Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI GEORGETOWN DALAM NEGERI PULAU PINANG, MALAYSIA PERBICARAAN JENAYAH: PA-45A-11-06/2020 ANTARA PENDAKWA RAYA DAN YOU YONG [ Passport No.: G55871458 ] ALASAN PENGHAKIMAN Pengenalan [1] Penghakiman ini disediakan berikutan dari Notis Rayuan kepada Mahkamah Rayuan yang difailkan oleh Tertuduh melalui pihak penjara bertarikh pada 27.10.2023 memohon agar hukuman yang dijatuhkan ke atasnya oleh Mahkamah ini dikurangkan. Latar Belakang Kes [2] Tertuduh adalah seorang warganegara China yang telah dituduh di Mahkamah ini dengan pertuduhan yang ditandakan sebagai eksibit P1 seperti berikut: “Bahawa kamu pada 30 November 2019 jam lebih kurang 10.11 pagi bertempat di Bahagian Pengimbas Terminal Berlepas Antarabangsa Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas Pulau Pinang, di dalam Daerah Barat Daya, di dalam Negeri Pulau Pinang telah didapati mengedar dadah berbahaya jenis, Heroin seberat 1381 gram, dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B (2) Akta yang sama.” [3] Fakta kes menunjukkan pada 30 November 2019 jam lebih kurang 10.11 pagi di Bahagian Pengimbas Terminal Berlepas Antarabangsa Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas Pulau Pinang, tertuduh yang dalam perjalanan pulang ke Negara China telah dikesan membawa 1381 gram dadah jenis Heroin yang disembunyikan di dalam bengkong (girdle) yang ketika itu dipakai oleh tertuduh di pinggangnya. Kronologi Kes [4] Tertuduh dihadapkan ke Mahkamah ini di hadapan Hakim-Hakim terdahulu buat pertama kalinya pada 21.7.2020. Tertuduh tidak mengaku salah dan memohon masa bagi melantik peguambelanya sendiri. Kes telah ditangguhkan beberapa kali atas alasan yang sama. Kemudiannya kes ini telah tertangguh buat sekian lamanya pula kerana Mahkamah tidak bersidang ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat berkuat kuasa berikutan penukaran wabak Covid-19. [5] Setelah Mahkamah kembali bersidang dan setelah beberapa kali lagi peluang diberikan atas permohonan Tertuduh untuk melantik peguam pilihannya sendiri, akhirnya pada 21.4.2021, Tertuduh mengakui bahawa beliau dan keluarganya tidak mampu melantik peguam dan memohon peguam lantikan Mahkamah disediakan untuk membelanya. [6] Peguam lantikan Mahkamah, Dato’ Baldev Bhar telah hadir bagi mewakili tertuduh buat pertama kalinya pada 27.10.2021 di mana dokumen-dokumen bawah seksyen 51 A Kanun Tatacara Jenayah telah diserahkan oleh Pendakwa Raya kepada beliau selaku peguam Tertuduh. [7] Ketika kehadiran keduanya di Mahkamah, peguam tertuduh memaklumkan bahawa beliau akan memasukkan reprentasi kepada Jabatan Peguam Negara. Setelah itu, perbicaraan kes ini telah ditangguhkan beberapa kali kerana Mahkamah memberikan keutamaan bagi menjalan perbicaraan kes-kes yang lebih lama dan juga sementara menunggu maklum balas terhadap representasi berkenaan. [8] Akhirnya pada 23 Oktober 2023, kes ini telah ditetapkan di hadapan saya untuk perbicaraan penuh. Walau bagaimana pun, sebaik kes dipanggil dan setelah Puan Timbalan Pendakwaraya memaklumkan bahawa representasi tertuduh telah diterima oleh Jabatan Peguam Negara, Tertuduh yang Ketika itu diwakili oleh peguam yang sama, telah memaklumkan hasratnya untuk menukar pengakuannya kepada bersalah. [9] Justeru pertuduhan yang ditandakan sebagai P1 telah dibacakan dan diterangkan oleh jurubahasa Cina dalam dialek Mandarin sekali lagi kepada Tertuduh. Ketika pertuduhan dibacakan, Tertuduh kelihatan menganguk-ngangukkan kepalanya sambil mengatakan sesuatu dalam Mandarin. Berdasarkan makluman jurubahasa bahawa pertuduhan telah dibacakan dan Tertuduh telah faham pertuduhan tersebut dan Tertuduh mengaku bersalah. Tertuduh juga telah diterangkan dan beliau faham akan sifat dan akibat dari pengakuan salahnya. [10] Dari pengamatan mahkamah sendiri kepada riak wajahnya, mahkamah berpuas hati bahawa sebelum membuat pengakuan bersalah tersebut, tertuduh telah faham akan pertuduhan yang dikenakan terhadapnya dan tertuduh juga telah dijelaskan akan akibat dari pengakuan bersalahnya iaitu beliau akan dihukum dengan hukuman-hukuman sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 39B(2) Akta Dadah Merbahaya 1952 setelah Mahkamah mensabitkannya dengan kesalahan tersebut. [11] Setelah saya berpuas hati bahawa pengakuan bersalah tertuduh adalah tanpa sebarang syarat dan dibuatnya dalam keadaan sedar dan dengan sukarela tanpa sebarang paksaan dari mana-mana pihak serta setelah tertuduh memahami pertuduhan serta tahu akan sifat dan akibat dari pengakuannya, maka saya telah menerima dan merekodkan pengakuan bersalah tertuduh. [12] Setelah fakta kes yang intipatinya adalah sebagaimana yang dihuraikan di atas diakui sepenuhnya oleh Tertuduh dan kesemua eksibit-eksibit serta gambar-gambar barang kes dan tempat kejadian yang dikemukakan dicam dan diakui oleh tertuduh, saya telah mensabitkan tertuduh atas pertuduhan sebagaimana di eksibit P1. [13] Sejurus itu, peguam tertuduh dan Puan Timbalan Pendakwa Raya masing-masing telah mengemukan hujahan dalam mitigasi dan pemberatan yang untuk kemudahan rujukan diperturunkan semula seperti berikut: Mitigasi OKT is now 48 years of age. Before being arrested he was a taxi driver in China earning about RM 2000-RM 3000 per month. He is a divorcee and has one child age 19 years old, a male. OKT is from China, Shenzhen District. He went to school for 11 years, but never went to a college or university. His health is good except for his right leg got problem in walking. By his pleading, guilty it had saved the time of the court, of the learned DPP and of all the witness that would have been called for this trial. He is sorry for the offence that he had committed. He was tempted by the money given to him to transport the drug from Penang to China. His only role in this offence is that he was a courier or a mule as some call them. He cooperated with the authority by providing the name of the person who ask him to do the transportation. He did not bring any drug into this country but instead taking the drug out from this country. He prays for a minimum sentence from the date of his arrest that is 30.11.2019 and a minimum number of strokes. That all. Hujahan Pemberatan Sebagaimana Yang Arif maklumi dengan adanya Abolition of Mandatory Death Penalty Act 2023 yang berkuat kuasa pada 4.7.2023, di mana death penalty tidak lagi menjadi kewajipan di dalam kes ini dan jika tidak dikenakan mandatory death, hukuman yang digariskan adalah life imprisonment sebagaimana definisi yang diberi di bawah Criminal Justice Amendment Act 2007 yang berkuatkuasa pada 7.9.2007 yang menggariskan bahawa life imprisonment adalah sebanyak 30 tahun penjara. Dan di dalam hukuman 39 B