Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI TEMERLOH DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR PERBICARAAN JENAYAH NO: CB-45B-7-11/2018 DAN CB-45B-2-03/2019 ANTARA PENDAKWA RAYA
CB-45B-2-03/2019
High Court of Malaysia12 May 2023
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“balas. [71] Penelitian kepada peruntukan di bawah Kanun Prosedur Jenayah di Singapura dapat membantu Mahkamah memahami prosedur yang sewajarnya dilakukan dalam keadaan tersebut. Seksyen 230 (1) (p) Criminal Procedure Code 2010 Singapore seperti berikut: “(p) if the accused is giving evidence in the accused’s own defenc”
“Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 23 “[28] In the light of the authorities referred to, we hold that information admissible under s. 27 of the Evidence Act includes accused's statement, or his act or conduct such as pointing out which leads distinctly to the discov”
“in the words of Mr. Ong. All that evidence is admissible, since in the words of the Privy Council at page 77 in Pulukuri Kotayya v. King Emperor 74 IA 65, a decision on the equivalent section of the Indian Evidence Act: ...In their Lordships' view, it is fallacious to treat the fact discovered within the section as equ”
“w's knowledge as to that (see Chong Soon Koy v. PP (supra )). In Chong Soon Koy (supra ), the accused was charged with being in possession of a firearm and ammunition under s. 57(1)(a) and (b) of the Internal Security Act 1960. He was found guilty and sentenced to death. He appealed to **Note : Serial number will be us”
“ble homicide for causing such bodily injury as is likely to cause death and not murder. Accordingly, we set aside the conviction for murder, and substitute it with one under limb (a) of s. 304 of the Penal Code.” [24] Laporan bedah siasat (P74) itu tidak menolak kemungkinan kematian simati adalah disebabkan lemas. Apa”
“Rahman [2008] 4 CLJ 1 di mana Mahkamah Rayuan menyatakan seperti berikut: “[27] Circumstantial evidence is defined in no better words than in the remarks in the case of Idris v. PP [1960] 1 LNS 40; [1960] MLJ 96, which quoted Lord Cairns' in the House of Lords case of Belhaven & Stenton Peerage [1875-1976] App. Cas. 27”
“eseksaan juga telah dinyatakan secara jelas dalam kes-kes Public Prosecutor v Azilah bin Hadri & Anor [2015] 1 MLJ 617, Sabarudin Bin Non & Ors v PP [2005] 4 MLJ 37, Manikumar a/l Sinnapan & Ors v PP [2015] MLJU 1956, Namasiyam and Ors v PP [1987] 2 MLJ 336, PP v Teong Lung Chiong & Ors [2010] 5 MLJ 193, Shairul Edham”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI TEMERLOH DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR PERBICARAAN JENAYAH NO: CB-45B-7-11/2018 DAN CB-45B-2-03/2019 ANTARA PENDAKWA RAYA
1
DEVARAJAN PILLAI A/L MANIKAM
2
SARINDRAN A/L GANESAN
3
MAGINDRAN A/L SUKUMARAN
4
SHANGKARAN PILLAI A/L MANIKAM (NO. KP: 980301-06-5307) ALASAN PENGHAKIMAN Pendahuluan [1] Ini adalah kes kematian seorang yang telah dijumpai mayatnya di dalam sungai/tasik. Semasa mayatnya ditemui ia telah reput. Empat orang lelaki telah dituduh menyebabkan kematian simati. [2] Keempat-empat mereka telah dituduh dengan pertuduhan seperti berikut: Pertuduhan Kes No. CB-45B-7-11/2018 “Bahawa kamu bersama seorang lagi yang masih bebas pada 07 September 2017 antara jam lebih kurang 11.00 malam hingga 08 September 2017 jam lebih kurang 1.00 pagi di Jambatan Empangan Sg. Klau, Sg. Ruan, di dalam Daerah Raub, di dalam Negeri Pahang Darul Makmur dalam mencapai niat bersama kamu berempat, telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Yugendran a/l Duray Ragh, KPT: 001030-08- 0641 dan oleh yang demikian kamu telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama seksyen 34 kanun yang sama.” Pertuduhan Kes No. CB-45B-2-03/2019 “Bahawa kamu bersama-sama tiga orang lagi yang telah dituduh pada pada 07 September 2017 antara jam lebih kurang 11.00 malam hingga 08 September 2017 jam lebih kurang 1.00 pagi di Jambatan Empangan Sungai Klau, Sungai Ruan, di dalam Daerah Raub, di dalam Negeri Pahang Darul Makmur dalam mencapai niat bersama kamu berempat, telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Yugendran a/l Duray Ragh, KPT: 001030-08-0641 dan oleh yang demikian kamu telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama seksyen 34 kanun yang sama.” [3] Sepanjang perbicaraan ini tiada dikemukakan saksi mata yang menunjukkan bahawa simati telah dibunuh oleh keempat-empat Tertuduh. Pihak pendakwaan mengemukakan kes ini berdasarkan keterangan-keterangan sekeliling dan cebisan keterangan saksi-saksi yang dikemukakan oleh saksi-saksi bagi membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan. Fakta Kes [4] Pada 07.09.2017 lebih kurang jam 8.00 malam, simati memberitahu SP2 bahawa simati mahu keluar bersama kawannya Rishi (SP6). [5] Ketika itu simati dikatakan menaiki motosikal Honda EX-5 nombor pendaftaran CBC 1524. Pada hari yang sama jam 11.00 malam simati telah kembali ke rumah dan keluar semula untuk menghantar SP6 dengan menunggang motosikal. [6] Simati telah tidak pulang ke rumah selepas itu. Keluarga simati telah mencari beliau. Pada 08.09.2017 satu laporan polis (P10) telah dibuat oleh SP2. [7] Pada 12.07.2017 SP13 dan pasukannya telah menjumpai satu mayat dalam keadaan terapung di Sungai Klau, Raub, Pahang. Mayat tersebut sudah dalam keadaan membusuk dan hanya berseluar jeans warna biru. Mayat itu kemudiannya dicamkan sebagai simati oleh pegawai penyiasat. [8] Intisari kesalahan bunuh telah dirumuskan dengan jelas oleh Hakim Low Hop Bing dalam PP v Nomezam Apandy Abu Hassan (No. 2) (2008) 7 CLJ 168 seperti berikut: “[3] From the above provisions, it is clear that in order to establish a prima facie case of murder, it is incumbent on the prosecution to prove:
1
the death of the deceased;
2
the deceased's death was caused by injury or injuries inflicted on the deceased;
3
the accused had caused the injury or injuries which resulted in the deceased's death; and
4
the act causing the death was committed with the mens rea under s. 300(a), (b), (c) or (d). (see also PP v. Brahim b Rais [1999] 1 LNS 263 per Ian Chin; PP v. Soo Tai Leng [2005] 7 CLJ 218 per Azahar Mohamed JC (now J); and PP v. Norazam bin Ibrahim [2006] 8 CLJ 462; [2006] 3 AMR 524 HC).” [9] Dalam konteks kes ini elemen-eleman yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan ialah:
a
Kematian simati;
b
Kematian simati adalah berpunca dari kecederaan yang dialami oleh simati;
c
Tertuduh yang menyebabkan kecederan-kecederaan kepada simati sehingga menyebabkan kematian simati; dan
d
Tindakan yang menyebabkan kematian tersebut telah dilakukan oleh Tertuduh dengan mens rea di bawah seksyen 300 (a), (b), (c) atau (d) Kanun Keseksaan.
a
Adakah elemen-elemen kesalahan telah dibuktikan.
b
Adakah maklumat dari OKT1 boleh diterima masuk sebagai keterangan di bawah seksyen 27 Akta Keterangan 1950.
c
Adakah pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap OKT1, OKT2, OKT3 dan OKT4. Isu (a) Adakah Elemen-Elemen Kesalahan Telah Dibuktikan Adakah Identiti Simati Telah Dibuktikan [10] Simati dalam kes ini Yugendran a/l Duray Ragh. Namun demikian ketika mayat simati ditemui ia sudah separa reput dan tidak dapat dilihat wajahnya secara jelas. Namun pengecaman simati itu dibuat oleh pegawai penyiasat. Ini dinyatakan di dalam laporan post mortem (P74) menyatakan seperti berikut: The body was identified by Police Inspektor Mohd Azri bin Mohd Aziz Inspektor G/17096. [11] Adalah didapati tiada pengecaman dibuat oleh mana-mana ahli keluarga terutamanya SP2 yang merupakan ibu angkat simati. Begitu juga tiada pengecaman oleh ibu bapa kandung simati. [12] Mahkamah meneliti eksibit P91 iaitu Borang POL31 yang disediakan oleh SP15 kepada Jabatan Kimia untuk tujuan analisa DNA. Di Lampiran A P91 itu terdapat sampel yang ditandakan sebagai “K1” iaitu sampul surat mengandungi ‘Blood for DNA’ diseal sticker lak rasmi KKM milik bapa simati dan ‘K2’ sampul surat mengandungi ‘Blood for DNA’ diseal sticker lak rasmi KKM milik ibu simati. Di dalam borang POL31 itu dinyatakan bahawa tujuan pengemukaan sampel tersebut adalah untuk mendapatkan perbandingan DNA ke atas semua barang kes. [13] Laporan DNA (P81) tidak dapat membuat perbandingan DNA di antara darah pada sampel seperti berikut: K1 adalah berlabel Duray Ragh a/l Satiriah @ Sathiaveloo serta K2 adalah sampel berlabel Saraswathy a/p C Applasamy. [14] Ini bermakna laporan ujian DNA tidak dapat mengesahkan secara saintifik bahawa simati itu adalah Yugendran a/l Duray Ragh. [15] Oleh itu mahkamah meneliti keterangan SP14 bagaimana beliau boleh mengesahkan simati adalah Yugendran. SP14 menyatakan bahawa beliau boleh mengecamkan simati melalui siasatan dan maklumat yang diperolehi daripada keluarga simati dan kali terakhir didapati bahawa simati memakai seluar jeans biru yang juga sama dengan seluar jeans biru bersama mayat simati ditemui. [16] Mahkamah telah meneliti gambar mayat simati di P4(1-186). Gambar P4(1-186), gambar 36 dan 37 yang tidak dapat memperlihatkan wajah simati. Ia adalah konsisten dengan laporan post mortem, P74. Di dalam summary menyatakan:
1
The body was that of an India male child identified by the investigating police officer as the above-named person.
