S/N vyviS5tiZE6R84dhAkpO7w OKT mempunyai milikan terhadap dadah berbahaya tersebut [17] Milikan boleh dibuktikan sama ada melalui keterangan langsung ataupun dengan menggunapakai andaian di bawah seksyen 37(d) Akta dengan membuktikan jagaan atau kawalan. Selain dari jagaan atau kawalan, untuk menunjukkan seseorang itu mempunyai milikan, elemen pengetahuan (knowledge) juga perlu ditunjukkan. [18] Perkataan milikan tidak diberikan sebarang tafsiran di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952. Namun begitu dalam kes Toh Ah Lok And Mak Thiam v Rex [1949] 1 MLJ 54, Mahkamah menyatakan: “Possession, in order to incriminate a person, must have the following characteristics. The possessor must know the nature of the thing possessed, must have in him a power of disposal over the thing, and lastly must be conscious of his possession of the thing.” “I have given the most careful consideration to the meaning of the word “custody” in section 37(d) of the Ordinance under consideration and have come to the conclusion that it means actual physical control. The word “control” in the same section must, therefore, be construed to mean any form of control other than actual physical control. Other names for “custody” are “physical possession”, “de facto possession” and “detention.” It is referred to in 25 Halsbury’s Laws (2nd Edn.) 194, para 327, in these terms: S/N vyviS5tiZE6R84dhAkpO7w “The word ‘possession’ may mean effective, physical or manual control, or occupation, evidenced by some outward act, sometimes called de facto possession or detention.” [19] Dalam kes Chan Pean Leon v Public Prosecutor [1956] 1 MLJ 237, milikan ditafsirkan seperti berikut: “Possession” itself as regards to criminal law is described as follows in Stephen’s Digest (9th Edition, page 304):- “A movable thing is said to be in the possession of a person when he is so situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons, and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need.” To put it otherwise, there is a physical element and a mental element which must both be present before possession is made out. The accused must not only be so situated that he can deal with the thing as if it belongs to him, for an example have it in his pocket or have it lying in front of him on a table. It must also be shown that he had the intention of dealing with it as if it belonged to him should he see any occasion to do so, in other words, that he had some animus possidendi. Intention is a matter of fact which is the nature of things cannot be proved by direct evidence. It can only be proved by inference from the surrounding circumstances. Whether these surrounding circumstances make out such intention is a question of fact in each individual case.” S/N vyviS5tiZE6R84dhAkpO7w [20] YA Gopal Sri Ram HMR (ketika itu) dalam kes Chan King Yu v PP [2006] 3 CLJ 853 menyatakan: “Whether the prosecution has established means rea possession in a given case is a question of fact depending on the facts and circumstances of each case. Proof of knowledge in a criminal case is, short of a voluntary confession by an accused, like many other states of a guilty mind in a criminal case, a fact to be gathered inferentially from proved facts and surrounding circumstances. In particular the acts done by an accused and other circumstances provide