Lampiran
Lampiran A, gambar pertama – gambar pegun yang diambil mahkamah dari video panjang]. Pada ketika ini juga, apa-apa ancaman dari simati telah terhenti kerana Tertuduh telah berjaya menghalang simati dari meneruskan tindakan memukul bonet hadapan kereta Innova tersebut. [ 34 ] Walau bagaimanapun, Tertuduh meneruskan perbuatan melanggar simati yang sedang melarikan diri hingga simati terpusing badannya dan terjatuh ke bawah [lihat video panjang, time stamp 9.47 dan gambar pegun kedua]. Sedetik kemudian kelihatan kereta Innova dan tubuh Tertuduh terangkat/terhenjut dengan bunyi sesuatu digilis di bawah Innova [lihat video panjang, time stamp 9.48 – 9.50], diiringi jeritan dan kata-kata SP19 (P45, mukasurat 6, bilangan 131, 132 dan 133) – “cukuplah Sudah langgar mati orang Jangan panas baran macam ni boleh tak?” [ 35 ] Setelah itu Tertuduh dilihat terpaksa keluar dari kereta Innova menggunakan pintu penumpang sebelah kiri disebabkan Innova berhenti terlalu rapat ke pembahagi jalan sebelah kanan di tengah lebuh raya [lihat video panjang, time stamp 10.42]. Rakaman video panjang setelah SP19 turut turun menunjukkan Tertuduh memapah simati yang kelihatan lemah dan berpegang kepada pembahagi jalan. Pemerhatian dan dapatan mahkamah: [ 36 ] Mahkamah membuat beberapa pemerhatian dan dapatan seperti berikut – a. Tindakan Tertuduh meneruskan pemanduan melanggar simati walaupun simati telah berhenti memukul kereta Innova dan melarikan diri serta menggilis tubuh simati yang jatuh selepas dilanggar menyokong dapatan niat Tertuduh adalah untuk mendatangkan kecederaan ke atas simati yang boleh menyebabkan kematian. Dapatan ini konsisten dengan penemuan dan pendapat SP8 tentang kecederaan yang dialami simati; b. Kedudukan Innova yang terhenti rapat kepada pembahagi jalan menunjukkan tumpuan dan niat Tertuduh ialah melanggar simati sehingga kereta Innova terhalang oleh pembahagi jalan tersebut. Bahasa tubuh Tertuduh yang kelihatan dalam video panjang semasa meluru ke arah simati dan melanggarnya – memegang stering dengan kemas, badan ke depan rapat dengan stering dan tumpuannya fokus ke arah simati; dan c. Keadaan ini selaras dengan keterangan SP17 yang melihat kereta Innova meluru melanggar simati dan simati termasuk ke tengah pembahagi jalan; [ 37 ] Berdasarkan dapatan di atas, mahkamah menyimpulkan bahawa Tertuduh berniat untuk mencederakan simati dan kecederaan itu boleh menyebabkan kematian. Elemen ketiga telah dibuktikan. Pembelaan yang dibangkitkan Tertuduh dalam kes pendakwaan [ 38 ] Pada asasnya, semasa kes pendakwaan, pihak pembelaan telah membangkitkan persoalan mengenai beberapa peruntukan pengecualian di bawah Kanun Keseksaan iaitu pengecualian 1 dan 2, seksyen 300. Ini adalah persoalan fakta yang perlu diputuskan oleh mahkamah. [ 39 ] Pengecualian 1 dan 2 kepada seksyen 300 Kanun Keseksaan adalah seperti berikut – Pengecualian 1 – provokasi oleh simati [ 40 ] Pengecualian 1 kepada seksyen 300 Kanun Keseksaan memperuntukkan bahawa menyebabkan kematian ke atas seseorang yang diakibatkan kehilangan kawalan diri kerana provokasi yang tiba-tiba dan merbahaya daripada simati bukanlah suatu pembunuhan – “Exception 1 - Culpable homicide is not murder if the offender, whilst deprived of the power of self control by grave and sudden provocation, causes the death of the person who gave the provocation, or causes the death of any other person by mistake or accident. The above exception is subject to the following provisos: (a) that the provocation is not sought or voluntarily provoked by the offender as an excuse for killing or doing harm to any person; (b) that the provocation is not given by anything done in obedience to the law, or by a public servant in the lawful exercise of the powers of such public servant; (c) that the provocation is not given by anything done in the lawful exercise of the right of private defence. Explanation - Whether the provocation was grave and sudden enough to prevent the offence from amounting to murder, is a question of fact. (penekanan ditambah) “Exception 2 - Culpable homicide is not murder if the offender, in the exercise in good faith of the right of private defence of person or property, exceeds the power given to him by law, and causes the death of the person against whom he is exercising such right of defence, without premeditation and without any intention of doing more harm than is necessary for the purpose of such defence. ILLUSTRATION Z attempts to horse-whip A, not in such a manner as to cause grievous hurt to A. A draws out a pistol. Z persists in the assault. A, believing in good faith that he can by no other means prevent himself from being horse-whipped, shoots Z dead. A has not committed murder, but only culpable homicide.” (penekanan ditambah) [ 41 ] Turut berkaitan dengan pembelaan hak mempertahankan diri ialah peruntukan seksyen 97 Kanun Keseksaan – “Right of private defence of the body and of property. Every person has a right, subject to the restrictions contained in section 99, to defend- (a) his own body, and the body of any other person, against any offence affecting the human body; (b) the property, whether movable or immovable, of himself or of any other person, against any act which is an offence falling under the definition of theft, robbery, mischief or criminal trespass, or which is an attempt to commit theft, robbery, mischief or criminal trespass.” [ 42 ] Bagi pengecualian 1, seksyen 300 Kanun Keseksaan, pihak pembelaan mencadangkan perbuatan Tertuduh melanggar simati adalah kerana terdapat provokasi yang merbahaya dan tiba-tiba oleh simati bermula dari kejadian selepas tol Sungai Besi di mana terjadi perlanggaran, kejar-mengejar dan isyarat lucah sehingga selepas pergelutan di km 293.6 apabila simati mengambil kayu besbol dan memukul kereta Innova. [ 43 ] Selain itu, pembelaan juga mencadangkan perbuatan Tertuduh adalah satu bentuk pertahanan diri dari ancaman maut atau kecederaan parah ke atas tubuh dirinya, isterinya dan anak dalam kandungan isterinya (pengecualian 2, seksyen 300 Kanun Keseksaan). [ 44 ] Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya (“TPR”) yang bijaksana menghujahkan bahawa provokasi dalam kejadian ini dimulakan oleh Tertuduh sendiri apabila dia yang turun dari Innova dan meluru ke kereta Axia selepas kenderaan di lebuh raya terhenti akibat kesesakan. Isteri Tertuduh SP19 juga telah selesai membuat laporan polis. Justeru, Tertuduh tidak boleh bergantung kepada pengecualian provokasi ini