Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERBICARAAN JENAYAH NO. BA-45A-52-04/2021 PENDAKWA RAYA
BA-45A-52-04/2021
High Court of Malaysia24 Nov 2023
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“aya di bawah seksyen 39B(1)(a) ADB dan seterusnya dikenakan hukuman pemenjaraan seumur hidup (imprisonment for life) iaitu selama 30 tahun daripada tarikh tangkap selaras dengan peruntukan seksyen 3, Criminal Justice Act 1953 [Akta 345]. Walau bagaimanapun, Mahkamah ini telah melepas dan membebaskan Tertuduh 2 dan tiad”
“] Dalam kes Public Prosecutor v. Tan Chai Hing [2018] 6 CLJ 436 CA, Mahkamah Rayuan telah menyentuh tentang tanggungjawab mahkamah di akhir kes pembelaan seperti berikut: “[20] Under. S. 182A of the Criminal Procedure Code, it is clearly the duty of the court to consider all the evidence before it and shall decide whet”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERBICARAAN JENAYAH NO. BA-45A-52-04/2021 PENDAKWA RAYA
2
WONG CHEW HEANG (730211-10-5334) ALASAN PENGHAKIMAN Pendahuluan [1] Seow Boon Seng (“Tertuduh 1”) dan Wong Chew Heang (“Tertuduh 2”) (secara kolektif akan dirujuk sebagai “Tertuduh-Tertuduh”) yang merupakan pasangan suami isteri telah dituduh dengan satu pertuduhan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] (“ADB”) dan jika sabit kesalahan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan. [2] Pertuduhan terhadap Tertuduh-Tertuduh [ekshibit P2] adalah seperti berikut: “Bahawa kamu bersama-sama pada 22 Julai 2020 jam lebih kurang 10.00 malam di No. 8, Jalan Intan 18, Taman Yayasan Fasa IV, Jenjarom, dalam Daerah Kuala Langat, dalam Negeri Selangor Darul Ehsan bagi mencapai niat bersama telah didapati memperedarkan dadah berbahaya iaitu Methamphetamine seberat 31,177.8 gram dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan.” [3] Di akhir kes pendakwaan, Mahkamah ini telah memutuskan pada 11.4.2023 bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie ke atas Tertuduh-Tertuduh dan memerintahkan supaya Tertuduh-Tertuduh dipanggil untuk membela diri ke atas pertuduhan tersebut. [4] Di akhir perbicaraan (at the conclusion of the trial), Mahkamah ini telah memutuskan pada 24.11.2023 bahawa Tertuduh 1 disabitkan dengan kesalahan mengedar dadah berbahaya di bawah seksyen 39B(1)(a) ADB dan seterusnya dikenakan hukuman pemenjaraan seumur hidup (imprisonment for life) iaitu selama 30 tahun daripada tarikh tangkap selaras dengan peruntukan seksyen 3, Criminal Justice Act 1953 [Akta 345]. Walau bagaimanapun, Mahkamah ini telah melepas dan membebaskan Tertuduh 2 dan tiada notis rayuan difailkan oleh mana-mana pihak. [5] Manakala Tertuduh 1 yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah ini telah memfailkan notis rayuan bertarikh 27.11.2023 ke Mahkamah Rayuan ke atas keputusan sabitan tersebut. Ringkasan kes pendakwaan [6] Perbicaraan kes ini telah bermula pada 19.5.2022 dan pihak pendakwaan telah menutup kes pendakwaan pada 23.2.2023 setelah memanggil seramai 12 orang saksi pendakwaan iaitu: SP1 : Kpl. Junaida binti Hashim (Jurustor) SP2 : Abd Rahim bin Ismail (Ahli Kimia Narkotik) SP3 : Nabila Husna binti Hanafi (Pen Peg Penilaian MPKL) SP4 : L/Kpl. Wan Azri bin Wan Salleh (Jurufoto) SP5 : Normazlina binti Zainudin (Ahli Kimia Forensik) SP6 : Seow Chia Chi (Anak perempuan Tertuduh) SP7 : Koh Soon Kee (Menantu Tertuduh) SP8 : Ng Choon Seng (Rakan Tertuduh) SP9 : Insp. Muhammad Adib bin Rasol (Peg Forensik Digital) SP10 : ASP Mohd Idzahar bin Mohamed (Ketua peg serbuan) SP11 : Insp. Hasnizam bin Abu Hassan (Pegawai serbuan) SP12 : ASP Wan Mohamad Ismail b. Wan Aziz (Peg Penyiasat) [7] Kronologi kes ini bermula daripada maklumat dalaman jabatan yang diterima oleh ASP Mohd Idzahar bin Mohamed (SP10) pada 22.7.2020 jam lebih kurang 5.00 petang di pejabat Pasukan Tindakan Khas, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Bukit Aman berkaitan kegiatan disyaki aktiviti dadah yang melibatkan seorang lelaki cina yang berada di sekitar Jenjarom, Banting di mana saspek dipercayai tinggal di rumah No. 8, Jalan Intan 18, Taman Yayasan IV, 42600 Jenjarom, Selangor (“Rumah Serbuan”) dan menggunakan kenderaan Toyota Altis No. WQR 2832. [8] SP10 telah memberikan taklimat kepada pasukan serbuan yang terdiri daripada 2 pasukan melibatkan 6 orang anggota serbuan selain beliau. Pasukan serbuan telah membuat persiapan dan bertolak pada jam lebih kurang jam 7.00 petang. SP10 dan pasukan serbuan telah membuat pemantauan dan pemerhatian ke atas Rumah Serbuan tersebut dan mendapati sebuah kereta Toyota Altis No. WQR 2832 berada di dalam garaj yang diparkir secara membelakang dengan keadaan garaj dan di dalam rumah yang diterangi cahaya lampu. [9] Serbuan telah dilakukan pada jam lebih kurang 10.00 malam di mana SP10 mendapati pintu pagar depan yang berkunci dengan menggunakan padlock menyebabkan pasukan serbuan terpaksa memanjat pintu pagar untuk masuk ke dalam garaj. SP10 juga telah mendapati bahawa sliding door dan pintu grill juga dalam keadaan berkunci dengan padlock. Setelah mengetuk pintu dan memanggil penghuni di dalam sambil berteriak memperkenalkan diri sebagai polis tapi masih tiada siapa yang membuka pintu, pasukan serbuan telah mengumpil/pecah masuk ke dalam Rumah Serbuan tersebut. [10] Dalam masa memperkenalkan diri sebagai polis, SP10 mendapati Tertuduh 2 yang berada di ruang tamu sambil mundar mandir dari ruang tamu dan ke bahagian belakang dalam rumah dan kedengaran Tertuduh 2 sedang bercakap sesuatu kepada seseorang dalam bahasa cina. Tertuduh 1 didapati berada dalam bilik air dan telah diarahkan keluar ke ruang tamu. Selepas itu, anak perempuan kedua-duanya iaitu Seow Chia Chi (SP6) yang didapati berada dalam bilik kedua rumah tersebut telah juga diarahkan keluar ke ruang tamu. Semasa SP10 hendak menjalankan pemeriksaan di dalam rumah tersebut, seorang lagi lelaki cina telah masuk ke dalam rumah yang merupakan menantu lelaki kepada Tertuduh-Tertuduh yang bernama Koh Soon Kee (SP7). [11] SP10 telah membuat pemeriksaan sambil membawa Tertuduh-Tertuduh ke dalam bilik utama yang merupakan bilik tidur Tertuduh-Tertuduh dan hasil pemeriksaan telah menjumpai daripada atas lantai bilik pertama itu serta seterusnya rampasan dibuat ke atas barangan berikut:
a
Beg berwarna hitam jenama R-EXCOLL [ekshibit P5A] yang mengandungi 21 bungkusan warna hijau bertulisan Chinese Pin Wei [ekshibit P5A(C1-C21)] yang didalamnya setiap satu terdapat plastik lutsinar [ekshibit P5A(C1a-C21v)] yang mengandungi serbuk/ketulan kristal disyaki dadah syabu;
b