2
The body showed changes of decomposition with features of adipocere formation and mummification. [17] Mahkamah juga meneliti keterangan SP13 yang menyatakan OKT1 telah membawa beliau dan pasukannya ke kawasan di mana OKT1 telah membuang mayat simati. Adakah itu tidak membuktikan identiti simati adalah Yugendran a/l Duray Ragh? [18] Mahkamah meneliti keterangan saksi-saksi yang menunjukkan bahawa simati adalah Yugendran a/l Duray Ragh telah keluar dari rumah dan tidak pernah pulang selepas itu. Di samping itu keterangan juga menunjukkan bahawa SP13 dalam siasatannya sebelum menemui simati terdapat keterangan yang menyatakan mayat Yugendran dibuang oleh seorang yang mengenali simati sebelum ini. Di samping tiada juga keterangan yang mencadangkan bahawa ada orang lain dalam tempoh yang sama dikatakan hilang di kawasan mayat Yugendran ditemui bagi satu kesimpulan bahawa mayat yang ditemui itu bukan Yugendran tetapi orang lain. [19] Berdasarkan kepada keterangan SP2 iaitu ibu angkat kepada simati. Dalam keterangannya menyatakan seperti berikut berkenaan dengan pengecaman beliau kepada simati: : Puan tadi ada memberitahu mahkamah bahawa puan boleh camkan seluar jeans warna biru yang dipakai oleh Yugendran pada malam kejadian. Sekiranya saya rujuk gambar, adakah boleh cam? : Boleh cam tetapi memandangkan sudah lama, bimbang warna tidak sama. : Boleh cam ke tidak? : Boleh. : P4 dirujuk, gambar nombor 76. Adakah ini seluar tersebut? : Benar, ini adalah seluarnya. : Sekiranya saya rujuk barang kes seluar jeans jenama Uniqlo yang disebut oleh puan, adakah puan boleh cam? : Boleh. [20] Semasa pemeriksaan semula, SP2 menyatakan seperti berikut: : Adakah puan tahu mayat itu siapa? Saya dapat cam melalui seluar yang dipakai oleh mayat tersebut. : Mayat itu adalah? Mayat anak saya. : Yugendran? Benar. [21] Mahkamah juga mendapat tiada keterangan yang dapat menunjukkan bahawa ada individu lain selain daripada simati yang ditemui atau yang dikatakan telah hilang seperti laporan polis yang dibuat oleh SP2 iaitu P10. Mahkamah juga mendapat tiada sebarang keterangan yang mencadangkan bahawa ada kesilapan dalam pengecaman indentiti simati dan pakaian yang ditemui pada simati adalah konsisten dengan keterangan saksi-saksi yang melihat simati kali terakhir sebelum simati dikatakan hilang. Mahkamah berpendapat ketiadaan pengesahan daripada laporan DNA berkenaan dengan identiti simati tidak boleh menyebabkan keterangan saksi-saksi lain berkenaan identiti tersebut diketepikan. Ini adalah disebabkan keterangan DNA tersebut adalah merupakan keterangan sokongan dan ketiadaan keterangan DNA itu tidak melemahkan keterangan yang dibuat oleh SP2 dan SP14. Oleh itu mahkamah berpuas hati bahawa identiti simati telah dibuktikan oleh pihak pendakwaan sebagai Yugendran a/l Duray Ragh. Adakah Kematian Itu Disebabkan Oleh Kecederaan [22] Laporan bedah siasat (P74) dijelaskan sebab kematian simati adalah undetermined (decomposed body) dan probable blunt force trauma to the head. [23] Semasa memberi keterangan, ahli patalogi, SP14 menjelaskan lanjut bahawa keadaan mayat simati telah reput, tidak membolehkan beliau secara tepat menyatakan punca kematian. Oleh itu beliau menyatakan bahawa sebab kematian seperti di laporan P74 itu. Sehubungan itu mahkamah perlu merujuk kepada kes Pubalan Peremal v PP [2020] 8 CLJ 306 bagi melihat kedudukan laporan patalogist dalam kes bunuh dalam Kanun Keseksaan seperti berikut: “[19] In the particular circumstances of this case, the important question to be determined was whether the appellant intended to cause such bodily injuries as he knew likely to cause death or such as is sufficient in the ordinary course of nature to cause death. Unfortunately, in the present case, the critical question remains unanswered; in our view, PW4 the forensic pathologist should have been asked to give his opinion on the nature of the injuries and its likely and natural effects, but he was not asked any questions on this crucial point. Accordingly, the evidence in this respect is wanting. As there is no evidence on the nature of the injuries and its likely and natural effects, then the offence of which the appellant should have been convicted is culpable homicide for causing such bodily injury as is likely to cause death and not murder. Accordingly, we set aside the conviction for murder, and substitute it with one under limb (a) of s. 304 of the Penal Code.” [24] Laporan bedah siasat (P74) itu tidak menolak kemungkinan kematian simati adalah disebabkan lemas. Apa yang jelas bahawa P74 tersebut tidak menolak kemungkinan tersebut disebabkan keadaan mayat diperiksa oleh SP14 telah mereput. SP14 dalam keterangannya juga telah menjelaskan kemungkinan kematian simati disebabkan oleh lemas adalah sesuatu yang kurang kebarangkaliannya. Ini dinyatakan melalui keterangan beliau sewaktu pemeriksaan semula seperti berikut: : Soalan daripada peguam OKT2, berkenaan dengan manner of death inim doktor boleh jelaskan kenapa doktor tidak boleh kenalpasti manner of death itu? Mula-mula doktor jelaskan dulu maksud manner of death? : Manner of death adalah cara kematian, bukannya punca kematian. Punca kematian merujuk kepada punca kematian dari segi medical ataupun perubatan. Manner of death adalah cara kematian di mana secara amnya terdapat lima cara kematian iaitu mati disebabkan oleh sakit biasa iaitu neutral, suicide bunuh diri, homicide dibunuh oleh orang lain, accidental ataupun kemalangan dan juga akhir sekali unacertain ataupun undetermined iaitu tidak dapat dipastikan. Itu adalah cara kematian di mana pemeriksaan bedah siasat sahaja tidak boleh memberi penentuan secara muktamad berkenaan cara kematian bagi apa-apa kematian sekalipun. Ia memerluan siasatan daripada aspek lain juga. Oleh kerana itu cara kematian suicide bagi kes ini saya tidak boleh pastikan ataupun tentukan sama ada ia adalah suicide ataupun tidak. : Bagaimana pula tentang soalan lemas itu? : Berkenaan lemas kebarangkalian lemas berdasarkan analisis diatom tiada, tidak menyokong ke arah lemas tetapi disebabkan oleh keadaan jasad simati yang sudah tiada organ-organ lain maka ianya menghadkan analisis diatom itu. Kerana ada kalanya organ-organ lain mungkin akan terdapat kehadiran diatom tapi tulang rusuk tiada. Itu mungkin boleh membantu atau menyokong ke arah mati lemas. Tetapi bagi kes ini spesimen yang ada hanyalah tulang rusuk maka analisis diatom itu walaupun tidak menyokong ke arah mati lemas ia hanyalah berdasarkan kepada spesimen tulang rusuk itu sahaja. Mahkamah: Doktor analisis diatom apa dia, boleh terangkan? SP14: Diatom ini sebenarnya adalah organisma uniselular yang mempunyai dinding silica. Ia boleh didapati di tempat-tempat yang berair seperti laut, sungai, empangan. Walaupun dalam air paip pun ada juga. Sekiranya seseorang mati lemas apabila seseorang jatuh atau tertolak dan terjauh atau terjatuh ke dalam kawasan yang mempunyai penakungan air seperti sungai sekiranya dia lemas ini bermaksud dia masih lagi hidup semasa di dalam air tersebut. Jadi apabila proses ke arah mati lemas itu berlaku, oleh kerana dia masih lagi bernafas dia akan, air yang mengandungi diatom akan masuk ke saluran pernafasan dan salur pernafasan ini di mana akan masuk ke paru-paru diatom ini akan diserap masuk ke dalam darah dan ia akan dipam, dibawa ke jantung dan akan dipam ke organ-organ lain. Jadi sekiranya seseorang itu mati lemas maka selalunya kita akan ambil sampel dari organ jantung, paru-paru dan sebagainya untuk membuat perbandingan dengan sampel air di mana jasad itu dijumpai. Sekiranya sampel organ mempunyai diatom yang sama dengan sampel air di mana simati dijumpai maka ia lebih menyokong ke arah mati lemas. : Itu maksud doktor, maksud dia? : Itulah keperluan diatom untuk menolak kemungkinan mati lemas. [25] Berkenaan dengan kemungkinan kematian simati adalah disebabkan oleh lemas semasa pemeriksaan balas oleh peguam OKT1 dan OKT4, SP14 telah menjelaskan seperti berikut: : And also doktor drowning could not be rules out in this case? : Ya. Sebenarnya tidak boleh ditolak kemungkinan itu secara muktamad. : There is a probability? : Ada probability, ya. [26] Seterusnya SP14 telah menjelaskan berkenaan dengan kecederaan yang ditemuinya pada simati. Ini dapat dilihat semasa pemeriksaan balas peguam OKT2: : Rujuk P74, laporan post mortem muka surat 3 on injuries head and neck, nombor 1) An area of redness and swelling at the right side of the head (behind the right ear) to the right back of head. Upon deflection of the scalp, there was an underlying scalp haematoma. Jadi kecederaan dia ringan sahaja? : Ya betul. : Heamatoma sahajakan? : Ya betul hematoma sahaja. : Pendarahan sahaja? : [27] SP14 juga menyatakan bahawa pelepah kelapa sawit di P4 (gambar-gambar 183, 184 dan 185) boleh mendatangkan kecederaan dan bersetuju berkenaan dengan faktor yang menyebabkan kecederaan tersebut seperti berikut: : Tetapi doktor tak dapat mengesahkan sama ada intracranial heamorrhage atau subdural heamorrhage yang berlaku? Ya betul. : Yang dua ini lebih seriuskan? Ya betul. : Dan blunt object, rujuk P4 gambar 183. Lebih khusus 184 dan 185. doktor lihat pada gambar 184 pelepah sawit. Pelepah sawit ini boleh mendatangkan kecederaan? : Kalau benda ini digunakan ia hanya mencederakan sahaja seseorang? Besar kemungkinan ya. : Dan seperti gambar yang doktor rujuk tadi, gambar 91, 92, 93, 94 gambar post mortem hanya keretakan sahaja pada tengkorak? : Dan saya cadangkan skull little fracture ini tidak akan mendatangkan kematian? Kemungkinan juga, betul. : Kemungkinan tidak akan mendatangkan kematian? Bukan punca. : Bukan punca kematian? : Not a source the cause of the death? : Dan juga gambar 185 is a sugar cane? Batang tebu? : Saya cadangkan juga sekiranya batang tebu ini digunakan, dan terkena pada kepala, dipukul kepada kepala ia pun boleh mendatangkan keretakan? Fracture to the skull seperti dalam gambar itu? Ya. Mungkin boleh. : Dan keretakan sebegini kemungkinan tidak akan mendatangkan kematian, punca? Ya mungkin boleh, mungkin tidak. [28] Penganalisaan kepada keterangan SP14 tersebut menunjukkan bahawa beliau berpendapat kemungkinan untuk kematian simati disebabkan oleh lemas adalah suatu kebarangkalian yang jauh. Ini berdasarkan kepada ujian diatom yang dibuat oleh beliau. Ujian tersebut dibuat untuk mengesahkan sama ada kematian itu disebabkan oleh lemas. [29] Ini bermakna kematian simati telah berlaku sebelum simati berada di dalam air di tempat di mana mayatnya ditemui. Ia adalah konsisten dengan pandangan SP14 berdasarkan bedah siasat yang dilakukan. Mahkamah mendapati bahawa simati telahpun meninggal dunia sebelum badannya dimasukkan ke dalam air di dalam sungai tersebut. [30] Persoalan seterusnya ialah apakah senjata yang digunakan bagi menyebabkan kematian tersebut serta siapakah yang menyatakan senjata tersebut digunakan terhadap simati sehingga beliau meninggal dunia. Adakah OKT1, OKT2, OKT3 dan OKT4 adalah merupakan pelaku kepada tindakan tersebut. [31] Bagi menjawab persoalan tersebut mahkamah perlu meneliti keterangan-keterangan sekeliling lain. Ini adalah disebabkan keterangan saksi mata tidak dikemukakan dalam kes ini. Oleh itu mahkamah perlu meneliti keterangan-keterangan dan menggabungkan keterangan-keterangan tersebut secara kumalatif untuk dijadikan rantaian keterangan bagi mencukupi untuk mensabitkan OKT-OKT dengan pertuduhan. [32] Oleh itu, mahkamah perlu meneliti keterangan lain bagi menentukan sama ada kematian simati adalah suatu kematian yang tidak mempunyai unsur jenayah atau kematiannya adalah secara normal. Dalam erti kata lain, keterangan yang diberikan oleh SP14 menunjukkan bahawa kematian simati bukanlah disebabkan penyakit yang dihidapinya atau kecederaan yang dilakukan oleh dirinya sendiri. [33] Dalam kes ini mahkamah perlu meneliti keterangan dan eksibit-eksibit yang dikatakan digunakan ke atas simati. Adakah ianya boleh menyebabkan kecederaan sehingga simati menemui ajalnya. Keterangan menunjukkan batang tebu P57(A) pada gambar 185 di P4(1-185) dan pelepah sawit P52(A) di gambar 184 eksibit P4(1-185). [34] Adakah P52(A) dan P57(A) itu boleh menyebabkan kecederaan yang lazimnya boleh membawa kematian kepada simati. SP14 tidak dapat mengesahkannya namun tidak menolak kemungkinan tersebut. [35] Begitupun keadaan P52(A) dan P57(A) itu, SP14 