Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI TEMERLOH DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR PERBICARAAN JENAYAH NO: CB-45A-9-11/2020 ANTARA PENDAKWA RAYA
CB-45A-9-11/2020
High Court of Malaysia27 Sept 2023
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“a term which shall not be less than five years, and he shall also be punished with whipping of not less than ten strokes.” [7] Peguam Tertuduh telah menukilkan kes Tengku Faris bin Engku Bongsu v PP [2019] MLJU 1831. Dalam kes tersebut dadah yang terlibat adalah 109.1 gram methamphetamine. Hukuman yang dikenakan adalah”
“er. The list never be exhaustive.” **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 11 [12] Begitu juga dalam kes PP v Saifulzainizam bin Mat Nasir [2021] MLJU 1240 Mahkamah Rayuan telah menjelaskan berkenaan dengan pendekatan yang perlu diambil dalam menjatuhkan hukuman”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI TEMERLOH DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR PERBICARAAN JENAYAH NO: CB-45A-9-11/2020 ANTARA PENDAKWA RAYA
1
Tertuduh dalam kes ini pada awalnya dituduh di bawah s. 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. Tertuduh telah mengemukakan surat representasi kepada Pendakwa Raya untuk dipertimbangkan pertuduhan yang lebih rendah bagi kesalahan tersebut. Pendakwa Raya setelah menimbangkan representasi tersebut bersetuju untuk mengemukakan pertuduhan pilihan seperti berikut: “Bahawa kamu pada 2 Julai 2020, lebih kurang pukul 4.00 petang, bertempat di hadapan rumah No. 14, Jalan Maran, Batu 4, di dalam Daerah Temerloh, di dalam Negeri Pahang kamu telah didapati dalam milikan kamu dadah berbahaya berat bersih 68.35 gram methamphetamine dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39A(2) Akta yang sama.”
2
Setelah pertuduhan pilihan dibacakan dan diterangkan kesan serta akibat pengakuan kepada Tertuduh, Tertuduh telah membuat pengakuan bersalah. Fakta kes telah dibacakan kepada Tertuduh dan diakui benar oleh Tertuduh. Pihak pendakwaan telah mengemukakan eksibit-eksibit dan telah ditandakan oleh mahkamah serta ditunjukkan kepada Tertuduh. Tertuduh mengakui eksibit-eksibit tersebut. Setelah mahkamah berpuas hati bahawa pengakuan salah Tertuduh adalah dibuat tanpa syarat dan telah memenuhi kehendak undang-undang di samping tiada sebarang pertikaian terhadap fakta kes dan barang kes mahkamah telah mensabitkan Tertuduh dengan pertuduhan pilihan tersebut.
3
Tertuduh telah mengemukakan rayuan peringanan hukuman yang telah disampaikan melalui peguambela beliau. Dalam rayuan peringanan itu dinyatakan bahawa Tertuduh berusia 36 tahun mempunyai tiga orang anak yang berusia dalam lingkungan 3 tahun hingga 8 tahun, Tertuduh bekerja sendiri. Ini adalah merupakan kesalahan pertama, Tertuduh insaf dan menyesal kepada kesalahan 3 yang dilakukan serta memohon maaf kepada keluarga dan tidak akan melakukan kesalahan ini pada masa akan datang.
4
Seterusnya Timbalan Pendakwa Raya telah mengemukakan hujahan pemberatan dan intipati kepada hujahan tersebut ialah mahkamah perlu mempertimbangkan kepentingan awam dalam menjatuhkan hukuman kepada Tertuduh. Timbalan Pendakwa Raya juga telah mengemukakan statistik kesalahan narkotik bagi daerah Temerloh bagi tahun 2021 sebanyak 969 tangkapan narkotik kemudian pada tahun 2022 sebanyak 1243 tangkapan. Semasa mahkamah mempertimbangkan hukuman yang wajar dikenakan kepada Tertuduh mahkamah telah mengambil kira rayuan peringanan Tertuduh dan rayuan pemberatan hukuman oleh Timbalan Pendakwa Raya.
