Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARU NAIM, MALAYSIA PERBICARAAN JENAYAH NO: DA-45A-24-09/2020 ANTARA PENDAKWA RAYA
DA-45A-24-09/2020
High Court of Malaysia14 Aug 2023
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“d may be relevant, association alone is never sufficient to prove guilt beyond a reasonable doubt. (See Leow Nghee Lim v. Reg [1955] 1 LNS 53; [1956] 22 MLJ 28; Chan Pean Leon v. P.P [1956] 1 LNS 17; [1956] MLJ 237; Yee Ya Mang v. P.P [1971] 1 LNS 156; [1972] 1 MLJ 120; P.P v. Badrulsham bin Baharom [1987] 1 LNS 72; [1”
“t an accused person who has pleaded guilty be given certain credit and discount, but we are of the view that there are exceptions to this rule. In our opinion, one of these are the offences under the Dangerous Drugs Act 1952. The Government and the legislature have taken very serious views in the abuse of usage of dang”
“ty of this document via eFILING portal 10 kawalan dan jagaan ke atas barang-barang yang ditemui di dalam rumah tersebut. [26] Di dalam kes Pendakwa Raya v. Lim Chsung Meng & Anor [2015] 1 LNS 1226; [2015] MLJU 2234, Mahkamah Rayuan melalui penghakiman Hakim Mohd Zawawi Salleh HMR (pada ketika itu) menyatakan; “[27] As”
“dan sekaligus ke atas dadah dan racun yang ditemui. Ini kerana menurut peguam OKT, pihak PR gagal untuk menafikan akses orang lain ke atas rumah tersebut dengan merujuk kepada kes Raymond Wahab v PP [2017] MLRAU 372 yang menyatakan; “[11] It is necessary for the prosecution to negate or disprove the defence that there”
“his document via eFILING portal 12 secara langsung yang menunjukkan dadah tersebut ditemui di dalam bilik kecil di dalam rumah tersebut. [31] Di dalam kes Mahendran Arivalan v PP [2020] 1 LNS 1278; [2020] MLRAU 279, Hakim Nordin Hassan HMR (pada ketika itu) telah memutuskan: "...it is trite that forensic evidence inclu”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARU NAIM, MALAYSIA PERBICARAAN JENAYAH NO: DA-45A-24-09/2020 ANTARA PENDAKWA RAYA
1
Orang kena Tuduh (OKT) di dalam kes ini telah dituduh bagi tiga pertuduhan. Pertuduhan pertama adalah di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah berbahaya 1952 (Akta 234) kerana mengedar dadah berbahaya iaitu seberat 3747.6 gram dadah Methamphetamine dan keduanya di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta 234 kerana mengedar dadah berbahaya iaitu seberat 511.4 gram S/N dcwcsp90cEiN8wi4cMoh2w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 2 Methamphetamine. Manakala pertuduhan ketiga adalah di bawah seksyen 30(3) Akta Racun 1952 (Akta 366) kerana memiliki racun iaitu 17.77 gram Etizolam.
2
Pertuduhan-pertuduhan ke atas OKT adalah seperti berikut: Pertuduhan Pertama Bahawa kamu pada 8/3/2020, jam lebih kurang 12.30 pagi bertempat di sebuah bilik, di bahagian belakang Homestay Ciknaa beralamat di Lot 69 Kampung Seberang Lubok Jambu, Kedai Mulong, di dalam Jajahan Kota Bharu, di dalam Negeri Kelantan telah mengedar dadah berbahaya iaitu 3747.6 gram Methamphetamine dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah sek. 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum dibawah seksyen 39B(2) Akta yang sama. Pertuduhan Kedua Bahawa kamu pada 8/3/2020, jam lebih kurang 12.30 pagi bertempat di sebuah bilik, di bahagian belakang Homestay Ciknaa beralamat di Lot 69 Kampung Seberang Lubok Jambu, Kedai Mulong, di dalam Jajahan Kota Bharu, di dalam Negeri Kelantan telah mengedar dadah berbahaya iaitu 511.4 gram Methamphetamine dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah sek. 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum dibawah seksyen 39B(2) Akta yang sama. S/N dcwcsp90cEiN8wi4cMoh2w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 3 Pertuduhan Ketiga Bahawa kamu pada 8/3/2020, jam lebih kurang 12.30 pagi bertempat di sebuah bilik, di bahagian belakang Homestay CIKNAA beralamat di Lot 69 Kampung Seberang Lubok Jambu, Kedai Mulong, di dalam Jajahan Kota Bharu, di dalam Negeri Kelantan telah ada dalam milikan kamu racun iaitu 17.77gram Etizolam dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah sek. 30(3) Akta Racun 1952 yang boleh dihukum dibawah seksyen 30(5) Akta yang sama.
3
Pertuduhan ini adalah bersandarkan kepada satu serbuan yang telah dijalankan oleh pihak polis yang diketuai oleh Insp Azharreidza (SP4) ke atas sebuah rumah yang merupakan sebuah rumah inapan (homestay) yang dikenali dengan nama Ciknaa beralamat di Lot 69, Kampung Seberang Lubok Jambu, Kedai Mulong, Kota Bharu, Kelantan (rumah tersebut).
4
Semasa serbuan tersebut, pihak polis telah berjaya menangkap 3 orang iaitu OKT, SP3 dan SD2 serta seorang lagi lelaki Melayu. Pemeriksaan ke atas salah sebuah bilik kecil di dalam rumah tersebut telah menemukan di bawah tilam, 9 foil aluminium berwarna merah/silver berikat gelang getah yang mana setiap 1 foil mengandungi 10 biji pil-pil yang menjadikannya sebanyak 90 biji pil (P23). Pemeriksaan lanjut di dalam bilik yang sama oleh pihak polis telah berjaya menemui 1 kotak warna putih dan di dalamnya S/N dcwcsp90cEiN8wi4cMoh2w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 4 terdapat 14 paket plastik cerah dan 5 bungkusan plastik warna hijau bertulisan “GUANYINWANG” (P23) di bawah sebuah rak.
5
OKT dan 2 lagi tersebut telah ditangkap dan bahan-bahan yang dirampas tersebut telah disahkan oleh Ahli Kimia iaitu SP5 sebagai dadah berbahaya jenis Methamphetamine dan racun jenis Etizolam.
6
Beban pembuktian di akhir kes pendakwaan adalah sepertimana yang telah dinyatakan di bawah seksyen 180 Kanun Tatacara Jenayah ("KTJ") iaitu untuk menentukan berdasarkan kepada keterangan-keterangan yang kredibel wujudnya satu kes prima facie.