mengesahkan bahawa kecederaan yang ditemui di badan simati adalah berkemungkinan boleh diakibatkan oleh penggunaan pelepah kelapa sawit tersebut. Keterangan SP14 mengesahkan bahawa kecederaan yang disebabkan oleh P52(A) dan P57(A) boleh menyebabkan kecederaan sehingga simati menemui ajalnya. [36] Pada masa yang sama mahkamah juga perlu menimbangkan keterangan saksi-saksi terutama pegawai polis yang mengesahkan melalui siasatan mereka iaitu SP13 dan SP12 menyatakan bahawa OKT1 telah memperihalkan kejadian tersebut sehingga membolehkan penemuan mayat simati dan barang-barang kes yang terlibat dalam kejadian tersebut. Walau bagaimanapun semasa pemeriksaan balas oleh peguam OKT1 dan OKT4, SP12 menyatakan seperti berikut: : Apa maklumat yang dia beri, Devarajan Pillai first? Apa maklumat yang telah dia bagi anda dan apa soalan anda kepada dia untuk bagi bagi jawapan maklumat tersebut. Kalau boleh ingat? : Maklumat ialah motosikal yang hilang dan juga apakah yang guna masa kejadian yang mana maklumat diberikan oleh Devarajan dan juga Sarindran dan Magindran iaitu motosikal dan pelepah kelapa sawit yang ada di dalam semak di jalan kubur cina. [37] Keterangan SP13 ini yang mendapat maklumat daripada OKT1 adalah konsisten dengan barang-barang kes yang dijumpai di tempat kejadian. Begitu juga dengan motorsikal yang ditemui disembunyikan. Ianya adalah berbeza sekiranya barang-barang kes yang ditemui yang dikatakan digunakan untuk menyebabkan kematian simati adalah berbeza dengan keterangan SP13 berdasarkan maklumat daripada OKT1. [38] Mahkamah berpendapat kematian simati adalah berlaku sebelum daripada simati telah berada di dalam air Sungai Klau tersebut. Kecederaan-kecederaan yang dialami oleh simati seperti keterangan SP14 adalah boleh disebabkan oleh pelepah kelapa sawit yang telah ditemui di tempat kejadian seperti yang dinyatakan oleh SP12, SP13 dan SP15. Adakah Kematian Simati Itu Dilakukan Oleh OKT1, OKT2, OKT3 Dan OKT4 Bersama-sama [39] Penelitian kepada kertas pertuduhan menunjukkan bahawa keempat-empat OKT dikaitkan dengan niat bersama melakukan kesalahan ini berdasarkan seksyen 34 Kanun Keseksaan. Hakikat seksyen 34 Kanun Keseksaan ini telah dinyatakan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Farose bin Tamure Mohamad Khan v Public Prosecutor and other appeals [2016] 6 MLJ 277 seperti berikut: “[65] With respect, we are also not persuaded by the two Singapore Court of Appeal authorities cited and argued before us. Despite the lengthy explanation on the issue of common intention in particular in Daniel Vijay, we still hold the view which had been widely accepted by our courts that in a criminal prosecution where s 34 of the Penal Code is invoked, it is not incumbent on the prosecution to prove that there existed between the participants a common intention to commit the crime actually committed. As long as there is a common intention to commit a criminal act, which resulted to the commission of a crime actually committed, s 34 can operate against all persons involved in the commission of the actual crime. [66] The existence of a common intention is a question of fact in each case to be proved mainly as a matter of inference from the circumstances of the case. Direct evidence as proof is difficult to procure because common intention is essentially a state of mind. Invariably inferences have to be relied upon arising from such acts or conduct of the accused, the manner in which the accused arrived at the scene, the nature of injury caused by one or some of them or such other relevant circumstances available. The totality of the circumstances must be taken into consideration in arriving at a conclusion whether there is a common intention to commit the offence for which the accused could be convicted. The facts and circumstances of each case might vary. As such, each case should be decided based on the facts involved.” Sementara itu di perenggan [75] dan [76] turut dijelaskan oleh Mahkamah Persekutuan seperti berikut: “[75] From the above cases, we are of the view that the law on the operation of s 34 of the Penal Code is well settled. We have no reason to depart from this established principles on common intention. As stated earlier, the existence of a common intention is a question of fact of each of the case to be proved as a matter of inference from the circumstances of the case. [76] Reverting back to the specifics in the present case, the question is whether there was participation by the accused persons which culminated in criminal acts that resulted in the death of the deceased. Having considered the material in the record provided to us, we are satisfied that having regard to all the circumstances of the case, the theft or burglary or robbery — call it what you will — and the murder of the deceased were an integral part of one and the same transaction. Put differently, there are several cogent pieces of circumstantial evidence which go to establish beyond a reasonable doubt that the accused persons participated in the commission of the murder in the context of s 302 being read with s 34 of the Penal Code.” [40] Pemakaian seksyen 34 Kanun Keseksaan juga telah dinyatakan secara jelas dalam kes-kes Public Prosecutor v Azilah bin Hadri & Anor [2015] 1 MLJ 617, Sabarudin Bin Non & Ors v PP [2005] 4 MLJ 37, Manikumar a/l Sinnapan & Ors v PP [2015] MLJU 1956, Namasiyam and Ors v PP [1987] 2 MLJ 336, PP v Teong Lung Chiong & Ors [2010] 5 MLJ 193, Shairul Edham bin Adam v PP [1999] 1 SLR (R) 442, Krishna Rao a/l Gurumurthi v PP and another appeal [2009] 3 MLJ 643 dan Mahbub Shah v. Emperor AIR 1945 PC 118 yang telah menjadi sebahagian daripada undang-undang mantap yang tidak perlu diperbahas dan dibincangkan lagi di sini. [41] Dalam kes ini, mahkamah juga perlu mempertimbangkan hujahan peguam OKT2, OKT3 dan OKT4 yang menyatakan bahawa saksi-saksi pendakwaan memberikan keterangan bahawa ketiga-tiga OKT tersebut tidak terlibat secara aktif di dalam menyebabkan kematian simati. Keterangan menunjukkan bahawa ketiga-tiga OKT berada di tempat kejadian. Adakah disebabkan peranan mereka tidak aktif seperti mencederakan simati sehingga menyebabkan kematian menyebabkan mereka tidak boleh dipertanggungjawabkan dengan menggunakan peruntukan di bawah seksyen 34 Kanun Keseksaan. [42] Mahkamah berpendapat di dalam hal ini mahkamah perlu berhati-hati bahawa semata-mata keberadaan (mere presence) OKT2, OKT3 dan OKT4 di tempat kejadian tidak semestinya menunjukkan bahawa mereka telah dibuktikan mempunyai niat bersama untuk menyebabkan kematian simati. Mahkamah perlu melihat sama ada terdapat keterangan secara langsung atau keterangan sekeliling yang boleh menunjukkan bahawa terdapat perancangan awal keempat-empat OKT sehingga terdapatnya niat bersama mereka dan mereka bertindak bagi melaksanakan niat bersama tersebut. Walaupun niat bersama bagi maksud seksyen 34 Kanun Keseksaan boleh terjadi secara spontan, (lihat kes (Namasiyam and Ors v PP (supra) dan Farose bin Tamure Mohamad Khan v Public Prosecutor and other appeals (supra)). [43] Keberadaan keempat-empat OKT di tempat kejadian tidak menjadi faktor penentu kepada pemakaian seksyen 34 Kanun Keseksaan sebaliknya Mahkamah perlu melihat kepada keterangan-keterangan sekeliling lain yang dapat menyokong kewujudan niat bersama tersebut. Namun apa yang ada ialah keterangan yang tidak disangkal bahawa di peringkat kes pendakwaan OKT2, OKT3 dan OKT4 telah ditunjukkan berada bersama-sama OKT1. Isu (b) Adakah Maklumat Dari OKT1 Boleh Diterima Masuk Sebagai Keterangan Di Bawah Seksyen 27 Akta Keterangan 1950 [44] Berdasarkan keterangan yang dikemukakan di hadapan mahkamah adalah jelas dan nyata bahawa tiada keterangan saksi mata yang melihat kejadian pembunuhan simati. Keterangan yang dapat mengaitkan OKT-OKT dengan simati ialah keterangan yang diberikan oleh OKT1 di bawah seksyen 27 Akta Keterangan 1950 yang diperolehi setelah soal siasat dilaksanakan oleh pegawai penyiasat. [45] Seksyen 27 Akta Keterangan 1950 memperuntukkan seperti berikut: “27 How much of information received from accused may be proved
1
When any fact is deposed to as discovered in consequence of information received from a person accused of any offence in the custody of a police officer, so much of that information, whether the information amounts to a confession or not, as relates distinctly to the fact thereby discovered may be proved.” [46] Pemakaian seksyen 27 Akta Keterangan 1950 ini terpakai kepada kenyataan dan tindakan atau kelakuan bagi menunjukkan suatu perkara yang menyebabkan penemuan sesuatu fakta. Ini dinyatakan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Siew Yoke Keong v. PP [2013] 4 CLJ 149 seperti berikut: “[28] In the light of the authorities referred to, we hold that information admissible under s. 27 of the Evidence Act includes accused's statement, or his act or conduct such as pointing out which leads distinctly to the discovery of a fact. For such information to be admissible in evidence, there is no duty on the prosecution to prove the voluntariness of the information. Hence it is not necessary to conduct a trial within a trial to determine the voluntariness of the information. (see Amathevelli R Ramasamy v. PP [2008] 4 CLJ 413, CA per Raus Sharif JCA (now PCA), Francis Antonysamy v. PP [2005] 2 CLJ 481; [2005] 3 MLJ 389 FC, Mohd Ya'cob Demyati v. PP [2011] 4 CLJ 758; [2010] 1 LNS 1763, CA (affirmed by the Federal Court in Criminal Appeal No. 05-122-2008(N) on 2 November 2010, and the application to review the aforesaid decision was also dismissed by the Federal Court on 10 February 2011). Reverting to the facts of the present case, admittedly there is no evidence to show that Siew had given any statement to PW6 when asked by PW6 where the key was. However, PW6 testified that the bunch of eight keys was found on top of the lamp which was fixed above the door to the bathroom, and it was pointed by Siew. PW6 said that the location of the bunch of keys was such that one would not be able to see it if one was entering the bathroom. In other words, if Siew had not pointed it to PW6, the latter would not be able to retrieve the keys. Applying the authorities which we have referred to, we hold that Siew's act of pointing to the place where the bunch of keys was found amounted to information, and that information related distinctly to the discovery of a fact - the bunch of eight keys, ("the first fact") and was admissible under s. 27 of the Evidence Act 1950. The fact thereby discovered embraced the place where the bunch of eight keys was kept (on top of the lamp fixed above the door to the bathroom), and Siew's knowledge as to that (see Chong Soon Koy v. PP [1977] 1 LNS 20; [1977] 2 MLJ 78). The importance of the first fact could be seen from what happened next. Using one of the keys from the bunch of the keys which he had retrieved earlier on, PW6 managed to open the door to the second room. PW6 saw a safe in the room. PW6 found the safe locked with a combination lock and a key. PW6 managed to find the key to the safe. It was found at the crook of one of the legs of the dining table in the living room. The key was pointed to PW6 by Siew. We hold that Siew's act of pointing to the place where the safe key was found amounted to information, and that information related distinctly to discovery of a fact - the safe key, ("the second fact"), and was admissible under s. 27 of the Evidence Act. The fact thereby discovered embraced the place where the key was kept (at the crook of one of the legs of the dining table which was in the living room), as well as Siew's knowledge as to that (see Chong Soon Koy v. PP (supra )). In Chong Soon Koy (supra ), the accused was charged with being in possession of a firearm and ammunition under s. 57(1)(a) and (b) of the Internal Security Act 1960. He was found guilty and sentenced to death. He appealed to the Supreme Court. The prosecution adduced evidence of certain information made by the accused under s. 27 of the Evidence Act 1950. In delivering the judgment of the Supreme Court, Suffian LP explained the operation of s. 27 of the Evidence Act: What about the operation of section 27 of the Evidence Act then? The evidence is as follows: One Fong Choon Leng was arrested. Partly as a result of information given