kerana tiada sebab untuk dia turun berdepan dengan simati kerana dia telah pun habis membuat laporan kepada polis dan diberi arahan supaya keluar dari lebuh raya dan pergi ke balai polis Kajang. Sebaliknya, perbuatan Tertuduh memilih untuk berdepan dengan simati hingga mencetuskan pergelutan adalah disebabkan rasa amarah yang masih berbaki dari peristiwa selepas tol dan kejar-mengejar pada awalnya serta rasa tidak puas hati terhadap pemandu Axia yang memberi isyarat lucah kepadanya. Dapatan mahkamah: [ 45 ] Beban adalah ke atas Tertuduh untuk membuktikan pembelaan provokasi yang merbahaya dan tiba-tiba (grave and sudden) seperti dinyatakan di bawah seksyen 105 Akta Keterangan 1950. Lihat juga Mahkamah Rayuan dalam kes Bala Anak Matik v Public Prosecutor [2006] 3 MLJ 516 – “(2) It could not be gainsaid that the defence of grave and sudden provocation is a special exception as provided in Exception 1 to s 300 of the Penal Code. The burden of proof is explained in s 105 of the Evidence Act 1950 (see para 11). The learned trial judge had not only evaluated the defence of grave and sudden provocation under Exception 1 to s 300 of the Penal Code but also the defence of sudden fight and right of private defence. The learned trial judge was right in making the finding that the burden had not been discharged, on the balance of probabilities, the burden of proving that there was grave and sudden provocation under Exception 1 to s 300 of the Penal Code (see para 12).” [ 46 ] Dalam keadaan dan fakta kes ini, mahkamah mendapati kejadian awal selepas tol Sungai Besi yang membawa kepada insiden kejar- mengejar antara Innova dan Axia telah tamat sebaik saja Tertuduh dan SP19 selesai membuat laporan polis melalui telefon dan diarahkan pergi ke balai polis Kajang, if not earlier iaitu bila SP19 telah memberikan nombor pendaftaran kereta Axia semasa membuat laporan tersebut (di time stamp 2.51 dan 5.26 pada video panjang). Pada time stamp 6.11, rakaman menunjukkan terdapat susur keluar ke Southville dan Dengkil yang boleh diambil oleh Tertuduh untuk ke balai polis Kajang setelah terlepas susur keluar lain kerana masih berhubung dengan pihak polis. Mahkamah mendapati tiada sebab yang wajar atau munasabah kenapa Tertuduh masih mengejar Axia kerana segala butiran yang diperlukan untuk tujuan laporan polis telah diberikan dan arahan dari polis telah diterima. Kereta Axia juga tidak lagi dipandu secara zig-zag dan kekal di satu lorong (kanan) sejak time stamp 1.04 hingga trafik terhenti di time stamp 7.02. Tiada lagi provokasi dari pemandu kereta Axia sejak time stamp 1.04, lalu keadaan ini tidak memenuhi kriteria merbahaya (grave) atau tiba-tiba (sudden). [ 47 ] Pembelaan Tertuduh ini juga tidak memenuhi pengecualian umum (general exceptions) di bawah seksyen 94 Kanun Keseksaan yang mengecualikan perbuatan yang disebabkan ancaman kematian serta-merta (instant death). Ini adalah kerana proviso kepada seksyen 94 memperuntukkan pengecualian ini tidak terpakai sekiranya Tertuduh yang meletakkan dirinya dalam situasi ancaman tersebut – “Provided that the person doing the act did not of his own accord, or from a reasonable apprehension of harm to himself short of instant death, place himself in the situation by which he became subject to such constraint.” [ 48 ] Mahkamah merujuk keputusan yang dinyatakan dalam kes Che Omar bin Mohd Akhir v PP [2007] 4 MLJ 309 iaitu provokasi tidak berbentuk beransur (gradual). Mahkamah Persekutuan menyatakan di ms. 316 – “The question whether the provocation was grave and sudden such as to make the accused to lose his self-control is a question of fact and not one of law (see Explanation to Exception 1 to s 300 of the PC; Kuan Ted Fatt v Public Prosecutor [1985] 1 MLJ 211 (FC)). Each case is to be considered according to its own facts. The court must decide on the particular circumstances of that case whether the provocation was grave and sudden enough to permit an indulgent view of the crime committed by the accused (see Ratanlal & Dhirajlal, The Indian Penal Code, (29th Ed, 2002) p 1194). The test of grave and sudden provocation was clearly stated in the Supreme Court case of Lorensus Tukan v Public Prosecutor [1988] 1 MLJ 251. Seah SCJ in delivering the judgment of the court said at p 253: The test of ‘grave and sudden’ provocation is whether a reasonable man, belonging to the same class of society as the accused, placed in the situation in which the accused was placed would be so provoked as to lose his self-control (see Nanavati v State of Maharashtra AIR 1962 SC 605 530). In determining what amounts to grave and sudden provocation the court may take into account the habits, manners and feelings of the class or community to which the accused belongs, but not of the particular idiosyncracies of the accused (see Madhavan v State of Kerala AIR 1966 Ker 258 (260)). It is also said that the defence of provocation is a dual one: the alleged provocative conduct must be such as: (i) actually causes in the accused; and (ii) might cause in a reasonable man, a sudden and temporary loss of self-control as the result of which he kills the deceased.” [ 49 ] Sehubungan itu, mahkamah berpendapat pembelaan Tertuduh yang mendakwa dia hilang kawalan akibat provokasi yang tiba-tiba dan berbahaya dari simati tidak memenuhi pengecualian 1, seksyen 300 atau seksyen 94 Kanun Keseksaan kerana perbuatan simati di awal kejadian selepas tol Sungai Besi dan isyarat lucah dari simati serta kejar-mengejar antara simati dan Tertuduh dengan kenderaan mereka telah sewajarnya tamat atau selesai setelah SP19 berjaya membuat laporan kepada polis dan diarahkan keluar dari lebuh raya serta pergi ke balai polis. [ 50 ] Manakala kejadian setelah kenderaan berhenti akibat kesesakan trafik dan pergelutan antara Tertuduh dan simati telah diprovokasi oleh Tertuduh sendiri yang turun dari kereta (walaupun ditegah isterinya SP19) lalu menyerang simati terlebih dahulu dengan menendang kereta simati, memukul simati dan menariknya keluar dari kereta Axia dan bergelut dengan simati sedangkan tiada keperluan berbuat demikian. Pengecualian 2 – hak mempertahankan diri [ 51 ] Pengecualian kedua memperuntukkan seseorang mempunyai hak untuk mempertahankan diri tanpa niat terdahulu (premeditation) atau tanpa niat untuk menyebabkan kecederaan yang melebihi apa yang sepatutnya – “Exception 2 - Culpable homicide is not murder if the offender, in the exercise in good faith of the right of private defence of person or