valuable assistance to a court in determining whether that accused had the requisite means rea. It is in reality a common-sense approach.” [21] Berdasarkan petikan-petikan kes di atas, milikan adalah keadaan di mana seseorang itu berada dalam kedudukan yang membolehkan beliau berupaya untuk mengambil sebarang tindakan yang beliau fikirkan bersesuaian terhadap sesuatu barangan, bila perlu, dengan menyingkirkan peranan orang lain. Bagi pertuduhan kedua (WA–45A–08-02/2021) [22] Menurut SP2, berdasarkan maklumat yang diterima pada 15.4.2020 jam lebih kurang 8.20 malam dia bersama sepasukan polis telah ke lokasi di tepi jalan Jalan Wangsa Setia 4. Ketiga-tiga kumpulan pasukannya telah mengambil tempat masing-masing di kawasan berhampiran untuk membuat pemerhatian. Selepas lebih kurang 10 minit berlalu SP2 nampak kenderaan yang disyaki iaitu Honda Jazz no pendaftaran VAJ 4908 berhenti di tepi jalan Jalan Wangsa Setia 4. S/N vyviS5tiZE6R84dhAkpO7w [23] SP2 melalui walkie talkie telah memberi arahan kepada semua kumpulan untuk membuat serbuan. Setelah memperkenalkan diri sebagai polis OKT yang berseorangan dalam kereta tersebut telah diarahkan keluar. Dan pemeriksaan badan OKT dijalankan. Tiada sebarang salah ditemui dalam pemeriksaan ini. [24] Seterusnya, pemeriksaan telah dijalankan di bahagian dalam kereta dengan disaksikan oleh OKT, 1 beg plastik putih bertulisan Super Seven Pasaraya Borong Dan Pasaraya Segar yang di dalamnya terdapat tiga (3) paket lutsinar yang di dalamnya berisi bahan disyaki dadah jenis syabu telah ditemui di tempat kaki bahagian pemandu. [25] OKT telah ditangkap dan kereta dirampas oleh SP2. [26] Penandaan pada barang yang dirampas telah dibuat oleh SP2 di balai polis iaitu MH untuk 1 beg plastik putih bertulisan Super Seven Pasaraya Borong Dan Pasaraya Segar dan MN1-MH3 untuk tiga (3) paket lutsinar yang di dalamnya berisi bahan disyaki dadah jenis syabu. [27] Hasil siasatan oleh SP4, kereta Handa Jazz no pendaftaran VAJ 4908 didaftarkan atas nama SP6. Menurut SP6 kereta ini telah diserahkan kepada seorang individu bernama Ismail bin Shahrom. Penama ini telah dirakam percakapan di bawah seksyen 112 KTJ oleh SP4 tetapi gagal hadir di Mahkamah walaupun sapina telah dihantar ke alamat terakhirnya dan disahkan ada diterima dalam peti pos oleh isteri penama ini. Rujuk 73 ID cubaan mengesannya oleh SP4. S/N vyviS5tiZE6R84dhAkpO7w [28] Penama ini merupakan seorang agen yang menyewakan kereta dan menurut SP4 kereta ini telah disewakan kepada seorang individu bernama Muhamad Faizul. [29] Rujukan kepada P73 menunjukkan tiada sebarang usaha yang serius dan bersungguh-sungguh telah dilaksanakan oleh SP4 untuk mengesan penama ini selain dari tindakan menghantar semboyan ke balai polis Nibong Tebal bagi tujuan menghantar sapina ke alamat penama ini. [30] Malah ketepatan P73 ni juga diragui apabila item 8 dan 9 bertarikh 8.5.2023 merujuk kepada maklumat yang dikatakan diperolehi dari seorang pegawai polis lain di balai polis Nibong Tebal yang menyatakan penama ini telah diberi jaminan polis dan keluar dari tahanan polis pada 30.5.2023. [31] Permohonan oleh pihak pendakwaan untuk mengemukakan rakaman percakapan penama ini di bawah seksyen 32 Akta Keterangan telah ditolak oleh Mahkamah ini kerana amatlah jelas yang syarat-syarat yang ditetapkan di bawah peruntukan ini gagal dipenuhi oleh pihak