(M)-22-02/2020(M) & 05(L)-24-02-2020(N) yang memutuskan bahawa kehendak untuk memberikan amaran adalah tidak terpakai kepada peruntukkan di bawah Seksyen 8 Akta Keterangan, 1950 seperti berikut :- “To hold that the conduct of an accused amounts to a statement under s. 37B of the Act would be to overstretch the language beyond its common usage. Conduct could not be considered as a statement under the section that requires caution to be administered before it could be admitted in evidence. The word ‘statement’ in s. 37B of the Act must be confined to ‘something that is stated’ or ‘written or oral communication’ and does not include conduct, such as the act of the appellant in the present case, of picking up the bag containing the drugs and handing it to SP6. If it were otherwise, the conduct of an accused running away from the police would also amount to a statement and would be inadmissible in evidence unless he had been cautioned under s. 37B of the Act before he takes flight. (paras 53 & 54)” [75] Kehendak untuk memberikan amaran adalah tidak terpakai kepada Seksyen 27 Akta Keterangan, 1950 sebagaimana yang diputuskan dalam kes terkini iaitu Shohel lwn PP [2022] 1 LNS 2812 oleh Mahkamah Rayuan seperti berikut :- “Pertamanya, peruntukan seksyen 27 di atas adalah jelas bahawa maklumat yang diberikan oleh seseorang yang dituduh dengan sesuatu kesalahan dan dalam tahanan pihak polis yang membawa kepada sesuatu penemuan S/N 412ddkxpgkaFBeG/ntq6w March 1, 2023 24 boleh dibuktikan dan diterima oleh Mahkamah. Tiada sebarang keperluan untuk amaran diberikan sebelum maklumat berkaitan diterima sebagai keterangan. Apa yang penting, maklumat yang secara langsung telah membawa kepada penemuan itu sahaja yang boleh diterima oleh mahkamah. Maklumat ini tidak termasuk maklumat yang telah terlebih dahulu diketahui oleh pihak polis. Pemakaian seksyen 27 ini telah banyak dijelaskan dalam nas undang-undang termasuk oleh Mahkamah atasan di negara ini.” [76] Peguam Tertuduh juga turut menghujahkan berkaitan kredibiliti saksi-saksi pendakwaan terutamanya SP6 berkenaan keterangannya dalam laporan polis P42 jika dibandingkan dengan catitan di bawah gambar-gambar dadah P31(2), P31(5), P31(6), P31(8), P31(9) dan P31(10) berkenaan tempat di mana dalam bilik nombor 2 dadah disyaki ganja dijumpai. Mahkamah mendapati bahawa peguam Tertuduh langsung tidak menyoal balas SP6 berkenaan isu ini dengan merujuk kepada laporan polis P42 serta catitan di bawah gambar-gambar dadah P31(2), P31(5), P31(6), P31(8), P31(9) dan P31(10). [77] Pendakwaan pula berhujah bahawa keterangan saksi-saksi pendakwaan menyatakan bahawa kotak-kotak yang mengandungi dadah Cannabis seberat 23,369.5-gram ditemui di bilik 2 di rumah kejadian tersebut dan bilik nombor 2 yang dimaksudkan adalah bilik Tertuduh dan isteri beliau (SP7) adalah kredibel dan tiada percanggahan. Mahkamah bersetuju dengan hujahan Pendakwaan ini kerana Mahkamah tidak boleh melihat sebarang percanggahan atau kekeliruan dalam keterangan saksi-saksi pendakwaan di mana S/N 412ddkxpgkaFBeG/ntq6w March 1, 2023 25 kotak-kotak yang mengandungi dadah Cannabis seberat 23,369.5- gram ditemui daripada keterangan saksi-saksi Pendakwaan yang memberi keterangan dengan merujuk kepada Rajah Kasar rumah tempat kejadian yang menunjukkan bilik-bilik nombor 1, 2 dan 