property, exceeds the power given to him by law, and causes the death of the person against whom he is exercising such right of defence, without premeditation and without any intention of doing more harm than is necessary for the purpose of such defence. ILLUSTRATION Z attempts to horse-whip A, not in such a manner as to cause grievous hurt to A. A draws out a pistol. Z persists in the assault. A, believing in good faith that he can by no other means prevent himself from being horse-whipped, shoots Z dead. A has not committed murder, but only culpable homicide.” (penekanan ditambah) [ 52 ] Peguam yang bijaksana menghujahkan bahawa Tertuduh bertindak melanggar simati untuk mempertahankan dirinya, isterinya dan anak dalam kandungan isterinya dari ancaman kematian atau kecederaan parah. Peguam menghujahkan bahawa tindakan itu perlu untuk menghalang simati dari menggunakan kayu besbol terhadap dirinya dan isteri yang sedang mengandung. [ 53 ] TPR yang terpelajar pula menghujahkan bahawa tindakan Tertuduh menggunakan kereta Innova melanggar simati adalah untuk membalas perbuatan simati yang mengetuk/memukul bahagian bonet hadapan kereta Innova dan bukan kerana terdapat ancaman kecederaan kepada tubuh Tertuduh atau isterinya di dalam kereta Innova tersebut. Analisa dan dapatan mahkamah [ 54 ] Mahkamah berpandangan mungkin ada hak mempertahankan harta Tertuduh dalam kejadian ini iaitu kereta Innova milik Tertuduh. Walau bagaimanapun, hak mempertahankan harta hingga menyebabkan kematian pula hanya meliputi keadaan-keadaan yang disenaraikan di bawah seksyen 103, Kanun Keseksaan – “When the right of private defence of property extends to causing death. The right of private defence of property extends, under the restrictions mentioned in section 99, to the voluntary causing of death or of any other harm to the wrong-doer, if the offence, the committing of which, or the attempting to commit which, occasions the exercise of the right, is an offence of any of the following descriptions: (a) robbery; (b) house-breaking by night; (c) mischief by fire committed on any building, tent or vessel, which building, tent or vessel is used as a human dwelling, or as a place for the custody of property; (d) theft, mischief or house-trespass, under such circumstances as may reasonably cause apprehension that death or grievous hurt will be the consequence, if such right of private defence is not exercised. (penekanan ditambah) Dalam kes ini, perbuatan simati memukul bonet hadapan kereta Innova Tertuduh belum dibuktikan termasuk di bawah mana-mana perenggan (a) hingga (d) di atas. [ 55 ] Subseksyen 105(4) Kanun Keseksaan pula menghadkan bahawa hak mempertahankan harta tersebut berjalan hanya selagi ancaman atau khianat itu berterusan – "Commencement and continuance of the right of private defence of property. (1) The right of private defence of property commences when a reasonable apprehension of danger to the property commences. (2) The right of private defence of property against theft continues till the offender has effected his retreat with the property, or till assistance of the public authorities is obtained, or till the property has been recovered. (3) The right of private defence of property against robbery continues as long as the offender causes or attempts to cause to any person death, or hurt, or wrongful restrain, or as long as the fear of instant death, or of instant hurt, or of instant personal restraint continues. (4) The right of private defence of property against criminal trespass or mischief, continues as long as the offender continues in the commission of criminal trespass or mischief. (5) The right of private defence of property against house breaking by night continues as long as house-trespass which has been begun by such house-breaking continues.” (penekanan ditambah) [ 56 ] Dari penelitian mahkamah kepada keterangan pihak pendakwaan, mahkamah mendapati perbuatan simati tidak menunjukkan niat untuk mencederakan Tertuduh atau isterinya yang berada di dalam kereta Innova. Ini kerana video panjang menunjukkan simati memukul bonet hadapan Innova sebanyak dua kali di bahagian kanan dan kemudian memukul bahagian tengah bonet kereta itu. Tiada dalam rakaman menunjukkan simati menuju / meluru ke arah Tertuduh yang terlindung di dalam kereta Innova, tiada indikasi yang simati berniat untuk mencederakan tubuh Tertuduh dan isterinya, tumpuan simati adalah pada bonet hadapan kereta Tertuduh. [ 57 ] Pembelaan yang dicadangkan Tertuduh bahawa dia bertindak begitu untuk menyelamatkan isterinya dan anak dalam kandungan isterinya tidak meyakinkan (sounds hollow) dan tidak konsisten dengan sikap dan tindakan yang diambil Tertuduh. Sepanjang rakaman video panjang itu, SP19 beberapa kali didengar mengeluh melihat sikap marah Tertuduh yang terus mengejar kereta Axia, SP19 juga cuba menghalang Tertuduh dari bertindak secara tidak wajar apabila keluar dan bersemuka dengan simati dan paling mengharukan nada terkejut, takut dan sedih SP19 menyaksikan Tertuduh melanggar simati dari belakang dan menggilis tubuh simati. [ 58 ] Mahkamah tidak perlu memahami bahasa yang digunakan oleh SP19 pun untuk memahami ketakutan, kekesalan dan kerisauan yang dirasai oleh SP19 sepanjang kejadian itu disebabkan sikap Tertuduh. Ini disokong dengan reaksi SP19 apabila melihat semula rakaman video panjang ketika Tertuduh melanggar simati semasa memberi keterangan di mahkamah. SP19 dilihat terjerit ketika babak simati dilanggar oleh Tertuduh dan pemanduan kereta Innova menggilis simati dimainkan semula. [ 59 ] Jika Tertuduh adalah seorang yang bersikap munasabah (reasonable man), ingin melindungi isteri dan anak dalam kandungan isterinya, dia sewajarnya terus keluar dari lebuh raya selepas membuat laporan kejadian kepada polis melalui telefon, memaklumkan butiran kereta yang terlibat dan menerima arahan pihak polis. Sebaliknya, Tertuduh bertindak sama-sama memandu dengan cara merbahaya seperti simati, menyerang simati dan kemudiannya melanggar simati yang telah melarikan diri. Tindakan-tindakan ini bertentangan dengan sikap seorang yang munasabah atau melindungi tetapi menunjukkan sikap amarah dan tidak puas hati berpanjangan yang mendorong tindakannya menyerang simati yang mencetus kejadian tragik ini. Mahkamah mendapati pembelaan pengecualian kedua – hak mempertahankan diri yang dibenarkan undang-undang juga belum dilunaskan oleh Tertuduh di peringkat kes pendakwaan ini. Kredibiliti saksi pendakwaan [ 60 ] Mahkamah mendapati