pendakwaan. ANALISA DAN DAPATAN [32] Keterangan SP2 menunjukkan 1 beg plastik putih bertulisan Super Seven Pasaraya Borong Dan Pasaraya Segar (P12) yang di dalamnya terdapat tiga (3) paket lutsinar (P13-P15) yang di dalamnya disahkan oleh SP1 berisi 176.22 gram Methamphetamine telah ditemui di tempat kaki bahagian pemandu. S/N vyviS5tiZE6R84dhAkpO7w [33] P12 merupakan plastik putih dan P13-P15 adalah 3 paket plastik lutsinar yang mana kandungan di dalamnya boleh dilihat dengan jelas dari luar. Rujuk P55(a&b) gambar paket-paket plastik ini. [34] Keterangan pihak pendakwaan juga menunjukkan yang kereta yang dipandu oleh OKT didaftarkan atas nama individu lain iaitu SP6. [35] Walaupun terdapat kelompongan dalam rantaian keterangan pihak pendakwaan tentang Ismail bin Shahrom dan Muhamad Faizul untuk menunjukkan tempoh masa OKT menggunakan kereta ini, Mahkamah ini dengan menggunakan prinsip “common-sense approach“ yang dipelupori oleh YA Gopal Sri Ram dalam kes Chan King Yu v PP (supra) mendapati bahawa tempat dimana dadah ditemui iaitu di tempat kaki bahagian pemandu sudah cukup untuk menunjukkan yang OKT mempunyai jagaan/kawalan terhadap dadah tersebut memandangkan ia bukanlah dalam keadaan tersembunyi. [36] Seterusnya, keadaan dadah yang jelas boleh dilihat dengan mata kasar dari dalam beg plastik putih bertulisan Super Seven Pasaraya Borong Dan Pasaraya Segar yang di dalamnya terdapat tiga (3) paket lutsinar membolehkan Mahkamah ini membuat inferen yang OKT mempunyai pengetahuan tentang dadah berkenaan. [37] Oleh yang demikian, Mahkamah ini berpuas hati yang elemen milikan telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan bagi dadah yang ditemui dalam kereta bagi pertuduhan kedua terhadap OKT. S/N vyviS5tiZE6R84dhAkpO7w Bagi pertuduhan pertama (WA–45A–07-02/2021) [38] Dengan dipandu arah oleh OKT, SP2 dan pasukan telah ke sebuah rumah beralamat 77, Jalan Wangsa Ceria 9, Wangsa Melawati Kuala Lumpur. Di sini OKT telah membawa SP2 dan pasukan ke bilik utama bahagian bawah yang tidak bertutup dan tidak berkunci dan menunjukkan 1 almari pakaian tempat menyimpan dadah. Hasil pemeriksaan di dalam almari tersebut SP2 telah menjumpai 13 bungkusan teh cina bertulisan Guanyinwang (P19 – P24, P19(1) – P24(1), P32 – P38, P32(1) – P38(1)) yang mengandungi dadah. [39] Sehelai baju (P60) dan seluar jeans (P61) OKT dan serangkai anak kunci mengandungi 6 anak kunci (P62 1-6) turut dirampas dari dalam bilik tersebut. [40] Di rumah tersebut, OKT2 dan 3 (yang telah dilepaskan dan dibebaskan diakhir kes pendakwaan) telah ditahan, masing-masing di ruang tamu rumah dan di bilik pertama sebelah kiri tingkat atas. [41] Rumah tempat kejadian adalah milik suami SP5. SP5 yang menguruskannya telah meminta SP3 sebagai agen rumah untuk mendapatkan penyewa. Menurut SP3 rumah ini disewa oleh seorang individu bernama Shaiful Hasril bin Mohd Salleh sepertimana perjanjian sewaan rumah P65. [42] Menurut SP5, lebih kurang seminggu selepas perjanjian penyewaan ditandatangani beliau telah pergi ke rumah tersebut dengan tujuan untuk memaklumkan penyewa tentang masalah elektrik di bilik utama tingkat atas. SP5 telah berjumpa dengan penyewa yang S/N vyviS5tiZE6R84dhAkpO7w memperkenalkan diri sebagai Mohd. Mohd ini kemudiannya telah dicamkan oleh SP5 sebagai OKT pada hari ini. [43] Walaupun hanya berjumpa sekali sahaja dan berbual-bual