by him about the existence of a firearm and its relation to the accused. On March 19, 1976, the accused was arrested by Special Branch. On April 7, 1976, Mr. Ong Thye Peng (PW3) of the C.I.D. recorded a statement from the accused. At approximately 3.55 p.m. while recording the statement Mr. Ong was given by the accused "information with regard to a firearm and some ammunition which he had hidden in the Berapit Hills in Bukit Mertajam ". Mr. Ong then stopped recording the statement and was with other police officers led by the accused to the foot of Berapit Hills. Mr. Ong continued his evidence as follows: The whole party trekked up hilly terrain for about an hour in single file, with accused leading the way. After an hour accused stopped and pointed to a spot which was sort of cavern formed by boulders... Inside the cavern accused pointed to a spot where I saw a slab of thin granite of 1½ ft. diameter oval. Underneath this granite was a black plastic container... I directed accused to carry this out of the cavern to open space outside. From this plastic container, accused took out two ammunition boxes... The accused opened one of the two containers. Inside were two packages. In one package there was an automatic Liama Special (P3 identified) and two magazines (P4 A and B identified)... In [another package] were 37 rounds of.32 ammunition (P7 and P6 identified). With reference to section 27 of the Evidence Act, which reads as follows: When any fact is deposed to as discovered in consequence of information received from a person accused of any offence in the custody of a police officer, so much of such information, whether such information amounts to a confession or not, as relates distinctly to the fact thereby discovered may be proved. What was the fact discovered? The fact discovered embraces the place from which the pistol and ammunition were produced and the knowledge of the accused as to this. What was the information supplied by the accused relating distinctly to the fact thereby discovered? It was "information with regard to a firearm and some ammunition which he had hidden in the Berapit Hills in Bukit Mertajam " in the words of Mr. Ong. All that evidence is admissible, since in the words of the Privy Council at page 77 in Pulukuri Kotayya v. King Emperor 74 IA 65, a decision on the equivalent section of the Indian Evidence Act: ...In their Lordships' view, it is fallacious to treat the fact discovered within the section as equivalent to the object produced, the fact discovered embraces the place from which the object is produced and the knowledge of the accused as to this, and the information given must relate distinctly to the fact. Information as to past user, or the part history, of the object produced is not related to its discovery in the setting in which it is discovered. Information supplied by a person in custody that 'I will produce a knife concealed in the roof of my house' does not lead to the discovery of a knife; knives were discovered many years ago. It leads to the discovery of the fact that a knife is concealed in the house of the informant to his knowledge, and if the knife is proved to have been used in the commission of the offence, the fact discovered is very relevant. But if to the statement the words be added 'with which I stabbed A,' these words are inadmissible since they do not relate to the discovery of the knife in the house of the informant. In view of the above authority all the evidence of Mr. Ong which we have reproduced is admissible and that evidence alone, apart from the cautioned statement, is enough to justify the verdict arrived at by the learned trial judge. (emphasis added).” [47] Ujian untuk penggunaan seksyen 27 Akta Keterangan 1950 ini telah dinyatakan dalam kes Pathmanabhan Nalliannen v. PP & Other Appeals [2017] 4 CLJ 137 yang menyatakan seperti berikut: “[119] We now deal with the question of whether the version of the discovery statement put forward by SP32 was accurate enough to be acted upon. In Krishna Rao Gurumurthi & Anor v. PP & Another Appeal (supra), the Court of Appeal said this: Accordingly, the first question that a court must ask itself is this: Did the accused ever make a discovery statement? This turns on the credibility of the policeman who gives evidence of the discovery statement. If the court is satisfied that the first question must be answered in the negative, that is to say, that the alleged statement is a fabrication, then that is the end of the matter and no further steps in the inquiry are necessary. But if the court decides that the first question should receive an affirmative response, then it must ask itself the second question. Is the version of the discovery statement put forward by the policeman giving evidence of it accurate enough to be acted upon? If the accuracy of the statement is in doubt then it should be rejected. Otherwise it should be accepted (emphasis added). (The tests above have been affirmed by the Federal Court in Md Zainudin Raujan v. PP [2013] 4 CLJ 21; [2013] 3 MLJ 773.)” [48] Dalam kes ini SP13 dalam penyataan saksinya menyatakan seperti berikut: “Pada 12.09.2017 jam lebih kurang 12.45 tengah bertempat di tepi jalan jambatan Sungai Klau, Jalan Lembah Klau-Mempaga, Sg. Ruan Raub, Pahang saya bersama anggota terdiri daripada D/Sarjan 110408 Aziz, D/Koperal 156064 Yuvaraj dan Koperal 143707 Rosdi telah membuat temubual awal terhadap penama: Devarajan Pillai a/l Manikam (No. K/P: 960620-06-5779) bersangkut dengan Raub Repot: 3374/2017, pada masa tersebut, penama telah menyatakan kepada saya seperti berikut, “SAYA BUANG BAJU YUGEN TEPI JALAN TAK JAUH DARI JAMBATAN SUNGAI KLAU, RAUB PAHANG.” Saya jadikan maklumat ini sebagai maklumat pertama sebagaimana peruntukan di bawah seksyen 27 Akta Keterangan 1950. Report adalah sebagaimana Sg. Ruan Repot: 652/2017”. Ini terdapat di dalam laporan polis Sg. Ruan Report 652/2017 iaitu P67. SP13 telah mengambil tindakan berdasarkan maklumat yang diberikan oleh OKT1 seperti yang tertera dalam laporan polis P66. [49] SP15 iaitu pegawai penyiasat dalam kes ini dalam keterangannya semasa disoal balas oleh peguam OKT1 telah mengesahkan maklumat di bawah seksyen 27 Akta Keterangan 1950 hanya diperolehi daripada OKT1. Ia dinyatakan seperti berikut: : Dalam kes ini ada berapa penemuan akibat daripada kenyataan daripada anak guam saya iaitu Devarajan Pillai. Boleh beritahu mahkamah ada berapa penemuan dibuat mengikut s. 27? : Hanya Devarajan? : Devarajan Pillai dulu? : Devarajan telah mendedahkan kereta yang digunakan, baju simati, motor milik simati, lokasi simati di.. : Lokasi tak payah. Penemuan barang kes? : Penemuan barang kes pelepah sawit, batang tebu. Rasanya itu sahaja. [50] SP13 telah membuat laporan polis berkenaan dengan maklumat yang diberikan oleh Devarajan Pillai a/l Manikam yang dikemukakan sebagai P66. Pada masa yang sama mahkamah perlu berhati-hati disebabkan Devarajan Pillai a/l Manikam telah ditangkap oleh SP13 bagi siasatan kesalahan di bawah seksyen 457 Kanun Keseksaan. Ini dapat dilihat melalui laporan polis Raub Report: 3349/17 iaitu P65. Tangkapan Devarajan Pillai dilakukan pada 11.09.2017. Kenyataan Devarajan Pillai kepada SP13 dibuat pada 12.09.2017 pada jam 12.45 tengahari. [51] Sementara itu SP12 pula menyatakan bahawa beliau telah diberitahu oleh Devarajan Pillai, Sarindran dan Magindran yang telah menunjukkan motosikal simati yang dibuang tempoh hari yang telah dijadikan laporan polis di P50. SP12 menyatakan seperti berikut semasa memberikan keterangan semasa pemeriksaan balas peguam OKT1 dan OKT4: : Bila kali pertama anda nampak ataupun jalankan soal siasat terhadap Devarajan Pillai? Awak boleh minta kebenaran mahkamah untuk rujuk catatan kalau ada. : Mohon izin Yang Arif. Untuk makluman Yang Arif saya diminta ambil itu maksudnya ketiga-tiga ini pada 15hb. : Jam boleh ingat pukul berapa anda mulakan siasatan terhadap suspek? : Tak ingat. Jam permulaan itu tak ingat. : Berapa lama anda telah jalankan soal siasat sebelum awak keluar bersama dengan suspek itu pergi ke tempat kejadian? : Kita buat pagi. Tapi maklumat dikeluar, bila dah keluar maklumat itu lebih kurang jam 2.45 yang pengakuan daripada tiga orang ini. : Pengakuan ya? : Yang maklum, terangkan. : Bukan. Soalan saya maklumat lain, pengakuan lain. : Maklumat. : Maklumat? : : Apa maklumat yang dia beri, Devarajan Pillai first? Apa maklumat yang telah dia bagi anda dan apa soalan anda kepada dia untuk bagi bagi jawapan maklumat tersebut. Kalau boleh ingat? : Maklumat ialah motosikal yang hilang dan juga apakah yang guna masa kejadian yang mana maklumat diberikan oleh Devarajan dan juga Sarindran dan Magindran iaitu motosikal dan pelepah kelapa sawit yang ada di dalam semak di jalan kubur cina. : Yang ada di? : Dalam semak dekat kubur cina. : So anda ada buat laporan polis. Sekali anda dapat maklumat ini ada anda buat laporan polis berkenaan dengan seksyen 27. ASP tahu apa seksyen 27? : [52] SP12 tidak bersetuju dengan cadangan peguam bahawa maklumat yang diberikan oleh OKT1 bukanlah berpunca daripada OKT1. SP12 juga menyatakan bahawa beliau tidak memukul OKT1 untuk mendapatkan maklumat tersebut. SP12 juga menyatakan bahawa di dalam laporan polis Raub Report 3440/17 (P53), OKT1 menyatakan bahawa “Inilah pelepah kelapa sawit yang saya gunakan dalam masa kejadian tempoh hari”. SP12 tidak bersetuju dengan cadangan bahawa OKT1 tidak membuat kenyataan sedemikian. SP12 bersetuju bahawa beliau telah diberikan maklumat oleh pegawai siasatan Inspektor Azri namun OYDS yang menunjukkan lokasi kejadian iaitu di kawasan yang berada berdekatan dengan jambatan. Begitu juga motosikal simati juga telah ditunjukkan oleh OKT-OKT. SP12 juga telah membuat penemuan kereta, pelepah kelapa sawit, batang tebu serta motosikal. SP12 juga telah membuat rakaman percakapan terhadap Magindran, Devarajan dan Sarindran. [53] Berdasarkan kepada keterangan SP12 tersebut pada hemat mahkamah penemuan barang-barang kes dan tempat kejadian itu berlaku ditunjukkan oleh OKT1 tanpa terlebih dahulu terdapat keterangan yang menunjukkan bahawa SP12 mempunyai pengetahuan di manakah tempat kejadian tersebut. Tanpa maklumat daripada OKT1 tidak mungkin SP12 dapat menemui barang-barang kes yang dikatakan digunakan bagi kes ini. Begitu juga lokasi kejadian di mana simati dikatakan telah dibuang ke dalam sungai tersebut tidak diketahui oleh SP12. Oleh yang demikian mahkamah berpendapat keterangan SP12 berkenaan maklumat yang dikemukakan oleh OKT1 yang dimasukkan ke dalam P53 sehingga terjumpanya barang-barang kes dan tempat kejadian adalah terangkum di bawah seksyen 27 Akta Keterangan 1950. [54] Begitu juga SP12 menyatakan bahawa OKT1 juga telah menunjukkan kereta yang digunakan pada hari kejadian yang kemudian dijadikan laporan polis P49. Apa yang jelas ialah kesemua keterangan tersebut menunjukkan bahawa SP12 bertindak dan menemui barang-barang kes tersebut atas maklumat yang diberikan oleh OKT1. [55] Persoalannya ialah adakah pihak polis akan dapat menemui mayat tersebut tanpa dipandu arah berdasarkan maklumat yang dikemukakan oleh OKT1. Adalah didapati tiada keterangan yang mencadangkan bahawa polis telah mengetahui berkenaan dengan tempat di mana mayat itu ditemui sebelum ia diberikan maklumat oleh OKT1. Mahkamah juga perlu meneliti sama ada semasa SP13 diberitahu maklumat oleh OKT1 ia telah dilakukan tanpa mengikut prinsip undang-undang atau terdapat keterangan bahawa OKT1 telah dipaksa oleh SP13 untuk membuat kenyataan tersebut. Mahkamah berpendapat berdasarkan keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh SP13 dan pemeriksaan balas yang dikemukakan terhadap dia mahkamah tidak dapat melihat bahawa pihak polis akan dapat menemui mayat tersebut tanpa mendapat maklumat daripada OKT1. Selain daripada itu mahkamah juga mendapati bahawa pihak polis tidak mempunyai maklumat berkenaan mayat tersebut ditempat ianya ditemui sebelum mendapat maklumat daripada OKT1. [56] Peguam telah berhujah bahawa terdapat kekeliruan berkenaan sama ada mayat tersebut dijumpai oleh Unit Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia atau pihak polis atau kedua-dua sekali. Ia mencadangkan bahawa mayat tersebut ditemui secara kebetulan di kawasan tersebut dan tidak memerlukan kepada keterangan yang dikemukakan oleh