saksi-saksi pendakwaan kredibel dan boleh dipercayai pada fakta material. Jika ada percanggahan dalam keterangan mereka, ia berbangkit dari sudut pandang yang berlainan dan daya ingatan masing-masing. Perbezaan tersebut tidak menjadi fatal kepada kes pendakwaan. Dakwaan pihak pembelaan tentang sikap sambil lewa pegawai penyiasat yang dikatakan tidak melengkapkan siasatan tidak menggugat fakta relevan dan material dalam kes pendakwaan kerana keterangan yang ada mencukupi untuk membuktikan elemen-elemen pertuduhan. Keputusan di akhir kes pendakwaan: [ 61 ] Setelah meneliti keterangan saksi-saksi pendakwaan, kesemua eksibit yang dikemukakan, hujah pihak-pihak dan mengaplikasikan penilaian maksima kepada keseluruhan keterangan, mahkamah mendapati kematian simati telah dibuktikan. Mahkamah juga menerima keterangan dan pendapat SP8 berkaitan kecederaan yang dialami simati akibat perbuatan Tertuduh adalah fatal secara semulajadi (sesuai dengan perenggan (c) seksyen 300 Kanun Keseksaan) dan telah menyebabkan kematian simati. Justeru elemen kedua dibuktikan. [ 62 ] Berkaitan elemen niat Tertuduh pula, daripada keseluruhan keterangan, mahkamah menyimpulkan Tertuduh telah melanggar simati dan menggilis tubuh simati dengan niat menyebabkan kecederaan yang boleh menyebabkan kematian simati. Pembelaan pengecualian 1 dan 2, seksyen 300 Kanun Keseksaan yang dibangkitkan Tertuduh belum dilunaskan pembuktiannya oleh Tertuduh pada peringkat ini. [ 63 ] Sebaliknya, atas penilaian maksima, mahkamah mendapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan suatu kes prima facie terhadap Tertuduh seperti pertuduhan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan. Tertuduh dengan ini dipanggil membela diri. KES PEMBELAAN [ 64 ] Tertuduh memilih untuk memberi keterangan bersumpah sebagai SD1. Tertuduh memberi keterangan tanpa merujuk dan memainkan video panjang kejadian yang dirakam isterinya SP19 atas arahan Tertuduh. Secara ringkas, Tertuduh menyatakan selepas tol Sungai Besi memasuki lebuh raya Kuala Lumpur - Seremban, sebuah kereta Axia warna hitam yang berada di belakang Innova telah memotong dari kanan dengan laju memasuki laluan kereta Innova yang dipandunya dengan tiba-tiba dan akibat terlalu dekat, belakang Axia telah melanggar bonet depan Innova. Menurut Tertuduh, dia menyalakan lampu signal ke kiri untuk berhenti di laluan kecemasan dan mahu berbincang dengan pemandu Axia (“simati”). Pemandu Axia tidak berhenti dan menukar haluan ke lorong laju. Tertuduh telah membunyikan hon untuk menarik perhatian simati dan mengejar kereta simati di laluan bersebelahan (lorong tengah). Apabila kereta Innova dan Axia selari, Tertuduh mengatakan simati telah menunjukkan isyarat lucah dengan mengangkat jari tengah ke arah Tertuduh dan memecut ke hadapan. [ 65 ] Tertuduh kemudiannya meneruskan perjalanan dan memotong kereta lain memasuki lorong laju dan melihat kereta Axia di lorong tengah. Tertuduh memotong Axia dan kereta Innova telah hilang kawalan hingga hampir melanggar pembahagi jalan. Tertuduh kemudian perlahankan kereta dan dengar bunyi bump dan kereta tertolak ke depan. Dari cermin belakang, Tertuduh nampak Axia telah melanggar belakang kereta Innova. Kemudian kereta Axia memotong kereta Tertuduh dari kiri dan memecut serta dipandu secara zig zag. Tertuduh membunyikan hon supaya kereta lain dapat mengelak dari Axia. Tertuduh menyuruh isterinya SP19 yang duduk di kerusi penumpang belakang merakam kejadian menggunakan telefon bimbit. Menurut Tertuduh, dia mengekori Axia dan apabila kedua-dua kereta selari, simati sekali lagi menunjukkan isyarat lucah kepadanya. [ 66 ] Tertuduh kemudian meminta isterinya SP19 menghubungi polis untuk membuat laporan menggunakan telefon bimbit Tertuduh. SP19 dapat bercakap dengan pihak polis dan telah memaklumkan kejadian serta memberi butiran kereta Axia. Sementara itu, Tertuduh terus mengekori kereta Axia tersebut. Isteri Tertuduh SP19 selesai membuat laporan dan diarahkan keluar dari lebuh raya untuk membuat laporan rasmi di Balai Polis Kajang. [ 67 ] Bila kereta-kereta terhenti akibat kesesakan, Tertuduh keluar dari Innova dan pergi ke kereta Axia kerana mahu mengajak simati membuat laporan serta meminta ganti rugi. Tertuduh mendakwa simati sekali lagi menunjukkan isyarat lucah. Setelah diminta keluar secara berterusan, simati membuka pintu di mana Tertuduh mendakwa simati cuba memukulnya dengan telefon bimbit. Selepas simati keluar dari kereta, pergaduhan berlaku. Tertuduh mengatakan simati nampak tidak normal dan memandang ke arah stering. [ 68 ] Semasa pergaduhan, SP17 telah datang untuk meleraikan pergaduhan dan menyuruh Tertuduh serta simati membuat laporan polis. Selepas Tertuduh dan simati ke kereta masing-masing, Tertuduh ingin mengundurkan kereta Innova dengan melihat kamera belakang. Terdapat satu kereta di belakangnya. Bila memandang ke atas semula, Tertuduh nampak simati meluru ke arah dia dengan memegang kayu besbol. Kemudian Tertuduh mendengar bunyi bump yang sangat kuat dan Tertuduh mengatakan dia dalam keadaan blank, otak rasa kosong. Tertuduh merasa nyawa mereka terancam, tiada masa untuk berfikir dan tidak tahu di mana simati akan memukul kayu besbol itu. [ 69 ] Menurut Tertuduh, dari sudut pandangnya dia nampak Tertuduh meluru ke arahnya dan merasa amat takut. Tertuduh memegang stering dengan kuat dan tidak tahu apa dia telah buat. Masa memegang stering Tertuduh mengatakan ‘apa pun tak nampak’. Setelah dengar jeritan isterinya SP19, baru Tertuduh tersedar dan tidak tahu apa perlu dibuat. Bila dapati pintu kanan tidak dapat dibuka baru Tertuduh sedar telah melanggar sesuatu, lalu keluar dari pintu kiri. Tertuduh nampak simati berada di bawah kereta dan dia mengangkat simati. [ 70 ] Di sini Tertuduh mendakwa simati cuba memukulnya dengan kayu besbol dan Tertuduh telah mencampak kayu itu dan Tertuduh menarik simati ke depan. Kemudian SP6 telah datang dan menuduh Tertuduh mengganggu kereta Axia. Tertuduh mendakwa simati mengatakan ‘sorry’ apabila ditanya “kenapa buat begitu”. Tertuduh juga mendakwa bertanya simati ada makan ubat ke? Tetapi tidak dijawab oleh simati yang kemudian ketawa kecil. [ 71 ] Kemudian adik ipar simati (SP10) datang dan bersama seorang lelaki menaiki kereta Satria Neo telah menghantar simati ke hospital. Tertuduh memandu keretanya ke laluan kecemasan dan Axia dipandu oleh penunda kereta. Tertuduh mendakwa semasa di lorong kecemasan, bapa simati dan seorang perempuan datang dan mengambil barang-barang di dalam kereta