5
Apabila seseorang itu dituduh di bawah s. 12(2) ADB 1952 di baca bersama s. 39A(2) ADB 1952 yang memperihalkan hukuman yang perlu dijatuhkan maka mahkamah adalah perlu mempertimbangkan hukuman di dalam lingkungan hukuman tersebut. Ini telah dinyatakan sepintas lalu oleh Mahkamah Tinggi dalam kes Khirul Ihsan bin Hussain v PP [1999] 3 MLJ 397 seperti berikut: “Now, when a person is charged for an offence under s 12(2) of the Act relating to certain dangerous drugs of the prescribed amount referred to in s 39A, then the punishable section under the Act which shall be invoked if he is found guilty of the 4 offence and convicted is determined by the amount (weight) of the subject matter of the charge. For example, if the subject matter of the charge is heroin and its weight is 2 gm or more but less than 5 gm, then the punishable section would be s 39A(1) of the Act. However, if its weight is 5 gm or more, then the punishable section is s 39A(2) of the Act. In this appeal before me, the subject matter of the charge was 5.95 gm of heroin. Therefore, any sentence passed under the provisions of s 39A(1) of the Act would be patently wrong and unlawful. A valid sentence, in the circumstances, shall only be one meted out under the provisions of s 39A(2) of the Act. Neither the court nor the Public Prosecutor has any discretion to invoke s 39A(1) if the subject matter of the charge is not within the prescribed amount under s 39A(1) of the Act.”
6
Penelitian kepada s. 39A(2) ADB 1952 telah mengaitkan jumlah berat dadah dengan hukuman yang boleh dikenakan di bawah s. 39A(2) tersebut. Dalam konteks kes ini Tertuduh dituduh melibatkan dadah jenis methamphetamine iaitu seberat 68.35 gram. Di bawah s. 39A(2) ADB 1952 dinyatakan julat yang membolehkan hukuman dijatuhkan di bawah s. 39A ialah berat dadah methamphetamine adalah seperti berikut: “(2) Every person found guilty of an offence against this Act where the offence is not punishable with death and where the subject matter of the offence is-
r
30 grammes or more in weight of Methamphetamine; shall, instead of being liable to the punishment provided for that offence under the section under which the person has been so found guilty, be punished with imprisonment for life or for a term which shall not be less than five years, and he shall also be punished with whipping of not less than ten strokes.” [7] Peguam Tertuduh telah menukilkan kes Tengku Faris bin Engku Bongsu v PP [2019] MLJU 1831. Dalam kes tersebut dadah yang terlibat adalah 109.1 gram methamphetamine. Hukuman yang dikenakan adalah pemenjaraan selama 12 tahun dari tarikh ditangkap ada 29.06.2016 dan 10 sebatan. Dalam kes Tengku Faris bin Engku Bongsu (supra) tersebut Mahkamah Rayuan telah merujuk kepada kes-kes yang dibekalkan oleh TPR berkenaan tren hukuman. Ia dinyatakan di perenggan 11 kes tersebut seperti berikut: “[11] Kami telah dirujuk kepada beberapa keputusan kes berikut oleh Puan TPR bagi menunjukkan trend hukuman semasa sebagai panduan: Cases Facts Sentence Date of Offence a. PP v Akhbar Jafarishoresta ni Mohammad 05-255- 10/2013(P)28.