7
Mahkamah telah berpandukan kepada 2 kes utama berkaitan prima facie iaitu kes kes Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85 dan kes PP v. Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 dan merumuskan bahawa di akhir kes pendakwaan bermakna, Mahkamah ini hendaklah membuat penilaian maksimum ke atas keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan termasuk menilai kredibiliti keterangan-keterangan oleh saksi-saksi pendakwaan. Mahkamah sedar jika terdapat lebih dari satu inferens yang boleh dibuat, maka Mahkamah perlu memberi kelebihan kepada inferens yang memihak kepada OKT. S/N dcwcsp90cEiN8wi4cMoh2w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 5
8
Berpandukan kepada kes Muhammad Lukman Mohamad v. PP [2021] 7 CLJ 524, elemen yang perlu dipenuhi bagi satu kesalahan pengedaran dadah berbahaya di bawah seksyen 39B Akta 234 adalah seperti berikut :
a
sama ada dadah yang dipersoalkan adalah dadah berbahaya dan dadah yang sama dirampas;
b
sama ada dadah tersebut di dalam milikan OKT; dan
c
sama ada OKT mengedar dadah tersebut [9] Manakala bagi kesalahan pemilikan di bawah seksyen 30(3) Akta 366, pihak pendakwaan perlu memenuhi elemen (a) dan (b) sepertimana yang dinyatakan di atas. Analisis dan dapatan Mahkamah Elemen (a); sama ada dadah yang dipersoalkan adalah dadah berbahaya dan dadah yang sama dirampas [10] Mahkamah ini telah meneliti keterangan SP4 dan mendapati SP4 telah mengesahkan bahawa barang-barang yang dirampas semasa serbuan telah dibuat penandaan sebelum ianya diserahkan kepada SP7. Selanjutnya SP7 telah membuat penandaannya sendiri sebelum mengemukakan barang-barang kes tersebut kepada SP5 untuk dibuat analisis. S/N dcwcsp90cEiN8wi4cMoh2w [11] Kesemua saksi-saksi ini telah mengecam gambar-gambar ke atas barang kes tersebut serta penandaan-penandaan yang telah dibuat oleh mereka secara fizikal. Peguam OKT di dalam hujahan mereka tidak membuat sebarang hujahan bagi mempertikaikan pengecaman barang-barang kes ini. [12] Mahkamah berpuashati bahawa bagi maksud pengecaman barang kes yang ditemui, ia bersandarkan kepada pengecaman saksi-saksi terutamanya SP1, SP4, SP5, SP6 dan SP7 ke atas gambar barang kes serta penandaan yang telah mereka lakukan ke atas setiap barang-barang kes yang ditemui. [13] Peguambela OKT di dalam hujahannya walaubagaimanapun telah menimbulkan isu berkaitan perbezaan tarikh serta jumlah bungkusan yang diserahkan oleh SP7 kepada SP1. Namun perkara ini telah diberi penjelasan oleh SP1 dan SP7 bahawa telah berlaku kesilapan di dalam catitan yang dibuat oleh SP1. Mahkamah berpandangan, dalam apa jua keadaan, ia adalah tidak material. Ini kerana kesemua saks-saksi telah membuat pengecaman secara fizikal ke atas barang kes. [14] Sehubungan dengan itu, Mahkamah berpuashati bahawa tiada sebarang pecahan ke atas rantaian keterangan berkaitan dadah dan racun yang ditemui dan Mahkamah ini merumuskan bahawa dadah serta racun dikemukakan di Mahkamah bagi perbicaraan kes ini adalah yang sama seperti dirampas semasa serbuan (rujuk; Shahrizal Abdul Ghani v PP [2014] 1 MLJ 70). S/N dcwcsp90cEiN8wi4cMoh2w [15] Selanjutnya SP5 di dalam keterangannya telah mengesahkan ujian-ujian yang dijalankan olehnya ke atas barang kes tersebut. Tiada cabaran secara langsung telah dikemukakan oleh peguam OKT ke atas ujian-ujian yang dilaksanakan. Di akhir ujian yang telah dilaksanakan, SP5 mengesahkan bahawa ianya adalah dadah berbahaya jenis Methamphetamine dan racun jenis Etizolam. [16] SP5 adalah merupakan saksi yang berkelayakan dan berjaya menjelaskan setiap ujian yang telah dilaksanakan. Oleh yang demikian, Mahkamah ini menerima keterangan SP5 serta merumuskan pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan dadah dan racun yang dirampas adalah dadah berbahaya sepertimana di bawah Akta 234 dan racun yang dirampas adalah racun sepertimana yang ditafsirkan di bawah Akta 366. Mahkamah turut berpuashati bahawa dadah yang dikemukakan semasa perbicaraan adalah sama dengan yang dirampas (rujuk; Tarmizi bin Yaacob dan satu lagi v PP [2006] 6 MLJ 197). Elemen (b); sama ada dadah dan racun tersebut di dalam milikan OKT [17] Bagi elemen ini terdapat dua perkara utama iaitu berkaitan jagaan serta kawalan dan selanjutnya berkaitan pengetahuan. Ini bersandarkan kepada kes-kes duluan seperti Chan Pean Leon v PP [1956] 1 LNS 17; [1956] MLJ 237, Ibrahim Mohamad & Anor S/N dcwcsp90cEiN8wi4cMoh2w v. PP [2011] 4 CLJ 113 dan Romi Amora Amir v. PP [2011] 1 CLJ
870
Jagaan dan kawalan ke atas rumah tersebut [18] Keterangan pihak pendakwaan berkaitan jagaan dan kawalan adalah bersandarkan kepada rumah tersebut adalah disewa oleh OKT daripada SP2 yang merupakan abang ipar kepada OKT. [19] Di dalam keterangannya, SP2 telah mengesahkan bahawa hanya OKT telah tinggal di rumah tersebut sejak 2018 dan tinggal berseorangan. SP2 tidak pasti sama ada OKT pernah menerima tetamu. Kunci rumah tersebut telah turut diserahkan kepada OKT.
