Pemilikan dadah [29] SP6 dalam keterangannya juga menyatakan bahawa semasa serbuan dibuat ke premis tersebut hanya Tertuduh yang dibawa ke premis tersebut sementara tiga orang warga Indonesia yang ditangkap bersama-sama dengan Tertuduh tidak dibawa ke premis tersebut. SP6 menyatakan juga semasa pemeriksaan semula alasan bahawa hanya Tertuduh sahaja dibawa ke tempat kejadian dengan menyatakan seperti berikut: S : Berdasarkan kepada siasatan Inspektor mengapa hanya OKT sahaja yang dibawa ke tempat kejadian? S/N F1LHdx8cyUCk6txzovNqHQ J : Berdasarkan kepada siasatan saya kenapa OKT sahaja yang dibawa, ini kerana apa yang saya rakam percakapan ke atas pengadu iaitu ASP Munawir mengatakan Tertuduh merupakan mastermind bagi kes samun. [30] Seterusnya keterangan dalam kes ini juga menunjukkan fakta bahawa Tertuduh telah ditangkap di tempat yang lain. Ia diakui oleh SP3 dan SP6. Tertuduh juga telah ditangkap dua hari sebelum serbuan dilakukan di premis yang menjadi tempat di mana dadah tersebut ditemui. Apa yang lebih menarik lagi ialah di tempat penemuan dadah-dadah tersebut telah dijumpai juga barang-barang emas yang melibatkan pertuduhan jenayah yang lain. Dalam kes tersebut juga keterangan menunjukkan bahawa Tertuduh telah dituduh bagi kesalahan samun yang melibatkan barang-barang emas bersama tiga orang warga Indonesia. Keterangan juga menunjukkan bahawa tiga orang warga Indonesia tersebut telah dituduh dan mengaku salah serta dijatuhkan hukuman pemenjaraan selama 12 tahun. [31] Berdasarkan keterangan SP3 dan SP6 hasil daripada soal siasat ke atas Tertuduh telah menyebabkan pihak polis telah pergi ke premis di mana dadah-dadah itu ditemui. Ia mencadangkan bahawa sebelum daripada dadah-dadah tersebut dijumpai di premis tersebut pihak polis tidak mempunyai pengetahuan berkenaan keberadaan dadah-dadah tersebut. Ia menunjukkan bahawa dadah-dadah tersebut dijumpai dengan dipandu maklumat oleh Tertuduh. Oleh itu mahkamah meneliti kenyataan yang dibuat oleh Tertuduh yang ditulis di atas kertas putih seperti yang dinyatakan di para [4] di atas. S/N F1LHdx8cyUCk6txzovNqHQ [32] Penelitian kepada kenyataan Tertuduh kepada pegawai polis di dalam kenyataan tersebut tidak langsung menunjukkan bahawa terdapat dadah-dadah di premis tersebut. Apa yang ada ialah Tertuduh menyatakan dia boleh menunjukkan barang-barang emas yang terlibat dalam siasatan hasil daripada laporan polis Mentakab Rpt./004897/19 (P20). [33] Namun begitu semasa penggeledahan di premis tersebut dadah-dadah telah ditemui. Malahan keterangan daripada SP3 menyatakan bahawa Tertuduh semasa penggeledahan tersebut menunjukkan dadah-dadah tersebut. Ini telah disimpulkan oleh pihak pendakwaan menunjukkan bahawa Tertuduh mempunyai pengetahuan, kawalan dan jagaan terhadap dadah-dadah tersebut. Oleh itu pihak pendakwaan berhujah bahawa pemilikan dadah-dadah tersebut telah dibuktikan bersama-sama dengan Tertuduh. [34] Apa yang jelas daripada keterangan saksi-saksi pendakwaan ialah semasa tangkapan dibuat terhadap Tertuduh dadah-dadah tersebut tidak ada bersama-samanya secara fizikal. Malahan pihak polis memerlukan masa dua hari sebelum dapat menuju ke premis tersebut berdasarkan kepada kenyataan Tertuduh berkaitan dengan barang-barang emas yang terlibat dalam kes rompakan. Persoalannya ialah adakah disebabkan barang-barang kes dadah tersebut tidak berada bersama-sama Tertuduh semasa ditangkap maka ia menyebabkan pihak pendakwaan telah gagal membuktikan bahawa dadah-dadah tersebut berada di dalam pemilikan Tertuduh? S/N F1LHdx8cyUCk6txzovNqHQ [35] Selain daripada itu mahkamah juga perlu mempertimbangkan adakah disebabkan pihak polis hanya mengetahui berkenaan premis tersebut dua hari selepas tangkapan dibuat dan dadah-dadah dijumpai di premis tersebut menyebabkan pihak pendakwaan telah tidak dapat membuktikan pemilikan dadah tersebut. Pada masa yang sama mahkamah juga perlu mengambil kira keterangan SP5 yang menyatakan bahawa dia tidak pernah naik ke tingkat atas dan hanya melihat Tertuduh yang naik ke tingkat atas. [36] Adalah tidak dapat dinafikan bahawa pada peringkat ini