3. Rajah Kasar tersebut disediakan oleh Pegawai Penyiasat SP12. [78] Pembelaan juga hujahkan bahawa wujud percanggahan yang material dalam keterangan SP6, SP7 dan SP9 berkenaan samada bilik nombor 1 di rumah tempat kejadian berkunci atau tidak pada tarikh kejadian. Mahkamah mendapati bahawa ini bukanlah satu isu yang relevan memandangkan bilik yang terlibat dalam serbuan pada tarikh kejadian adalah hanya bilik nombor 2 sahaja. Lebih-lebih lagi, daripada keterangan SP7 dan SP9, bilik nombor 1 adalah bilik ibu Tertuduh iaitu SP9. SP9 sendiri telah beri keterangan bahawa pada masa kejadian serbuan, beliau tidak ada berada di rumah dan berada di Kuala Lumpur. Menurut SP9, beliau tidak menguncikan biliknya dan bilik dia tak pernah berkunci. Maka hujahan pembelaan ini tidak relevan. [79] Mahkamah juga mendapati daripada soal balas saksi-saksi Pendakwaan bahawa keterangan mereka adalah kredibel. [80] Mahkamah juga mendapati bahawa Tertuduh langsung tidak mencabar Pegawai Serbuan (SP6) dan Pegawai Penyiasat (SP12) samada identiti dadah yang dirampas oleh SP6 sewaktu serbuan di rumah tempat kejadian adalah dadah yang sama dikemukakan di Mahkamah. [81] Mahkamah mendapati bahawa rantaian keterangan berkenaan barang kes dadah yang dirampas oleh SP6 dari bilik nombor 2 di S/N 412ddkxpgkaFBeG/ntq6w March 1, 2023 26 rumah tempat kejadian hinggalah ianya dikemukakan ke Mahkamah tiada cela atau terputus. Peguam tertuduh tidak mencabar rantaian keterangan ini. [82] Oleh itu, Mahkamah memutuskan bahawa cabaran peguam Tertuduh ke atas keterangan saksi-saksi Pendakwaan adalah tidak berasas. [83] Bagi dadah berat 8.60gram jenis Cannabis, keterangan menunjukkan bahawa Tertuduh mempunyai “actual possession” kerana Tertuduh sendiri telah menyerahkan dadah ini kepada pegawai serbuan SP6 sewaktu pemeriksaan tubuh badan oleh anggota polis. Keterangan ini menunjukkan bahawa Tertuduh yang mempunyai kuasa untuk mengendalikan dadah tersebut dengan mengecualikan campurtangan orang lain. [84] Manakala bagi dadah berat 23,369.5 gram jenis Cannabis, gabungan keseluruhan keterangan menunjukkan bahawa Tertuduh yang mempunyai milikan dadah-dadah yang dijumpai dalam kotak-kotak dalam bilik nombor 2 tersebut. Ini adalah kerana Tertuduh yang mempunyai jagaan, kawalan dan kuasa dengan mengecualikan campurtangan orang lain ke atas dadah-dadah dalam kotak-kotak tersebut kerana bilik No. 2 di mana dadah tersebut dijumpai adalah bilik yang didiami oleh Tertuduh dan isterinya (SP7) sahaja sebagaimana menurut keterangan SP7 dan SP9, Tertuduh memegang kunci bilik tersebut dan akan menguncikannya sekiranya dia dan isteri meninggalkan rumah, mempunyai pengetahuan mengenai dadah tersebut apabila ditanya oleh isteri berkenaan kotak-kotak yang mengandungi dadah tersebut serta mempunyai kawalan, jagaan dan kuasa ke atas S/N 412ddkxpgkaFBeG/ntq6w March 1, 2023 27 dadah tersebut kerana telah menjawab kepada isteri bahawa beliau akan keluarkan kotak-kotak tersebut keesokan harinya serta menunjukkan kepada Pegawai Serbuan (SP6) dan anggotanya dadah yang dijumpai dalam kotak-kotak tersebut di biliknya iaitu bilik nombor 2 di rumah tempat kejadian. [85] Dalam membuat pendapatan ini, Mahkamah bergantung kepada kes PP. v Denish Madhavan [2009] 2 CLJ 209 di mana Mahkamah Persekutuan telah putuskan seperti berikut :- “Before