Preamble
Menurut SP2, OKT hanya membayar bil elektrik rumah tersebut sebagai bayaran sewanya. [20] Keterangan selanjutnya adalah berkaitan serbuan iaitu keterangan melalui SP4 dan SP6. Keterangan mereka mengesahkan bahawa semasa serbuan, SP3 dan seorang lagi lelaki berada di ruang utama manakala OKT ditangkap di dalam sebuah bilik kecil di dalam rumah tersebut. Barang-barang kes ditemui di bawah tilam serta di bawah sebuah rak. [21] Menurut SP3, kehadirannya ke rumah tersebut adalah untuk meminjam duit sebanyak RM200 dari OKT. Semasa SP3 sampai di rumah tersebut, seorang lelaki lain yang dikenali sebagai Din S/N dcwcsp90cEiN8wi4cMoh2w (Zainuddin bin Daud) telah ada di rumah tersebut. OKT yang telah membuka pintu rumah tersebut. [22] Keterangan SP3 ini mengesahkan keterangan SP2 bahawa hanya OKT yang tinggal di rumah tersebut. Tiada sebarang cabaran atau cadangan yang dikemukakan oleh peguambela OKT kepada SP2 atau SP3 berkaitan kewujudan orang lain yang mungkin tinggal bersama-sama OKT. [23] Peguambela hanya menimbulkan persoalan bahawa pihak pendakwaan tidak dapat menepis kemungkinan bahawa terdapat orang lain yang mempunyai akses ke atas rumah serta bilik tersebut. Paksi hujahan peguambela adalah ke atas keadaan rumah tersebut ketika serbuan dikatakan bersepah dan seperti masih dalam pembinaan. Situasi ini dapat dilihat dari gambar iaitu di (P23 (1-14)). [24] Mahkamah tidak nampak bagaimana hujahan ini dapat dipertahankan bagi menunjukkan kemungkinan wujud akses oleh pihak ketiga ke atas rumah tersebut. Keadaan rumah yang bersepah dan dalam pembinaan tidak mewajarkan satu inferens dibuat berkenaan kewujudan pihak ketika. Apatah lagi di dalam kes ini, SP2 mengakui OKT adalah seorang buruh binaan. [25] Sebaliknya Mahkamah berpandangan OKT telah dibuktikan satu-satunya orang yang mendiami rumah tersebut dan oleh itu, satu-satunya inferens yang boleh dibuat adalah OKT mempunyai S/N dcwcsp90cEiN8wi4cMoh2w kawalan dan jagaan ke atas barang-barang yang ditemui di dalam rumah tersebut. [26] Di dalam kes Pendakwa Raya v. Lim Chsung Meng & Anor [2015] 1 LNS 1226; [2015] MLJU 2234, Mahkamah Rayuan melalui penghakiman Hakim Mohd Zawawi Salleh HMR (pada ketika itu) menyatakan; “[27] As a matter of common sense, there is a strong inference that a person who is the sole occupant of a house or apartment has custody or control over anything in the house or apartment. Where the drugs are found in a dwelling house, then it would be reasonable to infer that the sole occupant knowingly possessed the drugs. On the other hand, where there is more than one person living at the residence, there must be some additional evidence to prove the guilt of each of the accused. While association between the accused may be relevant, association alone is never sufficient to prove guilt beyond a reasonable doubt. (See Leow Nghee Lim v. Reg [1955] 1 LNS 53; [1956] 22 MLJ 28; Chan Pean Leon v. P.P [1956] 1 LNS 17; [1956] MLJ 237; Yee Ya Mang v. P.P [1971] 1 LNS 156; [1972] 1 MLJ 120; P.P v. Badrulsham bin Baharom [1987] 1 LNS 72; [1988] 2 MLJ 585; P.P v. Muhammad Nasir bin Shaharuddin & Anor [1992] 3 CLJ Rep 408; [1994] 2 MLJ 576; Peng Chee Meng v. P.P [1992] 1 CLJ Rep 265; [1992] 1 MLJ 137; Gooi Loo Seng v. P.P [1993] 3 CLJ 1; [1993] 2 MLJ 137; P.P v. Lin Lian Chen [1992] 1 CLJ Rep 285; [1992] 2 MLJ 561; P.P v. Abdul Rahman bin Alif [2007] 4 CLJ 337).” S/N dcwcsp90cEiN8wi4cMoh2w [penekanan ditegaskan] [27] Selain itu, Mahkamah turut mendapati bahawa ketika serbuan tersebut, OKT berada di dalam bilk kecil tersebut iaitu suatu kedudukan yang begitu hampir dengan dadah yang ditemui. SP4 dan SP6 adalah merupakan saksi polis yang tidak mempunyai kepentingan kerana mereka tidak pernah mengenali OKT. Tiada sebab untuk Mahkamah menolak keterangan mereka. [28] Keterangan SP4 dan SP6 ini turut disokong oleh SP3 yang mengesahkan bahawa pihak polis telah menemui barang-barang kes di dalam bilik kecil. Keterangan-keterangan ini membolehkan satu sahaja inferens yang munasabah iaitu OKT mempunyai jagaan dan kawalan ke atas dadah-dadah tersebut (rujuk; PP v Foo Jua Eng [1966] 1 MLJ 197). Penyiasatan SP7 yang tidak lengkap [29] Peguam OKT turut mempertikaikan beberapa aspek siasatan yang dikatakan lemah. Ini menurut peguam OKT memberi kesan ke atas kes pendakwaan. Antara yang menjadi isu yang dibangkitkan oleh peguam OKT adalah berkenaan ketiadaan ujian DNA dilaksanakan. [30] Pada hemat Mahkamah, isu berkenaan ketiadaan ujian DNA bukanlah suatu yang boleh menjejaskan kredibiliti siasatan. Ini kerana keterangan DNA hanyalah bersifat keterangan sokongan sedangkan keterangan sepertimana di dalam kes ini adalah jelas S/N dcwcsp90cEiN8wi4cMoh2w secara langsung yang menunjukkan dadah tersebut ditemui di dalam bilik kecil di dalam rumah tersebut. [31] Di dalam kes Mahendran Arivalan v PP [2020] 1 LNS 1278; [2020] MLRAU 279, Hakim Nordin Hassan HMR (pada ketika itu) telah memutuskan: "...it is trite that forensic evidence including DNA or fingerprints only serves as corroborative evidence. It certainly assist(s) the prosecution to establish its case beyond reasonable doubt as required under the law. However, the absence of forensic evidence does not mean that the prosecution case must collapse if there are other cogent evidence to establish its case in particular direct evidence such as in the present case." [penekanan ditegaskan] [32] Perkara kedua siasatan yang dipertikaikan adalah kegagalan SP7 turut mengemukakan