1
1.2015 - Full trial, original charge s.39B DDA- 2,032.8g Meth-R was convicted at the HC then was acquitted at the COA-At FC, the app’s appeal was allowed partly and R was convicted with an offence punishable under s.39A(2) DDA.- Fact: The R was arrested at the Penang International Airport with a luggage bag which had been concealed with a drugs. 20 years + 10 strokes 9.1.2011 b. Benedicta Nkechinyelu Makolu v PPB-05(M)- 03/20173.10.2 018 - Full trial. Convicted at HC under section 39B DDA.- COA reduced the charge to section 39A(2) DDA.- 1381 gram Methamphetamine 20 years of imprisonmen t 2.6.2013 c. Mohammad Tooqeer Afzal v PPW-05(M)- 242-09/2015 - Full trial. Convicted at HC under s.39B DDA.- COA reduced from s.39B to s.39A(2) D 15 years + 10 strokes COA24.3.201 6 DA.- 56.3 gram Methamphetamine d. Ho Boon Hwa v PP J-05- 114-04/2015 COA22.3.201 6 - PG to alternative charge-Alternative charge offered after 4 witnesses gave evidence- 59.71 gram Methamphetamine and 2 other charges punishable under s.39A(1).- Drugs in the form of 44 small packets-COA affirmed H.Crt sentence of 15 years & 12 strokes 15 years + 12 strokes 6.4.2015 e. PP v Innocent Chigozie Uzoigwe W- 05(S)-86- 04/2014(NGA ) COA17.9.201 4 - PG to alternative charge- 177.0 g Methamphetamine-HC: 7 years imprisonment + 10 strokes-COA: 12 years + 10 strokes 12 years + 10 strokes 20.8.2013 f. Mohd Afandi Abu Bakar v PP [2014] 7 CLJ 1017 - COA amended to possession- 41.43 gram Methamphetamine-Drugs in the form of 1,990 pills- 12 years & 10 strokes 12 years & 10 strokes 25.11.2006 g. Mansour Ahmadpour (Iran) v PPB- 05(S)-179- 07/2012 COA26.11.20 13 - PG to the alternative charge- 3938.2 g Methamphetamine-The Appellant was arrested at the Arriving Hall, KLIA-Drugs were found in a soak span cloth in his trolley bag 15 years (no strokes - his age was 51 during the arrest)
7
7.2.2010 h. Hameed Zabektidakhel Shaaban v PPB-05(S)- 217-08/2012 COA25.7.201 3 - PG to the alternative charge- 231.8 g Methamphetamine-The Appellant was arrested at Luggage Carousal Hall, KLIA. The Appellant’s representation was accepted by AG Chambers.- The Appellant PG to the alternative charge and was sentenced to 13 years + 10 strokes.- COA affirmed the decision of the HC. 13 years + 10 strokes 7.10.2010 i. PP v Amil bin Akmad [2007] 5 MLJ 561 COA - Full trial under s.39B-Appeal by PP and COA allowed for possession under s.39A(2)- 74.93 gram Methamphetamine 15 years imprisonmen t and 10 strokes of whipping 31.5.2002 [8] Sementara itu Timbalan Pendakwa Raya telah berhujah bahawa hukuman yang bakal dikenakan kepada Tertuduh haruslah menggambarkan keseriusan kesalahan yang dilakukan terutamanya ia melibatkan pemilikan dadah. Statistik yang dikemukakan menunjukkan bahawa terdapatnya peningkatan tangkapan narkotik di daerah Temerloh iaitu sebanyak 969 tangkapan narkotik pada 2021 meningkat kepada 1243 pada tahun 2022. Ia menggambarkan kesalahan yang melibatkan narkotik adalah menunjukkan tren peningkatan. Ini bermakna mahkamah perlu mengambil kira statistik yang dikemukakan bagi mempertimbangkan hukuman yang wajar sebagai satu kepekaan mahkamah kepada peningkatan kesalahan narkotik tersebut agar ia dapat memberi isyarat yang jelas bahawa mahkamah ini memandang serius kesalahan-kesalahan yang melibatkan jenayah narkotik. [9] Jika ini tidak dilakukan ia akan menyebabkan kesalahan jenayah narkotik akan berleluasa dan menjejaskan kepentingan masyarakat. Kegagalan mahkamah untuk mempertimbangkan hukuman yang sewajarnya boleh membawa musibah yang besar kepada ketenteraman masyarakat dan usaha pencegahan jenayah. Sementara itu mahkamah juga tidak boleh mengenepikan kepentingan Tertuduh dan memandang enteng kepada rayuan peringanan hukuman yang dikemukakan oleh pihak Tertuduh. Pada masa yang sama mahkamah juga perlu meneliti hukuman-hukuman yang telah dijatuhkan oleh mahkamah berkaitan dengan kesalahan pemilikan dadah methamphetamine sebagai suluh panduan untuk menjatuhkan hukuman yang sewajarnya. Ini perlu diberikan perhatian bagi mengelakkan daripada berlaku kesenjangan hukuman yang menjurus kepada kegalauan dalam pentadbiran undang-undang jenayah. Ini adalah disebabkan akan ada mahkamah yang menjatuhkan hukuman yang terlaku rendah dan ada mahkamah yang menjatuhkan hukuman yang tinggi. Ini perlu dielakkan. [10] Oleh itu dalam proses menjatuhkan hukuman terdapat prinsip-prinsip hukuman yang mantap dan perlu