Axia. Tertuduh menunjukkan kayu besbol dan kasut simati; bapa simati bertanya kepada perempuan itu – “adik, ni dia punya ke?” Bapa simati datang untuk mengambilnya dari Tertuduh tetapi Tertuduh kata mahu bawa ke balai polis. [ 72 ] Tertuduh mendakwa bertanya kepada bapa simati bahawa anaknya ada makan ubat? Bapa simati berpusing dan hanya memandang kepada Tertuduh. Tetapi Tertuduh mengatakan kelihatan bapa Tertuduh tahu tentang itu. Tertuduh kemudian telah ke IPD Kajang di mana dia dan isterinya ditangkap, telefon bimbit yang merakam kejadian dirampas. [ 73 ] Selain Tertuduh, pihak pembelaan memanggil Associate Prof. Dr Rosdi bin Abdul Rashid, Head of the Centre of Addiction Sciences, Universiti Malaya (SD2). SD2 pernah mengendalikan program memberikan methadone bagi penagih opiate. Antara dadah yang termasuk dalam kategori opiate ialah morphine, Heroin dan codein. SD2 telah dirujuk kepada P53 iaitu Laporan Toksikologi ke atas sampel darah dan urin simati yang disahkan terdapat kesan beberapa jenis dadah. SD2 mengatakan secara umum, seseorang yang ada dikesan dadah dalam urin atau darahnya berpotensi seorang penagih dan berpotensi bersikap violent. [ 74 ] Walau bagaimanapun, dalam pemeriksaan balas, SD2 bersetuju bahawa untuk mengesahkan seorang individu sebagai penagih dan bersifat agresif (violent) perlu ditemuduga untuk mendapatkan sejarah penggunaan dadah, dan dibuat pemerhatian di wad. Tidak semua pengambilan dadah akan menyebabkan penagihan. Dadah juga boleh diberikan kepada pesakit sebagai ubat di bawah pengawasan doktor. Begitu juga tidak semua penagih dadah akan bertindak agresif. Pendapat yang diberikan berkaitan P53 adalah bersifat umum sahaja. SD2 mengesahkan penama dalam P53 (simati) bukanlah pesakitnya dan tidak pernah ditemuduga olehnya dan SD2 tidak mengetahui sejarah dan latar belakang simati. [ 75 ] Saksi ketiga pihak pembelaan ialah salah seorang peguam Tertuduh yang telah mencetak beberapa dokumen dari laman web seperti kamus atas talian dan peta google yang dikemukakan ke mahkamah. Mahkamah menerima dokumen-dokumen ini telah dicetak dari laman web tetapi tiada keterangan lain dibawa untuk membuktikan kebenaran kandungannya. ANALISA DAN DAPATAN KES PEMBELAAN [ 76 ] Di akhir kes pembelaan tugas mahkamah ialah untuk menimbangkan pembelaan Tertuduh dengan keterangan kes pihak pendakwaan, kredibiliti saksi-saksi pendakwaan dan juga pembelaan serta keseluruhan keterangan sebelum memutuskan sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah mengikut seksyen 182A Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) seperti berikut – Procedure at the conclusion of the trial. (1) At the conclusion of the trial, the Court shall consider all the evidence adduced before it and decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt. (2) If the Court finds that the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt, the Court shall find the accused guilty and he may be convicted on it. (3) If the Court finds that the prosecution has not proved its case beyond reasonable doubt, the Court shall record an order of acquittal. [ 77 ] Dalam menimbangkan pembelaan Tertuduh, mahkamah dibimbing oleh prinsip yang dinyatakan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Ganapathy a/l Rengasamy v PP [1998] 2 MLJ 577 – “It needs to be remembered that however weak a defence may be, trial judges being judges of both fact and law should not just brush aside the defence on the basis that the prosecution witnesses are to be believed and not the defence. Where the law casts the onus of giving an explanation upon an accused person, and the explanation is given, which is consistent with innocence, the court is duty bound to consider whether it might reasonably be true, although not convinced of its truth. On the issue of the court’s duty to consider the defence, the age-old decision in Mat v. PP [1963] MLJ 263 is still good law as it was then. This is followed by the Supreme Court in Mohamad Radhi bin Yaakob v. PP [1991] 3 MLJ 169”. [ 78 ] Dalam kes ini, Tertuduh juga mempunyai beban untuk membuktikan pengecualian 1 dan 2 kepada seksyen 300 Kanun Keseksaan atas imbangan kebarangkalian seperti diputuskan dalam kes Patrick Chau Fook Henn v PP [2014] 8 CLJ 14 di mana Abdul Aziz Rahim HMR dalam menyampaikan penghakiman Mahkamah Rayuan telah memutuskan (di ms 23) – “The principles are these: the burden of establishing a plea of self-defence is on the accused (i.e. the appellant in this case); but the burden is lighter in that the accused need only to discharge the burden on a balance of probabilities”. Pengecualian 1 – provokasi yang merbahaya dan tiba-tiba (grave and sudden provocation) [ 79 ] Dakwaan Tertuduh yang dia turun dari kereta Innova dan pergi ke kereta Axia kerana mahu mengajak simati membuat laporan polis dan meminta ganti rugi tidak selaras dengan perbuatan dan sikapnya yang jelas di dalam video panjang tersebut. Hakikatnya, Tertuduh bersemuka dengan simati kerana perasaan tidak puas hati dan marah yang masih menebal walaupun telah berjaya melaporkan perbuatan simati kepada polis dan diberi arahan supaya pergi ke balai polis. Mahkamah membuat kesimpulan ini dari tindakan Tertuduh yang memberhentikan kereta Innova, bergegas keluar dari kereta walaupun ditegah oleh isterinya, menendang pintu Axia, memukul simati bertubi-tubi apabila pintu dibuka, menarik simati keluar dari kereta dan bergelut dengan simati di antara kereta Innova dan Axia sehingga dileraikan oleh SP17. [ 80 ] Dalam kes Che Omar bin Mohd Akhir v PP (supra) dinyatakan – “Thus, in order to successfully set up provocation as a defence for the reduction of the offence of murder to one of culpable homicide not amounting to murder, it is not enough to show that the accused was provoked into losing his self-control; it must be shown that the provocation was grave and sudden and must have by its gravity and suddenness caused a reasonable man to lose his self-control and induced him to do the act which caused the death of the deceased. In determining that question the court may also consider, along with other factors, the nature of the retaliation by the accused, having regard to the nature of the provocation (see Ratanlal & Dhirajlal, p 1192; Vijayan v Public Prosecutor [1975] 2 MLJ 8).” [ 81 ] Sekiranya ada provokasi dari simati semasa kejadian awal telah sewajarnya tamat apabila Tertuduh dan SP19 berjaya melaporkan perbuatan simati dan memberi butiran kereta simati kepada polis melalui telefon sebelum