keterangan berkaitan kunci rumah. Peguambela OKT menghujahkan bahawa ini menimbulkan persoalan sama ada terdapat orang lain yang mempunyai akses ke atas rumah tersebut. [33] Sekali lagi Mahkamah menegaskan bahawa keterangan di dalam kes ini menunjukkan OKT yang tinggal di dalam rumah tersebut. Tiada apa-apa keterangan yang membolehkan satu inferens dibuat bahawa terdapat orang lain yang tinggal atau boleh memasuki rumah tersebut. Oleh itu, isu berkaitan bagaimana SP7 masuk ke S/N dcwcsp90cEiN8wi4cMoh2w rumah tersebut dan tiadanya siasatan ke atas kunci rumah tidak sewajarnya menjejaskan penyiasatan oleh SP7. [34] Apatah lagi di dalam keterangan SP2 telah diperjelaskan bahawa kunci rumah tersebut telah diserahkan kepada OKT. [35] Berdasarkan kepada rantaian keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan, adalah jelas bahawa rumah tersebut didiami oleh OKT dan dadah serta racun di dalam kes ini ditemui di dalam bilik kecil yang pada ketika serbuan, OKT berada di dalamnya. Oleh itu, Makkamah memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen jagaan serta kawalan OKT ke atas dadah dan racun tersebut. Keterangan berkaitan pengetahuan OKT [36] Pihak pendakwaan di dalam hujahan berkaitan elemen pengetahuan OKT telah membawa perhatian Mahkamah ke atas bagaimana dadah tersebut dibungkus serta disembunyikan dan menghujahkan bahawa ia menunjukkan bahawa OKT mempunyai pengetahuan ke atasnya. Di samping itu, kedudukan OKT yang begitu hampir dengan barang-barang kes yang ditemui turut membolehkan satu inferens berkaitan pengetahuan. [37] Peguambela sebaliknya menghujahkan bahawa tiada sebarang keterangan asas bagi membolehkan satu inferens dibuat berkaitan S/N dcwcsp90cEiN8wi4cMoh2w pengetahuan OKT. Bagi peguambela, kedudukan dadah yang begitu hampir dengan OKT semata-mata tidak membolehkan inferens pengetahuan dibuat oleh Mahkamah ini. [38] Mahkamah bersetuju bahawa tindak tanduk OKT di dalam kes ini semasa serbuan oleh pihak polis adalah relevan di bawah seksyen 8 Akta Keterangan 1950 (Akta 56) dan boleh diterima (rujuk; kes PP v Abdul Rahman Akif [2007] 4 CLJ 337, Parlan Dadeh v PP [2009] 1 CLJ 717 dan PP v Tan Kim Piow [2006] 5 MLJ 409). [39] Namun begitu, di dalam kes ini, tiada sebarang keterangan yang dikemukakan menunjukkan tingkah laku OKT yang berbentuk responsif ke atas serbuan tersebut. Keterangan SP4 dan SP7 adalah sekadar OKT berada di dalam bilik kecil tersebut semasa pihak polis membuat serbuan. [40] Walaubagaimanapun, keterangan adalah jelas menunjukkan bahawa dadah tersebut berada di dalam 5 bungkusan yang bertulis “GUANYINWANG”. Ia juga disimpan di bawah tilam dan tersembunyi. Keterangan-keterangan ini membolehkan satu inferens dibuat bahawa OKT mempunyai pengetahuan bahawa bungkusan-bungkusan tersebut mengandungi dadah. [41] Selain itu cara ianya dibungkus dan kedudukannya yang disimpan tersembunyi menunjukkan bahawa ianya disembunyikan secara S/N dcwcsp90cEiN8wi4cMoh2w licik bagi mengelak ianya ditemui. Ini turut membolehkan satu inferens berkaitan pengetahuan dibuat oleh Mahkamah ini. [42] Di dalam kes Teh Hock Leong v PP [2008] 4 CLJ 764, Mahkamah Rayuan telah menyatakan; “Turning to the facts of the present instance, we agree with the learned trial judge that the method employed to bring the drugs in question from Thailand into Malaysia was done in a most cunning fashion to escape detection by the authorities. The method employed to convey or transport a drug may sometimes furnish evidence of knowledge. For example, an attempt to carefully conceal a drug may indicate an intention to avoid detection and thereby point to knowledge. Of course it all depends on the facts of each individual case.” [penekanan ditegaskan] [43] Begitu juga di dalam kes PP v Abdul Rahman Akif [2007] 4 CLJ 337, di mana Mahkamah Persekutuan menyatakan bahawa apabila dadah tersebut dibalut dengan kertas surat khabar, tidak bermakna inferens pengetahuan tidak boleh dibuat. [44] Mengaplikasi prinsip yang sama, keadaan dadah di dalam bungkusan plastik bertulis “GUANYINWANG” serta ianya diletakkan di bawah tilam, menunjukkan secara inferens bahawa OKT mempunyai pengetahuan kewujudan dadah serta racun tersebut. S/N dcwcsp90cEiN8wi4cMoh2w [45] Sehubungan dengan itu, Mahkamah merumuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya di dalam memenuhi beban yang diperlukan oleh undang-undang iaitu bagi membuktikan elemen kedua iaitu dadah serta racun tersebut berada di dalam milikan OKT. Elemen (c); sama ada OKT mengedar dadah tersebut [46] Bagi elemen pengedaran, pihak PR bersandarkan kepada peruntukan andaian di bawah seksyen 37(da)(xvi) Akta 234 yang bersandarkan kepada elemen pemilikan. Di bawah peruntukan ini, Mahkamah berhak membuat dapatan bahawa satu kes prima facie pengedaran dibuktikan bawah seksyen 180(4) Kanun Tatacara Jenayah, dengan membangkitkan anggapan pengedaran di bawah seksyen 37(da) Akta 234. Pendekatan ini telah diputuskan sebagai betul di sisi undang-undang oleh Mahkamah Persekutuan melalui penghakiman oleh Hakim Tengku Maimun Tuan Mat KHN di dalam kes Abdullah Atan v. PP [2020] 9 CLJ 151. [47] Memandangkan elemen utama iaitu pemilikan telah berjaya dibuktikan, maka pihak PR berhak untuk menggunapakai peruntukan andaian tersebut. Di dalam hal keadaan sedemikian, maka Mahkamah merumuskan bahawa wujudnya keterangan prima facie bagi membuktikan elemen ini. Kesimpulan di akhir kes pendakwaan S/N dcwcsp90cEiN8wi4cMoh2w [48] Di atas penilaian-penilaian