selama lebih kurang 10 minit, SP5 begitu yakin mengesahkan Mohd ini sebagai OKT. Menurutnya, walaupun tiada kawat cam dijalankan SP4 ada menunjukkan gambar OKT yang dicamkan oleh SP5. [44] Apabila ditanya bagaimana beliau boleh pasti Mohd yang ditemui di rumah tersebut adalah OKT, SP5 menyatakan “imej dia imbedded dalam minda saya sebab tidak pernah lagi kes begini berlaku pada saya”. [45] SP5 juga ada bertanya kepada OKT tentang Shaiful Hasril bin Mohd Salleh dan dimaklumkan oleh OKT itu adalah abang iparnya. SP5 tidak pernah berjumpa dengan penama ini dan tidak pernah kembali ke rumah tersebut selepas dari pertemuan ini. ANALISA DAN DAPATAN [46] Mahkamah ini telah menerima keterangan SP2 bahawa penemuan dadah (P19 – P24, P19(1) – P24(1), P32 – P38, P32(1) – P38(1)) adalah hasil dari pandu arah yang diberikan oleh OKT dimana OKT telah membawa SP2 dan pasukan ke rumah tersebut dan kemudiannya telah menunjukkan almari dari mana dadah tersebut ditemui. [47] Fakta bahawa almari ini dan pintu bilik berkenaan tidak bertutup dan berkunci juga telah diberikan pertimbangan dan Mahkamah ini berpendapat bahawa tindakan OKT memandu arah SP2 adalah releven dan boleh diterima masuk sebagai keterangan yang menyokong yang S/N vyviS5tiZE6R84dhAkpO7w OKT mempunyai kawalan/jagaan dan mempunyai pengetahuan tentang dadah tersebut. Rujuk kes Jazlie Jaafar v Pendakwa Raya [2018] MLJU 241 (Mahkamah Rayuan) dan Siew Yoke Keong v PP [2013] 630 (Mahkamah Persekutuan). [48] Selain dari itu, Mahkamah ini juga mengambil kira dan menerima keterangan SP5 yang tidak mempunyai sebarang kepentingan dalam kes ini bahawa OKT adalah individu yang ditemuinya di rumah tersebut. [49] Baju (P60) dan seluar jeans (P61) OKT yang ditemui dalam bilik dimana dadah ditemui juga menunjukkan yang OKT mempunyai akses terhadap bilik tersebut. Menurut SP4 acu pakai pakaian ini ada dibuat dan sememangnya pakaian ini berpadanan dengan OKT tetapi malangnya terdapat masalah teknikal yang menyebabkan jurufoto tidak dapat mengeluarkan gambar tersebut untuk dicetak. [50] Keseluruhan keterangan termasuk jenis dadah yang sama yang ditemui bagi kedua-dua pertuduhan ini adalah mencukupi untuk Mahkamah ini membuat dapatan yang elemen milikan terhadap OKT telah berjaya dibuktikan secara langsung oleh pihak pendakwaan bagi dadah yang ditemui bagi pertuduhan pertama terhadap OKT. OKT telah mengedar dadah berbahaya tersebut [51] Berdasarkan kepada berat dadah berbahaya yang telah disahkan oleh SP1, maka andaian pengedaran dadah bagi pertuduhan pertama dan kedua adalah terpakai. Rujuk seksyen 37(da)(xvi) ADB 1952. S/N vyviS5tiZE6R84dhAkpO7w BEBAN PEMBUKTIAN DI AKHHIR KES PENDAKWAAN [52] Di peringkat ini, seksyen 180(1) Kanun Tatacara Jenayah telah menggariskan prosedur yang perlu diambil oleh Mahkamah iaitu Mahkamah perlu menilai segala keterangan yang telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan ditahap maksimum dan memutuskan adakah keterangan yang telah dikemukakan ini mencukupi untuk mensabitkan OKT sekirannya OKT memilih untuk berdiam diri. Sekiranya ya, maka satu kes prima facie telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan. (Kes Ahmad Najib Bin Aris v Pendakwa Raya [2009] 2 CLJ 800, Balachandran v Public Prosecutor [2005] 2 MLJ 301, Public Prosecutor v Mohd Radzi Bin Abu Bakar [2005] 6 MLJ 393, adalah dirujuk). KEPUTUSAN MAHKAMAH