proceeding to consider the reasons for the Court of Appeal's decision, we will say a few words about “exclusive” possession. It is inappropriate to speak of possession of an article in criminal law as exclusive possession. One is either in possession or not in possession, although one could be in possession jointly with another or others. To say that the prosecution of a drug case fails because there has been no proof of exclusive possession is apt to convey the wrong impression that it is only in cases where possession is entirely with one person, - that is, “exclusive” - that a conviction is possible. When the learned trial judge said “The accused sought to negative the proof of exclusive possession...”, we take it that he meant no more than that the respondent sought to show that he was not in possession of the drugs because he had no knowledge of their existence and that the drugs could have been placed in his bags by some other person or persons. [17] The idea of exclusivity features in the meaning of “possession” in criminal law as one of the elements S/N 412ddkxpgkaFBeG/ntq6w March 1, 2023 28 necessary to constitute possession. As Taylor J said in Leow Nghee Lim v. Reg. [1955] 1 LNS 53: ... It is often said that ‘possession must be exclusive’. This is ambiguous. Possession need not be exclusive to the accused. Two or more persons may be in joint possession of chattels, whether innocent or contraband. The exclusive element of possession means that the possessor or possessors have the power to exclude other persons from enjoyment of the property. Custody likewise may be sole or joint and it has the same element of excluding others. The main distinction between custody and possession is that a custodian has not the power of disposal. The statement that ‘possession must be exclusive’ is often due to confusion of the fact to be proved with the evidence by which it is to be proved. It is essential to keep this distinction clearly in mind, especially when applying presumptions. [18] Thomson J, in Chan Pean Leon v. Public Prosecutor [1956] 1 LNS 17, said that “possession” for the purposes of criminal law involves possession itself - which some authorities term “custody” or “control” - and knowledge of the nature of the thing possessed. As to possession itself he cited the following definition in Stephen’s Digest (9th edn, p. 304), in which the exclusive element mentioned by Taylor J appears: S/N 412ddkxpgkaFBeG/ntq6w March 1, 2023 29 A moveable thing is said to be in the possession of a person when he is so situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons, and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need. [19] Once the elements needed to constitute possession are established, including the element of exclusive power to deal, then what is established is possession, not exclusive possession. So much for exclusive possession.” ELEMEN PENGEDARAN DADAH [86] Pihak Pendakwaan bersandarkan kepada peruntukan anggapan di bawah Seksyen 37(da)(vi) ADB 1952 iaitu kepada elemen pemilikan dadah jenis Cannabis berat 200 gram atau melebihi 200 gram. [87] Maka memandangkan wujudnya keterangan kredibel membuktikan elemen pemilikan dadah berat 23,369.5 gram jenis cannabis, suatu kes prima facie pengedaran dibuktikan di bawah Seksyen 180(4) KTJ dengan