Beg berwarna hitam jenama The North Face [ekshibit P4A] yang mengandungi 21 bungkusan warna hijau bertulisan Chinese Pin Wei [ekshibit P4A(D1-D21)] yang di dalam setiap satu terdapat plastik lutsinar [ekshibit P4A(D1a-D21v)] yang mengandungi serbuk/ketulan kristal disyaki dadah syabu dan juga alat penimbang jenama SF-400. [12] Seterusnya SP10 telah merampas semua barang kes yang dijumpai seperti mana disenaraikan dalam Borang Senarai Geledah bertarikh 22.7.2020 [ekshibit P35]. Selain daripada itu, SP10 juga turut membuat rampasan beberapa barangan lain (selain dadah) yang didakwa milik Tertuduh 1 iaitu kad pengenalan, perjanjian sewa beli dan 5 buah telefon bimbit seperti dinyatakan dalam Borang Senarai Geledah bertarikh 22.7.2020 [ekshibit P38]. SP10 juga telah membuat beberapa laporan polis iaitu Sg. Jarom Report No. 2703/20 [ekshibit P43], Banting Report No. 5512/20 [ekshibit P44] dan Banting Report No. 5513/20 [ekshibit P45] yang mana kesemuanya bertarikh 23.7.2020. [13] SP10 telah menyerahkan Tertuduh-Tertuduh berserta barang kes dan rampasan kepada ASP Wan Mohamad Ismail b. Wan Aziz, Pegawai Penyiasat Narkotik (SP12) seperti mana dinyatakan dalam dokumen Akuan Penerimaan antara SP10 dan SP12 bertarikh 23.7.2020 [ekshibit P36] dan Borang Serah Terima Barang Kes bertarikh 22.7.2020 [ekshibit P39]. [14] SP12 telah memasukkan barang kes dadah tersebut ke dalam kotak bertanda “WA” dan “WB” dan telah menghantar kepada Abd Rahim bin Ismail, Ahli Kimia (SP2) pada 29.7.2020 bagi tujuan dibuat analisis seperti mana dinyatakan dalam Borang POL 31 [ekshibit P8] dan disahkan penerimaannya oleh SP2 dan dikeluarkan resit rasmi Jabatan Kimia Malaysia [ekshibit P9]. [15] Ahli Kimia (SP2) telah menjalankan analisis dan mengesahkan melalui Laporan Kimia dengan No. Makmal: 20-FR-B-14150 [ekshibit P10] ke atas barang kes dadah daripada dalam kotak bertanda “WA” dan “WB” tersebut dan mendapati di dalamnya mengandungi seperti berikut:
a
Bahan kristal jernih daripada 21 bungkusan plastik lutsinar [ekshibit P4A(D1a-D21v)] dengan jumlah berat bersih 20,826.6 gram adalah mengandungi 15,349.2 gram methamphetamine; dan
b
Bahan kristal jernih daripada 21 bungkusan plastik lutsinar [ekshibit P5A(C1a-C21v)] dengan jumlah berat bersih 20,909.7 gram adalah mengandungi 15,828.6 gram methamphetamine. [16] SP2 mengesahkan bahawa methamphetamine dengan jumlah berat 31,177.8 gram tersebut adalah dadah berbahaya seperti mana ditakrifkan dan tersenarai dalam Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952. Tugas Mahkamah Di Akhir Kes Pendakwaan [17] Tugas Mahkamah di akhir kes pendakwaan adalah bagi memutuskan sama ada pihak pendakwaan berjaya membuktikan suatu kes prima facie seperti mana yang diperuntukkan di bawah seksyen 180(1) Kanun Tatacara Jenayah: “When the case for the prosecution is concluded, the Court shall consider whether the prosecution has made out a prima facie case against the accused.” [18] Suatu kes prima facie dikatakan berjaya dibuktikan hanyalah apabila pihak pendakwaan telah berjaya mengemukakan keterangan-keterangan yang kukuh bagi membuktikan setiap dan tiap-tiap intipati/elemen kesalahan yang dipertuduhkan yang mana sekiranya gagal dipatahkan akan membawa kepada sabitan, seperti mana diperuntukkan di bawah seksyen 180(4) Kanun Tatacara Jenayah: “For the purpose of this section, a prima facie is made out against the accused where the prosecution had adduced credible evidence proving each ingredient of the offence which if unrebutted or unexplained would warrant a conviction.” (Penekanan ditambah) [19] Prinsip-prinsip tugas mahkamah di akhir kes pendakwaan ini telah dijelaskan dalam beberapa kes tersohor termasuklah PP v Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 yang mana Mahkamah Persekutuan telah memutuskan: “[15] For the guidance of the court below, we summarise as follows the steps that should be taken by trial court at the close of the prosecution’s case:
i
the close of the prosecution’s case, subject the evidence led by the prosecution in its totality to a maximum evaluation. Carefully scrutinise the credibility of each of the prosecution’s witnesses. Take into account all reasonable inferences that may be drawn from that evidence. If the evidence admits of two or more inferences, then draw the inference that is most favourable to the accused;
II
(ii) ask yourself the question: if I call upon the accused to make his defence and he elects to remain silent am I prepared to convict him on the evidence now before me? If the answer to that question is “Yes”, then a prima facie case has been made out and the defence should be called. If the answer is “No” then, a prima facie case has not been made out and the accused should be acquitted;” [20] Elemen-elemen pertuduhan yang perlu dibuktikan adalah:
a
Perkara atau ‘subject matter’ yang terlibat dalam pertuduhan kesalahan mengedar itu adalah dadah berbahaya daripada jenis methamphetamine dengan jumlah berat 31,177.8 gram;
b
Tertuduh-Tertuduh mempunyai pemilikan (jagaan atau kawalan dan pengetahuan) tentang dadah tersebut; dan
c
Tertuduh-Tertuduh telah pada tempat, masa dan tarikh yang dipertuduhkan melakukan perbuatan mengedar dadah atau ‘trafficking’. Analisa dan dapatan di akhir kes pendakwaan Identiti Dadah Berbahaya [21] SP2 yang merupakan Ahli Kimia dari Jabatan Kimia Malaysia dalam keterangannya telah mengesahkan bahawa dadah berbahaya jenis methamphetamine dengan jumlah berat 31,177.8 gram tersebut adalah merupakan dadah berbahaya yang disenaraikan di bawah Jadual Pertama ADB. [22] SP2 memberi keterangan tentang bagaimana analisis yang telah dilakukannya bermula dengan membuat timbangan berat kasar iaitu bungkusan plastik dan peket plastik tersebut bersama kandungannya. Kemudian SP2 mengeluarkan kandungannya dan menimbang bungkusan plastik dan peket plastik yang kosong. Berat bersih bahan ialah selisih antara berat kasar dan berat bungkusan plastik dan peket plastik kosong tersebut. Seterusnya bahan tersebut dijadikan bahan homogen dan dijalankan ujian warna iaitu ujian Marquis dan Simon, ujian pengesahan menggunakan Gas Chromatography-Mass Spectrometer (GCMS) dan ujian kuantitatif menggunakan alat Gas Chromatography-Flame Ionization Detector (GC-FID) yang membawa kepada keputusan analisis bahawa kandungan dalam ekshibit P5A(C1a-C21v) dan ekshibit P4A(D1a-D21v) tersebut adalah mengandungi dadah jenis methamphetamine dengan berat bersih 31,177.8 gram. [23] Tiada sebarang cabaran yang serius oleh peguambela terhadap identiti dadah yang telah diterima dan dianalisa oleh SP2. Pemeriksaan balas ke atas SP2 hanyalah berkaitan tentang baki bahan yang telah dimasukkan ke dalam enam peket plastik berasingan oleh SP2. Begitu juga dengan pemeriksaan balas tentang terdapatnya kesan-kesan dakwat hitam ke atas peket-peket plastik tersebut yang mana SP2 bersetuju kesan dakwat hitam itu konsisten dengan proses pengesanan cap jari. Selain daripada itu, tiada cabaran lain ditimbulkan berkenaan dengan identiti dadah berbahaya tersebut yang telah dijalankan analisis oleh SP2 dan keputusan analisisnya seperti mana dinyatakan dalam Laporan Kimia [ekshibit P10]. [24] Di dalam kes Munusamy Vengadasalam v PP [1987] CLJ (Rep) 221, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti berikut: “…the Court is entitled to accept the opinion of the expert of its face value, unless it is inherently incredible of the defence calls evidence in rebuttal by another expert to contradict the opinion. So long as some credible evidence is given by the Chemist to support his opinion, there is no necessity for him to go into details of what he did in the laboratory, step by step.” [25] Adalah dapatan (finding) Mahkamah ini bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen pertama bahawa perkara subjek kepada pertuduhan tersebut adalah dadah berbahaya yang termasuk