mahkamah perlu memutuskan berkenaan dengan pemilikan dadah tersebut, bukannya perlu memutuskan bahawa dadah-dadah tersebut adalah milikan eksklusif Tertuduh. Hal ini dinyatakan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes PP v. Denish Madhavan [2009] 2 CLJ 209 seperti berikut: “[17] The idea of exclusivity features in the meaning of "possession" in criminal law as one of the elements necessary to constitute possession. As Taylor J said in Leow Nghee Lim v. Reg. [1955] 1 LNS 53: ... It is often said that 'possession must be exclusive'. This is ambiguous. Possession need not be exclusive to the accused. Two or more persons may be in joint possession of chattels, whether innocent or contraband. The exclusive element of possession means that the possessor or possessors have the power to exclude other persons from enjoyment of the property. Custody likewise may be sole or joint and it has the same element of excluding others. The main distinction between custody and possession is that a custodian has not the power of disposal. The statement that 'possession must be exclusive' is often due to confusion of the fact to be proved with the evidence by which it is S/N F1LHdx8cyUCk6txzovNqHQ to be proved. It is essential to keep this distinction clearly in mind, especially when applying presumptions. [18] Thomson J, in Chan Pean Leon v. Public Prosecutor [1956] 1 LNS 17, said that "possession" for the purposes of criminal law involves possession itself - which some authorities term "custody" or "control" - and knowledge of the nature of the thing possessed. As to possession itself he cited the following definition in Stephen's Digest (9th edn, p. 304), in which the exclusive element mentioned by Taylor J appears: A moveable thing is said to be in the possession of a person when he is so situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons, and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need. [19] Once the elements needed to constitute possession are established, including the element of exclusive power to deal, then what is established is possession, not exclusive possession. So much for exclusive possession.” [37] Apakah dengan terjumpanya dadah-dadah tersebut di premis yang dikatakan telah ditunjuk arah oleh Tertuduh menunjukkan bahawa Tertuduh mempunyai pengetahuan berkenaan dadah-dadah tersebut tanpa mempunyai milikan dan kawalan dadah-dadah tersebut. Dalam erti kata lain adakah dengan pengetahuan semata-mata sudah memadai untuk membuktikan pemilikan dadah-dadah tersebut. Hal ini telah dinyatakan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Wong Nam Loi v Public Prosecutor [1997] 3 MLJ 795. Dalam kes tersebut telah diputuskan bahawa kejayaan pihak pendakwaan untuk menunjukkan bahawa Tertuduh mempunyai kawalan dan jagaan kepada sebuah peti sejuk yang di dalamnya mempunyai dadah tanpa dapat menunjukkan bahawa Tertuduh dalam kes tersebut mempunyai pengetahuan berkenaan dadah tersebut telah diputuskan sebagai tidak memadai S/N F1LHdx8cyUCk6txzovNqHQ untuk membuktikan bahawa Tertuduh mempunyai pemilikan terhadap dadah tersebut: “Whilst the prosecution had succeeded in proving the appellant had custody and control of the refrigerator, for the presumption of possession of the heroin concerned, it is also incumbent on the prosecution to prove that the appellant had knowledge that the drugs were in the refrigerator. Without proof of knowledge or to impute such knowledge to the appellant, mere proof of custody and control is insufficient. In Leow Nghee Lim v R [1956] MLJ 28, a case of possession of opium, Taylor J expounded and discussed the word 'possession'. At p 30 of his judgment he said: A man must know of the existence of a chattel and have some idea of its whereabouts before he can exercise any control over it. The word possession therefore implies full or exact knowledge …. Therefore, it seems clear that without knowledge there cannot be possession. In most cases, knowledge cannot be adduced by direct or tangible evidence but only by inference from the surrounding circumstances. The learned