dipertimbangkan oleh mahkamah iaitu pemulihan, deteren dan kepentingan awam. Kesemua prinsip asas ini adalah bagi menjadikan hukuman yang dikenakan kepada pesalah jenayah akan dihormati dan diyakini dan dapat mengelakkan daripada berlakunya hukuman-hukuman yang tidak sewajarnya dijatuhkan. [11] Dalam kes ini mahkamah juga mengambil panduan daripada keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Amir Hassan bin Ali Usin v PP [2016] 6 MLJ 421 seperti berikut: “[16] There are many factors that need to be taken into account in assessing the appropriate sentence based on the facts and circumstances of each case such as the nature of the offence, the circumstances in which it was committed, the mitigating factors, the aggravating factors and the trend of sentencing. Another important factor to be considered is whether the offender is a habitual offender or a first offender. The list never be exhaustive.” [12] Begitu juga dalam kes PP v Saifulzainizam bin Mat Nasir [2021] MLJU 1240 Mahkamah Rayuan telah menjelaskan berkenaan dengan pendekatan yang perlu diambil dalam menjatuhkan hukuman terhadap kes-kes yang melibatkan pemilikan dadah dengan menyatakan seperti berikut: “[23] On the whole, the lenient sentence imposed by the LJ would not have the deterrent effect to eradicate offences involving drugs which are regarded as an ongoing national problem that has not abated over many decades. Thus, the sentence imposed must reflect the need to serve the public interest when faced with grave and prevalent offences like the possession of a substantial quantity of drugs. [See PP v Ooi Teng Chian [2006] 1 MLJ 213] [24] In the above case, PP v Ooi Teng Chian (supra) the guilty plea by the Respondent, it was held, ought not be regarded as a predominant factor that would justify a lenient sentence being passed below the usual trend for this type of offence.” [13] Dalam kes ini mahkamah juga perlu mempertimbangkan fakta bahawa Tertuduh adalah pesalah pertama dan juga mempunyai tanggungan anak-anak yang masih kecil. Apakah hal yang demikian boleh menyebabkan mahkamah ini memberikan keringanan hukuman terhadap kesalahan yang dilakukan oleh Tertuduh. [14] Berkenaan dengan keringanan hukuman yang adalah wajar mahkamah ini merujuk kepada lontaran pandangan Lord Lane CJ dalam kes Attorney-General’s Reference (No. 4 of 1989) [1990] 1 W.L.R 41. Keputusan yang menarik untuk ditekuni seperti berikut: “A sentence is unduly lenient, we would hold, where it falls outside the range of sentences which the judge, applying his mind to all the relevant factors, could reasonably consider appropriate. In that connection regard must of course be had to reported cases, and in particular to the guidance given by this court from time to time in the so-called guideline cases. However it must always be remembered that sentencing is an art rather than a science; that the trial judge is particularly well placed to assess the weight to be given to various competing considerations; and that leniency is not in itself a vice. That mercy should season justice is a proposition as soundly based in law as it is in literature. The second thing to be observed about the section is that, even where it considers that the sentence was unduly lenient, this court has a discretion as to whether to exercise its powers. Without attempting an exhaustive definition of the circumstances in which this court might refuse to increase an unduly lenient sentence, we mention one obvious instance: where in the light of events since the trial it appears either that the sentence can be justified or that to increase it would be unfair to the offender or detrimental to others for whose well-being the court ought to be concerned.” [15] Akhirnya berdasarkan kepada faktor peringanan, faktor pemberatan, jumlah berat dadah methamphetamine yang terlibat dan bagaimana dadah tersebut ditemui berada dalam milikan Tertuduh, mahkamah berpendapat bahawa hukuman yang dikenakan adalah pemenjaraan 14 tahun dari tarikh tangkap dan 10 sebatan. Bertarikh: 28hb. Julai 2023 (ROSLAN MAT NOR) HAKIM MAHKAMAH TINGGI MALAYA TEMERLOH, PAHANG DARUL MAKMUR PIHAK-PIHAK: Bagi Pihak Pendakwaan Ain-Nur ‘Amiyerra Awod Abdullah dan Mohd Hakimie Ab Hadi Timbalan Pendakwa Raya Temerloh, Pahang Darul Makmur Bagi Pihak Tertuduh Richard Bong Tetuan Bong & Co Temerloh, Pahang Darul Makmur
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.