dalam Jadual Pertama ADB iaitu jenis methamphetamine seberat 31,177.8 gram seperti mana keterangan lisan dan keterangan dokumentar iaitu Laporan Kimia [ekshibit P10] oleh Ahli Kimia (SP2) yang gagal dicabar atau dipatahkan oleh pihak pembelaan. . Pemilikan (possession) Dadah Berbahaya [26] Bagi membuktikan pertuduhan yang dikenakan ke atas Tertuduh-Tertuduh bagi kesalahan mengedar dadah berbahaya jenis methamphetamine di bawah seksyen 39B(1)(a) ADB, satu lagi elemen penting yang perlu dibuktikan ialah milikan (possession) ke atas dadah berbahaya tersebut. [27] Dalam kes Ibrahim Mohamad & Anor. v PP [2011] 4 CLJ 113 FC, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan, antara lain seperti berikut: “[6] It is trite law that possession is an important ingredient in the charge of trafficking. Unless there is direct evidence of trafficking, the prosecution must prove the ingredient of “possession” and the trial judge must make an affirmative finding of “possession” before the presumption of trafficking under s. 37(da) of the Act can be invoked.” (Penekanan ditambah) [28] Bagi membuktikan elemen milikan (possession), 2 unsur utama yang perlu dibuktikan ialah elemen fizikal iaitu milikan yang merujuk kepada jagaan dan kawalan fizikal ke atas dadah berbahaya tersebut serta elemen mental iaitu pengetahuan (mens rea possession). [29] Di dalam kes Chan Pean Leon v PP [1956] 22 MLJ 237, Hakim Thomson telah menjelaskan tentang kedua-dua unsur tersebut pada muka surat 239 seperti berikut: “A movable thing is said to be in possession of a person when he is situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need. To put it otherwise, there is a physical element and mental element which must both be present before possession is made out.” (Penekanan ditambah) [30] Berpandukan kepada nas yang dinyatakan di atas, adalah menjadi suatu prinsip undang-undang yang mantap bahawa bagi membuktikan seseorang itu mempunyai “milikan”, perlulah dibuktikan melalui keterangan bahawa seseorang itu mempunyai kawalan dan jagaan ke atas sesuatu barang tersebut dan bebas berurusan atau mengendalikan barang tersebut sepenuhnya tanpa penglibatan orang lain (power of disposal to the exclusion of others) dan mempunyai pengetahuan ke atas sesuatu barang tersebut. [31] Mahkamah ini telah mendapati bahawa Tertuduh 1 sememangnya mempunyai kawalan dan jagaan terhadap barang kes dadah tersebut berdasarkan perkara-perkara berikut:
a
Setelah SP10 dan pasukan serbuan berjaya memasuki Rumah Serbuan tersebut dan tangkapan berjaya dibuat, dadah telah dijumpai di dalam beg-beg [ekshibit P5A san ekshibit P4A] atas lantai dalam bilik tidur pertama yang dihuni oleh Tertuduh 1 dan isterinya, Tertuduh 2;
b
Siasatan oleh SP12 mengesahkan bahawa pemilik berdaftar Rumah Serbuan tersebut adalah Tertuduh 1 berdasarkan pengesahan daripada bil elektrik [ekshibit P59], bil air [ekshibit P60] dan surat daripada Majlis Daerah Kuala Langat bertarikh 28.7.2020 [ekshibit P61];
c
SP6 yang merupakan anak perempuan Tertuduh-Tertuduh juga dalam keterangannya menyatakan telah nampak Tertuduh 1 membawa masuk kedua-dua beg tersebut [ekshibit P5A dan ekshibit P4A] dari luar rumah ke dalam Rumah Serbuan tersebut dan menuju ke bilik tidur pertama iaitu tempat barang kes dadah ditemui;
d
Malahan Tertuduh 2 yang merupakan isteri Tertuduh 1 juga telah menyatakan dalam laporan polis yang dibuatnya iaitu Sg. Jarom Report No. 1303/21 bertarikh 6.4.2021 [ekshibit D50] telah melihat Tertuduh 1 membawa masuk ke dalam rumah kedua-dua beg hitam tersebut; dan
e
Tertuduh 1 sendiri dalam laporan polis yang dibuat iaitu Sg. Jarom Report No. 1348/21 bertarikh 8.4.2021 [ekshibit D49] turut mengakui telah membawa masuk ke dalam rumah kedua-dua beg tersebut yang dikeluarkan daripada dalam bonet keretanya yang diparkir dalam garaj rumah tersebut. [32] Dalam kes PP v. Letchumanan a/l Suppiah [2006] 2 MLJ 555, penghakiman oleh Abdul Kadir Sulaiman HMR telah menyatakan yang berikut: “[15] With due respect to the learned judge, in the light of what we have said earlier, this issue of the ownership of the motorcycle is an irrelevant one. The issue is one of custody or control of the orange plastic packet in the carrier basket of the motorcycle which in the circumstances of this case would not involve the ownership of the motorcycle on which the accused was riding wherein in the carrier basket within sight of the accused and the police party was found ‘anything whatsoever containing any dangerous drug.” [33] Di dalam kes PP v. Zolzaya Natsagroj [2015] 6 CLJ 579 antara lain telah menyatakan seperti berikut: “(1) The prosecution’s evidence showed that the bag containing the drugs was found inside the respondent’s bag concealed from view, the respondent was the sole tenant of the room and nobody else had the key to the room. Therefore at the material time the respondent had actual possession, custody and control of the exh. P67. The respondent had admitted putting the drugs in her bag. The concealment of the bag supported the inference of knowledge of the contents of the bag. Based on the quantity and weight of the drugs, the trial judge had rightly invoked the presumption under s. 37(da) of the Act. Therefore, the trial judge had correctly ordered the respondent to enter her defence.” [34] Oleh yang demikian, Mahkamah ini mendapati bahawa Tertuduh 1 sememangnya mempunyai kawalan dan jagaan ke atas dadah yang ditemui dalam kedua-dua beg tersebut. [35] Bagi pembuktian ‘pengetahuan’ (knowledge) Tertuduh 1 ke atas dadah berbahaya yang berada dalam kawalan atau jagaannya itu pula, Mahkamah ini berpandukan kepada kes Teh Hock Leong v. PP [2008] 4 CLJ 764 yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan dan menyatakan yang berikut: “It is true that mens rea possession is an element of the offence of trafficking. But it is an element like the mental element in other crimes which cannot be established by direct evidence save in a case where an accused expressly admits the commission of the offence. It has, like the mens rea in other offences, to be established by circumstantial evidence. In other words it is an ingredient that is to be inferred from the totality of the circumstances of a particular individual case.” (Penekanan ditambah) [36] Berpandukan otoriti di atas, Mahkamah ini merumuskan berdasarkan keterangan mengikut keadaan secara keseluruhan bahawa inferens yang dapat dibuat bahawa Tertuduh 1 sememangnya mempunyai pengetahuan tentang dadah berbahaya tersebut berdasarkan alasan-alasan berikut:
a
Rampasan turut dibuat ke atas beberapa telefon bimbit yang didakwa milik Tertuduh 1 iaitu jenama HUAWEI P20 warna biru [ekshibit P28(A)(1)], jenama VIVO warna merah [ekshibit P28(A)(2)], jenama OPPO warna rose gold [ekshibit P28(A)(3)] dan jenama NOKIA warna biru [ekshibit P28(A)(4)] yang ditandakan oleh SP12 masing-masing dengan tandaan ‘WF1’, ‘WF2’, WF3’ dan ‘WF4’. Manakala satu lagi rampasan telefon bimbit iaitu jenama HUAWEI Nova 3 warna biru [ekshibit P28(A)(5)] yang ditandakan oleh SP12 dengan tandaan ‘WF5’ didakwa sebagai milik Tertuduh 2;
b
Siasatan SP12 mendapati bahawa Tertuduh 1 yang mempunyai password untuk membuka atau akses telefon bimbit miliknya;