ini, maka Mahkamah ini memutuskan bahawa pihak PR telah berjaya membuktikan satu kes prima facie ke atas OKT bagi kesemua pertuduhan. Oleh itu, Mahkamah dengan ini memerintahkan OKT untuk membeladiri bagi ketiga-tiga pertuduhan. [49] OKT selanjutnya telah diterangkan berkenaan 3 pilihan pembelaan. Kes Pembelaan Prinsip perundangan berkaitan pembelaan [50] Berdasarkan kepada seksyen 182A Kanun Tatacara Jenayah, Mahkamah di peringkat ini perlu menimbangkan keseluruhan keterangan yang dikemukakan dan memutuskan sama ada pihak PR telah berjaya membuktikan kesnya melampaui sebarang keraguan yang munasabah. Jika terbukti berdasarkan kepada kesemua keterangan bahawa tiada keraguan yang munasabah, maka OKT hendaklah didapati bersalah dan disabitkan. Namun jika sebaliknya, Mahkamah hendaklah melepas dan membebaskan OKT. (Rujuk kes; Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85; [2005] 2 MLJ 301 dan Mohamad Radhi bin Yaacob v. PP [1991] 1 CLJ Rep 311; [1991] 3 CLJ 2073; [1991] 3 MLJ 169). [51] Selanjutnya apabila Mahkamah bergantung kepada anggapan statutori, sepertimana di dalam kes ini, maka beban pembuktian yang tertentu, dan bukannya beban pembuktian am, akan S/N dcwcsp90cEiN8wi4cMoh2w berpindah kepada pihak OKT untuk membangkang anggapan sedemikian atas imbangan kebarangkalian yang dari aspek pembelaan adalah beban yang lebih berat berbanding daripada beban membangkitkan keraguan yang munasabah. Ini sepertimana yang diputuskan oleh Mahkamah Agung di dalam kes PP v. Yuvaraj [1968] 1 LNS 116; [1969] 2 MLJ 89. Pembelaan OKT [52] OKT telah memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah dan turut memanggil Zainuddin bin Daud (SD2) untuk memberi keterangan. SD2 adalah merupakan salah seorang yang turut ditangkap bersama-sama dengan OKT dan SP3. [53] Secara amnya, OKT di dalam keterangannya tidak menafikan OKT tinggal di dalam rumah tersebut. Namun OKT menegaskan bahawa rumah tersebut boleh diakses oleh orang lain kerana rumah tersebut turut didatangi oleh kawan-kawannya. Malahan menurut OKT anak saudaranya bernama “Aidi” turut bermalam di rumah tersebut dan pada pagi tarikh tangkapan, “Aidi” berada di rumahnya sebelum OKT meninggalkan rumah tersebut. [54] OKT menafikan pemilikan OKT ke atas kedua-dua dadah dan racun yang ditemui iaitu sama ada di bawah tilam mahupun di dalam kotak yang ditemui semasa pemeriksaan di dalam bilik tersebut. S/N dcwcsp90cEiN8wi4cMoh2w Analisis dan dapatan Mahkamah ke atas kes pembelaan Sama ada “Aidi” wujud [55] Di dalam menganalisis pembelaan ini, perkara utama yang perlu dinilai oleh Mahkamah ini adalah berkaitan penama “Aidi” yang dikatakan sebagai anak saudaranya. Tuan TPR di dalam hujahnya menyatakan bahawa watak ini adalah satu yang direka-reka kerana ianya satu fikiran terkemudian (afterthought). Ini kerana kewujudan “Aidi” ini tidak pernah pun disoalbalas oleh peguam OKT ke atas SP2 yang merupakan bapa kandung kepada “Aidi”. [56] Peguam OKT sebaliknya menghujahkan bahawa tidak timbul isu ianya satu fikiran terkemudian memandangkan ianya pernah disoal kepada SP7 yang merupakan Pegawai Penyiasat. Oleh itu menurut peguam OKT, ianya bukanlah suatu yang hanya berbangkit semasa pembelaan. [57] Mahkamah telah meneliti keterangan SP2 dan bersetuju bahawa perkara sepenting ini tidak disoal kepada SP2 sedangkan SP2 adalah merupakan saksi yang terbaik bagi OKT untuk membangkitkan kesahihan berkaitan kewujudan seorang yang bernama “Aidi” ini. Keterangan SP2 dapat mengesahkan bukan sahaja sama ada “Aidi” ini wujud, malah dapat mengesahkan sama ada “Aidi” adalah anak kandungnya dan tinggal atau tidur di rumah tersebut. S/N dcwcsp90cEiN8wi4cMoh2w [58] Soal balas peguam OKT kepada SP7 bagi pandangan Mahkamah adalah tidak mempunyai apa-apa nilai kerana SP7 hanya mengetahui atau dimaklumkan berkenaan nama “Aidi” ini semasa memberi keterangan di Mahkamah. Oleh itu, Mahkamah tidak dapat bersetuju dengan hujahan peguam bahawa keterangan berkenaan “Aidi” ini bukan satu fikiran terkemudian hanya semata-mata kerana ianya telah dibangkitkan semasa soalbalas ke atas SP7. [59] Selain itu, OKT turut tidak berusaha untuk memanggil “Aidi” atau mana-mana orang lain yang mengenali “Aidi” untuk memberi keterangan sedangkan “Aidi” ini disahkan oleh OKT sebagai anak saudaranya. Walaupun OKT tidak mempunyai tanggungjawab atau beban untuk membuktikan apa-apa pembelaannya, namun apabila OKT memilih untuk hanya bersandarkan kepada keterangannya semata-mata, maka ia sedikit sebanyak memberi kesan ke atas krediiliti keterangannya. [60] Di dalam kes PP v. Tan Gong Wai & Anor [1984] 1 LNS 137, Mahkamah Persekutuan telah menegaskan seperti berikut: "No adverse inference against an accused person may be drawn by reason of his failure to call any witness or indeed to even give evidence on his own behalf for all he has to do is to raise a reasonable doubt. However; the failure to calf any particular witness is a matter which the court may take into account in assessing the weight of evidence (without drawing any adverse inference) especially so when the potential witnesses were persons in respect of whom the prosecutions S/N dcwcsp90cEiN8wi4cMoh2w had probably no means of knowing they might have any relevant evidence to give until the accused himself came to give evidence." [61] Walaubagaimanapun, keterangan SD2 mendedahkan bahawa setahu SD2 rumah tersebut turut didiami oleh anak saudara OKT yang SD2 namakan sebagai “Edy” dan OKT hanya tahu setakat itu.