OKT1. Namun demikian mahkamah berpendapat fakta bahawa mayat tersebut ditemui oleh pihak Bomba atau pihak polis tidak dapat menolak fakta bahawa tempat mayat itu dtemui adalah secara khusus sama seperti dengan yang dimaklumkan oleh OKT1 kepada pihak polis. Ianya berbeza sekiranya mayat yang ditemui tersebut adalah ditemui di tempat lain yang berbeza dengan kenyataan atau maklumat yang diberikan oleh OKT1 kepada pihak polis. Jika ini berlaku sudah pasti kenyataan OKT1 di bawah seksyen 27 Akta Keterangan 1950 tidak boleh digunapakai oleh mahkamah. Sebaliknya dalam kes ini keterangan juga menunjukkan bahawa sebelum daripada OKT1 memberikan maklumat berkenaan mayat tersebut tiada sebarang petunjuk yang dapat mengesahkan di manakah mayat simati tersebut. [57] Ia juga adalah konsisten dengan keterangan saksi yang menyatakan bahawa hasil siasatan mereka simati telah dibawa ke tempat kejadian di mana mayat tersebut dijumpai. Mahkamah juga mendapati bahawa tiada keterangan yang menunjukkan OKT1 telah memberikan keterangan kepada SP13 dalam keadaan yang bercanggah dengan peruntukan undang-undang dan telah dipaksa untuk memberikan keterangan tersebut. [58] Ini bermakna kenyataan di bawah seksyen 27 Akta Keterangan 1950 pada hemat mahkamah oleh OKT1 adalah diterima oleh mahkamah sebagai sebahagian daripada keterangan pihak pendakwaan. [59] Selain daripada itu terdapat juga keterangan lain yang menunjukkan bahawa OKT2, OKT3 dan OKT4 memberi keterangan kepada SP12 berkenaan dengan kenderaan yang digunakan untuk membawa mayat simati untuk dibuang ke dalam kawasan di mana mayat itu dijumpai. Mahkamah mendapati bahawa tanpa maklumat daripada OKT-OKT, kenderaan tersebut tidak akan ditemui oleh pihak polis. Kenderaan tersebut mempunyai kaitan langsung dengan tindakan OKT-OKT membawa simati untuk dibuang ke dalam sungai tersebut. Keterangan juga menunjukkan pihak polis tidak mempunyai pengetahuan berkenaan kenderaan tersebut sebelum mendapat maklumat dan ditunjuk arah oleh OKT-OKT. Pada masa yang sama mahkamah juga mempertimbangkan hujahan yang dikemukakan oleh peguam OKT2 dan soalan-soalan yang dikemukakan oleh beliau semasa pemeriksaan balas balas dengan merujuk kepada gambar kesemua OKT digari bersama-sama untuk ditunjukkan tempat di mana dikatakan barang kes tersebut ditemui. Saksi pendakwaan bersetuju bahawa sepatutnya kesemua OKT tidak dibawa bersama-sama ke tempat kejadian tersebut. Ia sudah pasti akan memprejudiskan OKT2, OKT3 dan OKT4. Ini adalah disebabkan sekiranya salah seorang daripada mereka dapat menunjukkan tempat barang kes itu ditemui ia tidak sepatutnya melibatkan OKT-OKT yang lain. [60] Dalam kes ini mahkamah mendapati bahawa kesemua OKT-OKT berdasarkan kepada keterangan saksi-saksi tidak dapat dinafikan berada di tempat kejadian tersebut. Peguam OKT2 menyatakan bahawa OKT2, OKT3 dan OKT4 adalah tidak mengambil tindakan secara aktif. Oleh yang demikian mereka tidak sepatutnya terlibat di dalam kes ini. Tindakan pihak polis membawa mereka bersama-sama ke tempat kejadian adalah suatu yang memprejudiskan OKT2, OKT3 dan OKT4. Namun begitu satu fakta yang tidak dinafikan setakat di akhir kes pendakwaan ialah tiada keterangan yang dapat menunjukkan bahawa pada masa yang matan kesemua mereka telah mengemukakan satu notis alibi tidak berada di tempat kejadian dan berada di tempat lain bagi membantu mahkamah untuk membuat dapatan bahawa pada masa tersebut OKT2, OKT3 dan OKT4 tidak berada di tempat kejadian bagi memutuskan pertalian mereka dengan kejadian pembunuhan tersebut. Keterangan Sekeliling (Circumstancial Evidence) [61] Adalah menjadi prinsip undang-undang yang mantap bahawa mahkamah tidak sewajarnya mensabitkan atau memanggil mana-mana pihak membela diri bagi satu pertuduhan jenayah dengan hanya berdasarkan kepada keterangan sekeliling melainkan keterangan sekeliling tersebut menjurus kepada satu kesimpulan kebersalahan OKT-OKT. [62] Dalam kes Dato’ Mokhtar Hashim v PP [1983] 2 MLJ 232 Mahkamah Persekutuan telah menyatakan seperti berikut bagi mengendalikan keterangan-keterangan sekeliling yang menjadi asas kepada kes pendakwaan: “Where circumstantial evidence is the basis of the prosecution case the evidence proved must irresistibly point to one and only one conclusion, the guilt of the accused, but in a case tried without a jury the failure by the court to expressly state this is not fatal and it would suffice if it merely says that it is satisfied as to the guilt of the accused beyond reasonable doubt ( Jayaraman and Ors v Public Prosecutor [1982] 2 MLJ 306 310).” [63] Mahkamah ini juga mengambil pandangan yang dikemukakan oleh YAA Thomson CJ dalam kes Chan Chwen Kong v Public Prosecutor [1962] 1 MLJ 307 seperti berikut: “In the first place we have listened to a careful, accurate and detailed analysis of the evidence against the appellant. That evidence was entirely circumstantial and what the criticism of it amounts to is this, that no single piece of that evidence is strong enough to sustain the convictions. That is very true. It must, however, be borne in mind that in cases like this where the evidence is wholly circumstantial what has to be considered is not only the strength of each individual strand of evidence but also the combined strength of these strands when twisted together to make a rope. The real question is: is that rope strong enough to hang the prisoner?” [64] Begitu juga dalam kes PP v. Hanif Basree Abdul Rahman [2008] 4 CLJ 1 di mana Mahkamah Rayuan menyatakan seperti berikut: “[27] Circumstantial evidence is defined in no better words than in the remarks in the case of Idris v. PP [1960] 1 LNS 40; [1960] MLJ 96, which quoted Lord Cairns' in the House of Lords case of Belhaven & Stenton Peerage [1875-1976] App. Cas. 278 at p 279: My Lords, in dealing with circumstantial evidence we have to consider the weight which is to be given to the united force of all the circumstances put together. You may have a ray of light so feeble that by itself it will do little to elucidate a dark corner. But on the other hand you may have a number of rays, each of them insufficient but all converging and brought to bear upon the same point and when united, producing a body of illumination which will clear away the darkness which you are endeavouring to dispel. [28] The learned trial judge in Idris v. PP said: In other words circumstantial evidence consists of this: that when you look at all the surrounding circumstances, you find such a series of undesigned, unexpected coincidences that, as a reasonable person, you find your judgment is compelled to one conclusion. If the circumstantial evidence is such as to fall short of that standard, if it does not satisfy that test. If it leaves gaps then it is of no use at all. As I have stated this case depends entirely upon circumstantial evidence.” Ia juga dinyatakan dalam kes PP v. Jitweer Singh Ojagar Singh [2014] 1 CLJ 433. [65] Dalam kes ini keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan menunjukkan tiada saksi mata. Pihak pendakwaan berdasarkan kepada keterangan sekeliling bagi Mahkamah ini membuat kesimpulan bahawa OKT1, OKT2, OKT3 dan OKT4 telah terlibat dalam kesalahan ini. Keterangan-keterangan sekeliling yang boleh disaring daripada keterangan saksi-saksi ialah:
a
Keterangan SP2 bahawa simati telah hilang.
b
Keterangan menunjukkan bahawa pada hari kejadian simati telah dikatakan keluar untuk pergi ke rumah seseorang yang disahkan oleh saksi pendakwaan Saalini dan Rishi. Namun demikian setelah simati keluar beliau telah tidak kembali ke rumahnya. Keterangan SP4 juga menunjukkan bahawa terdapat keterangan yang mencadangkan bahawa simati akan diperlakukan sesuatu oleh OKT1.
c
Keterangan juga menunjukkan bahawa berdasarkan kepada maklumat OKT1 di bawah seksyen 27 Akta Keterangan 1950, mayat simati telah ditemui. Di samping itu terdapat keterangan yang menunjukkan bahawa OKT2, OKT3 dan OKT4 berada di tempat kejadian berdasarkan kepada keterangan yang dikemukakan pegawai polis yang menjalankan siasatan. Dalam konteks ini mahkamah juga mendapati tiada keterangan yang boleh menimbulkan kesangsian kepada keterangan pegawai-pegawai polis tersebut. Ia haruslah diterima seperti yang dinyatakan dalam kes PP v Mohamed Ali [1962] 1 MLJ 257 seperti berikut: “If Magistrates are going to adopt this sort of attitude to Police evidence in connection with road traffic cases there will be an end to all law enforcement in the country. When a Police witness says something that is not inherently improbable his evidence must in the first instance be accepted. If he says he saw a cow jumping over the moon his evidence is, of course, not to be accepted, but if he says he saw a cow wandering along one of the main streets of Kuala Lumpur (the sort of thing we all see every day of our lives) there is not the slightest justification for refusing to believe him. Of course if his evidence is contradicted by other evidence or is shaken by cross-examination then it becomes the business of the Magistrate to decide whether or not it should be accepted. In the absence of contradiction, however, and in the absence of any element of inherent probability the evidence of any witness, whether a Police witness or not, who gives evidence on affirmation, should normally be accepted.”
d
Keterangan yang menunjukkan bahawa OKT1 ada menghubungi SP4 dan memaklumkan akan menculik simati.
e
Keterangan SP4 yang menyatakan dia telah memaklumkan kepada OKT1 bahawa simati ada mengejek OKT1.
f
Mayat simati ditemui hasil daripada maklumat dari OKT1.
g
Pelepah kelapa sawit, baju simati dan batang tebu yang dikatakan digunakan dalam kejadian tersebut oleh OKT1 adalah daripada maklumat OKT1 dan disahkan oleh OKT2, OKT3 dan OKT4.
h
OKT1 telah memaklumkan kepada SP13 berkenaan dengan dimanakah OKT1 dikatakan membuang simati. Keterangan tersebut telah disahkan dengan penemuan mayat simati di tempat di mana OKT1 memaklumkan kepada SP13. Mahkamah berpendapat keterangan OKT1 kepada SP13 tersebut telah diterima masuk sebagai keterangan di bawah seksyen 27 Akta Keterangan 1950. Ini adalah disebabkan sebelum maklumat daripada OKT1, SP13 dan pasukannya tidak mempunyai pengetahuan atau maklumat berkenaan dengan keberadaan mayat simati di sungai tersebut.
i
Motosikal simati juga telah ditemui hasil daripada maklumat daripada OKT-OKT.
j
Keterangan menunjukkan bahawa OKT1, OKT2, OKT3 dan OKT4 berada di kolam ikan sejurus sebelum daripada kejadian tersebut. [66] Oleh itu berdasarkan kepada keterangan-keterangan tersebut mahkamah berpendapat pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap OKT-OKT. Kes Pembelaan Tatacara Pemberian Keterangan Semasa Pembelaan Jika Terdapat Lebih Daripada Seorang OKT [67] Sebelum memberikan keterangan pembelaan terdapat isu yang ditimbulkan oleh peguam OKT1 dan Timbalan Pendakwa Raya berkenaan dengan hak untuk membuat pemeriksaan balas. Adakah pihak peguam OKT1 akan menyelesaikan pemeriksaan utama kemudiannya dibuat pemeriksaan balas oleh peguam OKT-OKT yang lain dan pemeriksaan balas terakhir dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya. Timbalan Pendakwa Raya berhujah ringkas bahawa pihak pendakwaan akan hanya membuat pemeriksaan balas kepada OKT1 setelah peguam OKT-OKT lain selesai membuat pemeriksaan balas. Dalam erti kata lain pihak pendakwaan akan mengemukakan soalan pemeriksaan balas akhir sebelum OKT tersebut diperiksa semula oleh peguambelanya. [68] Jika dilihat kepada peruntukan di bawah KPJ ada diperuntukkan prosedur selepas daripada seseorang OKT dipanggil membela diri maka OKT-OKT lain berpeluang untuk memeriksa saksi-saksi yang berkaitan. Ini dinyatakan seperti berikut: “181 Defence
1
When the accused is called upon to enter on his defence he or his advocate may then open his case, stating the facts or law on which he intends to rely and making such comments as he thinks necessary on the evidence for the prosecution. He may then examine his witnesses, if any, and after their cross-examination and re-examination, if any, may sum up his case: Provided always that if any accused person elects to be called as a witness, his evidence shall be taken before that of other witnesses for the defence: Provided also that any accused person who elects to be called as a witness may be cross-examined on behalf of any other accused person.