c
Insp. Muhammad Adib bin Rasol, Pegawai Forensik Digital (SP9) telah menyediakan Laporan Pemeriksaan [ekshibit P31] yang mana menurut beliau pemeriksaan digital hanya dapat dilakukan ke atas telefon bimbit bertanda ‘WF1’, ‘WF2’ dan ‘WF4’ sahaja;
d
SP9 dalam keterangannya dalam Mahkamah ini di samping menerangkan kandungan DVD [ekshibit P32] telah menunjukkan di bahagian Security/Accounts bagi telefon bimbit bertanda ‘WF1’ secara jelas menunjukkan nama Tertuduh 1 sebagai pemilik emel yang tertera;
e
SP12 pula semasa keterangan lisannya dalam Mahkamah ini menyatakan bahawa hasil siasatan beliau daripada analisa forensik digital mendapati bahawa di dalam telefon bimbit tersebut terdapat beberapa gambar pada tarikh tangkapan dibuat iaitu kelihatan 42 peket bungkusan plastik warna hijau sama seperti yang dirampas oleh SP10 serta beberapa video pada tarikh sebelumnya yang menerangkan tentang dadah tersebut dalam bahasa hokkien. Menurut SP12 juga, lantai dalam gambar tersebut kebanyakannya sama dengan lantai rumah tempat kejadian atau Rumah Serbuan;
f
Mahkamah ini juga berpeluang melihat persamaan bentuk, corak dan warna lantai tersebut apabila dirujuk silang antara video dalam ekshibit P32 yang dimainkan dan ditayang di layar/skrin Mahkamah ini dengan gambar-gambar tempat kejadian [ekshibit P14] khususnya pada gambar nombor 14 dan 16. [37] Kesimpulannya, Mahkamah ini mendapati bahawa Tertuduh 1 telahpun ada pengetahuan awal dan malahan telah melihat bungkusan/peket yang mengandungi dadah tersebut berdasarkan gambar-gambar serta video yang ditunjukkan dan ditayangkan dalam Mahkamah ini. [38] Mahkamah ini juga membuat inferens tentang pengetahuan Tertuduh 1 ke atas dadah berbahaya tersebut yang merupakan suatu barang salah berdasarkan kepada tempat dadah tersebut ditemui iaitu di sudut hujung sebelah kiri bilik pertama Rumah Serbuan tersebut yang agak tersorok setelah dibawa masuk oleh Tertuduh 1 daripada dalam bonet kereta Toyota Altis No. WQR 2832. [39] Pihak pembelaan semasa pemeriksaan balas saksi-saksi pendakwaan telah mencadangkan versi pembelaan bahawa beg-beg yang kononnya mengandungi bungkusan teh cina tersebut telah diberikan oleh seorang kawan Tertuduh 1 yang bernama Ng Choon Seng (SP8) supaya disimpan oleh Tertuduh 1 selama 2 hari semasa pemergian SP8 ke luar negeri. Tertuduh 1 menyatakan dalam laporan polis yang dibuatnya iaitu Sg. Jarom 1348/21 bertarikh 8.4.2021 [ekshibit D49] bahawa SP8 yang telah mengambil beg-beg tersebut daripada dalam keretanya dan meletakkan ke dalam bonet kereta Tertuduh 1 iaitu Toyota Altis No. WQR 2832. [40] Walau bagaimanapun, berdasarkan maklumat carian Jabatan Pengangkutan Jalan [ekshibit D22], kereta Toyota Altis No. WQR 2832 didaftarkan atas nama Ng Hock Imm. Menurut SP8, kereta tersebut adalah milik bapanya. Mahkamah ini berpandangan bahawa sekiranya benar beg-beg yang mengandungi bungkusan yang didakwa sebagai teh cina yang diamanahkan oleh SP8 untuk disimpan oleh Tertuduh 1, tiada keperluan bagi Tertuduh 1 untuk membawa keluar beg-beg tersebut dari dalam bonet kereta untuk dibawa masuk ke dalam Rumah Serbuan. Malahan mengambil kira juga dakwaan SP8 ke luar negeri hanya untuk tempoh yang terlampau singkat iaitu 2 hari sahaja. Lagi pun, kereta tersebut diparkir di tempat atau garaj yang berbumbung di Rumah Serbuan tersebut yang tidak pun terdedah kepada panas matahari. Malahan lagi, kereta tersebut diparkir secara mengundur yang mana bonet belakang kereta tersebut berada paling hampir dengan rumah yang terlindung daripada hujan atau panas matahari. [41] Mahkamah ini mendapati inferens yang munasabah yang boleh dibuat bahawa Tertuduh 1 mengetahui tentang kewujudan dadah tersebut serta mengetahui tentang nilaian dadah tersebut dengan volume dan nilai yang tinggi. [42] Oleh yang demikian, Mahkamah ini membuat kesimpulan dan dapatan bahawa Tertuduh 1 mempunyai kawalan atau jagaan dan pengetahuan ke atas dadah berbahaya yang terkandung dalam bungkusan atau peket plastik dalam 2 beg berwarna hitam tersebut. [43] Justeru, adalah menjadi dapatan Mahkamah ini bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen milikan (possession) oleh Tertuduh 1 ke atas dadah-dadah berbahaya tersebut berdasarkan inferens ke atas keterangan-keterangan mengikut keadaan secara total (inferred from the totality of the circumstances) berpandukan kes Teh Hock Leong v. PP (supra). Mengedar (trafficking) Dadah Berbahaya [44] Pihak pendakwaan perlu membuktikan elemen pengedaran dadah berbahaya iaitu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) ADB. Oleh itu, pihak pendakwaan perlu membuktikan bahawa Tertuduh telah mengedar dadah (trafficking) jenis methamphetamine dengan berat bersih 31,177.8 gram. Berat bersih dadah berbahaya tersebut adalah melebihi berat minimum anggapan statutori pengedaran dadah menurut seksyen 37(da) ADB 1952 [45] Peruntukan seksyen 37(da) ADB 1952 khususnya perenggan (xvi) menyatakan seperti berikut: “37. In all proceedings under this Act or any regulations made thereunder – … (da) any person who is found in possession of – …
XVI
(xvi) 50 grammes or more in weight of Methamphetamine; … otherwise than in accordance with the authority of this Act or any other written law, shall be presumed until the contrary is proved, to be trafficking in the said drug;” (Penekanan ditambah) [46] Berdasarkan dapatan Mahkamah dalam perenggan sebelum ini bahawa Tertuduh 1 mempunyai milikan (possession) ke atas dadah berbahaya tersebut, maka peruntukan anggapan statutori mengedar dadah tersebut adalah terpakai. [47] Dalam kes Ghasem Hozouri Hassan v Public Prosecutor [2019] 6 MLJ 231, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan melalui penghakiman Raus Shariff CJ seperti berikut: “[66] Now reverting back to the present case, for the reasons we have stated in the preceding paragraphs, we find that the Court of Appeal was right in emphasising in its judgment that the interpretation of s 39B(2) of the DDA does not require the court to consider the issue of a ‘real trafficker’ as it is only concerned with whether or not the appellant himself is a trafficker. The Court of Appeal further expounded the fact that someone else may have been involved in the act of trafficking in question is irrelevant in determining whether the accused is or is not a trafficker for the purpose of s 39B(2) of the DDA. This was however done by the Court of Appeal without any mention of the Radhi direction or steps to be undertaken to determine the appellant’s culpability.” (Penekanan ditambah) [48] Oleh yang demikian, setelah Mahkamah ini mendapati bahawa Tertuduh 1 mempunyai milikan ke atas dadah berbahaya methamphetamine tersebut, maka berdasarkan berat bersih dadah berbahaya tersebut yang melebihi berat minimum statutori iaitu melebihi 50 gram methamphetamine, Tertuduh 1 adalah dianggap mengedar (trafficking) dadah berbahaya tersebut menurut peruntukan anggapan statutori (statutory presumption) di bawah seksyen 37(da) ADB 1952. Rantaian Keterangan Barang Kes [49] Rantaian keterangan barang kes dadah berbahaya itu bermula dengan rampasan oleh Pegawai Serbuan iaitu SP10 yang kemudiannya diserahkan kepada Pegawai