Preamble
Menurut SD2, “Edy” ini kadang-kadang duduk di rumah tersebut dan kadang-kadang di rumah ibunya sebab rumah mereka berdekatan. SD2 mengesahkan perkara ini kerana SD2 pernah berjumpa dengan “Edy” ini. [62] Semasa disoalbalas oleh Tuan TPR, SD2 mengesahkan pernah nampak “Edy” namun semasa tarikh kejadian “Edy” ini tidak ada. SD2 turut tidak dapat mengesahkan sama ada “Edy” pernah tidur di rumah tersebut. [63] Mahkamah telah menilai keterangan SD2 dan berpandangan bahawa ia tidak membantu di dalam membuktikan bahawa “Aidi” sepertimana keterangan OKT adalah wujud. Ini kerana selain dari nama yang berbeza, SD2 turut tidak dapat mengesahkan ianya adalah orang yang sama. [64] Mahkamah merumuskan bahawa watak “Aidi” hanya dibangkitkan di peringkat pembelaan. Ia pada pandangan Mahkamah merupakan satu pembelaan fikiran terkemudian kerana ianya tidak disoal kepada saksi pendakwaan seawal yang mungkin. Ini sepertimana S/N dcwcsp90cEiN8wi4cMoh2w ditegaskan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Siew Yoke Keong v Public Prosecutor [2013] 3 MLJ 630, seperti berikut; “[46] Although failure on the part of the defence to put its case to the material prosecution’s witness, can never by itself relieve the prosecution of its duty to prove the charge against the accused beyond reasonable doubt (Alcontara v Public Prosecutor), such failure by the defence did have serious implication on the accused’s credibility and the weight to be attached to his evidence. The necessity of putting the essence of his case to the material prosecution’s witness is not a mere technical rule of evidence. It is a rule of essential justice.” [65] Selanjutnya Mahkamah Rayuan di dalam kes Megat Halim Megat Omar v. PP [2009] 1 CLJ 154 turut menegaskan perkara yang sama seperti berikut; “[63] Although in our criminal jurisprudence, there is no burden on an accused person to prove his innocence but merely for him to raise a reasonable doubt as to his guilt, it is trite that his defence should be put to the prosecution at an early stage during the prosecution case. Failure to do so may move the trial court to dismiss a particular line of defence as an afterthought, or a recent invention as happened in this case.” [66] Di atas pertimbangan maksimum Mahkamah ini ke atas keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh pembelaan dan dibandingkan dengan keterangan di peringkat pendakwaan, S/N dcwcsp90cEiN8wi4cMoh2w Mahkamah berpuashati bahawa penama “Aidi” yang dibangkitkan oleh OKT di dalam pembelaannya adalah satu pembelaan yang difikirkan terkemudian. Kegagalan OKT membangkitkan pembelaan di peringkat pendakwaan adalah memberi kesan ke atas kredibiliti pembelaannya kerana ia bukanlah ketakpatuhan ke atas peraturan teknikal pembuktian semata-mata namun ia adalah peraturan keadilan yang penting [67] Namun Mahkamah menegaskan bahawa isu kewujudan “Aidi” adalah bukan satu-satunya penentu kerana pada pandangan Mahkamah, keterangan-keterangan lain perlu diperhalusi bagi menentukan sama ada “Aidi” atau orang lain mempunyai akses ke atas rumah dan bilik tersebut. Akses ke atas rumah tersebut [68] Ini membawa kepada isu selanjutnya iaitu berkaitan pembelaan OKT berkaitan rumah tersebut sebenarnya turut dimasuki oleh orang lain. Kewujudan orang lain tersebut disokong oleh keterangan bahawa OKT bukan berseorangan semasa ditangkap. Terdapat SD2 dan SP3 yang turut berada di dalam rumah tersebut. Selain itu, perhatian Mahkamah turut dibawa kepada kewujudan pakaian di dalam rumah tersebut yang berkemungkinan pakaian orang lain. [69] Peguam sekali lagi menghujahkan bahawa siasatan SP7 adalah tidak lengkap kerana tiada siasatan dijalankan ke atas kesan DNA S/N dcwcsp90cEiN8wi4cMoh2w ke atas dadah-dadah yang dijumpai serta ke atas pakaian yang ada di dalam rumah tersebut. [70] Ini membawa Mahkamah ini untuk meneliti gambar-gambar di tempat kejadian iaitu di Ekshibit P23(1-14) di mana Mahkamah mendapati bahawa rumah tersebut adalah berada di dalam keadaan sangat berselerak dan terdapat pakaian-pakaian yang bergantungan sama ada di ruang tamu (di P23(5)) atau di dalam bilik di mana dadah ditemui (di P23 (9 dan 10)). [71] Berkaitan siasatan SP7, Mahkamah walaupun secara amnya bersetuju bahawa SP7 sewajarnya mengambil pakaian-pakaian tersebut bagi tujuan untuk disiasat lanjut sama ada ia milik OKT atau orang lain, namun ia tidaklah secara langsungnya menjejaskan penyiasatan SP7 secara keseluruhan. Mahkamah masih boleh membuat penilaian ke atas keterangan-keterangan sedia ada. [72] Keterangan SP2, SP3 dan SD2 telah diperhalusi dan Mahkamah mendapati bahawa tiada sebarang keterangan yang afirmatif bagi menunjukkan bahawa rumah tersebut adalah turut didiami oleh orang lain selain OKT. SP2 yang merupakan pemilik rumah, dengan jelas menyatakan bahawa hanya OKT tinggal di rumah tersebut. Tiada sebarang keterangan yang dibawa bagi menunjukkan ada orang lain yang tinggal bersama-sama OKT dan wujudnya akses orang lain selain OKT ke atas rumah tersebut. S/N dcwcsp90cEiN8wi4cMoh2w [73] Mahkamah turut mendapati bahawa keterangan OKT sendiri di Mahkamah ini tidak menyatakan orang lain, selain dirinya dan “Aidi” yang turut tinggal di rumah tersebut. OKT turut tidak menyatakan atau menamakan orang lain yang mempunyai akses ke atas rumah tersebut. [74] Hanya SD2 yang menyatakan bahawa anak saudara OKT turut “duduk” di rumah tersebut. Namun bagi Mahkamah apa yang dimaksudkan “duduk” di rumah tersebut adalah bukan dalam erti kata tinggal bersama-sama-sama dengan OKT. Ini kerana, menurut SD2 yang selari dengan keterangan OKT, “Aidi” hanya kadang-kadang duduk di rumah tersebut kerana rumah keluarganya berdekatan. [75] Mahkamah turut mendapati bahawa rumah tersebut adalah dalam keadaan bersepah-sepah dan sedang diubahsuai. Adalah tidak lojik rumah yang berkeadaan sedemikian didiami secara bersama-sama oleh orang lain dengan OKT. [76] Berkaitan keterangan OKT bahawa pada pagi hari kejadian, sebelum OKT keluar dari rumah pada pagi itu, “Aidi” dikatakan masih belum bangun, sepertimana yang telah diputuskan terdahulu oleh Mahkamah, perkara ini tidak pernah dibangkitkan semasa saksi-saksi pendakwaan memberi keterangan. Mahkamah turut berpandangan bahawa keterangan ini adalah tidak lojik mengambilkira keadaan rumah yang sangat bersepah. Kenapa “Aidi” perlu bermalam di rumah yang berkeadaan sedemikian S/N dcwcsp90cEiN8wi4cMoh2w mengambilkira rumah keluarganya hanya berada di sebelah rumah tersebut. [77] Sehubungan dengan itu, Mahkamah ini merumuskan bahawa tidak wujud sekelumit pun keterangan bagi menunjukkan bahawa terdapat orang lain selain OKT yang tinggal dan mempunyai akses ke atas rumah tersebut. Sayugia keterangan DNA yang dihujahkan oleh peguam sebagai penting, bagi pandangan Mahkamah ini tidak memberi kesan ke atas siasatan SP7. Jagaan dan kawalan OKT ke atas dadah tersebut [78] Peguam selanjutnya menghujahkan bahawa OKT tidak mempunyai jagaan