membangkitkan anggapan di bawah Seksyen 37(da)(vi) ADB 1952 bahawa Tertuduh dianggap mengedar dadah berbahaya berat 23,369.5 gram tersebut sehingga dibuktikan sebaliknya. (Rujuk: Muhammad bin Hassan v PP [1998] 2CLJ 170 dan PP v Zulkifli Arshad [2010] 6 CLJ 121. S/N 412ddkxpgkaFBeG/ntq6w March 1, 2023 30 [88] Pendekatan sebegini telah diputuskan sebagai betul di sisi undang-undang oleh Mahkamah Persekutuan melalui penghakiman oleh YAA Tengku Maimun Tuan Mat KHN di dalam kes Abdullah Atan v. PP [2020] 9 CLJ 151 dan oleh yang demikian Mahkamah mendapati Pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen pengedaran. KEPUTUSAN DI AKHIR KES PENDAKWAAN [89] Sehubungan dengan itu di akhir kes pendakwaan, Pendakwaan berjaya membuktikan suatu kes prima facie dan Tertuduh telah diperintahkan untuk membela diri bagi pertuduhan dalam kedua-dua kes. KES PEMBELAAN [90] Setelah Mahkamah memerintahkan Tertuduh untuk membela diri, 3 pilihan telah diterangkan kepada Tertuduh dan melalui peguamnya, Tertuduh memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi. Tertuduh tidak memanggil mana-mana saksi lain untuk menyokong pembelaannya. [91] Berdasarkan kepada Seksyen 182A KTJ, Mahkamah di peringkat ini perlu menimbangkan keseluruhan keterangan yang dikemukakan dan memutuskan sama ada pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan kesnya melampaui sebarang keraguan yang munasabah. Jika terbukti berdasarkan kepada kesemua keterangan bahawa tiada keraguan yang munasabah, maka Tertuduh hendaklah didapati bersalah dan disabitkan. Namun jika sebaliknya, Mahkamah hendaklah melepas dan membebaskan S/N 412ddkxpgkaFBeG/ntq6w March 1, 2023 31 Tertuduh. (Rujuk kes; Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85; [2005] 2 MLJ 301 dan Mohamad Radhi bin Yaacob v. PP [1991] 1 CLJ Rep 311; [1991] 3 CLJ 2073; [1991] 3 MLJ 169). [92] Mahkamah Rayuan di dalam kes Prasit Punyang v. PP [2014] 7 CLJ 392 melalui penghakiman Hakim Azahar Mohamed HMR (sekarang ini Hakim Besar Malaya) telah menegaskan:- “In accordance with the provisions of s. 182A(1) of the Criminal Procedure Code, it is the bounden duty of the learned JC, at the conclusion of the trial, to consider all the evidence adduced before him and shall decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt. The legislature has advisedly used the term all the evidence. The emphasis must be on the word all.” [93] Selanjutnya apabila Mahkamah bergantung kepada anggapan statutori sepertimana dalam kes ini, maka beban pembuktian yang tertentu, dan bukannya beban pembuktian am, akan berpindah kepada pihak Tertuduh untuk menyangkal anggapan sedemikian atas imbangan kebarangkalian yang dari aspek pembelaan adalah beban yang lebih berat berbanding daripada beban membangkitkan keraguan yang munasabah. Ini sepertimana yang diputuskan oleh Mahkamah Agung di dalam kes PP v. Yuvaraj [1968] 1 LNS 116; [1969] 2 MLJ 89. [94] Di dalam kes Liam Heng Boon v. PP [2012] 1 LNS 1455; [2014] 5 MLJ 259, Mahkamah Rayuan memutuskan: - S/N 412ddkxpgkaFBeG/ntq6w March 1, 2023 32 “So the appellant had to rebut the operative presumption of trafficking under s. 37(da) of the DDA on the balance of probabilities. That level of rebuttal places a higher evidentiary burden on the appellant.” PEMBELAAN TERTUDUH [95] Di peringkat pembelaan hanya Tertuduh yang