Penyiasat SP12 dan seterusnya diserahkan kepada Ahli Kimia SP2 serta diambil semula oleh SP12. Barang kes tersebut kemudiannya disimpan oleh Jurustor (SP1) sehinggalah dikemukakan semasa perbicaraan dalam Mahkamah ini. [50] Malahan SP10, SP12, SP2, dan SP1 masing-masing telah dapat mengecam dengan positif setiap barang kes berdasarkan penandaan masing-masing terhadap setiap barang kes tersebut. Oleh itu, identiti barang kes bukanlah menjadi isu dalam kes ini. Malahan rantaian keterangan barang kes juga tidak pernah terputus dan dadah yang dirampas adalah barang kes yang sama telah dikemukakan semasa perbicaraan dalam Mahkamah ini. [51] Mahkamah juga tidak mendapati apa-apa keterangan yang menunjukkan berlakunya kacau ganggu (tampered) ke atas barang kes dadah tersebut pada bila-bila masa sehinggalah dikemukakan semasa perbicaraan. Kredibiliti Saksi-Saksi Pendakwaan [52] Pihak pendakwaan telah memanggil 12 orang saksi pendakwaan memberi keterangan dalam kes ini. Mahkamah ini mendapati bahawa keterangan yang diberikan oleh SP1 hingga SP12 adalah kredibel, konsisten serta saling menyokong antara satu sama lain. Sekiranya pun terdapat percanggahan antara keterangan saksi-saksi pendakwaan, ia tidak ke atas perkara asas atau perkara pokok serta tidaklah menjejaskan atau ‘fatal’ kepada kes pendakwaan. [53] Malahan Mahkamah ini juga tidak mempunyai sebab untuk tidak mempercayai keterangan yang diberikan oleh saksi-saksi pendakwaan. Oleh yang demikian, adalah mustahil untuk mempercayai jika dikatakan pasukan serbuan tersebut mengada-adakan cerita berkenaan rampasan dadah berbahaya tersebut. Keputusan Mahkamah Di Akhir Kes Pendakwaan [54] Setelah meneliti secara keseluruhan dan membuat penilaian maksimum ke atas keterangan-keterangan yang telah dikemukakan, Mahkamah ini telah memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan suatu kes prima facie terhadap Tertuduh 1 bagi pertuduhan kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) ADB dan oleh yang demikian, Tertuduh 1 dipanggil untuk membela diri. [55] Mahkamah ini telah menerangkan 3 pilihan kepada Tertuduh 1 sama ada untuk memberi keterangan secara bersumpah (sworn statement) dalam kandang saksi (witness box), memberi keterangan tidak bersumpah (unsworn statement) daripada kandang tertuduh atau berdiam diri. Tertuduh 1 kemudiannya telah memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah. Ringkasan Kes Pembelaan [56] Perbicaraan kes pembelaan Tertuduh 1 telah bermula pada 9.3.2023 dan pihak pembelaan telah menutup kes pembelaan pada 29.8.2023 dengan hanya Tertuduh 1 (SD1) dan Tertuduh 2 (SD2) sahaja yang memberi keterangan di peringkat kes pembelaan. [57] Secara ringkasnya, keterangan pembelaan Tertuduh 1 adalah seperti berikut:
a
Pada 22.7.2020 jam lebih kurang 5.30 petang, Tertuduh 1 yang pada masa itu masih lagi berada di gerai nasi ayam miliknya telah menerima panggilan telefon daripada kawannya iaitu SP8 yang mengajaknya untuk makan di Restoran Kar Hiong di Subang Jaya;
b
Oleh itu, Tertuduh 1 telah menghantar mesej kepada isterinya, Tertuduh 2 untuk memberitahu bahawa dia akan makan malam di luar bersama SP8;
c
Tertuduh 1 sampai di Restoran Kar Hiong itu pada jam lebih kurang 6 petang dan mendapati SP8 telah berada di situ bersama seorang lagi lelaki cina yang diperkenalkan dengan nama Sio Yong Huang. Semasa berada di restoran tersebut, SP8 telah memberitahu Tertuduh 1 bahawa beliau dan Sio Yong Huang akan ke luar negeri (outstation) pada malam yang sama nanti;
d
Pada jam lebih kurang 6.30 petang, Tertuduh 1 menerima mesej daripada isterinya menyatakan anak perempuan mereka iaitu SP6 akan balik ke rumah dan berpesan kepada Tertuduh 1 agar balik lebih awal;
e
Tertuduh 1 memaklumkan SP8 bahawa beliau perlu balik sekejap lagi. SP8 pula memberitahu Tertuduh 1 bahawa beliau baru memulakan perniagaan teh daun cina dan meminta pertolongan Tertuduh 1 untuk menyimpan teh daun cina tersebut sementara pemergiannya ke luar negeri selama dua hari;
f
SP8 yang telah mengambil 2 beg hitam tersebut [ekshibit P5A dan ekshibit P4A] dan memindahkan daripada dalam keretanya ke dalam kereta Toyota Altis No. WQR 2832 milik bapanya yang dipinjamkan kepada Tertuduh 1;
g
Sesampainya di rumah lebih kurang jam 8 malam, Tertuduh 1 telah membawa masuk ke dalam rumah kedua-dua beg hitam tersebut atas alasan sekiranya ditinggalkan di dalam kereta akan menjejaskan kualiti teh daun cina tersebut jika terkena matahari;
h
Apabila ditanya oleh isterinya (Tertuduh 2) dan anak perempuannya (SP6) tentang kandungan 2 beg tersebut, Tertuduh 1 hanya menjawab bahawa ia kepunyaan kawannya SP8 yang telah minta tolong supaya disimpan selama 2 hari sementara pemergian ke luar negeri. Tertuduh 1 kemudiannya terus meletakkan 2 beg hitam tersebut di atas lantai dalam bilik utama;
i
Seterusnya barulah Tertuduh 1 keluar ke ruang tamu untuk berbual-bual, makan durian sambil menonton televisyen bersama isteri dan anak perempuannya. Kemudiannya barulah Tertuduh 1 pergi ke bilik mandi yang berada dekat dapur. Sementara anak perempuannya telah masuk ke dalam biliki kedua. Manakala isterinya masih menonton di ruang tamu dan ketika itulah pasukan serbuan telah masuk ke dalam rumah tersebut;
j
Pemeriksaan badan Tertuduh 1 tidak menjumpai apa-apa barang salah. Menjawab pertanyaan SP10, Tertuduh 1 telah memberitahu SP10 bahawa kawannya iaitu SP8 telah memberikan 2 beg berwarna hitam untuk disimpan selama 2 hari dan seterusnya Tertuduh 1 telah menunjukkan 2 beg berwarna hitam itu [ekshibit P5A san ekshibit P4A] yang terletak atas lantai bilik utama;
k
(k)
Preamble
Menurut Tertuduh 1, SP10 yang telah mengambil 2 beg tersebut dan meletakkan atas katil dan seterusnya membuat pemeriksaan. Tertuduh 1 telah melihat 21 bungkusan daun teh cina dan 1 alat penimbang dikeluarkan daripada salah satu beg yang mana menurut Tertuduh 1 bahawa SP8 tidak pernah menunjukkan kepadanya tentang alat penimbang itu sewaktu membuka dan menyerahkan 2 beg tersebut kepadanya;
l
Tertuduh 1 amat terkejut apabila diberitahu oleh SP10 yang telah menggunting salah satu bungkusan daun teh cina tersebut yang mengandungi plastik lutsinar bahawa ia mengandungi serbuk/ketulan kristal yang merupakan dadah berbahaya. SP10 telah menggunting baki bungkusan daun teh cina tersebut dan mendapati kandungan yang sama;
m
Tertuduh 1 nampak sejumlah 5 buah telefon bimbit telah dirampas oleh SP10 [ekshibit P28(A) (1-5)]. Menurut Tertuduh 1, hanya telefon bimbit jenama OPPO [ekshibit P28(A)(3)] dan jenama NOKIA [ekshibit P28(A)(4)] adalah kepunyaannya. Manakala telefon bimbit jenama HUAWEI Nova 3 [ekshibit P28(A)(5)] adalah kepunyaan isterinya (Tertuduh 2). Tugas Mahkamah Di Akhir Perbicaraan [58] Tugas Mahkamah di akhir perbicaraan (at the conclusion of the trial) adalah untuk mempertimbangkan segala keterangan yang telah dikemukakan di hadapan mahkamah dan memutuskan sama ada pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah (beyond reasonable doubt) seperti mana diperuntukkan di bawah seksyen 182A Kanun Tatacara Jenayah: “(1) At the conclusion of the trial, the Court shall consider all the evidence adduced before it and shall decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt.