serta kawalan ke atas rumah tersebut dan sekaligus ke atas dadah dan racun yang ditemui. Ini kerana menurut peguam OKT, pihak PR gagal untuk menafikan akses orang lain ke atas rumah tersebut dengan merujuk kepada kes Raymond Wahab v PP [2017] MLRAU 372 yang menyatakan; “[11] It is necessary for the prosecution to negate or disprove the defence that there were others who had access to the premises in question especially when questions to that effect were put or suggested to the prosecution's witnesses in the course of their cross-examination. Evidence must therefore be called to rebut this claim by the defence.” S/N dcwcsp90cEiN8wi4cMoh2w [79] Mahkamah walaubagaimanapun mendapati bahawa keterangan asas sama ada di peringkat pendakwaan mahupun oleh OKT adalah rumah tersebut sememangnya didiami oleh OKT. Barang kes pertama ditemui di bawah tilam di atas katil di mana OKT gunakan untuk tidur manakala barang kes kedua adalah berada di rak bersebelahan dengan katil tersebut. Oleh yang demikian, sebagai seorang yang menghuni rumah tersebut, OKT masih lagi merupakan seorang yang mempunyai kawalan serta jagaan ke atas rumah serta barangan yang ditemui di dalam rumah tersebut. [80] Tiada apa-apa keterangan terutamanya daripada SP2 yang diketengahkan oleh OKT bagi membolehkan Mahkamah ini merumuskan wujudnya kunci pendua yang dimiliki oleh orang lain. Pengetahuan OKT [81] Persoalan selanjutnya yang berbangkit adalah sama ada OKT memiliki pengetahuan berkaitan dadah dan racun tersebut. Semasa kes di peringkat pendakwaan, Mahkamah ini merumuskan bahawa pengetahuan OKT adalah bersandarkan bagaimana ianya disimpan iaitu di bawah tilam serta diletakkan di dalam plastik bertulisan “GUANYINWANG” dan ini menunjukkan bahawa ianya disorok bagi mengelak ianya dikesan. [82] Ternyata di dalam kes ini, dadah serta racun tersebut berada di dalam keadaan tersembunyi ketika ianya ditemui. Ini merupakan S/N dcwcsp90cEiN8wi4cMoh2w satu manifestasi bahawa ianya disembunyikan kerana OKT mempunyai pengetahuan ke atas dadah dan racun tersebut. Mana mungkin seseorang akan meletakkan dadah dan racun di dalam keadaan tersorok tersebut selain orang tersebut mempunyai pengetahuan ke atasnya. [83] Mahkamah turut mendapati bahawa OKT tidak menawarkan sebarang keterangan untuk mencabar andaian pengetahuan yang telah dibuat oleh Mahkamah ini semasa di akhir kes pendakwaan. Oleh itu, di atas pertimbangan keseluruhan keterangan-keterangan yang dikemukakan, Mahkamah berpuashati bahawa tiada alasan untuk Mahkamah untuk mengekalkan andaian pengetahuan yang telah dilaksanakan oleh Mahkamah ini. Kesimpulan di akhir kes [84] Berdasarkan pertimbangan serta penilaian maksimum Mahkamah ini ke atas keseluruhan keterangan, Mahkamah memutuskan bahawa pihak PR telah berjaya membuktikan melampaui sebarang keraguan bahawa OKT telah mengedar dadah-dadah sepertimana yang dinyatakan di dalam pertuduhan pertama dan kedua serta memiliki racun sepertimana pertuduhan ketiga. Oleh yang demikian, Mahkamah dengan ini mensabitkan OKT bagi kesemua pertuduhan. Hukuman S/N dcwcsp90cEiN8wi4cMoh2w Hujahan mitigasi OKT [85] Peguam OKT di dalam hujahan berkaitan mitigasi telah menyatakan OKT adalah merupakan seorang warganegara Kemboja yang datang ke Malaysia untuk mencari nafkah. OKT yang telah berumur 38 tahun dan merupakan anak ketiga dari 5 adik beradik serta merupakan seorang duda dengan seorang anak yang berada di kampungnya di Kemboja. Sebelum ditangkap OKT adalah merupakan seorang tukang rumah. [86] Peguam OKT turut memohon agar OKT tidak dikenakan hukuman mati memandangkan ini adalah kesalahan pertamanya dan OKT telah insaf serta kesal. OKT turut merayu diberi kesempatan kedua. Tambahan pula di dalam kes ini elemen pengedaran hanya bersandarkan andaian semata-mata. Hujahan PR berkaitan hukuman [87] Tuan TPR di dalam hujahannya menegaskan berkenaan betapa dadah adalah musuh negara dan kes dadah adalah tinggi. TPR memohon agar satu hukuman maksima dikenakan oleh Mahkamah ini. Pertimbangan Mahkamah berkaitan hukuman S/N dcwcsp90cEiN8wi4cMoh2w [88] Semasa OKT dituduh dan mula dibicarakan, hukuman bagi kesalahan pengedaran dadah di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta 234 adalah hukuman mati. Namun menerusi Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 (Akta 846), bagi kesalahan di bawah seksyen 39B Akta 234 telah dipinda iaitu hendaklah dihukum apabila disabitkan dengan mati atau penjara seumur hidup dan hendaklah, jika dia tidak dijatuhkan hukuman mati, dihukum sebat tidak kurang daripada dua belas sebatan. Ini bermakna, budi bicara diberi sepenuhnya kepada Mahkamah untuk menentukan pilihan hukuman (rujuk : Loh Hock Seng & anor v PP [1980] 2 MLJ 13 dan DA Duncan v PP [1980] 2 MLJ 195). [89] Mahkamah telah menimbangkan bahawa ini kesalahan pertama OKT dan oleh itu wajar OKT diberi peluang kedua. Keterangan kes turut tidak menunjukkan ia merupakan keterangan secara langsung pengedaran namun sebaliknya berdasarkan andaian pengedaran ke atas pemilikan. Mahkamah bersetuju dengan hujahan PB agar OKT diberi pertimbangan untuk tidak dikenakan hukuman mati. [90] Di dalam nada yang sama, Mahkamah menegaskan betapa OKT sangat bernasib baik apabila hanya dapat dihakimi selepas Akta 846 berkuatkuasa. Hukuman sudah berubah dan Mahkamah mempunyai pilihan di dalam menjatuhkan hukuman. [91] Di dalam menentukan hukuman yang adil, faktor-faktor yang relevan dan tunjang masih lagi berpaksikan kepada kepentingan umum sepertimana apa yang dinyatakan oleh Hakim Mokhtar Sidin S/N dcwcsp90cEiN8wi4cMoh2w HMR di dalam kes Tia Ah Leng v. Public Prosecutor [2004] 4 CLJ 77; [2004] 4 MLJ 249; [2005] 5 AMR 93 seperti berikut; “9. It is true that the general rule is, when imposing a sentence, the court should take into consideration the fact that an accused person who has pleaded guilty be given certain credit and discount, but we are of the view that there are exceptions to this rule. In our opinion, one of these are the offences under the Dangerous Drugs Act 1952. The Government and the legislature have taken very serious views in the abuse of usage of dangerous drugs. Drug addictions are rampant and the Government as well as the legislature have tried to curb these addictions especially amongst youths but met with little success. Death sentences and heavy penalties have been introduced but we find drug addicts everywhere. The addiction to drugs have led to other offences such as thefts, burglary and snatch thefts. Some of these offences lead to serious consequences. We have read In the newspapers that some drug addicts have gone to the extent of hurting their own families such as their mothers, sisters and grandmothers in order to get some money to purchase the drugs to support their addictions. Recently, a woman died when a snatcher snatched her handbag and she was dragged together with the handbag some distance away and as a result of that she died.