trial judge came to the conclusion that the appellant had knowledge of the contents of the refrigerator based on the following surrounding circumstances and facts adduced at the trial. Firstly, the appellant's behaviour during the search of the refrigerator in his presence at the Ibu Pejabat Daerah Nibong Tebal ('IPD'), when the blocks of white substances were seen, the appellant remained silent. He made no protest nor exhibited any conduct consistent with his lack of knowledge of the substances.” [38] Sebaliknya dalam kes ini dadah-dadah tersebut dijumpai semasa penggeledahan. Tiada keterangan yang menunjukkan bahawa Tertuduh telah memaklumkan berkenaan dadah tersebut di premis itu kepada mana-mana pihak polis sebelum dadah itu ditemui. Apa yang lebih penting lagi dalam kes ini daripada laporan DNA yang dikemukakan di mahkamah terdapat DNA seorang wanita yang diperolehi daripada barang-barang persendirian yang dijumpai di premis tersebut. Ia mencadangkan bahawa terdapatnya orang lain yang S/N F1LHdx8cyUCk6txzovNqHQ telah berada di tempat dadah-dadah itu ditemui. Keterangan ini penting diberikan perhatian disebabkan dengan kewujudan orang lain serta ketidakpastian SP5 sama ada ada orang lain yang naik ke tingkat atas premis tersebut selepas bengkelnya ditutup serta tiadanya keterangan yang dapat mengaitkan pengetahuan Tertuduh berkenaan dadah tersebut ia telah menyebabkan pihak pendakwaan tidak dapat membuktikan bahawa dadah-dadah tersebut berada di dalam pemilikan Tertuduh. [39] Mahkamah juga mendapati bahawa isu berkenaan dengan pengetahuan mengenai dadah tidak mencukupi untuk membuktikan pemilikan dadah. Dalam kes ini mahkamah berpendapat pihak pendakwaan di akhir kes pendakwaan tidak dapat menunjukkan bahawa Tertuduh mempunyai kawalan, jagaan dan pengetahuan berkenaan dadah tersebut. Ini dapat dilihat melalui keterangan yang tidak dapat menunjukkan hubung kait dadah tersebut dengan Tertuduh sehinggalah Tertuduh dibawa ke premis tersebut dan dadah-dadah dijumpai. Mahkamah juga mendapati dalam keterangan SP3 dan SP6 tidak dinyatakan bahawa siasatan terhadap Tertuduh pada awalnya adalah berkaitan dengan dadah bagi membolehkan mahkamah ini membuat dapatan bahawa Tertuduh mempunyai pengetahuan, kawalan atau jagaan terhadap dadah-dadah tersebut. [40] Apa yang ada ialah keterangan yang menunjukkan bahawa Tertuduh disiasat dan dibawa ke tempat kejadian bersama dengan kenyataan beliau kepada pihak polis berkaitan dengan barang-barang kemas yang menjadi siasatan bagi kes rompakan. Mahkamah ini S/N F1LHdx8cyUCk6txzovNqHQ berpendapat ketiadaan keterangan yang menunjukkan bahawa Tertuduh menyatakan dalam maklumat P21 yang menyatakan berkenaan dadah-dadah tersebut melainkan barang kemas sahaja telah menyebabkan pihak pendakwaan tidak dapat membuktikan bahawa Tertuduh mempunyai pengetahuan berkenaan dengan dadah tersebut. [41] Selain daripada itu keterangan saksi-saksi juga tidak dapat menunjukkan bahawa dadah-dadah tersebut berada dalam kawalan dan milikan Tertuduh. Ini disokong oleh keterangan bahawa Tertuduh ditangkap di tempat lain dan tiada keterangan menunjukkan Tertuduh mempunyai kunci premis tersebut seperti yang dinyatakan oleh SP5. Kewujudan DNA pihak ketiga seperti yang dinyatakan oleh SP6 menunjukkan kebarangkalian bahawa dadah-dadah tersebut adalah milikan pihak ketiga atau milikan bersama di antara Tertuduh dan pihak ketiga tersebut. Dalam erti kata lain pihak pendakwaan tidak dapat membuktikan bahawa dadah-dadah yang ditemui tersebut berada dalam milikan Tertuduh. [42] Disebabkan pihak pendakwaan tidak dapat membuktikan bahawa Tertuduh mempunyai milikan dadah-dadah tersebut maka pemakaian anggapan di bawah seksyen 37(da) ADB 1952 bagi membuktikan pengedaran dadah berbahaya Heroin dan Monoacetylmorphines 98.90 gram dan Methamphetamine 413.48 gram untuk pertuduhan pindaan pertama dan kedua tidak boleh digunakan. S/N F1LHdx8cyUCk6txzovNqHQ [43] Seterusnya Mahkamah ini juga meneliti keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan bagi menentukan sama ada pihak pendakwaan telah dapat membuktikan satu kes