2
The accused shall be allowed to examine any witness not previously named by him under the provisions of this Code if that witness is in attendance.” [69] Namun demikian tiada dinyatakan dengan jelas dalam keadaan apabila terdapat lebih daripada seorang OKT adakah Timbalan Pendakwa Raya adalah pihak yang terakhir mengemukakan pemeriksaan balas kepada saksi setelah peguam OKT-OKT lain telah selesai membuat pemeriksaan balas. Pihak-pihak berhujah bahawa ia adalah menjadi amalan yang dilakukan untuk Timbalan Pendakwa Raya menjadi pihak yang terakhir untuk membuat pemeriksaan balas namun tiada sebarang duluan kehakiman atau autoriti dikemukakan. [70] Dalam hal ini peguam OKT2 En. Richard Bong telah mengemukakan satu petikan daripada Sarkar Law of Evidence in India, Pakistan, Bangladesh, Burma, Ceylon, Malaysia & Singapore, Malaysia Edition, Volume III LexisNexis di muka surat 3381 berkenaan dengan prosedur yang melibatkan ramai Plaintif di dalam suatu kes sivil seperti berikut: ”Where the interest of the defandants no. 2 and 3 is common to certain extent with defendant no. 1, the Court would permit them to cross- examine the defendant no. 1 and would call upon the Plaintiff to cross-examine the defendant no. 1 at the end. (Bhujang N. Dag v. Ramkrishna D. Daf, 2009 AIHC 1501 (1504) (Bom)].” Beliau berhujah bahawa pihak Timbalan Pendakwa Raya adalah merupakan pihak terakhir untuk membuat pemeriksaan balas. [71] Penelitian kepada peruntukan di bawah Kanun Prosedur Jenayah di Singapura dapat membantu Mahkamah memahami prosedur yang sewajarnya dilakukan dalam keadaan tersebut. Seksyen 230 (1) (p) Criminal Procedure Code 2010 Singapore seperti berikut: “(p) if the accused is giving evidence in the accused’s own defence, the evidence must be taken in the following order:
i
the accused must give evidence and then be cross-examined first by the other co-accused (if any) and then by the prosecutor after which the accused may be re-examined;
II
(ii) any witness for the defence of the accused must give evidence and they may in turn be cross-examined first by the other co-accused (if any) and then by the prosecutor after which the witness may be re-examined;
III
(iii) where there are other co-accused persons, they and their witnesses must then give evidence and be cross-examined and re-examined in like order;” [72] Mahkamah berpendapat ia boleh dijadikan teladan untuk menentukan tatacara yang perlu dilakukan ketika mengendalikan perbicaraan yang melibatkan lebih daripada seorang OKT yang membela diri. Mahkamah berpendapat OKT1 yang memberikan keterangan haruslah diperiksa utama oleh peguam OKT1, pemeriksaan balas akan dimulakan oleh peguam-peguam OKT yang lain, diikuti dengan pemeriksaan balas oleh Timbalan Pendakwa Raya dan diakhiri dengan pemeriksaan semula oleh peguam OKT1. Ini adalah disebabkan sekiranya Timbalan Pendakwa Raya membuat pemeriksaan balas dahulu daripada peguam OKT yang lain ia akan menyebabkan Timbalan Pendakwa Raya tidak boleh membuat pemeriksaan balas terhadap pembelaan yang dibangkitkan melalui pemeriksaan balas oleh peguam OKT yang lain. Oleh itu Timbalan Pendakwa Raya sewajarnya membuat pemeriksaan balas terakhir untuk OKT1 tersebut sebelum pemeriksaan semula dilakukan oleh peguam OKT1 tersebut. [73] Rasional urutan pemeriksaan OKT yang mana Timbalan Pendakwa Raya sebagai pihak yang terakhir untuk membuat pemeriksaan balas ialah bagi membolehkan Timbalan Pendakwa Raya tidak diprejudiskan dengan sebarang keterangan yang dikemukakan oleh OKT berdasarkan soalan-soalan daripada peguam-peguam OKT yang lain. Ini adalah disebabkan sekiranya peguam-peguam OKT lain mengemukakan pemeriksaan balas terkemudian daripada Timbalan Pendakwa Raya sebarang isu yang dibangkitkan oleh OKT ekoran daripada soalan peguam-peguam OKT yang lain tidak akan dapat disanggah oleh Timbalan Pendakwa Raya disebabkan peluangnya untuk pemeriksaan balas telahpun berakhir. Pembelaan OKT1 [74] Penelitian kepada pembelaan OKT1 mencerakinkan apa yang dilakukan oleh beliau pada 08.09.2017 dari jam lebih kurang 12.25 pagi hingga 1.00 pagi iaitu beliau berada di rumah. OKT1 juga menyatakan bahawa beliau bekerja pada tarikh 07.09.2017. OKT1 mengesahkan bahawa beliau bersama dengan OKT2, OKT3 dan OKT4 berada di Taman Emas sedang minum arak bersama-sama. Setelah itu OKT1 telah membuat panggilan telefon kepada Rishi atau Surin untuk membeli makanan dan dibawa ke Taman Emas. Surin bersama-sama dengan keempat-empat OKT tersebut terus berbual di tempat tersebut sambil minum arak. [75] OKT1 menyatakan bahawa beliau tidak menghubungi Saalini (SP4). SP4 dalam keterangannya semasa kes pendakwaan mengesahkan bahawa pada 08.09.2017 lebih kurang jam 12.25 pagi beliau telah menerima panggilan telefon daripada OKT1. OKT1 menyatakan bahawa kali terakhir beliau bertemu dengan simati ialah ketika bersama OKT2 di Taman Emas. Ketika itu simati sedang memancing bersama Rishi dan Surin. Seterusnya semasa pemeriksaan utama berkaitan dengan kejadian kematian simati OKT1 secara jelas menafikan bahawa beliau membuang atau mencampak mayat Yugendran dan tidak mematikan simati. OKT1 juga menafikan beliau ada menunjukkan tempat kejadian di jambatan Sungai Klau kepada pegawai polis. Namun demikian OKT1 ada mengesahkan bahawa beliau ada dibawa ke jambatan Sungai Klau sebanyak tiga kali. [76] Semasa OKT1 diperiksa balas oleh peguam OKT3 beliau tidak bersetuju bahawa ada memukul simati tetapi tidak berniat untuk membunuh. Seterusnya semasa pemeriksaan balas Timbalan Pendakwa Raya berkenaan dengan insiden-insiden yang dikatakan telah dilakukan oleh OKT1 sehingga menyebabkan kematian simati telah dinafikan sekeras-kerasnya oleh OKT1. [77] Semasa diperiksa balas oleh peguam OKT3 berkenaan dengan tindakan OKT1 terhadap kematian Yugendran, OKT1 secara jelas tidak bersetuju dengan cadangan-cadangan tersebut. : Saya cadangkan kamu tidak berniat untuk membunuh sebab apabila dia pengsan, kamu ada niat untuk hantar dia ke rumah awak untuk mengubati dia? Tidak setuju. : Saya cadangkan OKT3 semasa pergaduhan berlaku ada cuba untuk memberhentikan pergaduhan? Tidak setuju. : Saya cadangkan selepas kamu memukul Yugendran kamu tidak pasti sama ada Yugendran telah meninggal dunia? Tidak setuju. : Saya cadangkan sebab awak panik, awak telah mengarahkan semua orang untuk membuang mayat ke sungai? Tidak setuju. : Saya cadangkan awak bukan sahaja mengarahkan mereka, awak mengugut mereka untuk membuang mayat ke sungai, kalau tidak awak akan cakap mereka yang bunuh? Tidak setuju. : This is my final question. Please think carefully before you answer. Saya cadangkan kamu hanya nak bagi satu pengajaran kepada simati, awak tidak berniat untuk membunuh simati? Tidak setuju. [78] Malahan semasa pemeriksaan balas oleh Timbalan Pendakwa Raya, OKT1 menyatakan beliau tidak pernah bercakap dengan simati sebelum ini. Begitu juga OKT1 tidak bersetuju dengan cadangan ada pergaduhan pada hari tersebut. Berkenaan dengan perhubungan panggilan telefon kepada Saalini, OKT1 menafikan beliau ada menghubungi Saalini pada hari kejadian. : Semasa Saalini telefon kamu, Saalini ada bagitahu kamu dia kata, dia beritahu kepada kamu yang Yugen suruh Saalini tinggalkan kamu? : Tidak ada. : Setuju dengan saya yang Deva ada dengar keterangan Saalini di mahkamah ini? : Benar. : Setuju dengan saya yang Saalini ada beritahu kepada kamu untuk kamu tinggalkan Saalini, juga menyuruh Saalini kamu, tak couple dengan kamu lagilah? Saya rephrase. Setuju dengan saya yang Saalini ada memberi keterangan bahawa Yugen memberitahu Saalini menyuruh Saalini untuk meninggalkan kamu, setuju? : Saya tak ingat. : Setuju dengan saya sebab Yugen menyuruh kamu tinggalkan kau sebabnya Yugen cinta Saalini? : Saya tidak tahu. : Jadi bila kamu dengar Saalini cakap macam tu kamu rasa cemburu, betul? Semasa panggilan telefon tu, tadi saya ada kata Saalini ada telefon kamu pada Ogos 2017 tu, dalam panggilan telefon itu Saalini ada beritahu Yugen ada ejek Saalini di sekolah, Yugen ada beritahu dekat Saalini untuk tinggalkan Deva. Jadi bila dengar dalam perbualan telefon tu, kamu rasa cemburu? : Tidak setuju. Saya dengan Saalini hanyalah berkawan. [79] Ketika Timbalan Pendakwa Raya meletakkan kes pendakwaan dengan mencadangkan senario kejadian yang melibatkan OKT1, dia tidak setuju dengan kesemua cadangan-cadangan tersebut. Dalam erti kata lain Mahkamah mendapati bahawa OKT1 dengan konsisten tidak bersetuju dengan cadangan-cadangan tersebut dan cuba menunjukkan bahawa OKT1 tiada kaitan dengan kejadian yang berlaku sehingga menyebabkan kematian simati. Sementara itu ketika ditunjukkan barang-barang kes yang melibatkan pakaian dan objek yang digunakan dalam kejadian tersebut OKT1 menyatakan beliau tidak tahu dan tidak setuju. [80] Begitu juga ketika ditunjukkan P66 iaitu laporan polis yang mencatatkan bahawa beliau telah membuang simati ke dalam sungai OKT1 menyatakan beliau tidak pernah menyatakan penyataan seperti yang terdapat dalam P66 tersebut. Ini dapat dilihat seperti berikut: : Setuju dengan saya antara maklumat yang telah kamu berikan kepada polis yang kamu telah membuang mayat Yugen dalam Sungai Klau, setuju? Saya tidak pernah menyatakan begitu. : P66 dirujuk. Lihat pada aduan dan ayat di baris tiga terakhir. Saya tidak pernah menyatakan seperti itu. : Setuju dengan saya dalam P66 itu dinyatakan bahawa penama Devarajan Pillai a/l Manikan itu nama kamu, setuju? Benar. : Setuju dengan saya dalam report itu dinyatakan penama itu Devarajan menyatakan saya buang Yugen dalam Sungai Klau, betul? Saya tidak pernah menyatakan begitu. : Setuju dengan saya semasa kamu disiasat oleh polis kamu juga telah mendedahkan penglibatan OKT 2, 3 dan 4, rakan kamu Magin, Sarin dan adik kamu Shangkar? Saya tidak pernah menyatakan begitu. : Seterusnya pada hari yang sama semasa kamu disiasat oleh polis pada 12.9.2017 dalam pukul 1245 hours kamu juga telah mendedahkan maklumat kepada polis, kamu beritahu polis yang kamu telah buang baju Yugen di tepi jalan tidak jauh dari jambatan Sungai Klau, setuju dengan saya? Saya tidak pernah menyatakan begitu. : P67 dirujuk. Lihat pada aduan terutamanya pada baris keempat terakhir. Saya tidak pernah menyatakan begitu. : Setuju dengan saya di P67 di baris keempat nama kamu ada di situ, Devarajan Pillai a/l Manikan itu nama kamu? Benar. : Setuju dengan saya dalam laporan itu dinyatakan penama ini iaitu kamu menyatakan saya buang baju Yugen tepi jalan tak jauh dari jambatan Sungai Klau Pahang, setuju? Saya tidak pernah menyatakan begitu. [81] Sementara itu ketika ditunjukkan P71 yang mana dalam laporan polis tersebut bahawa pihak polis dan OKT1 telah pergi ke rumah OKT1 beliau menyatakan bahawa itu adalah rumah nenek beliau. OKT1 bersetuju bahawa maklumat dalam laporan polis tersebut yang menyatakan bahawa beliau yang menunjukkan motorsikal warna hitam yang ditemui adalah benar. OKT1 juga bersetuju bahawa pihak polis telahpun memberitahu beliau sebab ditangkap iaitu berkaitan dengan kehilangan