iaitu dadah yang ada pada anggapan mereka adalah tembakau dan perbuatan membaling tin keluar dari tingkap bilik ialah kerana memiliki tembakau dan merokok adalah satu kesalahan di asrama KUIS. Malahan saksi-saksi pendakwaan sendiri menyatakan pada pandangan dan pemerhatian mereka apa yang terletak di atas kertas putih di atas meja adalah serbuk tembakau. [31] Atas beban yang hanya untuk menimbulkan keraguan yang munasabah atas dapatan milikan dan pengetahuan yang dicapai oleh Mahkamah semasa pembelaan dipanggil, maka versi pembelaan ini adalah munasabah dan berjaya menimbulkan keraguan di akhir kes pembelaan. Atas dapatan ini, Mahkamah melepaskan dan membebaskan kedua-dua tertuduh daripada pertuduhan mengedar bagi dadah di dalam tin dan pertuduhan memiliki bagi dadah di atas meja. [32] Bagi pertuduhan memiliki yang lain, tiada saksi-saksi pendakwaan lain yang melihat kejadian yang dikatakan oleh SP11 iaitu OKT masing-masing mengeluarkan paket dadah dari dalam poket dan dari laci. Pembelaan ini juga diutarakan oleh kedua-dua OKT semasa memberi keterangan bahawa mereka tidak ada mengeluarkan apa-apa paket dadah dari dalam poket atau laci. [33] Mahkamah ini juga berpendapat berdasarkan pemeriksaan balas atas keterangan SP11 (RO) yang diajukan pembelaan, SP11 bersetuju bahawa dia telah menyuruh OKT1 menandatangani borang bongkar kerana OKT1 telah mengaku membuang tin mengandungi dadah tersebut. Keterangan ini jelas bertentangan dengan keterangan saksi pendakwaan yang lain khususnya SP3 dan SP6 kerana tin tersebut telah dicampakkan oleh OKT2 dan bukan OKT1. [34] OKT1 di dalam kes pembelaan menyatakan telah menandatangani satu kertas tetapi tiada apa-apa penjelasan telah diberikan oleh SP11 mengenai butiran kertas yang ditandatanganinya. Tiada soal-balas oleh pihak pendakwaan untuk menafikan bagaimana tandatangan OKT1 boleh berada di P20 tersebut, oleh itu Mahkamah ini berpendapat bahawa borang bongkar ini tidak boleh digunakan untuk menunjukkan kebenaran fakta bahawa dadah dikeluarkan oleh OKT1 dari laci selain fakta bahawa tin telah dicampak keluar oleh OKT1 (lihat: Wong Swee Chin v. PP [1980] 1 LNS 138; [1981] 1 MLJ 212) [35] Dengan dapatan ini, apa yang tinggal yang boleh dikaitkan dengan mana-mana OKT1 dan 2 ialah dadah di atas kertas putih yang berdasarkan pengetahuan OKT2 ialah tembakau. Manakala OKT1 pula hanyalah berada dalam kedudukan berhampiran dengannya. Jikapun OKT1 mengetahui kedudukan dan kewujudan bahan salah ini, pada pengetahuan mereka ia hanyalah serbuk tembakau dan bukan satu jenis dadah berbahaya. [36] Berdasarkan keseluruhan kes pembelaan ini, Mahkamah berpendapat pihak pembelaan telah Berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah di atas kes pendakwaan. Kedua-dua OKT dilepas dan dibebaskan daripada kesemua pertuduhan. Hakim MTJ3 Shah Alam Bertarikh:4hb Ogos 2023 Bagi pihak pendakwaan: TPR Shahrul Ekhsan bin Hasim, Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Tingkat 4, Podium Utara, Bangunan SSAAS 40152 Shah Alam Selangor Darul Ehsan Bagi pihak OKT1 Tetuan Idris Zaidel & Partners Peguambela & Peguamcara, No. 27-4, Jalan USJ 9/5Q Subang Business Centre UEP, 47620 Subang Jaya, Selangor. Bagi pihak OKT2: Tetuan Anwar Raof & Co Peguambela & Peguamcara E-2-22, IOI Boulevard Jalan Kenara 5, Bandar Puchong Jaya, 47170 Puching, Selangor.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.