memberi keterangan. Tiada saksi lain yang dipanggil oleh Tertuduh. [96] Menurut keterangan Tertuduh, seminggu sebelum serbuan dan dadah dijumpai dalam biliknya, lebih kurang 2000 tetamu telah hadir untuk majlis kenduri perkahwinannya di rumah beliau. Tertuduh selanjutnya menambah bahawa pada ketika majlis kenduri tersebut, biliknya tidak berkunci dan boleh diakses oleh sesiapa sahaja. Tertuduh juga turut memberi keterangan bahawa lebih kurang 5 hingga 6 saudara mara Tertuduh telah menginap di rumahnya 2 hari selepas majlis kenduri tersebut. [97] Peguam Tertuduh menghujahkan bahawa keterangan Tertuduh ini disokong oleh keterangan isteri Tertuduh (SP7) dan ibu Tertuduh (SP9). SP7 telah memberi keterangan bahawa lebih kurang 600 saudara mara telah hadiri majlis dan ada yang tidur sehingga 2 ke 3 hari serta sewaktu majlis, bilik tidak berkunci untuk memasukkan barang. Manakala menurut ibu Tertuduh, SP9, ramai yang telah hadiri majlis perkahwinan Tertuduh dan dua keluarga iaitu seramai 5 hingga 6 orang telah tidur di rumahnya. [98] Berdasarkan keterangan ini, peguam Tertuduh berhujah bahawa bilik Tertuduh boleh diakses oleh sesiapa sahaja seminggu sebelum S/N 412ddkxpgkaFBeG/ntq6w March 1, 2023 33 kejadian serbuan dan dalam hal keadaan yang sedemikian, Tertuduh tidak boleh dikatakan sebagai memiliki hak jagaan eksklusif ke atas biliknya bagi memutuskan bahawa beliau mempunyai jagaan dan kawalan ke atas dadah yang dijumpai dalam biliknya. [99] Menurut peguam Tertuduh lagi, SP9 juga telah memberi keterangan bahawa bilik Tertuduh tersebut boleh diakses oleh ahli-ahli keluarga lain yang mana ahli-ahli keluarga lain akan kerap masuk ke bilik Tertuduh untuk tujuan solat serta menukar pakaian. [100] Selain daripada itu, Tertuduh juga memberi keterangan bahawa dadah yang dijumpai tersebut berada dalam kotak-kotak hadiah selepas setiap kotak hadiah dibuka satu-persatu oleh polis. [101] Berdasarkan keterangan Tertuduh ini, peguam Tertuduh menyimpulkan bahawa wujud satu “link” di antara bilik Tertuduh yang tidak berkunci pada hari majlis kenduri diadakan dan dihadiri oleh orang ramai di rumah Tertuduh dan dadah yang dijumpai dalam kotak-kotak hadiah. Peguam Tertuduh juga menambah bahawa bilik Tertuduh juga sentiasa boleh diakses oleh ahli-ahli keluarga Tertuduh yang menggunakan bilik tersebut bagi tujuan solat dan menukar pakaian Tertuduh juga berkongsi bilik tersebut bersama isterinya yang juga memegang satu set kunci bilik tersebut. Menurut peguam Tertuduh, fakta-fakta ini menunjukkan bahawa Tertuduh bukanlah “exclusive occupier” bilik tersebut. [102] Peguam Tertuduh juga selanjutnya berhujah bahawa wujud keraguan dan “gap” dalam kes pendakwaan akibat kegagalan untuk mengambil gambar-gambar dadah yang dijumpai dalam bilik S/N 412ddkxpgkaFBeG/ntq6w March 1, 2023 34 Tertuduh serta Pegawai Serbuan (SP6) telah mengaku bahawa beliau tidak memberikan sebarang amaran kepada Tertuduh. Kedua-dua isu ini telah pun dihujahkan oleh Pembelaan di peringkat akhir kes Pendakwaan dan telah pun dipertimbangkan oleh Mahkamah dan tidak diterima berdasarkan kepada alasan yang dinyatakan di atas. [103] Manakala Pendakwaan menjawab bahawa Pembelaan Tertuduh ini adalah suatu penafian kosong dan “afterthought” sahaja. Menurut Pendakwaan, isu majlis perkahwinan dan akses ke bilik tempat kejadian