DI AKHIR KES PENDAKWAAN [53] Dari keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan, setelah memberikan penilaian di tahap maksimum sepertimana yang dikehendaki oleh undang-undang, Mahkamah ini memutuskan bahawa semua elemen bagi kedua-dua pertuduhan terhadap OKT telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan. [54] Oleh yang demikian, Mahkamah memutuskan satu kes prima facie telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan dan OKT dengan ini diperintahkan untuk membela diri terhadap kedua-dua pertuduhan yang dikenakan. [55] OKT telah memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah setelah hak untuk membela diri diterangkan dan telah mengemukakan seorang saksi pembelaan. S/N vyviS5tiZE6R84dhAkpO7w PEMBELAAN OKT [56] Secara ringkas pembelaan OKT adalah seperti berikut: OKT berasal dari Kelantan dan menetap di A23, Kampung Fajar Bt 8, Ulu Kelang, Ampang Selangor dengan arwah ibu saudaranya sejak dari usia 8 tahun ketika ditangkap. Selain dari itu 2 anak saudara OKT iaitu Mohd Fareez Izuan bin Mustapha Kamal dan Nurul Fazreen Edrina binti Mustapha Kamal (SD2) juga tinggal bersama. Ibu saudaranya yang telah meninggal dunia semasa OKT dalam tahanan. [57] OKT mendakwa, sebelum ditangkap bekerja sebagai handyman dengan membuat kerja pertukangan dengan pendapatan harian antara RM100-RM300. OKT juga hanya menggunakan sebuah motosikal jenama EX5 milik adik tirinya dan tidak memiliki sebarang kenderaan yang berdaftar atas namanya. [58] OKT juga mendakwa yang kereta Honda Jazz VAJ 4908 adalah milik kawannya yang bernama Izzat dan Izzat adalah penyewa premis sepertimana dalam pertuduhan pertama. [59] Selain dari itu, OKT juga mendakwa yang OKT2 dan 3 (yang telah dilepaskan dan dibebaskan) adalah saudaranya yang juga berasal dari Kelantan yang menetap di Puchong. Mereka datang menziarahi ibu saudaranya dan memandangkan ketika itu seluruh negara dalam sekatan PKP, telah tinggal di rumah ibu saudaranya untuk sementara waktu sambil menjaga ibu saudaranya. S/N vyviS5tiZE6R84dhAkpO7w [60] OKT menegaskan bahawa versi keterangan SP2 adalah tidak benar sama sekali. [61] SD2 pula dalam keterangannya menyatakan yang dia adalah anak saudara OKT yang tinggal bersama dengannya di rumah di Kampung Fajar. Turut tingal bersama adalah arwah nenek dan abangnya. Pada tarikh OKT ditangkap, SD2 mendakwa makciknya bernama Malia dan Ah Long juga ada tinggal bersama. [62] SD2 mendakwa pada hari kejadian ada nampak OKT datang dengan menggunakan kereta dan meninggalkan rumah selepas menghantar bungkusan makanan. ANALISA KES PEMBELAAN [63] Meneliti keseluruhan pembelaan yang dikemukakan, Mahkamah ini mendapati versi yang dikemukakan oleh OKT langsung tidak pernah dicadangkan kepada saksi pendakwaan SP2, SP4 dan SP5. Berpandukan kepada prinsip yang diasakan dalam kes PP v Lin Lian Chen [1992] 4CLJ 2086; [1992] 1 CLJ (Rep) 285 (Mahkamah Agung), pembelaan ini boleh dirumuskan sebagai pembelaan yang berbentuk pemikiran terkemudian, fictitious dan mere denials. Namun begitu, pembelaan ini tidak ditolak mentah-mentah oleh Mahkamah sebaliknya masih juga diberikan pertimbangan yang sepatutnya. [64] Kewujudan penama Izzat tidak pernah ditimbulkan ataupun dicadangkan ketika SP2 memberi keterangan. SP2 tidak pernah disoal balas tentang kewujudan penama ini. Sebaliknya apa yang dicadangkan S/N