10
In our view, the source of all these evils are the drug traffickers and the drug peddlers. They are the ones who have been trafficking, selling and peddling the drugs to those drug addicts. It is public knowledge that the return in this type of business is very lucrative.” S/N dcwcsp90cEiN8wi4cMoh2w [92] Sebagai warga asing, OKT sepatutnya menghormati undang-undang negara yang tegas berkaitan dadah. Mahkamah perlu menjatuhi hukuman bagi menyatakan betapa jeleknya Mahkamah ini ke atas perbuatan OKT agar ianya menjadi satu amaran dan peringatan kepada setiap warga asing yang bertandang di negara ini. Kesimpulan [93] Di atas pertimbangan ini, Mahkamah dengan ini menjatuhkan hukuman ke atas OKT seperti berikut:
a
bagi pertuduhan pertama dihukum penjara seumur hidup dan disebat sebanyak 12 sebatan;
b
bagi pertuduhan kedua dipenjara seumur hidup dan disebat sebanyak 12 sebatan; dan
c
bagi pertuduhan ketiga dipenjara 4 tahun dari tarikh tangkap. dan Mahkamah memerintahkan kesemua hukuman pemenjaraan berjalan serentak. S/N dcwcsp90cEiN8wi4cMoh2w Bertarikh: 5hb. Oktober, 2023 (DATUK MOHAMAD ABAZAFREE BIN MOHD ABBAS) Hakim Mahkamah Tinggi (2) Kota Bharu Kelantan. S/N dcwcsp90cEiN8wi4cMoh2w Pihak-Pihak: Bagi Pihak Pendakwa Raya : Ahmad Fariz bin Abdul Hamid Timbalan Pendakwa Raya Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan Blok 5, Aras Bawah, Kota Darulnaim 15050 Kota Bharu Kelantan. Bagi Pihak Tertuduh : Latifah binti Ariffin Tetuan Latifah Ariffin & Co. Peguambela dan Peguamcara Lot 1105, Seksyen 52 Jalan Dato’ Lundang 15200 Kota Bharu Kelantan. Tarikh Bicara : 12hb. April, 2023 Tarikh Keputusan: 14hb. Ogos, 2023 S/N dcwcsp90cEiN8wi4cMoh2w Undang-Undang Yang Dirujuk: ➢ Akta Dadah berbahaya 1952 ➢ Akta Racun 1952 ➢ Kanun Tatacara Jenayah ➢ Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 Kes-Kes Yang Dirujuk: ➢ Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85 ➢ PP v. Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 ➢ Muhammad Lukman Mohamad v. PP [2021] 7 CLJ 524 ➢ Shahrizal Abdul Ghani v PP [2014] 1 MLJ 70 ➢ Tarmizi bin Yaacob dan satu lagi v PP [2006] 6 MLJ 197 ➢ Chan Pean Leon v PP [1956] 1 LNS 17; [1956] MLJ 237 ➢ Ibrahim Mohamad & Anor v. PP [2011] 4 CLJ 113 ➢ Romi Amora Amir v. PP [2011] 1 CLJ 870 ➢ Pendakwa Raya v. Lim Chsung Meng & Anor [2015] 1 LNS 1226; [2015] MLJU 2234 ➢ PP v Foo Jua Eng [1966] 1 MLJ 197 ➢ Mahendran Arivalan v PP [2020] 1 LNS 1278; [2020] MLRAU 279 ➢ PP v Abdul Rahman Akif [2007] 4 CLJ 337, Parlan Dadeh v PP [2009] 1 CLJ 717 ➢ PP v Tan Kim Piow [2006] 5 MLJ 409 ➢ Teh Hock Leong v PP [2008] 4 CLJ 764 ➢ PP v Abdul Rahman Akif [2007] 4 CLJ 337 ➢ Abdullah Atan v. PP [2020] 9 CLJ 151 ➢ PP v. Yuvaraj [1968] 1 LNS 116; [1969] 2 MLJ 89 ➢ PP v. Tan Gong Wai & Anor [1984] 1 LNS 137 S/N dcwcsp90cEiN8wi4cMoh2w ➢ Siew Yoke Keong v Public Prosecutor [2013] 3 MLJ 630 ➢ Megat Halim Megat Omar v. PP [2009] 1 CLJ 154 ➢ Raymond Wahab v PP [2017] MLRAU 372 ➢ Loh Hock Seng & anor v PP [1980] 2 MLJ 13 dan DA Duncan v PP [1980] 2 MLJ 195 ➢ Tia Ah Leng v. Public Prosecutor [2004] 4 CLJ 77; [2004] 4 MLJ 249; [2005] 5 AMR 93 S/N dcwcsp90cEiN8wi4cMoh2w
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.