2
If the Court finds that the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt, the Court shall find the accused guilty and he may be convicted on it.
3
If the Court finds that the prosecution has not proved its case beyond reasonable doubt, the Court shall record an order of acquittal.” [59] Dalam kes Public Prosecutor v. Tan Chai Hing [2018] 6 CLJ 436 CA, Mahkamah Rayuan telah menyentuh tentang tanggungjawab mahkamah di akhir kes pembelaan seperti berikut: “[20] Under. S. 182A of the Criminal Procedure Code, it is clearly the duty of the court to consider all the evidence before it and shall decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt. This is a mandatory requirement as evident by the use of the word ‘shall’ in that section. What it entails is that, at the end of the defence, it is incumbent on the court to evaluate the entire evidence placed before it including the prosecution evidence. This was exactly what the learned judge had undertaken at the end of the defence case having considered the case of Jaafar Ali v. PP [1999] 1 CLJ 410...” (Penekanan ditambah) [60] Mahkamah ini juga berpandukan kepada kes Mat v. Public Prosecutor [1963] 29 MLJ 263 yang telah menggariskan sebagai panduan tugas Mahkamah di akhir perbicaraan: “If the court accepts the explanation given by or on behalf of the accused, it must acquit. But this does not entitle the court to convict if it does not believe that explanation, for he is still entitled to an acquittal if the explanation raises a reasonable doubt as to his guilt, as the onus of proving his guilt lies throughout on the prosecution. If upon the whole evidence the court is left in a real state of doubt, the prosecution has failed to satisfy the onus of proof which lies upon it.” Ringkasan Hujahan Pembelaan [61] Secara umumnya, pihak pembelaan menghujahkan bahawa keterangan kes pembelaan telah berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan. [62] Pihak pembelaan menghujahkan bahawa pihak pendakwaan sentiasa memikul beban pembuktian dan tiada apa-apa yang perlu dibuktikan oleh pihak pembelaan. Sebaliknya adalah menjadi tugas pihak pembelaan untuk membangkitkan keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan dan menyangkal anggapan pengedaran di bawah seksyen 37(da)(xvi) ADB atas imbangan kebarangkalian (on the balance of probabilities). [63] Pihak pembelaan telah membangkitkan 5 isu utama sebagai hujahan di akhir kes pembelaan seperti berikut:
a
Pembelaan Tertuduh 1 bukanlah satu penafian kosong (bare denial) dan fikiran terkemudian (afterthought) dan ia disokong oleh bukti-bukti dokumentari. Ini adalah kerana pembelaan Tertuduh 1 telah dibangkitkan sejak kes pendakwaan lagi dan bukan hanya dibangkitkan di peringkat kes pembelaan. Pembelaan Tertuduh 1 disokong dengan laporan polis yang telah dibuat iaitu Sg. Jarom Report No. 1348/21 [ekshibit D49]. Pembelaan utama Tertuduh 1 bahawa 2 beg berwarna hitam tersebut adalah diberikan oleh kawannya SP8 untuk disimpan sementara selama 2 hari. Manakala kereta Toyota Altis No. WQR 2832 itu pula adalah kepunyaan Ng Hock Imm iaitu bapa kepada SP8 yang telah dipinjamkan kepada Tertuduh 1. Selain itu, Tertuduh 1 juga tidak mengakui sebagai kepunyaannya 2 lagi telefon bimbit [ekshibit P28A(1) dan (2)];
b
Tertuduh 1 tidak mempunyai kawalan dan jagaan eksklusif terhadap dadah yang dijumpai di dalam kedua-dua beg hitam tersebut [ekshibit P5A dan ekshibit P4A]. Pihak pembelaan menghujahkan tentang ujian eksklusiviti (exclusivity) iaitu sama ada Tertuduh 1 mempunyai kuasa yang eksklusif untuk berurusan dengan dadah tersebut sehingga semua orang lain boleh dikecualikan (exclusive power to deal with the drugs to the exclusion of all other persons). Menurut hujahan pihak pembelaan lagi, sekadar menjumpai 2 beg berisi dadah tersebut dalam bilik tidur utama Tertuduh 1 adalah tidak memadai untuk membuktikan bahawa Tertuduh 1 mempunyai kawalan dan jagaan dan mempunyai kuasa yang eksklusif terhadap dadah yang dijumpai dalam 2 beg berwarna hitam tersebut;
c
Tertuduh 1 tidak mempunyai pengetahuan mengenai kehadiran dadah yang dijumpai di dalam kedua-dua beg tersebut. Pihak pembelaan menghujahkan sedemikian berdasarkan inferens daripada reaksi tingkah laku Tertuduh 1 yang bersahaja ketika keluar dari bilik air yang tidak kelihatan mencurigakan, takut atau panik serta tidak cuba melarikan diri. Tertuduh 1 juga dihujahkan tidak menyorokkan 2 beg berwarna hitam tersebut di mana-mana tempat tersembunyi melainkan diletak di atas lantai dalam biliknya sahaja. Tambahan pihak pembelaan lagi, meskipun Tertuduh 1 membuka dan nampak 42 bungkusan plastik hijau tersebut, Tertuduh 1 tidak akan mengesyaki bahawa ia mengandungi dadah kerana bungkusan plastik hijau dengan tulisan ‘Chinese Pin Wei’ tersebut kelihatan seperti bungkusan teh cina;
d
Ketiadaan bukti untuk membuktikan niat bersama Tertuduh 1 dan Tertuduh 2 untuk mengedar dadah. (Memandangkan Tertuduh 2 telah dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan kesalahan tersebut dan tiada rayuan difailkan oleh pihak pendakwaan, isu ini tidak akan dihuraikan dalam alasan penghakiman ini); dan
e
Tertuduh 1 telah membangkitkan keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan berhubung dengan isu ‘mens rea possession’ dan oleh yang demikian anggapan di bawah seksyen 37(da)(xvi) ADB telah dipatahkan dan disangkal oleh pihak pembelaan. Adalah menjadi hujah pihak pembelaan bahawa Tertuduh 1 tidak mempunyai milikan eksklusif dan tidak mempunyai pengetahuan terhadap dadah yang dijumpai daripada dalam 2 beg berwarna hitam tersebut [ekshibit P5A dan ekshibit P4A) dan oleh yang demikian pihak pendakwaan telah gagal membuktikan ‘mens rea possession’. Oleh itu dihujahkan bahawa anggapan pengedaran dadah tersebut telah dipatahkan dan disangkal. [64] Oleh yang demikian, adalah menjadi hujah pihak pembelaan bahawa pihak pembelaan telah berjaya membangkitkan keraguan yang munasabah dalam kes ini dan pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kes terhadap Tertuduh melampaui keraguan yang munasabah. Ringkasan Hujahan Pendakwaan [65] Pihak pendakwaan pula telah menghujahkan bahawa berdasarkan keterangan di peringkat kes pembelaan, versi pembelaan Tertuduh adalah diragui dan tidak munasabah serta gagal menimbulkan sebarang keraguan dalam kes pendakwaan. [66] Menurut pihak pendakwaan lagi, keterangan pembelaan Tertuduh 1 bersifat penafian semata-mata tanpa keterangan sokongan. Oleh itu, keterangan pembelaan Tertuduh 1 telah gagal menyangkal anggapan statutori