seorang budak lelaki tetapi menyatakan bahawa beliau ditangkap bukannya kerana dia adalah suspek tetapi kerana dia berada di kolam ikan. [82] Ketika dikemukakan soalan semasa pemeriksaan balas berkenaan dengan objek pelepah sawit dan juga motorsikal simati yang dikatakan dibuang ke dalam semak OKT1 menyatakan seperti berikut: : Deva hari ini kita sambung keterangan kamu diperingkat pemeriksaan balas. Ada sedikit soalan lagi yang saya ingin tanyakan kepada kamu. Saya terus kepada soalan saya. Saya cadangkan kepada kamu setuju pada 15.9.2017 kamu telah beritahu polis yang kamu tahu pelepah sawit yang kamu gunakan untuk memukul Yugen berada di mana, setuju? : Tidak setuju. : Saya cadangkan kepada kamu yang kamu bertiga iaitu kamu, OKT2, OKT3 telah pergi satu kawasan semak di perkuburan cina dan kamu telah tunjuk kepada polis pelepah sawit yang digunakan untuk memukul Yugen. Kamu nyatakan kepada polis inilah pelepah sawit yang digunakan semasa memukul Yugen tempoh hari? Itu kamu beritahu kepada polis, setuju? : Tidak setuju. : Dan pada tarikh yang sama sekitar pukul 4.40 petang kamu bertiga juga telah pergi ke satu kawasan menghala ke perkuburan cina itu dan kamu telah tunjukkan motosikal Yugen yang kamu telah buang di dalam semak, setuju? : Tidak setuju. : P4(42) dirujuk. Lihat pada gambar dan soalan saya setuju yang motosikal itu tersorok dalam semak, betul? : Benar. : Setuju dengan saya yang orang yang tidak terlibat dengan pembunuhan Yugen pada malam itu tidak tahu motosikal ada di situ, betul? : Benar. : Setuju dengan saya kamu tahu motosikal itu ada di situ kerana kamu yang telah sorok motosikal itu di dalam semak, betul? : Tidak setuju. : Setuju dengan saya yang kamu telah sorok motosikal itu sebab kamu takut ada orang lain jumpa motosikal itu, betul? : Tidak setuju. : Setuju dengan saya yang kamu sorok motosikal itu kerana kamu tidak mahu perbuatan kamu pada malam itu diketahui oleh orang lain, setuju? : Tidak setuju. : Selanjutnya kamu telah pergi ke jalan menghala ke perkuburan cina di Taman Emas Sempalit pada tarikh yang sama dan menunjukkan sebatang tebu kepada polis, kamu beritahu inilah tebu yang kami gunakan semasa kejadian memukul Yugen, setuju? : Tidak setuju. : P4(185) dirujuk. Setuju dengan saya berdasarkan gambar itu tebu telah patah dan pecah? : Benar. : Setuju dengan saya tebu dalam keadaan patah dan pecah kerana kamu telah gunakan tebu itu pada malam kejadian untuk memukul Yugen, setuju? : Tidak setuju. : Selanjutnya pada tarikh yang sama 15.9.2017 kamu juga telah disoal siasat oleh polis dan kamu beritahu yang kamu boleh tunjukkan di mana kereta kamu gunakan pada hari itu untuk membawa mayat Yugen sebelum dicampakkan ke Sungai Klau, setuju? : Tidak setuju. [83] Setelah berakhirnya pemeriksaan balas oleh Timbalan Pendakwa Raya dan peguam OKT-OKT lain, peguam OKT1 tidak mempunyai soalan pemeriksaan semula kepada OKT1. Pembelaan OKT2 [84] Sementara itu OKT2 dalam pembelaannya pula menyatakan bahawa pada hari kejadian tersebut setelah selesai bekerja beliau bersama OKT1 yang dirujuk sebagai Deva oleh OKT2 telah membeli minuman keras dan pergi ke rumah pakcik di Sempalit untuk berlepak. OKT2 mengesahkan bahawa beliau dan OKT1 serta empat orang lain termasuklah Rishi dan Surin dan dua orang yang OKT2 tidak kenali. Mereka minum bersama. OKT2 menyatakan beliau telah tiba di rumah pada jam 10.40 malam, OKT2 mandi dan makan dan terus tidur. Beliau bangun pada jam 7.00 pagi keesokannya. OKT1 menyatakan daripada pukul 10.40 malam hingga 7.00 pagi OKT2 tidak bertemu dengan sesiapapun. Dia tidak bertemu dengan OKT1, OKT3 dan OKT4. Berkenaan dengan pelepah kelapa sawit semasa menjawab persoalan-persoalan peguam OKT2 menyatakan seperti berikut: : Gambar 183 hingga 186. Boleh En. Sarindran camkan gambar 183 apa itu? : Dalam gambar 183 terdapat satu tshirt, satu pelepah sawit dan tebu. : Tengok 184, adakah pelepah itu yang digunakan oleh En. Sarindran untuk memukul Yugen? : Tidak. : 185, adakah itu batang tebu yang digunakan oleh En. Sarindran untuk memukul Yugen? : Tidak. : Pernahkah En. Sarindran tengok batang pelepah dan batang tebu tersebut? : Tidak. : Bila kali pertama En. Sarindran tengok pelepah dan juga batang tebu? : Kali pertama saya tempat kejadian pelepah ini semasa pihak polis membawa kami bertiga untuk menunjukkan dan pihak polis memilih pelepah. : Boleh En. Sarindran jelaskan lebih lanjut apa maksud pihak polis memilih pelepah? : Maksud saya adalah di tempat itu terdapat beberapa pelepah sawit dan pihak polis telah mengambil dan cuba memukul-mukul pada tanah tetapi telah patah dan yang ketiga, pelepah ketiga yang mereka ambil adalah yang muda sedikit dan masih lagi keras dan mengambil pelepah tersebut sambil menyatakan yang ini keras yang ini boleh ambil. [85] Ketika dikemukakan soalan berkenaan dengan baju simati telah dibuang 300 meter daripada jambatan Sungai Klau OKT2 menyatakan dia tidak memberitahu polis sedemikian. OKT2 juga tidak memberitahu polis bahawa mayat simati boleh dijumpai. OKT2 juga menyatakan bahawa beliau tidak pernah memandu arah polis untuk ke tempat barang kes pelepah sawit, batang tebu dan baju tshirt. OKT2 menyatakan dia tidak pernah merancang untuk menculik simati. OKT2 juga menafikan beliau ada memukul simati mengambil jasad simati dan mencampakkan ke dalam Sungai Klau dan tidak pernah membantu sesiapa untuk melupuskan mayat simati. Malahan OKT2 menyatakan tidak pernah kenal dengan simati sebelum ini. [86] Ketika disoal balas oleh Timbalan Pendakwa Raya yang cuba memberikan naratif kejadian kepada OKT2, OKT2 telah tidak bersetuju dengan kesemua cadangan-cadangan tersebut. Sementara itu berkenaan dengan tindakan OKT2 menunding jari kepada motorsikal yang ditunjukkan kepada polis seperti dalam eksibit yang dikemukakan ke Mahkamah OKT2 menyatakan itu arahan pihak polis. Pembelaan OKT3 [87] OKT3 pula dalam keterangannya menyatakan bahawa dia dan OKT4 telah menaiki motorsikal untuk berjumpa dengan OKT1. OKT3 dan OKT4 telah pergi ke Taman Sempalit dan berjumpa dengan OKT1 pada jam lebih kurang 8.30 malam dan kembali ke rumah pada jam 10.00 malam. OKT4 telah naik kereta bersama dengan OKT1, menurut keterangan OKT3. OKT3 menyatakan OKT1 agak mabuk. OKT3 menafikan beliau ada membuat perancangan pembunuhan bersama OKT1, OKT2 dan OKT4 dan tidak terlibat dalam pembunuhan simati. Pada 09.09.2017 OKT3 telah keluar pergi bekerja seperti biasa. [88] OKT3 semasa pemeriksaan balas mengesahkan bahawa beliau mengenali OKT1 dan OKT4 dan Sarin. OKT3 mengesahkan kesemua mereka itu adalah kawan-kawannya. OKT3 menyatakan beliau tidak kenal dengan simati. OKT3 juga menyatakan bahawa hanya OKT1 dan OKT2 yang selalunya minum arak bukannya OKT3 dan OKT4. Berkenaan dengan cadangan bahawa OKT1 ada menyatakan rancangan untuk menculik simati dan OKT3 diberikan peranan untuk menyerang simati tidak dipersetujui oleh OKT3. Seterusnya apabila dicadangkan berkenaan naratif kejadian tersebut yang melibatkan OKT3 oleh Timbalan Pendakwa Raya beliau menafikan segala cadangan tersebut. berkenaan dengan pembelaan alibi OKT3 menyatakan bahawa beliau telah memalumkan kepada polis yang bernama Raj dan menyatakan seperti berikut: : Setuju dengan saya pembelaan alibi kamu kononnya kamu tidak berada di tempat kejadian sepatutnya kamu bagitahu polis seawal yang mungkin, bukan hari ini? : Saya ada maklum kepada pihak polis anggota bernama Raj. : Setuju dengan saya kamu maklumkan kepada polis tapi tak adapun dikemukakan ditunjukkan kepada mahkamah kamu punya penyataan? Jawab setuju atau tak setuju sahaja. : Ulang soalan. : Kamu kata kamu bagitahu polis. Polis mesti rakam statement kamukan? Polis ada soal siasat? : Ada. : So kalau kamu beritahu polis mestilah kamu nak tunjuk kemukakan kepada mahkamah statement kamu? : Kami diminta tandatangan pada kertas, kami tak tahu. Mengatakan kami bebas, itu sahaja yang saya tahu. [89] OKT3 menegaskan bahawa beliau tidak tahu sama ada notis alibi telah diberikan oleh peguam beliau. OKT3 tidak setuju dengan cadangan Timbalan Pendakwa Raya bahawa OKT3 hanya memberi keterangan bertujuan untuk menafikan penglibatan OKT3 sahaja. Pembelaan OKT4 [90] Seterusnya OKT4 dalam keterangannya menyatakan beliau telah berjumpa dengan OKT1 pada jam 8.30 bersama-sama dengan OKT3. Lebih kurang jam 10.00 malam balik ke rumah. OKT4 mengakui menyatakan bahawa apabila beliau sampai di rumah pada malam tersebut beliau telah menerima panggilan daripada seorang budak perempuan bernama Saalini. Saalini bertanyakan keberadaan OKT1 dan OKT4 memaklumkan kepada Saalini bahawa OKT1 terlalu mabuk dan sedang tidur. OKT4 juga menyatakan tidak mengenali simati. OKT4 mengesahkan beliau telah ditangkap di Pulau Pinang pada 13.03.2018, OKT4 mendakwa beliau tidak mengetahui sebab ditangkap adalah berkaitan dengan simati. OKT4 adalah merupakan adik kepada OKT1. Ketika dikemukakan persoalan oleh Timbalan Pendakwa Raya berkenaan dengan hubungan OKT1 dengan seorang wanita bernama Saalini dan ada seorang budak sekolah yang mengejek OKT1, OKT4 menyatakan bahawa dia tidak tahu perkara tersebut. Begitu juga dengan cadangan Timbalan Pendakwa Raya bahawa OKT1 mencadang untuk menculik simati juga tidak dipersetujui. Begitu juga dengan peranan OKT4 dan OKT3 dalam rancangan tersebut iaitu dengan menyerang simati juga tidak dipersetujui. Begitu juga cadangan bahawa OKT4, OKT1 dan OKT3 telah membelasah sehingga mati juga dinafikan oleh OKT4. Ketika dicadangkan bahawa OKT4 telah lari sebab takut ditangkap seperti abangnya tidak dipersetujui oleh OKT4. OKT4 bersetuju beliau telah ditangkap 2 tahun selepas OKT ditangkap. OKT4 telah memperihalkan kenapa beliau menyerahkan diri dengan menyatakan seperti berikut: : Kamu tahu sebab kamu ditangkap? Selepas itu tahu sebab apa ditangkap? Selepas saya dibawa ke Raub baru saya tahu. : Setuju dengan saya sebab kamu terlibatlah kamu ditangkap? Tidak setuju. : Setuju dengan saya tak ada sebab polis nak buat cerita dalam mahkamah ini? Saya tidak tahu. [91] Di akhir keterangan OKT4 dia tidak bersetuju dengan cadangan bahawa keterangan yang diberikan adalah satu rekaan semata-mata sebaliknya memberikan keterangan tentang apa yang sebenarnya berlaku. Tugas Mahkamah Di Akhir Perbicaraan Jenayah [92] Adalah menjadi undang-undang yang mantap bahawa di akhir kes pembelaan Mahkamah perlu meneliti keseluruhan keterangan-keterangan yang telah dikemukakan sepanjang perbicaraan. Pada masa yang sama Mahkamah juga perlu mengambil perhatian bahawa tugas pembelaan ialah untuk membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah. Ini telah dinyatakan di dalam seksyen 182A KPJ seperti berikut: “182A Procedure at the conclusion of the trial
1
At the conclusion of the trial, the Court shall consider all the evidence adduced before it and shall decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt.
2
If the Court finds that the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt, the Court shall find the accused guilty and he may be convicted on it.