kenderaan berhenti disebabkan kesesakan. Malah, perbuatan Tertuduh keluar dari Innova lalu bersemuka dan bergelut dengan simati walaupun ditegah oleh isterinya merupakan satu bentuk provokasi ke atas simati pula yang kemudiannya bertindak menggunakan kayu besbol untuk memukul bonet hadapan kereta Innova. [ 82 ] Dalam pergelutan antara Tertuduh dan simati, kelihatan Tertuduh ada kelebihan disebabkan ketinggiannya. Semasa SP17 sampai untuk meleraikan pergelutan itu, dia melihat Tertuduh mengepit kepala simati dan hanya dapat dilepaskan apabila SP17 menarik tangan Tertuduh. Provokasi dan kelebihan Tertuduh ke atas simati telah menimbulkan rasa tidak puas hati simati menyebabkannya mengambil kayu besbol untuk menghentam bonet hadapan kereta Innova. Mahkamah mendapati provokasi di tempat kejadian di km 293.6 telah dimulakan oleh Tertuduh sendiri. [ 83 ] Oleh kerana Tertuduh yang memulakan provokasi di tempat kejadian, dia tidak dapat perlindungan dari pembelaan provokasi simati. Tertuduh gagal melunaskan pembuktian pengecualian 1, seksyen 300 Kanun Keseksaan ini di atas imbangan kebarangkalian. Pengecualian 2 – hak mempertahankan diri atau harta [ 84 ] Mengenai pengecualian 2, seksyen 300 Kanun Keseksaan pula iaitu hak mempertahankan diri atau harta, mahkamah mendapati Tertuduh mempunyai hak mempertahankan hartanya dari perbuatan khianat iaitu pukulan ke atas kereta Innova oleh simati menggunakan kayu besbol di bahagian bonet depan kenderaan tersebut. Walau bagaimanapun, isunya adakah Tertuduh telah melebihi hak mempertahankan hartanya? “Exception 2 - Culpable homicide is not murder if the offender, in the exercise in good faith of the right of private defence of person or property, exceeds the power given to him by law, and causes the death of the person against whom he is exercising such right of defence, without premeditation and without any intention of doing more harm than is necessary for the purpose of such defence.” (penekanan ditambah) [ 85 ] Mahkamah Rayuan dalam kes Patrick Chau Fook Henn v PP (supra) turut menyatakan – “The question that needs to be asked at the end of the day is whether the accused was acting in reasonably necessary self-defence? A defence of self-defence may arise in variety of cases; but everything will depend on the particular facts and circumstances. It was said in Palmer v. The Queen [1971] 2 WLR 831 that the conception of self-defence is both good law and good sense that a man who is attacked may defend himself. It is not the law that an accused must wait until he receives a grievous injury before he retaliates in self-defence. However, the action of retaliation must not be wholly out of proportion to the necessities of the situation. The accused may justify an immediate defensive action if he is in immediate peril or if he is in imminent danger he may avert the danger by some instant action.” [ 86 ] Tertuduh mengatakan yang dia merasa terancam dengan kematian atau kecederaan parah ke atas tubuh badannya, isteri dan anak dalam kandungan isterinya apabila melihat simati memukul bonet hadapan keretanya dengan kayu besbol. Oleh itu Tertuduh menukar pemanduan ke depan untuk menghalang perbuatan simati. Soalnya, adakah wujud ancaman kematian atau kecederaan parah ke atas tubuh badan Tertuduh dan isterinya pada ketika itu? [ 87 ] Mahkamah tidak yakin wujud ancaman kematian atau kecederaan parah ke atas tubuh badan Tertuduh atau isterinya pada masa material. Ini adalah kerana Tertuduh berada dalam kedudukan yang lebih baik (advantageus) daripada simati semasa kejadian. Tertuduh dalam keadaan terlindung di dalam kereta Innova yang bertutup dengan enjin yang hidup. Perbuatan simati yang boleh dilihat dari rakaman video panjang itu menunjukkan tumpuan simati ialah merosakkan kereta Tertuduh. Tidak kelihatan pada bila-bila masa simati mengalihkan pandangan atau tumpuannya ke arah Tertuduh yang berada di dalam Innova. Mahkamah menyimpulkan pada masa material itu, tiada ancaman kematian atau kecederaan parah ke atas tubuh badan Tertuduh atau isterinya daripada simati. [ 88 ] Walau bagaimanapun, Tertuduh mempunyai hak pertahanan harta iaitu kereta Innova yang dipukul dengan kayu besbol oleh simati. Setakat mana hak mempertahankan harta ini? Seksyen 103 Kanun Keseksaan memperuntukkan – “When the right of private defence of property extends to causing death. The right of private defence of property extends, under the restrictions mentioned in section 99, to the voluntary causing of death or of any other harm to the wrong-doer, if the offence, the committing of which, or the attempting to commit which, occasions the exercise of the right, is an offence of any of the following descriptions: (a) robbery; (b) house-breaking by night; (c) mischief by fire committed on any building, tent or vessel, which building, tent or vessel is used as a human dwelling, or as a place for the custody of property; (d) theft, mischief or house-trespass, under such circumstances as may reasonably cause apprehension that death or grievous hurt will be the consequence, if such right of private defence is not exercised.” [ 89 ] Perbuatan khianat ke atas harta seseorang yang terpakai sehingga menyebabkan kematian pelakunya paling hampir dengan keadaan dan fakta kes ini adalah perenggan (d) iaitu khianat yang membawa kemungkinan ancaman kematian atau kecederaan parah. [ 90 ] Walau bagaimanapun, mahkamah telah membuat dapatan bahawa perbuatan khianat simati adalah untuk merosakkan harta Tertuduh sahaja dengan memukul bonet hadapan kereta Innova Tertuduh dan perbuatan simati itu tidak memberi ancaman kematian atau kecederaan parah ke atas Tertuduh. Sehubungan itu, keadaan-keadaan di perenggan (a) hingga (d) seksyen 103 Kanun Keseksaan di atas tidak terpakai dalam keadaan dan fakta kes ini. [ 91 ] Sejauh mana hak mempertahankan harta Tertuduh dibenarkan undang-undang? Seksyen 104 Kanun Keseksaan memperuntukkan – “When such right extends to causing any harm other than death. If the offence, the committing of which, or the attempting to commit which, occasions the exercise of the right of private defence, is theft, mischief or criminal trespass, not of any of the descriptions enumerated in section 103, that right does not extend to the voluntary causing of death, but does extend subject to the restrictions mentioned in section 99, to the voluntary causing to the wrong-doer of any harm other than death.