ini tidak dibangkitkan kepada saksi-saksi Pendakwaan SP7, SP9, SP10 dan SP11. Mahkamah mendapati hujahan Pendakwaan ini kurang tepat kerana isu ini ada ditimbulkan kepada saksi Pendakwaan SP7, isteri Tertuduh dan SP9, ibu Tertuduh sewaktu disoal balas oleh peguam Tertuduh. [104] Pendakwaan juga berhujah bahawa isu polis memeriksa kotak-kotak hadiah dan menjumpai hadiah dalam kotak-kotak hadiah serta kotak-kotak yang mengandungi dadah yang dijumpai di tepi almari di bilik nombor 2 tersebut berbalut dengan kertas hadiah adalah isu baru tidak pernah dikemukakan sewaktu kes Pendakwaan sebelum ini. ANALISA MAHKAMAH KE ATAS PEMBELAAN TERTUDUH. [105] Mahkamah di peringkat ini perlu untuk menimbangkan dan membuat penilaian maksima serta merumuskan sama ada dari keseluruhan keterangan termasuk keterangan dari saksi-saksi pendakwaan dengan dibandingkan dengan keterangan oleh Tertuduh kini telah menimbulkan keraguan yang munasabah S/N 412ddkxpgkaFBeG/ntq6w March 1, 2023 35 (Rujuk; Kesavan Krishnan lwn. PR [2015] 6 CLJ 163; [2014] MLRAU 542). Pertuduhan dalam kes No: JB-45-5-03/2018 iaitu pemilikan dadah berat 8.60 gram jenis Cannabis [106] Bagi pertuduhan memiliki dadah berbahaya sebanyak 8.60-gram Cannabis, Mahkamah mendapati Tertuduh sendiri telah mengaku pemilikan dadah tersebut dalam keterangan sewaktu pembelaanya apabila disoal oleh peguamnya sendiri serta apabila disoal balas oleh Pendakwaan seperti berikut:- Pemeriksaan Utama : Apa telah berlaku disana pada masa itu? : Polis datang ke rumah saya dan tanya saya dan memperkenalkan diri polis. Mah : Polis datang perkenalkan diri? Ya, perkenalkan diri polis dan minta ic pada saya. Lepas dah minta ic pada saya, saya cakap ic tiada pada saya, saya cakap ic ada dalam bilik. Kemudian polis tanya kepada saya barang mana dan saya mengeluarkan barang seketul ganja. Mah : Saya keluarkan barang seketul ganja? Ya dalam kocek seluar saya. S/N 412ddkxpgkaFBeG/ntq6w March 1, 2023 36 Mah : Dalam mana? Dalam kocek seluar. Mah : Kocek? Poket? Ya, poket. : Kocek kiri ke kanan? : Kanan. Kemudian saya bawa pergi ke bilik dan mengetuk pintu bilik. Pemeriksaan balas TPR : Berkenaan dengan dadah yang ditemui yang kamu serahkan kepada pihak polis daripada poket kamu, kamu ambil bekalan dadah ini daripada individu yang bernama Lan daripada bengkelnya, betul? Mah : Ambil bekalan dadah daripada? : Individu bernama Lan di bengkelnya, betul? : Ya. Pertuduhan dalam Kes No: JB-45A-4-03/2018 – Pengedaran Dadah berat 23,369.5 gram jenis Cannabis. [107] Selanjutnya Mahkamah juga mendapati bahawa Tertuduh dalam keterangannya mengaku bahawa Bilik No. 2 di mana dadah S/N 412ddkxpgkaFBeG/ntq6w March 1, 2023 37 dijumpai dalam kotak di tepi almari dan ditunjukkan dalam gambar Ekshibit P32 (9) dengan penandaan “F” adalah biliknya yang didiami bersama isterinya (SP7). Selanjutnya Tertuduh juga dalam keterangannya telah mengesahkan bahawa Bilik No. 2 tersebut sentiasa berkunci dan kunci dipegang oleh beliau dan isterinya. Keterangan Tertuduh ini adalah konsisten dengan keterangan isteri beliau bahawa hanya Tertuduh dan isteri yang menghuni Bilik No. 2 tersebut, kunci Bilik No. 2 tersebut dipegang oleh mereka dan Bilik No. 2 tersebut akan dikunci apabila mereka keluar dari bilik. Ibu Tertuduh (SP9) juga telah memberi keterangan bahawa gambar bilik dalam Ekshibit