prima facie berdasarkan kepada takrifan pengedaran di bawah seksyen 2 ADB 1952 yang memperuntukkan seperti berikut: "trafficking" includes the doing of any of the following acts, that is to say, manufacturing, importing, exporting, keeping, concealing, buying, selling, giving, receiving, storing, administering, transporting, carrying, sending, delivering, procuring, supplying or distributing any dangerous drug otherwise than under the authority of this Act or the regulations made under the Act.” [44] Mahkamah mendapati bahawa tiada keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan menunjukkan bahawa tindakan Tertuduh berkenaan dadah-dadah tersebut boleh digolongkan di bawah mana-mana tindakan yang tergolong di bawah takrifan pengedaran tersebut. Dalam erti kata lain keterangan yang ada juga tidak dapat membuktikan satu kes prima facie aktiviti pengedaran dadah seperti yang ditakrifkan di bawah seksyen 2 ADB 1952. [45] Akhirnya setelah meneliti keterangan-keterangan pihak pendakwaan dan eksibit-eksibit yang dikemukakan Mahkamah mendapati bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan satu kes prima facie ke atas Tertuduh bagi kesemua pertuduhan pindaan yang dikemukakan. Oleh itu Mahkamah tiada pilihan lain melainkan membebas dan melepaskan Tertuduh tanpa dipanggil membela diri di akhir kes pendakwaan. S/N F1LHdx8cyUCk6txzovNqHQ Catatan Hujung [46] Semasa pendengaran kes ini terdapat keterangan-keterangan yang diberikan oleh SP6 iaitu pegawai penyiasat yang menarik perhatian Mahkamah apabila dinyatakan oleh SP6 seperti berikut: S : Penama ini berada di mana pada kali terakhir Inspektor berjumpa? J : Penama tersebut, beliau berada di Kg. Tebal, rumah beliau sendiri. Tetapi keadaan terakhir ketika saya pergi bersama dengan Puan XXX iaitu Pegawai Timbalan Pendakwa Raya mendapati bahawa penama dalam keadaan yang daif iaitu dia tidak boleh berjalan dan percakapan dia sekarang pun tak berapa clear iaitu saya dimaklumkan oleh rakan beliau sendiri beliau pernah ada serangan, macam serangan seolah-olah minor stroke. Sekarang pun pada bulan 3 hari itu saya pergi dan mendapati keadaan beliau tidak boleh berjalan. [47] Keterangan sedemikian mencadangkan bahawa Timbalan Pendakwa Raya telah bersama-sama SP6 mengesan saksi yang berkenaan. Pada hemat Mahkamah adalah wajar untuk tugas dan tanggungjawab penyiasatan dilakukan oleh pihak polis tanpa penglibatan secara langsung Timbalan Pendakwa Raya. Penglibatan Timbalan Pendakwa Raya akan menimbulkan tohmahan oleh pihak-pihak tertentu terhadap tahap professionalisma dan ketelusan Timbalan S/N F1LHdx8cyUCk6txzovNqHQ Pendakwa Raya menjalankan pendakwaan tanda sebarang prejudis kepada Tertuduh. [48] Pada hemat Mahkamah penglibatan Timbalan Pendakwa Raya ini perlu dielakkan. Ini adalah disebabkan sekiranya Timbalan Pendakwa Raya terlibat dalam penyiasatan kes ini maka Timbalan Pendakwa Raya tersebut boleh dipanggil sebagai saksi semasa perbicaraan. Ini sudah pasti akan menjejaskan nama baik Pendakwa Raya. Sekiranya Timbalan Pendakwa Raya itu dipanggil sebagai saksi beliau akan terdedah kepada soalan-soalan oleh pihak peguam Tertuduh yang akan mendedahkan Timbalan Pendakwa Raya tersebut kepada perkara-perkara yang tidak diingini. Kesantunan Kepeguaman, Kesopanan Dan Kesusilaan Semasa Mengendalikan Perbicaraan [49] Timbalan Pendakwa Raya di dalam hujahan lisannya sebelum Mahkamah memutuskan kes ini telah menimbulkan ketidakselesaan terhadap Hujahan Balasan Bertulis bagi pihak Tertuduh yang telah difailkan oleh peguam Tertuduh di Mahkamah ini pada 05.09.2023 yang dikatakan membuat penyataan yang tidak tepat berkenaan pihak pendakwaan. Misalnya terdapat beberapa frasa yang digunakan di dalam hujahan tersebut seperti berikut: “15. The learned DPP has misconceived the law by her reference to the cases of PP v Abdul Rahman Akif [2007] 4 CLJ 337 [TAB C of ABOA] and Tan Ah Tee & Anor v PP S/N F1LHdx8cyUCk6txzovNqHQ [1980] 1 MLJ 49 [TAB D of ABOA] and there is a clear misapplication of those cases in the matter herein. Those cases have no relevance or application to our case. ..