“ (penekanan ditambah) Seksyen 99 Kanun Keseksaan tidak terpakai dalam kes ini kerana Tertuduh bukan seorang penjawat awam. Oleh kerana seksyen 99 dan 103 Kanun Keseksaan tidak terpakai dalam keadaan dan fakta kes ini, hak mempertahankan harta Tertuduh tidak terpakai sehingga boleh menyebabkan kematian simati. Dakwaan Tertuduh blank, tidak tahu apa dia telah buat, apa pun tak nampak semasa melanggar simati [ 92 ] Tertuduh mengatakan dia merasa amat takut bila simati meluru ke arahnya. Tertuduh memegang stering dengan kuat, menjadi blank dan ‘tidak tahu apa dia telah buat’. Masa memegang stering Tertuduh mengatakan ‘apa pun tak nampak’ dan hanya tersedar apabila mendengar jeritan isterinya SP19. Penelitian pernyataan Tertuduh ini tidak konsisten dengan keterangan dari video panjang dan SP19. [ 93 ] Bahasa tubuh Tertuduh ketika menukar pemanduan ke depan, melanggar simati dan menggilis tubuh simati menunjukkan bukan saja stering dipegang dengan kejap, tubuh Tertuduh rapat ke stering dan Innova dipandu terus sehingga melanggar simati walaupun simati telah berpaling dan melarikan diri serta ancaman dari simati telah dapat dihentikan. Lihat Lampiran A (supra). Seorang yang munasabah (a reasonable man) sewajarnya boleh membrek kereta setelah simati berpaling melarikan dirinya dari Tertuduh. [ 94 ] Seksyen 105 Kanun Keseksaan memperuntukkan waktu bermulanya hak mempertahankan harta dan bila hak itu tamat. Hak itu bermula apabila bahaya ke atas harta berbangkit (subseksyen (1) dan berjalan selagi pesalah terus melakukan perbuatan khianat itu (subseksyen (4)) – “Commencement and continuance of the right of private defence of property. (1) The right of private defence of property commences when a reasonable apprehension of danger to the property commences. (2) The right of private defence of property against theft continues till the offender has effected his retreat with the property, or till assistance of the public authorities is obtained, or till the property has been recovered. (3) The right of private defence of property against robbery continues as long as the offender causes or attempts to cause to any person death, or hurt, or wrongful restrain, or as long as the fear of instant death, or of instant hurt, or of instant personal restraint continues. (4) The right of private defence of property against criminal trespass or mischief, continues as long as the offender continues in the commission of criminal trespass or mischief. (5) The right of private defence of property against house breaking by night continues as long as house-trespass which has been begun by such house-breaking continues.” (penekanan ditambah) [ 95 ] Rakaman video panjang yang diteliti menunjukkan Tertuduh telah berjaya menghentikan ancaman ke atas harta Tertuduh iaitu kereta Innova apabila Tertuduh menukar pemanduan ke arah simati dan simati telah berpaling melarikan diri dari kereta yang dipandu Tertuduh (lihat Lampiran A (supra). Hak mempertahankan harta Tertuduh tamat di ketika ini. Mahkamah percaya Tertuduh boleh sama ada membrek Innova atau menukar pemanduan ke kiri untuk mengelakkan kejadian menjadi lebih teruk. [ 96 ] Mahkamah mendapati pembelaan Tertuduh bahawa dia menjadi ‘blank, tidak tahu apa dia telah buat’ dan ‘apapun tidak nampak’ semasa melanggar simati adalah suatu percubaan untuk mengelakkan diri dari kesalahan apabila Tertuduh gagal membrek atau menukar haluan apabila telah berjaya menghentikan perbuatan simati. Dakwaan ini merupakan suatu penafian perbuatannya dengan menyalahkan keadaan fikirannya (his state of mind) ketika itu. [ 97 ] Malangnya, pihak pembelaan tidak pula mengemukakan apa-apa sokongan kepada pembelaan ini dengan memanggil saksi seperti ahli psikologi atau saksi lain untuk menerangkan kemungkinan Tertuduh boleh berada dalam keadaan blank, tidak tahu apa dia buat atau dalam keadaan tidak sedar semasa kejadian. Rakaman video selepas kejadian menunjukkan Tertuduh tidak bersikap seolah-olah baru tersedar apabila dilihat dan didengar memarahi simati (ms. 6, P45) – “Mari sini, mari sini, You bodoh punya orang tau” [ 98 ] Komunikasi Tertuduh dengan SP6 yang pergi ke tempat kejadian selepas simati dilanggar juga tidak menunjukkan Tertuduh keliru atau tidak sedar perbuatannya telah melanggar simati, malah kelihatan berbalah dengan SP6 yang menyalahkan Tertuduh apabila SP6 mengatakan “Ini lu punya pasal”. [ 99 ] Pakar yang dipanggil oleh pihak pembelaan pula (SD2) bukan memberi penjelasan tentang keadaan fikiran atau minda Tertuduh ketika kejadian, tetapi hanya memberikan pendapat secara umum tentang potensi kesan pengambilan dadah oleh seseorang (bukan simati), kerana SD2 tidak pernah memeriksa simati atau mengetahui sejarah pengambilan bahan terlarang oleh simati. [ 100 ] Mahkamah tidak mempercayai Tertuduh berada dalam keadaan blank, tidak tahu perbuatannya atau tidak sedar ketika kejadian. Tiada juga keterangan sokongan dikemukakan Tertuduh berkaitan dakwaannya ini. Ia hanya pernyataan Tertuduh semata-mata (mere statement). [ 101 ] Berkaitan pembelaan hak pertahanan diri (tubuh badan) dari ancaman kematian atau kecederaan parah, Tertuduh didapati gagal melunaskan beban membuktikan pengecualian 2, seksyen 300 Kanun Keseksaan atas imbangan kebarangkalian. [ 102 ] Walau bagaimanapun, mahkamah mendapati ujud hak mempertahankan hartanya dari perbuatan khianat simati tetapi perbuatan Tertuduh yang menyebabkan kematian simati telah melebihi hak yang dibenarkan undang-undang (accused had exceeded his right of defence of property by causing the death of the deceased). [ 103 ] Tertuduh juga dilihat menokok tambah naratif pembelaan apabila mengatakan simati cuba memukulnya dengan kayu besbol apabila Tertuduh cuba menariknya dari bawah kereta Innova. Keadaan ini bercanggah dengan rakaman video panjang yang menunjukkan simati tidak memegang kayu besbol ketika berpaling dan melarikan diri dari kereta Innova. Rakaman juga menunjukkan simati lemah longlai apabila dipapah oleh Tertuduh dan terpaksa berpegang kepada pembahagi jalan selepas dilanggar oleh Tertuduh. [ 104 ] Begitu juga tentang kehadiran seorang lelaki yang dikatakan ayah simati dan adik perempuannya yang kononnya datang ke lorong kecemasan untuk mengambil barangan simati dan disoal oleh Tertuduh sama ada simati “ada mengambil ubat”. Mahkamah mendapati naratif ini merupakan pemikiran semula dan rekaan kerana ia tidak pernah dicadangkan kepada saksi pendakwaan khususnya SP10 dan pegawai penyiasat yang sepatutnya kenal dan tahu jika benar ayah dan adik simati ada ke tempat kejadian. Pihak pendakwaan juga berjaya menyangkal