P32 (9) dengan penandaan “F” adalah bilik Tertuduh dan isterinya. Keterangan ini menunjukkan bahawa Tertuduh mempunyai kawalan dan jagaan ke atas Bilik No. 2 tersebut. [108] Tertuduh (SD1) melalui keterangan dalam pembelaannya membangkitkan bahawa sewaktu majlis kenduri perkahwinannya iaitu seminggu sebelum tarikh kejadian, lebih kurang 2000 tetamu telah hadir dirumahnya dan pada ketika itu biliknya tidak berkunci dan boleh diakses oleh sesiapa sahaja. Tertuduh juga turut beri keterangan bahawa lebih kurang 5 hingga 6 saudara-mara telah menginap dirumahnya selepas majlis kenduri tersebut. Tertuduh juga beri keterangan bahawa biliknya boleh diakses oleh ahli-ahli keluarganya untuk tujuan solat dan menukar pakaian. [109] Namun hujahan Tertuduh ini adalah bertentangan dengan keterangannya sewaktu pembelaan bahawa biliknya sentiasa berkunci, kunci hanya dipegang oleh Tertuduh dan isterinya dan selepas beliau dan isteri (SP7) balik dari kerja, tiada orang yang boleh masuk dan keluar biliknya seperti berikut :- S/N 412ddkxpgkaFBeG/ntq6w March 1, 2023 38 [110] Mahkamah mendapati walaupun Tertuduh beri keterangan bahawa biliknya boleh diakses oleh ahli keluarga dan tetamu yang hadir untuk majlis kenduri kahwin, namun pembelaan bahawa biliknya boleh diakses oleh ahli keluarga dan tetamu yang hadir untuk majlis kenduri kahwin tidak dicadangkan kepada isteri Tertuduh (SP7) yang mendiami bilik nombor 2 tersebut bersama Tertuduh dan ibu Tertuduh (SP9) dalam soal balas mereka. [111] Malah isteri Tertuduh (SP7) sewaktu disoal balas mengenai kedudukan biliknya semasa majlis samada sentiasa dikunci atau dibuka, telah menjawab bahawa kalau kerja beliau akan kunci. SP7 juga selanjutnya menjawab bahawa beliau tidak pasti samada pada waktu majlis ada masuk barang ke dalam biliknya. [112] Keterangan Tertuduh bahawa lebih kurang 2000 tetamu telah hadir pada majlis kenduri kahwin adalah berlainan dengan keterangan isteri Tertuduh (SP7) bahawa lebih kurang 600 tetamu yang hadir berdasarkan 300 kad jemputan yang beliau telah pesan. [113] Mahkamah juga mendapati bahawa walaupun Tertuduh beri keterangan bahawa biliknya boleh diakses oleh ahli keluarga dan tetamu yang hadir untuk majlis kenduri kahwin, namun anehnya Tertuduh langsung tidak nyatakan dalam keterangannya kebarangkalian dadah-dadah yang dijumpai dalam kotak-kotak dalam bilik nombor 2 di rumah tempat kejadian tersebut diletakkan oleh mana-mana ahli keluarga lain atau pun tetamu yang hadir untuk majlis kenduri kahwin. Pembelaan ini juga tidak pernah dicadangkan kepada mana-mana saksi-saksi Pendakwaan khususnya SP6, SP7, SP9 dan SP12. S/N 412ddkxpgkaFBeG/ntq6w March 1, 2023 39 [114] Mahkamah mendapati keterangan Tertuduh ini meragukan kerana sewaktu Tertuduh disoal balas oleh Pendakwaan, Tertuduh telah mengaku bahawa beliau sedar kewujudan kotak-kotak yang mengandungi dadah tersebut sejak 3.12.2017 iaitu sehari sebelum serbuan dan menyatakan bahawa kotak-kotak tersebut adalah kotak kerjanya. Malah sewaktu diperiksa semula, Tertuduh juga turut mengaku bahawa kotak-kotak tersebut adalah kotak kerja beliau yang dibawa semasa memandu lori. Fakta ini mengesahkan bahawa Tertuduh mempunyai pengetahuan dan kuasa ke atas kotak-kotak tersebut dan kotak-kotak tersebut adalah milikan Tertuduh. [115] Tambahan pula, Tertuduh juga telah