3
If the Court finds that the prosecution has not proved its case beyond reasonable doubt, the Court shall record an order of acquittal.” [93] Ini dinyatakan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Mohamad Radhi b Yaakob v Public Prosecutor [1991] 3 MLJ 169 di muka surat 171 seperti berikut: “It is a well-established principle of Malaysian criminal law that the general burden of proof lies throughout the trial on the prosecution to prove beyond reasonable doubt the guilt of the accused for the offence with which he is charged. There is no similar burden placed on the accused to prove his innocence. He is presumed innocent until proven guilty. To earn an acquittal, his duty is merely to cast a reasonable doubt in the prosecution case… To earn an acquittal, the court may not be convinced of the truth of the defence story or version. Raising a reasonable doubt in the guilt of the accused will suffice. It is not, however, wrong for the court to be convinced that the defence version is true, in which case the court must order an acquittal. In appropriate cases it is also not wrong for the court to conclude that the defence story is false or not convincing, but in that instance, the court must not convict until it asks a further question, that even if the court does not accept or believe the defence explanation, does it nevertheless raise a reasonable doubt as to his guilt? It is for this reason that in dealing with the defence story or explanation, the majority of judges rightly prefer to adopt straightaway the legally established 'reasonable doubt' test, rather than to delve in the 'believable and convincing' test before applying the 'reasonable doubt' test.” Ini turut diterangkan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Md Zainudin Raujan v PP [2013] 4 CLJ 21 seperti berikut: “[59] At the conclusion of the trial, s. 182A of the Criminal Procedure Code imposes a duty on the trial court to consider all the evidence adduced before it and to decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt. The defence of the accused must be considered in the totality of the evidence adduced by the prosecution, as well as in the light of the well established principles enunciated in Mat v. PP [1963] 1 LNS 82; [1963] 1 MLJ 263 with regard to the approach to be taken in evaluating the evidence of the defence. In Mohamed Yatin Abu Bakar v. PP [1949] 1 LNS 115; [1950] 16 MLJ 57 Spenser - Wilkinson J, at 59, opined: In an ordinary case, where no special burden of proof or explanation is by law cast upon the accused, his position is more favourable than it is in those cases where the law presumes something against him. The principle laid down in the recent English cases, particularly Mancini v. Director of Public Prosecutions appears to me to be that, where no special onus is cast by law upon the accused, then, if his story has the effect of raising a reasonable doubt as to the truth of the prosecution case, he is entitled to an acquittal; and this is the "ordinary rule" which is referred to in the passage above quoted from Rex v. Garth. In this country, at the close of the case for the prosecution the Court will not call upon the accused for his defence unless the evidence of the prosecution witnesses is, in the first instance, believed. If, when called upon for his defence the accused gives evidence, then the question is, not which story is to be believed, but whether, even if the Court is not inclined to accept all that the accused has said, his evidence does not raise a reasonable doubt as to the truth of the prosecution evidence or as to the accused's guilt. (emphasis added).” [94] Dalam kes ini berdasarkan kepada keterangan-keterangan yang dikemukakan pada peringkat pendakwaan dan pembelaan tidak dapat dinafikan bahawa tiada saksi mata yang dikemukakan bagi mengesahkan bahawa OKT1, OKT2, OKT3 dan OKT4 telah menyebabkan kematian simati. Pihak pendakwaan berdasarkan kepada keterangan-keterangan sekeliling dan maklumat OKT1 di bawah seksyen 27 Akta Keterangan 1950 bagi membuktikan kes ini. Oleh itu dalam meneliti keterangan-keterangan yang dikemukakan sebagai sandaran kepada keterangan sekeliling Mahkamah perlu meneliti keterangan-keterangan tersebut dan melihat sama ada gabungan keterangan-keterangan tersebut boleh menuju kepada satu kesimpulan yang tidak boleh disanggah (irrestible conclusion) bahawa OKT1, OKT2, OKT3 dan OKT4 adalah telah menyebabkan kematian simati. Selain daripada itu Mahkamah juga mendapati bahawa pihak pendakwaan telah menggunakan seksyen 34 Kanun Keseksaan bagi mengaitkan OKT1, OKT2, OKT3 dan OKT4 di dalam kes ini. Oleh itu Mahkamah juga perlu meneliti sama ada dapat keterangan yang boleh menunjukkan terdapatnya niat bersama keempat-empat OKT dalam menyebabkan kematian simati. Isu (c) Adakah pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap OKT1, OKT2, OKT3 dan OKT4 [95] Penelitian kepada keterangan OKT-OKT semasa peringkat pembelaan jelas menunjukkan bahawa mereka menyatakan bahawa tiada kaitan dengan kematian simati. Ini dapat dilihat daripada keterangan OKT-OKT yang mencadangkan bahawa mereka tidak berada di tempat kejadian dalam sela masa kejadian tersebut dikatakan berlaku. Waktu akhir mereka berada di Taman Emas tersebut adalah tidak melebihi daripada jam 10.40 malam. Keterangan mereka juga menunjukkan bahawa mereka sudah berada di rumah masing-masing pada masa tersebut. Mereka juga telah keluar bekerja seperti biasa pada keesokkan harinya. Dalam erti kata lain keterangan pembelaan cuba ditunjukkan bahawa OKT-OKT tersebut tidak mempunyai kaitan dengan kematian simati. [96] Mahkamah ini telah meneliti pembelaan OKT1 secara keseluruhan bersama-sama dengan keterangan saksi pendakwaan. Adalah didapati bahawa pembelaan OKT1 bahawa beliau tidak terlibat dengan kematian simati tersebut tidak dapat dapat menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. Ia juga tidak dapat menggoyahkan keterangan sekeliling yang telah dinyatakan di perenggan [65] di atas. Selain daripada itu tiada juga keterangan yang dikemukakan oleh OKT1 yang menunjukkan dia tidak berada di tempat kejadian sebaliknya berada di tempat lain. Mahkamah ini berpendapat pembelaan OKT1 hanyalah satu penafian yang tidak disokong oleh mana-mana keterangan dan hanyalah tindakan untuk menjauhkan diri daripada kejadian tersebut. Ia bukannya satu pembelaan yang boleh dipertimbangkan oleh Mahkamah seperti yang dinyatakan dalam kes Pathmanabhan Nalliannen v. PP & Other Appeals (supra) seperti berikut: “[250] Alluding to the defence of the first accused as at para. 34 of this judgment, it was mere denial and one of alibi. The second accused at para. 38 of this judgment merely said that nothing happened at the farm on the day in question. The fourth accused in his defence merely testified that he saw Sosilawati and the three others being beaten up, but completely denied his involvement (as per paras. 42 and 43 of this judgment). We conclude that the defence evidence failed to raise any reasonable doubt on the prosecution case.” Dapatan Mahkamah Persekutuan adalah berdasarkan kepada keterangan dalam perbicaraan dan seperti di perenggan [42] dan [43] seperti berikut: “[42] Contrary to the evidence of the first, second and third accused persons, the fourth accused stated that the first accused was at the farm on the day in question and that Sosilawati and the three others came to the farm on that day to meet the first accused. The fourth accused testified that there were about four or five other persons besides Sosilawati who came to the farm at the same time on the day in question. [43] The fourth accused further stated that he heard a quarrel in one of the buildings at the farm, and when he went in he saw Sosilawati's driver being beaten. He also testified that he saw the lawyer (Kamil) being beaten and that he heard the first accused giving instructions to the second and third accused persons to kill the driver and the lawyer.” [97] Seterusnya bagi OKT2, OKT3 dan OKT4 mahkamah juga mendapati bahawa keterangan-keterangan juga menunjukkan bahawa mereka cuba menjauhkan diri daripada dilibatkan dengan kematian simati. Namun demikian ia tidak dapat menolak keterangan bahawa mereka berada di tempat kejadian tersebut. Ini berdasarkan kepada keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh saksi pendakwaan iaitu SP12, SP13 dan SP15. Namun apa yang perlu dipertimbangkan oleh mahkamah ialah tiada keterangan yang dapat mencabar cebisan keterangan pendakwaan yang menyatakan bahawa OKT2, OKT3 dan OKT4 telah terlibat dalam menyembunyikan motosikal simati dan terlibat dalam menghilangkan mayat simati dengan dibuang ke dalam sungai. Mahkamah berpendapat penelitian secara keseluruhan keterangan pendakwaan dan pembelaan OKT2, OKT3 dan OKT4 tidak dapat menunjukkan bahawa OKT2, OKT3 dan OKT4 telah menyebabkan kecederaan sehingga membawa kepada kematian simati dengan niat bersama OKT1. [98] Mahkamah juga berpendapat bahawa disebabkan Mahkamah ini memutuskan bahawa OKT1 setelah dibuktikan telah melakukan kesalahan di bawah sekysen 302 Kanun Keseksaan maka OKT2, OKT3 dan OKT4 tidak semestinya secara automatik juga perlu disabitkan atas kesalahan yang sama semata-mata disebabkan mereka berada di tempat kejadian bersama-sama OKT1. Sebaliknya Mahkamah ini perlu meneliti keterangan keseluruhannya bagi memutuskan sama ada OKT2, OKT3 dan OKT4 dibuktikan melakukan kesalahan yang sama atau kesalahan yang lain. [99] Ini adalah disebabkan keterangan menunjukkan bahawa tindakan-tindakan yang dilakukan oleh OKT2, OKT3 dan OKT4 adalah kesalahan di bawah seksyen 201 Kanun Keseksaan. OKT2, OKT3 dan OKT4 disabitkan di bawah seksyen 201 Kanun Keseksaan. Seksyen 201 Kanun Keseksaan memperuntukkan seperti berikut: “Whoever, knowing or having reason to believe that an offence has been committed, causes any evidence of the commission of that offence to disappear with the intention of screening the offender from legal punishment, or with the knowledge that he is likely thereby to screen the offender from legal punishment, or with that intention or knowledge gives any information respecting the offence which he knows or believes to be false, shall, if the offence which he knows or believes to have been committed is punishable with death, be punished with imprisonment for a term which may extend to seven years, and shall also be liable to fine; and if the offence is punishable with imprisonment for life or with imprisonment which may extend to ten years, shall be punished with imprisonment for a term which may extend to three years, and shall also be liable to fine; and if the offence is punishable with imprisonment for any term not extending to ten years, shall be punished with imprisonment for a term which may extend to one-fourth part of the longest term of the imprisonment provided for the offence or with fine or with both. ILLUSTRATION A, knowing that B has murdered Z, assists B to hide the body with the intention of screening B, from punishment. A is liable to imprisonment for seven years, and also to fine.” [100] Pada hemat Mahkamah bagi kesalahan di bawah seksyen 201 Kanun Keseksaan intipati kesalahan tersebut ialah:
a
Suatu kesalahan telah dilakukan;
b
Tertuduh mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai sedemikian seperti di (a);
c
Tertuduh menyebabkan apa-apa keterangan mengenai kesalahan yang dilakukan itu hilang atau dia memberikan apa-apa maklumat yang berhubungan dengan kesalahan itu yang kemudiannya dia mengetahui atau mempercayai bahawa ia adalah palsu; dan
d
Bahawa Tertuduh berbuat sedemikian dengan niat untuk melindungi pesalah daripada hukuman undang-undang. [101] Dalam kes ini keterangan menunjukkan bahawa OKT2, OKT3 dan OKT4 berada bersama-sama dengan OKT1. Mereka mempunyai pengetahuan tindakan yang dilakukan oleh OKT1 kepada simati. Ini dapat dilihat melalui keterangan pihak pendakwaan yang tidak dapat disangkal oleh OKT2, OKT3 dan OKT4 bahawa mereka telah membawa pihak polis ke tempat di mana objek yang digunakan untuk mematikan simati berada. Ia ditambah pula dengan keterangan yang menunjukkan bahawa motorsikal yang digunakan oleh simati juga diketahui di mana keberadaannya oleh OKT2, OKT3 dan OKT4. Mahkamah berpendapat ia tidak dapat menolak fakta bahawa OKT2, OKT3 dan OKT4 mempunyai pengetahuan bahawa OKT1 telah melakukan satu kesalahan dengan mematikan simati, dan OKT2, OKT3 dan OKT4 telah menyembunyikan bahan bukti yang boleh mengaitkan kematian simati dengan OKT1. [102] Pihak pendakwaan tidak dapat membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap OKT2, OKT3 dan OKT4 telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan. [103] Sebaliknya mahkamah berpendapat bahawa berdasarkan kepada keterangan pendakwaan, pembelaan dan setelah meneliti keseluruhan keterangan mahkamah berpendapat pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes melampaui keraguan munasabah di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan terhadap OKT1. Sabitan [104] Pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap OKT1 dan disabitkan dengan pertuduhan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan. [105] Pihak pendakwaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan terhadap OKT2, OKT3 dan OKT4. OKT2, OKT3 dan OKT4 didapati melakukan kesalahan dan disabitkan di bawah seksyen 201 Kanun Keseksaan. Hukuman [106] Kanun Keseksaan telah memperuntukan satu sahaja hukuman bagi kesalahan bunuh. Ini dinyatakan di bawah seksyen 302 seperti berikut: “302 Punishment for murder Whoever commits murder shall be punished with death.” [107] Mahkamah telah mendengar rayuan peringanan hukuman dan pemberatan hukuman OKT1. Oleh yang demikian Mahkamah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kepada OKT1 selari dengan seksyen 277 KPJ yang memperuntukkan seperti berikut: “277 Judgment of death When any person is sentenced to death the sentence shall direct that he be hanged by the neck till he is dead, but shall not state the place where nor the time when the sentence is to be carried out.” [108] Sementara itu bagi OKT2, OKT3 dan OKT4 Mahkamah telah mendengar rayuan peringanan dan pemberatan hukuman serta mengambil kira tempoh tahanan OKT-OKT tersebut. Adalah tidak dapat dinafikan bahawa kesalahan di bawah seksyen 201 Kanun Keseksaan adalah satu yang perlu dipandang serius disebabkan tindakan OKT2, OKT3 dan OKT4 menyembunyikan keterangan yang berkaitan dengan kematian simati hampir menyebabkan individu yang melakukan kesalahan tersebut tidak dapat dijejaki oleh polis. Dalam erti kata lain tindakan OKT-OKT tersebut telah menyebabkan keadilan hampir tidak dapat dilaksanakan di atas kematian simati. [109] Oleh itu Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 6 tahun dari tarikh tangkap kepada OKT2, OKT3 dan OKT4. Bertarikh: 02hb. Jun 2023 (ROSLAN MAT NOR) PESURUHJAYA KEHAKIMAN MAHKAMAH TINGGI MALAYA TEMERLOH, PAHANG DARUL MAKMUR PIHAK-PIHAK: Bagi Pihak Pendakwaan Nasrul Hadi Abdul Ghani, Ain-Nur ‘Amiyerra Awod Abdullah dan Nurul Balkis Zunaidi Timbalan Pendakwa Raya Temerloh, Pahang Darul Makmur Bagi Pihak OKT1 dan OKT4 Suppiah a/l Palanisamy Tetuan Suppiah Palanisamy & Co Chemor, Perak Darul Ridzuan Bagi Pihak OKT2 Richard Bong Tetuan Bong & Co Temerloh, Pahang Darul Makmur Bagi Pihak OKT3 Pang Teck Yaw Tetuan Rama Velu & Associates Banting, Selangor Darul Ehsan
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.