naratif ini apabila telah memanggil pegawai penyiasat ganti SP21, ASP Umesh a/l Ratna Kumar untuk mengemukakan sijil kematian ayah simati Syed Shakir bin Syed Azman sebagai P69. [ 105 ] Justeru, mahkamah mendapati naratif pembelaan ini merupakan pernyataan kosong, penafian dan pemikiran semula serta rekaan Tertuduh sahaja. Mahkamah mendapati Tertuduh yang hanya berhak mempertahankan hartanya telah bertindak melebihi had yang dibenarkan undang-undang apabila telah menyebabkan kecederaan yang menyebabkan kematian simati. Adakah Tertuduh berjaya menimbulkan keraguan munasabah ke atas kes pendakwaan bagi pertuduhan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan? [ 106 ] Berdasarkan dapatan mahkamah di atas tentang hak pertahanan harta Tertuduh dan keseluruhan keterangan pembelaan, Tertuduh telah berjaya menimbulkan keraguan munasabah ke atas kes pendakwaan bagi kesalahan membunuh di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan. [ 107 ] Walau bagaimanapun, keterangan yang dikemukakan tidak mengecualikan Tertuduh dari kesalahan jenayah. Peruntukan pengecualian 2, seksyen 300 Kanun Keseksaan (supra) menyatakan apabila perbuatan untuk mempertahankan hartanya telah melebihi hak yang dibenarkan undang-undang dengan menyebabkan kematian seseorang, ia bukanlah perbuatan membunuh, tetapi terjumlah kepada menyebabkan kematian sahaja (culpable homicide). [ 108 ] Mahkamah mendapati mengikut keadaan dan fakta kes serta keseluruhan keterangan, pihak pendakwaan berjaya membuktikan Tertuduh telah menyebabkan kecederaan tubuh ke atas simati yang boleh menyebabkan kematiannya tanpa keraguan munasabah. Sehubungan itu, mahkamah mensabitkan Tertuduh dengan kesalahan di bawah seksyen 304(a) Kanun Keseksaan. Hukuman [ 109 ] Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman seperti berikut – “Whoever commits culpable homicide not amounting to murder shall be punished - (a) with imprisonment for a term which may extend to thirty years, and shall also be liable to fine, if the act by which the death is caused is done with the intention of causing death, or of causing such bodily injury as is likely to cause death;” Mitigasi Tertuduh: [ 110 ] Ringkasnya, peguam yang terpelajar mengemukakan faktor-faktor yang wajar diberi pertimbangan oleh mahkamah. Hukuman maksima diperuntukkan undang-undang ialah penjara 30 tahun. Kes melibatkan Tertuduh bukanlah kes yang gruesome, tidak melibatkan senjata merbahaya. Tertuduh sekarang berusia 45 tahun. Dia akan menjadi seorang yang berumur apabila keluar dari penjara dan akan menghadapi kesukaran mendapatkan pekerjaan untuk menyara hidupnya kelak. Sebelum kejadian, Tertuduh seorang yang menyara keluarga kecilnya, selepas kejadian isteri Tertuduh yang terpaksa mengambil-alih tugas itu. [ 111 ] Ini adalah kesalahan pertama Tertuduh. Isteri Tertuduh yang mengandung semasa kejadian telah mengalami keguguran akibat tekanan selepas direman. Tertuduh juga telah berada dalam tahanan sejak ditangkap selepas kejadian empat tahun dahulu dan mengalami masalah kesihatan ketika dalam tahanan. Peguambela yang bijaksana memohon tempoh penjara minima berjalan dari tarikh tangkap. Ini adalah suatu kes yang sesuai untuk justice be tempered with mercy. Hujah pemberat pihak pendakwaan [ 112 ] TPR yang terpelajar memohon hukuman yang berat dan setimpal dengan kesalahan yang dilakukan Tertuduh. Kepentingan awam perlu diberi penekanan dalam kes seperti ini agar menjadi pengajaran kepada Tertuduh dan orang ramai. Kejadian berkaitan road rage kerap berlaku dan hukuman harus memberi kesan deteren dan mengajar pengguna jalan raya lebih berhati-hati dan tidak bertindak keterlaluan. [ 113 ] Kes ini menjadi viral dan memberi impak besar kepada masyarakat. Mahkamah perlu menimbangkan kecederaan ke atas simati yang amat serius akibat perbuatan Tertuduh. Seperti keterangan SP8, kecederaan simati antaranya - hati terbelah dua, patah tulang-tulang rusuk, pendarahan dalaman dan lain-lain. Kes-kes yang dirujuk oleh peguambela yang bijaksana boleh dibezakan faktanya dengan kes ini. Kenyataan impak mangsa (victim impact statement) [ 114 ] Isteri simati hadir untuk membaca kenyataan impak mangsa yang ditandakan sebagai P81. Ringkasnya, isteri simati melahirkan rasa terkejut, kesedihan dan tekanan yang dihadapi selepas kematian simati yang tidak diduga. Kematian simati menyebabkan anak sulung mereka yang baru berumur 3 bulan semasa kejadian akan membesar tanpa kasih sayang seorang ayah. Redha dengan takdir Allah, isteri simati memohon hukuman yang adil sebagai pengajaran kepada pembuli jalanan. Hukuman oleh Mahkamah: [ 115 ] Dalam menentukan hukuman yang wajar dikenakan ke atas Tertuduh, mahkamah mengambil kira faktor-faktor mitigasi yang dikemukakan seperti latar belakang Tertuduh, ini merupakan kesalahan pertamanya, kerjasama yang diberikan oleh Tertuduh dalam siasatan, serta sumbangan mangsa dalam kes ini. Secara relatif, Tertuduh masih mempunyai banyak masa untuk mengubah kehidupannya ke arah yang lebih baik. [ 116 ] Dalam masa yang sama, mahkamah juga perlu menekankan kepentingan awam dalam kes-kes seperti ini yang menuntut suatu hukuman berbentuk pencegahan dan pengajaran kepada umum terutama dalam kes yang bermula dari road rage, didorong rasa amarah dan tidak puas hati serta disumbangkan penggunaaan bahan terlarang. Keadaan dalam kes ini sesuai dengan ungkapan peribahasa “Ikut rasa binasa, ikut hati mati”. [ 117 ] Sikap seorang yang munasabah akan tenang, mengawal emosi dan berfikir sebelum bertindak akan mengelakkan kejadian lebih buruk. Seperti dinyatakan dalam kes yang dirujuk oleh TPR yang terpelajar, orang awam berhak dilindungi dari pesalah seperti ini dan perlu dikenakan hukuman yang berat. Dalam kes PP v Wong Chak Heng [1985] 1 MLJ 457 – “The public are entitled to be protected against such offenders. In the opinion of this court, they are not likely to be protected if lenient sentences are passed. Offenders are likely to be discouraged by sentences which do not involve loss of liberty”. [ 118 ] Mahkamah juga menimbangkan Kenyataan Impak Mangsa dari isteri simati dan sesungguhnya kejadian ini adalah satu tragedi yang impaknya mengenai semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Bukan saja di pihak simati, tetapi isteri OKT dan keluarganya juga mengalami kehilangan. [ 119 ] Setelah menimbangkan semua faktor yang dikemukakan dan prinsip-prinsip penghukuman yang mantap seperti dinyatakan dalam kes yang sering dirujuk PP v Loo Choon Fatt [1976] 2 MLJ 256 – LAMPIRAN A