di bawah seksyen 37(da)(xvi) ADB. [67] Tertuduh 1 telah gagal memberi penjelasan yang kukuh dan menyakinkan terhadap dadah yang ada dalam milikannya. Tertuduh 1 juga telah gagal mengemukakan keterangan sokongan yang lain seperti keterangan daripada seorang lelaki cina bernama Sio Yong Huang dikatakan turut bersama dengan SP8 semasa perjumpaan dengan Tertuduh 1 di Restoran Kar Hiong. [68] Menurut pihak pendakwaan lagi, alasan Tertuduh 1 untuk tidak meninggalkan atau membiarkan bungkusan daun teh cina itu di dalam kereta Toyota Altis tersebut kerana dikhuatiri kualitinya yang mungkin terjejas jika terkena matahari juga adalah tidak munasabah atau menyakinkan. Ini adalah kerana pada malam tersebut Toyota Altis No. WQR 2832 diparkir dalam garaj berbumbung bahagian hadapan Rumah Serbuan tersebut dan dalam keadaan diparkir secara ‘reverse’ atau membelakang yang pastinya tidak akan terkena cahaya matahari langsung. [69] Pihak pendakwaan juga menghujahkan bahawa alasan Tertuduh 1 menggunakan kereta Toyota Altis milik bapa SP8 tersebut kerana kereta miliknya sendiri telah rosak dan dihantar ke bengkel. Ini dinyatakan oleh Tertuduh 1 dalam keterangan bertulis di peringkat kes pembelaan. Namun jika dibandingkan dengan laporan tangkap ke atas SP8 pada tarikh yang sama dengan tangkapan Tertuduh 1 iaitu pada 22.7.2020, kereta Tertuduh 1 iaitu Mercedes Benz No. WUB 5717 ada bersama dengan SP8. Ini diakui sendiri oleh Tertuduh 1 semasa dalam pemeriksaan balas oleh pihak pendakwaan. Oleh itu adalah hujahan pihak pendakwaan bahawa alasan Tertuduh 1 menyatakan bahawa keretanya itu telah rosak dan berada di bengkel adalah merupakan fikiran terkemudian (afterthought) dan tidak dinyatakan sebagai pembelaan ‘at the earliest possible time’. [70] Mengenai semua telefon bimbit yang dirampas oleh SP10, Tertuduh 1 mahupun Tertuduh 2 tidak pernah menafikan sebagai kepunyaan mereka pada peringkat awal lagi. Malahan Tertuduh 1 telah mengesahkan dan menandatangani senarai barang rampasan daripadanya seperti mana dinyatakan dalam Borang Senarai Geledah [ekshibit P38]. Manakala dalam laporan polis yang dibuat oleh Tertuduh 1 sendiri [ekshibit D49] telah menyatakan bahawa telefon bimbitnya telah disita oleh polis dan tidak pula menafikan mana-mana telefon sebagai kepunyaannya. Ini juga dihujahkan oleh pihak pendakwaan sebagai fikiran terkemudian (afterthought). [71] Oleh yang demikian, pihak pendakwaan menghujahkan bahawa pembelaan Tertuduh hanyalah bersifat penafian semata-mata yang bukanlah merupakan suatu pembelaan yang baik untuk menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Penilaian Keterangan dan Dapatan Di Akhir Perbicaraan [72] Di akhir perbicaraan (at the conclusion of the trial) adalah menjadi tugas Mahkamah ini untuk mempertimbangkan segala keterangan yang telah dikemukakan di hadapan mahkamah dan memutuskan sama ada pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah (beyond reasonable doubt) seperti mana diperuntukkan di bawah seksyen 182A Kanun Tatacara Jenayah. [73] Adalah menjadi tanggungjawab mahkamah di peringkat kes pembelaan ini untuk mempertimbangkan sama ada keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh pembelaan itu telah mewujudkan apa-apa keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. Tugas pihak pembelaan hanyalah untuk menimbulkan keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan. [74] Walau apapun pembelaan yang dikemukakan dan walaupun pembelaan yang dikemukakan itu adalah lemah, mahkamah masih bertanggungjawab untuk memberikan pertimbangan sewajarnya ke atas keterangan pembelaan tersebut bagi menentukan sama ada pembelaan sedemikian mampu menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. [75] Dalam kes Ganapathy Rengasamy v Public Prosecutor [1998] 2 CLJ 1, Mahkamah Persekutuan telah membuat pemerhatian berikut: “It needs to be remembered that however weak a defence may be, trial judges being judges of both fact and law should not just brush aside the defence on the basis that the prosecution witnesses are to be believed and not the defence. Where the law casts the onus of giving an explanation upon an accused person, and the explanation is given, which if consistent with innocence, the court is duty bound to consider whether it might reasonably be true, although not convinced of its truth.” (Penekanan ditambah) Pembelaan Bersifat Penafian Semata-Mata (Bare Denial) Dan Fikiran Terkemudian (Afterthought) [76] Mahkamah ini telah menilai semula keterangan Tertuduh 1 dalam bernyataan bertulis saksinya yang menyatakan alasan Tertuduh 1 menggunakan kereta Toyota Altis milik bapa SP8 tersebut kerana kereta miliknya sendiri telah rosak dan dihantar ke bengkel. Mahkamah ini juga telah meneliti semula laporan tangkap [ekshibit D25] ke atas Ng Choon Seng (SP8) yang merupakan rakan Tertuduh 1 yang telah juga ditangkap pada tarikh yang sama dengan tangkapan Tertuduh 1 iaitu pada 22.7.2020. Semasa SP8 ditangkap, turut dijumpai bersamanya kunci kereta Tertuduh 1 iaitu Mercedes Benz No. WUB 5717. Ini diakui sendiri oleh Tertuduh 1 semasa dalam pemeriksaan balas oleh pihak pendakwaan. Oleh itu adalah hujahan pihak pendakwaan bahawa alasan Tertuduh 1 menyatakan bahawa keretanya itu telah rosak dan berada di bengkel adalah merupakan fikiran terkemudian (afterthought) dan tidak dinyatakan sebagai pembelaan ‘at the earliest possible time’. [77] Mahkamah ini juga meneliti dan menilai pembelaan Tertuduh 1 yang menyatakan tidak mengetahui tentang 2 lagi telefon bimbit yang dirampas oleh SP10 iaitu telefon jenama HUAWEI P20 warna biru [ekshibit P28(A)(1)] yang ditanda oleh SP12 dengan tandaan ‘WF1’ dan telefon jenama VIVO warna merah [ekshibit P28(A)(2)] yang ditanda oleh SP12 dengan tandaan ‘WF2’. Namun Mahkamah ini mendapati bahawa Tertuduh 1 mahupun Tertuduh 2 tidak pernah menafikan semua telefon bimbit yang dirampas oleh SP10 adalah kepunyaan mereka daripada mula rampasan dibuat. Malahan Tertuduh 1 telah mengesahkan dan menandatangani senarai barang rampasan yang dirampas daripadanya seperti mana dinyatakan dalam Borang Senarai Geledah [ekshibit P38]. Manakala dalam laporan polis yang dibuat oleh Tertuduh 1 sendiri [ekshibit D49] telah menyatakan bahawa telefon bimbitnya telah disita oleh polis dan tidak pula menafikan mana-mana telefon sebagai kepunyaannya. Mahkamah ini mendapati penafian oleh Tertuduh 1 ke atas 2 lagi telefon bimbit tersebut [ekshibit P28(A)(1) dan P28(A)(2)] sebagai fikiran terkemudian (afterthought). [78] Oleh yang demikian, Mahkamah ini