vyviS5tiZE6R84dhAkpO7w kepada SP2 adalah tentang kewujudan seorang yang bernama Irwan dan ini telah dinafikan oleh SP2. [65] Versi tentang apa yang berlaku di tempat kejadian pertama (tuduhan kedua) iaitu tentang penemuan dadah di dalam kereta yang berbeza dengan keterangan SP2 juga tidak pernah dicadangkan ataupun ditimbulkan ketika SP2 memberi keterangan. [66] Seterusnya, dakwaan OKT yang dia dibawa ke rumah Izzat oleh SP2 dan pasukan dan bukannya dia yang memandu arah SP2 dan pasukan ke rumah sepertimana dalam pertuduhan pertama juga tidak pernah dicadangkan ataupun ditimbulkan ketika SP2 memberi keterangan. [67] Begitu juga dengan penama Izzat, tidak pernah dimaklumkan kepada Pegawai Penyiasat (SP4). OKT tidak pernah memaklumkan SP4 yang kereta adalah milik Izzat dan rumah dimana dadah ditemui disewa oleh Izzat. Begitu juga kepada SP5 pemilik rumah tersebut tidak pernah dicadangkan bahawa penyewa rumah tersebut adalah individu bernama Izzat. [68] Dalam keadaan ini, tiada sebab ataupun alasan untuk Mahkamah ini menolak keterangan SP2 dan SP4 yang merupakan seorang pegawai polis yang menjalankan tugasnya, yang pada hemat Mahkamah ini adalah saksi yang bercakap benar dan boleh dipercayai. S/N vyviS5tiZE6R84dhAkpO7w TANGGUNGJAWAB MAHKAMAH DI AKHIR PERBICARAAN [69] Menjadi tugas Mahkamah selepas pihak pembelaan menutup kes untuk memberi pertimbangan kepada keseluruhan keterangan yang ada di hadapannya untuk menentukan sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kesnya melampaui batasan kemungkinan yang munasabah (beyond reasonable doubt).(rujuk seksyen 182A kanun Tatacara Jenayah, kes Olier Sheikh Awoyal Shekh v PP [2017] 2 CLJ 141, Balachandran v PP (supra), Mat v PP [1963] 263, Ganapathy Regasamy v PP [1998] 2 CLJ 1, Nenggani Asmo v PP [2014] 1 MLJ 501, Prasit Punyang v Public Prosecutor [2014] 4 MLJ 282 & Md Zainudin bin Raujan v Public Prosecutor [2013] 3 MLJ 773). [70] Apa yang dimaksudkan dengan keraguan yang munasabah hendaklah suatu pembelaan yang bukannya berbentuk rekaan (fictitious), penafian semata-mata (mere denials) ataupun pembelaan yang difikirkan kemudian (afterthought). (rujuk kes Liew Kaling v PP [1960] 26 MLJ 306, Adekunle Johnson Oshodi v PP [1998] 1 CLJ 515, Junaidi bin Abdullah v PP [1993] MLJ 217 & PP v Muhd Farid bin Sukis [2002] 8 CLJ 814). [71] Sekiranya suatu andaian statutori telah terpakai sebagaimana dalam kes ini, maka OKT bertanggungan untuk mematahkan (rebut) andaian tersebut di atas imbangan kemungkinan (on a balance of probalities). Lihat PP v Yuvaraj [1969] 2 MLJ 89. S/N vyviS5tiZE6R84dhAkpO7w DAPATAN [72] Hasil dari perbincangan di atas, dapat disimpulkan bahawa pembelaan yang dikemukakan hanya suatu penafian semata-mata dan merupakan rekaan yang tidak berasas dan tergolong sebagai pembelaan yang berbentuk pemikiran terkemudian dari OKT. [73] Secara keseluruhannya, Mahkamah mendapati bahawa OKT telah gagal untuk menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah bahawa dadah yang ditemui di dalam kereta Honda Jazz yang dipandunya dan di dalam almari pakaian di dalam bilik utama bahagian bawah di rumah No. 77, Jalan Wangsa Ceria 9, Wangsa Melawati, Kuala Lumpur yang ditunjukkan olehnya sendiri adalah dalam milikannya. OKT juga telah gagal atas imbangan kebarangkalian untuk menyangkal (rebut) andaian statutori pengedaran di bawah seksyen 37(da)(vi) Akta.