beri keterangan bahawa apabila ditanya oleh isteri beliau (SP7) mengenai kotak-kotak tersebut, Tertuduh telah maklum bahawa kotak tersebut adalah kotak kerja dan bila isteri minta alihkan kotak tersebut, Tertuduh menjawab kepada isteri bahawa akan alihkan pada keesokan harinya. [116] Mahkamah mendapati keterangan Tertuduh ini adalah bercanggahan dengan hujahan peguam Tertuduh bahawa kemungkinan dadah-dadah yang dijumpai telah diletakkan di dalam kotak-kotak hadiah oleh tetamu yang hadir sewaktu majlis kenduri. [117] Mahkamah juga mendapati keterangan Tertuduh ini adalah bercanggahan dengan hujahan peguam Tertuduh bahawa kotak-kotak yang mengandungi dadah tersebut kemungkinan diletakkan oleh ahli-ahli keluarga yang mempunyai akses ke dalam biliknya atau pun oleh tetamu yang hadir sewaktu majlis kenduri atau tetamu yang menginap selama dua hari selepas majlis kenduri. S/N 412ddkxpgkaFBeG/ntq6w March 1, 2023 40 [118] Pada masa yang sama, Mahkamah juga meragui keterangan Tertuduh yang menyatakan bahawa dadah jenis ganja yang dijumpai dalam kotak-kotak tersebut sebenarnya dijumpai oleh polis dalam kotak-kotak hadiah perkahwinan yang dibuka oleh polis. Fakta bahawa kotak-kotak yang mengandungi dadah tersebut adalah kotak-kotak hadiah perkahwinan yang dibalut dengan kertas hadiah tidak pernah dicadangkan oleh Tertuduh kepada Pegawai Serbuan (SP6), isteri Tertuduh (SP7) dan Pegawai Penyiasat (SP12). [119] Mahkamah juga mendapati gambar ketiga-tiga kotak mengandungi dadah jenis Cannabis yang dijumpai dalam Bilik Nombor 2 tersebut iaitu P31(2), (5) dan (8) menunjukkan bahawa ianya tidak dibalut dengan kertas hadiah. [120] Malah apabila gambar ketiga-tiga kotak ini dirujuk kepada isteri Tertuduh (SP7) dalam pemeriksaan utamanya, SP7 cam gambar kotak pertama yang dibalut oleh plastik lutsinar iaitu P31(2) dan beri keterangan bahawa beliau pernah nampak kotak ini dalam biliknya. SP7 juga cam kotak kedua P31(5) sebagai kotak air mineral yang beliau pernah beli sebelum ini. Dalam keterangan SP7 mengenai kotak-kotak ini, SP7 langsung tidak menyatakan bahawa beliau pernah melihat kotak-kotak ini dibiliknya dibalut dengan kertas hadiah. [121] Maka berdasarkan keterangan Tertuduh dalam pembelaannya, Mahkamah tidak dapat memutuskan bahawa ketiga-tiga kotak yang mengandungi dadah tersebut bukanlah milikan Tertuduh menurut prinsip yang diputuskan dalam kes DA Duncan v. Public S/N 412ddkxpgkaFBeG/ntq6w March 1, 2023 41 Prosecutor [1980] 1 LNS 12; [1980] 2 MLJ 195, di mana Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa:- “The defence was, in effect, a simple denial of the evidence connecting the appellant with the four boxes. We cannot see any plausible ground for saying that the four boxes were not his. In the circumstances of the prosecution evidence, the High Court came, in our view, to the correct conclusion that this denial did not cast a doubt on the prosecution case against the appellant.” KESIMPULAN DI AKHIR KES PEMBELAAN [122] Setelah membuat penilaian maksima dan menimbangkan keseluruhan keterangan pihak pendakwaan dan pembelaan Tertuduh serta kredibiliti saksi-saksi pendakwaan dan saksi-saksi pembelaan, Mahkamah mendapati bahawa pembelaan Tertuduh, atas imbangan kebarangkalian, telah gagal mematahkan anggapan pengedaran dadah berbahaya di bawah seksyen 37(da)(vi) ADB