mendapati pembelaan Tertuduh tersebut adalah merupakan penafian semata-mata dan bukanlah suatu pembelaan. Mahkamah ini juga berpandukan kepada kes PP v. Ku Lip See [1981] 1 MLJ 258 menyatakan yang berikut: “A mere denial without other proof to reasonably dislodge the prosecution’s evidence is not sufficient.” [79] Mahkamah ini juga telah merujuk kepada kes D A Duncan v PP [1980] 1 LNS 12 yang memutuskan bahawa penafian semata-mata bukanlah suatu pembelaan: “The defence was, in effect, a simple denial of the evidence connecting the appellant with four boxes. We cannot see any plausible ground for saying that the four boxes were not his. In the circumstances of the prosecution evidence, the High Court came, in our view, to the correct conclusion that this denial did not cast a doubt on the prosecution case against the appellant.” (Penekanan ditambah) Kegagalan Pihak Pembelaan Mengemukakan Keterangan Sokongan [80] Mahkamah ini juga mendapati bahawa pihak pembelaan telah gagal memanggil mana-mana saksi lain (selain isterinya iaitu Tertuduh 2 yang mempunyai kepentingan) seperti lelaki cina bernama Sio Yong Huang bagi menyokong keterangan Tertuduh 1 bahawa SP8 telah menyerahkan 2 beg berwarna hitam itu semasa perjumpaan antara ketiga-tiga mereka. [81] Mahkamah juga tidak mendapati apa-apa keterangan sokongan bagi menyokong pernyataan Tertuduh 1 bahawa keretanya jenis Mercedes Benz telah rosak dan berada di bengkel. Tiada apa-apa resit atau bil pembaikan dikemukakan dan tiada mana-mana saksi dipanggil seperti pekerja atau pemilik bengkel berkenaan. [82] Setelah meneliti segala keterangan yang dikemukakan di hadapan Mahkamah ini secara keseluruhannya di peringkat kes pendakwaan dan juga di peringkat kes pembelaan, Mahkamah ini mendapati bahawa pihak pembelaan atau Tertuduh 1 telah gagal untuk menimbulkan apa-apa keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan. Adalah dapatan (finding) Mahkamah ini bahawa keterangan-keterangan saksi pendakwaan adalah tetap utuh dan tiada keraguan munasabah yang telah dibangkitkan oleh pihak pembelaan ke atas kebenaran kes pendakwaan tersebut. [83] Mahkamah ini juga mendapati bahawa pihak pembelaan telah gagal untuk mematahkan anggapan mengedar dadah berbahaya di bawah seksyen 37(da) ADB. [84] Justeru, Mahkamah ini berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan suatu kes yang melampaui keraguan yang munasabah (beyond reasonable doubt). Keputusan Di Akhir Perbicaraan [85] Oleh yang demikian, di akhir perbicaraan setelah mempertimbangkan segala keterangan yang dikemukakan di hadapan Mahkamah ini adalah diputuskan bahawa Tertuduh 1 adalah disabitkan dengan kesalahan mengedar dadah berbahaya jenis methamphetamine dengan berat bersih 31,177.8 gram di bawah seksyen 39B(1)(a) ADB. [86] Bagi hukuman kesalahan mengedar dadah berbahaya tersebut, peruntukan hukuman (sentencing provision) yang berkuat kuasa adalah seksyen 39B(2) ADB 1952 yang memperuntukkan seperti berikut: “Any person who contravenes any of the provisions of subsection (1) shall be guilty of an offence against this Act and shall be punished on conviction with death or imprisonment for life and shall, if he is not sentenced to death, be punished with whipping of not less than twelve stokes.” [87] Peruntukan hukuman tersebut telah mengambil kira pemansuhan hukuman mati mandatori selaras dengan berkuat kuasa nya Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 [Akta 846] pada 4 Julai 2023 [P.U.(B) 229/23] yang antara lain, telah memotong peruntukan subseksyen 39B(2A) dan (2B) ADB. Hujahan Mitigasi dan Pemberatan Hukuman [88] Faktor-faktor mitigasi (mitigating factor) yang dihujahkan oleh pihak pembelaan adalah seperti berikut: a) Tertuduh 1 berusia 51 tahun dan oleh itu hukuman sebatan rotan tidak terpakai ke atasnya; b) Tertuduh 1 sudah berkahwin dan mempunyai 4 orang anak (28, 27, 25 dan 19 tahun); c) Tertuduh 1 bekerja sebagai penjual nasi ayam; d) Tertuduh 1 telah berada dalam tahanan reman sejak daripada tarikh tangkapan iaitu 22.7.2020; e) Semasa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (MCO), Tertuduh 1 juga pernah dijangkiti virus covid dan mendapat rawatan dalam penjara; dan f) Tertuduh 1 menyesal dan memohon maaf atas kesalahannya. [89] Manakala pihak pendakwaan dalam hujahan ke atas hukuman telah mengemukakan faktor pemberatan (aggravating factor) bahawa faktor kepentingan awam lebih mengatasi kepentingan Tertuduh itu sendiri. Memandangkan Tertuduh 1 terlepas daripada hukuman sebatan rotan kerana telah melepasi umur 50 tahun, maka hukuman pemenjaraan seumur hidup sahaja adalah tidak memadai bagi sabitan kesalahan tersebut. [89] Menurut pihak pendakwaan lagi, walaupun dengan berkuat kuasa Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 [Akta 846] pada 4 Julai 2023, Parlimen masih mengekalkan hukuman mati sebagai salah satu hukuman yang masih lagi relevan yang menggambarkan manifestasi Kerajaan yang memandang serius terhadap kesalahan mengedar dadah. Keseriusan kesalahan tersebut dapat dilihat daripada berat bersih dadah berbahaya jenis methamphetamine yang dirampas itu iaitu 31,177.8 gram yang mempunyai nilaian yang tinggi dan berpotensi untuk melibatkan bilangan penyalahgunaan dadah yang tinggi juga. [90] Pihak pendakwaan juga menghujahkan bahawa faktor-faktor mitigasi yang dihujahkan oleh pihak pembelaan bukanlah suatu yang bersifat istimewa untuk bertindak sebagai faktor peringanan. Sekiranya tidak dikenakan hukuman mati, Tertuduh hanya akan dijatuhkan hukuman pemenjaraan seumur hidup (30 tahun) sahaja tanpa sebatan, setelah mengambil kira seksyen 289 Kanun Tatacara Jenayah. [91] Mahkamah ini juga mendapati bahawa elemen pengedaran dadah berbahaya oleh Tertuduh adalah berdasarkan kepada peruntukan anggapan statutori (statutory presumption) di bawah seksyen 37 (da) ADB yang gagal dipatahkan oleh pihak pembelaan. Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan mitigasi pihak pembelaan bahawa tiada keterangan yang melibatkan elemen transaksi jual beli dadah berbahaya tersebut. [92] Setelah mengambil kira hujahan mitigasi oleh pihak pembelaan dan hujahan pemberatan oleh pihak pendakwaan, Mahkamah ini memutuskan bahawa adalah adil, wajar dan munasabah supaya Tertuduh 1 dikenakan hukuman pemenjaraan seumur hidup (imprisonment for life) iaitu selama 30 tahun daripada tarikh tangkap selaras dengan peruntukan seksyen 3, Criminal Justice Act 1953 [Akta 345]. Memandangkan Tertuduh 1 telah berusia melebihi 51 tahun dan
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.